Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1024 articles
Browse latest View live

STAR WARS | REPLIKA LEGO MILLENNIUM FALCON TERBESAR DI LEGOLAND MALAYSIA !

$
0
0

STAR WARS | REPLIKA LEGO MILLENNIUM FALCON TERBESAR DI LEGOLAND MALAYSIA ! 

Something VERY interesting from Nusajaya, Johor ! Dengar bebaik peminat Lego, Legoland dan Star Wars ya. Kalau terlepas event ni mau menangis kat bucu katil nanti.

Bermula 30 April hingga 2 Mei lalu pasangan Master Builder anak-beranak dari Lego Group Dan dan Chris Steininger dengan bantuan tetamu Legoland Malaysia telah membina replika kapal angkasa terbesar “LEGO Millennium Falconmenggunakan lebih daripada 200,000 “bata” LEGO. Pada 3 Mei ‘bata’ terakhir dipasang pada kapal angkasa ikonik tersebut oleh Master Builders bersama-sama tetamu VIP yang diundang. Ohmaiii…tak sangka dapat tengok depan mata sendiri secara live. Dapat melihat spaceship yang terbesar di ‘angkasa raya’ satu hal, dapat menemuramah Dan dan Chris lebih istimewa lagi J

Pasangan ayah-anak ini telah menghabiskan 30 jam dalam 3 hari untuk menyiapkan spaceship yang terbesar dalam galaksi. Beruntunglah keluarga yang berada di Legoland pada waktu tersebut dapat bersama-sama terlibat membantu membina kapal angkasa bersama penciptanya sendiri. Replika tersebut bersaiz 16 kaki (4.8m) dan 12 kaki (3.6m) lebar. Saiz ikonik bata 2x4 perlu diganda dua untuk menyiapkan LEGO Millennium Falcon tu.

LEGO Millennium Falcon akan dipamerkan sepanjang Mei ini di LEGOLAND Malaysia.

 
Kanak-kanak mesti kenal Abang Naz. Nazrudin Rahman menjadi emcee pada hari tersebut. Satu beg LEGO limited edition dia hadiahkan untuk hadirin yang berjaya menjawab soalan dengan betul.








Dan dan Chris bersama LEGO Millennium Falcon ciptaan mereka. Membina sesuatu yang besar seperti LEGO Millennium Falcon ini bukan sahaja perluka idea malah pemahaman kejuruteraan.




APAKAH KEISTIMEWAAN LEGO STAR WARS DAYS 2016?


Star Wars event di Legoland Malaysia adalah acara tahunan yang sentiasa diperbaiki dan ditambah aktivitinya setiap tahun. Pada tahun ini ia diadakan sepanjang Mei dengan tema ibubapa-anak. Selain perarakan oleh 501st Legion, tahun ini kita dipersembahkan dengan LEGO Millennium Falcon yang terbesar di dunia dan TIE Fighter. Peminat Star Wars faham sangatlah benda benda ni.

Para tetamu juga berpeluang untuk bertemu father-son Master Builder dari LEGO Group dari Amerika Syarikat, Dan dan Chris Steininger. Hebat mereka ni. Tak sombong dan selamba je.










PROMOSI SEMPENA HARI LEGO STAR WARS DAYS 2016

a)  Sepanjang Mei ini kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun yang datang lengkap berpakaian memana karakter Star Wars diberi peluang memasuki taman tema Legoland secara PERCUMA. FREE. Aiyoo best ! Syaratnya, hadik hadik ini hendaklah diiringi oleh orang dewasa yang telah membeli 1 Day Theme Park ticket, 1-Day Combo ticket atau 2-Days Combo ticket. Itu saja syaratnya.

b)   Tetamu yang datang pada setiap Sabtu dan Ahad di bulan Mei ini juga berpeluang membina edisi terhad LEGO Millennium Falcon mereka sendiri di LEGO Academy. Bagaimana caranya?

Tetamu yang hadir hanya perlu ke LEGO Academy dan patuhi arahan bagaimana untuk membina Mini LEGO Millennium Falcon mereka sendiri. Tempat adalah terhad, pastikan dating awal pagi pada Sabtu dan Ahad Mei ini.

c)  Commemorative LEGO Duplo brick akan diberi kepada keluarga yang melengkapkan Star Wars Activity Trail, dengan melengkapan LEGO Star Wars Days activities. Set bricks/bata tu terhad ye, siapa cepat dia dapat.

d)   “Build Your Dream LEGO Star Wars Starship social media contest. Bagaimana nak join eh?
Sila ke facebook LEGOLAND Malaysia Resort untuk mengetahui mengenai pertandingan ini. Peserta mesti dalam team mak ayah-anak, tak kira umur berapa pun, perlu menghantar imej ciptaan mereka yang menggunakan bata LEGO asli (yang kedai 2 ringgit punya tak nak eh) bersama base plate di bahagian komen pos tersebut. Ia mesti dihantar dalam format berikut:

1.       Poskan imej TERBAIK kreasi LEGO anda dalam format JPEG.
2.       Tajuknya sekali. Nak LIMA perkataan sahaja.
3.       Letak nama builder sekali, mak ayah & anak
4.       Deskiripsi sebanyak 50 patah perk 
5.       Gunakan hashtag #MASTERYOURFORCE dan #LEGOStarWarsDays

Senangkan? Hadiahnya seperti mini LEGO Millennium Falcon yang ditandatangani oleh Master Builder duo, Dan & Chris, dan park tiket. Best oo.. kalau dapat signature of the Master Builder duo. Hanya satu dalam dunia Master Builder anak-beranak, ekslusif! Tapikan, bukan peminat Star Wars Malaysia sahaja yang menyertainya, peminat dari Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Singapore pun mencuba nasib.

Dah dah.. pergi buat cepat! Contest ini bermula 21 April dan berakhir 8 Mei 2016. Sempat lagi ni..


PENTING !

Selain replika LEGO Millennium Falcon terbesar, pada 7-8 Mei ini ada acara yang lebih besar dan menarik dimana kita akan menyaksikan 501st Legion Imperial March costumers parade dengan 90 costumers, pembinaan dua replica LEGO gergasi TIE Fighter oleh Master Buiders Legoland Malaysia  dan pengumuman keputusan pertandingan My Own Creation (MOC) pada 8 Mei 2016 jam 3 petang.

Pesan Dan Steininger, LEGO is about creative, don’t keep it.


LEGOLAND
7, Jalan Legoland
Medini
79100 Nusajaya
Johor
Malaysia
Tel:+60 7-597 8888
www.legoland.com.my


MASTER YOUR FORCE TOGETHER THIS MAY


**Selain day trip, tetamu boleh menginap di Hotel Legoland yang mana bilik-biliknya dihias berlainan tema tapi biasalah, kalau lambat book, penuh. Alternatifnya boleh stay di Somerset Medini. Dekat jer… boleh berjalan kaki lenggang kangkung ke Legoland. Buffet lunch and dinner at Bricks Restaurant, Legoland Hotel, SANGAT sedap okay. 



Somerset Medini | Home Away From Home

$
0
0

Somerset Medini | Home Away From Home | Welcome home! Itulah yang tertulis di kad akses. Masuk je wowww... kiutnye apartment ni.


Apartment servis Somerset di Medini, Nusajaya, direka untuk kehidupan yang sibuk dan serba pantas. Kemasan yang digunakan berkualiti tinggi dengan keluasan ruang yang sesuai untuk tinggal bujang atau bekerja.

Apartment ini LENGKAP dengan kemudahan memasak. Segala senduk, sudip, pembuka tin susu dan sebagainya disediakan, kain buruk yang masih baru pun ada. 

Di ruang bertentangan pula ruang bekerja dan tempat menggantung baju. Bath robe pun ada... bolehlah digunakan semasa turun ke swimming pool. Safety box juga ada jadi takdelah risau sangat nak tinggalkan barang berharga bila kita keluar. 

Infinity pool tu walaupun tak berapa besar tapi aku suka sebab menghadap Hotel Legoland dan cuma berkedalaman 1.2m. Aku takutlah kalau dalam sangat. Perenang amatur lagi ni. Masa aku mandi sensorang tu tiada life guard tetapi guard yang di lobi tolong tengok-tengokkan dan seorang lagi datang ke pool tu tolong jagakan. Mandi sensorang ni takut juga manalah tahu lemas ke kan? Masa aku buat 'dolphin' pun dah cramp sebelah kaki. Ini kes tak warm-up sebelum berenang.

Aku cuma breakfast sahaja di sini. Walaupun tempat sarapan sementara tu macam dewan orang ramai hahahha.... tapi makanannya semua sedap. Di kedua-dua hari tu aku test hampir kesemua makanan dari nasi lemak, bubur, kuih manis, kuih pedas dan lain-lain semuanya secukup rasa. Dua hari dengan dua kumpulan hidangan berbeza. Kalau kurang pun kopi je lah kot, kurang kaw. Lagi satu aku suka kuih-muihnya dihidang dalam saiz kecil untuk mengelakkan pembaziran. Rasa geram je bila ternampak orang buang rezeki nih. Duit banyak botingkek-tingkek pun kalau Allah tak rezekikan kita dengan makanan untuk hidup takde makna. Sama-samalah beringat ya.



Fully equipped kitchen.



Baru berjalan 300m dah mengah huhuu

Nak ke Legoland hanya 7 minit berjalan kaki.


Beruntungnya kali ini dapat melihat matahari terbit setiap pagi dari bilik. Subhanallah cantik sangat. Untuk melihat pemandangan sunrise seindah ini minta apartment yang tidak menghadap Legoland.



Apartment ini baru sahaja beroperasi Februari lalu jadi semuanya ibarat baru keluar dari oven. Panas dan menyelerakan. Yang agak kureng katilnya kecil, saiz single (for twin sharing room) sama seperti yang biasa digunakan di rumah bukan jenis super single seperti di kebanyakan hotel. Kalau tidur berdua dengan anak mau sorang terjun atas lantai heheh..

Best kan? Bilik yang selesa diuruskan Ascott, ada infiniti pool, gimnasium dan breakfast sedap ini disewakan dengan harga bermula daripada RM288 semalam.


SOMERSET SERVICE RESIDENCE
 Lot 5 Jalan Medini Utara 4
Medini Iskandar
Medini
79200 Nusajaya
Johor
Malaysia



Minggu ni ada event special di Legoland. Jemput baca di sini untuk maklumat lanjut.

Al Aqsa Mosque 118 Years Ago

$
0
0
118 years ago on the year 1898, this is how Al- Masjd Al Aqsa in Palestine looked like. 

This beautiful water fountain was used for taking wudou.



Al-Aqsa Mosque, also known as Al-Aqsa and Bayt al-Muqaddas, is the third holiest site in Islam and is located in the Old City of Jerusalem.

Ada orang berpendapat kalau kita melawat Masjid Al Aqsa sekarang ia seolah-olah menyokong yahudi Israel kerana Israel membenarkan pelancong datang demi menunjukkan mereka itu bertoleransi. Kedatangan kita akan lebih menindas rakyat Palesti di sana.

Pendapat aku pula, jika berpeluang aku akan ke sana atas sebab ia masjid ketiga suci di dalam islam. Solat berjemaah di sana dibalas pahala berlipat kali ganda. 

Behind Every Smiling Face...

Borneo Jazz 2016 is around the corner !

$
0
0

Borneo Jazz 2016 is around the corner ! | Calling jazz fanatics! Head on to Miri  by this Friday guys to enjoy an awesome jazz concert!


Bulan Mei selalu meninggalkan kenangan manis. Paling sweet tahap potong kaki mestilah sambutan birthday tahun lalu bilamana Borneo Jazz 10th Anniversary jatuh pada 8 Mei. Walaupun sendirian di Boneo tapi seronok dapat bersama performers hebat dari serata dunia. Dapat mendengar lagu-lagu paling enak di halwa telinga di persembahan live dengan sistem bunyi terbaik di tepi pantai. Yang datang kesemuanya peminat jazz and R&B. Giler best!

BORNEO JAZZ 2016
13 & 14 May 2016 @ Parkcity Everly Hotel, Miri

Borneo Jazz 2016

Tahun ini walaupun tak pergi isksss.. tak dapat jumpa Tukangjalanjajan dan Nia uhuk uhukkk... uhukkk.... akan ku tonton di youtube sajalah jika ada.

Barisan pemuzik hebat yang bakal beraksi tahun ini ialah :

BJ2016 API 2
API dari Malaysia + India

BJ2016 Funkatorie
Funkatorie dari Malaysia

Portraits der Musikgruppe Klazzbrothers. Nutzungserlaubnis fŸr Kathegorien Redaktionell/Werbung/PR/Corporate Publishing/Internet/ Handelsprodukte, zeitlich, šrtlich, inhaltlich unbeschrŠnkt (Ausnahme: PR-Fotos dŸrfen fŸr 3 Jahre kostenfrei genutzt werden, danach fallen die Ÿblichen Bildhonorare gemЧ MFM-Empfehlung an. Erstellungsdatum des Bildes ist Laufzeitbeginn), Nutzung genehmigt fŸr die Firmen ãBrockmannundKnoedlerÒ und ãGrandmontagne MusicÒ.
Klazz Brothers & Germany Percussion dari Germany/Cuba. Mesti gempak nih.

BJ2016 Manou
Mancu Gallo Grove Orchestra dari Ivory Coast/Belgium.

BJ2016 o Sister
O Sister dari Spain

BJ2016 RAW EARTH
Raw & Earth dari Singapura

BJ2016 RAD TRADS profile
The Rad Trads dari USA

BJ2016 YUICHIRO TOKUDA RALYZZDIG
Yoichiro Tokuda's RALLYZDIG dari Jepun


Sekolah Menengah Chung Hua Miri dan USM Mini Big Band juga akan terlibat dalam Youth Programme.

BJ2016 Tickets | Miri, Sarawak

Description
Pre Sale
(March 1st till 12th May)
Door Sale
(13th – 14th May)
Adult (1Day Pass) RM80.00 RM100.00
Adult (2Day Pass) RM140.00 RM180.00
*Child (1Day Pass) RM40.00 RM50.00
*Child (2Day Pass) RM60.00 RM80.00
Family package
(2 Adult + 2 child tickets)
RM160.00RM200.00
* Child age 7 to 12 years old
**Price quoted is excluded of RM4 Processing Fee & RM1.50 Internet Charges



Harga early bird dah takde so you don't have many choices now. 


Where To Buy The Ticket(s)?

Get yours from www.ticketcharge.com or any of these resellers:


There are 3 more days to go, still got time untuk minta cuti. Boleh beli tiket kapal terbang di www.malaysiaairlines.com atau www.airasia.com. Lepas konsert sambung melancong ke Mulu atau Bario lah pulak. 

Please log on to www.jazzborneo.com for updates ya!













Jom Mencandat Sotong !

$
0
0
Jom mencandat sotong!!

Kat mane?

Terengganu lah.

Best giler weh.




Everly Hotel, Putrajaya | Penginapan & Shopping Dalam Satu Tempat

$
0
0

Everly Hotel, Putrajaya | Penginapan & Shopping Dalam Satu Tempat | Ada masanya kita rasa nak berehat, nak release tension tetapi tak mahu memandu jauh menempuh kesesakan lalu lintas yang bakal menambah stress. Dan, kita pun tak mahu terus terputus hubungan dari dunia luar kerana ketiadaan internet coverage kannnn.... boleh mati tak dapat baca status facebook gituh.



Tidak jauh dari Kuala Lumpur ada sebuah hotel yang terletak di kawasan aman damai - the perfect living atmosphere - kata orang. Bersebelahan Alamanda shopping mall, hotel ini sangat sesuai untuk melarikan diri dari hiruk pikuk kota buat seketika. Kalau ada yang transit di KLIA sampai 10 jam tu pun sesuai berehat di sini. Di Putrajaya itu sendiri ada banyak tempat untuk dilawati.

Dengan 380 bilik yang ditawarkan pasti ada satu yang sesuai untuk kita.


ANTARA FASILITI DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN 

Tukaran wang asing
Pusat kesihatan
Wifi
Sistem kad kunci elektronik
Kaunter pendaftaran masuk khas untuk kumpulan
Ruang meletak kenderaan yang banyak
Dobi dan cucian kering
Safe deposit box
Lounge eksekutif
Lounge khas untuk krew penerbangan
Katil tambahan
Kot bayi

Swimming pool yang dibuka dari 6 pagi hingga 9 malam. Awesome!



Sejuk je warna hijau dalam bilik ni. Siap ada sofa untuk berehat.

Ruang makannya sangat besar dengan pilihan sarapan pagi yang banyak. Ini baru tunjuk separuh saja.

Kalau lumba renang dengan anak aku sure kalah ni.


Err... ada terdengar cerita tak molek tentang hotel ni?

Sebenarnya banyak je hotel yang dikatakan ada ternampak itulah.. inilah... tapi rezeki memasing. Di satu-satu hotel tu bukan kesemua bilik 'diterjahnya'. "Dia" pun mencari kawan bermain cak cak yang bersesuaian hahahah... aku yang tidur berseorangan ni tak kena pun.. alhamdulillah, Mungkin sebab dia gen Z kot. Yang penting sebelum tidur tu bacalah doa dan surah dengan betul. Bukan apa, takut takut bila ko baca ayat Kursi nanti dia tegur, salah tajwid tu bang! hahahha.... Nauzubillah.


PENGGUNAAN KENDERAAN AWAM KE EVERLY PUTRAJAYA

Kepada anda yang acah acah nak try public transport... atau yang transit tu kan... dah tentulah tiada kenderaan sendiri, boleh naik KLIA Transit/ERL. Senang dan pantas. Turun di stesen Putrajaya/Cyberjaya dan naiki bas Putrajaya bernombor 300 atau 302 ke Alamanda Shopping Mall. 

Untuk terus ke Everly Hotel naik bas L11.

Hotel Everly Putrajaya terletak bersebelahan Tasik Putrajaya yang dilengkapi ruang pejalan kaki dan penunggang basikal. Hotel moden ini hanya 4km dari kompleks Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.


EVERLY HOTEL
1, Jalan Alamanda 2
Precinct 1
62000 Putrajaya
Malaysia


Feel free to check out these blog posts for other informations regarding Putrajaya :








LEGOLAND Malaysia | Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Dirinya Yang Sebenar

$
0
0

LEGOLAND Malaysia | Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Dirinya Yang Sebenar | Ini kali kedua aku ke Legoland tetapi aku anggap yang pertama kerana benar-benar enjoy ke seluruh theme park. Kali pertama dulu seperti Touch 'N' Go sangat, terkejar-kejar.


Diberikan setengah hari untuk explore ke seluruh taman tema Legoland membuatkan diri ini berasa betapa bertuahnya bebudak sekarang. Zaman aku dulu mana ada semua ni, setakat funfair tu adalah. Paling hebat pun Genting Highland. Dah tua bangka ni baru merasa ke Disneyland dan Legoland. Sayangnya kami tak sempat untuk ke Water Park kerana perlu balik ke pangkal jalan Kuala Lumpur pada hari ketiga. Hari pertama dan kedua terlibat dengan sesi interview with the Master Builder dan pelancaran the largest Millenium Falcon dan Star Wars Days - May The 4th Be With You

Legoland memang heaven lah untuk anak-anak berusia diantara 2-12 tahun. 'Kanak-kanak' dewasa pun seronok juga di sini terutama jika bermain di water park.

Di lobi Hotel Legoland ni kanak-kanak (dan mak paknya juga) boleh bermain Lego sepuas hati. Baaanyakkk sangat Lego!


PENGENALAN

LEGOLAND MALAYSIA merangkumkan LEGOLAND Park, Water Park dan hotel di dalam satu lokasi bertema LEGO. Ia sangat sesuai sebagai destinasi percutian keluarga dengan lebih daripada 70 hands on rides, slides, persembahan dan tarikan yang menawarkan cabaran, pendidikan dan keseronokan penuh aksi dalam satu hari atau percutian singkat.

Taman hiburan kanak-kanak ini dibahagikan pula kepada beberapa seksyen bertema seperti thrilling rides, exiting LEGO workshops dam Miniland dimana landskap menarik Asia, negara dan mercu tanda dibina dalam bentuk miniature menggunakan lebih dari 30 juta bata Lego.

Legoland bermula di sini...




Zirafah ini mungkin lebih berat daripada zirafah hidup.



Berapa ratus kilolah agaknya binatang ni eh? Berapa jam pula masa yang dihabiskan untuk menyiapkan seekor dinasor ni?

Dunia miniatur Miniland menjadi kanak-kanak seperti rasaksa dan menjadi tumpuan utama di setiap taman tema Legoland. Negara, bandar serta mercu tanda negara yang popular di Asia dibina pada skala 1:20 . Kebanyakan modelnya animasi jadi pengunjung boleh 'menghidupkannya' hanya dengan satu sentuhan. 

The huge religious complex, Angkor Wat. Aku demam masa ke sini dulu, pucat lesi balik ke hotel di Siem Reap.

Tiananmen Square, Beijing

 Taj Mahal.

 Belum pernah naik cruise sehebat ini. Berangan dulu.

Masjid Putra, Putrajaya. Bila kita lebih besar daripada bangunan itu sendiri tempat itu dirasakan sangat menarik bila dibayangkan dengan keadaan sebenar.

 Kampung den. Teringat rumah lama uwan.


Inilah Pura Tanah Lot di Bali.


Hoi An, Vietnam.


High Speed Rides & High Speed Lego
Roller coaster terpantas, Project X, telah dibuka dengan steep switchback track. Setiap kereta boleh membawa empat penumpang dengan perjalanan yang mendebarkan setinggi 18 meter dari aras bumi.

Aku takkan naik. Confirm.

The Technic Twister membenarkan pengunjung untuk mengawal sendiri kenderaan mereka. Tengok setakat mana ko berani dik. Ai tak koser hahah..

Ada tiga roller coaster di Legoland. Ada seseorang tu ajak aku naik. At first aku cakap aku tak naklah sebab pengalaman menaiki roller coaster lebih 20 tahun dulu di Genting Highland membuatkan aku traumatized, taubat sampai sekarang; tapi kesian pulak dia takde kawan so I said ok tapi nak naik yang paling rendah dan tak mencabar hahaha... penakut giler (tapi flying fox, berjalan atas jambatan gantung berani okeh).

There you're. Kanak-kanak dewasa bersama kanak-kanak sebenar. Berdebar beb. Bila meluncur kat slope aje orang belakang dok kata shit! shit! hahahah.... aku takut jugalah sambil tangan kuat berpaut pada besi walhal bebudak lain kat depan tu relaks aje bersorak. Bila lalu kat starting point tu aku ingatkan dah habis tapi tak, se-round lagi! Matilanakkkkk...... hahahah...

Dah lah, tak hingin aku naik lagi :-D



LEGO Academy membantu para pembuat model merealisasikan desain mereka manakala LEGO Mindstorm menggalakkan peminat robot membina robot masa depan menggunakan bata Lego.



The Royal Joust is a classic medieval contest, which puts children in the saddles of 20 LEGO horses.




Land of Adventure: A daring journey into ancient Lego worlds
Dino Island membawa pengunjung menaiki kenu dan menuruni 12m tinggi air terjun. Mesti basah punya masa turun tu unless you pakai rain coat.

Again, ada orang tu nak naik while I offered myself to be a photographer. Orang lain turun menjerit seronok sambil angkat tangan dia pegang palang besi hahahahah.....! Tapi dia berani naik sampai dua kali. Sebenarnya aku yang suggest sebab bimbang gambar tak jadi. Dua-dua kali juga dia pegang palang besi tu hahah...

Yang makan cili tu diam diam sudah, kalau komen kat bawah ni nanti orang tahu siapa awak kuangkuangkuang...


 Ini bukan gambar mangsa yang diceritakan.

Legoland best kan?? Itu baru tengok gambar je.. kena alaminya sendiri baru tahu tahap keseronokannya.


Bagaimana hendak ke Legoland?
Legoland Malaysia Resort terletak di Nusajaya (selatan Johor) dan hanya 10 minit dari Singapore Tuas Second Link, 15 minit dari bandaraya Johor Bahru dan 20 minit daripada Lapangan Terbang Senai.

Banyak lagi attractions di Legoland Theme Park. Tempat belajar memandu ada, Beetle Bounce ada, observation Tower ada... macam-macam lagilah. Datang jer... Boleh check harga tiket di www.legoland.my atau telefon +607 5978888. Ada tiket untuk sehari dan dua hari, ada juga tiket taman tema sahaja dan ada juga dijual kombo denagn Water Park. Kalau beli tiket untuk 12 bulan boleh dapat banyak diskaun.



Stay Humble

$
0
0
Tak kira sebesar mana rumah kita
atau berapa banyak duit kita
Saiz kubur tetap sama.

Merendah dirilah.



Tak kira bagaimana hebatnya status kita di dunia ini atau betapa hinanya kita pada pandangan manusia, soalannya tetap sama "Maa rabbuka?!"


Hotel Management Yang Boleh Buat Kita Meroyan

$
0
0

Hotel Management Yang Boleh Buat Kita Meroyan | Salam sejahtera dan selamat pagi. Kisah yang nak ku ceritakan ini dah hampir setahun dalam draft folder. Saja je nak cerita pengalaman 'manis' ini sebagai peringatan kepada pelancong lain.


Semasa ke Hong Kong - Macau - Hong Kong kami bertiga jadi aku dapat task untuk book hotel. Berdasarkankan gambar dan rating aku book Reliance Inn. Walaupun hotel bajet, boleh tengok sendiri gambar-gambar yang dipertontonkan kepada kita di booking site. Not bad. Tak banyak budget hotel yang offer room for three pada tarikh tersebut. 

Kami berjalan kaki dari Tsim Tsa Tsui pier dalam 10 minit. Ramainya manusia kat HK, butik barangan branded pun bersusun di kiri kanan jalan.

Chungking Mansion tu besar tapi lifnya sangat kecil tak sepadan dengan bangunan. Jadi kenalah tunggu giliran beberapa batch. Yang bagusnya ada cctv dalam lif jadi kita yang sedang menunggu ni dapatlah melihat apa yang berlaku di dalam sana. Lokasi Chungking Mansion sangat strategik, berdekatan dengan Arena of Stars, boleh berjalan kaki ke clock tower, islamic centre dekat, nak makan shopping dan naik bas/metro pun senang, banyak entrance. Ada je hotel yang lebih bagus dedekat situ seperti Peninsular Hotel. 

Sesampai depan pintu utama... mak aihhh... sempitnya ruang berjalan. Ia sebenarnya sebuah apartment yang diubahsuai menjadi hotel room/guesthouse. Ada banyak budget hotel dalam bangunan tu dan kebanyakannya mendapat review yang bagus. Aku booked room for three persons tapi si pengurus bagi 2 bilik. Okaylah. Aku pilih yang lebih kecil. Yang bagusnya semua bilik ada attached bathroom, flat screen tv, air cond dan peralatan mandi tapi tiada jug kettle. Payahlah nak makan Nestum 3 in 1 dan Maggi :-))  Tanah di HK memang mahal jadi keluasan bilik tu tidaklah mengejutkan sangat. At least we still have privacy dalam bilik sendiri. Sesuai untuk short stay dan tidak banyak shopping hehe..

Rasa bengang rasa nak luku kepala jantan berlipstik pink tu bermula pada hari kedua. Balik dari berjalan, beg aku diletakkan di luar bilik. Dahlah ada tablet dalam tu grrr... mamat tu (katalah nama dia Ali) cakap bilik aku dah ada orang. Aku mengomellah. Kalau barang aku hilang macam mana?

Kami dipindahkan ke hotel lain di blok lain. Bila ditanya mana tripple room dia cakap ada orang yang sepatutnya check-out tak jadi keluar so reservation dah kucar-kacir. Masalah aku ke?? Nak kena "dusyum" betullah. Sabar je lah.

Masa dalam lif sempat lagi dia cakap walau ada orang komplen mengenai CKM tapi bos dia tak kisah sebab occupancy rate tinggi. Ye lah, HK mahal. Mineral water saiz kecil pun dah RM5. Generally kawasan ni bersih cuma ramai imigran dari Pakistan dan Arab selain ada juga terjumpa orang Afrika. Eh, ramai juga dari Indonesia, Filipina. Aku agak ramai owner asal telah menjualkan apartment mereka berdasarkan banyaknya small hotel dan guest house di situ. 

Ada seseorang tu bertanya, are you from Malaysia? Eh eh pandainya... Camana tau ni? Ramai je orang bertudung keluar masuk dalam bangunan tu. No no, different. Hah Tourism Malaysia, meh la lantik ai jadi maskot duta kecil secara rasmi, bawa ai promote Malaysia di luar negeri, tolong edar pamphlet gittewww... dah ada cop di dahi tak boleh nak tipu... di mana-mana pun semua tekaan betul, Well.... ehem (sorry kalau rasa nak muntah hahah...)

Dia bawa kami ke hotel lain di blok C. Tak ingat namanya.. tersalah tulis nanti jatuh fitnah pula.

I give you bigger room, katanya. 

Okaylah. Kita pun ikutlah bontot dia. Sekali dia bawa ke bilik ni....


Yang berwarna biru muda tu bilik air.

Macam harem!! Kecik besar kecik besar je aku pandang dia. 

Si Ali cuba mengambil hati kami dengan memberi buah dan air kotak. Dia tu yang patut disumbat ke dalam kotak. Dia kata esok dia akan cuba dapatkan bilik lain yang sebenarnya hanyalah janji manis samata. Malam yang kedua dia lansung tak muncul walaupun kita call berkali-kali. 

Cuba bayangkan, tilam yang ada beg tu untuk dua orang, lihat pula jarak pintu ke katil tu. Kami ni rakyat Malaysia bersaiz M, L dan XL jadi seksa sangatlah rasanya. Bila dok dalam bilik air kena tutup lampu. Kalau tak karang buat tiger show pulak hahahah... adeh. Aku duduk di toliet tu pun ya ampun kemain sempit kawan yang lebih besar entahlah bagaimana. Nak marah sangat pun di negara orang, sedang melancong pula tu... spoil mood betul. Owh, kami terpaksa solat subuh di luar bilik. Solat maghrib/isyak di atas katil double tu lah.

Kalau sesiapa nak ambil barang di bawah katil yang dua orang lagi MESTI berada di atas katil. Giler! Nak buang angin pun tak boleh hahahah.... 

Aku tidur satu selimut dengan Yan di bawah air cond. Kami ni tak tahan kalau suhu rendah sangat tapi kawan lagi seorang jauh sikit jadi dia perlukan air cond yang kuat sejuknya. Bertabahlah.

Aku akhiri malam itu dengan pesanan kepada Yan, Yan jangan raba eh! hahahah...

Kesimpulannya seperti review yang pernah dibaca, jika kita tak berpuas hati dengan satu satu bilik tu mereka akan tukarkan kita ke hotel lain dibawah management yang sama atau yang diurus kawan mereka. Bisnes mau banyak kabel maaa....

Mujur hotel di Macau sangat selesa dan strategik lokasinya.


**Jangan kecam kami!

There are some peoples yang tak tahu hak sendiri. Kepada mereka kalau membeli barangan atau perkhidmatan murah tak boleh komplen apa apa. Kita membayar harga yang dipersetujui bersama untuk produk atau perkhidmatan yang juga dipersetujui, tak kira murah atau mahal. Kalau dah janji nak letak sebilik dua orang sama jenis haruslah kau meroyan kalau diletakkan dalam bilik bersama lelaki bukan muhrim lebih lebih lagi kau tak kenal dia lansung. Kalau dah janji "kami masakkan breakfast dan dinner for participants" tetiba ko suruh aku masak pulak mau tak naik darah aku. Hari hari aku masak time melancong pun nak suruh aku pegang sudip jugak dalam trip berbayar? Ini contoh.

Macam kes kami bilik tu seratus lebih RM juga semalam. Aku pilih kerana convenient untuk semua perkara yang kami perlukan. Dalam gambar kemain lagi boleh tahan selesa. Nak makan sonang jang. Metro pun melintas jalan je. Bas berderet.

Jika kita naik budget airlines atau community airlines - whatever they call it - airlines tersebut still MUST adhere to strict aviation regulations. Jika ditempat duduk kita tu safety belt dah hilang kenalah tanya atau minta duduk di tempat lain. If they refuse BOLEH komplen. Bukan diam saja sebab ko bayar murah. Ngerti?





Hari Guru 2016 | Bila Cikgu Jadi Pendekar

$
0
0

Hari Guru 2016 | Bila Cikgu Jadi Pendekar | 16 Mei setiap tahun ialah hari guru yang disambut meriah terutamanya di sekolah-sekolah rendah.


Di sebuah sekolah agama harian di Seremban, tahun ini Hari Guru disambut berlainan daripada sebelumnya. Jika selalunya murid-murid sahaja membuat persembahan, kali ini lebih menarik bila para guru lelaki ini berpakaian bertemakan kepahlawanan manakala guru wanita bagaikan gadis desa dahulu kala.

Sporting giler cikgu :D


Control ayu gituh.


Anak-anak happy kerana hari ini tak belajar hehehh... sukalah tu kan? Kita dulu pun macam tu juga kan? Sekali sekala dapat pergi sekolah dengan berbaju biasa rasa bebas sangat :-) Banyak juga aktiviti menarik yang dilakukan hari ini tapi si abang (pengawas) kepenatan kerana terpaksa menjaga dua buah kelas.

Cikgu cikgi yang menjadi kegemaran anak murid jenuh mengangkut hadiah. Ada yang penuh dua plastik sampah! Bertuah badan cikgu sekolah rendah ni. Yang mengajar di sekolah menengah tu biasanya tak dapat banyak hadiah. Mengajar anak remaja yang dah tahu segan, berlainan. Naik hairan pula aku bila bebudak rumah ni nak belikan hadiah untuk cikgu disiplin. Biar betik?

Pendidikan adalah usaha dua pihak, ibu bapa dan guru. Mak ayahlah guru pertama yang mengajar dan akan tetap mengajar hingga ke akhir hayatnya. Masa anak banyak dihabiskan di sekolah, namun begitu perhatian mesti terus diberikan ketika di rumah. Dari rumahlah anak-anak belajar agama dan adab tetapi jika anak-anak kurang adab janganlah terus disalahkan ibu bapanya. Kekadang mak ayahnya macam ulama tapi anak-anak terutama yang lelaki tak mewarisi sifat-sifat mereka pun (atau belum lagi?). Pengaruh kawan-kawan SANGAT kuat. Itu belum lagi 'hiburan' yang masuk ke dalam rumah. Zaman kami dulu lainlah. 

Bertindaklah dengan adil, jika perlu menghukum lakukannya mengikut peraturan dengan tujuan mendidik dan bukannya mengikut perasaan. Kalau anak cikgu sendiri pula yang kena tibai penuh perasaan amarah oleh ibu bapa bagaimana rasanya? Sanggup nak tengok? Anyway aku bersetuju sangat hukuman rotan akan diadakan semula tahun hadapan. Bila guru-guru tak 'berkuasa' para pelajar akan pijak kepala.

Terima kasih lecturer, mualim, mualimah, guru mengaji  serta guru tuisyen yang telah mengajar kami. Jasamu dikenang. Semoga Allah mengampunkan dosa guru-guru saya dan guru-guru anak saya serta orang-orang yang berbuat baik kepada mereka. Amin.

HAPPY TEACHER'S DAY CIKGU !!


Please don't say stupid lar teacher... Maybe u can just write wrong or wrong but creative. Kalau aku cikgu aku akan tulis, "nak rotan ker..??"

Bertabahlah kalau dapat murid cenggini ya cikgu hahahah.... adeh


**Dulu aku pernah bercita-cita mahu menjadi guru Bahasa Inggeris atau guru tadika. Kenapa tadika? Aku rasa mengajar bebudak kecil ni penat tapi kurang stress. Macam manalah agaknya kalau aku kena cebokkan budak yang terberak dalam seluar? hahahahah.... time tu confirm stress haha..

Global Tourism Cities Conference 2016 | Bila Trend Melancong Berubah

$
0
0

Global Tourism Cities Conference 2016 | Bila Trend Melancong Berubah | Lima tahun lalu tempat yang menerima kenaikan mendadak kedatangan pelancong ialah yang memberi penekanan kepada infrastruktur pelancongan dan yang mempunyai senibina ikonik. Dengan itu rekaan dan pembangunan pelbagai infrastruktur pelancongan termasuk senibina unik bangunan, pusat membeli-belah, taman tema, taman, bangunan warisan, MICE dan sistem pengangkutan telah diambil kira dalam perancangan pelancongan bandar- kata pengerusi Confexhub Group, Datuk Dr Aziz S.A Kadir dalam ucaptamanya di GTCC 2016 lalu.




YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Shamsudin merasmikan GTCC 2016 sambil diiringi oleh Datuk Dr Abd Aziz S.A. Kadir dan Dato' Shamsul Falak. Sumber www.thestar.com.my


Sekarang bagaimana pula trend pelancongan di seluruh dunia?

Sekarang ni jika ditanya kepada pelancong kenapa mengembara ke negara asing, apa yang mahu dilihatnya di satu satu destinasi? Kebanyakan jawapan adalah....authentic experience! Pelancong dah tak hadap sangat nak tengok bangunan tinggi segala tu tetapi mahukan sesuatu yang akan memberi impak dalam kehidupan mereka dan menambah pengalaman.

Aku pun. Memanglah kita nak bergambar di landmark sesebuah tempat tu but what next? Takkan nak duduk kat situ sampai berejam kan? Lainlah kat Pasar Baru Bandung, boleh tawaf dari 9 pagi hingga 3 petang sampai beranak-pinak beg hahahha....

Setiap negara atau destinasi berkongsi harapan yang sama semasa melayan pelancong iaitu memberikan layanan kelas pertama dan berharap para pelancong ini akan promote and return every year.


Bagaimana kita merekabentuk produk pelancongan yang mampu bertahan tetapi dalam masa yang sama memperbaiki segala kelemahan? 

Hmm...challenging nih. Kena jawab bukan macam clevergirl.

Aku berpeluang untuk menjelajah banyak produk pelancongan Malaysia sejak tiga tahun lalu. Ada tempat yang memang dah terkenal, ada juga yang rasanya takkan sampai kalau nak pergi sendiri (dengan keluarga). Pada aku ada tempat yang sesuai pergi dengan kengkawan dan ada juga seronok jika bersama keluarga. Pergi taman tema sensorang aiyakkk...macam orang gila lak rasanya heheh..

Kita memiliki terlalu banyak tempat yang menarik hinggakan asal berpeluang bersembang di hotel atau di mana-mana aku akan cuba promote kepada orang yang ku lawan bersembang.

We have the tallest twin tower - KLCC, we have Royal Belum-the oldest rainforest, you can do trekking and caving at Mulu National Park, we have beautiful island in Terengganu, We have this, we have that, bla..bla..

Your country have all the interesting places so what are you doing here? er... err... makan angin ler hahah...


Antara jawapannya:

1) Always communicate.
Menurut Dr Bert Van Walbeck sentiasa bertanya "apa lagi yang boleh membuatkannya gagal?"/ what else can go wrong? Contohnya dalam sesuatu perancangan acara besar atau sekadar menyambut pelanggan di hotel, yang kita memang dah teliti setiap aspek dan menurut SOP, always ask that question again. Penyedia khidmat mesti berada TIGA tapak di hadapan pelanggan.

Hadapi krisis secara teamwork for fast recovery. Semasa kes bom di Bali dulu, industri pelancongan terjejas teruk hinggakan occupancy rate bilik hotel jatuh merudum. Kerajaan Indonesia menawarkan untuk membawa dua orang ahli keluarga mangsa yang kebanyakannya dari Australia dan diberikan penginapan percuma. Dalam kes ini pihak kerajaan dan swasta (pengangkutan dan hotel) bekerjasama untuk mententeramkan dan memulihkan keadaan. Kerajaan kita pun berbuat begitu ketika kejadian MH370 dan MH17. Cuma sewaktu keluarga dalam emosi yang remuk seperti itu hantarlah staf yang berpengalaman untuk handle situasi.

Dalam kes pengeboman di Thailand dulu, kedatangan pelancongan ke Thailand pulih hanya dalam masa enam minggu diatas usaha pihak swasta. Pihak swasta kena buat dulu kerana Tourism Authority of Thailand (TAT) berada di bawah kerajaan jadi mestilah melalui birokrasi tertentu. Jika semua pihak tuding-menuding yang paling teruk terjejas pastilah pihak swasta seperti hotel, pusat urutan, penyedia pengangkutan dan pakej pelancongan.

Pesan beliau, di dalam waktu krisis yang perlu menjadi keutamaan ialah 1) pelanggan 2) staf 3) syarikat. Dari segi komunikasi/berita formulanya ialah tell it all, tell it fast, tell the truth. Answer the perception.

2) Cari peluang mempromosi negara semasa krisis.

Sentiasa ambil peluang daripada berita tidak baik untuk mempromosi pelancongan. Contohnya semasa gempa bumi di Sichuan, berita yang bertebaran ialah seekor panda mati. Punyalah ramai manusia mati tetapi panda juga yang menjadi bahan berita. Kesian manusia. PATA mengambil peluang ini memperkenalkan panda dan China. Maka bertumpulah manusia di dunia mencari panda di China. Terus meningkat pelancongan di sana.

3) Intergrated destination planning.
Faham kan? Ini orang yang boleh sign dokumen dan cek punya kerja.

4) Strategi dan produk yang realistik.

5) Destinasi bukan sekadar menawarkan produk tetapi juga pengalaman.

Salah seorang panellist Mason Florence, menceritakan kawannya yang melayari honeymoon berkelas 5 bintang  selama tiga minggu di Thailand merasakan satu ruang kosong di dalam percutian mewah tersebut. Apabila difikirkan kembali sebabnya ialah tidak bergaul lansung dengan masyarakat setempat. Mereka hanya pergi ke tempat-tempat yang telah diaturkan with private tour, shopping pun di tempat memahal aje, makan di restoran kelas dunia... hmm memang susahlah nak berjumpa orang tempatan.

Dalam kisah lain, pelancong golongan berada juga, mereka merasakan percutian mewah itu tidak menarik sehinggalah mengunjungi tempat hiburan malam yang sering dikunjungi masyarakat setempat.

Resort mesti dipakejkan dengan aktiviti menarik. Resort mewah di celah hutan seperti di Langkawi tu perlukan sokongan aktiviti setempat. Apa yang boleh dilakukan selain berehat di resort? Nak jenjalan jauh. Duduk dua malam syoklah kot, kena lima malam bapak bosan tak sabar nak balik hahah..

6) Keselamatan dan keamanan sangat penting untuk perkembangan industri pelancongan.
Kita kena hantar surat tunjuk sebab kepada satu website luar negara tu yang menyenaraikan empat bandar Malaysia sebagai paling berbahaya di dunia. Bengong ke apa? Nampak nau bias.

7) Good services sangat penting dalam pelancongan dan pengembaraan.
Teksi di Malaysia? Sorry to say, hampeh. Sakit hati kalau nak cerita sebab dah banyak kali terkena. Bila ada GrabCar dan Uber kau mengamuk pula tapi tak mahu sedar caj yang dikenakan macamlah kita ni ada mesin cop duit kat belakang rumah.

Dari segi hospitaliti kita masih ketinggalan berbanding negara jiran. Ada sebuah  resort di negeri kecil yang claim bertaraf 4 bintang tu kan, kita lalu lalang depan reception counter haram nak senyum. Dahlah support staffs kebanyakannya orang asing, entah celah manalah terselitnya Malaysian culture tu.

8) Pelancong asing terutama dari barat memang mencari sesuatu yang authentic, yang tiada di negara mereka tetapi mereka tak pandai menggunakan tandas cangkung. Aku pun tak suka. Boleh cramp kalau sembelit heheh... Jadi, walau di ulu banat manapun homestay kita tu silalah sediakan tandas duduk. Jika toilet seat tu dah retak atau pecah sekerat harap ditukarlah ya tuan rumah, jangan sayang duit RM18 je harganya, perit tau peha tersepit kat situ. Dah caj orang bagilah yang terbaik.

Tandas awam kita pun halahaiiii... bab ni lebih kepada attitude pengguna. First class infrastructure but third class mentality. Yang pergi mencangkung kat tandas duduk tu apahal? Geli konon. Habis, aku ni tak geli nak duduk atas tapak kasut kau?


Banyak lagi yang diperbincangkan walaupun banyak jugalah yang kita dah tahu. Sekarang ni sedang dijalankan projek River of Life, usaha pengindahan sungai yang lalu di Masjid Jamek tu. Konsentrasi projek di kawasan Masjid Jamek dan bangunan Sultan Abdul Samad. Akan ada lebih ruang pejalan kaki di sana. Nak cantikkan macam di Cheowgyecheon, Korea Selatan.


Apa yang pelancong perlukan sekarang?
Aku beritahu sebahagian daripadanya.

1) Kita perlukan utility apps seperti offline maps.
2) Kita nak tahu visitor hotspot.
3) Kita nak 24 hours tourism hotline.
4) Kita kekadang perlukan niche rather than generic products.
5) WIFI uols... yang pantas berdesup! Tokyo berikan pelancongnya wifi percuma selama dua minggu. And hotels berbintang-bintang, please lah... takkan dah bayar memahal wifi pun nak dicaj ikut jam lagi. Hostel RM35 semalam tu pun boleh bagi wifi percuma selaju Ferrari hingga ke bilik.


Disisi manakah hebatnya Malaysia dalam industri pelancongan?
Selain kestabilan politik, keamanan, keramahan rakyatnya, eko-pelancongan, english is widely spoken... Malaysia juga hebat dalam Medical Tourism tetapi masih ketinggalan di belakang Thailand dan Singapura. Kita ada fasiliti perubatan bertaraf dunia dengan pengamal perubatan setaraf United Kingdom. Kita juga banyak menerima anugerah berprestij dalam bidang perubatan. Boleh semak di Malaysian Healthcare Travel Council.

Hospital KPJ menerima ramai pesakit dari Somalia. Terkejut? Maunya tak. Mereka ni ada duit yang banyak tetapi tiada kemudahan perubatan terkini dan terbaik. Dah asyik bergaduh aje kerjanya macam mana nak majukan negara?

Hospital KPJ menawarkan semua jenis pembedahan kecuali transplant. Kalau nak buat plastic surgery boleh dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar di KPJ Damansara, Ampang Puteri dan Johor. Nak buat ke? Tak payah kot, nanti anak ko keluar ikut rupa asal jugak hahahha.. bersyukurlah dengan apa yang ada.

Di Melaka ada hospital yang mempunyai kemudahan penginapan untuk pengiring pesakit yang dipakejkan bersama dalam bil perubatan. Selalu penuh hotel tu sebab pengiring pesakit biasanya berdua atau bertiga. Selepas berubat/pembedahan pesakit dan pengiring ini akan berehat pula beberapa hari lagi sambil makan angin dan shopping. Tu yang sesak sangat bandar Melaka di hujung minggu tapi... kenapa Melaka gunakan slogan "Don't Mess With Melaka" eh? siapalah punya idea boh slogan tu, macam tak berapa sesuai jer. Remember, don't mess with me! @ Ingat, jangan memain dengan aku! Macam garang je sambut tetamu.


Last but not least kata Tan Sri Rafidah Aziz:

Stop making nonsence. Lets go back to politic of development. Dream akan jadi worst nighmare if you work with idiot! Kuangkuangkuang.... marah kat politikus lettew. Well said aunty Pidah.


Terima kasih kepada Tetamoodiatas jemputan ini. Jika anda berminat untuk menghadiri konferens ini pada tahun hadapan silalah berhubung dengan Confexhub. 












Festival Amerika Latin di KL Minggu Ini

Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang

$
0
0

Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang | 

Teluk Bahang terletak di barat laut Pulau Pinang kira-kira 24km dari George Town. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. Dari Balik Pulau pun boleh juga.
Ada beberapa tempat menarik dan popular di TB seperti Escape Adventureplay Theme Park, Taman Negara Teluk Bahang dan Pantai Teluk Bahang yang sering menjadi lokasi perkelahan.
Bagi peminat aktiviti yang agak lasak dan menggunakan banyak tenaga seperti berpenat-lelah jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang atau bermain di Escape, bolehlah mandi-manda pula di Taman Rimba Teluk Bahang. Nak mandi laut time panaih berdengung di huishhh idok ler... lebih syok berendam dalam sungai yang sejuk dan jernih. Taman rimba ini berstatus hutan lipur dimana hutan ini sudah matang dan kaya dengan flora serta fauna. Terdapat juga Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve) di dalamnya. 



Di bawah ni gambar percutian keluarga kami bulan Disember lalu. Video mandi-manda bergembira sakan ni dah lama share di instagram. Seronok bebudak nih menyakat si nombor lima yang tak tahu berenang heheh... sampai cuak budak tu nak mandi, takut kena tarik ke tempat dalam (takdelah dalam mana pun).



Tolong bangcik dik..tolong!

Mama.. mama.. tolong bangcik! sedih adik dia tengok abang 'kelemasan'. Kesian ko dik, beriya dia cuba tarik abang dia heheheh...

Tengok, didukungnya yang nombor lima ke tengah kemudian ditinggalkan. Menjerit-jerit budak tu hehehe..

Kesian bangteh.


Apa Lagi Yang Menarik Di Taman Rimba Teluk Bahang?
1) Ada Muzium Perhutanan.

Kita boleh belajar tentang perhutanan, profail kayu, flora, fauna dan banyak lagi. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi hingga 4.30 petang.
2) Ada jambatan gantung. Ini best!
3) Ada denai (trek) ke Bukit Bendera. Agak kecewa jugalah tak mencuba sebab masa nampak laluan tu anak-anak tengah berseronok dalam sungai. Tak pastilah berapa jauh kena mendaki, confirm berpeluh ketiak.

Kemudahan Yang Disediakan:

Padang permainan, tapak perkhemahan dan kolam mandi dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda di hutan lipur ini. Kemudahan lain boleh rujuk dalam senarai di bawah ini:

TRTB

Kalau nak berkhemah ke.. sewa dewan ke.. asrama ke..sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Barat Daya
Taman Rimba Telok Bahang
11050 Teluk bahang.
Barat Daya,
Pulau Pinang
Tel: 04-8851280

Bagaimana Untuk Ke Taman Rimba Teluk Bahang?
Anda boleh menaiki teksi dengan kadar RM35 atau menaiki bas Rapid bernombor 101 dan 102 yang berhenti di Escape Adventure Play di sebelahnya. 
Koordinate GPS (5.446483,100.217147).
Waktu beroperasi : 7.00 pagi - 6.00 petang. Masuk PERCUMA.


















Senyumlah


Hargai Wanita

$
0
0
Mat saleh ajar, wanita yang tidak bekerja digelar "housewife".

Orang Arab pula menggelar wanita tidak bekerja ini "Queen of the House".

See?

Jangan hina pekerjaan orang lain yang bergred lebih rendah daripada kita. Mereka tetap ada sumbangan kepada syarikat, keluarga dan negara.

Jangan memandang rendah kepada suri rumahtangga. Mereka bekerja 24 jam sehari. Suri rumahtangga juga adalah sejenis pekerjaan yang gajinya dibayar oleh Allah.

"Home Manager" ini adalah wanita hebat yang ikhlas bekerja tetapi pandai pandailah ambil hati mereka kerana mereka bukan hamba. Sedangkan orang gaji pun dibelikan itu ini untuk menjaga hati.

Hargai mereka. Jika mereka pergi membawa hati, mereka takkan kembali. 



Nota: Ikhlas bukan semestinya free. Ikhlas itu maksudnya bekerja sesungguh hati.

Penang War Museum | Menarikkah?

$
0
0

Penang War Museum | Menarikkah? | Masih kisah percutian kami di Pulau Pinang Disember lalu. Menurut arahan 'mem besar' hehehe... tempat pertama yang perlu dilawat setibanya di Penang ialah Penang War Museum kerana ia berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua).



Muzium Perang Pulau Pinang ini dibuka kepada umum pada tahun 2002 dan dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Bukit Hantu, Batu Maung, gelaran itu diberikan kerana ramai rakyat yang melawan askar Jepun ketika perang dunia kedua dipancung di sana. Kedudukannya yang tinggi di tepi laut membolehkan kita melihat Selat Melaka dan sekitarnya. Dengan keluasan 20 ekar diatas bukit menjadikannya kawasan pertahanan strategik dari serangan musuh.

Asalnya ia merupakan kubu pertahanan British yang dibina pada tahun 1930 oleh British Royal Engineers dan rakyat tempatan. Direka jurutera British bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh tetapi semasa dikuasai askar Jepun ia menjadi kem perang tempat siksaan musuh dan rakyat yang menjadi tali barut British.

Kubu ini seperti kubu pertahanan lain lengkap dengan terowong dan ruang penyimpanan senjata api sembilan meter di bawah tanah dengan dinding batu yang tebal. Ia juga menempatkan canon firing bay, senjata anti pesawat, tempat tidur tentera, tempat memasak, lokap dan pusat arahan. Selain askar British, askar Sikh dan Melayu juga turut sama berkorban mempertahankan kedaulatan tanahair di sini. Selepas Perang Dunia Kedua tamat ia ditinggalkan sehinggalah idea menjadikannya muzium perang timbul.

Melawat muzium tak boleh rushing. Paling kurang perlukan dua jam untuk kita berjalan, melihat dan membaca itu ini yang dipamerkan. Kawasan ini banyak pokok jadi takdelah panas sangat cuma tiada kemudahan untuk OKU. Tak sesuai kerana perlu turun naik tangga di kawasan berbukit.

Kita diberi peluang masuk ke dalam terowong pendek (bukan seperti di Vietnam tu) dan siap kemas bersimen. Lepas tu kena memanjat tangga tegak naik ke atas. Taklah mecabar sangat tapi good experience terutama anak-anak. Dapatlah bayangkan bagaimana teruknya askar sewaktu bertugas.



Tak sure ini terowong original ke tak. Part ni paling best aku rasa walaupun pendek je terowongnya... lepas tu panjat tangga menegak untuk keluar.




Replica of Jeneral Tomoyuki Yamashita's Gallow




 Ini cuma replika "jenglot". Jenglot sebenar dilihat oleh pekerja sewaktu kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.

Mangsa kekejaman tentera Jepun dahulu. Gambar sebegini perlu lebih banyak.


 Lepak jap dengan Jeneral Yamashita.

Aku bukanlah 'kaki' muzium tetapi aku suka pergi ke theme museum seperti ini. Cuma aku rasa Muzium Perang Pulau Pinang ini tiada jiwa. Masuk sini macam aku tengok kebanyakan filem MIG yang ditayangkan di tv, jika memula menonton tu makan pop corn sambil terkebil-kebil, sampai ke sudah pun macam tu. Takde pop corn tercampak dek terkejut ke apa.. perasaan tu mendatar je. Kalau check guna mesin denyutan jantung tu agaknya mendatar je macam dah mati hahaah.... baca kat Mastika lagi best heheh..


Ini perasaan aku yang dah ke War Remnant Museum dan Cu Chi Tunnel. Eleh baru pergi Vietnam dah kepoh khennn... apa nak buat dik, belum mampu ke Lovre Museum. 

Oleh kerana muzium mengumpulkan bahan sejarah, exhibit kena banyak, susun atur kena menarik. Tour guide tempatan berpengetahuan sejarah perlu. Labelling penting. Propaganda juga penting jika hendak menjual. Kalau boleh gambar kena ada banyak. Kita perlukan gambar yang ada perasaan. Gambar yang bila kita tengok terbit rasa sedih, menyampah, rasa nak pancung dan tikam tikam askar Jepun tu walaupun di rumah kita semua barangan elektrik buatan Jepun. Cuba bandingkan dengan Tuol Sleng Genocide Museum dan Choeung Ek Memorial. Sesak dada dek sedih di situ. Kan aku ada tulis di War Remnant Museum tu hampir semua pelawat menangis tak kira lelaki, wanita atau dua alam. Di Cu Chi Tunnel tu pula kita dapat rasakan betapa kuatnya semangat rakyat Vietnam melawan Amerika.

Lagi satu, aku rasa di sini seperti terlalu mengagungkan British sedangkan askar tempatan turut berperang. Atau adakah aku silap sebab tak membaca semua tulisan yang ada di situ? Omputih tu dia lari ke negara lain bila diserang Jepun meninggalkan atuk nenek moyang kita berlawan sendiri. Bila Jepun mengaku kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom mereka datang semula dan claim masih berkuasa. Lahanat!

Ini cuma pandangan sebelah pihak. Kepada yang belum pergi, pergilah melawat. Kalau takde kawan yang berminat pergi je sendiri then meet somewhere. Kalau pergi dengan orang yang tak berminat nanti dia suruh kita cecepat, tak enjoy pula kita kan? Dapatkan pengalaman tu dulu, mungkin perasaan dan pandangan kita tak sama. Jangan percaya cakap aku bulat bulat. Kalau tak silap aku muzium ini tersenarai sebagai salah satu lokasi "Spooky Tour". Kena buat arrangement dengan tour operator dulu kot.

So... menarik ke tak Penang War Museum ni? Ontahlah... tepuk dada tanya selera,  start kereta tekan minyak. Tengok sampai ke tak ke situ hahahah...

Penang War Museum
Jalan Batu Maung
11960 Batu Maung
Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Lawatan:
Isnin-Ahad 
9 pagi - 6 petang

**Lepas melawat muzium ni bolehlah tengok ikan lumba-lumba dan makan mi udang di Pulau Aman. #DekatJe

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature

$
0
0

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature Belum Rainforest Resort ialah salah sebuah lokasi eko-pelancongan yang utama di Malaysia. Berada di tengah kekayaan hutan tropika, resort ini ialah tempat impian pencinta alam dan lokasi percutian idaman yang lengkap untuk merehatkan badan kerana menawarkan kedamaian, pemandangan yang indah resort serta persekitarannya, cabaran dan peluang untuk berada benar-benar dekat dengan alam.


Dengan dikelilingi hutan hujan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, para tetamu dapat menikmati pengalaman unik kecantikan asli hutan dan misteri alam yang masih terpelihara. Bagi yang meminati aktiviti luar yang lasak semuanya tersedia di sini, hanya menunggu masa untuk dimulakan.


Di Manakah Belum Rainforest Resort?

Dahulunya resort ini dikenali sebagai Banding Island Resort. Ia terletak di daerah yang bersempadan dengan Kelantan dan Thailand. Dari Kuala Lumpur kita akan keluar di Tol Kuala Kangsar untuk ke resort ini.

Resort ini dikelilingi Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir (juga tasik buatan). Jalanraya yang menghubungi pantai barat dan timur semenanjung akan melalui Tasik Temenggor, satu dari Gerik, Perak dan satu lagi dari Jeli, Kelantan.

Kalau bernasib baik kita akan terserempak dengan kawanan gajah di jalanraya Jeli tu... bapak punya bapak punya bapak gajah hehhe... bayangkanlah dia sama tinggi dengan aku yang duduk dalam bas ekspres tu.


Kemudahan Yang Disediakan:



112 rooms 6 traditional chalets
1 houseboat
1 swimming-pool
2 restaurants
3 private rooftop dining rooms
2 meeting rooms
1 business center
1 lounge bar + pool table

Kesemua bilik berhawa dingin, dapur moden dengan hidangan barat, asia dan tempatan sepanjang hari, sambungan internet. Kenapa nak beritahu dapur moden eh... ada ke hotel yang masak guna dapur kayu? hmmm...

Jika anda berbajet besar atau mampu berbelanja tanpa bajet.. owh best nya.. bolehlah menginap di villa yang siap dengan private pool dan 24 butler service. Rumah tradisional yang menghadap tasik tu pun menarik juga. Ah memang best lah kat sini, senyap sunyi damai.


Apakah Kelainan Resort Ini?
Selain aktiviti lawatan dan air yang telah ku ceritakan di sini kita boleh juga menginao di house boat untuk pengalamn yang berbeza.



Traditional house

Lepak sini menunggu sunset.


Restoran ada dua, yang di bawah sana berdekatan swimming pool tutup pukul 6 petang. Makanan sedap dan banyak pilihan. Masukkan kos makan dalam bajet percutian anda sebab resort ini jauh dari pekan.

Untuk merasai kelainan berada di tengah tasik menikmati alam yang masih belum tercemar, boleh menginap di house boat ini dengan kapasiti maksima 16 orang. Harga untuk 2 hari 1 malam bermula daripada RM6,000 satu bot.


Houseboat

Swimming pool ini agak jauh dari bilik jadi selepas dua kali turun naik kesudahannya aku tak jadi mandi. Pastu menyesal tak menyaksikan matahari terbenam di sini :-(

Tempat untuk berangan mencari idea.

Bilik deluxe kami. Selesa je kaki memijak lantai kayu tu. Bangun pagi dengan bauan dedaun dan kayu sungguh menyegarkan.

Rumah tradisional. Bolehlah mengimbau kenangan lalu semasa kita masih tinggal di rumah kayu di kampung tetapi yang ini lebih menarik dengan bilik air moden dan pemandangan indah menghadap Tasik Temenggor.



If you need a quiet retreat, Belum Rainforest Resort offers that for sure.

Banyak outdoor packages yang ditawarkan oleh BRR. Boleh lihat di sini.

Berminat?

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding
33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan 
Malaysia 

Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info@belumresort.com

Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini

$
0
0

Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini |  Mauritius kini sebahagian daripada 22 laluan luas AirAsia X. Buat masa ini AirAsia X satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti di antara Kuala Lumpur dan Mauritius, dengan penerbangan 3 kali seminggu bermula 4 Oktober 2016*.


Destinasi baru ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. 

Tuan Yang Terutama En. Issop Patel, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia melancarkan destinasi baru tersebut pada sidang akhbar hari ini bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.


Kepada kengkawan yang dah lama teringin ke benua Afrika, Mauritius adalah destinasi permulaan untuk rakyat Malaysia menerokai keindahan di Afrika – dari Cape Town yang indah ke Namibia, Madagascar dan Botswana yang eksotik. Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Kita boleh memilih untuk berehat di pantai Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius sambil menghirup jus tebu segar, atau melakukan aktiviti  selaman skuba kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut. Jika anda inginkan aktiviti yang lebih mencabar, bolehlah merasai pengalaman Underwater Walk, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen. 

Bagi yang meminati budaya dan sejarah boleh menuju ke ibu kota Mauritius, Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan.


Kenapa Air Asia X pilih Mauritius?

Sebenarnya terdapat permintaan yang tinggi untuk ke sana. Lagipun, pengembara yang berhajat untuk ke Afrika boleh menjimatkan kos perjalanan dengan penerbangan tambang rendah ni. Dari KL naik AAX ke Mauritius kemudian sambung ke negara lain pula. Jimat banyak beb kalau kena caranya. Kita juga berharap ramai rakyat Mauritius dan sekitarnya akan mengambil peluang melancong ke Malaysia dengan adanya laluan terbaru ini. Bawa duit bebanyak datang sini.

Selain disebabkan pelancongan Air Asia juga berharap para peniaga Malaysia dapat mengembangkan perniagaan mereka ke benua sana pula.


Berapa lama perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mauritius?

Tujuh jam sayang. Dengan itu malam sebelumnya tak payahlah kita tidur, kita gasak layan movie/qiamullail/baca quran/novel  sampai ke pagi supaya boleh zzZZZzzzZZZZzzzz dalam penerbangan nanti :-) . Jangan berdengkur sudah.

Dengan perjalanan yang lama tu eloklah kiranya kita stay lima hari di sana. Enuf for relaxing and joli. Flight timing pun bagus, sampai sana siang tiba di KL pun siang. Kita akan diberikan VOA selama 30 hari.


Berapa harga tambang promosi bermula 26 Mei 2016?

Murah je uolls... tambang promosi termasuk semua dari serendah RM299** sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM999** sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds sedia untuk ditempah dari 26 Mei hingga 5 Jun 2016 untuk perjalanan dari 4 Oktober 2016 * sehingga 22 Mei 2017. 

Tambang promosi ini boleh didapati secara online di airasia.com serta di aplikasi mudah alih AirAsia untuk iPhone dan Android dan juga melalui mobile.airasia.com

Marilah kita bersama-sama berjemaah depan gajet memasing tengah malam nanti :D

Apa lagi?? Set alarm, malam karang nak berjaga depan www.airasia.com hehehhe...


Mauritius = sun + sand + sea + dot dot dot (diorang yang cakap eh, bukan aku)

Please lah, don't wash dirty linen in public

$
0
0
Sumber lwfyouth.org

Pelancongan merupakan punca pendapatan keenam terpenting di Malaysia. Pelancong datang disebabkan kestabilan ekonomi serta politik, keindahan hutan serta laut yang ditawarkan, makanan enak 24 jam sehari dan keramahan rakyatnya. 

Kejayaan dalam industri pelancongan bermakna kejayaan usaha BANYAK pihak, bukannya one man show.

Begitu banyak pihak bertungkus-lumus siang dan malam tirelessly untuk menaikkan kembali kepercayaan dan keyakinan pihak luar untuk datang ke negara ini selepas peristiwa tragis dalam sistem penerbangan Malaysia. Malah berita jerebu yang dibawa dari daerah lain selain kemelesetan ekonomi juga menambah tekanan dalam usaha tersebut. Bila bajet dipotong perancangan yang telah dibuat ada yang terpaksa dipotong juga.

Kalau nak bergaduh, bertumbuk, mencaci, mencerca, merosakkan harta orang lain buatlah di kampung sendiri. Bergaduh je lah tapi jangan menjerit sampai orang di luar rumah dengar. Sila selesaikan personal matters dalam rumah sendiri. Juga, JANGAN pergi ke funfair di kampung lain lalu melondehkan seluar dan menembak kerandut sendiri kerana marahkan isteri yang tak mendengar kata, walaupun si isteri memberikan sumbangan besar kepada keluarga. Sungguh tak bermaruah dan MEMALUKAN! Ramai orang nampak dan bergossip sakan. Elok dibenam dalam kolam ikan.

Gunung Kinabalu dilihat dari Mesilau.




Viewing all 1024 articles
Browse latest View live