Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1025 articles
Browse latest View live

Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng

$
0
0


Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng | Caving!! Okay kali ni nak bercerita tentang eksplorasi Gua Kandu di Gopeng, Perak.

Caving in Gua Kandu, Gopeng.
Eksplorasi gua (menggua kitorang cakap) bolehlah dikira aktiviti baru yang aku minati. Ini kali ketiga tetapi menjadi gua keenam yang aku masuki. Setiap gua berlainan bentuknya lantas memberikan pemandangan serta cabaran yang berbeza.  Pertama kali dulu Gua Tempurung kemudian kompleks gua di Taman Negara Mulu di Sarawak. Dah baca cerita masuk 4 gua dalam masa 2 hari? Kempis peha ai.
Gua Kandu tak jauh kedudukannya dari Gua Tempurung dan tidaklah begitu mencabar, mencangkung dan merangkang tu sekejap aje tetapi gelap, kering dan berdebu. Di sini kena buat rapelling, panjat naik dan turun menggunakan tali. Nervous ai! Aku ni ada masalah kurang keyakinan melonjakkan badan.
Seperti Gua Tempurung, Gua Kandu juga merupakan sebuah gua batu kapur yang dihiasi dengan stalagmit serta stalagtit yang indah. Pernah dijadikan tempat persembunyian askar Jepun semasa perang dunia kedua kemudian tempat merancang serangan gerila komunis. Memang gelap. Dikatakan dulunya sebatang lilin digunakan selama empat bulan semata-mata untuk menjaga kerahsiaan aktiviti penjajah dan pengganas ini. Selain kesan-kesan yang menjadi bukti keberadaan mereka di sini, Gua Kandu juga tidak ketinggalan mengalami masalah vandalism. Gatal betul tangan memasing.


Pakej 'Caving' Untuk Amatur
Nomad Adventure sebagai pengendali aktiviti caving dan rafting telah melaksanakannya secara baik dan professional. Yakin hati kita ni dengan staf-staf mereka yang berpengalaman. We were being briefed about safety, pakai helmet bebetul...ketatkan.. mesti menutup dahi, pasang torchlight dan pasang harness. Exited! Teruja untuk dua jam berikutnya. Eh, kenapa kena pakai harness pulak? Suspens gue.
Moose dari Nomad Adventure sedang brief kami sebelum caving.
Elok suggest kat bos memasing untuk buat team building or self-development programme dengan aktiviti seperti ini. Kenapa? Kita selalu beralasan kita tak berupaya.. kita tak mampu buat itu ini.. i tak boleh.. i tak berani... kita tak mencabar diri kita sendiri sebenarnya. Sekali kita melepasi satu satu tahap cabaran mesti kita nak cuba yang lebih mencabar lagi because we know we can do it. Yang penting ialah menggerakkan emosi dan tenaga untuk first step tu. Bab itu yang payah sket.

Selepas safety briefing sekali lagi di pintu masuk gua maka masuklah kami mengikut kumpulan masing-masing. Di permulaan ni ada sebuah laluan sempit tapi jangan risaulah, setakat saiz 120 kg tu tahan nafas mesti boleh lepas hahaa.. Kami ditunjukkan beberapa kesan sejarah seperti perkataan Mao Tze Dong di dinding gua dan bekas kawasan melombong bijih timah.
Dalam cabaran repelling ni, ya Allah takutnya aku nak naik ke atas dengan tali tu. Kena bebetul fokus  memegang tali sepenuh kekuatan dan bergerak naik ke atas. Walaupun abang JPAM ada ai tak naklah jatuh bedebuk macam nangka busuk.. Masa turun satu hal lagi, berdebar sakan bila kaki tak tahu nak pijak kat mana hahah... Dalam berdebar tu berjaya juga.




Flying Fox Di Gua Kandu, Gopeng
 
Paling best buat flying fox setinggi 20 meter! Waaa.... teruja!! Nak pergi ke starting point tu pun dah kena gunakan harness. Berhati-hatilah ye... hujung kasut aku tersangkut di batu selepas guide tu lepaskan untuk meluncur. Sepatutnya aku menuju ke depan, disebabkan kasut tu tersangkut aku terpusing ke belakang. Phewww... ok tenangkan diri... bila kasut terlepas keting aku terhentam ke batu. Bengkak dan lebam keting yang mampu menjatuhkan 'saham' jika masih bujang trang tang tang. Mujur tak pakai skirt pendek. Baru je hilang lebam ni ha. Dah lah lepas tu rafting, berkerut jugalah dahi bila guide suruh bergerak ke depan masa rafting tu tapi ai tak menyesal, nak cuba lagi ada lah. Empat kali dah buat Flying Fox, makin lama makin seronok. :-)


Waiting for our turn to zipline.

 

  Hah, dah berjaya! Ada lagi yang dah kecut segala-galanya dalam teragak-agak terpaksa juga buat flying fox sebab laluan alternatif taklah semudah mana hahah...

Selepas melakukan Flying Fox sejauh 100m, untuk turun ke tempat berkumpul di bawah gua ada tiga cara:

1. Melalui laluan hutan.
2. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian berpatah balik berjalan kaki lalui mengikut laluan hutan.
3. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian turun melalui cenuram di tepi gua menggunakan via ferrata dan tangga yang curam.

  
Turun melalui via ferrata yang best walaupun di penghujungnya kaki aku tak sampai ke tempat berpijak. Bersyukurlah jadi orang katik, dapat berpijak ke sambungan kabel heheh..
Inilah aktiviti MESTI cuba bila ke Gopeng! Do it with family and friends.


Serba Sedikit Mengenai Nomad Adventure

Nomad Adventure ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Chan Yuen-Li, seorang yang sangat meminati alam dan sukan ekstrim. Memiliki sijil dalam Wilderness First Aid, Rope & Swiftwater Rescue dari Rescue 3 International, kesemua ketua untuk aktiviti 'whitewater rafting' disahkan kebolehan mereka oleh International Rafting Federation.

Selain eksplorasi gua dan 'rafting', mereka juga menawarkan program outdoor lain seperti:
  1. River Rescue Team Challenge
  2. Whitewater Kayaking
  3. Mountain School
  4. Academy Kampung
  5. Rafflesia Trekking
  6. Heritage Hunt Gopeng
  7. Camping

Sila hubungi nombor di bawah untuk merasai pengalaman outdoor activities dan sukan ekstrim yang takkan dilupakan.

Nomad Adventure
525 Jalan 17/13
46400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: +603 – 7958 5152
Emel: yuenli@nomadadventure.com
Web: Nomad Adventure

Camp Site: Lot 17525
Kampung Chulek
Gopeng, Kampar
Perak.




Does Google map helps?

$
0
0
Does Google Map helps? Waze?

Tidak juga. Tapi takde la sampai tahap ni hahah...

Pulau Pinang | 10 Perkara Menarik di Balik Pulau

$
0
0

Pulau Pinang | 10 Perkara Menarik di Balik Pulau | Assalamualaikum. Baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi ke Balik Pulau menghadiri majlis kenduri perkahwinan keluarga.



Kami balik berdua naik Air Asia dari KLIA2 - Penang. Setelah dibuat comparison antara tambang bas dan kapal terbang, adalah berbaloi naik kapal terbang pada tarikh tersebut. Hanya RM154 kos untuk dua orang pergi dan balik. Kalau memandu kereta ke sana confirm lagi banyak RM akan hangus. Soheh! :-))
Dari airport kami sengaja menaiki bas ke pekan Balik Pulau, nak breakfast di kedai katanya. Husband aku teragak-agak jugalah nak turun di mana... aku suruh tekan di tengah pekan, dia hanya buat bila bas tu dah membelok ke kanan keluar dari pekan tu. Tapi tu lah kan, kekadang tidak mengikut peraturan akan menemukan kita dengan sesuatu yang menarik ;-)
Sesuai namanya ia terletak di barat daya Pulau Pinang jauh dari bandaraya George Town yang menjadi nadi kehidupan dan pusat perekonomian Pulau Pinang. Balik Pulau ialah kawasan perkampungan Melayu tetapi kini sudah banyak tanah yang dijual kepada pelabur untuk dibuat penempatan moden. Sayang tanah tu :( Secara amnya harga tanah/rumah di Balik Pulau lebih rendah daripada di kawasan berdekatan George Town. Aku perhatikan jika tanah yang dijual tu memanjang, ia akan dibina rumah teres atau semi-d tiga tingkat, banyak untung worrrr... Nak dipersalahkan tuan tanah yang menjual pun tak boleh juga, dah lama hidup biasa biasa hendak juga merasa luar biasa di penghujung usia. Nak juga merasa bagaimana perasaan menjadi pakcik kayo.

Balik Pulau terhasil dari cantuman beberapa perkampungan nelayan seperti Teluk Kumbar, Kampung Pondok Upeh, Kampung Sungai Burung, Gertak Sanggul and Pulau Betong. Ia menawarkan  pemandangan indah kehidupan nelayan, sawah padi yang menghijau dan udara nyaman. Kehidupan di sini agak perlahan kontras dengan George Town. Itulah nilai yang masih dipertahankan untuk menikmati suasana tepi laut dan hutan yang mendamaikan. Nampak ketinggalan namun jika kampung aku sendiri pun aku redha ia ketinggalan. Damai. Yang penting ada wifi (kan?).

Bila ke Pulau Pinang jangan hanya melawat kawasan tumpuan pelancong, luaskan jelajahanmu kerana banyak yang menarik di sini.


Apa Yang Menarik Di Balik Pulau?
1. Seperti mana yang kita semua ketahui Pulau Pinang adalah syurga makanan. Berbagai jenis dan rasa akibat daripada kepelbagaian bangsa dan kaum yang menghuni negeri yang mendapat julukan Pulau Mutiara ini.
Kami minum pagi di sebuah kedai berdekatan roundabout. Pilih kedai tu sebab ramai orang, konon sedap. Biasalah, order roti canai... tapi tak suka sebab tak garing di luar dan lembut di dalam. Di sebelahnya ada pasangan suami isteri berniaga nasi lemak dan kuih muih. Banyak jenis, aku beli bingka ubi dan kuih koci. Sedap.
Nak cuba pasembur cari di market, nak makan seafood hang pi ke Medan Selera Kg Nelayan di  Teluk Kumbar. For chinese food, you may go to  Kampung Kuala Jalan Bahru to try Prawn Noodles (Hokkien Mee) and Gertak Sanggul for seafood.

2. Street Art by Russian Artist
Bukan di Armenian Street, Chulia Street saja ada lukisan jalanan tetapi dah melarat ke Balik Pulau. Ada enam mural di pekan tetapi aku cuma cari empat sahaja, yang lelain tu sila explore sendiri ya.

Naik bas dari airport ke pekan ini hanya RM2.
  




  
3.Ladang Durian dan Buah Pala
Untuk ke Balik Pulau ada beberapa jalan, salah satunya jalan berbukit-bukau yang indah dengan pemandangan ladang durian. Biasa dengar durian Musang King, D24, Hor Loh, Lipan, Green Skin, D2, D15, D95 dan Kun Poh kan? Suka? Isinya berwarna kuning, lembut dan tebal. Ada yang sedikit pahit dan berfiber. Aku tak suka sangat sebab maksima boleh makan cuma dua ulas. Durian kampung aku boleh makan dua biji hahah... tak kira mengandung ke tak, aku tetap makan sepuasnya. Siapa kata orang orang mengandung tak boleh makan durian? Syirik betolll ! haha... banyak sangat pantang larang. Masa first trimester tu aje berjaga-jaga.. selepas tu pantang jumpa.
Pokok-pokok ini kebanyakannya ditanam di lereng bukit.  Selain rasanya yang digemari ramai, aku rasa apa yang membuatkannya mahal adalah kos untuk mengikat dan memasang jala supaya buah durian ini tidak jatuh ke bawah bukit. Upah memanjat pun termasuk dalam kos juga tu. Dengan keluasan 1,868 hektar ladang durian, Balik Pulau masih dirujuk sebagai pengeluar durian terbaik Malaysia oleh peminat durian.

Aku suka durian. Sila belanja aku bila musim durian tiba.
4.Laksa.
Laksa yang popular di sini ialah Laksa Jangguih di KM6.5 Kampung Perlis. Dibuka 3.30 petang hingga 8 malam, tutup pada Rabu. Selain laksa, pisang goreng dan ABC pun dijual. Sejak keluar di Jalan-Jalan Cari Makan TV3 famous betul kedai laksa ni tapi pada aku rasanya biasa je. Cousins aku cakap ada satu kedai kat selekoh depan sikit (dekat masjid) tu lagi sedap.
Oleh sebab kami cuma berada dua hari di BP, aku sempat mencuba laksa di sebuah lagi kedai. Mujur order satu jer... pelik rasa kuahnya. Tak tahulah sebab ikan yang digunakan ke.. atau kurang asam keping. Loyo tokak den hahah..
Jangan putus asa, lain kali kita cari lagi yang sedap.
 
5. Aktiviti Berbasikal (Bicycle Tour)
Banyak hotel dan resort serta homestay yang menyewakan basikal. Di sepanjang jalan berbukit itu pun kita akan bertembung dengan para pelancong yang menikmati suasana nyaman di sini dengan roda dua. Kebiasaannya 'tour' ini akan berhenti di "Pemandangan Indah" untuk melihat Pulau Pinang dari sudut tinggi.
6. Ladang Kambing
Terdapat dua pengusaha ladang yang membuka untuk lawatan umum.

Saanen Dairy Goat Farm
Tidak mengenakan caj masuk tetapi menjual produk tenusu dan ais krim kepada para pelawat. Letaknya berdekatan Kem PLKN Sungai Pinang. Rasanya bas besar tak boleh masuk hingga ke pintu ladang. Apa apa hal pun sila confirm dengan tuan ladang.
Waktu beroperasi 10 pagi - 5 petang.
Audi Dream Farm - aku tak sempat masuk tapi di sini terdapat lebih banyak jenis binatang.
Yuran masuk dikenakan: MyKad holder RM7, MyKid RM3, foreigner RM15

Waktu beroperasi 8.30 pagi - 6 petang.
  
7. Aktiviti Menunggang Kuda
Terdapat ladang kuda di sini seperti Countryside Stable Penang. Boleh beri makan dan menunggang kuda.

Ada juga orang kampung yang menawarkan pengalaman 'pony ride'. Bila lalu di Kampung Perlis dan sekitarnya jengah signboard kiri dan kanan. Mesti anak-anak seronok jika dibawa ke sini. Kegembiraan tak semestinya dinikmati dengan harga mahal.
 Maximum weight 80kg je... kalau sedar diri gemuk jangan naik, kesian kuda tu terseksa heheh..


8. Masjid Tua
Masjid lama yang menarik. Nama rasminya ialah Masjid At-Taqwa tetapi lebih dikenali sebagai Masjid Mukim Kongsi (GPS: 5.34847, 100.23216).

Untuk ke masjid ini sila naik bas Rapid Penang bernombor  401, 401E and 502.


9. Rumah Tradisional Melayu
 The interior of Malay traditional house.

10. Resort Yang Menarik
Pernah google homestay atau resort di Balik Pulau? The price starts from RM250 per night. Yang lebih mahal penginapan di dalam ladang. Foreigner sukalah tempat-tempat begini. Mesti seronok kalau datang di musim buah-buahan.

Banyak juga homestay yang menarik dan cute ditawarkan oleh penduduk kampung dengan harga yang lebih murah. Aku nampak banyak di jalan menuju Teluk Bahang. (bukan homestay dalam ertikata sebenar kerana kita tidak tinggal dengan tuan rumah).


Bagaimana untuk ke Balik Pulau?
1. Ikuti jalan pantai ke Teluk Bahang kemudian ke Balik Pulau. Pemandangannya memang ohsem!
2. Dari Jalan Sungai Nibong yang mana kita akan melalui perkampungan kecil nelayan.
3. Melalui Air Itam and Paya Terubong
4. Melalui jalan air dari jeti nelayan.


  

Cititel Express Ipoh | Location Location Location !

$
0
0

Cititel Express Ipoh | Location Location Location! Eh, macam nak mencari hartanah pulak. Apakah kriteria penting yang selalu kita tetapkan bila memilih penginapan di sesuatu tempat? Sudah pastinya kedudukan hotel menjadi keutamaan, betul kan? Mesti nak yang senang ke tempat makan makan.


Fourth slide

 

Dengan menjenamakan "Smart, Clean and Simple" hotel baru yang berwarna oren ini menjadi pilihan penginapan terbaru ketika berada di Ipoh. Hotel moden dan selesa dengan 210 bilik ini berada di lokasi strategik di tengah bandar Ipoh Lama yang mana akses untuk ke kawasan dan bangunan bersejarah, tumpuan pelancongan, lukisan jalanan (street art), kedai makan terkenal dan Stesen Keretapi Ipoh HANYA dengan berjalan kaki.

Bilik standardnya selesa tapi aku suka family room (Deluxe Quad) sebab pada aku design begini menarik dengan tiga katil yang tak disusun sederet. Ada lah ruang untuk bebudak main nyorok-nyorok. Orang yang dah berkeluarga fahamlah tu. Menurut mereka jika kita membawa 'toto' pun mereka tak kisah. Mau jadi rumah kongsi karang nih hahaha...

Setiap bilik dilengkapi dengan 40" LED screen smart IPTV dengan 150 pilihan movie. Tak lama lagi akan ditambah movie Hindustan/Tamil pula. Bilalah nak gi jenjalan kalau dah melekat tengok cerita Hindustan.

Fourth slide
Deluxe Quad

First slide
Superior Twin


Cititel Express Ipoh menawarkan dua buah bilik mesyuarat berkapasiti seramai 120 orang dan dewan serbaguna untuk kegunaan 160 orang lengkap dengan LCD projector PERCUMA.
  

Bumbu Cafe
  
Paling hebat pastinya Wi Fi berkelajuan tinggi dikeseluruhan premis. Menyampah aku kalau hotel baru iklan gempak tapi bila nak guna internet kena berlonggok kat lobi. Rasa nak turun dengan baju kelawar sambil baring kat sofa aje hahah..

Perkhidmatan shuttle PERCUMA khas untuk para tetamu yang menginap di Cititel Express Ipoh untuk ke 7 buah lokasi tumpuan pelancongan iaitu Ipoh Railway Station, Ipoh Old Town, Concubine Lane, Dim Sum Street, Ipoh Parade Shopping Mall, Jalan Yau Tet Shin & Jalan Theatre, MAPS - (Movie Animation Park Studios). MAPS bakal dibuka Julai nanti. Eksaited!

Breakfast dah tentulah percuma kan... parkir pula disediakan secara bertingkat macam yang di KL tu.

Harga bilik?

Harga bilik bermula serendah RM147 semalam. Sekarang ni ada promosi diskaun 15% untuk semua tempahan bilik kecuali Standard Twin and Triple. Untuk menikmati diskaun istimewa ini sila tempah sekarang hingga 30 April 2016 untuk menginap sehingga 30 Jun 2016. Book kat sini.


Apa Yang Menarik Di Ipoh Eh?

Ipoh ada macam-macam contohnya seperti yang di atas tu. Perak pernah kaya dengan hasil perlombongan bijih timah jadi sudah pasti ia menjadi tarikan kepada para peminat sejarah negara. Pagi Ahad ada pasar karat. Memalam boleh makan di Greentown foodtruck atau di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Kalau datang Ipoh adalah lebih baik sarapan pagi di luar. Banyak betul pilihan and street food always the best choice.

Aku dah pernah buat beberapa blogpost mengenai Ipoh. Sila klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.


Jom ke Ipoh! #DekatJe

  
CITITEL EXPRESS IPOH
2, Jalan S. P. Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 208 2888

 

Motivasi | Sikap Manusia

$
0
0
Ini perkara biasa... but do good anyway kerana Allah itu Maha Mengetahui. 

Motivasi Pagi | Utuhkan Persamaan, Raikan Perbezaan

Motivasi | Bersyukur Dengan Kurniaan Tuhan

$
0
0

Kita selalu begini kan? Kita selalu nampak kehidupan orang lain lebih hebat lebih seronok daripada kehidupan sendiri sedangkan ada orang lain mengagumi our simple life.

Setiap manusia akan diuji dengan cara tersendiri. Mesti ada masa turun naiknya. Kehidupan tidak statik.

Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Flores, Indonesia. Bantuan Kewangan Diperlukan Segera!

$
0
0

Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Flores, Indonesia. Bantuan Kewangan Diperlukan Segera! | Berita sedih sejak semalam. Sedih mendengarkan kisah kematian pelancong yang datang untuk bergembira akhirnya pulang terus mengadap yang Esa. Mati itu pasti, ajalnya memang di waktu itu tetapi mati lemas di air terjun di perantauan menambah lagi kedukaan keluarga mereka.

Mangsa tersebut ialah Mohamad Ezzaq Azumi, 24, Mohamad Azfar Tahir, 24 dan pemandu pelancong warga tempatan Wenseslaus Hendro Akung, 39.
 
Okay kita ringkaskan cerita. Pihak keluarga Mohamad Ezzaq Azumi meminta bantuan kewangan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia. Kos keseluruhan dari Flores, Indonesia ke Malaysia berjumlah RM14,000 seorang. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan terdesak di waktu ini. Ini masa mereka, ujian untuk kita tidak tahu bagaimana nanti. Di waktu begini tidak perlulah kita pertikaikan itu ini. Selesaikan masalah ini dahulu barulah kita berdebat mengalahkan ahli parlimen.
 
Pada pendapat aku eloklah kita direct transfer dari Maybank-Maybank kerana lebih pantas. Jika kita buat online transfer dari bank lain mungkin esok pagi mereka baru terima wang tersebut. Kalau tak boleh online mintalah tolong sesiapa pergi ke bank tu, abang despatch office kita ke... Walaupun RM1 ia sangat membantu di waktu kecemasan seperti ini.
 
Kalau boleh derma/sedekah dengan jumlah yang besar, buatlah. Semoga Allah memudahkan urusan kita di kemudian hari. Bank akan block savings account yang tetiba ada unusual deposits jadi kalau kita boleh masukkan duit dengan jumlah besar dengan segera adalah lebih bagus. Tak semestinya duit kita seorang, kita boleh kumpulkan sekali dengan derma/sedekah orang lain.
 
Aku dah transfer sikit dari Maybank2U dan terus masuk ke akaun kakak arwah, Fatin Nurliyana Azumi (nama dia automatik keluar di skrin). 
 
Sila bank-in ke akaun di bawah:
 
Nama :Fatin Nurliyana Azumi
Bank : MAYBANK
No akaun : 162405145594
Tel : 017-2489609
 
 
Sedikit peringatan bersama:
 
Setahu aku pihak kerajaan Malaysia tidak membantu dari segi kewangan untuk kes-kes begini TETAPI membantu dari segi pengurusan jenazah. Lain negara lain cara dan kerenah birokrasinya, pihak kedutaan lebih memahami bab itu. Aku dah tengok masa kes di Pattani bulan Februari lepas.
 
Dulu aku pun tak beli travel takaful/insurans ni sebab nak jimat kononnnn... selepas ada dua kes orang yang kita kenali meninggal di Beijing dan Ho Chi Minh barulah tersedar bahawasanya kos membawa pulang manusia tak bernyawa adalah LEBIH TINGGI daripada manusia yang boleh berjalan sendiri masuk kapal terbang. RM20,000 kos bawa balik siap bungkus. Agak-agak kalau dari US atau europe banyak mana pulak? Itupun setakat sampai KLIA saja, Dari KLIA ke rumah/kubur ada kos tambahan lagi.
 
Janganlah kita pertikaikan kenapa dia tak beli travel insurans di waktu ini. Pihak keluarga mereka pasti akan membuat semakan selepas urusan jenazah disempurnakan. Tak perlu kita berlagak pandai. Kalau dia tu adik kita, adakah kita suka orang bercakap macam-macam masa kita sedang bersedih ni?? Kita tak kenal dia jadi adilkah untuk kita berkata yang tak baik sedangkan dia tidak dapat mempertahankan diri lagi?
 
Jika duit derma tu berlebih mungkin pihak keluarga Mohamad Ezzaq Azumi boleh hadiahkan kepada mangsa yang seorang lagi atau melunaskan hutang arwah jika ada. Kita halalkan je lah. Tak miskin pun kita sedekah RM10.
 
Innalillah... semoga kuburnya kelak menjadi tempat berehat yang abadi dan segala kebaikannya walau sebesar zarah akan diterima Allah.

Beringat ketika melancong.
 

 


Ini berita daripada Utusan Online.

Mangsa lemas di Flores ‘sahabat dunia akhirat’

KUALA LUMPUR 17 April – Dua rakyat Malaysia yang ditemukan lemas di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, Indonesia merupakan sahabat karib sejak kecil.
 
Kakak kepada salah seorang mangsa, Mohamad Ezzaq Azumi, 24, Fatin Nurliyana Azumi, 27, berkata, adiknya pernah memberitahu bahawa rakannya yang turut maut dalam kejadian itu, Mohamad Azfar Tahir, 24, adalah sahabatnya di dunia dan akhirat.
 
Menurut Fatin Nurliyana, arwah adiknya dan Mohamad Azfar yang berkawan sejak sekolah rendah berlepas ke Flores sejak 12 April lalu bersama tiga lagi rakan mereka.
 
“Ini bukanlah kali pertama Mohamad Ezzaq Azraf melancong bersama dua rakan yang turut terselamat dalam kejadian tersebut di kawasan semula jadi, malah terbaharu mangsa pernah bercuti di sebuah pulau di Sumatera.
 
“Mereka memang rapat sejak dulu lagi dan selalu dilihat bersama-sama sehinggalah Mohamad Azfar berpindah di Bagan Lalang, namun ini merupakan kali pertama mereka bercuti bersama-sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Ditanya mengenai perkemba­ngan operasi menyelamat Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar, Fatin Nurliyana memberitahu, pihaknya telah dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia bahawa mayat kedua-dua mangsa telah ditemukan hari ini.
 
Fatin Nurliyana dan seluruh ahli keluarganya mendapat berita mengenai kehilangan adiknya da­ripada kakak Mohamad Azfar yang menghubunginya semalam.
 
Sebaik mendengar berita sedih itu, Fatin Nurliyana menghubungi seorang lagi rakan Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf, Qayyum yang turut serta dalam percutian berkenaan yang turut memaklumkan perkara yang sama.
 
Qayyum juga, kata Fatin Nurliyana, memberitahu kejadian itu berlaku sejurus selepas Allahyarham adiknya dan pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba untuk menyelamatkan Mohamad Azfar yang dipercayai lemas.
 
“Saya diberitahu adik saya adalah yang terakhir terjun ke dalam kolam itu selepas kesemua mangsa termasuk tiga rakan yang lain cuba untuk menyelamatkan Azfar.
 
“Bagaimanapun, Ezzaq, Azfar dan pemandu pelancong itu hilang dan tiga yang lain berjaya menyelamatkan diri,” katanya.
 
Bernama melaporkan Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar adalah dua warga Malaysia yang hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu di kawasan air terjun Cunca Wulang.
 
Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti hilang bersama seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong yang cuba menyelamatkan mereka namun hilang sebaik terjun ke dalam kolam itu.
 
Tambah Fatin Nurliayana, keluarganya turut mengadakan kenduri tahlil untuk Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.


 

Cerita Ceriti Sepetang Bersama Blogger 2016

$
0
0

Cerita Ceriti Sepetang Bersama Blogger 2016 | Pengiklanan melalui blog, website dan media sosial lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan cara perniagaan terkini yang memberikan kesan pantas berbanding kaedah konvensional. Media sosial bukan sahaja tempat untuk bersosial bersama kawan-kawan tetapi juga menjadi 'lubuk' rezeki bagi yang mahu menggali.

Sejak 2012 Denaihati Network telah mengadakan program "Sepetang Bersama Blogger" yang menghimpunkan blogger, social media influencer, penaja dan penceramah yang berkaliber untuk berkenalan serta berkongsi ilmu. Program ini juga menjadi medan untuk para penaja memperkenalkan diri dan produk mereka secara mudah. Beratus blogger yang hadir takkan tak terkesan kot? Selain MDEC yang menjadi penaja utama, eQurban, Kotak Lensa (instant photobooth), CVS Production, Richwork, Amna Home, Zeeta, Ephyra, Aleeya's Kitchen, dan ramai lagi turut sama menyumbang dan memeriahkan majlis yang diadakan di Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur.

Aku sampai awal tapi disebabkan mendaftar online pada hari terakhir maka dapatlah seat di hujung dunia. Padan muka. Nasib baik ada skrin tv di kiri kanan dewan. Aku ingatkan majlis bermula jam 9 sebab pendaftaran peserta pukul 8.30 pagi tapi lepas pukul 10 baru nak start weh. Nasib baik ada blogger yang dikenali bolehlah dibawa bersembang. Diatas meja kami disediakan kopi Codi Cafe dari Asia Herbal Biotech dan hirisan nenas yang super manis dari Bob Nenas. Berseri muka dapat vitamin yang maksimum pepagi tu. Jenis MD2 agaknya, terasa-rasa lagi manisnya di tekak.

Panel penceramah kali ini ialah Ismail Che Ani, Ali Hanafiah, Aqif Azizan, Hasrul Hassan, Memey dan Norman yang menjadi duta produk Ephyra, Abang Ensem dan pelakon Adi Putra. Semuanya terkenal dalam bidang dan niche memasing. Berebut hadirin bergambar dengan Norman yang sado dan wife dia yang cantik tu. Aku malaslah bergambar dengan orang yang cantik sangat nih, nanti aku rasa rendah diri hahahha.... Dapat bergambar dengan sifu blogging Hasrul Hassan, sifu hartanah Abang Ensem (ensemkah?) dan red diva Redmummy buat aku rasa motivated. Gituh. Sesiapa yang nak tengok handbag terbaru Redmummy boleh scroll ke bawah, aku tak crop handbag merah dia. Gambar macam tu je lah mampu dengan handphone den ni haaa.. Gambar aku dengan Adi Putra pemilik Simply Umrah akan ku simpan buat kenangan. Gittew...

Aku datang dengan tujuan utama nak menimba ilmu, dapatlah serba sedikit daripada penceramah baru yang belum aku kenali. Yang lelain tu dah selalu baca di blog mereka. Jika mereka diberikan slot yang lebih lama kan best. Lagi banyak ilmu boleh dikongsi. Sempatlah interview AE sekejap, banyaknya rumah dia.... aku memiliki tak sampai separuh pun.

Meh tengok gambar-gambar di MDEC-SBB2016.


Terima kasih tidak terhingga kepada Rickwork kerana menghadiahkan buku ini kepada pada hadirin. Buku adalah hadiah terbaik. Kalau dapat hadiah pakej travel pun baik juga heheh...

Kemain Amir Nawawi.

 Bergambar dengan Upin Ipin semata-mata nak bagi anak cemburu hahah.... Berulang-ulang dia cakap "adik nak ikuttttt..." lepas tengok gambar ni.
With Redmummy

Hasrul Hassan dan Abang Ensem

Sedap!
Tahun depan ada lagi ke SBB, Denaihati Network?


AirAsia X dan MY ecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko

$
0
0

AirAsia X dan MYecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko | AirAsia X bersama MYecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitality menawarkan pakej pelancongan 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900* seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Hokkaido, dari Jun ke Oktober 2016. Teringinnya..... sila tempah sekarang!

 
Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsiaX Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.
 
"Niseko Super Summer Saver" adalah pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan yang meliputi tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo dari Kuala Lumpur, penginapan selama 4 atau 5 malam di MY ecolodge, pengangkutan pergi balik lapangan terbang, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harga di antara RM3, 900* hingga RM4, 800* bagi setiap tetamu. Tempoh perjalanan adalah dari Jun hingga Disember 2016 kecuali Julai 2016. Harga pakej ini juga termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20 kg, dan pemilihan tempat duduk standard. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group Desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668.
 
Kena cari geng 10 orang baru dapat harga tu. All in okaylah. Kos hidup di Jepun memang tinggi so please don't expect dapat harga macam pergi melancong ke negara-negara Asia Tenggara, India atau Cina. Nak ke Jepun dah senang sekarang ni sebab tak perlukan visa lagi.
 
 
Jangan ko ingat Tan Sri Rafidah nak jawab soalan yang dah ada jawapan dalam press release huhuu... tapi aku sukakan cara beliau menjawab soalan, berani. Orang kaya dengan experience kan... ya Allah siapalah yang tak pakai ubat ketiak dedekat aku nih... sesak nafas! 

 Tan Sri Rafidah Aziz menjawab soalan wartawan. Sekarang tengah hot isu MAB nak naikkan fee and airport charges. Dengarnya they even wanted to introduce fees baru yang akan menaikkan kos operasi bukan sahaja Air Asia malah semua syarikat penerbangan yang mendarat di KLIA dan KLIA2. Di sebelah beliau ialah Benyamin Ismail, CEO Air Asia X Berhad.


 
Mengapa Sapporo Dipilih Sebagai Lokasi MY ecolodge?
 
Sapporo adalah bandar terbesar di bahagian utara Jepun di Pulau Hokkaido, juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 100 kilometer atau dua jam setengah perjalanan dengan kereta. Dengan latar belakang Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa. Sapporo terkenal dengan beer, ski dan festival salji setiap tahun manakala Niseko terkenal sebagai resort ski. Jika belum ada bajet ke Switzerland boleh menikmati keindahan Niseko dulu.

Pada musim panas, cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang kurang berbanding bahagian Jepun yang lain sentiasa menarik sejumlah besar pelancong tempatan dari tanah besar Jepun serta pelancongan antarabangsa dari luar negara ke Niseko. Dengan tiga taman negara dalam dan di sekitar kawasan ini, ianya cukup untuk memuaskan hati pengunjung jangka panjang ke sini. Musim panas di sini tak sepanas Malaysia. Nyaman jer.

Pengunjung berpeluang mengembara meredah kawasan luar bandar yang tidak terusik dalam pencarian hidupan liar terkenal di Hokkaidō seperti 'momonga' (flying squirel), mencari tumbuhan unik di sekitar pulau tersebut, menyewa basikal, menghabiskan masa seharian memancing, melawat kawasan pinggir bandar semasa musim panas atau menerokai sungai-sungai di rantau ini dengan kenu atau berakit air arus deras!

Sejak Air Asia X memulakan penerbangan ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan cepat menjadi salah satu laluan yang paling popular ke Jepun kerana Hokkaidō adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Bermula 22 April ini kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo akan ditambah menjadi 5 kali seminggu.KUL-Sapporo boleh tahan jauh so plan your trip properly. Hari bertolak tu jangan tidur siang, bantai buat kerja sampai penat supaya terus kroh krohhhh bila fly malam tu hehee... Aku selalu buat gitu, belum safety demo lagi dah terlentok.
 
 
MYecolodge - Penginapan Bertaraf Butik Dengan Harga Berpatutan 
 
Menurut Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun, MY ecolodge yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015 direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan. MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi kunjungan sepanjang tahun.
 
MY ecolodge menawarkan gaya hidup Niseko bersuasana dan fasiliti ski resort lima bintang dengan harga yang berpatutan. Resort butik ini memiliki 172 buah bilik penginapan double/twin and quad sharing dengan Wi Fi yang zassss laju! Selain itu ia diuruskan oleh Fairlane Hospitality yang turut menjadi pengurus hartanah mewah Shiki Niseko di sana. Mesti benchmark tinggi nih.
 
 
 
Komen di tetamu yang pernah menginap di  My ecolodge (dari forum Tripadvisor):
 
"Simply incredible"
 
"Clean, compact and affordable"
 
"Awesome and very modern"
 
"Clean, new, tidy but expensive"
 
"Lots of space in the room"

"Short walk to the free shuttle service that runs every 15/20 mins, 5 minutes to town."
 
Resort My ecolodge tak jauh dari kampung Hirafu. Bolehlah kita tengok kampung orang kan..
 
 
Jadual Penerbangan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)
No. Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Tiba
Kekerapan
D7 550
KUL
CTS
11:35PM
8:10AM
Selasa, Khamis, Jumaat***, Sabtu, Ahad
D7 551
CTS
KUL
9:20AM
5:00PM
Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu***, Ahad
 
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

 

 
 


Mengenali Sultan Perak Di Galeri Sultan Azlan Shah

$
0
0

Mengenali Sultan Perak Di Galeri Sultan Azlan Shah | Dalam program Perak World of Wonders tempohari, salah satu acara ialah menelusuri sejarah kesultanan Perak. Sebagai rakyat Malaysia, mengetahui serba sedikit sejarah negara adalah wajib. Jangan nanti orang asing yang bercerita kepada kita tentang sejarah negara sendiri.

Galeri ini mempamerkan koleksi barangan peribadi dan hadiah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak melalui gambar dan teks. Di bangunan yang satu lagi dipamerkan kenderaan peribadi dan rasmi yang pernah digunakan oleh almarhum Sultan Perak, juga hadiah yang baginda terima daripada ketua negara di seluruh dunia. 



Tiles kotak marroon-beige di atas merupakan tiles asal yang diimport dari Itali.



Dari website Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) dinyatakan  Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Atap Galeri Sultan Azlan Shah unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid, manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genting dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok. Dedulu semuanya kita import. Bertuahnya orang dedulu semua barang made in negeri omputeh.



 Songkok baldu hitam yang pernah dipakai oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah, sultan yang memerintah Perak 1916-1918

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Elok peruntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk melihat, membaca dan memahami bahan pameran di sini. Tak enjoy kalau terkejar-kejar. Bukan senang nak melihat khazanah istana.

Kesultanan Perak ni ada sedikit persamaan dengan sistem beraja di Negeri Sembilan. Pengganti sultan tidak semestinya dilantik dari kalangan anak sultan tersebut.

Menarik tau jika ada tour guide yang bercerita tentang satu-satu artifak/bahan pameran. Tak semua boleh diceritakan di sini, off record. Di sinilah baru ku tahu nama lipatan tanjak "ayam patah kepak". Kesian ayam.


Keris Taming Sari dan Cura Si Manjakini kini di simpan di istana Di Raja Perak. Ia di jaga oleh orang besar Perak. Sekiranya ia dipamerkan di galeri ini, keris tersebut akan dibawa pulang ke istana  di waktu rehat dan dibawa kembali ke galeri selepas itu. Bila tamat waktu lawatan keris akan disimpan kembali di istana. Hanya "Orang Besar" tersebut sahaja yang boleh membawanya.

Cura Si Manjakini  ialah sebilah pedang yang disebut di dalam teks Sejarah Melayu, kepunyaan MaharajaSang Sapurba iaitu nenek moyang legenda Raja-Raja Melayu. Selama ratusan tahun, pedang ini menjadi simbol kedaulatan dan kekuasaan dalam budaya Melayu. Ia diwariskan kepada Sang Nila Utama iaitu pengasas Kerajaan Singapura Lama (Temasek), kemudiannya kepada Parameswara pemerintah pertama Kesultanan Melaka, dan seterusnya kepada Muzaffar Syah I, Sultan Perak pertama. Pedang tersebut kini merupakan sebahagian daripada alat kebesaranKesultanan Perak.

 Koleksi keris dan pedang.

 Tiara turun temurun yang hanya dipakai sewaktu majlis pertabalan.

Haa.. tengoklah sebahagian koleksi jam baginda. Casio takde ke? (eh? haha...). Almarhum Sultan Azlan jika hendak memakai mana-mana jam yang disimpan di sini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan seperti merekodkan nama dan butiran lain. Jadi kita yang entah sapa sapa ni belajarlah mematuhi peraturan yang ditetapkan terutamanya jika menggunakan harta orang lain. Dah pinjam PTPTN pepandailah bayar balik. Tetiba. Eh uols, kalau rasa nak sewa jam pun boleh rasanya tapi tak tahulah berapa pihak galeri caj. Jadi lepas ni jika di majlis grand ada orang show off dengan jam dia mungkin aku akan berfikir "sewa jam Sultan lettewww..." hahaha...

 Sebahagian jam milik Sultan Azlan Shah. Ada yang dihadiahkan oleh anakanda baginda. Jangan cari brand Casio, Guess atau Swatch eh.


Memandangkan almarhum Sultan Azlan merupakan raja yang aku hormati serta kagumi kerana keilmuan dan keperibadiannya, tentulah banyak perkara yang menarik perhatian. Keluarga baginda juga jarang berada di dalam radar gosip tempatan. Memang sepatutnya begitulah kan. Lagi satu, nama-nama anak baginda pun sedap belaka, Nazrin.. Ashman.. Elina, Ezureen.. termasuklah cucu-cucu baginda. Takdelah recycle nama ayah atuk uwan onyang sendiri macam Putera Harry dari Wales (Harry Charles Albert David). Contoh.

Baginda sangat meminati sukan hoki dan mencintai bidang perundangan. Di zamannya para hakim dihormati. Keputusan mereka tidak disanggah. Sekarang, ko rasa? Baginda pernah menjatuhkan hukuman kepada 'seseorang' yang setarafnya namun diampunkan oleh 'seseorang' yang lain. Kalau nak tahu silalah google. Kalau tak jumpa di dot com carilah di dot vn ke dot au ke...  Alah kalau tanya orang tua-tua mereka pun tahu cerita tu walaupun dedulu mana ada internet. Dari utara ke selatan orang tahu. Mulut is powerful.


 Tulisan tangan baginda di dalam buku perundangan.


 Semoga tenang di 'sana'.

Banyak sekali bahan pameran hingga membawa ke tingkat atas. Di tingkat satu kita akan dipertontonkan pelamin nikah dan video perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah dan Permaisuri Perak, Tuanku Zara (ketika itu digelar Raja Nazrin Shah dan Cik Zara Salim Davidson). Berita perkahwinan merekadisambut dengan gembira dan penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat Perak. Ramai yang frust uolsss... Raja Nazrin berkahwin ketika berumur 50 tahun manakala pasangannya 35, so... korang yang belum berjodoh tu janganlah gundah gulana sangat, jodoh korang dok pakai diaper lagi tu.

Sultan Perak, KDYMM Sultan Dr Nazrin bersama permaisuri, yang ditabalkan pada tahun 2014.

Selepas melihat keseluruhan bahan pameran, gambar dan hadiah memahal tu tertanya-tanya juga aku, raja-raja ni gi melancong beli fridge magnet tak? eh.

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957
Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atauhttp://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa
: RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00


Bagaimana Hendak Ke Galeri Sultan Azlan Shah?
 
Jika dari Lebuhraya PLUS, keluar di susur ke Kuala Kangsar dan ambil kanan pada simpang pertama untuk terus menuju ke bulatan di tengah-tengah Bandar Kuala Kangsar. Galeri Sultan Azlan Shah di sebelah kanan sebelum sampai ke Masjid Ubudiah. Jangan tanya dari arah lain, aku ngak ngerti.


Peringatan: **TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar di dalam Galeri Sultan Azlan Shah**


Motivasi | People Come And Go. Allah Stays.

$
0
0
Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita menguikut aturanNya.

Kekadang mereka mambantu kita.

Kekadang mereka menguji kita.

Kekadang mereka mengelirukan kita.

Tetapi kita tetap akan belajar sesuatu.

Menyampah Dengan Status Facebook?

$
0
0
Let's stop being annoyed with everything and start lifting each other up!

Thank you Amy McDermott for writing this. Bosan jugak kalau semua tak boleh. Kena check semula hati kita, cara kita menerima berita/cerita.




Contoh terbaru kes Dr Harlina.

Apa yang dia cakap tu betul, nasihat dia kepada strangers terlebih lagi kepada peniaga. Panggil saya puan atau Dr Harlina. Sebab? Gelaran "Puan" tanda hormat lebih lebih lagi kepada orang yang tidak dikenali. Di sekolah pun cikgu akan panggil Puan. Di hospital pun. Kan dah belajar masa di sekolah dulu... ponteng kelas ker....?

Kenapa dia suruh si peniaga panggil Dr Harlina? Sebab dia dikenali sebagai Dr Harlina Siraj. Bukan sebab dia berlagak dengan gelaran doktor. Bersihkan hati kita. Selalulah berbaik sangka. Kalau baca komen negatif kat status dia tu perghhh... 'beradabnya' .... siap kata kalau mati nanti tulis kat batu nisan "Dr". Mujur Dr Harlina tak delete post. Dia tak salah pun. Dia tegur elok elok.

Kekadang memang bosan (err...menyampah jugalah) status suci yang dah macam riak tetapi kita scroll je lelaju. Tak payah baca, tak perlu komen. Hati pun tak sakit. Contoh bawa bekal makan bersila di airport Malaysia. Kalau di bilik hotel di foreign land lainlah. Aku rasa tak patut sebab ada banyak pilihan makanan di airport. Lagipun ko tu bapakkkkk kaye. Takdelah aku komen disitu karang bertubi-tubi pula komen lain masuk. Ramai yang tak suka tapi diam je. Tak berbaloi pun membazir data.

Tetapi kekadang tu tak boleh juga kalau tak komen sebab info yang diberi pengkomen atau yang up status kurang tepat. Jika dibiarkan nanti sesat jalan. Tak semua boleh menerima penjelasan, ada yang berfikiran terbuka dan ada juga yang defensif dengan penerangan kita. Balas pun macam nak cari gaduh. 

Orang nak pos gambar makanan biarlah. Dapat juga idea nak masak apa atau nak makan di mana. Takkan tu pun tak boleh? Nabi kata kalau jiran terbau eloklah kita bagi sikit takde pulak dia kata kalau nampak gambar pun kena bagi juga. Don't make life complicated lah ustaz. Sekarang dah tahun 2016, orang berniaga di segala platform media yang ada. Kalau dah bini kawan ustaz yang mengandung tu teringin bila tengok makanan tu belikanlah. Tak pun masakkan. Bangga giler bila laki masakkan untuk kita tau! Google je resipi. Paling senang JANGAN guna smartphone, guna je Nokia torchlight, takde gambar di situ. Lebih senang mengawal diri kita daripada mengawal tingkah orang lain.

Yang mengandung pun janganlah 'over' sangat. Kalau tak dapat bersabarlah. Mungkin ada hikmahnya yang kita belum tahu. Macam aku dulu. Masa aku mengandng teringin sangat nak makan tauhu bakar di Seksyen 7 tu. Ala... restoran yang dekat surau tu. Dia jual kalau tak sila satu set RM3 ada tiga potong. Aku nak satu je tapi owner/manager dia tak bagi. Waiter tu nampak simpati dengan aku. Sedih. The next time aku datang lagi dengan husband pula jadi aku order tauhu tu sebab ada 'DBKL' muahahah.... punyalah tak sedap sosnya... Masa tu barulah sedar kenapa Allah tak izinkan aku makan dalam cubaan pertama.

Ada juga makanan lain yang aku tak dapat merasa sewaktu mengandung. Nak buat macam mana dah takde rezeki.

Ooo..takut air liur anak meleleh? Karut. Kalau air liur dia meleleh sampai ke tua bolehlah percaya. 



Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA

$
0
0

Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA | Jika anda berminat dengan pelancongan ekologi Malaysia adalah lokasi yang tepat. Hutan, gunung, laut, hidupan liar di sini telah berjaya menarik jutaan pelancong setiap tahun malah ada yang datang berulang-kali.


Negara ini dikenali di mata dunia bukan sahaja kerana memiliki bangunan berkembar Petronas yang tertinggi di dunia malahan kita mempunyai pantai, laut dan hutan antara yang tercantik di dunia. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mampu menawarkan percutian alam yang sungguh menarik dan menjadi kenangan.

Bercakap mengenai hutan, kita masih beruntung kerana sebahagian besar hutan masih dipelihara dengan baik untuk mengekalkan biodiversitinya demi generasi akan datang. Flora dan fauna yang pelbagai hanya akan kekal di habitat asal tanpa pencemaran dan pemusnahan melampau oleh tangan-tangan manusia. Masih ramai rakyat yang mahu kehijauan alam ini disekat daripada manusia rakus yang mata duitan.
 
 

Royal Belum Yang Mendamaikan

Royal Belum yang terletak di Hulu Perak bersempadan dengan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Taman Negara Bang Lang, Thailand di utara, dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan dengan negeri Kelantan di timurnya. Jumlah keluasan Taman Negeri Royal Belum hampir 90% daripada keluasan Hutan Simpan Belum yang seluas 132,000 hektar. Ianya sebahagian Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo. Setakat ini ianya masih lagi berstatus Taman Negeri dan hanya sebahagian yang dipelihara dan dikawal sebagai taman negeri.

Besar potensi eko-pelancongan Royal Belum jika diurus dengan baik. Toksah merepek buat taman tema ke apa di hutan belantara ni. Kalau fokus percutian alam kekalkan begitu. Tak perlu nak belajar jejauh sangat tentang eco-tourism ni, tengok je Sabah dan Sarawak tu... berduyun-duyun pelancong asing ke sana. Orang Malaysia sendiri lagilah ramai.
 
Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir juga di sini. Disebabkan dahulunya hutan jadi sekarang kita boleh nampak banyak pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit atau gunung yang telah tenggelam. Ada satu tempat tu kita boleh nampak kubah masjid di musim kemarau. Kesemua penduduk kampung termasuk orang asli dipindahkan sebelum tasik ini dijadikan kawasan tadahan air. Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
 
Dikatakan juga di Royal Belum inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesis hornbill. Tempat lain di Perak yang ada banyak burung enggang ni ialah di Pulau Pangkor (boleh baca di sini). Jika bernasib baik kita juga akan dapat melihat tiga spesis bunga rafflesia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah.

 



 
Bagaimana "Belum" Mendapat Nama?

Menurut cerita orang tua-tua Belum (atau Taman Negeri Belum) mendapat nama dari
 Belalang Ranting yang dipanggil “Belang Belong”. yang mengeluarkan bunyi "belang..belong..belang..belong.." seakan-akan “belummm... belummm...”. Belang Belong sejenis serangga yang agak unik kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang nyaring dan merdu. Badannya panjang dan berwarna coklat serta berkaki panjang. Rupanya seakan-akan ranting kayu. Ia mempunyai kepak kecil, bergerak perlahan, memakan pucuk-pucuk kayu muda dan aktif pada waktu malam.
 
 
Apa Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Royal Belum?
 
Macam-macam uols... boleh mandi di air terjun, boleh ke Santuari Ikan Sungai Ruok, tengok rafflesia... buat aktiviti air, camping... melihat perkampungan orang asli... nak tidur dalam boathouse pun boleh. Bila masuk kampung orang asli tu pepandailah bawa diri, masuk kampung orang kan? Jumpalah tok batin dulu jangan main serbu tangkap gambar je. Bawalah jajan ke.. alat tulis ke... sabun basuh ke... kita kan kaya dengan adat dan adab.

Aku tak tahu kenapa folder gambar tak boleh dibuka semula jadi tengok gambar-gambar yang ini dululah ya. Jika berjaya nanti aku update lagi.  
 

Foto mimbarkata.blogspot.com

Ada lagi gambar orang asli yang lebih menarik di instagram ruggedmom.


Foto timetravelafif.blogspot.com

Kem pelancongan Sungai Tiang


Foto www.kosmo.com.my

 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Kereta?
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Sila keluar di tol Kuala Kangsar meuju ke Grik. Selepas Grik kita akan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur yang menuju ke Kota Bharu. Penuhkan tangki minyak sesiap di Grik tu ya. Kemudian ikut je signboard ke Royal Belum. Boleh parking kereta di Jeti Pulau Banding atau kalau stay kat Belum Rainforest Resort boleh park and check-in :-)
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Keretapi?
 
Naik train paling best. Sila turun di stesen Ipoh atau Kuala Kangsar (beberapa stops selepas Ipoh) dan naik bas ke Pulau Banding. Study dulu waktu bas brlepas ye.
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Bas?
 
Setahu aku bas ekspress dari Kuala Lumpur hanya sampai ke stesen bas Grik yang letaknya 40km dari Pulau banding yang menjadi pintu masuk ke Royal Belum. Dari Grik kena naik bas lain atau teksi. Kalau suka adventure boleh try.
 
 
Contoh Pakej  3 Hari 2 Malam di Royal Belum
 
Hari Pertama
10.00 am – Tiba di penginapan
10.30 am – Bertolak ke Sg.Gadong untuk melihat bunga rafflesia – 10 minit trekking
– Bertolak ke Sg. Ruok (kawasan air terjun) – 5 ke 10 minit trekking
– Melihat Santuari Ikan Kelah, Tengas & Temoleh.
– Bermandi-manda
– Bertolak ke Sira Papan – 10 minit trekking
– Makan tengahari (pack lunch)
3.00 pm – Bertolak ke Kem Pelancongan Sg. Kenarong – 45 minit perjalanan bot
– Persiapan khemah dsb.
5.00 pm – Minum petang dan aktiviti bebas
8.30 pm – Makan Malam
9.00 pm – Aktiviti bebas (tertakluk pada pihak penganjur : taklimat, karaoke dll.)
– Memancing (tertakluk pada permintaan)

Hari Kedua
8.30 am – Sarapan pagi
9.30 pm – Menyusuri Air Terjun Mes / Sungai Kejar
1.00 pm – Makan Tengahari
– Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sg. Kejar (menaiki bot) – melihat sekitar kawasan
5.00 pm – Aktiviti Bebas / minum petang
8.30 pm – Makan malam
– BBQ (tertakluk pada permintaan)
– Aktiviti ‘night trekking’ (terpulang pada pihak penganjur)

Hari Ketiga
8.30 am – Sarapan pagi
– Aktiviti Bebas
– Berkemas dan membersih kawasan
– Makan tengah hari
– Bertolak ke Pulau Banding
* (Jadual aktiviti tertakluk pada perubahan)
** Permit – nama hendaklah diberi dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh masuk & 1 hari bagi warganegara asing (salinan passport hendaklah disertakan).
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak
JKR 341, Jalan Sultan Abdul Aziz
33300 Gerik
Perak.
Tel : 05 7914543 / 7911589
 
Royal Belum
Pusat Maklumat dan Permohonan Permit
11067 Jalan Suda Bahagia
33300 Gerik
Perak
Tel : 05 7917858

 
 
 
 
 




Di Mana Golongan Kaya Malaysia Melancong?

$
0
0

Di Mana Golongan Kaya Malaysia Melancong? Dah selalu sangat dengar cerita aku ke sana sini kan, trip yang biasa biasa sangat.. kurang umphhh. Apa kata kali ni kita baca pula cerita orang kaya-kaya. Bacalah dengan senang hati supaya menjadi inspirasi. Kalau baca dengan rasa dengki nanti sakit hati.


Aku teruja sangat bila tengok gambar kengkawan yang pergi ke tempat-tempat mahal nih. Lepas tu up status, siapa nak kirim LV sila bank-in. Cisss..! Siapalah yang sudi membawa aku main ski nih? Ada tak yang perlukan pembantu peribadi ketika bercuti? E-mail me please... jangan tinggalkan aku melopong kat resort dah la hahahah....



Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tempat paling sejuk yang dapat dilawati ialah Cameron Highlands, Fraser's Hill, Gunung Kinabalu atau or Genting Highlands. Tu pun dengarnya Cameron Highland dah tak sejuk mana.

Namun begitu tidak semua yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, ramai juga bertaraf "enggang" di Malaysia ni. Mereka mampu untuk berada jauh berminggu-minggu dari suhu paneh bedonting di Malaysia sekarang ini.

Persoalannya ke manakah tujuan mereka dan apakah yang mereka lakukan ketika di sana?

Nampaknya trend terkini golongan muda dan kaya memilih untuk bermain ski. Untunglah... macam tercampak ke syurga dunia.

Dan seperti 10% golongan kaya dan berkemampuan lain di dunia, hanya lokasi bersalji terbaik (dari segi kualiti dan kedalaman) dipilih. Bunyi macam angkuh pula bila orang-orang kaya dari negara tropika demand nak kawasan bersalji terbaik.  Haish... dah keluar duit kan? Sedangkan orang yang  bayar pakej ciput pun demand nak hotel berbintang empat inikan pula orang yang mampu berbelanja tanpa bajet.

Kita kena ingatlah bahawa anak-anak orang kaya ni biasanya dibesarkan dan bersekolah di luar negara jadi bermain ski dah jadi favourite past time, manakala kebanyakan kita ni biasa dengan bolasepak dan badminton jer. Itu pun dah bagus daripada main Candy Crush ye tak? hahah... berpeluhlah juga. Dah anak-anak mereka tu tak bersekolah di Cheras dah tentulah main salji di musim sejuk. Yang belajar di sini pun dah biasa ke luar negara bila berkesempatan. Pokoknya mereka tiada masalah uang dong.

Jadi, ke manakah peminat ski ini memburu salji terbaik? Adakah Aspen, Colorado di United States atau kawasan bergunung-ganang di Banjaran Alps di Switzerland? Tidak. Tempat-tempat tu semua dah ketinggalan zaman kata mereka. Kalau aku memang awesome dah tu sebab tak pernah pergi hahah...kesian.

Kata seorang kerabat diraja yang sangat sukakan aktiviti ski, salji terbaik adalah di utara Jepun seperti Hokkaido, Tohoku, Niigata dan Nagano. Hah, kan aku dah announce trip Air asia X ke Niseko, Hokkaido minggu lepas? Cuba baca kat sini.

Menurutnya, salji terbaik adalah dari Siberia kerana kurang manusia dan pencemaran. Butiran salji ini diterbangkan ke utara Jepun, ke Pulau Hokkaido. Disebabkan itulah Jepun mempunyai resort ski yang terbaik di sana.

"Kenapa kami mencari salji terbaik? Kerana salji terhasil melalui heavy snowstorm yang menyebabkan timbunan salji tebal... dan awak tak boleh bayangkan betapa hebatnya perasaan berjalan di dalam salji tebal separas pinggang". Fuhhh...macam best jer. Bawalah daku ke sana please.... "Perasaannya berbeza dengan alpine skiing dimana salji lebih padat", kata kerabat tersebut yang bernama tettttt...
Jadi berapakah kos skiing trip ni? Nak juga tahu kan? Dah tahu barulah atur plan gituh.

Sama seperti trip lain jugalah, kena pastikan berapa hari nak pergi. Menurut si kerabat ni resort yang dia book tu caj RM5,000 semalam (did u read it properly?) dan beliau mungkin akan tinggal di sana empat ke lima hari. Kalau beliau ada plan nak shopping kos keseluruhan akan mencecah Rm100,000 ke RM150,000. Phewww...gileh. Boleh beli dua tiga buah apartment tu... lepas tu sewakan kat hang, hang dan hang yang umur dah masuk 30 tahun tetapi masih beralasan nak beli rumah.

Melarikan diri dari kepanasan satu hal tetapi ke manakah golongan super kaya ini pergi untuk percutian tahunan?

Ada satu kumpulan orang kaya ni suka belayar di lautan. Telah menjadi kemestian kepada sekumpulan 10 ke 15 pasangan ini setiap tahun untuk menempah cruise dan belayar melihat dunia sambil dilayan seperti raja. Walaupun di negara sendiri pun mereka dah menerima layanan seperti raja siap berdayang (maid) bagai tetapi dilayan oleh orang asia tak sama dengan mendapat layanan orang puteh. Dia puas hati giler dapat jadi bos kepada bekas penjajah tu sekejap kata si Tan Sri.

"My wife, friends and I have been sailing for close to two decades annually. Pertamanya, kita dapat tinggal di hotel bergerak enam bintang yang boleh membawa kita ke lebih tempat berbanding hotel biasa. Ia memudahkan. Contohnya bila kami ke Mediterranean kami akan bermula di Istanbul, Turkey. Kami akan terbang ke Istanbul beberapa hari sebelum kapal belayar dan mengembara di bandar tersebut dulu. Bila dah belayar kami singgah Malta, Athens di Greece, Rome, Monaco dan beberapa lagi sebelum berakhir di Barcelona. Dari sana kami terbang ke London untuk shopping beberapa hari kemudian pulang ke Malaysia. Di atas kapal tu ada bermacam aktiviti, yang lelaki boleh berjudi memalam... ". Memang pun, kapal-kapal besar ni dah macam daratan, nak bersenam di gimnasium ke.. nak makan-makan ke.. nak berenang ke.. semua ada. Kalau ikut pakej pelayaran islamik tu siap ada ustaz bagi ceramah dan bersembahyang jemaah ditemani bulan bintang.

Ada butler service, kejutkan kita pepagi, breakfast in bed, bukakan langsir... tu yang membuatkan kita rasa macam raja. Kata si Tan Sri dia kan berhabis sekitar RM750,000 untuk percutiannya sebab membawa personal entourage sekali seperti bodyguard dan personal assistance (nak jadi PA! nak jadi PA!). Don't worry, work hard spend hard oso lah. 750 ribu ringgit tu boleh beli sebuah rumah dua tingkat yang bagus di Lembah Kelang. Hmm..besar periuk besarlah keraknya. 

Bila tiba di terra firma, kumpulan jutawan ini akan tinggal di hotel hebat seperti Bvlgari di London, St Regis di Spain atau Waldorf Astoria in New York sebab hotel-hotel ini menawarkan servis kelas pertama seperti yang ditawarkan di atas kapal layar.

Anak dara gadis perempuan seorang banker ni (kenapa aku terbayangkan Misz Nina?) pula kata London dan Paris dan takde umphh. Dah macam balik kampung katanya. Menurutnya ramai daripada mereka bersekolah di London dan mereka mempunyai rumah di sana. London tu pit stop aje. Mereka lebih sukakan tempat-tempat yang eksotik yang tak ramai orang pergi ataupun masih baru seperti Moscow, Budapest dan South Africa untuk Krueger National Park Safari. Tempat-tempat macam tu lah. Eh, samalah kita. Hong Kong pun so, so, so last year. Sekarang ni orang pergi Shanghai. 

Mengapa Shanghai?

Sebabnya kotaraya Shanghai sangat mahal dan ia simbol status untuk berada dan dilihat di sana (okay ai dah sampai Shanghai :-)). Hanya orang kaya baru je sibuk nak ke London, Paris, Hong Kong... kami ni dibesarkan di sana. Terasa tau, walaupun ai bukan orang kaya.

Jenama apa yang isteri VVIP ni pilih ketika membeli-belah?

Socialites yang juga isteri VVIP yang kita panggil Tai-tai Aunties, Datin/Datin Seri, Puan Seri and Toh Puan akan memilih jenama tertentu bila shopping yang menggambarkan betapa berjaya dan kayanya suami mereka.

Untuk handbag pilihan utama ialah dari French brand Hermes. The Hermes lines of Birkin, Kelly and Birkin Ostrich are the bags of choice. Nak tahu Hermes tu macam mana, sila lihat Kak Ros. Hanya yang termahal di badan dia. Harga Birkin yang termurah pun USD10,000!

Kasut pilihan pula ialah Louboutin. Selain warna merah menyala yang menjadi trademark sebatu boleh nampak, ia juga adalah kerana tiada butik Louboutin di Malaysia.  Kalau ko pakai maknanya ko beli kat obersi. Ko memang kelasss gituh. Sepasang Louboutin berharga RM3,000 hingga RM10,000. Jenama lain yang disukai ialah Dior, Bally, Ferragamo and Prada.

Golongan VVIP anak-beranak ini juga meminati barang kemas dari Tiffany and Co. yang harga cincin berliannya bermula daripada RM20,000. Harclip dari Ferragamo diorang pun dah RM500 sebiji. Cari isteri yang sekufu dahlah jang, tak lena tidur nanti hahah..

Untuk wife VVIP yang up-to-date dan trendy, mereka akan memilih BCBG Maxmara, Versace, Christian Dior, Chanel, Alexander McQueen, Marc Jacobs, and Tory Burch untuk dress yang cantik. Bagi pakaian yang lebih konservatif mereka memilih local designer seperti Razwan Razwill, Rizalman, Jovian Mandagi and Seijun (Shangri La). Harga sama je mahalnya dengan brand ternama luar negara tu.

Hmmm... berapa banyaklah duit VVIP ni eh?

Okay, nak nasihat sikit.

Jika ternampak iklan tudung atau jubah berharga ratusan hingga ribuan ringgit, JANGANLAH mengecam si penjual atau pembeli. Kata-kata seperti:

Pakai tudung memahal perangai macam harem...

Pakai jubah harga beratus tu boleh dibawa ke kubur ke? 

Pakai jubah beribu tu confirm masuk syurga ke? 

Lebih baik bersedekah daripada beli jubah memahal!

Sindiran dan kecaman seperti ini menunjukkan kita ni masih duduk di bawah tempurung lagi. Smartphone mahal tapi fikiran tak berkembang. Ketahuilah bahawasanya ramai orang kaya di Malaysia ni. Tafsiran sederhana itu tak sama kepada semua orang. Bagi yang bergaji RM2,000 sebulan beli kain RM60 sepasang itu sederhana. Bagi yang berpendapatan RM1.5 juta setahun, mengadakan kenduri kahwin anak sebanyak RM200,000 itu masih lagi sederhana. Dan percayalah, golongan kaya ini sudah banyak bersedekah/menderma sebab tu mereka kaya. Kan Allah dah kata kalau nak kaya jiwa/harta kena banyak memberi.

Awak dan saya yang  kurang mampu berjubah dan bertudung mahal duduk dendiam sudah. Kita bukan target market si penjual. Ada faham?


Tips Menabung.
Cara orang kaya dan berjaya kumpul duit.

Our iron lady  Datuk Maznah Securiforce tu pernah cakap, kalau dia plan tahun tu nak bercuti ke oversea sekeluarga dan berbelanja RM100,000 dia akan cari RM100k tu. Dia tak usik bisnes yang dah ada. Panjang akal kita kalau bercampur dengan orang bisnes dan positif ni. Aku suka dengar  tapi bab action slow sikit heheh..

Ini teruramah yang benar ya. Untuk membaca sumber asal tanpa ajinomoto sila baca di The Heat Malaysia.

Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh

$
0
0

Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh | Jalan-jalan lagi di Ipoh, banyak juga tempat yang menarik. Sementara menunggu Movie Animation Park Studios (MAPS) dibuka bulan Julai nanti kita jelajah tempat lain dulu.

Seperti menjadi trend, kini ramai pengusaha yang membuka perniagaan 3D art, lukisan yang kelihatan 'hidup' di dalam gambar. Untuk mendapatkan gambar yang menarik, kita kena menggayakannya mengikut kesesuaian atau tema gambar. Kalau nak kena sembelih tu buatlah muka takut, jangan tersengih-sengih pula. Kalau lalu jambatan yang kecil dan tinggi buatlah muka cemas macam nak jatuh. 
Aku suka memotret gambar kengkawan yang sporting. Istimewanya di sini ada dekorasi dapur terbalik. Satu je... takdelah pening kepala aku macam masuk rumah terbalik. Bila turn aku, aku pilih gambar yang selamat jer... duduk kat buaian atau dalam kelopak bunga heheh..

Bangunan ini berdekatan Masjid Sultan Idris II, ais kepal, barber shop yang berusia 30 tahun, Yasmin at Kong Heng dan Hotel Cititel Express. Moh kite ke Funtasy House Trick Art dengan kengkawan!




 Katak ni sukakan jantanlah.


Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market
30000 Ipoh
Perak, Malaysia

Waktu perniagaan:
Isnin -  Jumaat : 9 pagi – 6 petang
Hujung minggu & cuti umum : 9 pagi – 8 malam


Harga tiket :

RM15 untuk dewasa
RM10 untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun, pelajar (dengan kad pelajar) dan warga emas
old)

Lelaki, Berjemaahlah Di Masjid

$
0
0
Wahai anak-anakku... 

There are places in some countries that do not have masjids, Muslims pray jama'ah standing on the wood because of extreme heat. 

What is the excuse for those who are too lazy to pray at the air-conditioned carpeted masjids???



Islam Penyuluh Hidup

$
0
0
Islam agama yang mencegah BUKAN menghukum.

Ruz Zack Baniamin's photo.

Japan, the nation with manners overdose!

$
0
0

Japan, the nation with manners overdose! | Di Jepun, ketepatan masa sangat dipentingkan. Tak perlu diperingatkan lagi kerana ia telah menjadi budaya masyarakat di sana.


Seorang ulama Malaysia bercerita, beliau pernah menghadiri konferens di Tokyo. Di atas kad jemputan ditulis waktu bermula 6.12 petang. Hairan.

Beliau sampai setengah jam awal tetapi tiada sesiapa di sana. Menghampiri 6.10 petang berduyun-duyun peserta sampai, masuk ke dewan dan tepat 6.12 majlis pun bermula. Salute! Kita boleh?

Di sini, ada orang panggil kita datang mesyuarat jam 8 pagi. Kita ni tibalah setengah jam awal tetapi dianya 8.40 baru sampai. Dah sampai tu rehat kejap, kipas kipas badan, borak, dah dekat pukul 9.30 baru nak mula. Ko rase?? Aku rasa nak blah dah.

Bagaimana ya pemimpin mereka boleh membuatkan rakyatnya begitu berdisiplin tanpa ugutan denda? Curious nak tahu.

Panduan Lengkap Cara Jimat Ke KLIA & KLIA2

$
0
0

Panduan Lengkap Cara Jimat Ke KLIA & KLIA2 | Di lembah Kelang terdapat empat lapangan terbang yang digunakan untuk pengangkutan udara. Bermula dengan di Sungai Besi kemudian berpindah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Apabila LTSAAS sudah melebihi kapasiti kemampuannya maka Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dibina manakala KLIA 2 diadakan khas untuk kegunaan penerbangan tambang murah.KLIA2 is the world's largest purpose-built terminal dedicated for low-cost carrier.

Dengan slogan "Now Everyone Can Fly" syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah mengubah persepsi masyarakat bahawa hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu menaiki kapal terbang. Masalahnya, adakah cara yang jimat dan murah untuk ke lapangan terbang KLIA dan KLIA2? Nak yang murah semurah tiket kapal terbang itu sendiri.. ada?


MARI BACA CARA JIMAT KE KLIA & KLIA2 DARI KL SENTRAL

Menaiki Bas
Menaiki bas adalah cara paling jimat tetapi memerlukan aturan masa yang betul. Berdoalah agar tiada traffic jam, road block ke.. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas dari KL Sentral terus ke KLIA dan KLIA2 seperti Airport Coach, Aerobus dan Skybus.

Aerobus menamatkan perjalanannya di KLIA. Jangan bimbang, boleh naik Airport Liner atau KLIA Transit dengan tambang serendah RM2 ke KLIA2.

Express Coach (KLIA - KL Sentral - KLIA)

No
ServicesRoutesFareOperation Time
(24 Hours)




Departure (Departs Every 30 Minutes)
1
Express CoachKLIA to / from KL SentralOne Way
Adult: RM10.00
Child: RM6.00

Return Trip
Adult: RM18.00
Child: RM10.00

KLIA Staff Rate:
RM5.00

Monthly Pass:
RM200.00 (KLIA Staff)
FROM KL Sentral
Start: 5.00am
End: 12.00am

Travelling Time:
1 hour
FROM
KLIA
Start: 6.30am
End: 12.30am

Travelling Time:
1 hour




Other Services

No
ServicesRoutesFareOperation Time
1
Airport Linerklia2 - KLIAOne Way
Adult: RM3.00
Child: RM1.50
FROM klia2
Start: 6.00am
End: 12.00am

Travelling Time:
30 minutes
FROM
KLIA
Start: 5.30am
End: 11.40pm

Travelling Time:
30 minutes
Nilai - KLIAOne Way
Adult: RM3.00
Child: RM1.50
FROM Nilai
Start: 5.00am
End: 11.20pm

Travelling Time:
45 minutes
FROM KLIA
Start: 5.30am
End: 12.30am

Travelling Time:
45 minutes

Tiket bas Nilai-KLIA2 RM4.50 sehala.

Untuk destinasi lain sila rujuk di www.klia.com.my 


Kelebihan menaiki bas ke KLIA/KLIA2:

- perjalanan terus tanpa henti mengambil masa kira-kira 1 jam 15 min. Biasanya sejam dah sampai.

- tempat menaiki dan menurunkan penumpang yang banyak. Selain KL Sentral hentian lain untuk menaiki bas ke airport ialah Paradigm Mall di Petaling Jaya, Premiere Hotel di Klang, Pusat Hentian Bandar Seksyen 14 di Shah Alam, Genting Highland dan 1Utama Shopping Mall (bergantung kepada syarikat bas).

- bas ada Wi Fi

- bas berlepas setiap 30 minit.

- tiket boleh dibeli di pejabat jualan tiket, di dalam bas dan secara online, malah Skybus boleh dibeli di dalam pesawat Air Asia.

- MURAH! Hanya RM10 saja sehala.

Peringatan
* Jika membeli tiket Skybus semasa menempah tiket pesawat Air Asia sila cetak itinerari dan invois sebagai bukti belian untuk ditunjukkan kepada pengendali bas. Begitu juga pembelian dari syarikat lain.
* Sila lihat jadual perjalanan di website rasmi syarikat bas terbabit seperti yang "di highlight-kan" (oh my english!). 
Airport Coach bermula seawal 5 pagi dan berakhir 12 tengah malam.
Skybusbermula seawal 3 pagi dan berakhir 10 malam.
Aerobus bermula seawal 2.30 pagi dan berakhir 10.45 malam.

Menaiki KLIA Express & KLIA Transit (Express Rail Link @ ERL)
Menggunakan perkhidmatan KLIA Express adalah paling efisien tetapi lebih mahal berbanding bas. Keretapi laju ini berhenti terus di dalam bangunan lapangan terbang. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA mengambil masa 28 minit manakala KL Sentral ke KLIA2 33 minit sahaja.

KLIA Ekspress inilah berdesup naik RM20 awal tahun hari tu... dari RM35 menjadi RM55. Walau bagaimanapun ia masih murah dan pantas berbanding teksi. Harga telah termasuk FREE wi fi. Bolehlah selfie dan update status bagi tau dalam perjalanan ke airport gittew. 

KLIA Transit pula berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 



Jadual Perjalanan KLIA Express

KLIA Ekspres Schedule
Sila rujuk di sini untuk jadual perjalanan KLIA Express.

Frekuensi:
Setiap 15 minit di waktu puncak. Ahad-Jumaat 06:00-09:00, 16:00-22:00 
Setiap 20 minit di waktu lain. Ahad-Jumaat  05:00-06:00, 09:00-16:00, 22:00-00:00 
Sabtu sepanjang hari.
Setiap 30 minit di selepas tengah malam.
Tambang KLIA Ekspres
KE Fares
Diskaun tambahan 10% diberikan bagi pembelian tiket secara online, melalui mobile app atau kiosk layan diri.

Jadual Perjalanan KLIA Transit


KLIA Transit Schedule
Sila rujuk di sini untuk jadual perjalanan KLIA Transit.

Tambang KLIA Transit 
KT One-way Fares

Penjimatan 30% untuk warga emas dan pemegang kad OKU. Untuk harga istimewa lain boleh rujuk di sini.



Nak tahu TIPS CARA PALING JIMAT ke KLIA/KLIA2 menggunakan KLIA Transit?

Sila naik KLIA Transit dari KL Sentral ke Salak Tinggi (RM18.30). Sesampainya di sana keluar, dan beli tiket lain ke KLIA/KLIA2 (RM4.90). Jumlah tambang baru RM23.20, jauh bezanya dengan RM55.00 ! Paling penting kena ambil kira waktu menunggu train selanjutnya selama 20 minit selain perjalanan dari Salak Tinggi ke airport itu sendiri.


CARA JIMAT KE KLIA/KLIA2 DARI SEREMBAN

Kalau tadi aku dah tunjukkan perjalanan dari KL Sentral kali ni dari selatan pula. Seremban dekat je dengan airport di Sepang tu tapi jika menggunakan pengangkutan awam rasa macam duduk di ulu banat mana entah hahaha...

Jika mahu menggunakan perkhidmatan bas sila naik di Hentian Bas Terminal 1, Seremban. Bas tu sepatutnya ada pada setiap jam tapi malangnya tak semestinya begitu. Aku dah terkena... mujur masih awal jadi aku naik KTM Komuter. 

Dari Seremban naik KTM Komuter hingga ke Nilai. Masa yang diambil kira-kira 30 minit. Itu belum dikira waktu menunggu train lagi heheh.. Tambangnya RM3.50.. eh RM3.20 kot. Dari Nilai naik bas Airport Liner pula dalam sejam sebab bas tu lalu di taman-taman perumahan. Tiket bas Nilai-KLIA2 RM4.50 so jumlahnya RM7.70. Jimat tak? Jimattttt.... itupun kalau ada orang hantar ke stesen komuter. Kalau naik teksi dari rumah aku ni ke Seremban kenalah bayar RM14 hiksss... lagi mahal daripada tiket Air Asia ke Alor Setar time promosi.

Nak jimat masa naik je kereta dari Seremban ni. Boleh gunakan beberapa jalan bergantung kepada kedudukan tempat tinggal seperti:

1) Masuk Highway Lekas keluar di Pajam

2) Ikut jalan ke Kualiti Alam kemudian lalu Gadong, bandar Enstek, kuarters KLIA

3) Masuk Lebuhraya Utara-Selatan keluar di Nilai kemudian lalu Salak Tinggi.



koh koh kohhh...!






Viewing all 1025 articles
Browse latest View live