Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1024 articles
Browse latest View live

12 Tempat Riadah Popular Di Seremban

$
0
0

12 Tempat Riadah Popular Di Seremban | Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang agak kecil di selatan tanah air. Namun begitu ibu negerinya Seremban, hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur dan termasuk dalam "greater Klang Valley" menjadikannya lokasi yang sesuai untuk membina keluarga dan harta (eh?).


Dahulu aku rasa bosannyalah duduk di Seremban ni, tiada tempat hendak dituju di hari minggu bersama anak-anak. Sekarang tidak lagi kerana semakin banyak kawasan rekreasi yang dibuka yang kebanyakannya PERCUMA! Terima kasihlah MPS ye.. ai redha bayar cukai kalau gini gayanya.

Semua tempat yang disenaraikan ini berada di dalam Seremban atau paling jauh pun belasan kilometer saja jaraknya dari pusat bandar. 

Di mana lokasi tempat riadah keluarga tu?


1) IJM Hill Park, Seremban 2 Heights

Seremban 2 yang berjarak empat kilometer dari bandar Seremban merupakan bandar terancang yang dibina dengan tujuan untuk memindahkakan pusat pentadbiran negeri, perniagaan dan pendidikan jauh dari bandar. Bandar Seremban tu dah tak boleh expand, kecil sangat.

Taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land ini berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek berjalan kaki dan jogging. 

Tarikan utama di sini ialah sekumpulan dinasour daripada spesis Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx di puncaknya. Pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak disediakan di sini seperti flying fox, buaian dan gelongsor. Dinasour tu pun dah macam gajah sarkis, badan je besar tapi tak berani lari :-))

Bagi yang ingin merasai suasana hutan boleh berjalan mengikut denai yang disediakan. IJM Hill Park ini telah digazetkan sebagai kawasan bebas asap rokok.
Taman ini dibuka setiap hari dri 6.30 pagi hingga 9.00 malam.




2) Seremban 2 City Park

Dah tak jumpa gambar sendiri jadi guna sajalah yang di- google ni ha

Sumber google.

Selain IJM Hill Park Seremban 2 juga ada City Park yang ramai pengunjung di hari minggu. Hujung minggu penuh dengan kehadiran kanak-kanak dan ibu bapa bermain layang-layang di situ. Ia menjadi tempat riadah yang digemari kerana terdapat tasik buatan yang dipenuhi ikan seperti tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Ikan-ikan di sini makan ikut time tau, pukul 9 pagi dan 3/5 petang. Pernah kami datang di luar waktu makan buat dek je dia, sebab dah kenyang kot.

Sebuah jambatan dibina merentasi tasik disamping empat buah mini jeti di sekeliling tasik untuk memudahkan pengunjung memberi ikan makan.  Selalunya sebelum ke sini aku akan beli roti reject dari kilang roti. Ada kilang boleh beli sesikit, ada kilang jual seguni besar terus. Takkan nak bagi ikan makan seguni kot? Obes pula nanti hahahah... so, aku paketkan kekecik dan suruh anak jual. Sambil bagi ikan makan sambil berjualan. Mengajar entrepreneurship gitew. Seronok bebudak tu. Modal mak yang keluarkan profit masuk ke poket mereka... mau tak suka?? Bila roti sendiri dah habis pi beli pula dari penjaja dedak di situ. Tak sempat nak rolling duit hehehe..

Berkeluasan enam hektar Seremban 2 City Park turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak.

3) Centrio, Seremban 2


Ia bolehlah dikatakan tarikan terbaru di Seremban 2 berhadapan pasaraya Mydin yang sangat meriah di hujung minggu. Merupakan sebuah kawasan lapang untuk penduduk dan pengunjung beriadah di malam hari bermain basikal, skateboard, roller blade dan hoverboard. Hanya dengan RM10 kita boleh menyewa roller blade hingga jam tiga pagi! 

Di sekeliling kawasan riadah ini dipenuhi dengan kedai, gerai serta food truck. Bad for your wallet.



Sumber youtube.com

Yang ini mahal sikit, sewa ikut jam. Sumber si-periperi.blogspot.com


4) Taman Alam Veterinar, Jalan Seremban-Jelebu.

Di sini ada beberapa jenis binatang dipelihara. Dulu aku pernah pergi, cantik tempatnya... sesuai bawa anak-anak ke sini untuk dia mengenal binatang jinak. Sekarang tak tahulah bagaimana. Kalau sempat pergi lagi nanti aku akan update di sini. Website Jabatan Veterinar pun tiada maklumat. Ontahlah diorang nih.. tak dapek den nak nolong hahah..

Update: 
Produk terbaru - Seremban Equestrian boleh sewa kereta kuda sekali ride rm30 dia pusing kat semua tempat haiwan tu.


Sumber Qra. 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504,Batu 6,Mukim Pantai,Jalan Jelebu,

71770 Seremban,Negeri Sembilan, Malaysia

Tel : 606-7628857 | Fax: 606-7629022 E-mail: jpvns@ns.gov.my



5) Jelita Ostrich Farm

Ladang burung unta ini berdekatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Kawasan ini luas dan sering dikunjungi oleh rombongan sekolah. Jika kita buat tempahan awal tour guide akan disediakan.

Bagus tempat ni, kita boleh belajar mengenali burung terbesar yang tak boleh terbang. Kenal jantan betinanya, apa yang dibuat dengan cangkerang telur dan kulitnya. Entah entah raw material handbag Birkin tu import dari Seremban ni aje haa... mana tahu kan? Dagingnya boleh dimakan, ada juga dijual sebagai barangan penjagaan kulit dan kesihatan.

Di waktu tidak ramai pengunjung kita boleh menunggang ostrich tu. Bebudak ok lah... bapak budak tak payah lah kot, kesian burung tu.


Sumber flourpaint.blogspot.com

Waktu operasi : 9 pagi - 5 petang
Tiket dewasa : RM10
Tiket kanak-kanak : RM6

Jelita Ostrich Farm
Lot 1504, Batu 6
Mukim Pantai
Jalan Jelebu
71770, Seremban, Negeri Sembilan, 
Tel:+60 6-767 0707


6) Taman Rekreasi Ulu Bendul, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal. Weekend ramai orang der..





7) Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal.

Update: jeram toi ditutup buat masa ni sebab ada kes kencing tikus. Berita Harian 13/5/2016 http://www.bharian.com.my/node/153309


8) Taman Tasik Seremban 



Kawasan hijau ini terletak di tengah bandar berhampiran Masjid Negeri dan Pejabat Menteri Besar. Bermula jam 5 pagi lagi sudah dikunjungi orang yang rajin bersenam. Pokok-pokok yang besar memberikan teduhan yang baik kepada pengunjung.


Dahulu semasa anak baru tiga orang kami pernah berpiknik di sini. Seronok makan dan berguling-guling. Kalau musim kenduri kahwin tu setiap sudut ada pengantin bergambar.

Jalan Taman Bunga
70000 Seremban, Negeri Sembilan.


9) Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Bagi pendaki baru seperti ku adalah disarankan untuk memulakan pendakian dari Jalan Bukit Putus, ia kurang mencabar dan hanya memerlukan 1.5 - 2 jam usaha sahaja untuk sampai ke puncak.

Hutan Ulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam dan pokok mersawa.

Dekat sangat dengan rumah tapi tak pernah panjat pun. Gigih den poie panjek Gunung Papandayan di Bandung nun.


Sumber meetup.com


10) Laman Basikal Seremban

 Yang berumur 1 tahun 3 bulan pun tak mahu ketinggalan mengayuh basikal heheh... gambar 2014.



Merupakan tempat untuk kanak-kanak berbasikal. Dibina lengkap dengan situasi sebenar seperti di jalan raya dengan lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai, perhentian bas dan sebagainya. Bolehlah ajar mereka "red means STOP!" dan laluan kecemasan bukan untuk memotong barisan.
Terletak di Jalan Keliling, berhampiran dengan Taman Tasik Seremban & Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dibuka pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
Masa :
8 pagi - 12 tengahari
3 petang hingga 7 petang
Kadar bayaran :
RM2.00 / setengah jam / termasuk basikal
(Boleh bawa basikal sendiri)
Jom bawa anak-anak anda beriadah tanpa perlu risau akan kenderaan lalu lalang dan mengganggu riadah anak-anak anda.
Info lanjut :
Majlis Perbandaran Seremban :
Telefon : 06-766 7683


11) Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi

Bila budak besar takde yang kekecik ni naik sampai atas dan menggelunsur turun. I'm happy seeing you happy boys.


Kompleks sukan ini ialah pusat riadah yang paling aktif di Seremban.  Ia terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi) dan Kompleks Dakwah Paroi.

Setiap hari ia dipenuhi pengunjung yang aktif bersukan termasuk bersenamrobik.  Memang aktiflah akak akak di sini... aku je yang suka jadi pemerhati.  Aku ni jogging sehari empat minggu cuti hahaha.. Weekend ramai bebudak belajar karate dan tae-kwan-do di sini.

Padangnya digunakan oleh pelatih bolasepak New Football Development Programme @ NFDP U7-U12. Jadi aku akan datang ke sini seminggu dua kali paling kurang. Penat worr jadi driver ni, hantar kat sini, hantar kat PLD SM Ampangan... lokasi berbeza mengikut umur. Semuanya sebab bolasepak. Orang awam boleh juga menggunakan padang ini. Selalunya aku nampak pukul tujuh petang bangsa lain yang ramai di padang tu. Kita orang Islam ni dah senja baliklah ke rumah ya. Biasanya pukul 8.30 malam dah ramai semula dengan pengguna yang bersenamrobik dan jogging.

Gelanggang futsal, bola padang (gelanggang bertaraf dunia), tenis, bola jaring, bola tampar, takraw, badminton dan squash boleh disewa. Padang dengan rumput sintetik, trek, tempat bermain skateboard serta kawasan permainan kanak-kanak boleh digunakan secara percuma. Gimnasium ada bayaran yang sangat  minima manakala wall scalling akak tak pasti. Dewan juga boleh disewa untuk majlis kenduri kahwin.

Surau dan kiosk jualan makanan dan minuman juga terdapat disini.


12) Lorong Seni @ Street Art
Seremban juga tak mahu ketinggalan dalam trend Lorong Seni. Dibuat di lorong belakang HSBC Bank dan kawasan hentian bas Terminal 1, ia hasil kerja anak-anak tempatan yang berbakat. Contrary to some who believes hanya orang asing yang mempunyai kebolehan ini, yakinlah local talents pun ramai yang hebat and can draw crowd. Bersedialah untuk menerima tetamu terutama golongan muda.

Kalau dah rindu dendam sangat pada kartunis Ujang bolehlah bergambar dengan hasil tangan dia di hentian bas Seremban tu. Omaiii rasa tua sangat dah aku ni, membesar dengan majalah Gila-Gila.







Hmm.. banyak juga tempat menarik di Seremban. Selalu nampak kuman di seberang jer..


**Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan tempat-tempat riadah ini. Sakit mata melihat botol minuman, plastik bekas makanan dan tisu bersepah-sepah. Kalau MPS caj entrance fee nanti kita meroyan pula. "Rumah" kita jadi bersamalah kita menjaganya. Bila orang bawa Bangla kacak datang beramai-ramai ke negara tercinta tolong sapu sampah ini pandai pula kita marah.













Motivasi | Mengharap Ke Syurga

$
0
0
Nak berduit pun perlu bekerja inikan pula nak ke syurga.

Usaha. Doa. Tawakal.

Takkan masih menggunakan alasan, "pelacur yang memberi minum anjing tu pun Allah masukkan ke syurga". Itu special case. Rare. Mungkin dia benar-benar jahil, tiada yang berdakwah kepada dia.

Kita ni hari-hari dengar azan.

Hari-hari nampak orang berbondong-bondong ke surau pejabat.

Jom solat!


Pengorbanan Si Ayah

$
0
0


Bukan ayah je... mak pun. 

Nak di buang sayang, susah cari duit beli lauk tu. Ada orang kata tak elok memakan lebihan anak, nanti anak tak mendengar kata tapi aku dah menyaksikan orang yang mengamalkan bermacam pantang larang ni anak dia tak pun berlemah-lembut dengan dia. Aku rasa nak lempang mulut dia ada lah.

Yang aku pegang adalah saranan Nabi untuk tidak membazir rezeki hatta butiran makanan yang jatuh di sekeliling pinggan itu pun; kerana kita tak tahu yang mana satukah mempunyai barakah.

Aku selalu masak nasi ngam ngam je kecuali Jumaat dan Sabtu malam sebab esoknya boleh dibuat nasi goreng. Sesiapa yang datang mengejut tu, "jemput makan biskut lemak ni." hehehhe...

Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu

$
0
0

Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu | 6 Jun nanti datanglah bulan Ramadhan penuh rahmat itu. Dengan kedatangan bulan puasa juga maka banyaklah hotel dan restoran yang akan menawarkan juadah berbuka puasa secara buffet.


Sebenarnya pihak hotel sudah mula menjual "seat" sejak bulan lalu, ada harga istimewa untuk early bird. Ramai juga yang pergi food review, harapnya apa yang akan dihidangkan di bulan Ramadhan nanti samalah sedapnya dengan makanan yang mereka review.

Aku agak seperti biasa akan ada orang bising tentang harga buffet Ramadhan nanti. Harga buffet Ramadhan mahallah... mewah sangatlah... membazirlah... bla bla bla..


Kenapa Kita Diwajibkan Berpuasa?

Berpuasa untuk mengajar kita merasai dan menginsafi kekurangan orang lain. Ada orang yang tak makan berhari-hari. Kita tak dapat makan minum 13 jam secara purata pun dah mengeluh. Kengkawan kita di luar negara yang berpuasa di musim panas lagilah jenuh tetapi mereka berpuasa juga. 

Berpuasa juga untuk merehatkan sistem perut kita. Letih dia memproses makanan setiap masa. Kita pun kalau kena bekerja setiap hari dari celik mata hingga tutup mata letih melepek kan?



Makan Jika Mampu 

Sama seperti kisah golongan kaya melancong, begitu jugalah kisah berbuka puasa di hotel. Sasaran si penjual golongan yang berkemampuan, yang mampu membayar dengan senang hati. Kepada yang tak mampu, kita makan je apa yang ada atau beli saja di pasar Ramadhan. Perut tengah lapar semua nampak sedap. Tak perlu kita cemburu dengan kemampuan orang lain. Orang berada tu pun bukan setiap hari makan di hotel, mereka pun tahu cemuih. Kebanyakannya sekadar bertukar selera dan meraikan keluarga serta kawan-kawan juga pekerja.

Kalau kita tak mampu tetapi nak merasa juga berbuka puasa di hotel mari kita berpuasa dari sekarang. Puasa dari berbelanja SETIAP HARI sehingga terkumpul sejumlah duit. Boleh? Ada beberapa hari lagi ni... sempat lagi nak melonggok duit.


Kenapa Makanan Di Hotel Dan Restoran Ternama Mahal?

Ada hotel menggaji chef yang sangat hebat memasak, ada hotel yang memang terkenal sedapnya hidangan mereka, ada juga yang biasa biasa. Kalau terkena yang biasa biasa tu soheh ko akan merungut hahahah... balik rumah goreng telur mata lembu lepas tu tumis cili dan bawang besar perghhh...!! Lagi sedap dari hotel habaq hang!

Orang bising makan buffet Ramadhan mahal. Kenapa mahal?

Nampak tak berapa ratus hidangan yang mereka perlu sediakan untuk ramai orang makan serentak? Berapa banyak pula idea yang harus diperah untuk membuatkan hidangan itu sedap dan menarik? Betapa selesanya pula kita makan di tempat berhawa dingin?

Sebenarnya kita bukan sahaja membayar harga makanan tetapi skil memasak dan menghias mereka. Nak jadi ketua chef tu berapa tahun kena belajar dan berapa banyak pengalaman bekerja diperlukan? Kita membayar kepakaran mereka. Sama jugalah seperti servis fotografi, percentage bayaran tu lebih kepada khidmat dan kepakaran jurugambar bukannya harga gambar. Kalau rasa mahal boleh je shoot sendiri guna henpon. Kita diberi pilihan, tiada paksaan. Tak perlu komen dan komplen memacam sedangkan kita tak dipaksa. 

Dan kepada mana mana pihak yang menjemput anak yatim berbuka puasa di hotel tu... terutama yang menjual meja kononnya untuk anak yatim, kami nak tahu adakah anak yatim tu VIP majlis atau ada lagi VIP lain? Bukan apa kekadang kita nampak ada meja makan berhidang, anak yatim beratur di meja buffet sehingga azan berkumandang. Ada orang makan berhidang berpelayan di meja bulat, anak yatim bersila di lantai. Kau rase..??

Dan kepada yang beratur mengambil makanan tu, cecepat sket boleh? Cubalah pantas macam orang Jepun.

 
Sumber imoney.my

Ya Allah sedapnya desert!

Makan Setakat Mampu

Oh ye, beragaklah ya semasa mengambil makanan. Jangan ambil sampai menggunung dalam pinggan lepas tu dibiarkan tak bermakan. Rezeki tu. Walaupun kita membayar harganya elok ambil setakat yang mampu kita makan je... kalau tak cukup, tambah. Kalau tak cukup juga tambah lagi. Takde siapa pun akan marah. Apa nak kesah pandangan orang?



Sumber di sini.







10 Tempat Menarik Di Baling, Kedah.

$
0
0


10 Tempat Menarik Di Baling, Kedah. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sekolah kembali lagi... kemanakah tujuan kita bersama keluarga kali ini? Kita cuma ada seminggu untuk berjalan-jalan kerana di minggu kedua Ramadhan al mubarak sudah bermula. Tak daya nak mengheret anak-anak waktu berpuasa, lenyap pahala puasa aku nanti.



Baling is my other half kampung (kawasan Pengerusi Tabung Haji gituh). Selalunya kami balik paling lama pun empat hari sahaja dan aktivitinya hanyalah melepak di rumah, ke rumah saudara, ke pekan Rabu atau pasar minggu. Sometimes bosan hanya duduk di rumah kerana aku suka explore dan bukanlah kaki tv. Bukan akulah nak melepak tengok tv 24 jam ni weh. Nak nak tajuk drama ya Allah, bila dengar omaigoddddd! Dah pupus ke nilai kesenian tu? Memang aku bisinglah kalau anak dara aku tersengih berangan menonton cerita anak tunggal handsome balik dari obersi drive kereta mewah duduk banglo. In general, ianya ilusi sangat! Tu belum lagi sejam bersiaran TUJUH scene makan! Buang karan yo.

Okay, kembali ke cerita Baling.


Walaupun dahulu Baling dihambat kemiskinan, kini ia semakin maju. Masa harga emas RM7.50 segram beberapa tahun lepas orang perempuan di sana bercerita tentang emas sesajor. Meloponglah den yang tak minat beli emas ni. Tak minat membeli saja ye... kalau orang belikan of course i suka.

Di Baling ada MRSM, Kolej Komuniti dan dengarnya UiTM pun akan dibina. Oleh itu sambil melawat anak/anak saudara di sana atau sesaja berjalan ke sana bolehlah panjangkan langkah explore pekan Baling itu pula. I tell u, shopping pinggan mangkuk Arcoroc dan yang sejenis dengannya lebih murah di pekan lama Baling tu. Walaupun kedainya kecil tapi penuh dengan barang, mak ayah je tak dijual di situ :-)) Toksahlah bawa anak-anak masuk sekali ke dalam kedai ya. Suruh husband bawa anak-anak berwirid di Masjid Baling di sebelah balai polis tu ;-))

Di pekan Baling juga ada kedai gunting rambut lelaki siap massage. Aku ada share di instagram sebelum ni. Suka anak-anak aku ke situ. Bagi yang kaki makan boleh mencuba laksa, nasi kandar dan nasi lemak. Kedai yang keluar kat Jalan Jalan Cari Makan/Dapur Panas tu rasanya kat kedai MARA.

Baling hanya 40 minit jauhnya dari sempadan Thailand. Untuk masuk ke Betong kita perlu melalui Imigresen Kroh. Yang lahir dan bekerja di Kedah boleh buat border pass untuk ke Thailand. Border pass tu murah saja dan boleh dimasukkan nama anak isteri sekali. Sesiapa yang ada passport sila bawa bila ke Kedah, Perlis atau Kelantan sebab boleh lajak masuk ke negara Siam tu sekali.

Kali ini aku hendak memberikan idea ke mana yang perlu di tuju ketika berada di Baling atau daerah yang berhampiran dengannya.


Tempat-tempat Menarik Di Baling:

1. Pekan Baling

Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.

Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.


Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang. Pusat perniagaan selain pekan Baling ialah Kupang dan Batu 42 (di depan sekolah agama tu).


2. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong



Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.



Aku pun dah lama tak ke sini. Kali terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat? sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang ini, rebus t**** dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.

Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my


3. Sungai Angkat Ulu Legong



Letaknya bersebelahan dengan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong tetapi airnya sejuk. Sungai ni sesuai untuk mandi-manda di waktu siang. Seronok berkelah di sini.


4. Rafting/tubing (Rakit Pelampung)


Untuk mereka sukakan aktiviti luar yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua jam aje jika arus agak deras. Adakah ia mencabar seperti di  Sungai Kampar? Atau, agak relaks seperti Pattalung?

Aku ada nampak signboard rafting ni masa balik kampung Disember lepas tapi tak sempat nak bertanya lanjut. Well... get ready boys! Mak korang suka sangat rafting nih. Aku nak cuba!!



5. Berkayak


Di sungai yang sama kita juga boleh berkayak sambil menikmati keindahan alam. Bersantai bersama-sama keluarga dan rakan.




6. Mendaki Gunung Baling

Aktiviti ini pun aku teringin nak buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..

Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.





7. Mendaki Gunung Pulai

Gunung Pulai terletak besebelahan dengan Gunung Baling dengan struktur gunung yang bercantum. Tempat memulakan pendakian Gunung Pulai beberapa kilometer dari pekan Baling.


8. Berkelah di Air Terjun Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Lata Celak di Iboi

Owh.. Baling ada banyak tempat berkelah dan mandi-manda.


Anak aku menggelunsur terus je dari batu tu.




9. Gua Jepun (belum dibuka kepada umum)


.

.


Produk perlancongan Baling yang bakal dipopularkan. Gua Jepun yang menyimpan banyak sejarah ini harus di lawati jika anda menjejakkan kaki ke Baling. Ianya terletak di kaki Gunung Baling dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pekan Baling. 

Konsep military tourism (pelancongan tentera) akan diperkenalkan, khususnya yang melibatkan kawasan penemuan kubu komunis di hutan berdekatan. Kubu komunis yang terdapat di Weng juga akan dipromosikan setelah jalannya diturap hingga ke kawasan gua. Buat masa ini ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain. Buatlah lapang sasar untuk menembak seperti di Cu Chi Tunnel tu.


Adakah ia akan semenarik Gua Tempurung dan Gua Kandu? Kita nantikan.


10. Betong Thailand.

Jaraknya hanya 26.5km dari pekan Baling dengan masa pemanduan hanya 40 minit. Jika ingin menggunakan kenderaan awam, ada motor taxi yang akan menunggu di Imigresen Betong. Tuk tuk pun ada... park je kereta di kawasan Malaysia.

Jika ingin memandu kenderaan sendiri sila bawa geran asal. Ada yang kata salinan geran yang disahkan oleh JPJ/polis juga boleh digunakan. Yang tu tak pastilah eh, nasib nasib kot. Wajib membeli insurans kenderaan sebelum masuk ke sana.

Apa yang ada di Betong?

Dulu aku masuk sebab nak makan jer. Pergi lima orang order memacam baru RM40 je. Lepas tu shopping fake handbags hahah.... dululah. 

Selain daripada itu ada terowong komunis yang menembusi kawasan Baling. Dah lama plan nak ke sini tapi tak sampai lagi. Sesiapa yang ada 4x4 tu boleh terus ke kawasan peranginan Hala Bala.


Restoran popular di Baling?

Sila cuba di:

1) Kedai MARA di pekan Baling
2) Cili Merah di Kampung Charuk Bemban, Kupang. Jika anda datang dari arah Kulim/Sg Petani, restoran ini sebelum pekan Baling.
3) Bagi penggemar western food, boleh cuba di Oishiin atau yang sebelah perpustakaan awam. Apa ntah namanya.

Aku ni kalau balik kampung sini ka... kampung sana ka... jarang sangat makan di luar jadi nak rekemen pun susah, nanti tak sedap pula. Kalu hang pi sana gi lah try mana mana kedai. Kedai mamak pun banyak juga. Ada satu kedai mamak di Batu 42 tu kan, di bulan puasa pukul 1 petang dah mula berjualan untuk jantan-jantan yang 'uzur'. Eloklah JAIK pantau. 


Makanan popular di Baling?

Sudah semestinya daging rebus cicah air asam dan gulai daging dengan umbut pisang. Wallawehhh! Cucur peneram yang dijual panas pun sedap.


Penginapan di Baling?

Hotel Seri Baling Inn
Jalan Bukit Charuk Nau
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Tel 04-4721336

Rumah Rehat Majlis Derah Baling
09100 Baling
Kedah Darul Aman
TEL:04-4706636
Email: mdbaling@mdbaling.gov.my

Hotel Bayu
Wisma Ramli
Lot 18, Jalan Pulai
Kampung Pokok Sena
09100 Baling
Kedah.
Tel : +60 4-470 0969

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling,
Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my

Homestay pun banyak. Carilah yang mempunyai pemandangan menarik seperti sungai, sawah padi dan gunung.



Dimana untuk mendapatkan wifi percuma?

Meh kita lepak lepak penuhkan stesen bas. laju beb hahhaha.. 


Pekan/bandar lain yang berhampiran Baling?

Kulim is 45 minutes away. Paling syoknya pergi ke Sungai Sedim untuk rafting. Jambatan gantung (Sedim Tree Top Canopy Walk) pun ada tapi tak ecological sangatlah sebab diperbuat daripada besi. 

Sungai Petani & Sik pun dekat, sejam perjalanan.

**Pada aku setakat sejam dua tu kira dekatlah.

White water rafting at Sungai Sedim. Sumber whoadventure.com


Untuk maklumat lanjut silakan berhubung dengan:

MAJLIS DAERAH BALING,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.




Talian Am 04-4701 800
Faks 04-4701 580
E-mel mdbaling@mdbaling.gov.my



Baling memiliki banyak produk pelancongan tetapi seperti kurang dipromosikan selain kawasan perkelahan dan air terjun. Yang tahu, tahulah. Lagi satu, kebersihan pekan dan kampung elok dipertingkatkan. Aku suka mengambil contoh negeri Melaka. Cuba lalu di kampung-kampung di Melaka, bersih dan cantik berhias. Please educate the peoples terutama di kawasan pasar malam tu. I know it's not easy... Sultan pihak berkuasa Melaka pun mengambil masa lapan tahun untuk mendidik tentang kebersihan sungai and it is still ongoing. Hasilnya?  Dah berjuta pelancong yang telah menaiki Melaka River Cruise malah dikatakan antara sungai tercantik di asia tenggara. 

Siapa yang untung? Selain tour operator, industri hiliran lain seperti kraftangan, penginapan dan penyediaan makanan berkembang maju. Sesak kemain Melaka tu! Paling tak boleh blah traffic lights sampai 200 saat sekali berhenti. Cair mekap duduk atas motor hahahha..


Bagaimana hendak ke Baling dari Kuala Lumpur?


Boleh melalui highway Kulim-Butterworth yang lalu di Seberang Jaya tu atau keluar di Tol Kuala Kangsar menuju ke Grik. Jalan tu lagi best walaupun agak sunyi bila petang. 



hmmm banyaknya aktiviti yang ingin dilakukan di Baling tapi... 




JOM BERBUKA! AT PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES

$
0
0
JOM BERBUKA! AT PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES


As we head into the year’s most celebrated season, the usual fare offered by many restaurants in and around the city centre is almost the same. Among the similar choices that can be found, why not try something a little bit different from the rest by visiting Soi 23 at Pacific Regency Hotel Suites?

Perched on a hill just opposite the famed KL Tower, Soi 23 is a hidden gem on level 23 that is found in Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Serving authentic Malay food inspired by Chef Zairul’s mother’s recipes, Soi 23 has over the past 2 years garnered rave reviews among its critics for its Ramadhan buffet.

This year, Soi 23 is offering ‘Jom Berbuka!’ throughout the month of June. With over 100 selections you will be hard pressed on which you should feast on. As a rule of thumb, it’s always good to start with something sweet to whet your appetite. Start with some juicy kurma and quench your parched throat with a refreshing Sirap Selasih. Next, dive into our selections of appetizers such as Jemput Jemput Bonzer Dato’ Keramat and Pass and Sembor Kuala Hangit.


Once you’re on the go, be prepared for some hot and tasty dishes like the Kambing Masak Kurma Kentang, Ayam Masak Lemak Daun Cekor, Ikan Tenggiri Gulai Kampung and Udang Sambal Petai while served with piping hot steamed white rice joined with a variety of ‘ulams’ and an array of spicy sambals that would make the perfect meal!

Be sure not to miss the action station serving choices of Ikan Bakar and Kambing Golek with Briyani Pak Arab. Other fares such as Satay Kajang, Ayam Percik, Gulai Kawah and Bubur Lambuk are also served for those who seek the more traditional fare. 

Price is at RM99.00 nett for the whole month of promotion. Seize this opportunity for something different on the food offer while dine in the comfort of stylishly furnished Soi 23 that offers an expansive view of the city’s skyline.

For reservations, please call +603 2332 7777 ext. 6807/6819 or email at fnbadmin@pacific-regency.com

Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower, Jalan Punchak
Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Displaying Early Bird Ramadan#CD82BCEC.jpg
Displaying Early Bird Ramadan#CD82BCEC.jpg

Hotel Review | Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Feringghi

$
0
0

Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Feringghi | Percutian bersama keluarga agak berlainan dengan kawan-kawan. Dengan anak-anak ni walaupun kita masih mengikut itinerary yang dah diatur tetapi nak bebetul mengikut masa tu susah sikitlah.


Semasa percutian di Pulau Pinang, kami menginap di tiga tempat. Malam pertama di rumah saudara di Balik Pulau. Nak lihat apa yang menarik di Balik Pulau boleh rujuk di sini. Malam kedua di G Times Hotel tengah bandar dan malam terakhir di Sri Sayang Resort, Batu Feringghi seterusnya menyambung tidur di banglo Mak Yam, Baling, hehehh.. Leceh berpindah-randah? Taklah. Bawa je beg sekolah memasing. Kita nak pergi bercuti bukannya nak pindah rumah sampai nak bawa selori barang-barang. Travel light bebeh!

Kesemua tempat dipilih bersebab. Tinggal di tengah bandar untuk easy access ke street art, clan jetty, Chowrasta Market dan Nasi Kandar Beratur & Restoran Kapitan. Boleh baca blog post yang lepas sebagai rujukan tempat-tempat tu. Kami juga seronok menaiki basikal seorang satu mengelilingi bandar. Itulah aktiviti yang paling anak-anak suka dan bercerita hingga kini :-)) Tunggu lagi dua tahun si bongsu bolehlah kayuh basikal sendiri. Sayangnya terlupa nak ambil gambar. Orang lain yang sibuk ambil gambar kami berderet anak-beranak heheh..

Sri Sayang Resort Service Apartment ni kami booked online dari Agoda, rasanya dua hari sebelum pergi. Jadi selepas berkelah di  Taman Rimba Teluk Bahang aku pun call for confirmation, boleh pula dia cakap penuh padahal dah buat full payment. Eee... kena bebellah dengan aku. Akhirnya dapat juga tapi tak tahulah bilik yang sepatutnya ke tidak. Malas nak fikir.

Apartment yang kami dapat ni okaylah dengan pemandangan laut dan Shangri-La Rasa Sayang di depan. Swimming pool pun boleh nampak dari sini. Bawa anak-anak ni wajib at least satu malam di tempat yang ada pool untuk ketenteraman awam. Samalah kaedahnya semasa kenduri kahwin, walaupun kita tahu gula-gula tak elok tapi gula-gula tu boleh mententeramkan bebudak yang dah bosan dan meraung kepanasan. 

Nak makan pun tak susah, pasar malam pun dekat. Kami makan di depan Holiday Inn tu err... tak ngam. Sila ke tempat lain.

Cuma aku rasa si owner atau management company yang menguruskan apartment lengkapkanlah kemudahan asas seperti mineral water dan kitchen utensils. Tetengah malam orang nak makan Maggi sambil tengok tv kan susah kalau takde mangkuk serta sudu garfu. Kalau apartment tu untuk empat orang dewasa letaklah air mineral empat botol, at least. Sabun kekecik tu jangan tertinggal. Kedekut nau lahaiii... basic needs tu. Sommerset Medini yang aku stay hari tu lengkap dengan sekecil-kecil barang. Kalau apartment dua bilik tu aku yang punya akan kuhias dan lengkapkan memolek supaya orang teringat sampai bebila. Gituh. Teringinnya nak ada homestay macam kat Solo tu. Kalaulah ada yang sanggup melabur duit...

Sumber google.






The beach is just five minutes walk from the apartment.


Terdapat dua syarikat yang menyewakan service apartment ini. Yang aku gunakan yang sebelah kiri di lobi.


Komen aku:

Bolehlah. Ada owner sediakan fasiliti yang lebih baik daripada yang kami dapat. Nasiblah... siapa suruh book last minutes during peak season kan? 

Motivasi | Travel Is Like Love

$
0
0


Jika pengembaraan itu diibaratkan seperti CINTA, adalah kerana ia meningkatkan kepekaan dimana kita bertimbang rasa, menerima dengan hati terbuka, tidak terperangkap dalam kebiasaan dan bersedia untuk berubah.

Kerana itulah pengembaraan terbaik seperti percintaan terhebat, yang tidak pernah padam. 

Wat Phra Sri Rattana Mahathat | Menjenguk Kisah Silam Lopburi

$
0
0

Wat Phra Sri Rattana Mahathat | Menjenguk Kisah Silam Lopburi | Lopburi yang nama lamanya Louvo berada 155km dari Bangkok. Ia terkenal dengan monumen Khmer, monyet-monyet yang begitu banyak berkeliaran di bandar lamanya dan ladang bunga matahari yang begitu luas. Monyet-monyet ini dibiarkan membiak sebebasnya kerana menurut kepercayaan agama Hindu ia jelmaan Hanuman.


Pada permulaan kurun ke-10 semasa pemerintahan Suryavarman I Lopburi telah dimasukkan ke dalam empayar Khmer.

Lopburi juga pernah menjadi ibu negara tetapi ditinggalkan selepas kematian King Narai the Great pada tahun 1688. Ditinggalkan sehingga 170 tahun lamanya sebelum dipulihkan sebahagiannya pada tahun 1856 oleh King Mongkut (King Rama IV) dan dijadikan bandar musim panas. Dahulu King Narai akan berada di sini selama 8 bulan dalam setahun. 


Bagaimana hendak ke Lopburi dari Bangkok? 
Bas berhawa dingin bertolak dari Mo Chit (northern) bus station dan mini bus (van) dari Victory Monument. Kedua-dua tempat ni accessible dengan BTS skytrain. Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dengan tambang 120b.

Kalau nak naik keretapi, which i love so much, sila mulakan perjalanan anda di Hua Lamphong Railway Station. Ambil yang Northern Line ye. Yang 3rd class slow sketlah, yang rm37 siap makan ada aircond tu lebih pantas. Makanan tak halal. 



Sedikit kisah di sebalik Wat Phra Sri Rattana Mahathat


Wat di-raja yang besar ini berada betul-betul di hadapan Lopburi Railway Station. Dengan keluasan lapan ekar, ia dibina semasa Lopburi dibawah kekuasaan empayar Khmer dari Angkor pada kurun ke-13.

Wat ini dibina berperingkat, melalui beberapa pemerintahan. Struktur yang paling lama ialah 'central prang' yang telah wujud sejak 800 tahun dahulu. Wat ini jelas menunjukkan senibina Bayon dan Lopburi dengan sedikit elemen Baphuon dan Angkor Wat. Penambahan struktur bangunan dan renovasi banyak berlaku semasa pemerintahan King Narai the Great. Kini ia dalam pemerhatian pihak berwajib for preservation.

Stesen keretapi Lopburi. Balik naik train last maka terpaksalah bersaing dengan palajar sekolah yang baru balik ko-ko.

Wat di-raja yang hanya tinggal kenangan. Cantik bergambar di sini.






Bahan bukti dah sampai ke Wat Phra Sri Rattana Mahathat, Lopburi.

Eh, ada bukti lagi hehe..


Sekarang ada banyak tiket murah kan? Booking lah untuk perjalanan November hingga Januari, boleh melawat ladang bunga matahari di Lopburi dan Saraburi.

**Aku ke ladang bunga matahari tu pada hari yang sama. Oleh kerana Bahasa Inggeris tidak digunakan di bandar ini, dan aku pun takde gambar bunga tu, aku tunjuk bunga yang ada di skirt tu kepada bus driver hahahah... bukan susah pun nak berkomunikasi. Cakap ayam itik pun boleh faham.




Bandar Jutawan Suatu Waktu Dahulu | Mari Lihat 14 Tempat Menarik Di Ipoh

$
0
0

Bandar Jutawan Suatu Waktu Dahulu | Mari Lihat 14 Tempat Menarik Di Ipoh | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah kita dipanjang usia dapat bertemu Ramadhan sekali lagi. Berpuasa bukan alasan untuk melepek di rumah saja eh.



Bandar Jutawan. Itulah gelaran kepada Ipoh atau Kinta atau Paloh di negeri Perak puluhan tahun dahulu. Lembah yang kaya dengan bijih timah menjadikan Malaysia pengeksport timah terbesar di dunia. Setelah kejatuhan teruk harga timah di tahun 1970an Perak beralih kepada punca ekonomi lain tetapi masih mengekalkan keindahan dan kemakmuran yang pernah dikecapinya.

Di bulan Ramadhan ni kita jalan #dekatJe boleh? Apa kata kita pergi ke Ipoh? Ipoh lebih kurang dua setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Kalau naik ETS dua jam sahaja. Bandaraya ini terbahagi kepada dua bahagian, lama dan baru tetapi kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Tanyalah sesiapapun yang pernah ke sana, Ipoh menang bab makan, macam-macam ada dari sarapan hingga ke malam. Kiranya jika complimentary breakfast di hotel memang 'taraf complimentary' sungguh hehehh... keluar je meronda cari street food. Tak perlu stress.


Apa yang menarik di Ipoh?

Banyak you.... baca satu persatu eh, ada tempat orang Ipoh pun tak tahu kewujudannya.

1) Stesen Keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station) dan Bangunan Bersejarah Di Sekitarnya

Stesen keretapi yang ada sekarang ialah yang kedua yang dibina pada tahun 1914. Yang pertama dahulu dibina pada 1894 dan digunakan selama 20 tahun.



Keretapi lama dan baru, ETS.


Rekaannya dibuat oleh Arthur Benison Hubback arkitek sama yang mereka bangunan Dewan Bandaran Ipoh (Ipoh Town Hall) dan Mahkamah Tinggi Ipoh. Hijjaz Kasturi belum wujud lagi masa tu jadi mat saleh sapu semua. Stesen sediaada dibina bersekali dengan Hotel Majestic yang kini sudah tidak lagi beroperasi. Gayanya adalah campuran Neo-Moorish/Mughal/Indo-Saracenic/Neo-Saracenic.

Dihadapannya ditanam pokok ipoh (upas) yang mana getahnya beracun dan digunakan oleh orang asli untuk berburu binatang. Berdekatan pokok ipoh itu ditegakkan sbuah Tugu Peringatan Perang (War Memorial) mengenang tentera dan rakyat yang mati dalam peperangan dan pembinaan landasan keretapi maut Burma-Thai, The Malayan Emergency 1948-1960, Indonesia Confrontation 1962-1965, The Re-Insurgency 1972-1990, Great War 1914-1918 dan World War II 1939-1945.

https://hsgemilang.blogspot.my
Itulah pokok ipoh (upas). Sumber hsgemilang.blogspot.my

Jika di hadapan Stesen Keretapi Ipoh ada Dewan Bandaran Ipoh dan Mahkamah Tinggi, di kanannya adalah Pejabat Pos. Berjalan di Jalan Dewan (Jalan Pejabat Pos) kita akan berjumpa dengan Birch Memorial yang dibina pada tahun 1909 sempena meperingati JWW Birch residen Inggeris yang mati di bunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.

Wajib melakukan heritage trail bila berada di Ipoh.




2) Tujuh Taman Dalam Satu Taman (Seven Garden In A Garden)

Taman yang berlatar belakangkan bangunan bersejarah Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh ini berkonsepkan tropika, English, perkahwinan, fantasi, partition, alam dan tradisional. Dataran yang dinaik taraf oleh Jabatan Lanskap Ipoh City Council ini membolehkan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga. Mengeratkan family bonding gituh.


3) Muzium Darul Ridzuan

Asalnya ia sebuah rumah agam seorang pelombong bijih timah yang kaya bernama Foo Choong Kit. Kemudian ianya dijual kepada kerajaan negeri Perak pada 1950 dan dijadikan pejabat pentadbiran Jabatan Kerja Raya sebelum dijadikan muzium pula pada tahun 1992.

Bagi peminat sejarah bolehlah datang ke muzium ini untuk mengetahui apa yang telah membentuk Perak pada hari ini.

Darul Ridzuan Museum


Waktu operasi:
Isnin - -Ahad : 9.30 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi - 12.15 tengahari & 2.45 - 5.00 petang
Tutup : Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji.


Alamat:
Muzium Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,Perak.
Tel/ Fax: 05-2531437

Masuk PERCUMA


4) Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang berlokasi di off Jalan Tunku Abdul Rahman (dahulunya Jalan  Kuala Kangsar) telah dibuka pada tahun 2000. Berlatar belakangkan keindahan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike, kawasan rekreasi seluas 30.35 hektar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga. 14.16 hektar daripda taman ini merupakan tasik.

Titik tumpuan taman rekreasi ini ialah air terjun buatan manusia selain ruang pejalan kaki sejauh 2km. Taman permainan kanak-kanak, tempat perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas juga disediakan. Untuk sampai ke sana tambang bot sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak dikenakan.

5) Gua Tempurung

Ia gua yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Cantik gua ni. Kita boleh berjalan sendiri tanpa guide hingga stage 2. Jalan je mengikut plank yang disediakan ya tangan dok dendiam jangan gatal nak pegang stalagmit dan stalagtit tu, mati dia nanti. Untuk bacaan lanjut sila buka link ini.




6) Gua Kandu

Gua ini pun best juga. Boleh buat flying fox sekali. Jemput baca di sini. Boleh buat flying fox sejauh 100 m. Perjalanan ke flying fox tu pun best juga hahahah... (keluar tanduk)


7) Lorong Seni (Street Art)

Lukisan mural yang lama aku dah cover dulu (di sini).. sekarang ada tambahan lagi.

GPS Coordinates (Jalan Bijih Timah): N 04° 35.660′ E101° 04.699′
GPS Coordinates (Jalan Othman Talib): N 04° 35.647 E101° 04.673′


Suka sangat tengok gambar berlatar belakangkan kapal korek ni.


 Sumber ipoh-city.com


8) Lost Wold of Tambun

Pusat rekreasi yang menjadi idaman kanak-kanak terutama yang berada di sebelah utara tanahair. Bawalah anak-anak berseronok di sini sesekali. If they're happy we'll be happy too, right? Ada water park, amusement park, petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park. Juga, spa dan kolam air panas.

Apa? Tiket mahal? Eleh... beli rokok sekotak 17 hengget boleh pulak.

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my


9) Pasar Karat Memory Lane

Pasar karat Memory Lane hanya dibuka pada hari Ahad bermula jam 6.30 pagi hingga 1.00 petang. Dipanggil pasar 'Loken' oleh masyarakat tempatan bersempena dengan lokasi asalnya yang berdekatan Bazar Lam Look King.

Pasar Karat ini terletak di sepanjang Jalan Horley dengan pelbagai barangan dijual seperti duit syiling lama, wang kertas lama, kamera antik, pinggan mangkuk zaman kolonial, alat piring hitam klasik, seterika arang, botol minuman bergas tahun 80an dan 90an dan pelbagai lagi. Walaupun dinamakan pasar karat yang sinonim dengan barangan terpakai dan lusuh serta antik, kini terdapat juga barangan baru seperti pakaian dan aksesori gajet dijual. The more the merrier kekdahnya. 

Datanglah selepas subuh untuk keselesaan. Sambil berjalan boleh makan makan.


10) Kinta Riverfront Walk

Ipoh di petang hari lemau macam Seremban juga hahaha... tetapi bandar Ipoh lebih besar dan ada tempat yang menarik lagi romantik (kira romantik lettew) di malam hari.

Kinta Riverfront Walk seperti mini I-City di Shah Alam tu yang indah dihiasi pokok berlampu LED berwarna-warni Di sepanjang sungai ada bistro dan kafe. Bolehlah lari sekejap dari KL di hujung minggu merehatkan diri dan minda. Bersebelahan dengannya ialah Palong Tin Mining Gallery Museum.



Jalan Lim Bo Seng
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan


11) Concubine Lane

Tempat ini dipanggil Lorong Panglima atau Yi Lai Hong (Concubine Lane). Wanita Ipoh generasi nenek-nenek kita tak nak dia datang ke sini kerana dahulunya menjadi tempat menyimpan kekasih gelap milik lelaki Cina yang kaya dan para pegawai British. Berani mereka eh sebab wanita dedulu mana berani main kerat anu ni. Zaman ni je kita je samseng sket.

Dikatakan mula terkenal pada tahun 1908, Concubine Lane juga menjadi pusat menjual dan menghisap candu selain perjudian. 

Bangunan di sini kini ada yang terbiar, ada yang telah bertukar tangan dan dibangunkan. Dahulunya terdapat 27 buah rumah pra-perang yang dihuni oleh 100 keluarga imigran China yang bekerja sebagai penjaja makanan, pelombong bijih dan peniaga runcit.


12) Muzium Yasmin Ahmad (Kong Heng)
Muzium ini dibuka oleh rakan allahyarham Yasmin Ahmad dengan mempamerkan pakaian dan hasil kerja cemerlangnya di dalam bidang pengiklanan dan perfileman. Dah bulan puasa ni mulalah teringat kepadanya. Beliau juga suka menjadikan Ipoh latar filemnya.


Mari kita godek godek iklan lama Yasmin untuk Petronas di youtube sebelum melawat muzium ini. Boleh baca di sini juga untuk maklumat lanjut. 



13) Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh.
Coordinate: N4° 33.560′ E101° 07.210′

Lokasinya tersembunyi dari penglihatan awam sebab itulah ramai daripada orang Ipoh sendiri tidak tahu di mana letaknya. Ia berada di kawasan kuari yang masih aktif beroperasi. Kalau nak pergi ke Tasik Cermin rasanya hari Ahad sesuailah sebab tiada orang bekerja. Karang tak memasal kena lenyek dengan lori.


Dah jalan kuari sudah pastilah berbatu kerikil. Kalau bawa kereta Opel lama officemate aku dulu mau terbarai semua hahahha... kereta dia tu bila hujan lebat banjir kat lantai kereta, berenang kaki weh hahaha...kelakar bila diingat-ingat.


Jarak dari pintu masuk ke gua yang dikorek sendiri oleh pemilik kuari kira-kira 500m. Panjang gua tersebut hanyalah 50m. Pendek je laluannya, dari pintu gua sini boleh nampak cahaya di penghujung jalan gituh.


Tasik ini sungguh cantik dan terpelihara.






Pintu gua di sebelah kanan tempat orang memproses batu kerikil. Sumber di sini.

Tasik Tersembunyi |Tasik Cermin Ipoh
Credit Photo By Elmiza tawfiq


Bagaimana untuk ke Tasik Cermin?

Lokasinya lebih kurang 5km daripada Tol Simpang Pulai. Dari Lebuhraya Utara-Selatan kita perlu keluar dari Tol Simpang Pulai (Exit 137). Selepas traffic lights belok ke kanan dan ikut jalan menuju bandar Ipoh sejauh 4km sehingga berjumpa ACM Automative Corp (disebelah kanan) dan masuk ke jalan bertar yang kecil tu sehingga ke kawasan kuari batu.

Peringatan:
Kawasan batu kapur tidak kuat. Ini termasuk kawasan Tasik Cermin yang merupakan bekas kawasan batu kapur yang berbumbung; tetapi telah runtuh akibat tindakan alam. Mungkin atas sebab itu dia tidak atau masih belum dimajukan kerana risiko yang ada padanya (atau mungkin juga berada di dalam kawasan persendirian). Explore at your own risk. Berhati-hati sajalah, pray for the best. Gunung berapi yang boleh meletus bebila tu pun kita sanggup lawati atau daki sebab hendaklah pengalaman kan? Rugi tak tengok.


14) Movie Animation Park Studio (MAPS)

Tarikan terbaru di Ipoh yang dijangka akan beroperasi bulan Julai nanti. Bulan depan je haa... tiket early bird pun sold out. 

MAPS diwar-warkan sebagai Taman Tema Animasi Pertama di Ipoh. Dengan 40 tarikan, dan enam zon bertema, pembukaannya memang ditunggu-tunggu. 




Takkan jalan-jalan je kan, makanan popular di Ipoh?

1) Datang ke Ipoh tanpa mencuba Ipoh White Coffee dianggap belum lengkap lagi lawatannya.

2) Makan nasi ganja atau nasi vanggey

3) Makan makan di Dataran Jam.

4) Greentown foodtruck di Persiaran Greentown 3 in Greentown Business Centre, Ipoh. 
Perniagaan begini sama seperti kafe hipster bergerak. Selalunya mereka berada di sini tetapi ada masanya mereka bergerak ke tempat lain. Sila semak di instagram atau facebook Silver State Foodtrucks untuk makluman terkini.


Ini baru cerita Ipoh sahaja, belum bahagian negeri Perak yang lain lagi. Bandar Ipoh sesuai untuk diterokai dengan berjalan kaki tanpa tergesa-gesa.

Jarak Ipoh ke Taiping #DekatJe... sejam perjalanan. Jemput baca Taiping Heritage Trail juga di sini. 


**Tahniah kepada Tourism Perak kerana bot Perak telah berjaya menjadi juara Bot Terbaik Keseluruhan dalam pertandingan bot berhias di Magic of the Nights dan menerima anugerah President's Garden Award di Floria Putrajaya 2016 minggu lalu. Tahniah sekali lagi. Hebat ler kome tahun ni... baru aummmmm untuk Visit Perak 2017.

Motivasi | Carilah Kebaikan

$
0
0
Bila kita berusaha mencari kebaikan dalam diri seseorang, kekadang kita menzahirkan yang terbaik dalam diri kita.



Pelancong Malaysia Ditembak Kerana Menunggang Motorsikal Secara Merbahaya

$
0
0

Pelancong Malaysia Ditembak Kerana Menunggang Motorsikal Secara Merbahaya | Pepatah ada menyebut, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Ni aku nak tambah, masuk negara orang mengucap (dua kalimah syahadah).


Sudah terdapat banyak kes rakyat Malaysia diragut, dirompak, diculik dan mati dibunuh di luar negara. Ada kes yang masih dalam siasatan untuk mengetahui motif serangan. 

Hari ini media melaporkan seorang penunggang motorsikal rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah, ditembak kerana 'mencilok' secara merbahaya di jalan raya Hatyai bulan lalu. Salah seorang pelaku telah ditahan untuk siasatan manakala penunggangnya masih diburu polis. 

Itu apa yang dilaporkanlah. Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Sama-samalah kita beringat ya, peraturan di jalan raya terpakai untuk semua keadaan dan tempat. Di Malaysia ni kalau kurang ajar setakat kena terajang side mirror je, di negara orang boleh terbenam peluru di badan.

Innalillah...


Sila rujuk di www.msn.com

10 Penipuan Yang Sering Berlaku Di Vietnam

$
0
0

10 Penipuan Yang Sering Berlaku Di Vietnam | Sebelum ke Ho Chi Minh kali pertama dulu, banyak jam jugalah aku habiskan mencari informasi kerana akan bersendirian ke sana. Apa yang aku dapat dalam carian itu?


Lokasi baru dah tentulah panjang senarai tempat yang mahu dilawati tetapi selain isu keselamatan ada beberapa jenis scam juga yang aku baca ketika itu.

Shopping sakan di Vietnam. Kain pasang, baju kurung, tudung, jubah murah kak ooiiii.. heaven!!


Gambar-gambar di bawah ini melibatkan beberapa pelancong Malaysia yang diragut, dirompak dan diculik beberapa bulan lalu. Aku dah beli tiket untuk September nanti. Semoga selamat dan dipermudahkanNya.





10 Penipuan yang sering berlaku di Vietnam: 

1) Teksi
Dua syarikat teksi yang boleh dipercayai dan menggunakan meter, Vinasun dan Mai Linh. Walaupun dikatakan reliable, aku terkena juga dengan teksi Vinasun ni. Balik dari Cho Bin Thay dia bawa ikut jalan jauh ke Ben Thanh Market. Aku pergi naik bas sekejap je rasanya tapi bila balik naik teksi kemain lama lagi nak sampai. Dalam berhati-hati pun terkena juga. Perangai syaitonirrajim sangat.

Ada satu lagi syarikat teksi, Vina Taxi. Yang ini tak bermeter dan mungkin kita akan keliru dengan Vinasun semasa memula tiba di Vietnam.


2) Harga bilik hotel yang rendah
Selain hotel copycat, ada juga yang mengiklan secara online harga bilik yang murah. Bila kita sampai dia akan kata itu harga bilik standard yang dah penuh. Since kita dah bayar kan, terpaksalah kita menginap di bilik yang lebih besar dengan tambahan duit.

Pastikan juga semasa booking online tu harga bilik untuk seorang atau sebilik. Elok reconfirm harga bilik sebelum check-in kerana di Vietnam passport kita akan disimpan di hotel. Bila 'nyawa' dah ditangan orang, terpaksalah kita membayar berapa pun harga bilik yang mereka tetapkan nanti.


3) Tour company yang menjanjikan bulan dan bintang
Berjanji ke beberapa lokasi atau aktiviti seperti snorkelling tapi sebenarnya masa yang diperuntukkan tu sikit je. Buat penat salin baju je.


4) Beca
Owh.. teringin naik beca katanya.... elakkanlah! Memula dia kata 1 usd, bila dia dah built good rapport dengan kita, mungkin akan dibawa entah kemana-mana kemudian demand payment yang tinggi sebab dah kira servis ikut jam pula. Nak tak nak kita terpaksa bayar. Dia akan kata usd1 tu hanya untuk duduk, harga kayuh lain.

Kalau nak naik juga, pastikan bersetuju dengan caj sebenar dan kita juga tahu di mana kita mahu diturunkan.


5) Menggunakan nama syarikat popular
Ini samalah halnya dengan teksi Vinasun dan Vina Taxi. Cubaan melakukan penipuan dan mengaut keuntungan dengan menggunakan nama syarikat yang kedengaran hampir sama dengan syarikat yang popular. Kita ni yang tak biasa main agak agak je...eh sama kot. Selepas menggunakan servis mereka baru kita tersedar apa yang mereka berikan tak sama dengan apa yang kita baca.

Sinh Cafe Scams
Syarikat sebenar kini menggunakan nama the Sinh Tourist (http://www.thesinhtourist.vn/). Sumber di sini.


6) Pembelian tiket keretapi melalui ejen
'Ulat tiket' akan datang kepada kita dan mengatakan keretapi kita lambat atau terlepas dan offer kita beli tiket baru yang lebih murah. Yang sebenarnya dia belikan kita tiket murah untuk tempat duduk tidak seperti yang kita harapkan.

Untuk tiket keretapi, elok refer di www.seat61.com untuk maklumat dan pembelian tiket.

vietnam train ticket
Sumber di sini

7) Tiket bas jarak jauh
Di sini selalu berlaku penipuan. Dah kita pun tak faham bahasa Vietnam kan, mudahlah terkena. Belilah tiket dari syarikat yang berwibawa bimbang kita bayar mahal tapi dapat bas yang tak bagus. Selain itu bimbang juga kita diturunkan di lokasi yang tidak sepatutnya yang memaksa kita menginap di hotel kawan dia. Dah kowtimlah tu, ada persen.

Tak pun dia turunkan kita di pertengahan jalan kemudian ada 'hero' datang membantu dengan harga sembelih leher untuk menghantar kita mendapatkan bas lain .


8) Restoran yang mengenakan caj tinggi
Ada pengusaha restoran yang tak jujur tapi setakat aku ke sana alhamdulillah tak terkena. Semua restoran yang aku cuba mempamerkan harga di menu. Ada sesetengah restoran tu siap caj kacang yang dihidangkan sebelum makanan utama sampai. Beli je lah kacang kat convenience store kalau teringin sangat. Kacang yang sama itu harganya kemain mahal bila dijadikan appetizer.

Ada juga orang nasihatkan, bekas makanan kita sama ada kosong atau berisi biarkan di atas meja supaya mereka tak memandai-mandai caj sesuatu yang kita tak order. Susah nak bertekak sebab bahasa tak sama. Akhirnya nanti kita terpaksa mengalah sebab bimbang kena tibai.

Cuma aku rasa kita yang muslim ni terutama Malaysians diambil kesempatan. harga makanan tinggi berbanding apa yang orang tempatan makan. Okaylah, ayam halal mahal. Ikan, sayur pun mahal juga apahal pulak? Cuba perhatikan harga makanan di restoran tak halal. Lebih rendah kan?


9)  Semasa membeli-belah.
Haa... yang ini aku kena dua kali. Kali pertama aku minta t-shirt saiz M, yang aku belek tu bersaiz S. Dia ambil di gerai lain di pasar malam tu, confident aje bagi kat kita. Nasib baik diperiksa semula, dia bagi saiz S juga.

Sekali lagi semasa membeli handbag dalam Ben Thanh Market. Kita nak warna lain. Dia cari, bungkus dan bagi pada kita. Aku pun terima, bayar dan jalan sebab nampak dia mengambil dari stok simpanan. Bila sampai ke hotel baru perasan dia bagi warna lain. Tak logik dia tak faham arahan sebab dia boleh berbahasa Melayu dan kita pun dah tunjukkan sample warna. Esoknya dengan muka ketat minta tukar. Dia pun dengan muka ketat juga terpaksa bagi.


10) Servis mengilatkan kasut
Ini pun sama. Kalau nak buat juga pastikan harga dah ditentukan. Tunjukkan harga dengan duit depan dia. 

Ada banyak lagi sebenarnya tetapi kita beritahu yang sangat common lah ye. Kalau ada yang kena tipu dengan hooker tu...padan muka! Siapa suruh kau berniat berzina.


Sebelum ke luar negara sila cetak nombor dan alamat konsulat Malaysia. Selain urusan keselamatan, jika disoal siasat kastam atau imigresen di negara tersebut pepandailah kita 'goreng'. Berdoalah untuk keselamatan dan urusan dipermudahkan. Walaupun banyak cerita negatif yang kita dengar, selalulah bersangka baik terhadap orang lain dan berjalanlah dengan hati terbuka. Jangan lupa senyum :-)


Masih Selamatkah Melancong Di Vietnam? Tipsnya, berhati-hati.

Pelaburan Dalam Hartanah Di Sabah. Bagus atau Tidak?

$
0
0

Pelaburan Dalam Hartanah Di Sabah. Bagus atau Tidak? | Hellooo.. this week akak nak bercakap serius sikit ni sebab baru balik dari menambah ilmu di Kota Kinabalu. Selain merapu, ai memang celik akal sikit tentang hartanah ni. Dewan penuh, speaker bagus belaka. Semua speaker berpengalaman luas dalam bidang memasing hinggakan ada yang aku nak dengar sangat tu terasa sekejap benar bercakap.



Dalam The Borneo Investment Strategic Outlook Forum 2016 anjuran bersama GE Capital dan Money Compass, Sabah dikatakan sedang berada di landasan yang betul di segi pembangunan selaras dengan Halatuju (State Development Agenda) yang memfokuskan kepada pertanian, pelancongan dan pembuatan. Kerajaan negeri juga terlibat dengan aktif dalam Economic Trasformation Programme.


Seribu peserta yang datang mendapatkan ilmu di Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour.

Walaupun ekonomi negara secara keseluruhan bergerak perlahan, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dijangka bergerak pada 4% - 5% pada tahun 2016 ini. Kebanyakannya disebabkan oleh pelaburan swasta dan kepenggunaan.

Kenapa forum ini diadakan?

Salah satunya nak buka minda kita bahawasanya harga property di Malaysia jauh lebih murah daripada di Yangon, Mynmar. Terkejut?


Berikut adalah ringkasan forum tersebut:

Mr Phua Lee Kerk, Chief Strategist of Phillip Capital.
Menurutnya beliau, kita sekarang berada di QE trap. Bila kerajaan nak normalkan rates ada saja faktor luaran yang menghalang. Kini secara sedar atau tidak kita dijajah secara halus melalui applikasi elektronik termasuk dalam sektor kewangan sebab kesemuanya hanya di hujung jari. Beliau juga mengatakan untuk mengetahui aktiviti harian dan tahap kesihatan kita secara lebih tepat, syarikat insurans di negara maju telah memberikan satu alat khas untuk kita (prospek) gunakan. Haa... terpaksalah exercise selama memakai gadget tu supaya tak kena loading.

Sebanyak 8.4 trillion USD diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur di negara membangun seperti Indonesia dan Indochina. Sebab itulah pergerakan ekonomi negara-negara ini rancak.

Menarik kupasan speaker pertama ni tetapi masa yang diperuntukkan hanya 40 minit dan beliau terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kerana ada pelabur dari China dan golongan Cina tempatan yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Tak pandai cakap omputeh pun kaya raya dik.

Aku skip speaker kedua sebab dia cakap Cina. Aptb hahahha....


Wong Chaw Kok, Azmi & Co
Mr Wong Chaw Kok's session was very interesting tapi itu lah, sekejap sangat. Beliau bercakap mengenai "Sabah Real Estate Sector: Past, Present, Future Outlook & Opportunities". Sebagai seorang Chartered Surveyor dan Registered Valuer sudah pastinya beliau bercakap berdasarkan fakta mengenai pelaburan di Kota Kinabalu.

Beliau mengingatkan kembali bahawa, land is the basis of wealth. Betul pun... atuk nenek kita dulupun banyak tanah walaupun tiada tunai di tangan. Menoreh dan bersawah je pun kerjanya.

Banyak peristiwa yang menggugat ekonomi telah berlaku seperti wabak SARS pada November 2002, Asian Financial Crisis 1997, Lehman Brothers filed for bancruptcy, harga minyak jatuh... kali kedua harga jatuh teruk semasa perang Iran-Iraq dan pada masa itu harga hartanah pun jatuh teruk juga. Banyak hartanah yang dilelong. Itulah masa yang sesuai masuk dalam pasaran hartanah kerana harga yang murah. Semasa 2008-2009 tiada RPGT dikenakan ke atas hartanah yang dijual untuk merancakkan urusniaga. Zaman Pak Lah ni, siapa kata dia tak bagus?

Kenapa pebelian hartanah yang perlu dipertimbangkan?
- dapat dilihat dan dirasa
- tidak mudah cair
- lumpy
- lokasi yang strategik
- berlesen, terancang, dikawal akta, mengikut akta bangunan

Paling penting kenapa memilih hartanah, ia ibarat dinding mengatasi inflasi. Katanya lagi kepada orang Sabah, kawasan Luyang bagus untuk pelaburan. Walaupun sebahagiannya projek lama tetapi berbaloi dibeli.

Bila waktu paling sesuai membeli hartanah? 20 tahun lalu.
Waktu kedua paling bagus? Sekarang! Now!


Victor Lim, property expert and former PWC auditor.
Ramai yang kenal dia kerana selalu keluar di Astro Awani. Menarik persembahannya cuma at the end semasa beliau cuba 'menjual produk' agak fail sedikit.

Ada orang nasihatkan sebelum membeli rumah kita kena lihat 100 buah rumah dahulu. Kalau gitu gayanya kita lebih baik daripada Real Estate Negotiator (REN) heheh... tak dayo den nak panjek 100 apartment dik non. Kalau tak mampu silalah guna khidmat REN, katanya. Sempat lagi promote kerja lama dia. Jika kita tiada masa memang elok sangat gunakan khidmat REN yang bagus. Kekadang kita boleh dapat rumah dengan harga dibawah market value.

Perlu bersabar dalam mencari rumah. Carilah lokasi yang kita familiar with. Aku tak familiar area Klang walaupun certain part of Klang sangat dekat dengan Shah Alam. Lagipun di Klang ramai pendatang asing. Nak bertanya tempat pun terpaksa bertanya dengan orang asing, mana entah locals. So Klang selalu aku pangkah jer.

Semak juga sejarah kawasan tersebut dan rumah yang kita nak beli tu. Kalau kawasan tu selalu kena pecah rumah ke... penduduk selalu bergaduh ke... elakkan je lah kot. Buat pening kepala saja nanti.

Lagi satu, ni aku tambah, cakap-cakap orang tak semestinya betul. Mungkin dah ditokok tambah nak bagi sedap. Aku tak tahulah kisah banglo di Shah Alam yang disewakan RM50 tu betul ke tidak tetapi sekarang ni dah jadi taska. Nak berbisnes taska/tadika mestilah banyak perkara remeh-temeh yang perlu difikirkan, betul tak? Dan, anda masih fikir ia berhantu?

Kawan aku pernah bercerita mengenai sebuah rumah teres di Ampang. Penyewa rumah tersebut sering bertukar, berpenunggu katanya. Tiba giliran satu keluarga muslim ni lama pula menyewa. Mungkin cara hidup kita sendiri juga menentukan sama ada syaitan berani bermaharajalela atau kecut perut berhadapan dengan kita. Apa apapun aku mengelak rumah begini hehehhe...

Banyak lagilah yang dikongsi. Very interesting. Celik mata aku walaupun berpuasa.


Ingin memiliki kediaman pintar LIKAS Boulevard, di Kota Kinabalu?

Owh.. ini lifestyle yang ramai orang idamkan. Kondominium yang lengkap serba serbi. Paling menarik Likas Boulevard ada jeti sendiri yang bersambung dengan bangunan utama. Boleh pilih hendak pemandangan Laut China Selatan atau menghadap Likas Bay.

 Ramai yang berminat knowing the investment potential kawasan Likas yang menghadap laut ini.

 Boleh park yatch sendiri di depan kondo ini nanti.

Pandangan tepi.

Menurut Dato' Seri Alex Siaw Swee Tin, Group CEO of Naim Indah, projek ini akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan sepenuhnya yang merangkumi kediaman, ruang komersil dan hotel yang bakal diurus Canopy by Hilton.

Uniknya kediaman di Likas Boulevard ini bakal dilengkapi dengan smart furniture which is digitally controlled, lekapan dan lengkapan bertaraf 5 bintang dan butang kecemasan yang akan terus bersambung dengan hospital. Aku sempatlah tengok promo yang dipersembahkan oleh HDL Automation. Memang best lah, semua main tekan di tablet aje.

Berapa harganya?

Harga istimewa sewaktu forum tersebut hanya RM800 sekaki persegi. Sekarang dah naik kembali kepada RM1,200 kps dengan keluasan bermula daripada 1100-4480 kps. Jadi harga jualannya ialah RM1,320 - RM4,060 seunit.

Jika berminat silalah berhubung dengan GE Property Sdn Bhd terus ya.


Buy land. They're not making it anymore - Mark Twain.












16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

$
0
0

16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak | Sarawak mempunyai tarikan alam yang sangat berharga. Hutan, gua, hidupan liar, gunung dan pantainya merupakan tarikan utama. Negeri ini menerima kehadiran pelancong asing yang tinggi kerana mereka sukakan alam semulajadi yang menjadi 'trademark' Sarawak.


Berkeluasan 124,000 km persegi, penduduknya hanyalah 2.5 juta dengan 27 suku kaum. Lima peratus daripada kawasan Sarawak diklasifikasikan sebagai Kawasan Lindungan (Totally Protected Areas) yang meliputi 25 taman negara, 8 hutan simpan dan 4 santuari hidupan liar.

Kuching yang menjadi ibu negeri ialah sebuah kota yang sibuk dan dilengkapi dengan bangunan moden dan lama sejak zaman kolonial Inggeris lagi. Astana, yang dulunya menjadi kediaman White Rajah dan Fort Margaritha yang dibina untuk mempertahankan diri dari lanun merupakan antara bukti penjajahan tersebut.

 Astana

Sarawak state assembly building

Nak buat informasi tentang tempat menarik di Sarawak as a whole banyak sangat jadi kita fokuskan kepada Kuching dululah ya. Kuching bukan setakat ada kek lapis dan Serikin aje ye... banyak sangat tempat untuk dilawati. Aku nak bagi informasi dan cadangan supaya awak semua mudah membuat rancangan melancong. Kalau nak tahu tentang Mukah dan Sarikei boleh gunakan butang search di atas. 

Last week Air Asia buat sale zero fare lagi, dapat tak? Sadly to say, aku tak dapat. Masa aku di KK tu tak tahu kenapa tak boleh book lansung dan aku taklah excited sangat sebab tempoh perjalanan sehingga Mei 2017 sahaja, tak syok bercuti jika otak memikirkan anak nak exam.. anak nak exam.. aku je yang fikir, dia tak kisah pun hehe..


10 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

1) Masjid Negeri



Sejarah pembinaannya bermula pada tahun 1847. Diperbesarkan sedikit demi sedikit demi keselesaan jemaah kemudiannya diruntuhkan dengan bom di tahun 1967 untuk pembinaan masjid yang lebih selesa dan menarik.

Berada di tengah bandar Kuching, kita boleh berjalan kaki saja dari waterfront tu (meleleh foundation wakkk hahah...). Insaf sekejap datang sini sebab dipenuhi kubur disekelilingnya.


2) Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak.

Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik. Bagi yang adventurous boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai trek dan denai di www.sarawakforestry.com . Penginapan juga disediakan di sini.

Untuk ke BNP kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Melayu Bako. Di sini pun ada homestay dan terkenal dengan produk belacannya.


3) Damai Beach, Santubong
Tempat beristirehat berhampiran Sarawak Cultural Village. Komen yang aku baca: bilik luas, harga berpatutan dan staf yang ramah. So apa lagi... book lah! Tetapi agak jauh dri bandar ya.


4) Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)
Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. SCV berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak.

Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Kita juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya selama 45 minit setiap hari. Kena semaklah pukul berapa ia bermula, kalau terlepas rugi ler... sure ada yang berkenan dengan seorang penari tu, tersenyum manis jer sepanjang persembahan.

SCV juga merupakan lokasi untuk World Harvest Festival dan Rainforest World Music Festival yang gah tu. Bilalah dapat menonton RWMF ni eh? 




5) Semenggoh Nature Reserve
Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.

Elok datang waktu orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kekadang orang utan yang sudah dilepaskankan pun akan datang semula untuk mendapatkan makanan. Jika ada telephoto lens lebih bagus kerana adakalanya mereka tak mahu turun bila ramai 'peminat' datang.

Selain itu Semenggoh Nature Reserve juga menjadi tempat untuk melihat beburung ini : Yellow-rumped Flowerpecker, Bornean Black-magpie, Long-billed Partridge, Red-bearded Bee-eater, Red-naped Trogan, Scarlet-rumped Trogon, Rufous-backed Kingfisher, Rufous-collared Kingfisher, Banded Kingfisher, Red-crowned Barbet, Red-throated barbet, Malaysian Honeyguide, Rufous Piculet, Hooded Pitta, Banded broadbill, Green Broadbill, Blue-winged Leafbird, Asian paradise Flycatcher, Crested jay, Reddish Scops Owl, Brown Hawk Owl, Sunda Frogmouth & etc.

Alamat:
Semenggoh,
Kuching
Waktu Beroperasi:
0800 hrs to 1700 hrs
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
SARAWAK FORESTRY
Tel: +6092-610088 (General Line) 1-800-88-2526 (Toll Free Line)
Fax: (+6) 082 610099
Website: www.sarawakforestry.com
Email: sarawakforestry
Bako National Park / Bako Terminal
Tel: 6082 360933
Bagaimana untuk ke SNR?
Dari Kuching sila naiki bas Sarawak Transport Company bus No. 6 yang akan berhenti di hadapan pintu utama kemudian berjalan kaki selama 20 minit untuk ke SWR. Bas terakhir ke Kuching pada pukul 5 petang. Jika mahu menaiki teksi sila dapatkannya dari hentian teksi Kuching. Teksi di Kuching ni dok setempat je.

6) Fairy Cave & Wind Cave
Aku cadangkan at least once in a lifetime pergilah masuk gua. Bukan gua yang semak samun kat kampung tu tetapi show cave yang banyak di Malaysia ni. Beribu pelancong asing melawat khazanah berharga yang kita ada tetapi kenapa kita boleh buat dekkk aje? 

Terdapat dua gua yang terkenal di Kuching dan biasa termasuk dalam half day tour para pelancong yang adventurous. Fairy Cave atau Gua Pari (di-Melayukan betul bunyinya heheh) terletak di Bau, kira-kira 40km dari bandaraya Kuching. Untuk sampai ke main chamber kita perlu menaiki tangga konkrit setinggi bangunan empat tingkat. Walaupun di dalamnya agak gelap tetapi kita tak perlukan lampu suruh sebagi bantuan pencahayaan. Di sini nanti dapatlah kita melihat stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk. Menarik.


Manakala Wind Cave pula hanya 10 minit memandu dari Fairy Cave. Kita memerlukan torchlight semasa berjalan atas plank tu nanti. Di sini banyak kelawar dan burung walit. Di dalamnya sejuk, mungkin sebab itu dinamakan Wind Cave kot.

Gua-gua ini dibuka dari 8 pagi hingga 4.30 petang dengan bayaran masuk hanya RM1. Kebiasaannya lawatan ke kedua-dua gua ini mengambil masa empat jam dengan caj bermula dari RM100 seorang.

Sumber di sini.

Sumber google.


7) Muzium Sarawak
Muzium biasalah... menyimpan barang lelama untuk tatapan generasi kini. Masa aku melawat tahun lepas aku rasa sama je susun aturnya seperti zaman aku kekecik dulu. Di bahagian luarnya ada akuarium ikan tetapi rasanya ada terbaca berita yang mengatakan ia akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Di belakang muzium ini ada kawasan lapang dan tugu peringatan, the Heroes Monument. Dekat je... boleh berjalan kaki dari Padang Merdeka.




8) Sarawak Orchid Garden

Sumber di sini.

Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis. Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii - berbau busuk dan Vandal Dearei - orked yang berbau wangi.

Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont berdekatan Astana dan Fort Margaritha. Tambang singgit je naik bot penambang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Taman Orkid, Kampung Istana
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Phone:+60 82-446 688


9) Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse

Sumber di sini.

Kolam air panas ini sangat unik kerana berada di tengah sungai, sejuk dan panas di satu tempat. Terdapat tiga buah kolam di sini, yang paling kanan terpanas. Ia hanya 10 minit berkereta dari rumah panjang Bidayuh Annah Rais.

Kedudukannya taklah jauh sangat dari Kuching.. tak sampai sejam drive, menghampiri sempadan dengan Indonesia. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM3.

Kampung Annah Rais
Padawan, Kuching.


10) Jong's Crocodile Farm & Zoo

Inilah ladang buaya yang terbesar di Malaysia. Selain buaya kita boleh melihat sendiri hidupan liar lain seperti spesis burung yang hanya dijumpai di Pulau Borneo, monyet, leopard-cats, sunbears, bear cats, pheasants, civets, barking deers, sambar deers, turtles, fruit bats, monitor lizards, pythons dan juga southern cassowary.

29Km Kuching-Serian Road
93250 Kuching.

Waktu operasi: 
Setiap Hari 9.00 pagi - 5.00 ptg

Waktu Diberi Makan:
11 pagi dan 3 ptg

Harga Tiket:
Sarawakian Adult: RM12.00
*Sarawakian Children: RM6.00

Adult: RM22.00
*Children: RM11.00

*Children (3-12 years old). Matilanakkk... orang semenanjung kena bayar harga foreign tourist.


11) Mural Orang Utan


Street art inipun hasil kerja Earnest Zacharevic’s yang melukis mural di George Town, Penang tu. Lukisan lapan ekor anak orang utan dalam kereta tolak (wheelbarrow) dan seekor sedang bergayut pada paip sangat menarik. Di lukisan yang seekor tu ada paku jadi bolehlah nak gantung pisang ke kamera ke... apa apa lah mengikut kreativiti memasing.


Lokasinya? Di Jalan Power, bersebelahan pasar terbuka dan India Street.


12) Kuching Wetland National Park

Ia sebahagian daripada Sarawak Mangrove Forest Reserve yang dahulunya sangat luas. Untuk sesi lawatan yang kebiasaannya mengambil masa setengah hari, kita perlu menggunakan khidmat tour operator kerana kena naik bot.


Kita akan dibawa ke Salak River sebelum memasuki anak sungai yang lebih kecil di dalam kawasan taman negara tersebut. Ada pengendali bot yang akan berhenti perkampungan nelayan Pulau Salak manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Santubong and Salak river estuaries mencari Irrawady dolphin. Nasib nasiblah nak berjumpa ikan lumba-lumba tu..


13) Matang Wildlife Centre

14) Kedai Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Inilah speciality Sarawak selain Laksa Sarawak, tebaloi, sayur midin dan ulat sagu. Banyak dijual di bandar Kuching tetapi ramai yang lebih suka naik bot menyeberangi sungai Sarawak tu. Orang nampak kedai tepi sungai tu aje... di belakang masjid pun ada, terkenal juga pengusaha tu.

Kalau berpeluang beraya di Sarawak silalah cuba makan kek lapis home made tu sampai cemuih. Dedulu mereka hidangkan kesemua kek yang mereka buat sebiji sebiji atas meja. Masa kekecik aku malu... sekarang ni kalau mereka hidang macam tu lagi aku makan je sampai puas hahahha... rugilah kalau malu weh.

Untuk mengetahui 12 hidangan popular di Sarawak sila klik di sini.



15) Pasar Serikin

Sumber di sini.

Sumber di sini

Melancong tanpa shopping bukan orang Malaysia lah kan heheh.. boleh meroyan diorang kalau dalam itinerary takde aktiviti shopping.

Jika berada di Kuching di hujung minggu silalah buat lawatan ke Serikin di daerah Bau (disebut Bauk). Ia terletak di sempadan Indonesia dengan para penjual kebanyakannya dari Pontianak, Indonesia. Pontianak berkedudukan hampir dengan garisan khatulistiwa so expect peluh akan menyimbah jika membuat lawatan tapak di tengahari ya.

Banyak barang dah naik harga dan jangan juga sangka semuanya lebih murah dari yang dijual di bandar Kuching. Aku rasa berbaloi beli oven hijau yang banyak digunakan untuk membuat kek lapis tu.

Hanya sejam perjalanan dari Kuching, ia dibuka seawal pagi Sabtu dan tutup tengahari Ahad. Parking RM2.


16 ) Tasik Biru


Bau Lake atau Tasik Biru terletak di pekan Bau, berhampiran Serikin. Sungguh nostalgia tasik ni, tempat berkelah dan mandi-manda waktu kekecik dulu. Dulu di tahun 1980an pemandangannya sangat cantik dengan warna air biru kehijauan.

Tasik Biru adalah tasik yang terhasil akibat perlombongan emas sekiatr 1898-1921. Dahulunya dikenali sebagai Tai Parit Mine yang dioperasikan oleh Borneo Company. Aku tak berapa pasti keadaannya sekarang tetapi dahulu ada jambatan dan papan anjal untuk terjun tiruk.

Ditutup pada tahun 1990 kerana berlaku kerja-kerja perlombongan emas kembali di bahagian tepi dan dasar tasik sebelum dibuka semula pada tahun 2009 dengan fasiliti yang lebih baik. Sejak ditutup tu Bau dah hilang seri, tak meriah seperti dahulu di hujung minggu.

Kajian berkala yang dibuat menunjukkan air tasik ini tinggi kandungan arsenik yang membuatkannya tidak sesuai untuk diminum. Maknanya kalau selalu berenang dan menyelam tidak bolehlah, setakat selam kaki sekala sekala takde hal. Kandungan arsenik sebenarnya ada je dalam seafood tapi tak tinggi berbanding air bawah tanah.

Setakat ini hanya Bau Jong Regatta - perlumbaan kapal layar mini - yang diadakan sejak 1950 sahaja dibuat setiap tahun di sini.


Cukuplah tu dulu... korang nak bercuti 4 hari 3 malam je kan? Yang belum book tiket tu sila ke website Air Asia. Malaysia AirlinesMalindo Air dan Fireflyz  kerana penerbangan setiap hari ulang-alik KUL-Kuching. Yang nak book bilik pi klik kat website Agoda.com kat atas tu.


Nota:

Nak tahu tentang Homestay Kampung Mongkos boleh baca di sini.

Nak tahu tentang Homestay Kampung Melayu Tebekang boleh baca di sini. Dua-dua dia Kuching.






Hari ini Nuzul Quran 1437H

$
0
0

Assalamualaikum.


MAKNA NUZUL AL QURAN

Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).

Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.

Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Bacaan lanjut di sini.

.
.

Labuh Rantai Emas Yang Sesuai Untuk Aidilfitri

$
0
0

Labuh Rantai Emas Yang Sesuai Untuk Aidilfitri | Hahahaha...!! Ini post pra hari raya akan akan tiba seminggu setengah sahaja lagi. Bersedialah cik abang ye... ini kira pelaburan juga ni, pelaburan terbaik selepas memiliki isteri.


Untuk lelaki di luar sana melaburlah di tempat yang betul, belikan untuk isteri dan/atau mak dan/atau anak perempuan. Jika tak mampu sekarang BERUSAHALAH, berazam dan berdoa semoga suatu hari nanti (sebelum isteri kerepot dah tak lawa) mereka dapat merasa hadiah emas dari suami sendiri. Kalau suami orang bagi susah pula nanti.

Percayalah, kebanyakan para isteri bukan nak cincin saiz Kak Mah punya. Biarlah kecil asalkan diberi dari hati. Kalau hidup terdesak pun itulah barang yang last kita jual, yang suami beri. Bolehlah tarik lengan baju ambil lauk yang jejauh di hari raya nanti. Barulah berseri lengan dan jari. Yang penting ori. Jangan ingat kami tak check originality di kedai emas nanti.

Dia tanya : Kenapa nak beli emas?

Kerana diriku begitu berharga.

Dia tanya lagi : Duit takde macam mana nak beli emas?

Hang merokok tak? Sekotak RM17 eh? 

17 x 30 hari = 510
510 x 4 bulan = dah dapat seurat gelang tangan. Ingat tu...investment! 

Bukan nak beli setiap tahun bang. Kalau tiap-tiap tahun nak beli perhiasan emas mati la... kena kahwin dengan menteri.


Kata seorang ustaz tu, "kita kena meletakkan diri sebagai isteri baru kita tahu kenapa dia hendak sesuatu benda tu." 

Kata Usatz Azhar Idrus, "Gembirakan isteri kerana dia bantu kita macam-macam. Kalau isteri nak rantai yang berharga RM4 ribu, mu belikan yang RM6 ribu tapi kalu mu pecaye itulah kali terakhir dia nak beli emas mu bodo..." hahahha...

Eh, lelaki pun boleh beli emas tau, beli yang pamp suisse tu. Jongkong pun boleh. Simpan untuk pelaburan tapi emas quite expensive sekarang ni. Tahun 1997 dulu harganya cuma RM29 segram.


Nah, gambarajah labuh rantai untuk dipakai di hari raya nanti. Kalau rasa nak menunjuk-nunjuk gantung di luar tudung, tunjuk kat penyamun. Kalau nak lagi vouge gantungkan pendant sebesar penumbuk budak.




Untuk girlfriend aku berpendapat tak perlulah dibelikan dulu kerana belum tentu itu pelaburan yang menguntungkan. Hadiahkan rantai sebesar sauh kapal hari menikah nanti, terus jadi menantu penyejuk hati heheh..

Kalau nak beli perhiasan emas murah, gi serbu kedai emas di Kuala Pilah but please lah, pergi sana selain weekend boleh? 


Nota:
Ini cadangan sahaja. Cadangan untuk lelaki yang terlalu berkira. Belum mampu tak apa tapi kalau berazam dan berusaha yakinlah Allah akan bantu tunjukkan jalannya. Bagi yang memang tak mampu berangan je dulu. Berangan itu free.  

Btw aku pun tak minat membeli emas tetapi suka kalau DIbelikan emas. 

Makanan Istimewa Negeri Sembilan. Memang sodap tekau!

$
0
0

Makanan Istimewa Negeri Sembilan. Memang sodap tekau! | Untuk hidup manusia memerlukan makanan dan makanan itu pula berbeza rasa mengikut cuaca, negara/negeri, suku kaum dan penempatan. Jika berumah di kampung ulam-ulaman kebiasaannya menjadi menu harian selain sumber protein seperti ikan dan ayam.


Makan nasi tanpa lauk-pauk apalah maknanya kan? Di Negeri Sembilan ada beberapa jenis lauk yang menjadi ruji di setiap rumah. Ayam, daging dan ikan dimasak bersama kundang (buah setar), bacang, mangga muda, buah cepu, petai dan lain-lain sebagai penyedap rasa. Kaedah memasak yang selalu digunakan ialah merebus (menggulai) dan merendang. Rendang biasanya dimasak sehingga kering berderai, empat hari pun tahan tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Daging lembu, kerbau, ayam, itik, pelanduk, kijang dan rusa memang sedap dimasak rendang. Aku pernahlah merasa binatang eksotik tu tetapi tak tahu membezakan rasanya... macam sama jer.

Makanan Negeri Sembilan ni kan, memang sodap. Kebanyakannya menggunakan santan, lemak dan podeh (pedas). Sesetengah orang masak umangaiii podeh macam nak melada mulut kita je hahah... sebab itu lah sambal belacan tidak menjadi menu wajib dalam hidangan.

Di NS gulai merujuk kepada masak lemak cili api (orang sini panggil lado api) yang bahan asasnya ialah santan, kunyit hidup, cili padi dan serai/daun kunyit/asam keping. Manakala masak lemak ialah masakan yang dikategorikan manis seperti masak lemak umbut kelapa. Masak lemak cili api tidak menggunakan bawang, dimasak dengan api perlahan pada awalnya supaya santan tak pecah minyak. Santan tu pula mestilah pekat uols... aku masak tak ikutlah piawaian ini takut jantung tersumbat pula nanti. Dahlah malas excercise.


Di bawah ini antara makanan tersedap di Negeri Sembilan:

1) Gulai daging salai dengan bacang/buah cepu

Buah cepu. Sumber di sini.

2) Gulai ikan sembilang salai dengan kundang (buah setar)/petai

3) Lempeng ikan
- biasanya menggunakan ikan air tawar.

4) Rendang ayam kampung dengan daun puding
- bukan daun puding warna-warni yang emak awak tanam dalam pasu tu ye..hehehh

Itulah rupa daun puding. Sumber di sini.

5) Rendang pucuk ubi
- sedap giler weh

6) Gulai ikan dengan daun gelugur

7) Gulai telur itik dengan kulit rambai

Sumber di sini.

8) Gulai pisang muda dengan ikan bilis

9) Gulai siput sedut
-aku lemah betullah kalau anak-anak minta tolong sedutkan. Tak suka aku tengok rupa isi siput tu hahah...

10) Sambal daun kayu (sambal tempoyak daun)
-ada seorang caterer tu cerita, our late Yamtuan kalau dia minta lauk ini mesti cukup tujuh jenis daun. Raja pun makan macam kita juga uols.

11) Masak lemak labu

12) Masak lemak umbut kelapa
- umbut kelapa perlu direbus dahulu sehingga empuk.

13) Sambal gesek
- menjadi judu makanan manis seperti gulai umbut dan masak lemak labu. Bahannya ikan bilis, cili padi, perahan limau. Kalau ada kundang muda pun sedap ditumbuk sekali.

14) Kuih sopang
- kuih ini sama cara pembuatannya dengan kuih badak berendam tetapi berbentuk seperti karipap. Orang Kuala Pilah pandai buat ni 

**Kami goreng sardin pun lain tau. Rasanya garing, dicampur kicap dan pucuk ubi.


Aku tak tahulah di negeri lain ada ke tidak lempeng ikan ni. Meh aku share resipi. Sonang yo buek eh.

Resipi Lempeng Ikan
Ikan talapia atau ikut suka hang
Santan pekat
Cili padi - ditumbuk
Kunyit hidup - ditumbuk
Daun kunyit - dihiris
Perahan limau
Daun pisang
Garam

Aku jarang masak lauk ni jadi gambar sendiri memang takde. Sumber di sini.

Cara memasak:
Letakkan daun pisang dalam kuali kemudian letakkan ikan di atasnya. Masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk, hirisan daun kunyit dan garam. Masak dengan api sederhana. Tak perlu dikacau sangat sekadar nak siram kuah tu di atas ikan tadi. Jangan lupa terbalikkan ikan tu, kang sebolah yo masak eh. Bila ikan dah masak dan santan tu memekat padamkan api lalu perahkan air limau kasturi di atasnya. Makan dengan nasi paneh.Umangaiii..!


Resipi Rendang Pucuk Ubi
Dua ikat pucuk ubi - ambil yang muda, yang tua ganyut buang
Segenggam cili api - tak nak cili akar, tak best - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - dititik
3 cawan santan pekat
2 sudu kerisik (kalau suka)
Segenggam ikan bilis 
2 keping asam gelugur
Garam

*ko tengok betapa banyaknya penggunaan santan

Sumber di sini.

Cara memasak:
Santan dijerang bersama semua bahan kecuali pucuk ubi. Masakkan sehingga kuah hampir kering dan berbuih kemudian masukkan pucuk ubi. Perlahankan api, tambah kerisik. Masa ni jangan main handphone, kena balik balikkan pucuk ubi supaya rata masaknnya dan garing. Dah siap.


Di Seremban ada beberapa restoran yang sedap masakannya dan aku boleh recommend tetapi daging rusa tu susah sket la nak dapat, di restoran yang pertama tu je kot:

1) Restoran Nelayan di Rahang
2) Restoran Wadi Ar Raudah di Rahang
3) Resoran Kak Lang di Lavender Heights
4) Restoran Sayang di Seremban 2 (sebelah Etiqa Takaful)
5) Muzium Negeri ada buat pakej makan berselo makanan asli Negeri Sembilan. Silalah bertanya dengan pihak muzium di :
Tel : 06-7631149 / Email : muziumpentadbiran@ns.gov.my / muziumn99@gmail.com

**Kebanyakan restoran ini beroperasi Isnin-Sabtu sahaja.


Mengetap bibir tak? hahah... poi cari kek pasar Ramadhan potang kang.










Moroccon Pavilion | Istana Morocco di Putrajaya

$
0
0

Moroccon Pavilion | Istana Morocco di Putrajaya | Maghribi sebuah negara di Afrika Utara yang mengamalkan raja berperlembagaan, juga merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan AfrikaNama penuh untuk Maghribi dalam bahasa Arab bermaksud "Kerajaan Barat". Ahli-ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghrib (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī). 


Dalam banyak bahasa lain ia lebih dikenali dengan nama Morocco yang berasal daripada nama Marrakech, ibu kotanya yang dahulu.


Dimana letaknya Moroccan Pavilion?

Astaka Morocco atau Moroccan Pavilion berada dalam kawasan Taman Botani Putrajaya (Putrajaya's Botanical Garden), taman botani buatan yang terbesar di dunia. Ia telah direka oleh RDA Harris untuk menunjukkan kepada kita betapa uniknya senibina kerajaan beraja tradisional Morocco dan Moors dengan elemen  empat bandar lamanya iaitu Fez, Meknes, Rabat dan Marrakech. Nak masuk istana sebenar di Morocco macam bermimpi kan, dapat merasai berada dalam replika istana di Malaysia pun memadailah buat masa ini.

Dari bab (pintu pagar) utama kita akan masuk ke taman tengah yang akan membawa ke bab yang lain secara berperingkat yang memberikan rasa berada di kawasan umum, separa umum dan privasi, iaitu bilik diraja. Sudah pastilah taraf hidup menentukan di ruang mana kita akan berada.

Ukiran bunga dan ayat suci Al Quran sangat halus buatannya dan cantik. Puaslah memerhati untuk membezakan setiap ukiran di dinding, tiang dan siling istana. Sesiapa yang meminati senibina tu eloklah allocate sejam dua di sini.

Untuk masuk ke Moroccan Pavilion tiket RM3 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak dikenakan. Mengambil gambar tidak dibenarkan ya.

Laluan air di hadapan Moroccan Pavilion menggambarkan hubungan dua hala Malaysia-Morocco.













Moroccan Pavilion 
Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah
Presint 1, 62000 Putrajaya
Telephone:+60 3-8887 7770 
Emel : botani@ppj.gov.my



Bermula hari ini KLIA2 kini LCCT!

$
0
0

Bermula hari ini KLIA2 kini LCCT! Kecoh tak habis-habis Air Asia dan Malaysia Airport Berhad ni kan? Air Asia ialah pelanggan utama KLIA2. 95% pesawat adalah milik mereka yang menggunakan model perniagaan tambang rendah.


Terkini secara rasmi tetapi tanpa persetujuan MAB, Air Asia menukar nama KLIA2 kepada LCCT. 

Kenapa? Revenge kah?

Yang aku tahu:

1) Selain isu landasan yang tak sekata yang boleh merosakkan dan membahayakan pesawat serta berlopak bila hujan lebat, AA juga tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan caj di lapangan terbang oleh MAB. Mereka faham caj tersebut telah lama tidak dinaikkan tetapi mereka DO NOT AGREE dengan caj-caj baru yang tak pernah wujud sebelum ini. AA nak volume, nak ramai pengguna. Jika caj terlalu tinggi nanti pelanggan lari.

Air Asia juga mahu kekalkan tambang rendah kerana itu business model mereka. Kalau tambang naik kita pun kena tempiasnya weh. Takdenya dia nak absorb caj semua tu. They always talk business. 

2) Caj RM3 seorang yang MAB caj kepada semua penumpang yang menggunakan KLIA2 tu pun AA tak setuju. Aku lagilah tak setuju hahaha... nak jimat selagi boleh. Dulu kan kecoh fasal aerobridge tu... ada seorang senior reporter tu kata penumpang cuma dikenakan caj 25 sen sahaja. Aku yang malas mengira ni fikir er... okaylah. Sekali kena, hamik 3 hengget sekali lalu. Caj ini lain daripada airport tax tau.

3) Model KLIA2 tu pun tak ngam dengan AA. Mereka nakkan yang simple tetapi berfungsi dengan baik dan mempunyai fasiliti yang dipertingkatkan. LCCT dulu tu tempat duduk pun tak cukup. KLIA2 ni pula kemain jauhlah nak berjalan kaki kalau kita dapat gate paling hujung. Hilang nafas kalau terlambat haha..

4) AA still negotiating airport charge yang nak  dinaikkan kepada RM65. Tambang '0' tapi airport charge rm65, ko rase?? Logiknya bila ramai penyewa (kedai-kedai tu) kos akan menjadi rendah. Sewa mahal oi.

5) Aku tak tahulah mereka akan saman menyaman ke tidak. Tak kisahlah yang penting penerbangan tak delay atau dibatalkan. Jika kita lihat secara positif, bila foreingner tengok kat bording pass turun di LCCT tapi nampak betapa gempaknya KLIA2 bukan ke bagus? Mesti mereka heboh bercerita kat kengkawan kan? (bagi yang first timer la)


CEO of AirAsia Bhd, Aireen Omar has said in the statement that they will continue to refer it as LCCT2, citing MAHB Managing Director Datuk Badlisham Ghazali’s earlier agreement that any party may refer the airport as such, as it is freedom of speech. Kena carilah statement Datuk Badlisham nak bagi soheh.

Kita tunggu dan lihat saja lah. Gajah sama gajah bergaduh jangan kita terhimpit sudah. Apa apa pun I LIKE KLIA2. Kepada semua yg dah print boarding pass boleh print semula. 

AIR ASIA... LOW COST, LOW BUDGET, LOW TICKET !



Viewing all 1024 articles
Browse latest View live