Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1018 articles
Browse latest View live

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae

$
0
0

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae | Bila kita melancong ke negara orang pastilah kita hendak melawat tempat-tempat yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong. Jika ke Melaka nak tengok tinggalan kota A Famosa, ke Negeri Sembilan harus ke istana lama Seri Menanti... begitu juga ke Thailand, pelawat akan ke jambatan merentasi Sungai Kwai (the bridge on the River Kwai).








Jambatan ini mula dikenali melalui filem "The Bridge on the River Kwai" yang diterbitkan pada tahun 1957. Filem yang menjalani penggambaran di Sri Lanka ini dibintangi oleh Alec Guinness, William Holden dan Jack Hawkins. Walaupun kerajaan Thailand tidak menganugerahkan datukship kepada pelakon-pelakon ni, Kanchanaburi sangat popular okeh hinggakan aku pun terjebak sama ke sana dua tahun lepas. Gigih aku keluar bermusafir pepagi sejauh 120km ke barat Bangkok. Setiap hari ada sahaja pelancong terutamanya dari barat mengunjungi tempat ini. 


The Burma Railway/Death Railway/Burma–Siam Railway/Thailand–Burma Railway adalah landasan yang sama. Dahulunya landasan ini sepanjang 415 km (258 batu) menyambungkan Thanbyuzayat, Burma, dan Ban Pong, Ratchaburi, di Thailand. 304 km landasan di wilayah Thailand dan selebihnya di Burma. Semasa World War II tentera Jepun mengerah banduan perang (PoW) membinanya untuk mengangkut senjata api ke Burma bagi mengelakkan ancaman serangan dari laut.


Bagaimana ia dikenali sebagai Death Railway (landasan keretapi maut)?

Semasa pembinaannya terlalu ramai tentera bersekutu yang menjadi banduan perang mati akibat kekurangan zat makanan, keletihan dan siksaan tentera Jepun. Sejarah negara kita sendiri pun ada menceritakan bagaimana zalimnya tentera Jepun ini ketika menjajah dulu. 16,000 PoW mati sewaktu pembinaan landasan maut ini. Dengan perubatan yang minima kebanyakan banduan mengalami keadaan yang sangat menyedihkan sebelum kematian mereka. Mereka dipukul, melutut diatas kayu tajam sambil berjam-jam memikul bebanan dan diikat dengan kawat tajam di pokok tanpa diberi makan dan minum berhari-hari. Keadaan PoW di dalam hutan yang menyiapkan landasan ini sangat teruk, tak tergambar di fikiran waktu ini terutama di kala monsun tahun 1943. 

Kebuluran, keletihan dan wabak penyakit yang melanda pada tahun 1943 mengakibatkan produktiviti berkurangan. Untuk memastikan projek siap mengikut jadual 200,000 buruh dari Asia dibawa masuk. Buruh-buruh Melayu dari Tanah Melayu, Cina, India dan Burma ini mengalami nasib yang lebih buruk daripada PoW. Dikatakan sejumlah 150,000 maut semasa pembinaan landasan keretapi ini. Kubur-kubur mereka berada di Kanchanaburi, Chungkai (di seberang sungai kira-kira 2 km dari Kanchanaburi) dan Thanbyuzayat di Burma. Pihak tentera Jepun sedikit pun tak pedulikan kebajikan Pow dan buruh yang lain, yang penting landasan perlu disiapkan dengan segera. Uhh... mendengar cerita ni pun sesak dada. 



Pada tahun 1947 landasan ini ditutup tetapi dibuka semula pada 1957 untuk seksyen Nong Pla Duk and Nam Tok. Sekarang pun hanya sebahagian jaringan dibuka kerana kos membaiki dan penyelenggaraan yang tinggi. Keretapi ini masih berfungsi membawa penumpang dari Bangkok hingga sejauh Nam Tok. Menariknya, kita dapat melihat pemandangan ladang ubi kayu, jagung, tebu dan sayuran selain Wang Po viaduct yang memperlihatkan kehebatan kejuruteraan di waktu itu. Manual lagi tu.

Landasan maut ini adalah bukti kekejaman dan keberanian manusia. Ia juga menunjukkan kepada kita betapa bangsa Jepun ini sangat berdisiplin dalam menyiapkan sesuatu projek. By hook or by crook projek mesti siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dalam negara Jepun yang besar itu ada satu bangsa saja... tak macam di negara kecil yang mempunyai negeri yang kecil-kecil berbangsa-bangsa.. Macam manalah nak kuat, banyak nau bangsa... ditambah pula bangsa baru, makin berpecah ada lah.



Bagaimana untuk ke River Kwai?

Ada boleh mengambil pakej yang ditawarkan dari Bangkok/Kanchanaburi. Naik van boleh, naik keretapi lagi syok. Buat day trip sahaja boleh, stay dua tiga hari lagi best, boleh lajak ke Hellfire Pass.

Jika memilih menaiki keretapi dari Bangkok:
Sila naik train dari Thonburi Station (juga dikenali sebagai Bangkok Noi) ke Kanchanaburi kemudian ke River Kwai Bridge Station.



 Bangkok ► Kanchanaburi & River Kwai

km
Train number:
485
257
259
0
Bangkok Thonburi (Noi) depart
-
07:45
13:55
64 km
Nakhon Pathom depart
-
09:02
15:03
82 km
Nong Pladuk junction
04:25
09:22
15:22
133 km
Kanchanaburi arrive
05:42
10:25
16:17
133km
Kanchanaburi depart
05:57
10:35
16:19
138 km
River Kwae Bridge
06:15
10:44
16:33
-
Thamkrasae Bridge
07:38
11:53
17:51
-
Wang Po
07:49
12:06
18:01
210 km
Nam Tok arrive
08:20
12:30
18:30
Sumber di sini.

Sesungguhnya Tuhan sangat memahami dan maha pemberi. Jika dua tahun lalu aku tertanya-tanya ke manakah akan dibawa sekiranya menaiki koc sebenar dari Stesen River Kwai, tahun ini telah terjawab.

Jika dahulu hanya menaiki tram menggunakan "death railway" menyeberangi River Kwai, tahun ini merasa menaiki keretapi sebenar yang bertolak dari Bangkok. Dari InterContinental Hua Hin yang serba mewah tu, kami bergerak ke Kanchanaburi seawal tujuh pagi agar tak terlepas keretapi. Keretapi ini untuk kegunaan awam jadi sesiapa yang lambat nasiblah kau kena tinggal.



Tulisan tangan je haa nombor tempat duduknya.

Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk bernombor dalam koc kelas tiga. Aku suka third class train ni sebab senang nak ambil gambar dengan tingkap terbuka. Seperti biasalah akan ada para penjual yang mencari rezeki daripada penumpang yang ramai tu. Keretapi akan berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang, melalui lengkokan di tebing bukit, sangat menarik seperti yang kita lihat dalam gambar/video.










Kami turun di Thamkra Sae dan diberi peluang bergambar di landasan maut tersebut. Tinggi weh!


Viaduct




Pengalaman yang hebat!

Harga souvenir di  Thamkra Sae lebih murah daripada Bangkok. Lagipun sesetengah design tu hanya dijual di sini sahaja. Jangan teragak-agak membeli, nanti menyesal macam aku huhuu..

Selepas makan kami checked-in di River Kwai Village Hotel. Hotel besar dalam hutan menghadap sungai. Giler best!








Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis

$
0
0
16 September : Selamat Hari Malaysia!!



Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis | Hari ini eloklah kita berkisah sedikit tentang sejarah Malaya (Malaysia). Jangan pandai jadi keyboard warrior sahaja, ambil tahu juga warrior sebenar dalam mempertahankan negara. Berterima kasihlah kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak hospital, rakyat yang bermati-matian dan ramai lagi yang tak tersebut namanya. Politikus yang suka menghasut dan memecah-belahkan masyarakat tu kita 'TENDANG' je dia sampai terbenam masa PRU ke-14 nanti. Dia pun datang dari negara orang, berlagak bagai tuhan.



Tradisi Ngayau Dalam Era Darurat.
Tahukah anda, setelah Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri2 peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu. Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut mayat2 pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.

Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat-mayat pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.
Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis. Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters" (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, "Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil).
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik-baiknya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that the Dayaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa-apa menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dayaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit-unit yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto-foto gambar yang mengerikan.
Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala-kepala pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah-olah mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.
Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila-gerila Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.

Sumber: Ibn Shah


**Mari baca blog post ini kalau nak tengok tengkorak manusia. Rumah Nyuka, sebuah penempatan kaum iban di Lubok Lemba, Ulu Sarikei.

Discover Selangor, Malaysia | #TSDayOut 2016 Ke Paya Indah Wetland & Sepang International Circuit

$
0
0

Discover Selangor, Malaysia | #TSDayOut 2016 Ke Paya Indah Wetland & Sepang International Circuit | Inilah kali pertama aku mengikuti program yang dianjurkan oleh Tourism Selangor yang ku kira aktif juga mempromosikan produk mereka. Selangor, walaupun dekat masih banyak lagi tempat yang aku belum sampai. #DekatJe tapi macam jauh huhu..

#TSDayOut 2016 edisi kali ini membawakan sekali selebriti iaitu Faiz Dickie, Ryzal Jaafar, Ainul Aishah, Gambit, Fezrul Khan dan Zack Zainefer. selain media dan blogger. Memasing ada penggemar tersendiri. "Kak Limah Bunting" tu followers dia ramai oi.




Korang yang berbadan besar tu tak payah nak diet sangatlah. Cuba tengok hippo tu, makan buah je tapi badannya membadak jugakan? hahah... Gambar-gambar yang tiada watermark ni adalah dari group whatapps jadi aku pun dah tak pasti siapa empunyanya. Minta maaf dan terima kasih.

Gambar kiri: Menara tinjau. Kanan: Rumah Melayu taken by Ramble and Wander. Sorry, ter-water mark fulak.



Paya Indah Wetland menjadi lokasi pertama lawatan kami. Kawasan eko-pelancongan seluas 3100 hektar yang terletak di daerah Kuala Langat ini hanya kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia menawarkan tarikan seperti kolam teratai, badak air, buaya terbesar dan pelbagai jenis burung. Dikatakan terdapat 213 spesis burung di Paya Indah Wetland.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
* memerhati burung
* merentas hutan
* fotografi
* memberi makan hippo/buaya/ikan
* berbasikal
* penerokaan tasik menaiki bot
* paddleboat/berkayak
* memancing
* lawatan berpandu alam semulajadi
* aktiviti kebudayaan di rumah Melayu
* pemerhatian hidupan liar malam
* berkhemah

Masuk adalah PERCUMA tetapi bayaran dikenakan untuk penggunaan peralatan seperti basikal dan bot. 

Kami membuat photohunt di sini. Setiap team mendapat soalan yang sama yang mana jawapannya hendaklah dalam bentuk gambar. Task aku mengambil gambar menara tinjau atau pemandangan dari menara tinjau. Lemau je lah gambar aku.... hijau sokmo.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424
Emel: piw@wildlife.gov.my



Kemudian kami ke Sepang International Circuit melawat hampir keseluruhan kawasan, menonton permulaan Sepang 1000km Endurance Race 2016 dan merempit dengan go-kart. Best habaq hang! Semasa di Litar Mozid Racing hari tu tak puas sebab cuma 500 meter, kali ini litarnya sepanjang 1.2 km. Ini baru race! (Iyelahkan litar dengan bajet RM100 ribu berbanding litar bernilai jutaan ringgit mestilah bezanya bagai langit dan bumi).

Kami ditempatkan di Perdana Suite dimana kebiasaannya hanya para sultan dan menteri sahaja yang diberi keistimewaan berada di sini sewaktu perlumbaan kereta atau motorsikal berlansung. Dapatlah feeling seperti permaisuri sultan eh anak menteri sekejap hahaa... perasan. Kami dibawa tour ke paddock, podium, commentators room, media room, media lounge, press conference room, control room, pit... dapat jugalah berada di litar sebelum perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race 2016. Zizan Razak pun ada.. dia salah seorang pelumba dalam Proton Team bersama-sama nama besar Tjan Ley dan Keifli selain Faye Kusairi yang juga seorang artis. 

Gambar-gambar sekitar permulaan Sepang 1000km Endurance Race 2016.





Kemain selfie dengan Zizang






Litar (circuit) yang sepanjang 5.543 km ini memerlukan 181 pusingan untuk menghabiskan endurance race ini. Dalam satu tim maksimum empat pelumba dibenarkan. Jadi, perlumbaan yang bermula jam 12 tengahari akan tamat sekitar 9 malam. Fuhhhh...  Eh, jangan risau nak keluar masuk SIC ni, penonton akan diberikan pass/dicop tangan untuk membuktikan yang kita ni memiliki tiket.

Kemudian kami dibawa melawat kawasan dalam Sepang International Circuit tour.

 Dibawa ke sini. Pastikan anda memakai kasut bertutup ya kerana itu peraturan antarabangsa.

Ke bilik kawalan.

  
 Commentator room. Dalam perlumbaan besar dua orang pengulas sukan berbahasa Melayu dan Inggeris disediakan.

 Media room ini mampu menempatkan beratus wartawan serentak.

 Encik Zulfakar dari Proton memberikan sedikit penerangan di pit Mayhem-FX Tune Racing.

 Kenal tak? Kenal tak? One of the professional racer, Keifli Othman. Macam pernah dengar je... tapi di mana ya? hahah.. cer teka?


Kami juga dibawa ke north and south grand stand. Tempat duduk ini berharga RM1,900 untuk tiga hari sewaktu F1 Race. Kelebihan duduk di sini ialah kita bertentangan dengan paddock/pit maka dapatlah melihat kereta MAHAL di depan tu. Kalau bawa tele-lens bolehlah zoom racer pujaan hatimu di seberang sana. Tempat duduk berhawa dingin di atas pit tiketnya berharga RM14,000 siap makan minum free flow dan akses kepada pelumba :-)

Kalau nak seat murah yang berharga RM200 nun di atas rumput yang saujana mata memandang... garing beb kena jemur hehehh...


Ini pula corporate suite yang sewanya RM140 ribu selama tiga hari untuk perlumbaan F1 dan RM70 ribu untuk Motor GP.


Merasa jugalah bergambar di podium yang pernah dinaiki Michael Schumacer dan Lewis Hamilton. Sewaktu hari perlumbaan hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan berada di kawasan ini, not even SIC staffs. Mak happy nak!

Kengkonon dialah racer saya. Kami sedang membuat press conference selepas memenangi perlumbaan bertaraf dunia.

Cerita belum habis dik. Kami pergi berlumba go-kart pula. Vrrooommmmm...!!



Phil membuat disclaimer kalau dia kalah adalah disebabkan tayar yang dah tak cantik lagi tu.


Lawatan ini sangat bagus. Agak sukar untuk aku pergi sendiri kerana tiada partner selain tiada kebenaran untuk berada di sesetengah tempat. Rasa macam VVIP sekejap heheh... Terima kasih kepada Tourism Selangor kerana mempelawa mengikuti program #TSDayOut 2016 kali ini.

Hey don't forget to book your ticket for 2016 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix on 30th September - 2nd October 2016 and Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix on 28-30th October 2016. USHER mai buat after race concert uols...


Update:
Malaysia’s Drift King, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel led a combination team of professional and celebrity drivers to win the 2016 edition of the Sepang 1000 Kilometres Endurance Race at Sepang International Circuit (SIC) on Saturday night to earn his second overall crown. (Read more here)







Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa

$
0
0

Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa | Hello... seronok bercerita pengalaman di negara orang. Jika belum berpeluang pergi melancong pun beranganlah dulu. Berangan itu free. Dari angan-angan akan bertukar menjadi impian. Kalau dah bermimpi tu usahakanlah, tambang dah murah, lebih murah daripada naik bas pergi balik ke Kedah. Sungguh.



Aku belum cerita lagi tentang penginapan kami di River Kwai Village Hotel kan? Nanti nantilah ye.. as a #villagepeople aku berasa nyaman dan tenang je di sana walaupun wifi tak sampai ke bilik. Tunduk memasing bila berada di lobi hotel :-))

Kami dibawa melawat Mon Village. Kena naik bot dalam setengah jam kot untuk ke River Kwai Jungle Raft dan kita akan berjalan kaki dari sini. Resort yang satu ini tiada kemudahan elektrik, natural sungguh. Ia dibina sedemikian untuk memberikan suasana berlainan kepada tetamu. Best juga, kita benar-benar enjoy dengan alam. Kalau nak berenang menghilir sungai pun boleh bersama guide. Penting guide ni sebab arus boleh tahan deras.


Aku bukan menyelam.

Ada banyak resort sepanjang laluan ini.


Tengok omputehs tu 

Dari River Kwai Jungle Raft kami naik ke Mon Village. Orang Mon ini berasal dari Myanmar tetapi sebahagiannya telah berasimilasi dengan masyarakat Thai. Mereka peramah, hidup sederhana dan sudah terbiasa dengan kehadiran pelancong asing. Mereka merupakan masyarakat minoriti di perkampungan kecil di Kanchanaburi. Kaum wanita Mon pula sering memakai bedak sejuk di muka. 

Kami dibawa melihat gajah dan sebuah sekolah hujung minggu di sini. Takdelah rasa nak naik gajah di sini sebab di Taweechai Elephant Camp lebih menarik. Orang-orang Mon hidup sederhana tetapi masih kaya budaya. Sekolah hujung minggu yang kami lawati itu sangat asas untuk pelajar pelbagai peringkat umur. Banyak bendera digantung menandakan sumbangan yang diterima dari negara-negara terbabit. Elok rasanya jika dapat dibawakan pensel warna/peralatan melukis/permainan menguji minda jika anda ke sini. Sekolah ini mengingatkan aku kepada sekolah tadika aku di Kuching dulu. Laaamaaaa dulu... pandai juga aku membaca walaupun sekolah aku buruk (hanya kengkawan yang bersekolah di situ je tahu heheh...). Sweet memories after all.












BER-MUD SPA

Selepas makan tengahari kami dibawa ke Rock Valley Hot Spring & Fish Spa untuk menyerikan muka dan badan. Aku cuma memakai lumpur di muka saja... kalau dah lumur di badan kena berkemban. Takkan nak berkemban... haru.

Ada 12 hot spring pool di sini diantaranya chinese tea, mulbery tea, Babbler's Bill herb pool dan Thai herbal pool. Ada juga mineral water pool at room temperature dan ada juga yang agak panas 38-42C. Di "onsen" ini tak boleh berbogel ye... jangan ko togel je ke hulu ke hilir nanti.

Phu Klon (Mae Hong Son)
Phu Klon bermaksud sumber lumpur panas bersuhu 60-140C. Lumpur ini bersih, tidak berbau sulfur dan dikatakan memiliki mineral yang bagus untuk kulit dan peredaran darah.



Orang lain lumur hingga ke dada, aku setakat muka je. Rasa muda 10 tahun, cekang je muka.

Fish spa. Ikan-ikan kecil ini akan menggigit kulit mati kita tu. Yang kecil ok lah, gigitan ikan yang selebar dua jari tu terasa geli juga hehehh... (sumber google)


Untuk reservasi, sila hubungi emel di bawah:

Rock Valley Hot Spring & Fish Spa
1054/4 New Petchaburi Road
Makkasan Ratchtavee
Bangkok 10400
Tel : +66 2 2517552, 2517494
Emel : rkvh@bkk2000.com
Website : www.riverkwaivillage.com


Eat.Travel.Write 4.0 Discover Selangor | Muzium Insitu, Jugra

$
0
0

Eat.Travel.Write 4.0 Discover Selangor | Muzium Insitu, Jugra | Jugra pernah menjadi kawasan pentadbiran British di negeri Selangor sebelum berpindah ke Klang. Ianya sebuah kawasan bersejarah dan bekas bandar diraja di Kuala Langat.


Sultan Abdul Samad telah membina Istana Jugra dan berpindah ke sana pada tahun 1875. Persemayaman baginda di sana telah menjadikan Jugra sebuah bandar diraja yang kemudiannya diteruskan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah selepas kemangkatan baginda pada 1898. Jugra dipilih kerana berada di lokasi strategik, tidak terlalu hampir dengan sungai dan terlindung dengan Bukit Jugra. Bukit Jugra juga dikenali sebagai Parcelar Hill oleh pelaut China, Arab dan Eropah.


Muzium Insitu Jugra
Asalnya ia adalah 'rumah pasung' yang pertama di Selangor. Di zaman kolonial British bangunan ini berfungsi dua dalam satu, rumah pasung (balai polis) dan mahkamah di tingkat atas. Ia juga menempatkan penjara dilaras yang sama dengan balai polis. Ia telah dibina oleh Kapten Harry Charles Syers pada tahun 1878 dengan menggunakan batu granit yang dipotong dalam bentuk empat segi. Tentunya ia untuk membentuk struktur bangunan supaya kukuh dan teguh. Memang pun... hingga sekarang masih bertahan. Itu belum kita lihat lagi bangunan mereka yang tahan empat musim di Eropah.

**Rumah pasung kedua di Teluk Datok dan ketiga Bukit Aman.


13
Bangunan asal.


Bangunan yang telah dibaik pulih.

Dinding asal bersama tingkap baru.

Muzium yang dibuka pada 17 Januari 2012 ini terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar di mukim Jugra dan Bandar, Kuala Langat. Mempunyai tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan Selangor di Kuala Langat (juga, salasilah kesultanan) termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di kawasan sekitarnya seperti strukur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain. Di balai pameran ini juga terdapat maklumat mengenai tapak warisan lain yang terdapat di sekitar di daerah Kuala Langat seperti Istana Bandar, Masjid Sultan Ala’eddin Suleiman, Pejabat Daerah Lama Jugra, Makam Diraja Jugra, Perigi Lama, Stor Peluru dan Sekolah Kampung Bandar. 





Gari tangan buatan British.

Kerja-kerja eskavasi.

Serpihan Gendang gangsa Heger 1 yang dijumpai di Kampung Sungai Lang daerah Kuala Langat pada tahun 1964.

Muzium Insitu Jugra juga mempamerkan sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). Kereta perisai ini diletakkan dibahagian hadapan muzium dan ia menjadi tarikan utama pengunjung di sini.


Bagi melindungi dan memelihara nilai sejarah dan warisan yang dimilikinya bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen lama/tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 November 2002.

Muzium Insitu Jugra dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
MUZIUM INSITU JUGRA
Kampung Permatang Pasir
42700 Banting
Selangor.
Tel : 03-31030048
Fax : 03-31030048

Hello Traveller, Airport Tax Nak Naik !!

$
0
0

Hello Traveller, Airport Tax Nak Naik !! Tambang bas naik, LRT naik, KTM Komuter naik... ni airport tax confirm naik bermula 1 Januari 2017. Sakit pulak hati kite...


Image result for klia

Airport tax @ cukai lapangan terbang atau kini dipanggil Passenger Service Charge (PSC) ialah cukai yang dibayar oleh pelanggan yang terbang keluar dari Malaysia. Pihak airlines yang mengutip cukai ini dan hanya diberikan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) setelah kita melengkapkan penerbangan kita. Sesiapa yang membatalkan penerbangan mereka berhak menuntut semula cukai yang telah dibayar. Hmm... kena tuntut baliklah cukai ke Krabi hari tu. Beli tiket kapal terbang tapi pergi naik bas dari Hadyai. Sorang lagi tak jadi pergi. 

Kenaikan cukai atas alasan untuk berada di padang permainan yang sama rata (level playing field). Faham tak? Nak elakkan persaingan, bukannya disebabkan kenaikan kos. Kategori baru "inter-Asean" juga diperkenalkan selain penerbangan domestik dan antarabangsa. Yang inter-Asean okaylah, yang naya nya penumpang yang nak terbang ke destinasi antarabangsa. Bapakkk banyak kenaikan cukai, hingga 120% ! Tak puas puas mengikis. Kabinet negara yang meluluskan kadar baru ni semalam tapi belum announce lagi.

Kadar AIRPORT TAX baru yang diluluskan kabinet:

Penerbangan domestik NAIK RM2 menjadi RM11
Penerbangan ke negara Asean flat rate RM35
Penerbangan antarabangsa menjadi RM73 NAIK RM8 dari KLIA, NAIK RM41 dari KLIA2. Menangisss..

Haa tunggu je lah announcement dari Malaysian Aviation Commission (Mavcom). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kata Mavcom yang akan umumkan (sama seperti kenaikan harga petrol, pihak lain yang akan umumkan).

Kenaikan ini kononnya untuk memperbaiki servis yang boleh MAHB berikan kepada pelanggannya seperti public announcement system, sistem kebersihan dan lain-lain. Macam macamlah alasan nak naikkan cukai. Tu yang kena bayar RM3 sekali lalu di KLIA2 pun gunakan alasan yang sama juga walhal KLIA penuh dengan penyewa, saling tak tumpah seperti shopping complex. Sepatutnya bila ramai penyewa, rental income juga tinggi... patut ke kami dicaj lagi? Kami bukan nak free tapi... tak cukup cukup ke?? 


Ni makcik nak bertanya:


1) Walkalators di KLIA 2 tu bila nak repair? Lagi satu, kenapa ia dibina lebih tinggi dari aras lantai? Lama dah nak tanya ni.


2) Dah banyak kali naik kapatebang di KLIA2 sampaikan aku rasa otak aku ni dah auto bergerak dalam tu tapi belum pernah merasa naik buggy. Tak boleh ke naikkan frekuensi? Ye lah aku muda lagi boleh berjalan kaki tapi tak pernah berpeluang naik kot? Anak aku yang berumur tiga tahun tu pun kena menapak juga.



Bila reporter tanya kat sources ni tentang kenaikan melampau airport tax di KLIA2, dia kata, "apa ada hal bayar extra RM30-50... diorang boleh beli tiket beribu-ribu RM". Rasa nak lempang. Sungguh.

Dia ni pernah ke naik penerbangan tambang rendah? Kami yang marhain ni nak bergerak kemana-mana dok tunggu hat murah tu ja... termasuklah tambang super saver yang premium airlines tawarkan. Disebabkan tambang rendah itulah dapat selalu balik kampung menjenguk mak ayah. Aku pernah jumpa satu pasangan ni. Mereka grab tambang murah untuk menjenguk mak yang tua sensorang di Kuching. Pergi Kuching pagi balik semula ke KL (USJ) dengan penerbangan malam.

Inilah masalahnya bila dah biasa naik premium airlines yang dibayar oleh syarikat/rakyat. Dia tak dapat merasa betapa kita ni berusaha keras mengikat perut untuk melihat mak, ayah, dunia. Dia tahu tak bahawasanya...

1) return tiket aku ke Jakarta hanya RM80?

2) return tiket aku ke Kunming hanya RM187?

3) return tiket kami 7 beranak ke Tawau hanya RM170?

4) Dia tahu tak kami yang biasa biasa ni berjaga dari tengah malam buka handphone, tablet dan laptop serentak semata-mata untuk mendapatkan tambang rendah?  Tang mananya tambang kami ribuan ringgit? Kalau naik full service airlines tu lainlah tapi itupun bukannya semua melancong, ada yang berulang-alik ke kampung halaman menziarahi orang tua atau bertemu pasangan hidup yang terpaksa tinggal berjauhan.


According to MAHB, the charges (inclusive of PSSC*) are as follows:
DepartingToPSC
Rural AirportsTo All DestinationsRM0 
KLIA - Main Terminal Building & Regional Airports**All international destinationsRM65 RM73
KLIA - Main Terminal Building &
Other Airports
All domestic destinationsRM9 RM11
klia2 & T2 Kota KinabaluAll international destinationsRM32 RM73
klia2 & T2 Kota KinabaluAll domestic destinationsRM6 RM11
Secondary Airports : Alor Setar, Bintulu, Ipoh, Kuala Terengganu,
Kota Bharu, Kuantan, Labuan,
Lahad Datu, Limbang, Melaka,
Miri, Mulu, Pangkor, Redang, Sandakan, Sibu, Tawau &
Tioman (Effective 1.12.2010)
All direct ASEAN destinationsRM26 RM35
Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, and MiriBIMP-EAGA destinations:
Brunei, Balik Papan, Manado, Santos, Puerto Princesa and Zamboanga
RM26 RM35
Penang, Langkawi, Alor Setar,
Kota Bharu and Ipoh
IMT-GT destinations:
Medan, Banda Aceh, Padang, Nias, Hat Yai, Narathiwat, Trang, Nikhon Thammarat & Patani
RM26 RM35
**Jika kurang tepat sila maklumkan nanti aku buat correction.


Dah elok elok syarikat penerbangan berperang harga, MAHB yang takde pesaing naikkan cukai lapangan terbang pula. Jangan tak tahu sebenarnya ada lagi beberapa cukai yang mahu dinaikkan dan DIPERKENALKAN. Low cost carrier are against it! There're fighting sebab lari dari business model mereka. Aku lagilah tak suka, dah lama kot menyimpan rasa mahu melihat dunia. Kita bukan orang ada ada tapi kita berhajat menikmati apa yang Dia cipta. Pengalaman mendewasakan dan kekadang membuka peluang baru dalam hidup. 

Bila kita komplen ada orang kata kalau tak suka negara ni boleh pindah. Susah bercakap dengan orang yang redha sokmo nih, masih tak sedar leher kena cekik. 


**Eh ada satu lagi caj baru yang dikenakan kepada pelancong mengikut jumlah hari menginap di hotel. Do you think it helps to attract tourists?


Mencari tulang rusuk kiri

Discover Selangor | Lawatan Ke Kilang Teh BOH Di Sri Cheeding

$
0
0

Discover Selangor | Lawatan Ke Kilang Teh BOH Di Sri Cheeding | Tidak pernah aku menyangka teh yang berkualiti boleh ditanam di kawasan tanah rendah. Selama ini dari gambaran luar dan dalam negara hanya terpampang foto ladang teh di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highand saja. Dalam perjalanan aku hairan juga kenapalah bas ni ikut jalan dalam ke Cameron Highland, musykil betul siap lalu ladang kelapa sawit bagai... aku tak reti nak pergi sendiri kalau takde signboard, aku berkata-kata dalam hati. Yang sebenarnya Gaya Travel dah tulis "Sri Cheeding" dalam itinerary bukannya Sungai Palas, bengong sungguh la... heheh..




BOH adalah jenama teh yang popular di Malaysia. Selama lebih 80 tahun Boh telah menyatukan rakyat Malaysia dengan secawan teh. Ladang teh Sri Cheeding yang dikendalikan oleh BOH Plantations telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar. Lowland tea plantation bersuhu sederhana ini adalah yang pertama di dunia. Ia ditanam berselang dengan pokok kelapa sawit yang menjadi pelindung kepada terik matahari. Selain ladang ini BOH Plantations memiliki tiga lagi ladang di Cameron Highlands iaitu Habu, Sungei Palas dan Farley. Teh dari ladang yang berlainan menghasilkan rasa yang berlainan juga. Suhu, unsur tanah, baja.. mempengaruhi rasa teh.

Perladangan teh adalah satu perusahaan yang labour intensive, perlu dilakukan secara manual. Pucuk teh akan dipetik setiap 20 hari. Oleh kerana daun-daun teh ini mudah layu, ia perlu diproses di ladang dalam masa 16 jam selepas dipetik kemudian barulah dihantar ke kilang untuk proses seterusnya. 

Di ladang Sri Cheeding terbina sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan teh untuk kesemua ladang teh Boh. Di sini 30 orang bekerja di ladang manakala 60 lagi bekerja di kilang dalam dua shif. Teh  Boh dibungkus hanya di kilang ini. 


BOH Tarik, BOH Teh Harimau dan Teh Dara untuk pasaran negeri pantai timur. Kenapa Dara? Adakah untuk anak dara sahaja atau anak dara yang memproses teh ni? Packaging pun warna hijau putih, pandai betul berniaga. Know your customer, right?

Yang jenis ini sesuai dibuat teh tarik.

Cleanliness and hygiene are the most important aspects in food processing.

 Yang berbintik putih itu ialah bahan tambahan seperti laici untuk memberikan rasa dan aroma yang berbeza.


Aku try BOH Ice Lemon dan Peach, sedap! Teh halia pun terasa halianya.

Kami juga dijamu dengan pau cendawan yang sangat sedap dari Fira Danish Bakery. Tel:  012 3605933.

Kilang ini memproses lebih 100 tan daun teh setiap bulan. Ada yang fine, broken dan dalam filter bags... yang dijual dalam 200 produk/bungkusan yang berlainan. Boh hanya menghasilkan teh hitam. Teh hijau dan natural adalah jenis yang diimport dari luar negara. Ada juga fragrance tea. Yang terbaik tentulah dari Ladang Sungai Palas yang mengeluarkan garden tea berkualiti tinggi dan diberikan jenama premium. Satu tunas yang diapit dengan dua daun muda diperlukan untuk menghasilkan serbuk teh jenama premium ini.  Jenama Seri Songket adalah hasilan ladang Cameron Highland. Paling popular jenama Camaronian Gold. Teh ini hanya sesuai diminum tanpa susu. Kesemua jenis teh keluaran syarikat ini ada dipamerkan di showroom Sungai Palas.

Sepuluh peratus teh keluaran BOH dieksport ke Jepun, Jerman, Denmark, Taiwan, Thailand dan Singapura.  Ianya juga dijual secara online di Amazon.com .Walaupun ladang teh Boh mengeluarkan 100 tan teh sebulan mereka masih mengimport teh kerana permintaan yang tinggi.


Berapa lama teh boleh bertahan?
Daun yang telah diproses tiada tarikh luput. Yang penting, simpan di dalam bekas kedap udara. Teh juga berupaya untuk menyerap bau. Jika paket yang sudah dibuka tidak disimpant elok, ia boleh menyerap bauan dalam peti sejuk juga, jadi teh berperisa bawang nanti.


Benarkah ada teh tiruan di pasaran?
Penting untuk diketahui teh Boh tidak dicampurkan pewarna. 

Satu tips untuk mengesan teh tiruan ialah apabila dimasukkan dalam air sejuk pun warnanya akan keluar. Biasanya dijual dengan murah dan banyak digunakan di restoran. 


Kilang ini tidak dibuka kepada umum. Jika berminat untuk melakukan educational tour boleh berhubung dengan Majlis Daerah Kuala Langat atau BOH sendiri.



Lawatan ini adalah satu acara dalam Eat.Travel.Write4.0 - Selangor International Culinary Adventure, satu program anjuran bersama UPEN dan Gaya Travel Magazine.


Discover Selangor | Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Jugra

$
0
0
Discover Selangor | Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Jugra | Seiingat aku inilah kali pertama Familiarization Trip bersama Gaya Travel dan UPEN yang membawa kami melawat kubur. Bagi aku pula ini kali kedua selepas kubur Kristian dalam program Kedutaan Rusia "100th Year Commemoration of the Battle of Penang" di Pulau Pinang dua tahun lepas.

Jugra dahulunya ialah pusat pentadbiran yang penting selepas Kuala Selangor. Makam Diraja Jugra (Kompleks Makam Diraja) sebahagian daripada Bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Makam ini sentiasa dikunjungi kaum kerabat dan rakyat jelata yang merindui sultan dan ahli keluarga mereka.

Sultan Abdul Samad ialah sultan keempat daripada sembilan sultan yang memerintah Selangor. Baginda berketurunan Bugis dari Sulawesi. Menaungi Selangor selama 41 tahun, baginda dikatakan seorang yang warak dan begitu dihormati kerana memartabatkan Islam. Hanya baginda - sebagai seorang Sultan - dikebumikan di sini.


Di dalam bangunan inilah letaknya makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah.


Makam Sultan. Jujurnya aku tak faham kenapa ia dibina / dihias sebegini.

Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah diletakkan di dalam sebuah bangunan batu seperti masjid yang berpagar dan bercat kuning. Dahulunya ia terbuka tetapi ada pihak yang melakukan upacara khurafat di makam baginda lalu keputusan dibuat untuk memagar makam. Baginda mangkat pada bulan Februari 1898 setelah memerintah Selangor dari tahun 1859 hingga 1898. 

Terdapat banyak kuburan lain di sekitar bangunan kubur utama. Banyak yang bertanda tetapi ada juga yang tiada. Banyak juga kubur kanak-kanak. Yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, binaan yang menyimpan jenazah Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. 

Makam-makam lain yang terletak di bahagian luar bangunan ini adalah makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Almarhum Tunku Jaafar, Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad.
Di bahagian belakang.

Haji Zamri Osman, Tunku Muhamad Tunku Harun (Orang Besar Daerah- wakil tuanku) dan pegawai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.



Kenapa kubur? Tak takut badi ke? Disampuk hantu nanti...

Ada je yang melontarkan kata-kata begitu. Negatif. Kecut otak kalau selalu sangat mendengar ungkapan negatif. Bukan tak percaya kepada perkara ghaib tetapi menakut-nakutkan diri sendiri dan kanak-kanak sungguh tak sihat ok? Kubur mengingatkan kita kepada 'giliran' kita nanti. Cuma, beringat ketika berziarah.

Yang selalu aku jawab, "takde masa haih mayat tu nak jadi hantu... siang malam sibuk menjawab soalan Nungkar & Nangkir".


Tips:
Sila berpakaian sopan ketika melawat makam.



Untuk maklumat lanjut mengenai kompleks ini boleh berhubung dengan Majlis Daerah Hulu Langat atau Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

KLIA2 | Low Cost Carrier Terminal Terbesar Di Dunia. Berbanggalah Awak!

$
0
0

KLIA2 | Low Cost Carrier Terminal Terbesar Di Dunia | Di banyak negara pelancong atau pedagang boleh masuk ke sesuat negara melalui tiga pintu masuk iaitu sempadan negara untuk darat, laut dan udara. Ada juga hanya melalui darat dan udara. Lapangan terbang ialah pintu masuk pelancong dari udara yang lebih ketat kawalan keselamatannya. Ada negara yang melakukan kawalan keselamatan di pintu masuk airport, di imigresen, ketika hendak naik ke kapal terbang dan dalam kapal terbang itu sendiri! Phewww..


Keseluruhannya Malaysia memiliki 62 lapangan terbang dengan lapan daripadanya lapangan terbang antarabangsa dan 38 berada di Malaysia Timur. Terkejut? Haa... orang yang duduk kat bandar pun belum tentu dapat naik kapal terbang, yang duduk dalam hutan banat tu their medium of transportation is aeroplane. Jadi bila ternampak mana-mana status mengeji orang sana tu eloklah ko 'bahan' si pengeji tu balik.

Lapangan terbang komersil yang terdapat di Lembah Kelang ialah Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2 / LCCT) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Airport di Subang. KLIA digunakan oleh premium/full service airlines manakala KLIA2 bagi penerbangan tambang rendah yang juga mempromosikan syarikat mereka sebagai low-cost carrier/low-cost airline/no-frills/budget carrier or airline. Mereka menjual tiket dengan harga murah untuk tarikh penerbangan yang jauh ke depan. Nak makanan dia caj, nak minum dia caj, nak wifi dia caj, nak insurance coverage pun dia caj berasingan. Nasib baik nak kencing dia tak caj hahaha.. Jangan berkira sangat dengan travel insurance tu eh. Kalau tak nak ambil dengan syarikat penerbangan tersebut beli saja dari syarikat lain sebelum fly. 


KLIA2 SEBAGAI TERMINAL TAMBANG RENDAH TERBESAR DI DUNIA
Bangga tak? Haruslah bangga! Inilah hasil politic of development.




Gambar pukul 11 malam di bangunan terminal utama KLIA2. Lengang. Tunggulah pukul 5 pagi esok huhuu...

Tunggu ERL di sini.


Dengan fasiliti yang jauh lebih baik daripada LCCT dahulu memang tak bosanlah sementara menunggu departure. Dengan kedai-kedai yang banyak, restoran, food court, tempat berurut dan tempat merehatkan badan. Macam shopping complex airport yang satu ini. Sesaja nak datang pun boleh. Bercerita bab kedai makan ni, sedapnya roti dengan gumpalan kekacang di The Loaf tu... mata mengantuk pun kunyah juga hahaa.. 

Pesawat yang berlepas dari KLIA2 ialah dari kumpulan Air Asia, Malindo Air, Cebu Pacific dan Jetstar 95% of KLIA2 bussiness derived from "the best low cost airlines in the world"Air Asia. Tak tahulah apa motif sebenar Air Asia hendak menggunakan "LCCT" instead of KLIA2 dalam semua promosinya. Adakah untuk presure MAHB supaya menurunkan cukai lapangan terbang yang bakal dinaikkan? Mungkinkah juga untuk mengelakkan caj-caj baru yang bakal diperkenalkan? Jika caj-caj ini dinaikkan atau diadakan maka bolehlah kita katakan penerbangan tambang rendah ini "mahal tali dari beruk". Tambang 0 tapi cukai... hmm


KEDUDUKAN PINTU PELEPASAN/KETIBAAN DI KLIA2

KLIA2 Terminal and Gateway@KLIA2 overview
Dari entrance ke gate terakhir sejauh 1.5km. Jenuh beb!

KLIA2 layout plan overview

Balai Perlepasan (Departure Hall) di tingkat 3 di KLIA2 Main Terminal Building. 
Balai Ketibaan (Arrival Hall) di tingkat 2 KLIA2 Main Terminal Building.
Pier J, K, L untuk pelepasan/ketibaan domestik. Tranfer Hall untuk yang memerlukan flight transfer di Pier L.
Pier P & Q untuk pelepasan/ketibaan antarabangsa.

Skybridge menghubungkan bangunan terminal utama dengan bangunan satelit dua tingkat. Tingkat 2 menghubungkannya dengan ruang pelepasan antarabangsa.


FASILITI TERBAIK

1) Mesin pengesahan passport otomatik
Hanya untuk pemegang passport Malaysia. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

2) Hotel
Tune Hotel sangat dekat dengan KLIA2. Kalau nak luxury hotel boleh ke Hotel Sama Sama tapi kena naik teksi (tak sure shuttle service ada ke tak). Atau, nak yang simple boleh stay sekejap di Capsule by Container di tingkat bawah KLIA2. 

Kalau touch down je di KLIA2 terus mahu hadiri meeting, boleh membersihkan diri dan bersiap boh mekap bagai di Plaza Premium Lounge. Kadarnya mengikut jam.



Aku pula kalau flight 7 pagi, kekadang aku lepak je kat salah satu ruang yang disediakan di pintu arrival tu. Kesianlah pula nak suruh husband hantar dan jemput. Yang kiri ada kerusi, aku tak suka di situ. Yang sebelah kanan senang nak meluruskan pinggang tetapi selalu penuh. Pernah sekali aku terjaga dari tidur tiga warga Bangladesh tidur di lantai bawah (ada anak tangga). Ler... kesian pulak, tidur pun berkasta.

Ruang rehat di sebelah kiri sebelum pintu arrival.

In between kerusi tu pun ada orang baring. Tak larat la weh nak tidur sambil duduk hingga lima jam. Letak kepala atas beg. Bila kepala mula jatuh mesti kita terjaga kan? Begitulah beberapa kali. Tidur macam bebudak tahfiz zaman dulu gituh. Tak berani aku nak berehat di bilik sejuk bertilam empuk, bimbang terlepas flight, mau menagis sampai besok.


3) Restoran yang banyak


Bernostalgia melihat tin dan cawan tu.

4) Tempat berurut.



5) Tandas yang selesa.
Tandas pun banyak. Aku selalu mengelakkan menggunakan public toilet di tempat yang ramai orang terutama bila baru mendarat. Dah la kena beratur, condition pun boleh buat darah naik bila yang menggunakan tu "monyet". Lebih baik gunakan yang jauh dari departure gate seperti di luggage collection tu. Di arrival berdekatan KFC (kot) best juga. Tandas yang di tingkat bawah tempat menunggu bas pun selesa.

Ada satu lagi di arrival juga, hari tu aku ikut tangga selepas The Loaf tu.. tak tahulah untuk staf ke apa cuma 2 atau 3 cubicle tapi ada hose. Kat tangga tu ada orang tidur, Pelik dia bila aku lalu hahaha... tak tahulah penumpang kapal terbang ke atau penumpang lapangan terbang. Tidur beralaskan kotak nampaknya. Tak pakai uniform pun, takkan staf 'mengular' kot. 

5) Sistem pengangkutan yang baik.
Selain teksi, bas dan grab/uber, KLIA Express (ERL) dan KLIA Transit juga menghubungkannya ke Kuala Lumpur. Jika anda perlu ke KLIA tetapi terlajak ke KLIA2, sila naik KLIA Transit. Hanya 2 minit untuk sampai ke KLIA. RM2 saja.

Orang KL senang nak balik rumah seperti yang aku pernah tulis di sini, orang Seremban ni macam nak balik ke Teluk Intan naik bas loncat hahah... walhal taklah jauh mana. Eh #syukurselalu .


Cuma.... aku kurang berpuas hati dengan beberapa perkara:

1) Walkalator tu. Awal bulan ni ada yang tak berfungsi. Ia juga dibuat lebih tinggi dari lantai dan tak sesuai digunakan OKU. Tak faham betul mengapa dibina begitu.

2) Frekuensi buggy service tu harapnya dapatlah dinaikkan. Gate P & Q kemain jauh oii.

3) Latihlah staf yang buat announcement di boarding area tu supaya dapat membuat pengumuman yang jelas dengan ayat yang teratur dan intonasi yang betul. Di KLIA pun sama. Bukan semua ya tapi kekadang alamak, teruknya! Staf ganti kot.


Dalam peperangan / rampasan kuasa, lapangan terbang akan menjadi fokus utama. Contohnya di Tripoli Airport dan Donetsk Airport pada 2014. Kawan aku dulu stranded di Bangkok (transit asalnya) selama lapan jam tak dapat keluar dari kapal terbang kerana perbalahan dua pihak. Mereka rampas control tower katanya. Kes-kes sebegini adalah sangat menyusahkan dan merugikan banyak pihak. Please don't do it at home.

So apalagi? let's fly! And Welcome to Malaysia!!


Note:
1. Pengguna LCC tak semestinya golongan tak berduit. To business owner, every single cent counts. Kalau bernasib baik kekadang terserempak dengan celebrity antarabangsa. Rileks je dia sebab orang Malaysia selalunya takde lah terpekik terlolong nampak artis (ke sebab aku dah tua?). 

2. Some of you might not agree with me. Jika kita mencari kekurangan, diri kita pun ada seribu kekurangan di mata orang. Kena compare apple to apple lah. Banyak lagi perkara yang baik baik di negara kita ni. Jangan nak kondem je. The grass is always (seen) greener on the other side. Berdoalah agar segala urusan dipermudahkan. Rabbi yasir waalatuassir.

3. Malaysia is so beautiful. The ONLY place that you shouldn't go in Malaysia is "the comment section".


Sekian.

Motivasi | Upah Membantu Orang

$
0
0
The more you give the more you get back.

Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit dan harta.

Motivasi Jimat | Hidup Zaman Gawat Ekonomi

$
0
0

Hidup Zaman Gawat Ekonomi | Kini zaman susah. Susah dapat kerja tetapi senang dibuang kerja. Susah yang ditambah dek percaturan tidak adil penguasa.



Tahun ini tak dapat diari/planner. Semua syarikat perlu berjimat. Selalunya aku akan dapat dua buah, satu dari jiran yang bekerja di bank dan satu lagi daripada husband, jadi aku akan gunakan yang mana lebih banyak ruang untuk ditulis. Bank yang sentiasa meningkat keuntungannya every quarter tu pun sibuk berjimat cermat.

Tak mengapalah. Aku buat sendiri dengan buku tebal hard cover yang aku jumpa dalam sebuah rumah lelong yang aku beli tahun 2007 dahulu. Lama giler kan? hahah... Kulit buku tu aku balut dengan gift wrapper then balut dengan plastik pula. Mukasurat depan/belakang buku ni penuh dengan nombor. Nombor ekor. Kuat betul berjudi. Di kulit buku ini pula ditulis "hak kerajaan Malaysia". Entah apalah pekerjaan tuan rumah lama dulu. Banyak juga barangan yang masih baik dalam rumah yang ditinggalkan tu. 

Aku buatkan kotak kotak bertarikh semua tu guna Excel siap dengan cuti umumnya sekali. Kalau ada cuti sekolah berderet bertanda dengan warna kuning. Senang nak tahu bila masa aku perlu berada di dapur dari pagi hingga ke malam. Sekejap je beras habis. Letih mak nak.

Page untuk menulis tu pula aku memula satu muka penuh untuk sehari tapi cukup hingga Ogos je. Start September kena bahagi dua, satu page untuk dua hari. Lagi jimat. Kau mampu? hahah... bertuah laki aku.

Nampak reben putih tu? Haa... itu reben hadiah sempena kelahiran baby baru. Yang pasti bukan baby yang last maknanya dah lebih lima tahun. Aku memang suka simpan benda yang kurasakan boleh dikitar semula. Manalah tahu kan cikgu suruh buat projek apa apa ke.. tak payah beli dah. Jimat. Eh, jimat lagi.

Tergelak besar kawan aku masa aku tunjukkan diari ni. Osah kodokut eh kata dia hahhaha... aku gelak juga la. I'm just being practical I guess. Rupa-rupanya selama ini aku telah mempengaruhi dia, bila dia nak beli barangan mahal je asyik teringat kat aku. Ekau dah kenapo Meh? hahah...

Itu tentang diari.

Pernah aku nampak husband aku pi tenyeh rice cooker dengan dawai siput. 

"Hei... jangan pakai dawai tu... Dah 15 tahun saya guna tak calar sikit pun!"

"Tutuplah kilang rice cooker camni..."hahhaha.... 

Haa bertuah badan berkahwin dengan aku. Nak rumah beli sendiri, nak diari buat sendiri. #syukurselalu


Pemimpin suruh berjimat. Nak berjimat bagaimana lagi? Giler. Bak sini sikit duit bilion bilion tu.

Thailand | Wat Bang Kung Yang Unik Di Amphawa

$
0
0
Thailand | Wat Bang Kung Yang Unik Di Amphawa | Thailand terkenal dengan wat (temple) yang banyak. Dianggarkan terdapat 32,000 buah wat di seluruh Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha.

Selain tarikan pelancongan popular, terdapat juga sesuatu yang agak tersembunyi dan menarik untuk dikunjungi. Dilindungi oleh akar dan batang pohon ara (banyan tree) Wat Bang Kung di utara Amphawa, Samut Songkhram, menarik ribuan pelancong dan penganut ke sini dengan keunikannya . Chapel kecil dipanggil Bot Prok Pho (ordination hall covered by Bodhi tree)  tu seolah-oleh 'dipegang' oleh pokok ara di sekelilingnya kecuali di bahagian belakang. Nama asalnya ialah Bot Luangpho Dam. Wat seperti ini biasa dilihat di Cambodia.

Wat Bang Kung wujud sejak era Ayutthaya lagi. Pada kurun ke-18, 1768 tepatnya, kawasan ini merupakan kubu pertahanan tentera laut sewaktu peperangan sengit menentang pencerobohan Burma. Terbiar selama 200 tahun sehinggalah Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif membangunkannya semula sebagai tapak bersejarah. Kini ia berfungsi sebagai wat dan terdapat patung King Thaksin serta dua baris patung lelaki Cina bersaiz sebenar yang membantu dalam peperangan menentang Burma sedang ber-Muay Thai.

Di dalam wat ini terdapat satu patung Buddha yang besar. Pengunjung akan berdoa, meletakkan incense sticks dan melekatkan daun emas ke badan Buddha tersebut. Di bahagian belakang wat pula disediakan teh herna secara percuma yang dikatakan baik untuk kawasan tekanan darah.



Sisi kanan wat.

Belakang wat.







Memohon hajat.




Wat Bang Kung
Soi Thetsaban Tambun Kradang Nga 1
Bang Khonthi, Bang Khonthi District
Samut Songkhram 75120, Thailand









Vietnam | Tempat Membeli-Belah Popular di Ho Chi Minh City

$
0
0

Vietnam | Tempat Membeli-Belah Popular di Ho Chi Minh City | Aku berkesempatan ke Ho Chi Minh City untuk ke sekian kalinya. Menarik sangat ke hingga berkali-kali pergi? Sangat menarik untuk kaki shopping. Aku takde plan nak shopping pun tetapi ter-shopping gak huhuu... terjebak juga bila bersama-sama dengan orang yang pertama kali ke sana.

 
Awalnya aku ke Ho Chi Minh (Saigon) sebab kengkononnya nak sandboarding tapi jauh jugalah tempat tu, lima jam menaiki bas. Bila di Klebang, Melaka, pun dah ada 'padang pasir' maka tak jadilah. Pergi Klebang je lah nanti. Boleh meluncur pasir reramai anak-baranak.
 
 
Murah sangat ke barangan di Ho Chi Minh, Vietnam?
Kebanyakan barangan yang dijual di HCM terutamanya sekitar Ben Thanh Market (Cho Ben Thanh) adalah untuk wanita. Untuk lelaki lebih kepada kasut sukan dan backpack. Bolehlah buat berniaga.
 
Harga kain cotton dah naik. Begitu juga upah menjahit baju kurung. Depa dok juai "satu hari siap kakak...". Tak kuasa ai. Kita pun bukannya nak pakai segera. Di Seremban ni pun boleh tempah RM40 sepasang, di sana RM60-80. Mencekik! Dua tahun lepas baru 40 hengget je dalam Cho Ben Thanh tu. Tailor yang ambil upah RM15 sepasang tu pula dah bertukar nombor telefon maka tak jadilah aku menempah.

Sangat berbaloi menempah suit. Harga berbeza tetapi dalam USD100 saja... tiga hari dah siap.
 
Aku cuma berkenan dengan kain-kain yang dijual di dua buah kedai dalam Pasar Ben Thanh tu. Kedainya di tengah mengadap satu sama lain. Kedai yang satu tu dah buka sebuah kedai lain di luar CBT sederet kedai emas Hatam yang juga menjadi tempat menukar mata wang. Di situ lagi banyak pilihan dan SANGAT menarik kain-kainnya. Sekarang English cotton dijual antara RM45-65 sepasang (bidang 60 inci). Cotton viscose tu murahlah.
 
Tahun ini tiada lagi lambakan baju kurung cotton plain dan bermanik. Dah habis musimnya. Kami siap masuk ke dalam stor menyelongkar stok baju kurung yang masih ada. Yang banyak dijual jubah dan tudung. Aku tak pakai jubah maka ai tak belilah. Ada pula yang mengrim tudung Bokitta. Haa..? Tak pernah dengar pun hahha... ketinggalan keretapi. Yang ini aku berkenan, cantik dan jauh lebih murah daripada harga di Malaysia. Tudung Neelofa pun baanyaakkkkkk...! Kelebihan tudung Vietnam ni ia dibuat untuk pasaran Malaysia jadi memang bercitarasa Malaysia lah.
 
Telekung? Aku lebih berminat buatan Indonesia, lebih cantik dan halus.
 
 

 
 
Guna matawang mana lebih menguntungkan? RM.. USD.. VND?
Kadar pertukaran yang peniaga-peniaga di sana gunakan tak sama dengan yang kita dapat. Dalam banyak keadaan akan lebih merugikan kita.
 
Contohnya, jika harga sepasang kain diletakkan RM28 sepasang dan kita hendak membayarnya dengan Vietnam Dong - sebab ko dah tukar banyak nau VND - harga akan berbeza sehingga RM4. Rugi tau!
 
Lagi satu, bilik hotel. Harga dalam USD22 yang bila kita convert jadi RM88 tapi bila bayar dalam MYR bukan main banyak bezanya. Rugi. Bayar dalam VND pun rugi.
 
Konklusinya, satu jawapan tak boleh digunakan untuk semua keadaan.
 
 
Jadi... di mana nak shopping ni Ruggedmom?
Kebanyakan tempat-tempat yang ku senaraikan ini ramai yang dah tahu tetapi oleh sebab ramai yang mencari info tentang membeli-belah di Ho Chi Minh dari blog makcik ni maka aku senaraikanlah untuk memudahkan akak-akak semua. Ada juga pelancong yang bertanya arah kepada kami untuk ke satu satu tempat semasa di sana. Yang aku belum berjumpa tempat menjual barangan kulit. Kaki dah penat dan tiada keperluan jadi malaslah nak mencari. 

1. Pasar Ben Thanh dan sekitarnya.
Kena ada skill tawar menawar. Aku tak suka sebab banyak membuang masa. Harganya lebih mahal dan menjadi tourists trap. Jika mencari souvenir seperti pouch yang muat pensel tu carilah di kedai sepanjang "Malaysian street" berdekatan Restoran Basirah tu. Dalam CBT VND150k untuk enam buah, di kedai luar buka mulut VND100, belum tawar menawar lagi. Di kaki lima kedai nak ke Saigon Square pun murah tetapi memalam je mereka berniaga.
 
Pasar malamnya pun memerangkap juga. Ada ke seluar sukan 3/4 panjang tu nak dijualnya rm50? Tak kuasa mak.

 
 
Kedai ini bagi harga yang bagus. Cashiew nut berkulit dapat 230k dong sekilo.
 

Pasar malam di luar Pasar Ben Thanh.
 

2. Saigon Mai
Pakaian di kedai ini murah. Sila pergi berjemaah hahaha... 
 

 
Tahu tak di mana?
Jika anda sedang menghadap ke jalan raya dari pintu belakang CBT, jalan terus ke kanan melepasi kawasan berpenghadang tu (ada projek under constructions kot). Lintas jalan dan ke kanan.

3. Taka Plaza
Pakaian ready-to-wear. Banyak branded item tapi tak tahulah reject stock atau fake one. Skaf/shwal banyak dijual di sini. Ia berdekatan Saigon Mai.

4. Cho Bin Thay
Kebanyakan barangan dijual secara pukal. Kain boleh dibeli runcit. Explore kedai-kedai di kawasan sekitar, agak murah.

5. Russian Market
Mencari barangan winter/outdoor? Di sinilah tempatnya.
 
Aku bercadang nak berjalan kaki je ke sana tapi hotel's receptionist tu insist aku naik teksi. Only 20k dong, katanya... tapi aku kena caj 33k dong dengan teksi bermeter. 1km je kalau berjalan kaki. Arahnya?
 
Bila menghadap round about depan CBT tu, bergerak ke kanan dan melintas jalan di taman tu. Jalan menghala ke De Tham Street, jalan sampai hujung. Bila berjumpa jalan besar macam highway tu belok ke kanan, jalan terus mungkin dalam 100-200 meter pandang kanan. Ada bangunan besar tertera Russian Market. Pukul 10 baru semua kedai dibuka.
 
Aku beli tights Adidas yang 3/4 tu RM32. Nampak macam original. Ada beg 'rahsia' nipis yang orang selempang dalam baju tu - sesuai dibawa traveller - pun okay jugalah harganya. Rasa nak beli sangat tapi tak ada keperluan jadi aku tak belilah. Bila balik ke hotel, alamak.. kenapa tak beli eh? Biasa camtu? hehe..
 


6. Pasar pagi di Duong Cho Giang (dekat De Tham St)
Pasar pagi ni sebelum Russian Market. Ada seorang lelaki menjual kain ela dengan harga murah. Kain crepe dan jenis yang buat tudung Bokitta (bukan chiffon) tu aku dapat 18k dong saja semeter. Itu pun tak beriya menawar. Tak banyak pilihan tetapi berbaloi-baloi kalau korang pandai jahit baju sendiri.
 
Yang kelakarnya, ada lah seseorang tu beli underwear Victoria's Secret RM16 sehelai di shopping mall, di pasar ni makcik tu jual 30k dong saje hahahha... mengetap gigi kawan tu.

7. Truong Dinh Street
Bertuahnya orang yang memiliki saiz badan standard, senang hendak mendapatkan seluar baju. Truong Dinh St ni ialah jalan di depan Cat Hotel tu. Jalan terus ke belakang. Ada satu kedai pakaian dengan harga diskaun berdekatan Tropicland Backpacker Hostel (mahal dowh hostel ni, lebih baik sewa hotel). Jalan lagi dan anda akan berjumpa sebuah tempat yang agak besar menjual pakaian.

8. Replika kapal layar
Tak jauh dari Hard Rock Cafe.

9. Go Vap
Dua jam perjalanan dari pusat bandar. Kalau nak berniaga disinilah letaknya kilang untuk menempah pakaian.

10. Saigon Square
Warga Malaysia bagaikan wajib ke sini.
 

 

 
11. Saigon Square 2016
Aku terjumpa tempat ni pun sebab tersesat heheh... betul kot perempuan tak reti baca map? kahkah... punyalah jelas map tu. 
 
Jika anda sedang menghadap Hard Rock Cafe sila berjalan ke kiri. Jalan.. jalan dan jalan... hahah... Banyak pakaian siap dijual di sini. Rezeki tersesat. Kalau tak sesat takkan berjumpa.
 
12. Saigon Centre
Di sebelah Saigon Square, high end shopping mall.
 
13. Dong Khoi Road
Jika mahukan luxury stuffs carilah di sini. Berdekatan Saigon Opera House dan Saigon Community Hall.
 
14. Tan Binh
Untuk belian pukal. Jauh dari CBT.

15. Kedai barangan sukan
Dari belakang CBT tu jalan terus ke belakang, jalan yang menuju ke Reunification Palace. Aku pernah beli bolasepak tapi kualitinya kurang bagus, cepat terkopek. Skuter bebudak yang tolak dengan kaki tu murah.
 

 
16. Diamond Plaza
Shopping complex di belakang Notre Dame Cathederal. Sementara wife enche'-enche' semua mabuk memilih kain dan tudung jomlah kita tengok wayang dulu. Banggalah kita wak tengok Malaysia brand, Bonia, dijual di sini. Toilet dia best habaq hang.

 
Ada panggung wayang di sini. Aku sempat tengok Sully, duduk VIP seat RM15. Sedih dowh. Terbayang-bayang keadaan penumpang MH370.
 

 
 
Selepas anda pulang dari lawatan sehari ke Mekong River, ada sesetengah tour agency akan membawa ke sebuah kedai/gudang kain. Tempat yang mak aku beli kain dulu lebih mahal dari CBT. Mungkin ada tempat yang murah juga.
 
Haa... best shopping di Ho Chi Minh uols.. Dah tak sabar nak pergi shopping kak? Jom! Jom! Bawa saya sekali.
 
 
Tips membeli pakaian:
Beli satu saiz lebih besar daripada yang kita biasa pakai. Rakyat Malaysia ramai yang obes, orang Vietnam kurus je.
 

Kuala Lumpur FREE Heritage, Cultural & Nature Guided Walk | Ketahui Sejarah Kuala Lumpur Dalam 2.5 Jam

$
0
0
FREE Guided Walking Tour In Kuala Lumpur | Ketahui Sejarah Kuala Lumpur Dalam 2 Jam | Tinggal atau bekerja dalam jangkamasa lama di satu satu tempat belum menjanjikan pengetahuan kita bertambah mengenai lokasi tersebut. Tambahan pula apabila kita sampai ke tempat kerja bergelap, balik pun dah gelap. Kehidupan kita hanya habis dalam pejabat sahaja.
 
Kuala Lumpur kini kota kosmopolitan hebat yang berasal dari kawasan biasa biasa sahaja. Dahulunya ia adalah wilayah Selangor yang dimajukan Kapitan Cina ketiga, Yap Ah Loy. Yap Ah Loy membina rumah besar di tepi sungai yang menjadi nadi pengangkutan di waktu itu. Pelabuhan digunakan untuk mengangkut bijih timah di lombong Ampang, Pudu dan Sungai Besi. Sebelum ada bot berenjin perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang mengambil masa tiga hari dengan bersampan. Sado lengan memasing agaknya. Bayangkanlah pula bila dah sampai ke pelabuhan kena pula mengangkut bikih timah, batu-bata dan sebaginya ke lokasi seterusnya. Mudahnya hidup kita sekarang. #syukurselalu. 
 
Perlu diketahui juga bahawa sejak dahulu lagi orang Melayu sudah tinggal di bandar. Mereka, termasuk penghijrah dari Indonesia, menetap di sekitar Jalan Perak (area CIMB tu) dan Jalan Melayu (di Masjid India). Orang Melayu peneroka bandar. Demi 'kemajuan' mereka diusir dipindahkan ke kawasan lain. Sejarah sentiasa berulang, pemainnya sahaja yang bertukar. Siapa berduit dialah yang berkuasa.

Masyarakat beragama islam telah membina sebuah masjid di tapak Burger King berhampiran LRT Masjid Jamek sekarang ini. Apabila kawasan tersebut dimajukan pihak British telah menggantikannya dengan Masjid Jamek yang masih utuh hingga sekarang. Aku agak kehidupan penghijrah dahulu samalah seperti apa yang sedang berlaku di Jalan Silang sekarang ni. Di bangunan rumah kedai tu ada surau tau, aku pernah terdengar azan berkumandang secara live. Raya haji hari tu dengarnya warga Bangladesh bersolat di atas jalanraya di situ.
 
 
Bagaimana untuk mengikuti program Lawatan Berpandu PERCUMA di Kuala Lumpur?
 
 
Usaha ini telah dipelopori oleh Tourism Kuala Lumpur yang berada dibawah Biro Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pelancong diberi empat pilihan iaitu:
 
1) Kuala Lumpur Heritage Trail
2) Old Kl & Nature Walk
3) Jalan-Jalan at Kampong Baru
4) Kuala Lumpur Night Walk
 
Lain pakej lain meeting point. Seronok dapat mengetahui dengan lebih jelas sejarah silam Kuala Lumpur. Melalui pembacaan juga boleh tetapi berjalan sambil ditunjukkan bangunan yang terlibat dalam pembesaran KL itu sendiri lebih menarik dan mengujakan. Ada bangunan yang masih berfungsi hingga kini, ada juga telah bertukar tangan.
 
Guided Walk Programme ini bukan hanya untuk pelancong asing. Kita orang Malaysia pun boleh turut serta. FREE kan.... rugilah siapa yang melepaskan peluang. Aku pun baru tahu je ni.
 
 
Kuala Lumpur Night Walk
Kami berkumpul di The Arch Cafe at the Old Market Square. Alaa... kat belakang Pasar Seni tu. Dulu HSBC Bank yang menempati lokasi kafe tu. Tempat aku lalu lalang di tahun 1990an dulu. Suka sangat aku ke Central market time memuda dulu melihat orang melukis potret. Yang kena lukis mukanya tu tabah je kaku atas kerusi hahaa..

Bermula dari Lebuh Pasar Besar tour guide kami Jane menceritakan sejarah bangunan Straits Trading Building, Cycle & Carriage, menara jam dan sebagainya. Lokasi tersebut merupakan kawasan penting permulaan Kuala Lumpur lebih seratus tahun dahulu. Sungai Klang dan Sungai Gombak bertemu di sini, di Masjid Jamek.

Projek River of Life sedang berlansung yang menyebabkan keadaan di sana agak kurang menarik. Pemaju yang dilantik adalah sama dengan pemaju yang mencantikkan sebuah sungai di Korea Selatan. Aku ada ceritakan di sini beberapa bulan lepas. Mereka akan melebarkan kawasan pejalan kaki supaya warga Kuala Lumpur dan pelancong dapat menikmati keindahan bangunan di sekitar kawasan tersebut seperti Masjid Jamek, bangunan Sultan Abdul Samad, Bank Muamalat dan Jalan Melayu itu sendiri. 

*Gambar-gambar ini diambil dengan menggunakan Huawei Honor4C. 
 Straits Trading Buidling
 
 Cycle & Carriage
building.
 
 Old clock tower.
 
Ketiga-tiga gambar ini di Lebuh Pasar Besar yang berada di pertembungan Jalan Tun H.S. Lee (Jalan Bandar), Medan Pasar (Old Market Square) dan Jalan Hang Kasturi (Rodger Street).


Seterusnya kami melalui Jalan Melayu di OCBC Bank tu menuju ke Jalan Masjid India yang menjadi 'port' imigran dari India Selatan. Mereka asalnya bekerja di estet getah dan perlombongan sebelum menceburkan diri dalam perniagaan. Mereka juga bagus dalam perniagaan tekstil, pertukaran wang asing dan emas. Kan banyak kedai emas di Jalan Masjid India tu.
 
Mereka juga membina Masjid India demi Tuhan yang satu, supaya mereka dan generasi seterusnya sentiasa berpegang teguh kepada Islam. Sama jugalah seperti kita bila menjadi imigran di negara asing. Risau keperluan rohani anak-anak.

Jane sedang menceritakan sejarah Kuala Lumpur.

Masjid India.
 
Seterusnya kami dibawa ke pasar malam Kuala Lumpur yang terkenal di Lorong Tuanku Abdul Rahman. Nama jalan dan lorong ini adalah bersempena dengan nama Yang Dipertuan Agong yang pertama dan bukannya Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
 
Ingat lagi tak sebelum kekecohan pada tahun 1998, pasar malam ini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)? Surprisingly malam ini keadaan agak lengang. Mungkin orang ramai ke Dataran Merdeka untuk menonton Citrawarna padahal Citrawarna berlansung malam keesokannya, 25 September. Macam-macam di jual di pasar malam ni. Paling menarik perhatian aku "inner anti tembam - INAT" hahah... kreatif! Terasa ai tau. 







Kami juga singgah di panggung Odeon. Gah panggung ni dulu tau. Sekarang ia hanya menayang filem Hindustan dan Tamil sajo. Kalau nak merasa kebab sedap di Kuala Lumpur silalah ke seberang Odeon tu (di depan kedai kain Umang-Umang kalau tak silap namanya). Memang sedap! Aku mula makan sejak harganya RM1.20 lagi. Sekarang dah RM3.50 dan ada pilihan nak roti biasa atau roti pita. During lunch hour beratur panjang beb!
 
Lawatan berpandu ini berakhir di Coliseum Cafe yang asalnya menjadi tempat 'lepaking' tuan orang puteh kita dahulu. Kafe ini ada dua seksyen, kafe dan bar. Dahulunya orang perempuan tak boleh masuk ke bar manakalan orang tempatan tak boleh masuk lansung di kedua-duanya. Ada kasta. Menariknya, ada seorang waiter yang masih bekerja sejak puluhan tahun lalu. Diuruskan oleh anak tempatan (waris), kafe ini masih menjadi tempat pertemuan generasi lama selain sebuah lagi restoran di depan Sogo tu.
 
So this weekend you all dah ada aktiviti untuk dibuat bersama keluarga. Hari Sabtu boleh ikut dua trip terus. Biarlah kita lebih mengenali "kampung" sendiri berbanding orang luar.
 
Next, I will upload lots of the old Kuala Lumpur's photos. Sabaq na...  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Motivasi | Papa tapi bergaya?

$
0
0



Kalau anda hebat dalam bidang sendiri, tak perlu beli gelaran Tan Sri/Datuk/Dr dan sebagainya. Kebijakan dan kehebatan anda tetap akan terserlah.

Thailand | Anda hanya ada beberapa jam di Bangkok, apa yang boleh dibuat eh?

$
0
0

Thailand | Anda hanya ada beberapa jam di Bangkok, apa yang boleh dibuat eh? | Mesti ada traveller yang pernah mengalami keadaan seperti ini kan? Sama ada anda transit atau dah tak tau ke mana nak dituju atau dalam pakej yang anda ambil terdapat slot "free and easy". So how?


Meh aku bagi cadangan berdasarkan apa yang telah aku lakukan.

Hari tu aku stay di Courtyard by Marriot Hotel, Ratchadamri. Hotel ini  hanya 5 minit berjalan kaki ke BTS Skytrain Ratchadamri. Di belakangnya ialah Lumpini Park, sebuah taman di tengah bandar. Oleh kerana breakfast mula dihidangkan jam 6.30 pagi maka ada banyak masa untuk bersenam ringan di Lumpini Park. Dapatkan udara segar di pagi hari.
 
What next? Awal lagi... shopping complex pun belum dibuka. Sabarlah.
 
Teringin pula nak ke pasar basah jadi aku ke Khlong Toei Market. Oleh kerana kita sama-sama berada di Asia Tenggara dengan cuaca yang lebih kurang sama jadi tiada banyak sangat perbezaan barangan kering dan basah yang dijual. Bunga-bungaan yang dijual pun yang biasa digunakan semasa upacara sembahyang. Kalau nak bunga jenis lain seperti ros kenalah cari di Yodpiman Flower Market. Beras ada bermacam jenis jadi belilah juga sedikit kan... jauh betul beli beras hahah... Buah rambutan pun ada.. merecik air liur cheq.
 
Bagaimana untuk ke Khlong Toei Market? Naik MRT dan turun di Stesen Queen Sirikit National Convention Centre. Cuba study Skytrain dan MRT map ni.
 
Image result for bts skytrain map
 
Lepas tu aku naik MRT semula ke Stesen Hua Lamphong dengan tujuan ke Yaowarat Market. Tiada perkhidmatan Skytrain atau MRT ke sana jadi kena naik bas/teksi/tuk tuk/motor taxi. Berjalan kaki pun boleh tapi jauh sikitlah. Pergi ke Exit 4, tunggu bas di Bangkok Centre. Hari tu aku naik bas no 40. Mana-mana bas yang ke San Peng Market akan lalu situ.
 
Pasar Yaowarat terletak di Chinatown. Menjelang petang kawasan ni memang meriah dengan pelancong. Kebanyakan barang dijual secara borong jadi kalau nak beli runcit harganya takdelah murah. Nak beli sikit carilah di tempat lain seperti area Pratunam. Toys Market di Thano Chaprakhon.
 
Rajinkan kaki berjalan hingga ke little India, Phahurat. Kain... kain..!!  Ada orang kata murah juga harganya. Kena tawar-menawarlah kot. Ai tak beli.
 
Sejak trip tahun lepas lagi aku teringin ke Siriraj Medical Museum atau Museum of Death . Aku sebenarnya hanya berminat ke theme museum, muzium yang ada tema tertentu contohnya perang. Siriraj Museum adalah muzium forensik yang memperlihatkan bukti kejadian manusia bermula dari janin, gambar dan video tsunami di Phuket, gambar kes pembunuhan, mayat perogol yang diawet, post mortem, binatang berbisa dan banyak lagi. Such and educational trip to see some awesome gruesomeness.
 Image result for siriraj museum
Yang kanan tu mummified serial killer, Si Quey. Sumber www.alwaysrestlessfeet.wordpress.com
 

 
Image result for siriraj museum
  
Entrance ticket if I'm not mistaken 200 baht for three museums and 300 baht for five. Disebabkan tak punya banyak masa jadi aku melawat tiga muzium sahaja yang dalam bangunan Hospital Siriraj. Itupun tak puas tengok dan aku skip bahagian ular tu euww... geli beb. Ada cadangan nak datang sekali lagi dengan 'bakal misi' pula. Bagus ni untuk dia lebih faham apa dipelajari di kolej so that she can reaffirm knowledge learnt on anatomy and physiology the interactive and informative way.
 
Aku ke sana ikut jalan air. Senang je, turun di BTS Stesen Saphan Thaksin dan naik bot ke sana. Boleh turun di pier Siriraj atau Thonburi Railway, dedua dekat hospital. Naik bot di Sungai Chao Phraya baru best. Dulu baca dalam buku Geografi je.
 
Siriraj Hospital
2 Wang Lang Rd.
Siriraj, Bangkok Noi
Bangkok10700
Thailand
 
Hah, tak minat muzium? Korang pergi shopping je lah kat MBK, Siam Paragon, Bobei Market, Central World dan macam-macam lagi. Heaven habaq hang.
 
 



 

Vietnam | Lawatan Ke Tempat-Tempat Menarik Di Ho Chi Minh City Dengan Hanya Berjalan Kaki

$
0
0

Vietnam | Lawatan Ke Tempat-Tempat Menarik Di Ho Chi Minh City Dengan Hanya Berjalan Kaki | Seperti juga hobi lain, melancong mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bergantung kepada niat, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Jika melancong sekadar untuk mengisi waktu senggang diantara tugasan hakiki, kita akan rasa masa dipenuhi. Jika melancong dengan tujuan sebenar untuk membeli-belah, maka akan 'beranak-pinaklah beg tu nanti. Jika melancong kerana ingin melihat kebesaran Tuhan, kita akan merasa betapa kerdilnya kita di dunia ini.

 
Pelancong juga terbahagi dalam beberapa kategori. Ada yang sukakan private tour- tak bercampur dengan orang lain. Ada yang suka menggunakan khidmat travel agency supaya perjalanan lebih teratur dan menjimatkan masa walaupun perlu mengeluarkan kos yang lebih. Ada juga yang independent, semua nak buat sendiri dari proses membeli tiket, researh dan tour. Terpulang kepada minat masing-masing. Pada aku combination of tour packages dan free and easy lebih memenuhi selera kerana pakej pelancongan yang siap sedia ni kekadang membuatkan kita tak dapat bergaul dengan masyarakat tempatan lansung selain penjual souvenir. Teringat semasa di River Vibe Bar di Bangkok hari tu, ada cruise ship untuk pelancong India sahaja, ada pula untuk geng Filipina sahaja. Macam mana boleh tahu? Sebab ada seorang peserta dari Filipina dan kapal tu mainkan lagu Lambada sekuat-kuatnya. Lambada ko.... zaman aku pakai kain sekolah senteng dulu hahahah...
 
 
Meronda Ho Chi Minh City dengan berjalan kaki?
Tak penat ke? Kalau tak nak penat duduk je di rumah tengok "Abang Bomba I Love U".
 
Ofkoslah penat sampai nak terjelir lidah tapi puas hati. Jika hari tu aku dah share Tempat shopping popular di Ho Chi Minh City (Saigon) , kali ni kita bawa awak jalan-jalan pula.
 
Pelancong Malaysia biasanya akan stay di area "Malaysian Street" sekitar Cho Ben Thanh. Berada di kawasan tu memang rasa macam dok berjalan di Malaysia je... semua cakap Melayu dan boleh berjual-beli dengan Ringgit Malaysia. Hanya tulisan di papan tanda kedai yang mengingatkan kita sedang berada di Ho Chi Minh, dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Selain itu banyaknya motorsikal di jalanraya juga menyedarkan bahawa kita berada di bumi asing.
 
Bagusnya pasar Ben Thanh ini berada tidak jauh dari tarikan pelancongan yang ada di sana. Bukan satu tetapi banyak!
 
Kita mulakan dengan berjemaah Subuh di masjid, boleh? Orang lelakilah kena buat ni.
 
Di District 1 ada dua buah masjid. Masjid utama ialah Masjid JAMIA AL MUSLIMIN (Dong Du Mosque),  66 Dong Du Street, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. Tel: +84 8 3824 2903
 
Yang kedua Masjid Jamiul Islamiyah (Nancy Mosque),  459B Tran Hung Dao Street, Cau Kho Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. Tel: +84 8 3920 3325
 
Lepas Subuh boleh bersenam dulu di taman tengah bandar. Bestlah bandar ni, hijau aje. Nak berjalan awal sangat pun tak sesuai sebab attractions tu mula beroperasi jam 9 atau 10 pagi kecualilah kalau kita nak ikut trip ke Chu Chi Tunnel/Mekong. Haa itu ye pukul 7.30 dah kena get ready di lobi hotel.
 
 Image result for nancy mosque ho chi minh
 
Okay, kita mulakan berjalan ke belakang pasar Ben Thanh, kita ke tempat-tempat yang popularlah ya.

Dari pintu belakang BT tu jalan terus hingga bertemu Nguyen Du Street. Kemudian ke kanan ke Nam Ky Khoi Ngia St. dan teruskan ke depan menuju Reunification Palace. Google lah sendiri tempat apa ni. Aku tak pernah masuk pun... selfie je kat luar. Yang seronoknya berjalan kaki di Saigon city ni sebab kawasan hijau (taman) yang luas di tengah bandar. Kalau penat boleh berhenti berehat di bawah teduhan pokok.
 
 

Akak pun teringin juga nak selfie :-)) Fefeling Hindustan kali ni..
 
 
 

  
Menggunakan jalan yang sama teruskan ke depan lagi melepasi Nguyen Thi Min Khai St menuju Vo Van Tan St. Di sinilah letaknya War Remnant Museum. Masuklah muzium perang ni, I highly recommend you to do so. Harga tiketnya tak sampai RM5 pun. Sure hangpa sedih melihat gambar-gambar peperangan Amerika-Vietnam yang akhirnya dimenangi Vietnam walaupun dalam filem Hollywood Amerika tak pernah kalah. Kesan "agent orange" itu masih boleh dilihat hingga kini. Tentera Amerika itu sendiri pun ada yang membunuh diri bila anak sendiri menjadi cacat.
 
Okay, patah balik ke Reunification Palace. Lintasi taman tu dan anda akan sampai ke Notre-Dame Cathederal Basillica of Saigon yang telah dibina antara 1863-1880. Sudah ratusan tahun umurnya tetapi masih utuh berdiri. Ia dibina semasa penjajahan Peranchis tetapi bersaiz lebih kecil. Batanya diimport dari Marseille dan kaca dari Charters. Sayangnya ada tangan-tangan gatal menconteng dinding tepi dan belakang. "X was here" euwww... so 90s sangat!
 



 Notre-Dame Cathederal di belakang tu.
 
Di sebelahnya ialah Central Post Office. Jangan tak masuk pejabat pos tu... cantik!

 
Ada yang suka collect t-shirt Hard Rock Cafe?  Pergilah ke Hai Ba Trung St di belakang Central Post Office tu.
 
Semasa di HRC sure dah masuk waktu solat Zohor makan berjalanlah kamu terus ke depan (HRC di kiri) masuk ke Dong Du St menuju ke Central Mosque. Ya Allah leganya betis dan tumit masa duduk antara dua sujud tu. Kalau lapar sapedek dulu di restoran halal berdekatan masjid sebelum meneruskan perjalanan.

 
Keluar dari masjid arah ke kanan, kanan lagi maka akan berjumpa Saigon Opera House. Kalau nak shopping masuklah ke butik-butik mewah di Dong Khoi St tu. Jalan lagi ke depan akan berjumpa pula dengan People Comittee Hall. Stop lah sekejap untuk selfie/wefie-pos kat instagram-bagi tau sedara mara dan followers yang beribu tu yang ko dah sampai Ho Chi Minh gittew. Kawasan lapang tu meriah memalam walaupun tiada apa barang yang dijual. Ramai yang lepak bersama keluarga. Kalau nak minum kopi akan ada pekerja restoran datang ambil order.
 

 
 People Comittee Hall
 
 People Comittee Hall
 
Dari People Comittee Hall ni kita akan bertemu Le Thanh Ton St semula menuju ke Ben Thanh Market. Senang kan? Hahahhaha... sure tidur lena malam tu. Alas kaki dengan bantal sewaktu tidur supaya hilang penat kaki tu. 
 
Untuk santai petang atau teringin menaiki cruise ship menikmati keindahan malam boleh ke Nha Rong Wharf di Saigon River. I tell u, sangat mencabar okay melintas jalan raya untuk ke riverfront tu di waktu puncak. Entah bilalah lampu merah berfungsi, tak berhenti lansung kenderaan di situ terutamanya motorsikal. Kenderaan BANYAK, rapat dan tak putus putus. Semasa nak ke sungai tu kami melintas mengikut orang tempatan. Selamat. Semasa nak balik ke seberang jalan semula (Majestic Hotel) trafik masih teramat sibuk. Mujur ada seorang perempuan ni bawa anak kecil jadi ada kereta yang berhenti memberi laluan. Alhamdulillah... betullah kan, anak itu rezeki. Dapat makcik tumpang melintas sekali heheh..
 

 
Ada lagi satu bangunan yang menarik, Bitexco Financial Tower, tak jauh dari Saigon River. Bitexco Financial Tower ialah bangunan yang tertinggi di HCM berketinggian 262.3 meter dengan 68 tingkat di atas permukaan tanah dan 3 tingkat basement. Bentuknya seakan Menara Telekom di Bangsar tu. Skydeck dibuka kepada umum setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 9.30 malam dengan tiket masuk 200,000VND untuk dewasa. Kanak-kanak 4-12 tahun 130,000 VND. Bolehlah tengok keseluruhan bandar HCM dari atas tu. Untuk maklumat lanjut boleh baca di http://www.bitexcofinancialtower.com/?page_id=1434.
 


Rasa-rasa boleh buat tak? Kalau tak mampu buat sehari boleh pecahkan kepada dua hari. Kalau malas, sewa je van heheh..

 
 










 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

Revenge

$
0
0



Cara melawan/membantah yang terbaik ialah angkat kaki dengan gembira dan biarkan Allah membalasnya.

Mudah diucapkan tetapi hakikatnya rasa nak tinju je muka orang yang kita menyampah sangat tu. Aku sendiri ada beberapa pengalaman. Nak diceritakan semua panjang sangat, mata pun dah kelat ni. Cuma ye lah, ada pembalasan yang segera dan ada pula dalam masa 10 tahun. Aku perhati je.

Kepada yang dapat pembalasan segera tu (dalam dua tiga tahun), lain kali nak bercakap tu fikir dulu, jangan ikut perasaan sangat sehingga merosakkan reputasi dan periuk nasi orang. 95% kerja yang aku buat untuk dia adalah okay. Lagi 5% tak bagus sebab di masa bekerja tu dia pun ada dan dia ada equipment yang lebih lengkap jadi aku takdelah beriya sangat buat kerja. Heyy... dia cuma perlukan 120 unit saja tapi disebabkan melayan pelanggan dia aku bagi hingga 700 unit. Buang masa aku je.

Aku pun ada pelanggan sendiri. Tak pernah pula mereka komplen tak puas hati malah sering juga dipuji. Terpaksalah aku masuk bakul angkat sendiri untuk mempertahankan diri :-)

Dihebohkannya di ruang maya akan ketidakpuasan hatinya. Ramai yang percaya dan tumpang mencerca tanpa mendengar penjelasan phak kedua. Biarlah. Aku diamkan dan tidaklah aku mendoakan yang tidak baik kepada dia. Allah tu maha adil. Langit tak selalu cerah, ekonomi syarikat pun goyah, malah persaingan perniagaan membuat hidup semakin payah.

Aku perasan dia menjual harta. Harganya mak ai jauh dari market price! Kau ingat harta kau kat Damansara? Shah Alam? Bukit Mahkota? Dahlah di atas awan sana. Sekarang ni macam kedai runcit pula bisnes dia macam macam ada hinggakan belon pun dijual. Baguslah tu kan? Kerja halal katanya.
Jauh sangat menyimpang dari kerja hakiki.

Aku perhati je.


**Dia pernah pinjam barang aku sebagai back up katanya. Bila aku nak guna tetiba rosak. Silap aku tak check/test semasa dipulangkan. Yang menjadi mangsanya? Poket akulah.



Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi

$
0
0





Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi | Adalah membosankan sekiranya melancong tanpa mencuba sesuatu yang baru. Menginap di hotel berbintang empat dan lima di tengah bandar memang selesa tetapi menginap di resort berbintang-bintang di tengah hutan belantara pasti memberi pengalaman berbeza.




River Kwai Village Hotel adalah satu-satunya hotel mewah di hutan tropika Kanchanaburi. Ia terletak di utara River Kwai 70km dari "the bridge on the River Kwai" yang terkenal di seluruh dunia itu.





Kami ke sini dengan menaiki keretapi dari Stesen River Kwai dan turun di Thamkra Sae. Kemudian menaiki chartered van ke RKV. Naik van terus menerus pun boleh juga. Di sepanjang perjalanan ke sini mata dijamu dengan kehijauan. Relaks je, sejuk mata memandang.






RKV menawarkan empat jenis penginapan berpendingin hawa yang serba lengkap:
1) Raftel - bilik yang terapung di sungai.
2) Royal Wing - bilik mewah didekorasikan cara Thai
3) River Wing - bangunan tiga tingkat di tebing Kwai Noi
4) Mountain Wing - kabin setingkat.




Bilik aku di River Wing yang menghadap Kwai Noi (kwai = river/sungai).
 







Bilik kita di sini.


Wifi hanya di sekitar lobi sahaja. Bila wifi tak sampai ke bilik maka kita akan kembali ke asal, rajin membaca buku huhuu.. Aku agak hotel management memang tak nak pasang wifi kat bilik supaya tetamu enjoy the nature.



Bilik aku besar dan sangat selesa. Kalaulah datang dengan famili kan best, boleh susun semua anak atas katil. Katil sebesar tu aku seorang je tidur (pasang lampu bilik air dan berselubung heheh...). Yang syoknya pihak hotel hidangkan sepinggan kek, dua hari pun tak habis makan sebab perut tak sempat lapar. Dah tentulah chocolate cake yang habis dulu.



Di sini Subuh awal sekitar 4.40 pagi. Aku set jam pukul 5 tapi 4.45 dah terbangun. Baguslah kan? Kat rumah sendiri pun tak macam tu. Masalahnya mata tak mahu pejam dah selepas tu. Selepas breakfast pukul 6.30 tu balik ke bilik dan mereput sampai pukul 9. Tak dapat mengisi masa lapang dengan melawat kawasan sebab dua hari hujan pagi.



RKV menerima ramai tetamu dari Rusia sebab tu ada notis dan menu berbahasa Rusia. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini selain berurut. Siap ada warning "Jangan buka seluar" di pintu bilik urut tu hahah... siapalah punya kerja tu eh? Dah biasa berbogel depan orang gamaknya. Tiada service urut++ di sini. Clean business only okey.



Yang lagi best nya, ada tiga swimming pool di sini. RKV adalah hotel pertama memiliki Jungle Water Park dengan water slide dan jakuzzi. Seronoklah bebudak bila menginap di sini. Bila bawa anak-anak tak kiralah hotel bajet ke hotel mahal swimming pool mesti ada. Kalau tak boleh stress weh. 


Raftel.




Subhanallah cantiknya pemandangan! Damai.





Ikan-ikan liar di belakang Raftel.


























Persembahan tarian dari kanak-kanak suku kaum Mon selepas makan malam.



Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di River Kwai Village


RKV berada di lokasi yang sesuai untuk lawatan ke kawasan bersejarah kesan Perang Dunia Kedua (World War II) dan alam semulajadi. Nak naik gajah ke.. bamboo rafting ke..nak ke Death Railway ke.. atau nak mandi-manda di Sai Yok Waterfall ke.. RKV boleh aturkan. Jika mahu berspa lumpur sila ke Rock Valley Hot Spring & Mud Spa.


Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk dicuba seperti ATV, paintball, berenang, di sungai, camp fire, raft excursion.. selain pakej lawatan. Aku sebenarnya nak try naik basikal atas pokok yang macam di Bohol tu tapi di kedua-dua pagi hujan renyai. Bila hujan terbantutlah plan tambahan pula geng lain semua dok tidur lagi, aku je yang 'tolong buka pintu restoran' seawal 6.30 pagi. 












River Kwai Village Hotel
74/12 Moo 4
Tha Sao
Sai Yok
Kanchanaburi
Thailand
Tel : (66 89) 918-4562 / (66 81) 922-4661
Faks : (66 81) 880-5206


Reservation Office
1054/4 New Petchburi Road
Ratchtavee
Bangkok 10400
Thailand
Tel : (66 2) 251-7828 / (66 2) 251-7096
Faks : (66 2) 255-2350





**Seluruh Thailand sedang berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 70 tahun. Raja Bhumibol menjadi simbol perpaduan yang mendamaikan dua pihak yang berebut kuasa. Baginda juga sangat disayangi dan dihormati rakyatnya kerana banyak memperkenalkan projek pembasmian kemiskinan.









Viewing all 1018 articles
Browse latest View live