Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live

Purata Hari Pelancong Berada Di Thailand

$
0
0

Purata Hari Pelancong Berada Di Thailand | Di Asia Tenggara, Thailand menerima jumlah pelancong yang tinggi. Berbanding Malaysia negara gajah putih tersebut mempunyai kelebihan dari segi keluasan negara yang menawarkan kepelbagaian jenis faktor penarik yang menggalakkan pelancong ke sana.


Berdasarkan gambar di bawah pelancong dari Germany paling lama berada di Thailand dalam satu satu masa. Pelancong dari barat kebiasaannya akan bercuti minima 14 hari di sesebuah negara kerana mengambil kira tempoh untuk sampai ke sana. Kejang dalam kapal terbang pun dah 13 jam.. kalau dari USA ke.. Chile.. lagilah, dua hari baru sampai.

Logiknya lagi jauh negara kita pergi lagi lamalah kita akan berada di sana. Kita explore jauh hinggakan kekadang tu penduduk tempatan pun tak pernah pergi hehe... istimewanya negara Siam ni ada khlong, pengangkutan air yang tiada di negara kita. Mereka juga ada pasar basah di atas landasan keretapi aktif. Lebih bagus lagi semua pemberi khidmat pelancongan adalah dari rakyat Thailand sendiri. Takdelah ko datang sini cakap bahasa ko.. aku pergi negara ko dengar bahasa ko juga kan??

Sesuatu yang kita semua mesti belajar dari Thailand dan Indonesia ialah HOSPITALITY. Alaminya sendiri kalau tak percaya.

Eh mana Malaysia? Balik hari ke huhuhu...


Jom Dhuha!

$
0
0
Ramai orang bercakap solat Dhuha tu magnet rezeki. Solat untuk menambah rezeki, tetapi ada beberapa orang ahli agama terkenal cuba memperbetulkan fahaman ini. Menurut mereka buatlah solat Dhuha kerana ia suruhan Allah bukan kerana mahukan rezeki bertimbun. Cuma jangan lupa berdoa.

Berusaha-berdoa-bertawakal.

Cubalah.

Motivasi | Tips Melembutkan Hati Anak

$
0
0

Tips Melembutkan Hati Anak | Mendidik di zaman ini sungguh mencabar. Jika rajin memerhati dan boleh membuat perbandingan dengan 30 tahun lalu anda akan faham.


Jika dahulu di waktu Malaysia masih dikategorikan dunia ketiga, cabaran utama ibu bapa ialah menyediakan sesuap nasi supaya anak tidak berlapar. Bapa berdehem saja dah kecut perut. Rotan, tali pinggang, penyangkut baju antara 'senjata' yang digunakan. Hasilnya ramai anak-anak yang berjaya dan berterima kasih dengan tindakan itu apabila mereka meniti dewasa. Cikgu pun sama naik dengan mak bapak yang garang ni dan kita pula tak berani mengadu domba bimbang bertambah birat di badan. Walaupun tanpa bermesraan dalam whatapps group parents dan guru macam ada chemistry pula bab membantai ni heheh..

Kini ibu bapa menghadapi cabaran yang berlainan. Dengan kehidupan yang lebih senang sekarang, anak-anak lepas bebas bersama kengkawan. Aku percaya bukan ibu bapa tersebut tidak menasihati tetapi dalam transition times dari kanak-kanak ke remaja pengaruh rakan sekeliling sangatlah kuat. Naik berbuih mulut mak ayah menasihat, jika dipukul seperti zaman dahulu mereka lari dari rumah. Masalah ini mungkin datang daripada kita juga. Kita mungkin terlalu keras mendidik atau terlalu berlembut dengan mereka. 

Ada parents yang sangat baik, macam ustaz ustazah mendidik anak tetapi perangai anak seperti syaitonirajim. Ada imam masjid yang memiliki anak bermasalah sosial juga. Di mana silapnya? Sedih dan hampir berputus asa kan?

Bila mengetahui perangai anak seseorang begitu begini ramai yang membuat 'halaqah ketupat'. Tahu tak? Mengumpat. Judgemental tu jangan cakaplah. Janganlah rapat sangat dengan golongan ini dan kumpulan yang selalu bercakap hal negatif. Lama-kelamaan kita mungkin akan berfikiran negatif seperti mereka.

Ada pula yang mencadangkan begitu begini. Nasihat yang baik kita cuba ikut tetapi perlu diingat kita hanya berusaha, mujarab ke tidak hanya Allah yang berkuasa menentukannya. Berdoalah. Yang menasihat pun kena ingat, satu solution bukan boleh terpakai kepada semua orang. Manusia dan kehidupan berkeluarga itu unik. Yang menasihat pun kena ingat juga, mendidik anak lelaki tak sama dengan anak perempuan dia yang seketul dua tu. Tambahan pula jika remaja tersebut tinggal dibandar yang sekular. Anak perempuan bolehlah kita simpan bawah kopek, anak lelaki fitrahnya tak sama.

Kadang-kadang kita dengar parents yang bangga anaknya tidak membawa masalah. Sebenarnya ia bergantung kepada tahap tauhid kita, keterbukaan kita kepada persekitaran dan lain-lain faktor. 

Ada yang kata anaknya baik tetapi sebenarnya anak dia tak solat. Melawan Tuhan setiap hari tu baik ke? Ada yang kata anaknya baik tetapi mereka sebagai ibu bapa tak pernah dapat melihat apa yang ada dalam handphone anak. Setiap apps ada password tu... jangan sembanglah kalau yang itu pun tak jelas. Video seks melambak dalam wechat dan whatapps. Ada yang rasa secure sebab anaknya bersekolah agama atau menyambung pengajian di bidang agama di universiti. Oh please lah, ada je yang buat maksiat. Nak jadi guru agama tetapi dating siap berpegang tangan. Ada yang rasa anaknya baik sangat sebab mendengar kata. Cuba ko lepaskan dari kopek tu dan biar dia berdikari seperti anak orang lain jauh dari keluarga? Entah entah kena culture shock. I've seen all that.

Masih rasa selamatkah kita sebagai ibu bapa? Bimbang kan? Orang dedulu selalu berkata menjaga kerbau sekandang lebih senang daripada menjaga anak dara seorang. Aku selalu tak bersetuju sebab difokuskan kepada anak perempuan sahaja. Anak perempuan disuruh buat itu ini, anak lelaki dibiarkan melingkup dari pagi hingga ke petang. Yang bakal imam keluarga tu jika tak dijaga dengan betul pun boleh merosakkan anak dara orang lain juga. 

Risau beb dengan kemajuan teknologi hari ini. Zaman aku dulu kalau nakkan hiburan kena keluar rumah. Kalau ada duit dapatlah tengok wayang. Kalau takde duit lepak di taman dengan kengkawan tengok orang 'buat wayang' hahhah... Sekarang hiburan masuk ke rumah tanpa kawalan. Kita tak belikan handphone dia usahakan sendiri kumpul duit belanja sekolah dan buat kerja part time. Kita tukar password wifi dia guna data. Bilik dah gelap tapi cahaya bersinar dari dalam selimut. Macam ada bisnes besar tak sudah sudah dengan handphone. Abih camno? 

Setelah kita berusaha dengan tangan dan menasihati, kita serahkan kepada Allah. Yang penting kita berusaha dan berdoa tanpa henti. Yang lain tu bertawakal sahajalah kepada Allah. Mohon Allah turunkan redhaNya diatas redha kita.

Marilah kita mulakan usaha yang nampak kecil ini tetapi mempunyai kesan jangka panjang yang baik. Sama-sama kita cuba ya!

CIUM ANAK

Empat tempat bapa dan ibu kena cium anaknya setiap hari dan lima tempat sentuhan atau digosoknya.

Empat Ciuman & Lima Sentuhan

Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.


4 Ciuman

1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya'Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.


Manakala 5 Sentuhan pula ialah:

1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memgang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu.

Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.

Wallahu a'lam.



#UAM, 24 Julai 2016/19 Syawwal 1437H.


Tenggelam Dalam Kemewahan InterContinental Hua Hin

$
0
0

Tenggelam Dalam Kemewahan InterContinental Hua Hin | Hua Hin yang berada di Teluk Thai mula dikenali selepas tahun 1920an apabila keluarga Diraja Thai membina istana musim panas mereka di sana. Hampir sekurun ia menjadi tempat percutian popular dan ekslusif kepada pelancong asing dan dan tempatan.


Hua Hin bandar pesisir pantai tidak jauh dari Cha-Am dan memiliki lapangan terbangnya sendiri. Hua Hin juga menganjurkan Festival Jazz setiap tahun. Di sepanjang jalan dari lapangan terbang berderetan hotel dan resort berbintang yang bersedia menerima kehadiran tetamu. Pantainya yang cantik dan landai, restoran makanan laut, padang golf, wat/kuil yang berseni binaannya menarik pelancong ke sini.

Pada hari pertama sampai di Bangkok aku rasa owh best-nya bilik ni...besar! Siap dengan dua cermin bulat, dua cermin panjang dan satu cermin kecil untuk picit jerawat. Eh?! haha... Namun apabila aku checked-in di InterContinental Hua Hin...... fikiran terus berubah. Even pakaian staf wanita pun sangat cantik. Bagaimana agaknya keadaan bilik aku kali ini eh? Exited nak tunjuk kat hampa...:-)



Club InterContinental Room - UNIQUELY INDULGENT
-Experience world class luxury in truly charm Thai- 

Semasa menuju ke bilik, mata dijamu dengan hiasan dalaman yang indah dan pemandangan yang sungguh mendamaikan. Pohon kemboja ditanam dengan banyaknya sehingga menghasilkan bauan yang enak. Wangi je. Allahu.. terbau-bau lagi di hidung.

Club InterContinental Room aku ni seluas 55mps dengan bath tub dan day bed yang luas di balkoni. Sayangnya bilik aku tiada kolam renang yang semi private tu. Boleh terjun ke kolam dari bilik uols.. paling best ada personalized butler service. Tempat tidur pun dia siapkan untuk kita beradu. Sofistication and comfort. Dimanjakan, feeling princess gituh.

Bilik dan suite di kedua-dua sayap bangunan menawarkan bilik yang mewah. Swimming pool pun bukan main menarik lagi tapi tak sempat nak test disebabkan early check-out. Frust la sikit. Lekapan dan lengkapan di dalam bilik hanya yang terbaik. Kopi "illy", Teh "TWG" dan kelengkapan mandian daripada La'Occitane. Sebekas buah-buahan dihadiahkan selain maccaroon dihantar sebagai kudapan malam. Selipar dan bathrobe pun lain daripada yang disediakan kebanyakan hotel. Rasa nak bawa balik bathrobe tu heheh...

InterContinental Hua Hin Resort mennawarkan bilik mewah, suite, villa dan La Residence penginapan yang direka dengan menginspirasikan keindahan Hua Hin dan istana diraja. 'Rumah persendirian' dua tingkat ini ada kolam renang infiniti dan pintu masuk tersendiri. Pilih yang mana satu idaman kalbu. Tepuk dada tanya poket.

Banyak fasiliti yang ditawarkan seperti signature spa, ruang yang versatile untuk pelbagai acara, futness centre yang lengkap dan sebagainya. Tak kiralah untuk leisure ke.. business ke.. resort ini menjanjikan kemesraan budaya Thai dan servis yang cekap. Bab servis ni memang betul sebab aku ada minta tolong sesuatu and they were very attentive.






Dengan pemandangan indah matahari terbit, sekitar jam 6.00 - 6.30 pagi kita akan dapat melihat para sami (monk) berjalan dipantai sambil menerima sumbangan makanan daripada tetamu lalu membacakan doa. Monk di Thailand bekerja secara sukarela. Menurut tour guide kami Wanna, mungkin monk di kuil diraja diberikan elaun khas. Kerajaan tak mampu memberikan elaun kepada semua sami kerana terdapat 32,000 kuil di Thailand. Jika mereka dijemput ke majlis tertentu ada yang memberikan sumbangan kewangan selain makanan. Cuma sesetengah sami di Hua Hin ini agak kurang mesra pelancong tidak seperti di Bangkok.

Pukul 5.30 pagi lagi aku dah ada di tepi pantai ni menunggu monk. Rupa-rupanya start pukul 6 baru mereka lalu huhu.. Matahari pun macam hendak tak hendak je keluar.





Resort ini juga telah dicalonkan dalam 2016 "World Travel Awards" and "World Luxury Hotel Awards".

InterContinental Hua Hin Resort
33/33 Petchkasem Road, Hua Hin,
Prachuabkhirikhan 77110, Thailand
Phone: +66 (0) 32 616999
Facsimile: +66 (0) 32 616555
ichh.rsvn@ihg.com

http://huahin.intercontinental.com


Resort Luxury, Perfectly Expressed


Hukum Orang Yang Tidak Ke Masjid

$
0
0
Assalamualaikum.

Pernah terfikir tak, kita solat lima waktu, puasa Ramadhan tak pernah tinggal, rajin pula ke masjid dan surau menimba ilmu tetapi belum seorang pun lagi yang kita dakwahkan? Kita sombong, belajar untuk diri sendiri saja.

Pernah tak terfikir kita hanya berada di sekeliling orang-orang yang kita biasa, tetapi tidak berada bersama dengan orang yang perlukan dakwah? 

Pernah tak terfikir macam tu?

Tetapi, jika nak berdakwah tu tak perlulah radikal sangat. Janganlah ingat kita tarbiah orang hari ni esok pagi dia nak berubah jadi baik. Kita pun belum tentu masuk syurga. Jangan confident sangat bagaikan nama kita dah dalam senarai masuk ke syurga sepantas kilat. Jangan.

Syurga itu mahal. Takkan sesenang je Allah bagi masuk tanpa ujian. Nak masuk universiti pun kena cemerlang dalam SPM, kan??

Women's Journey Thailand | Thailand Through HER Eyes 2016

$
0
0

Women's Journey Thailand | Thailand Through Her Eyes 2016 | Setelah persiapan rapi dibuat bulan Ogos pun tiba untuk direalisasikan program menarik khas untuk wanita yang melancong dan mengembara di "land of smiles". Seperti yang pernah aku pos sebelum ini, Tourism Authority of Thailand telah memperkenalkan lima konsep promosi selain applikasi telefon pintar untuk memudahkan pelancong wanitanya.



Rasa bertuah terpilih dalam program ini yang melibatkan 84 journalists, bloggers and social media influencers yang dibahagikan kepada enam kumpulan untuk melihat sendiri projek diraja yang telah dijalankan selain menikmati budaya asli Thai. Kumpulan aku cover Bangkok-Ampawa-Hua Hin-Kanchanaburi. Semua perempuan, best!  Kami dibawa ke tempat-tempat menarik untuk dirakamkan gambarnya. Thailand Through HER Eyes 2016 - memfoto apa yang menarik perhatian kami. 84 perspektif.

Sawaddikaa..

Dari lapangan terbang kemudahan telah diatur dengan tersedianya kaunter imigresen "women's only". Sayangnya aku terlupa... pi beratur kat kaunter biasa yang barisannya seperti ular kena palu. Nasib baik servis pantas. Bukan di Suvarnabhumi Airport sahaja, Don Mueang (Bangkok), Chiang Mai, Phuket and Hat Yai juga memberikan servis istimewa yang sama sepanjang Ogos ini.

H.E. Mrs. Kobkarn Wattanavrangkul, Menteri Pelancongan dan Sukan sendiri teruja menyokong kempen ini sambil menggalakkan wanita di luar sana menyeimbangkan kerja-gaya hidup dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk travel to recharge our life. Tambahan pula Thailand sesuai dilawati sepanjang tahun

"To enhance Thailand’s positive image as one of Asia’s most female friendly destinations, TAT is inviting 33 professional lady photographers from around the world to join the Thailand through Her Eyes 2016 activity from 2-7 August.

Some of the participating photographers are USA’s Alison Wright, Qatar’s Andrea Buenafe, China’s Zhang Xiao Mei; Japan’s Asaoka Megumi, Australia’s Heather Marie Udy, and India’s Deepti Asthana."


Lady Golf Challenge turut diadakan dengan pakej istimewa. Ini bukan my line.. tak reti ai. TAT juga menganjurkan Lady Celebrities to Thailand familiarisation trip dengan kerjasama Thai AirAsia. Itu baru sebahagian aturcara sahaja dalam usaha memperkuatkan imej positif Thailand dalam menerima serta memenuhi keperluan pelancong wanita selain menyakinkan khalayak bahawa Thailand ialah salah sebuah negara yang paling mesra pelancong wanita di Asia.

Walaupun aku dijemput sebagai one of the lady photographer selain Lim E-Ling dari PCP Publications tidaklah sekelumit pun aku merasa termasuk dalam kategori professional. Cuma aku rasa jika ada orang tidak menggemari masih ada yang meminati dan menghargai hasil kerja kita. Visual mampu mempengaruhi fikiran manusia. Gunakanlah apa jua jenis bahasa BM ke BI ke bahasa pasar ke.. bahasa mat rempit ke.. asalkan pengalaman dan maklumat yang ingin kita kongsi sampai kepada khalayak. Saya hanya ingin bercerita bukannya nak menjawab paper BM dalam SPM.

Banyak kali juga berharap untuk mengembara bersama dengan photographer lain, yang tak perlu diberi arahan nak gambar begini begitu... sekali hamik kau Tuhan bagi lapan orang terus untuk jadi jurugambar peribadi hahah...sampai naik takut nak tidur dalam van sebab ada yang tak tidur, kerjanya klik klik sesajor. Nak menguap pun toleh kiri kanan hahha... nak sangat kan?


THE GRAND WELCOME RECEPTION

The Tourism Authority of Thailand (TAT) secara rasminya melancarkan kempen yang ditunggu-tunggu Women’s Journey Thailand dalam sebuah majlis makan malam yang hebat di Royal Thai Naval Convention Hall, Bangkok. Majlis dirasmikan oleh H.E. General Tanasak Patimapragorn, Timbalan Perdana Menteri Thailand, and H.E. Mrs. Kobkarn Wattanavrangkul, Menteri Pelancongan dan Sukan.

Selain Mr. Kalin Sarasin, Pengerusi Lembaga Pengarah TAT, para eksekutif TAT dan pemain industri yang turut hadir, lebih daripada 150 selebriti ternama, blogger dan jurugambar dari seluruh dunia juga dijemput untuk terlibat sama dalam kempen ini.

H.E. General Tanasak Patimapragorn, Deputy Prime Minister of Thailand (back row, 5th from right), H.E. Mrs. Kobkarn Wattanavrangkul, Minister of Tourism and Sports (front row, 3rd from right), and Mr. Kalin Sarasin, Chairman of the Board of TAT (front row, 4th from right), along with TAT Executives and representatives from leading players in Thailand’s tourism industry as well as celebrities and bloggers from around the world.


Nampak cantik je baju kemban berbunga pink tu.


 Ai makan sayur je haa.. tapi balik tak kurus juga.


Ramailah VIP yang hadir pada malam tersebut termasuk Miss World Australia 2016 bersama empat runner-ups dan Ms. Chalita Suansane, Miss Universe Thailand 2016. Cantiknya Ms Thailand ni..(kulit orang Asia memang lebih cantik). Majlis sangat meriah dengan kehadiran wanita cantik dan gorgeous. Lain sangat tau penampilan malam tu ber- evening dress berbanding hari-hari kemudiannya hehe..

Esoknya bermulalah acara sebenar. Kami diuruskan dua orang tour guide iaitu Ms Wanna dan Mr Thana manakala Khun Beng dan Khun Kif dari TAT Bangkok mengiringi. Aku bagi teaser dulu, nak tunggu aku pos satu persatu entah bila sudahnya.

Day 1 : Bangkok
Hari pertama penat giler weh, banyak lokasi dengan ramai orang... dengan panasnya lagi. Ada dua tempat yang kami tak pergi sebab dah malam dan kami rasa tak sesuai untuk diambil gambar ketika itu (actually takde dalam itinerary pun) tetapi bersetuju untuk dibawa ke lokasi misteri. Misteri sangat oit. Perasaan aku masa tu macam sedang beraksi dalam scene kejar-mengejar dalam filem Hong Kong. Naik tuk tuk the Fast & Furious way keluar masuk lorong! Laju giler.. hehe..enjoy Thailand!


Tak sangka di lokasi misteri tersebut ialah River Vibes Restaurant & Bar menghadap Sungai Chao Praya yang penuh dengan omputehs. Dari atas tu boleh nampak both sides of Bangkok, old and new.

Selepas sarapan kami terus menuju ke ....



Wat Pho | Temple of the reclining Buddha

Pelancong punyalah ramai di sini. Jangan haraplah nak bergambar dengan clean background. Jika ingin mengambil gambar Buddha yang mengiring tu dari kepala ke kaki memerlukan super wide angle lens.

Kami ke sini siang dan malam. Gambar malam cantik weh. Wat dibuka sehingga pukul 10 malam.





Aku akan tunjukkan lebih banyak gambar dalam entry khas nanti.

Bangkok Canal Tour

Dua kali ke Bangkok sebelum ini tak sempat mencuba canal tour.





Yodpiman River Walk & Yodpiman Flower Market
Ada lebih banyak bunga di waktu pagi. Pasar yang dibuka 24 jam ini menjual bunga dan sayuran. Murahnya bunga.... kalau last day di sini mungkin nak beli untuk dibawa balik.




Klhong San Market - Jam Factory (kafe hipster)
Kami menaiki tuk tuk ke sini. Do like locals, feel like locals.




Wat Prayun




Wat Arun
Kuil Buddha ini masih dalam proses pengubahsuaian.


Minum di River Vibes



Pemandangan malam kota Bangkok dari River Vibes.


Day 2 : Bangkok-Ampawa

Rom Hub Market
Jam 7 pagi dah bertolak ke daerah Samut Songkran menunggu keretapi lalu di 'umbrella folding market'. Di Thailand saja ada ni.




Baan Rim Klong Homestay




Wat Bang Kung



Foot Massage di atas Hatthara boat.
Bersantai menaiki bot sambil berurut kaki selama 45 minit. Pengalaman yang hebat! Selama ni berurut di kedai saja. Hanya 3000 baht untuk 6 orang sebot. Kalau kita naik dua orang pun tetap kena caj 3000 baht.


Day 3 : Ampawa - Hua Hin
Pepagi bersantai naik basikal hingga ke King Rama Park. Tak masuk sebab masih awal pagi. Ampawa Floating Market pula hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Thai Silk Village Factory

Hua Hin Night Market


Day 4 : Hua Hin - Kanchanaburi
Pukul 5.30 pagi aku dah menunggu sami yang akan lalu untuk menerima sumbangan makanan dari orang ramai. Duduklah dalam gelap tu sensorang hehe.. walhal monk tu pukul 6.00 - 6.30 baru lalu.



Taweechai Elephant Camp



Menaiki Death Railway Train menyeberangi River Kwai. Dua tahun lepas aku naik keretapi untuk pelancong yang membawa hanya beberapa kilometer sahaja. Kali ini keretapi yang beroperasi secara normal. Di Thailand koc kelas ketiga boleh dinaiki secara PERCUMA oleh penduduk Thai. Pelancong asing pula perlu membayar tambang yang sangat murah.



Day 5 : Kanchanaburi
Menaiki bot menyusuri Kwai Noi (Sungai Noi) melawat Mon Village. Selepas makan tengahari berendam di 'onsen' dan mud spa di Hot Spring Rock Valley.


Day 6 : Kanchanaburi - Bangkok
Kembali ke Death Railway di River Kwai untuk mengambil gambar. Dua hari lepas tak sempat sebab kami menaiki keretapi tu. Untuk mengalami pengalaman menarik ini kita kenalah tahu waktu ketibaan keretapi. Datang awal lagi bagus.

Membeli-belah di Asiatique



Day 7 : Bangkok
Lawatan rasmi sudah tamat. Aku memilih untuk ke Forensic Museum di Siriraj Hospital sebelum dihantar ke airport jam 1.45 petang. Dari tahun lepas lagi nak pergi. Dalam brosur tulis waktu operasi jam 9 pagi tapi.... 10 pagi baru buka! isk..


Berada sembilan hari di Thailand tidaklah terasa seperti tak sabar nak balik. Mungkin disebabkan kemesraan mereka dan sudah terbiasa makan makanan Thai seperti tomyam, phad thai dan tomyam gung. Kalau makan di restoran Malaysia ni itulah juga yang aku makan. Di rumah pun masak tomyam.

Diharapkan blog post selepas ini dapat membantu anda yang ingin bercuti di Thailand. Jadikan Bangkok sebagai base untuk explore kawasan lain. Setakat perjalanan dua tiga jam dari Bangkok tu bukanlah jauh mana pun.. 


Penting ni...

To support the Women’s Journey project, the special deals from the Amazing Thailand Grand Sale will be extended to 31 August, 2016. Shopping sampai rebah kak!

Untuk maklumat lanjut sila lawati website di bawah:
Visit www.tourismthailand.org/womensjourney for further details on Women’s Journey Thailand.

Visit http://atgs2016.thailandshoppingparadise.com/ for details on Amazing Thailand Grand Sale 2016. See More


Nota:
Walaupun ada kes letupan bersiri terbaru, secara amnya Thailand masih negara yang selamat untuk dilawati. Nanti aku cerita tentang public transport di Bangkok yang pelbagai dan MURAH.




Pengangkutan Awam Yang Murah Dan Mudah Di Bangkok

$
0
0

Pengangkutan Awam Yang Murah Dan Mudah Di Bangkok | Bangkok yang dahulunya dipanggil 'Krung Thep" menjadi ibu negara Thailand selepas berpindah dari Ayutthaya pada 1782. Ia menempatkan lebih daripada lapan juta manusia setiap hari. Tidak hairanlah mengapa jalanrayanya begitu sesak dengan kenderaan. 



Kota Bangkok terbahagi kepada dua bahagian, lama dan baru. Yang baru dipenuhi dengan bangunan unik yang tinggi serta pusat membeli-belah yang begitu banyak dan menjadi 'syurga' membeli-belah kepada wanita. Dari segi harga barangan Bangkok (Thailand secara keseluruhan) sememangnya menjadi saingan Malaysia. Terkenal dengan kehidupan malamnya yang 'nakal' Bangkok juga dikenali kerana dengan kuilnya, istana, terusan dan pasar.  Ia menjadi nadi kehidupan dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, keagamaan, budaya, politik, pendidikan dan perniagaan.

Kesesakan lalulintas di Bangkok diketahui ramai. Perjalanan kami ke Royal Thai Naval Convention Hall untuk majlis makan malam dari hotel di Ratchadamri mengambil masa hampir satu setengah jam di waktu puncak. Sedangkan perjalanan balik hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam. Namun begitu pihak berkuasa Thai menyediakan pelbagai alternatif untuk memudahkan kehidupan rakyatnya. BTS, MRT, teksi, teksi motor, bas, tuk tuk dan bot membantu mempercepatkan perjalanan.

Walaupun kita mengikuti pakej pelancongan di sana elok juga mencuba beberapa jenis pengangkutan awam untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat setempat. Otherwise kita akan berada dalam dunia kita sendiri walaupun berada di negara orang. Naik public transport la best beb.


Bagaimana untuk ke Bangkok dari lapangan terbang?

Bangkok memiliki dua lapangan terbang, Survanabhumi dan Don Muang. Don Muang menyelaras pelepasan/ketibaan perkhidmatan penerbangan tambang rendah domestik dan antarabangsa.

Dari Survanabhumi Airport
Untuk perjalanan yang lancar dan sepantas 18 minit sahaja kita boleh menaiki Airport Rail Link (Express Line) yang berkelajuan 160km/j. Waktu operasinya bermula jam 6:00 hingga 24:00 .

Yang biru tu City Line, yang merah Express Line.

ARL Express Line terus menuju underground inter-change station MRT Makasan manakala ARL City Line akan berhenti di enam buah stesen termasuk MRT Makasan sebelum berakhir di BTS Skytrain (lrt) Phaya Thai station. Perjalanan lengkap mengambil masa 30 minit. Macam KLIA Ekspress dan KLIA Transit dari KL Sentral tu. Dari stesen Makasan kita boleh menyambung perjalanan ke arah lain dengan menaiki metro di MRT Petchaburi. Kalau rasa sampai Bangkok terus nak shopping sila naik City Line dan turun di Ratchaprarop untuk ke Pratunam (yang ada Platinum Mall semua tu).

Sila ke tingkat satu untuk menggunakan ARL. Tambang 15-45 baht berdasarkan jarak.


Dari Don Muang International Airport
Seperti biasa kalau nak mudah naik saja teksi. Jika tiada apa yang dikejar boleh naik bas Airport Shuttle A1 dan turun di bus stop BTS Mo Chit. Jika mahu menyambung perjalanan ke daerah lain turun di stesen bas Mo Chit. THB30 saja dik untuk berjalanan lebih kurang 20km. Frekuensinya setiap 20 minit dengan tempoh perjalanan sekitar 60 minit.

Ataupun kalau nak mencuba kelainan boleh naik keretapi Northern Line ke Hua Lamphong Railway Station. Semua jenis keretapi akan berhenti di Stesen Don Muang. Seberangi jejantas di belakang airport tu. Dari HLRS boleh naik MRT/bas/teksi ke destinasi memasing. Tambang hanya 8 baht. Murah tapi lambat :-)) 

Air Asia beroperasi dari sini jadi kalau ada connecting flight dengan international airlines lain kenalah buat kira-kira bab masa tu kerana kebanyakan iternational flights berlepas dari Suvarnabhumi Airport.


PENGANGKUTAN AWAM DI KOTA BANGKOK

Keretapi @ Train service in Bangkok
Perkhidmatan keretapi di Thailand yang berpusat di Hua Lamphong Railway Station menghubungkan banyak bandar kecil dan besar dengan kekerapan tinggi. Seronok menaiki keretapi di Thailand terutama di waktu pagi. Tak perlu risau dengan kesesakan kerana kita melawan arus, orang sibuk ke Bangkok kita keluar dari Bangkok. Dalam train tu nanti pelbagai ragam orang kita boleh lihat. Selalunya mereka ramah tapi tak boleh berbahasa Inggeris. Ada sajalah nanti akak akak yang menjual air, makanan berat dan snek.

Stesen Keretapi Hua Lamphong ialah stesen utamanya yang dihubungkan dengan sistem MRT Hua Lamphong. Ia juga berdekatan Yaowarat, pekan Cina yang menjual barangan secara runcit dan borong.

Tiket boleh dibeli pada hari yang sama atau advance. Sila berurusan di kaunter sahaja, they are there to assist you. Tak perlu nak berbahasa Inggeris tersusun sangat, cakap direct ke mana nak dituju. Just be polite.

Perkhidmatan keretapi boleh digabungkan dengan mini bus (van) dan feri. Sebenarnya menaiki keretapi menjimatkan waktu menunggu tidak seperti menaiki kapal terbang. Sebelum fly kita perlu berada di lapangan terbang dua jam sebelum departure. Naik keretapi ni lima minit sebelum pun boleh.

Aku selalu naik third class coach saja... walaupun koc kelas ketiga tanpa air-cond ianya selesa, selamat, murah dan bersih. Nyaman rasanya muka ditampar bayu pagi. Boleh lihat di sini untuk semak jadual perjalanan.


Metro @ MRT
Buat masa ini hanya ada satu Blue Line dari Hua Lamphong ke Bangsue Station. Tiket MRT dan Skytrain berlainan. Yang bagusnya kalau tiada wang kecil kita boleh terus membeli tiket di kaunter.

Jika hendak ke Chatuchak Weekend Market sila turun di Kamphaeng Pet, ia betul betul dalam pasar malam terkenal tu. Stesen Chatuchak Park agak jauh.. cair mekap weh. Jika mahu ke Khlong Toei wet market sila exit di Queen Sirikit National Convention Centre. Dekat.


BTS Skytrain
Skytrain banyak membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas di Bangkok. Walaupun kita tetap rasa penat dalam kesesakan trafik di sana cuba bayangkan pula jika Skytrain tiada? Air pollution satu hal, boleh hilang kesuburan dek stress ni.

Terdapat dua jaluran iaitu Sukhumvit Line laluan Bearing-Mo Chit dan Silom Line laluan Bang Wa-National Stadium. Jika mahu menggunakan bot ke Siriraj Museum contohnya, turun di stesen Saphan Taksin kemudian naiki bot. Jika mahu ke Chatuchak Weekend Market turun di Stesen Mo Chit dan berjalan kaki sahaja dari sana. Kalau malas, sambung naik MRT dari Stesen Chatuchak Park dan turun di Stesen Kamphaneg Phet. Tu tahap malas sangat dah tu heheh...

Kaunter yang disediakan hanya untuk menukar wang besar kepada denominasi yang lebih kecil. Tiket kena beli di vending machine yang disediakan. Tourist pass untuk perjalanan sepanjang hari pun ada dengan kadar 100 baht + deposit kad 30 baht yang akan dipulangkan semula. Multiple ride pass pun ada. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Customer Service Staff. Cara ini lebih memudahkan sekiranya mahu berlamaan di Bangkok. Takdelah sampai terbalik handbag mencari duit syiling heheh..


Chao Phraya Express Boat





Sungai Chao Praya menjadi mercu tanda Bangkok dan nadi kehidupan penduduknya. Sungai ini sangat sibuk dengan bot dan cruise ship. Pada aku sistem pengangkutan air ini sangat menarik dan agak efisien. Terdapat dua jenis bot, yang bendera biru tu Tourist Boat, bendera oren public boat. Ada lagi satu bendera kuning.

Rasanya kebanyakan pelancong ingin cuba menggunakan perkhidmatan  Chao Phraya Express Boat ini. Dahlah tambangnya murah, senang saja menggunakannya. Yang penting kita tahu di mana nak turun. Sathorn (Taksin) dianggap central station kerana menghubungkan kepada BTS Saphan Taksin. Bot-bot ini  beroperasi setiap 5-20 minit dari 6:00 - 17:00 jadi kita tak perlu terpengaruh dengan 'ayat-ayat' pengusaha teksi sungai yang cajnya lebih tinggi.

Bot-bot ini pada asasnya bergerak dari Wat Rajsingkorn ke utara hingga Nonthaburi dan berhenti di kebanyakan tarikan pelancongan di Rattanakosin seperti the Grand Palace (Tha Chang), Wat Pho (Tha Tien), muzium di Hospital Siriraj (Siriraj) dan bacpackers mecca, Khao San Road (Phra Arthir pier). Di pengkalan/jeti yang besar kita boleh beli tiket sebelum boarding. Tak pun bayar saja kepada konduktor bot. Bot bendera oren yang banyak berhenti di tourist attractions.

Selain daripada itu ada juga feri untuk menyeberangi sungai yang servisnya setiap 10 minit. Tambangnya hanya THB3. Tiga posen ja... Tiket beli di kiosk.


Saen Saep Express Boat
Bot ini memberi servis sepanjang Saen Saep Canal (terusan @ khlong) sepanjang 18km, salah salah terusan yang melalui Bangkok. Ia digunakan penduduk tempatan berulang-alik ke tempat kerja bermula 5.30 pagi hingga 8.30 malam.

Terusan ini selari dengan Phetchaburi Road dan memberikan kemudahan akses kepada Golden Mount di Rattanakosin (dan Khao San Road) ke Siam Square dan Pratunam. Golden Mount Line bermula dari jeti Panfa Leelard ke jeti Pratunam. Jika mahu menyambung perjalanan selepas Pratunam anda perlu menukar bot di sini, sila naik NIDA Line pula. Ia akan membawa ke arah timur ke Sukhumvit dan Ramkhamhaeng. Jangan buang tiket eh.

Tambangnya 10-20 baht dan dibayar di atas bot. Ia tak berhenti di setiap jeti jadi gunakan loceng yang disediakan sebelum sampai ke jeti yang berkenaan. Bolehlah try kalau kita nak melihat kampung orang.


Teksi Sungai
Teksi sungai ini boleh disewa sekiranya tempat yang ingin kita tujui itu berlainan dengan yang telah disetkan kerajaan. Kosnya lebih tinggi sehingga 1,000 bath seorang.


Bot Pelancong (bendera biru)
Bot ini lebih sesuai digunakan pelancong jika mahu ke lokasi-lokasi menarik di Bangkok. Tambangnya 150 baht untuk day pass dan akan tamat beroperasi jam 3 petang. Single ticket 40 baht. Bot ini lebih selesa dengan English commentary. Tibanya setiap 30 minit.

Disebabkan mereka ni berebut pelanggan, kekadang mereka memberi maklumat yang salah. Bot pelancong ini juga akan berhenti di public piers yang ada tulisan biru "Tourist Boat" yang bermakna anda juga boleh menaiki bot berbendera oren. 


Canal Tour
Bot-bot ini kebanyakannya bermula di sebelah timur Sungai Chao Praya hingga Thonburi, melewati Wat Arun, the Royal Barges National Museum dan pasar terapung. 



Tuk-tuk
Kenderaan beroda tiga ini bergerak dalam bandar Bangkok. Elok dapatkan tuk tuk yang sedang bergerak di jalan raya daripada yang menunggu pelancong disesuatu lokasi. Pastikan driver tuk tuk bersetuju ke destinasi yang ditentukan dan pastikan harga tambang sebelum naik. Kalau dia buat perangai turun saja. Kekadang tambang teksi bermeter lagi rendah daripada tuk tuk.


Tuk tuk and motorbike taxi

Songthaew
Ini kenderaan empat roda yang ada dua tempat duduk (pangkin) di belakang yang biasanya memberikan servis di kawasan perumahan. Tambangnya 7 baht. Tekan loceng sebelum turun.


Teksi Motorsikal
Jika mahu ke destinasi dengan pantas motorbike taxi ni boleh membantu. Pemandu akan memakai fluorescent vest kuning-oren atau vest merah. Disebabkan dia boleh memberikan servis dengan pantas tambangnya juga lebih tinggi. Mereka akan berada di kawasan yang sibuk. Silalah buat tawar-menawar sebelum naik.


Bas 
Bas tempatan dioperasikan oleh Bangkok Mass Transit Authority. Inilah jenis pengangkutan paling murah di Bangkok. Cabarannya, anda perlu tahu ke mana hendak dituju dan dimana hendak berhenti kerana no english. Orang tempatan yang berbahasa Thai boleh 1384 Bus Route Hotline meminta bantuan, foreigner macam mana?



Untuk memudahkan hidup kita boleh gunakan Google's transit planner function di Google Maps untuk merancang perjalanan. Boleh juga gunakan Transit Bangkok. Hotel/guest house pun boleh bantu. FIY dari bus stop depan Bangkok Centre di Hua Lamphong Railway Station tu ke Sampeng Market tambangnya 9 baht sahaja.


Bicycle tours
Menaiki basikal di ialah cara yang menyeronokkan mengembara di kota Bangkok. Nak berbasikal sendiri boleh menggunakan tour guide pun boleh. Berhati-hatilah ya di jalanraya tu.

Project Bangkok Smile Bike ialah projek bersubsidi yang meminjamkan basikal secara percuma hanya dengan gambar passport sahaja. Nak cubalah next time.

Berhampiran Hua Lamphong Railway Station.

Olympic Rio 2016 | Dear olympians...

$
0
0
Dear olympians,

Thank you for fighting hard

Thank you for uniting Malaysia.

#olympicRio2016



Senarai Kutipan Pingat Malaysia Olimpik Rio 2016 setakat 16 Ogos:

Senarai pingat yang diraih Malaysia di Olimpik Rio 2016 setakat ini adalah seperti berikut:
  • Pingat Perak: Diraih oleh pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara Terjun Women's Synchronized 10 meter platform.
  • Pingat Gangsa: Diraih oleh Azizulhasni Awang dalam acara Berbasikal Keirin lelaki.
Selamat maju jaya untuk kontinjen Malaysia. Malaysia Boleh!

Masalah Rambut Beruban

Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand

$
0
0

Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand | Bangkok terkenal dengan pelbagai perkara, diantaranya ialah terdapat banyak kuil Buddha di ibu kota tersebut. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana 85 peratus penduduk Thailand menganuti agama tersebut. 

Lokasi yang pertama kami lawati dalam program Women's Journey Thailand ialah sebuah wat Siam yang tersenarai sebagai wat yang terpenting dalam enam wat diraja. Ia sangat terkenal dan dihormati menjadikannya 'a must see' apabila berada di Bangkok.

Wat Pho ialah kompleks wat/kuil Buddha yang dibina di Rattanakosin, selatan Grand Palace. Nama rasminya ialah Wat Phra Chetuphon Vimolmangklararm Rajwaramahaviharn manakala gelaran Wat Pho ialah singkatan kepada nama asalnya Wat Photaram. Wat Pho wujud sebelum Bangkok menjadi ibu negara lagi. Ia dibina semula di zaman King Rama I. Renovasi dan pembesaran kompleks wat berlaku secara besar-besaran sewaktu pemerintahan King Rama III. 

Dulu, ibu negara Thailand di Ayutthaya tetapi ia musnah apabila berlaku peperangan dengan Myanmar. King Rama 1 telah mengarahkan supaya patung-patung Buddha di tapak kuil lama di Ayutthaya dipindahkan ke sini menjadikan Wat Pho sebagai sebuah kuil yang memiliki paling banyak koleksi imej Buddha.


Wat Pho Sebagai Pusat Pembelajaran
Diatas kesedaran bahawa ilmu berharga diancam kepupusan, Wat Pho dijadikan pusat pembelajaran perubatan Thai yang pertama di Thailand diatas arahan King Rama III. Hingga kini ia masih menjadi tempat pembelajaran seni urutan Thai. 

Ensaiklopedia bergambar dalam bidang sejarah, perubatan, kesihatan, adat, kesusasteraan, peribahasa, perkamusan dan agama Buddha diukir di kepingan granit supaya tidak hilang ditelan masa. Ilmu berkenaan urutan Thai dan subjek lain ditempatkan di sekitar wat. Begitu juga dinding dalamnya yang menggambarkan mengenai pentadbiran, kisah rakyat jelata dan pertanian yang menjadi pekerjaan utama di waktu itu. Ilustrasi dan inskripsi di Wat Pho telah didaftarkan oleh UNESCO di dalam Memory of World Programme yang diwujudkan untuk mempromosi, memulihara dan mewar-warkan warisan dunia.







Phra Ubosot (Phra Uposatha) atau bot (atas kiri) ialah ruang utama untuk melaksanakan ritual agama dan merupakan bangunan paling suci dalam kompleks Wat Pho.



The Reclining Buddha @ Buddha Berbaring

Wat Pho salah satu diantara wat yang tertua di Thailand. Ia menempatkan patung Buddha sepanjang 46 meter panjang dan 15 meter tinggi berwarna keemasan. Bentuk ikonik ini menggambarkan Buddha berbaring sewaktu kemasukannya ke dalam Nirvana dan berakhirnya jelmaan semula. Ia mengiring ke kanan sambil tangannya mengampu kepala yang ditindan dua biji bantal mozek.


  

Kaki Buddha setinggi tiga meter dan selebar 4.5 meter. Ada kerja-kerja pemuliharaan di bahagian kaki sewaktu aku ke sini.

Wat Pho juga indah dirakamkan gambarnya di waktu malam.


Phra Maha Chedi Si Ratchakan


Di luar Phra Rabiang terdapat banyak chedi/stupa yang lebih kecil yang dipanggil Phra Chedi Rai. 71 buah chedi kecil setinggi lima meter setiap satu menempatkan abu mayat keluarga diraja dan 20 yang besar sedikit dalam lima sekumpulan mengandungi tinggalan Buddha.



Walaupun reclining Buddha bukanlah tempat tumpuan keagamaan tetapi ia merupakan simbol ketaatan agama. Sambutan tahunan untuk Buddha ini sekitar waktu Songkran, dalam bulan April.


Bagaimana untuk ke Wat Pho?
Cara mudah untuk ke Wat Pho ialah dengan menaiki BTS Skytrain hingga ke stesen Saphan Taksin dan ambil Exit 2. Dari sana naiki pula bot Chao Phraya River Express. Naik bot penumpang biasa tu baru 14 baht. Turun di Tha Thien pier kemudian berjalan je terus mengikut signboard, kalau tak pasti ringankan mulut bertanya. Di stesen Saphan Taksin ada Tourist Information Centre... tanya je kat depa.


Tiket Masuk
100 baht bagi pelancong asing.

Nak berurut pun boleh... 250 baht untuk 30 minit, 400 baht untuk servis selama sejam tapi aku pun tak perasan tempat berurut tu sebab punyalah ramai pelawat. 


Waktu Operasi
8.00 pagi hingga 6.00 petang. Compound boleh dilawati hingga 10 malam.


Do's and don't
1. Kasut tidak boleh dipakai di dalam wat. Mereka akan bekalkan kita dengan beg plastik untuk menyimpan kasut.

2. Sleveless, berseluar/skirt pendek atas lutut tidak dibenarkan. Nak masuk rumah ibadah orang pepandailah bawa diri. 

3. Kalau ada sami (monk) tundukkan kepala sedikit dengan tangan dirapatkan ke dada tanda hormat.(faham kot bagaimana?) 

4. JANGAN pegang monk. 

5. Nak wefie dengan monk? Aku tak pastilah boleh ke tidak tapi tak pernah nampak pun sesiapa buat begitu. Jangan ko memandai hahah..






The Optimistic Property Trend in Malaysia

$
0
0
The Optimistic Property Trend in Malaysia (Halatuju Optimistik Hartanah Malaysia)

Brief:- The property market in Malaysia has been the talk of the town for quite some time, as the weak sentiment towards the market has created a state of wait and see approach among buyers. However, many are still hopeful of the market in terms of long-term investment, as the market is foreseen to perform better in the coming years.

There are several factors which influence the market slowdown, as well as reasons on why property investment in Malaysia is still an interesting option.
To get a clear understanding of the current property market, check out the infographic below:
Displaying Infographic.jpeg


Talad Rom Hub (Maeklong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok

$
0
0

Talad Rom Hub (Mae Klong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok | Aku percaya ramai yang telah mengetahui tentang 'folding umbrella market' melalui cerita orang ataupun menonton di televisyen. Di Asia ni rasanya hanya ada di Thailand. Jika ada di tempat lain harap ada yang sudi memberitahu supaya kita boleh update di sini.


Maeklong Railway Market terletak di daerah Samut Songkhram (สมุทรสงคราม) 70km dari Bangkok. yang juga berdekatan dengan Ampawa Floating Market dan Baan Rim Klong Homestay. Ia dimasukkan dalam semua brosur pelancongan kerana keunikannya itu. Pakej yang dijual macam hot cakes. On weekdays pun ramai pelancong asing di sini... ada yang on summer holiday, ada juga yang lari dari kesejukan winter. Memasing mencari spot yang sesuai untuk meramkan gambar/video. 


Apa yang unik dengan Maeklong Railway Market?

Uniknya kerana kerana pasar ini berada di atas landasan keretapi aktif. Asalnya landasan yang dibina pada tahun 1905 ini hanya private line, untuk membawa hasil pertanianlah kot. Payung akan ditutup barangan akan ditarik apabila keretapi melalui landasan dan pasar akan dibuka semula sejurus keretapi berlalu. Barangan jualan yang lebih rendah dari landasan akan dibiarkan saja. Selalunya hon kedua baru para peniaga ni alihkan barangan mereka. Jenuh peniaga ni menyuruh tourist menjauh dari landasan hehe.. Mengetap gigi je lah bila kita dah set video lepas tu ada pulak orang selamba berdiri depan kamera haishhh...

Pasar ini panjangnya kira-kira 100 meter sahaja dan sangat hampir dengan Stesen Mae Klong. Lebar keretapi lebih kurang 10 kaki jadi janganlah berada dekat sangat dengan landasan tu ya. Karang tak memasal jadi bahan berita.

Mari lihat gambar-gambar terbaru ni. Video aku dah share di instagram (sila lihat di sini).




Pelbagai jenis sambal (gambar atas, kiri). Senang hidup kalau gini.

 Dua kali kami lihat keretapi lalu. Puas hati kali ni. Bising TG kami si Wanna tu ha...be careful! be careful! heheh...
 









Bagaimana untuk ke Mae Klong dari Bangkok?
Kita cerita sekali lagilah ya dengan lebih detail. Sebenarnya kalau nak ke pasar unik ini ada beberapa cara.

Cara paling mudah dan tak perlu memikir lansung
Gunakan servis tour agency. Pihak hotel pun boleh uruskan. Bayar saja dan mereka akan bawa hingga ke sana.

Cara kedua
Naik minibus/van dari beberapa lokasi seperti:
  • Victory Monument
    • Southern Bus Terminal: Sai Tai Mai
    • Phra Pinklao Lotus shopping centre (berhampiran Central Plaza Phra Pinklao)
    • Chatuchack di depan Northern Bus Terminal: Mo Chit 
    Cara ketiga
    Naik van dari Bangkok sehingga ke Mahachai. Dari Mahacai naik van lain ke Maeklong. Van banyak dan lebih pantas.

    Cara keempat
    Naik keretapi dari Stesen Wongwian Yai di Bangkok. Untuk ke sini turun di BTS Skytrain Wongwian Yai Exit 3. Punyalah panjang jejantas tu huhu... kena berjalan kaki 20 minit. Dulu dah cerita dah di sini. Berjalanlah ke arah Wongwian Yai di sepanjang Somdet Phra Chao Tak Sin Road. Stesen ini sebelah kiri dan agak tersorok. Naik di stesen Talat Phlu yang 1.5km dari stesen Wongwian Yai pun boleh.

    Kebanyakan train di Wongwian Yai Station koc kelas ketiga yang bergerak lebih kurang sejam sekali bermula 5.30 pagi hingga 8.10 malam. Perjalanan hanya sejam dengan tambang 10 baht. Singgit! Kalau nak koc yang ada air-cond kena naik yang 7.00 dan 10.40 pagi. Aku tau yang pagi ni je lah.. buat apa nak ke sana pepetang ye tak? Tambangnya THB25. Dua ringgit setengah je uols... Aku suka yang ada tingkap senang nak ambil gambar. Dari stesen Mahachai tu naik van ke Maeklong Market.

    Cara terakhir
    Jika tiada kenderaan sendiri tetapi kaya dengan masa ialah.... ikut cara ketiga dulu kemudian bila dah sampai stesen Mahachai tu, naik bot lain menyeberangi Sungai Tha Chin ke Ban Laem train station. Sekejap je naik feri ni... 3 baht. Di seberang sana berjalan kaki 10 minit ke stesen keretapi dan naik train lain ke Maeklong (Samut Songkhram) selama sejam lebih lagi untuk perjalanan sejauh 33.6km dengan tambang 10 baht. Waktu berlepasnya 8:00, 12:00 dan 16:40 . Tahun lepas aku mengejar masa tu yang naik van dari Mahachai.

    Nak balik nanti naik train dari Mae Klong (Samut Songkhram) mengikut jadual di bawah. Cross river dan naik train dari stesen Mahachai (Samut Sakhon) ke Bangkok. Itupun kalau tak penuhlah. Aku suka cara ini, santai je. Very authentic Thai experience.

    Train ini digunakan para penduduk yang tinggal di Samut Sakhon dan Samut Songkram (south west of Bangkok) untuk berulang alik ke Bangkok setiap hari. Kos hidup di Bangkok kan tinggi... stay kat outskirt Bangkok naik komuter pergi kerja.


    Train timetable Ban Laem to Mae Klong


    Jalur keretapi ini terbahagi kepada dua seksyen yang dipisahkan oleh Tha Chin River.
    • seksyen pertama: dari Wongwian Yai to Maha Chai (18 stesen) = 1 jam perjalanan
    • menyeberangi sungai dengan bot = 5 minit
    • seksyen kedua: dari Ban Laem ke Maeklong (15 stesen) = 1 jam 45 minit
    Mahachai tu pekan nelayan jadi stesen keretapinya di kawasan pasar. Sementara menunggu train lain bolehlah berjalan-jalan dulu. Boleh tahan besar juga pekan ni.


    Cadangan perjalanan:
    Elok naik train 4311 yang bertolak dari stesen Wongwian Yai di Bangkok pada pukul 6.25 pagi supaya sempat menaiki train di Ban Laem yang bergerak jam 8.00 pagi.

    Jika ke sini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad boleh terus melihat Ampawa Floating Market.

    Blog post yang dulu tentang Mae Klong Market di sini.

    Pelancaran Promosi Visit Pahang 2017 | Hogoh Pahang!

    $
    0
    0

    Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang telah merasmikan MAJLIS PELANCARAN PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 peringkat kebangsaan sebagai platform untuk mengetengahkan pelbagai destinasi menarik serta acara-acara hebat yang bakal mewarnai kemeriahan Tahun Melawat Pahang 2017. 



    Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah.

    Jika acara pertama Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 yang telah berlangsung pada bulan April lalu di Kuantan Pahang memperkenalkan logo rasmi iaitu (Hogoh Pahang) dan maskot rasmi (Mat Jumbo), majlis yang diadakan di peringkat kebangsaan ini telah memperkenalkan salah satu lagu promosi bagi Kempen Tahun Melawat Pahang 2017. Sedap suara penyanyi tu.. feeling berada dalam dinner show gituh tapi kalau dimasukkan elemen muzik tradisional lagi best kot? Kot la kan..

    Lagu seperti juga gambar, mampu menarik perhatian jika kena gayanya. Ia salah satu usaha untuk menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara bagi merasai sendiri keunikan destinasi pelancongan yang terdapat di 11 daerah di Pahang yang mana merangkumi tiga koridor utama iaitu ‘Highlands’, ‘Nature and Adventure’ dan ‘Islands and Beaches’

     Ketibaan Tengku Mahkota Pahang disambut meriah.

     Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah bersama YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.

    Muzik dan tarian burung kerak nasi best!

    Maskot Pahang.

    Songket dan tali leher tenun Pahang.

     Kenderaan rasmi yang akan digunakan untuk mempromosikan 'Visit Pahang 2017" ke 15 negara.

    Pelancong asing pergi ke Pahang selalunya untuk melihat hutan hujan tropika yang berusia 130 tahun, gua-gua yang masih terpelihara, Pulau Tioman yang indah serta pelbagai jenis flora dan fauna. Jangan tak tahu yang Gunung Tahan tu gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. Kata avid climbers, mendaki Gunung Tahan adalah lebih mencabar daripada Gunung Kinabalu walaupun ketinggiannya hanya 2,187 meter because of its remote location; nak sampai ke kaki gunung pun kena trek hutan berhari-hari dan merentasi sungai yang deras. Westerners memang suka tempat camni dan mereka biasanya datang paling singkat dua minggu. Kalau berborak dengan mereka ni kan, semua kata Malaysia cantik, you're blessed with beautiful country katanya.

    Untuk tahun 2017 nanti banyak acara menarik yang telah disusun setiap bulan. Bermula Januari bakal berlansung Mad Warrior dan Tioman Surfestival. Mad Warrior ni ialah first obstacle race yang dibuat di Pahang. Peserta perlu bersaing untuk melepasi halangan di darat, merentas sungai, memanjat bukit dan pelbagai lagi cabaran. Matilanakkk.. tak dayo den. Kaki bangku macam aku ni takkan masuklah acara gini heheh... baca description pun rasa penat dah. 







    Eh, dah baca ke belum blog post Apa Yang Menarik Di Pahang?  Lepas baca plan ke sana eh, #DekatJe tu. Always remember bila ada event besar di satu satu tempat hotel akan penuh... jadi tempah ler cecepat.

    Untuk mengetahui promosi atau informasi tentang negeri Pahang silalah buka media channel di bawah. Semoga admin rajin update eh.


    Laman Web: www.pahangtourism.org.my
    Facebook: www.facebook.com/tourismpahang
    Instagram: @tourismpahang
    Twitter: @tourismpahang
    Telefon: 09-531 5904

    Thailand | A visit to Wat Prayun in Bangkok

    $
    0
    0

    A visit to Wat Prayun in Bangkok | Lawatan kami ke Wat Prayun sewaktu senja melabuhkan tirainya. Kami ke sana menaiki tuk tuk selepas program food tour. Elok naik tuk tuk sekejap je dah sampai. Kalau naik van kebas punggunglah nak sampai during peak hours tu.


    Wat Prayurawongsawas Worawihan, juga dikenali dengan nama singkatannya Wat Prayun, telah menerima UNESCO Cultural Heritage Conservation Award of Excellence secara rasminya pada 23 April 2014. Proses pemuliharaan Phra Borommathat Maha Chedi (stupa) dan ruang berkembar, Pharin Pariyattithammasala menyaksikan Thailand menerima anugerah tertinggi dalam Anugerah Warisan. UNESCO mengiktiraf usaha pemuliharaan dengan menggabungkan kepakaran teknikal kejuruteraan moden dengan teknik tradisional dan kerjasama kuat diantara sami, pakar dan penduduk tempatan dalam memelihara kuil suci tersebut yang berada di komuniti Kadeejen.

     Sumber Goran Ehren.





    SEJARAH WAT PRAYUN
    Wat ini dibina pada tahun 1828 sewaktu pemerintahan King Rama III (1824-1851) yang merupakan abang kepada King Mongkut yang mula dikenali dalam filem The King and I. Ia dibina sebagai biara oleh Menteri Luar dan Kewangan Diraja, Chao Phraya Phra Klang, pewaris Persian Bunnag clan. Ia asalnya family temple yang dimiliki oleh sebuah keluarga Parsi dari bunnag clan yang berpengaruh.

    1828 lamanya... dah 188 tahun! Hebat betulkan teknologi dahulu kala? Bertahan hingga kini. Khabarnya campuran simen dilekatkan dengan menggunakan putih telur, sama seperti tinggalan istana lama di Yogyakarta. Kena korek rahsia nisbah putih telur dan simen untuk buat eksperimen sendiri ni.

    Wat Prayun merupakan kuil istana kelas kedua yang menjalani proses restorasi pada tahun 2009.  Ia agak kurang terkenal berbanding Wat Pho dan Wat Arun. Terletak di barat Sungai Chao Praya, di bahagian bawahnya juga terdapat muzium kecil yang mempamerkan imej Buddha dan artifak yang dijumpai di bawah chedi pada tahun 2006.



     Tour guide kami petang tu sedang menunjuk ajar Cristina on how to perform rituals. Nampak tak yang berkilat-kilat tu? Kertas emas kecil dilekatkan pada dinding wat dengan hajat tertentu.



     Kena merangkak sekejap untuk keluar.


    KEUNIKAN WAT PRAYUN
    Selain ruang yang biasa ada di dalam mana-mana wat Buddha besar seperti perpustakaan, perhimpunan dan chedi (stupa) kelainan yang terdapat di wat ini ialah pagar merah setinggi 1.5 meter yang dibuat daripada senjata peperangan seperti kapak, pedang dan tombak. Dahulunya ia melingkari keseluruhan kuil/wat tetapi kini hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan, dari pintu masuk ke chedi.

    Wat berbentuk loceng berwarna putih dengan luas dasar 80 meter memudahkan wat ini dikenali. 18 chedi yang lebih kecil ditempatkan di sekeliling wat.


    PENGALAMAN DI WAT PRAYUN
    Kami naik ke tingkat paling atas... challenging jugalah kerana perlu menaiki tangga batu yang curam. Teringat Gunongan tempat permainan permaisuri sultan di Banda Aceh, camnilah tangganya. Tangga batu tu bukan saiz standard seperti sekarang, aku rasa sekaki tebalnya setiap satu. Stress otot kaki den heheh.. Walaupun mencungap tetapi pemandangan Bangkok yang kita akan dapat dari atas tu. 

    Wat Prayun dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Naik bot boleh, naik teksi lagi senang.






    Hari Kemerdekaan | Sayalah yang naikkan bendera Tanah Melayu 31 Ogos 1957

    $
    0
    0
    "Jalur Gemilang Malaysia" - Lukisan Bangteh sewaktu dia darjah satu tahun 2015. Tahun ni dah improve :D

    Sebahagian daripada tugas hakiki Mohd Sarif Kalam memerlukan beliau menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tatkala adanya majlis rasmi.


    Bersama rakan setugas lain, beliau akan sentiasa memastikan tidak berlakunya sebarang ‘kecacatan’ yang akan merosakkan upacara yang sedang berlangsung.


    Namun, pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan mencapai kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pesara tentera laut berusia 79 tahun itu merasa sedikit kelainan.


    Keseluruhan tubuhnya gemuruh malah hampir menangis kerana terlalu sayu menyedari dirinya berada di tengah lautan manusia untuk melaksanakan satu-satunya tanggungjawab yang baginya tidak akan berulang, katanya dalam temu bual di kediamannya di sini baru-baru ini.


    Katanya, tugas itu lebih berat berbanding hari biasa kerana perlu menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang) secara rasmi buat pertama kali untuk dipersembahkan kepada orang ramai.


    Sebelum itu, Mohd Sarif hanya melihat proses-proses pembuatan bendera itu dari jauh sewaktu menjalani latihan menaikkan bendera berkenaan di Depoh Latihan Polis (kini Pusat Latihan Polis) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


    “Pakcik berkampung empat hari tiga malam di Depoh itu untuk memastikan latihan menaikkan bendera Malaysia berjalan lancar dan pada kesempatan itu, pakcik melihat bagaimana ia (bendera) dibuat.


    “Memang rasa bangga kerana menjadi antara orang yang pertama melihatnya, namun pakcik rasa pelik kerana perasaan (bangga) itu belum cukup menyengat.


    “Sampailah bila tiba detik bersejarah, perasaan semangat itu lain, tambahan lagi bila kedudukan kita berada di tengah padang, dikelilingi orang-orang kenamaan termasuk Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


    “Ia menjadikan detik itu lebih bermakna kerana semua orang tertumpu kepada arah bendera Malaysia,” kata Mohd Sarif.


    Katanya, beliau bertuah kerana diberi kepercayaan yang tinggi oleh ketua unitnya untuk melaksanakan tanggungjawab itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah seorang laskar biasa di bahagian komunikasi TLDM ketika itu.


    “Pakcik dipilih melakukan tugas itu ketika baru berusia 20 tahun dan sudah dua tahun bekerja.


    “Mujur, pakcik dibantu dua lagi individu bersama pakcik ketika itu iaitu pegawai bentara kanan (Awang Mohd Salleh) dan laskar kanan TLDM (Oliver Culvelt Samuel) dan kami melakukannya dengan sempurna sekali sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku,” kata beliau yang berasal dari Batu Pahat itu.


    Mohd Sarif berkata setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 16 April 1987, beliau kerap menceritakan kembali detik-detik berkenaan dengan masyarakat sekeliling termasuk anaknya serta saudara-mara.


    Menurutnya, perkongsian beliau itu sebagai mengingatkan golongan muda agar lebih menghargai dan memahami sebaiknya erti kemerdekaan setelah pejuang negara bertungkus-lumus menghadapi pelbagai konflik ketika menghadapi penjajahan asing dan konfrontasi bermula era 1940-an hingga 1960-an.


    MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






    Discover Selangor | Tarikan Istimewa Yang Memakmurkan Kampung Sijangkang

    $
    0
    0

    Selangor | Tarikan Istimewa Yang Memakmurkan Kampung Sijangkang | Kampung Sijangkang yang berada di daerah Kuala Langat, Selangor, adalah satu daripada enam kampung yang membentuk DUN Sijangkang. Diwakili YB Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai ADUN Sijangkang, kampung ini terlihat dan terasa kemakmurannya walaupun sekejap sahaja berada di sana. Nak tahu kenapa? Sabar ya... baca sehingga habis dulu.


    Kampung Sijangkang hanya 12km jaraknya dari bandar di raja Klang menggunakan Jalan Klang-Banting. Kebanyakan penduduk di sini berketurunan Jawa yang berasal dari Indonesia. Menurut cerita penduduk, datuk nenek mereka dahulu mendarat di Kampung Pendamar, Klang, tetapi tanah di sana tidak sesuai untuk pertanian lalu mereka meneroka tanah baru di sini dan beberapa kawasan lain yang subur. Koloni kecil ini kemudiannya membentuk masyarakat yang lebih besar memajukan kampung tersebut sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini.

    Kampung Jawa-Melayu dan sedikit Banjar ini dikatakan dibuka semenjak 1907 lagi. Nama Sijangkang bersempena dengan pokok Jangkang yang seakan pokok getah yang menyebarkan benihnya dengan cara letupan. Alaa... meletup macam pokok letup letup yang kita belajar dalam subjek sains dulu tu. Pokok itu kemudiannya mati di dalam sungai. Dalam bahasa Cina mati disebut "si" jadi muncullah nama Si Jangkang... sekarang dieja Sijangkang. Begitulah ceritanya. Kalau cerita ni tipu korang pun kena tipu jugalah heheh..

    Ketua Kampung Sijangkang Tuan Haji Zainal Ulum Ahmad berpegang kepada janji Allah bahawa "jika makmur masjid sesebuah kampung itu, maka makmur jugalah kampung tersebut".  Kampung ini walaupun layak mendapat bantuan kerajaan negeri, Pakatan Rakyat, dan pembangkang, Barisan Nasional, tetapi mereka lebih suka mengusahakan sesuatu sendiri. Yang jelas, pemeliharaan hutan paya bakau Kg Sijangkang dan dana untuk menaiktaraf masjid adalah hasil titik peluh dan sumbangan penduduk sendiri. Menurut ketua kampung yang juga bekas guru besar sekolah ini, beliau dan AJK masjid mahukan semua penduduk muslim terlibat dalam usaha pembesaran masjid supaya mereka merasa sayang dan berbangga dengan sumbangan masing-masing. Dalam islam kita berpegang kepada kata-kata tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Memang betul tu... sesuatu yang kita usahakan sendiri terasa nikmat dan sayang. Jika terlalu dibantu kita susah untuk berdiri sendiri nanti. Hebatnya semangat mereka sehingga sumbangan wang ringgit yang dikumpulkan telah mencecah RM1 juta!

    Yang lebih bagusnya, mereka juga ada Team Inovasi Kg Sijangkang malah tahun ini DUN Sijangkang telah mengadakan pesta bukunya sendiri. Tok Penghulu, Ketua kampung dan JKKK yang lain (termasuk kampung den) eloklah tiru benda baik ni. Jangan malu meniru perkara baik. Tengok negara China tu.. meniru je kejenya, jadi world's supplier sekarang ni.

    Semasa ke sini kami juga ditunjukkan cara membuat makanan tradisional Jawa, lemper, dan rendang Banjar, Ayam Masak Blos (eh betul ke?). Lemper tu macam pulut panggang manakala rendang tu menggunakan banyak halia. Ramai nau pendemonya payah gak nak ambil gambar.

    Hoi panjang intro weh.

    Demonstrasi membuat lemper.

    Garang chef ni haa... siap bercekak pinggang sambil memasak rendang :))

    Jeli kelapa dan mata kucing antara produk dari kampung Sijangkang.


    Dah tak sabar nak tahu apa yang best di kampung ni kan? Jom baca!


    TARIKAN ISTIMEWA KAMPUNG SIJANGKANG

    1) Mozid Racing
    Jangan tak tahu di Kampung Sijangkang ada litar go-kart yang mulai beroperasi Mei lalu. Diusahakan seorang anak muda Mohd Yazid Jamil, 33, litar sepanjang 500 meter ini dibina kerana minatnya dalam sukan bermotor dan telah memakan belanja sebanyak RMM100,000. Janganlah hairan kenapa penggunaan litar dicaj mengikut minit/jam.

    Terdapat go-kart untuk mat rempit pemain yang dah pandai, untuk amatur seperti aku ni naik fun cart saja. Ada enam fun cart disediakan untuk kita lenjan.





    Kalau nak menonton budak kecik berlatih poket bike datanglah di hari cuti. Adik Muhd Jehan Irfan b. Johan, 9, selalu berlatih di sana dihujung minggu. Kemain ko dik, kona baring cecah lutut. Senang mak tak payah hantar pergi sekolah. Menurut ibunya dia lebih berasa selesa di situ berbanding litar lain. Dalam kampung kan.. sejuk berangin dikelilingi pokok-pokok. Lagipun sewa litar tu sehari RM20 saja. Jika anak anda ada pocket bike sendiri bolehlah berlatih di sana. Mana tahukan boleh mewakili negara pula nanti. Aku dah upload video Adik Jehan ni race cecah lutut kat insta ruggedmom


    2) Cat Hotel
    Cat Hotel diusahakan oleh Dr Muhd Taqiyudin Zainal Ulum dan keluarganya. Sebenarnya doktor veterinar ini memiliki klinik sendiri di Setia Alam tetapi masalah timbul di hari raya. Doktor pun nak beraya juga di kampung. 

    Oleh kerana kawasan rumah ibu bapanya agak luas, Dr Taqiyudin membuka Cat Hotel di kampungnya. Caj yang dikenakan mengikut saiz kandang, jenis kucing, berapa hari nak duduk. Samalah macam kita manusia. Kadarnya diantara RM25-65 sehari.


     Anjing yang telah dirawat selepas kemalangan. If you are interested to adopt him please call Cat Hotel.

    Shelter pun ada tetapi ia bukanlah untuk kita membuang binatang peliharaan di sana. Ada orang nak bela kucing tetapi di rumahnya ada anjing. Ada orang nak bela anjing tetapi rumahnya terlalu sempit untuk memiliki lebih dari seekor. Jadi shelter ini menjadi penyelesai masalah dengan syarat makanan dan ubatan perlulah ditanggung tuannya. Sumbangan anda juga dialu-alukan untuk menambah baik kehidupan binatang yang diberi perlindungan ini.

    Jika memerlukan perkhidmatan veterinary surgeon ini atau ingin menderma untuk shelter (wang/makanan/ubatan/pasir) please contact the doctor:

    Taqwa Veterinary Clinic
    35-G, Jalan Setia Indah X U13/X
    Setia Alam
    Seksyen U13
    40170 Shah Alam, Selangor.
    Tel : +6010 9492305
    Emel : mutiara.vc@gmail.com

    Waktu Operasi:
    Isnin - Khamis & Sabtu : 11 pagi - 9 malam
    Jumaat : 3 petang 9 malam
    Ahad : 11 pagi - 5 petang


    3) Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang
    Menurut Naib Setiausaha Kelab TRPBS, Puan Norlilah Abdullah, kita selalu marahkan golongan muda membuat perkara tidak berfaedah seperti berlumba motor, lepak membuang masa.. sedangkan kadang-kala tiada tarikan atau fasiliti untuk mereka bersukan atau berkreatif.

    Dengan sebab itu tenaga orang kampung digembleng untuk menyediakan tempat anak-anak kampung berkumpul supaya mereka tidak 'pergi jauh'. Taman ini mula dibuka sejak tahun 2015. Di bahagian luarnya sahaja pun terdapat banyak kemudahan untuk beraktiviti. Ada taman permainan, sarang madu kelulut, tapak perkhemahan & bbq, medan ilmu, adventure track, jeti sampan, pondok rehat dan surau.





     Bila air sungai surut...

    Pondok rehat berinformasi juga disediakan.

    Diantara pokok-pokok yang tumbuh secara semulajadi di hutan paya bakau Kg Sijangkang pula dari jenis sinem, mata buaya, buta-buta, pyea-pyea dan gedabu. Terdapat beberapa jeti kecik di dalam taman rekreasi ini tetapi sewaktu lawatan air sungai sedang surut jadi tak dapatlah melihat sampan melaluinya. Laluan kayu (plank) juga dibuat sendiri hasil derma kayu, peralatan dan kudrat penduduk Kg Sijangkang. Allahu..hebatnya ukhwah! Ketika ini ia hanya sepanjang kira-kira 400 meter. Pelan pembangunan telah dirancang hanya menunggu dana dan waktu yang sesuai sahaja untuk dimulakan. Jika terasa hendak berkongsi saham akhirat boleh hubungi pihak yang terbabit. Selama mana ia digunakan untuk perkara baik insyaAllah adalah bahagian untuk kita nanti.

    Wujudnya taman rekreasi ini adalah cara penerapan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan ekosistem paya bakau secara santai. Penjagaannya mampu memberi pendidikan terhadap warisan sejarah serta flora dan fauna yang ada. Payau bakau juga berfungsi untuk menghalang hakisan ombak dan kemasukan air masin ke dalam sumber air minuman.

    Perkhidmatan dan aktiviti lain yang disediakan:
    Memanah, bot penambang, peralatan sukaneka, katering, kanopi dan khemah.

    Sedapnya makan bawah pokok di tebing sungai. Sewaktu air pasang lagi menarik kawasan ni.

    Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang
    Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang
    Telok Panglima Garang
    Selangor, Malaysia
    Tel : +60 16-379 0661


    4) Bangkita Ceramic Studio
    Professor Awang Damit Ahmad telah melukis sejak 30 tahun lalu. Untuk meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni kontemporari, beliau membuka galeri seni di kediamannya. Setakat ini beliau telah mempamer dan menjual lukisannya di beratus pameran seni dalam dan luar negara. Malah lukisannya juga pernah dijual di auction house dengan harga lumayan.

    Galerinya diberikan nama unik seperti "Pantau Iraga" yang bermaksud para/beranda tempat menjemur dan angin timur laut. Hmm... orang seni, bersenilah juga memberi nama. Beliau mendapat idea untuk melukis melalui pengalaman hidupnya dan menggemari tajuk nelayan dan petani. Anaknya pula lebih menjurus kepada pembuatan pasu seramik berbentuk kontemporari.



    Jeans buruk bila dapat dek orang seni akan jadi begini. Kalau dapat kat aku jadi alas kaki jer.





    Berminat membeli lukisan atau menempah pasu sebagai cenderahati? Silalah berhubung dengan mereka ya... tetapi Prof. Awang Damit agak selective in choosing buyer in order to stabilize the price and he is AGAINST flipping.

    Lot 921, Jalan Tanjung
    Kg Sijangkang
    42500 Telok Panglima Garang
    Selangor.

    Tel : 017 3944327
    Emel : bangkitaartstudio@gmail.com
    Fb/instagram : Bangkita Ceramic Studio


    5) Pakej Memancing
    Untuk kaki pancing jangan malu jangan segan sila telefon no ini +60 16-379 0661 atau nelayan yang dikenali untuk membawa anda memancing dengan pakej tertentu. Cuma, kalau korang memancing janganlah tinggalkan anak bini camtu jer kat Tanjung Hani Homestay tu.. tinggalkan sekali kunci kereta dan DUIT sebab kami nak shopping di GM Klang dan AEON, #DekatJe. Takkan nak mereput dalam rumah menunggu korang balik memancing?


    6)  Rumah Tadisional Melayu Klasik
    Rumah ini sebenarnya dibeli dari Perak dengan harga RM2,000 sahaja. Dismantled dan dipasang semula di kampung ini. Dedulukan banyak rumah yang hanya menggunakan pasak saja sebab itulah boleh dibuka dan dipasang. Bangunan tambahan hanyalah di bahagian belakang sahaja.

    Sungguh berseni pembuatan rumah ini tetapi semasa kami datang tu satu rakaman program masakan sedang dijalankan. Lampu dipadamkan (hanya shooting area saja ada), agak berserabut dan kena senyaaaapppp jer. Tengok je lah gambar-gambar ni. Lokasinya berhampiran Tanjung Hani Homestay.











     Dalam tv nampak cantik je walhal.... Tunggulah kemunculan Dr Ezani dalam program memasak Ramadhan tahun depan.







     Sangat banyak tempat menarik di Selangor. Nanti kita tunjukkan gambar di Jugra pula ya.












    Ke Lombok Ke Kita?? MITA dan ASITA Tandatangani MOU Promosi Pelancongan Malaysia-Indonesia

    $
    0
    0

    Ke Lombok Ke Kita?? MITA dan ASITA Tandatangani MOU Promosi Pelancongan Malaysia-Indonesia | Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dan Association of The Indonesia Tours & Travel Agency (ASITA) provinsi Nusa Tenggara Barat pada 1 September 2016 telah menandatangai satu Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam bidang pelancongan terutama dalam skop promosi bersama dan internship.


    Encik Uzaidi Udanis dan Bapak Dewantoro Umbu menandatangai dokumen.

    Sekarang trend melancong adalah ke Asia dan Asia Tenggara (boleh check statistik 2014/2015). Malaysia dan Indonesia mempunyai produk pelancongan yang hebat yang mana jika dipromosikan secara efektif ke sasaran yang tepat secara bersama, kedua-dua negara ini mampu menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut rekod 100 juta pelancong China melancong ke seluruh dunia setiap tahun dan Malaysia mensasarkan empat juta daripada mereka ke negara ini. Kalau seorang pelancong ini berbelanja RM5,000 sahaja pun untuk penginapan, makan, transport dan shopping, dah berapa banyak wang mereka mengalir ke sini. Itu belum dikira 'tol' Kastam Dan Eksais Diraja kutip lagi. Berkepuk duit gst.

    Menurut presiden MITA, Encik Uzaidi Udanis, ketika ini pakej popular pelancong ke Malaysia ialah MaSinThai, Malaysia-Singapura-Thailand. Jika dipromosikan dengan giat tidak mustahil pakej Malindo, Malaysia-Indonesia mengambil tempat. Pelancong Malaysia merupakan penyumbang kedua terbesar dalam sektor pelancongan Indonesia. Ya, kita lebih senang ke sana atas sebab berdekatan, bahasa yang difahami, budaya yang hampir sama dan makanan yang lebih sesuai selera. Kitorang ni boleh mati weh kalau tak dapat makan nasi sehari dua kali heheh... dah biasa mewah dengan makanan katakan. Lagipun Indonesia ada apa yang kita tiada contohnya gunung berapi. Lagi satu yang sukar didapati di Malaysia ialah barangan yang cantik dan murah. Super murah! (sedih sebab terpaksa cancel trip ke Bandung April lepas). Eventhough I've been to many cities in Indonesia but its still an interesting destination to me. Banyak lagi tempat yang belum diterokai.

    MOU yang ditandatangai bersama Encik Uzaidi dan Bapak Dewantoro Umbu, Ketua Daerah ASITA provinsi NTB ini juga merangkumi bidang lain seperti pelaburan dan juga kursus termasuk internship kepada para pelajar. Jika nak tahu bagaimana program tu kenalah bertanya dengan MITA atau ASITA sendiri. Jangan emel kat ruggedmom eh, ai is ngak ngerti.

    Sesi B2B


    Buat permulaan, Lombok akan menjadi destinasi yang akan dipromosikan kerana connectivity dan pengalaman yang berbeza. Lombok lebih cantik dari Bali. Geramnya melihat gambar kengkawan yang ke sana. Teringin juga nak bergambar di kala matahari tebenam di buaian di Gili Trawangan tu. Lombok bukanlah baru kepada pelancong dan kaki climbing Malaysia. Ramai yang dah berjaya mendaki Gunung Rinjani walaupun dengarnya mencabar juga.

    There are 29 daily flights to Lombok. Dari Malaysia boleh naik Air Asia dan Garuda. Jika berada di Bali boleh naik feri yang sejam sekali ke sana. Dah sampai sana jangan lupa makan Ayam taliwang, pelecing kangkung, sate ikan dan singgang, diantaranya. Yang belum berjodoh boleh ushar jejaka ganteng di sana ;-)) . Rasanya bila ke Lombok lebih sesuai menginap di hotel dan resort di tepian pantai sebab kita kan nak mandi air laut yang jernih tu?

    Oh ya, 20-23 September nanti International Halal Travel Fair akan berlansung di Mataram, Lombok. So book your tickets to avoid disappoinment.

    Jika anda ada banyak masa untuk travel boleh try route ini: 
    Lombok-Bali-Yogyakarta-Solo-Bandung-Jakarta. Jakarta last sebab nak shopping kan? hahah.. Naik MAS/Garuda/KLM dapat 30kg free.

    Pelancong dari Indonesia pula akan dibawa ke Langkawi. Selain keindahan dan keunikan Langkawi itu sendiri dengan Pulau Payar, cable car, Kilim Geo Park... pasti para pelancong ini akan shopping coklat dan pinggan mangkuk di kedai bebas cukai hingga rebah :)) Ibu ibu, jika bapaknya tak betah menemani berbelanja, tinggalkan aja di hotel berbintang lima. Atau biarkan dia bermain golf di Kuala Lumpur. Kalau dibawa nanti dia bilang udah udahlah bu... hahahha... stress pula nanti tak dapat memunggah pinggan Arcopal.

    Bilalah dapat ke sana agaknya.... September ini juga ke?


    Jangan lupa ke Kedah Travel Fair di MATIC Kuala Lumpur ya!


    Thailand | Bangkok Canal Tour & Yodpiman River Walk

    $
    0
    0

    Thailand | Bangkok Canal Tour & Yodpiman River Walk | Bangkok yang terkenal dengan ratusan wat dan Sungai Chao Phraya juga memiliki tarikan lain yang berada di sepanjang sungai tersebut. Kebanyakannya berdekatan pusat membeli-belah dan boleh diakses dengan menggunakan penggangkutan awam darat dan air. 



    Banyak sejarah berlaku di sepanjang sungai Chao Phraya termasuk menjadi saksi perpindahan ibu kotanya dari lokasi asal di Thonburi kepada yang sekarang di Rattanakosin Island. Sungai Chao Phraya bermula dipertembungan Sungai Ping dan Nan di Nakhon Sawan, mengalir sejauh 372 km melalui Bangkok dan berakhir di Teluk Thai. Dalam aliran yang panjang ini ia juga membentuk terusan (small canals or khlong) yang digunakan untuk pengairan sawah padi.




    Wat Arun.


    Sungai Chao Phraya juga menjadi nadi pengangkutan awam di Bangkok dengan rangkaian feri, feri seberang dan teksi air yang dipanggil longtail boat. Sebanyak 15 boat lines yang beroperasi di sungai dan terusan di Bangkok. Sungai ini juga digelar "the Venice of the east". 





    THE CANAL TOUR 

    Kami menaiki longtail boat dari Tha Maharaj pier. Jeti ini ada restoran, kedai dan kiosk. Kami menyelusuri sungai masuk ke terusan melalui kawasan perkampungan lama dan baru, ada rumah kayu dan batu, kecil dan mewah. Ada rumah atas daratan, ada juga yang di aur. Singgah sebentar di sebuah wat lalu memberi ikan makan. Ikan besar tu monk tak makan, sekadar buat terapi minda je. Seronok melihat ikan-ikan tu berebut roti yang kami baling. 




    Bagi aku yang gemar menaiki bot ni memang puas hatilah kali ni keje turun naik bot je di Bangkok, Ampawa dan Kanchanaburi. Kat Negeri Sembilan ni mana ada bot. Nak tunggu river cruise di Sungai Kelang dan Sungai Gombak tak tahulah will be materialized ke idok. Tak tahulah projek River of Life yang sedang giat dijalankan sekarang ni di area Masjid Jamek KL tu include river cruise ke tidak.


    Pemandangan sepanjang terusan sangat menarik. Melihat rumah persendirian yang siap tempat lepak dan tangga untuk turun ke bot merupakan sesuatu yang asing. Mungkin biasa bagi kengkawan yang hidup di sepanjang sungai tetapi tidak aku. Sebenarnya dahulu pengangkutan yang ada hanyalah bot tetapi apabila kerajaan menyiapkan jalanraya, kebanyakan penduduk tidak menggunakan bot persendirian lagi. Syokkan tunggu bot penambang di belakang rumah. Samalah macam menunggu bas. Best-nya lepak pepetang minum teh o sambil makan cekodok di pondok tu. 













    Secara amnya, sungai dan terusan di Bangkok (juga tempat lain yang kami lawati) termasuk dalam kategori bersih walaupun airnya tidak jernih. Hundreds of boat trip dan cruise ships menggunakannya setiap hari memang takkan sungai bertukar jernih. Memang tim pembersih sungai itu ada tetapi sebenarnya culture rakyatnya sendiri yang menghargai kebersihan dan sayangkan negara itu yang lebih penting. Di Bangkok tidak ramai pendatang asing (nampak ramai di Asiatique) jadi sifat sayangkan negara itu lebih menebal. Rakyat tempatan sendiri pun pentingkan kebersihan kerana mereka amat bergantung kepada aktiviti pelancongan. Orang asing datang reramai ke negara orang apa dia kisah kotor ke apa.. dia fikir nak mencari duit semata... nak nak yang tempat asalnya sendiri pun tak berapa bersih, budaya itu jugalah yang akan dibawa ke tempat baru.



    YODPIMAN RIVER WALK
    Ianya bangunan perniagaan dan restoran di Bangkok lama yang menghadap Sungai Chao Praya. Lifestyle mall ini rekabentuknya diinspirasikan senibina zaman Ayutthaya. Mungkin untuk mengekalkan suasana lama Bangkok kot. Tempat paling best untuk makan dan lepak di tingkat atas. Minum petang di sini mesti best. Apa tidaknya dengan pemandangan sungai dan wat terkenal seperti Wat Arun di seberang sana, ditambah lagi dengan hembusan angin yang nyaman... tu yang order air segelas duduk tiga jam hahah... kalau kat kedai mamak berkali-kali kena jeling dah.

    Still in office hour sebab tu lengang.





    Di belakangnya ialah Bangkok Flower Market yang merupakan pasar bunga keempat terbesar di dunia. Ke-4! Ianya dibuka 24 jam.






     

     Sedang sibuk menyiapkan tempahan.


    Sayur-sayuran turut dijual di Yodpiman Flower Market.

     Ini baru sado.










    Larangan Penggunaan Samsung Galaxy Note 7 Di Dalam Pesawat

    $
    0
    0
    Larangan Penggunaan Samsung Galaxy Note 7 | Akibat letupan ketika digunakan dan sewaktu pengecasan, Samsung telah menarik balik penjualan model tersebut.

    Sehubungan dengan itu Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan lain-lain syarikat penerbangan telah membuat arahan LARANGAN mengecas dan menghidupkan Samsung Galaxy Note 7 di dalam kabin dan menyimpannya di dalam checked baggage.

    Patuhilah arahan. Tiada yang lebih penting daripada menjaga keselamatan nyawa manusia.


    Larangan penggunaan oleh MAS.

    Prohibition on the use of Samsung Galaxy Note 7

    As a safety measure in light of Samsung’s global recall of its Galaxy Note 7 due to battery issues, passengers are not permitted to turn on or charge the device on board, or check-in the device as part of their checked baggage until further notice.

    We thank you for your cooperation.

    Larangan penggunaan oleh Garuda Indonesia.

    Ini berita daripada www.usatoday.com

    SAN FRANCISCO — Samsung's combustible Galaxy Note 7 problem just got worse.
    Shares of the electronics giant dropped 7% as the week started— wiping out $14.3 billion in market value and extending a slide that has taken shares down 10% this month — as reports of damage from exploding batteries in the smartphone circulated, prompting Samsung officials to urge Note 7 users to turn off their devices and return them.
    This weekend, a 6-year-old boy in New York was burned when the Note 7 burst in his hands, reported the New York Post. This follows reports from Florida, South Carolina and Australia, where users have described explosions in cars, homes and hotel rooms.
    “The child was watching videos on the phone when the battery exploded," the New York boy's grandmother told the Post.
    The reports point to a deepening problem for the Note 7, beyond the 35 instances of faulty rechargeable lithium batteries Samsung initially disclosed when it halted salesand announced a voluntary recall in early September. At the time, it had sold 2.5 million of the devices.
    "There is no way to recover this version of the phone. ... Samsung has a huge black eye," says tech analyst Rob Enderle of the Enderle Group. He thinks Samsung might be forced to "kill" the Note 7, and skip to the next version, Note 8.
    Late last week, the U.S. Consumer Product Safety Commission warned consumers to stop using and charging their Galaxy Note 7s due to the risk of exploding batteries. That followed a warning from the U.S. Federal Aviation Administration to avoid turning on or charging Note 7s in airplanes.
    In St. Petersburg, Fla., a jeep went up in flames after the owner left his Note charging in the vehicle, according to News10-Tampa Bay. The device is also suspected as the cause of a garage fire in South Carolina, a family told Myrtle Beach's WMBF. A man in Perth, Australia, in a Reddit post, said an igniting device caused about $1,300 in damage to his hotel room.
    Samsung's third-quarter results could take a hit of up to $900 million because of the recall, Myung Sub Song, an analyst at HI Investment & Securities, told CNBC. He and other analysts expect shipments of the critically and commercially acclaimed 5.7-inch, pen-based phablet to top 6 million in the third and fourth quarters, down from earlier estimates of 12 million to 15 million.
    Samsung, the world's largest smartphone maker, could not be reached for immediate comment.
    Its Note 7 woes might also help rivals LG and Apple, both of whom recently announced new smartphones. Apple sold about 14.3 million iPhone 7 and iPhone 7 Plus units the past weekend, up 10% from 13 million for the iPhone 6S last year, estimates Gene Munster, an analyst at Piper Jaffray.
    "The gift could not have been more timely from Samsung to Apple," Munster said. "It will be a tail wind for iPhone sales. When you’re debating about which phone to get, you want to hold off until the phone is safe."
    Contributing: Eli Blumenthal 


    Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Taweechai Elephant Camp

    $
    0
    0

    Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Taweechai Elephant Camp | Assalamualaikum and hello again... Selepas ke Hua Hin kami sepatutnya melawat Maruekhathaiyawan Teakwood Mansion yang terletak diantara Cha-Am dan Hua Hin. Istana ini dijadikan istana musim panas oleh King Vajiravudh (Rama VI). Oleh kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam istana jadi kami dibawa ke Taweechai Elephant Camp. Ramai yang suka rupa-rupanya... :-)


    Kanchanaburi begitu dikenali dengan "Death Railway over the River Kwai". Sebenarnya ia kawasan hijau yang sangat menarik dengan hamparan sawah padi dan hutan rimba. Kanchanaburi berada di jalan utama yang menghubungkan Thailand ke Myanmar. Mudah untuk ke sini sama ada menaiki van atau keretapi selama 3.5 jam. Kali pertama dulu aku naik van dari Victory Monumen. Di area backpackers Khao San Road pun ada van yang membawa ke sini. Ingat tak tuk tuk kondisi macam lepas perang yang aku naiki dulu tu? hahaha... dah bergegar pun boleh bawa pelancong heheh...


    Di mana letaknya Taweechai Elephant Camp?
    Ianya terletak di14/1 Moo.6 Chongsadao Sub-District, Muang District, Kanchanaburi Province. Hanya 30 minit dari bandar Kanchanaburi dengan menggunakan Ladya-Srisawat Road, Public Highway No. 3199, and 3457. 

    Jika menaiki minibus (van) dari Bangkok kita akan diturunkan di bandar Kanchanaburi. Dari situ kita boleh memilih untuk menaiki teksi atau tuk tuk. Yang menjual pakej pun ramai.



    Apa yang menarik sangat di Taweechai Elephant Camp?
    Eh, mestilah gajah-gajahnya.

    Kem gajah ini dimiliki oleh Mr. Tawee Longsakul or Bangtu, 71 tahun. Kem ini luas dengan 40 ekor gajah. Sering juga dijadikan lokasi penggambaran filem tempatan dan antarabangsa.

    Memula kami sampai tu persembahan gajah sedang berlansung. Ada gajah yang menyumpit belon, menari dan mengurut. Penonton dewasa pun seronok apatah lagi kanak-kanak :-)) Gajah mengurut tu aku agak seriau sikit sebab binatang ni bukan boleh kita jangka fikirannya, kok dipijak eh kang, mampuih! hahah..





    Kemudian kami dipelawa untuk menaiki gajah. Aku teragak-agak. Memula nak naik tapi bila difikirkan gajah ini akan masuk ke dalam Sungai Kwae Yai bimbang jugalah kot disembur dengan air. Dahlah bawa kamera. Yang tak nak naik gajah tu boleh naik tram ke tebing sungai. Aku pula memilih berjaan kaki ke sungai. Not far! not far! Iyolah tu...





     Pernah main lompat getah ni?



     

     hahahah... bapaknyah kemain seronok, anak melalak lalak ketakutan di belakang.




    Ohh... seronoknya masuk ke sungai dengan gajah!

    Bila instructor sebut "hahh!!" gajah tu pun sembur air kepada penumpang dengan belalainya. Basah kuyup kau. Tak tahulah berapa km/j kelajuan semburan tu.


    Acara tahunan 
    Pada 13 Mac setiap tahun Taweechai Elephant Camp akan menyediakan buffet untuk gajah bersempenan dengan "Hari Gajah". Masa ni tourist memang ramai dik. Pandai mereka mempromosi.


    Waktu beroperasi
    Taweechai Elephant Camp dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

    Emel : info@twcelephantcamp.com

    Viewing all 1015 articles
    Browse latest View live