Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

$
0
0

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-38 tahun.
#SehatiSejiwa
 

 
Tina Arssid's photo.

Konsert Merdeka Bersama Anuar Zain

$
0
0

Konsert Merdeka Bersama Anuar Zain | Eh? Kat mana? Mesti die hard fans Nuar Jen menggelitis nak tahu hehe... sabar kak ye... ai pun minat juga.

 
Sebenarnya retis pooojaan hatimu ini telah buat show bersama artis lain di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak. Yang merasmikan majlis ialah Perdana Menteri kesayangan anda. Aku tak dengar ucapannya sebab masih ngeteh sambil makan nasi goreng dabai di seberang sungai.
 
Semasa berjalan kaki balik ke Merdeka Palace terdengar dari jauh Datuk M. Daud Kilau menyanyi. Aku tak minat tapi lagu-lagunya memang popular... beria orang bersorak. Memula nak masuk bilik dah tapi lepas tu Azlan The Typewiter menyanyi pulak lansung aku terjebak sampai tamat.
 
Meriah sambutan kemerdekaan di Kuching. Ada beratus bendera digantung di pokok dan bangunan.
 

 
Jemput tengok gambar konsert sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Kuching pada 10 Ogos lalu. Ko redha je lah eh dengan gambar-gambar ni.. tu je mampu. Tunggu jugak kot kot ada orang nak sponsor lens Canon. Eh? hahaa..
 
Azlan The Typewriter
 
 



Mas Idayu... ko bayangkanlah betapa gegak gempitanya bila dia naik ke pentas. Setiap kali aku tengok dia perform di pentas atau tv aku akan teringat komen negatif seorang editor akhbar tentang dia.
 




Nahhh... Anuar Zain
 




 Mengadalah menyanyi kat bawah lelama

Sekalipun Anuar Zain tak pandang kat aku yang tercongok di pentas VIP. Aku je dok teringat kat dia.

Siti Nurhaliza







Penutup. Eh Anuar Zain tak naik ke pentas sekali lagi.



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!!
 
 
Semoga kita merdeka jiwa raga.
 
 
 
 
 
 

VIDEO | Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

$
0
0

VIDEO | Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 | Assalamualaikum. Oleh sebab rindu menggebu kepada Terengganu, aku carikan video mencandat sotong bulan Mei lalu.


Program mempromosi negeri Terengganu secara besar-besaran kali kedua ini telah membuahkan hasil dengan meningkatnya kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri yang kaya dengan minyak ini. Sektor lain yang berkaitan seperti perusahaan batik, songket, penginapan, penyedia makanan dan pengangkutan turut menerima tempiasnya.

Kami bukan sahaja mencandat sotong tetapi juga dibawa ke tempat-tempat dan acara menarik sepanjang seminggu berkampung di sana. Boleh rujuk blogpost di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk cerita tahun lalu boleh gunakan ruang "search" tu ye.

http://www.ruggedmom.com/2015/06/terengganu-international-squid-jigging.html

http://www.ruggedmom.com/2015/06/kenyir-elephant-village-pusat.html

http://www.ruggedmom.com/2015/06/pulau-redang-terengganu-pulau-super.html
 
 
Pulau-pulau di Terengganu hanya dibuka diantara Februari hingga Oktober setiap tahun dan ditutup semasa musim monsun. Kalau nak pergi time school break sila book awal ye. Di musim mencandat sotong pula bot laris ditempah. Sila ke post ini untuk mendapatkan contact number.

Jemput tengok video hasil kerja TV Al Hijrah ni eh. Sila sila...

https://www.youtube.com/watch?v=aG9N6RiB23U

 

Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos

$
0
0

Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos | Kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman sungguh jelas kebenarannya. Mana mungkin kita mengetahui kehidupan masyarakat lain jika sekadar berada di pejabat atau di rumah. Mana mungkin kita mampu 'melihat' jika sekadar memandang sahaja. Who lives sees, who travel sees more.

Menyambung program Jom Jelajah Koperasi Sarawak 2015, dari Homestay Kampung Melayu Tebakang kami ke sebuah lagi koperasi di Serian iaitu Homestay Kampung Mongkos. Perkampungan ini letaknya hanya sejauh 2.5km dari Tebedu, sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo. Jika tahun lepas aku berkesempatan melawat rumah panjang Iban di Sarikei, kali ini ke perkampungan kaum Bidayuh yang letaknya sekitar 65km dari Kuching dan 15 minit pemanduan dari pekan Serian.
 

KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah etnik yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
  • Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  • Jagoi/ Singai (Daerah Bau)
  • Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  • Bukar/ Sadong (Daerah Serian)
Kaum Bidayuh ialah salah satu daripada 27 etnik yang terdapat di Sarawak dan merupakan kaum keempat terbesar selepas Iban, Cina dan Melayu yang merangkumi 8% pecahan kaum di Bumi Kenyalang. Mengikut bancian tahun 2010 jumlah mereka ini adalah seramai 198,473 orang.

Walaupun kaum Bidayuh bukan etnik yang terbesar jumlahnya di Sarawak tetapi mereka mempunyai dialek yang banyak, dikatakan setiap 10km dialek mereka berbeza. Bahasanya agak unik berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.

Muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Ia  berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Motif sesuatu upacara yang dijalankan juga dapat dikenalpasti melalui muzik yang dimainkan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).

Kebanyakan penduduk Kampung Mongkos masih menyara diri melalui hasil pertanian. Mereka bertanam padi, sayuran, lada hitam dan kelapa sawit. Ada juga yang bekerja di jabatan kerajaan di Kuching.

Lada hitam yang dijemur.
RUMAH PANJANG BIDAYUH
Rumah panjang Kampung Mongkos ini berada di tengah-tengah kampung baru yang berkembang setelah rumah panjang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan penghuninya. Ia masih berfungsi sebagai kediaman dan dijaga rapi.

Bagi tujuan keselamatan lazimnya rumah panjang masyarakat Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi supaya sukar untuk dikesan oleh musuh. Kini kebanyakan generasi muda telah berhijrah ke bandar diatas faktor ekonomi dan pendidikan yang mereka terima. Tambahan pula bandar Kuching yang menjadi ibu negeri Sarawak tidaklah terlalu jauh. Namun tradisional long house masih dikekalkan kerana ada yang masih selesa dengannya.

Kayu belian digunakan dalam pembinaan struktur utama rumah panjang diatas faktor kekuatan dan ketahanan manakala buluh kering digunakan untuk membuat lantai. Rumah panjang ini adalah 483 kaki panjang, dan terdiri daripada 24 buah rumah berderetan untuk 24 keluarga.

Rumah panjang Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju dengan fungsi masing-masing. Ia kelihatan hampir sama seperti Rumah Panjang Iban di Sarikei.

'Bilik utama' merupakan ruang utama kediaman. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di malam hari.

'Awah' pula adalah bahagian pelantar rumah panjang yang lazimnya bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Ia tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, istiadat dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai.

'Tanju' pula adalah bahagian terluar rumah panjang agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada hitam, jagung dan sebagainya.

Nota:
'Awah' ini pulah terbahagi kepada tiga bahagian lagi. Bahagian yang paling ke luar ialah tempat duduk dan berbaring para tetamu. Bahagian tengah tempat menari ketika perayaan dan bahagian yang berkayu keras berhadapan unit masing-masing tempat meletakkan bahan mentah.

Bahagian dapur rumah panjang di Kampung Mongkos kini diperbuat daripada batu-bata selain dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air paip. Terdapat juga rumah panjang Bidayuh yang lain di Sarawak seperti Kampung Benuk dan Kampung Annah Rais.

Kini rumah panjang menjadi produk pelancongan yang digemari oleh pelancong asing setelah dipakejkan dengan aktiviti menarik seperti menari tarian tradisional, mandi-manda di air terjun Silungkung (kena trekking 45 minit sambil melihat flora dan fauna), memetik lada hitam serta sayuran dan belajar membuat kraftangan.

Untuk mengetahui tentang rumah panjang masyarakat Bidayuh Muslim sila baca di sini.


ADAT MEYAMBUT TETAMU
Kehadiran kami disambut dengan berbesar hati oleh tuai rumah dan penduduk kampung dengan melaksanakan tradisi turun-temurun mereka. Ketua rombongan diminta untuk memecahkan telur di dalam bekas yang disediakan lalu kami semua bersalaman dengan para penghuni  yang berbaris panjang di "awah".

Sewaktu kedatangan kami ramai kaum petani sedang berada di ladang untuk menyiapkan tapak pertanian mereka bagi musim bercucuk-tanam yang baru.



Ketua rombongan kami disambut dengan memecahkan sebiji telur ayam di dalam bekas
 Sumber www.projektravel.com



Setelah ucapan alu-aluan dilakukan oleh pengerusi homestay, Encik Sulang a/l Manggang, kami disajikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak yang sungguh berbakat. Paling seronoknya semasa kami dijemput menari tarian buluh ...best giler! sampai tersepit kaki hahha... Dulunya mereka menggunakan kayu keras dalam tarian ini tapi sekarang digantikan dengan buluh sebab buluh lebih ringan dan tidak menyakitkan.

Kanak-kanak ni menari sampai darjah 5 saja, darjah 6 fokus kepada UPSR. Bagusnya ko nak, the boys aku relax je walau esok nak periksa.

Upacara tarian tradisional masyarakat Bidayuh


Setelah itu kami dijamu makanan tradisional seperti nasi yang dimasak dalam buluh, ayam pansuh, sagu yang dimasak dalam buluh kecil hingga menghasilkan satu long stick yang agak liat. Rupanya seperti gam panjang yang kita gunakan dengan 'pistol' tu tetapi berwarna merah pudar dan semi-transparent. Payahnya nak bercerita bila gambar tak boleh transfer dari handphone ni grrr....

Kimu'o pula adalah nasi yang dimasak di dalam periuk kera. Oleh kerana sewaktu kami tiba adalah musim panas jadi tiada stok periuk kera. Kera je ada hahaha...

Okaylah, kalau berminat untuk merasa tinggal bersama masyarakat Bidayuh di Homestay Kampung Mongkos, pakej 2 hari 1 malam bermula daripada RM120 seorang. Hostel juga disediakan. Silalah berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ya.
  
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak
Tel : 082-874263
Faks: 082-875780


Bagaimana untuk ke Homestay Kampung Mongkos?

Dari Kuching, boleh naik van sewa berwarna kuning dari Electra House dengan tambang RM15 seorang. Boleh juga naik bas dari pekan Serian.

Nak senang, sewa kereta dari Kuching yang dikira per hari. Jimat.



Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.

Berjalan lagi ke kita?

$
0
0
Berjalan lagi ke kita?

Krik krik...

Mudah mudahan ada rezeki

Krik krik...

Kekadang kita pun menumpang kerja orang juga, bukan kita tahu semua, bukan kita pandai semua

Krik krik...

Please hold your comments

Krik krik...

Kalau dalam pemilihan komando pelatih yang suka mengadu awal awal kena 'pancung'

Krik krik...

Selalu ingat, ramai lagi yang lebih bagus dari kita di luar sana tapi senyap je

Krik krik...

Senyap tapi berhasil

Krik krik krikkk...

MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015

$
0
0

MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015 ! | Wallawehhh... dia datang lagi di PWTC!

Sumber di sini

MATTA Fair adalah satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Berlansung secara besar-besaran di Kuala Lumpur setahun hanya 2 kali, masa inilah kita nak bargain hunting. Bersedialah untuk 'diracun' dengan pakej-pakej yang sangat menarik ya. Dalam beribu pempamer tu pasti ada pakej yang sangat menarik ditawarkan. Mati kutulah kalau cuti 3 hari duduk di rumah je, lebih baik kita berjalan Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je kan? Selalunya pakej ke pulau-pulau indah seperti pulau super cantik di Terengganu dan Sabah akan laris dijual. 

Dengan keadaan Ringgit Malaysia yang lemah sekarang ni eloklah kita melancong di dalam negara sahaja buat sementara waktu. Kita akan sewa hotel, kenderaan, makan, membeli-belah... hmm berapa banyak pihak terlibat tu? Pengorbanan nafsu melancong jejauh kita tu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi negara. 

Tapi, kalau kita teringin juga ke luar negara, ada banyak tawaran hebat ke destinasi-destinasi popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia. Sila semak juga harga tiket kapal terbang dari Etihad Airways, Qatar Airways, Malaysia Airlines dan sebagainya. Dah selalu sangat naik low cost airlines kan, masa ni lah nak merasa naik premium airlines pulak dengan harga berpatutan.

MATTA Fair kali ini akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir ialah Tuan Haji Hamzah Rahmat- Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang- Naib President Inbound MATTA dan YBhg Dato' Mirza Mohammad Taiyab- Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, para VIP tersebut akan turut melancarkan satu pakej istimewa negeri Pahang iaitu, "Best of Panoramic Pahang, Eco Packages". Wah best nya... aku suka eco-tourism.

Sebelum anda 'diayat' untuk membeli pakej-pakej tu, nak share sikitlah beberapa perkara yang perlu diambil tahu supaya tidak ada tuduh menuduh di kemudian hari.

Per pax = harga untuk seorang

2 to Go = harga untuk 2 orang (biasanya diiklankan minimum 2 to Go) 

3h 2m = pakej 3 hari 2 malam dan meliputi makan, penginapan dan pengangkutan. Selalunya hari ketiga kita dapat breakfast saja walaupun penerbangan pukul 3 petang).

...dari RM99 = semak bebetul... harga seciput itu apakah yang diberinya? Jangan mengagau cari khemah pulak malam nanti. Fahamkan bebetul dia tulis 'dari RM99'maknanya ada tambahan bayaran jika kita mahukan perkhidmatan yang lebih. Kalau dia menjanjikan bulan dan bintang berhati-hatilah. 

Travel period = beli pakej hari ini tapi bila boleh mula menggunakannya dan hingga bila pula tempoh sah lakunya? 

Upgrades = biasanya untuk bilik. Sila lihat harga sebilik 2 orang, 3 orang dan tambahan duit jika nak dok sensorang. Kalau nak privacy kenalah bayar lebih.

Dan banyak lagilah. Kalau tak faham tanya je kepada travel agent tu. Kalau ada kemusykilan, soal dia sampai faham, okay? Jarang pempamer atau ejen menipu cuma cara pengiklanan kekadang agak tricky (and confusing sometimes). 

Sumber di sini

Marilah beramai-ramai memeriahkan MATTA Fair edisi terbaru ini. Manalah tahu dapat harga pakej terbaik kan? 

Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC)
Waktu pameran : 10 pagi - 9 malam





Motivasi Pagi | Berbaik sangka

$
0
0

Motivasi Pagi | Berbaik sangka | Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik), hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.


Imam As-Syafie

Ingatan untuk diri sendiri yang alpa.

Matic.fm | Radio Pelancongan Anda !

$
0
0

Matic.fm | Radio Pelancongan Anda ! Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) telah melancarkan Radio Pelancongan & Kebudayaan Matic.fm yang berfungsi bagi menyampaikan maklumat serta informasi mengenai industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

 
Majlis Perasmian Stesen Radio IP Matic.Fm | Radio Pelancongan Anda ! telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau berkata Matic.fm akan memberikan maklumat berguna mengenai kepelbagaian budaya termasuk destinasi pelancongan kepada para pendengar.

Matic.fm menggunakan teknologi protokol internet (IP) yang memungkinkan pendengar untuk mendengar Matic.fm secara dalam talian menggunakan telefon pintar atau terus ke homepage www.matic.fm .

Sumber nst

Menggunakan tagline ‘Travel with Style’, Matic.fm berhasrat untuk memberikan pendengar informasi yang berkaitan dengan kebudayaan dan pelancongan melalui pelbagai segmen menarik. Segmen-segmen yang disediakan ini dilihat dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta perkembangan  industri pelancongan dan kebudayaan negara. Matic.fm juga dijangka akan menjadi platform untuk mempromosi produk pelancongan, acara-acara dan menggalakkan perkembangan pembangunan industri ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan pihak Twin Holdings Sdn Bhd, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia serta para penggiat industri bagi menjayakan MaTiC.fm ini. Lebih daripada 12 orang penyampai radio yang berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan setakat ini akan terlibat dalam menjayakan stesen radio MaTiC.fm secara sukarela. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian ini di bawah inisitiatif Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan, NGO dan swasta.
 
Matic.fm akan beroperasi selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan segmen seperti Best of Malaysia, Anjung Budaya, We Are The Host, Sembang Santai, Citarasa Malaysia dan Celebrity Escape. DJ yang akan bertugas pula adalah gabungan baru dan lama termasuk Ritchie Rahman, Nizal Mohamad, Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi and Zam Mui. Ok lah kan... kalau semua lagu lama letihlah mokcik... macam lagu kenduri kahwin le jadinya nanti hehe.. jiwa mokcik muda lagi.
 
Rakan niaga strategik China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd (CAM) telah menaja dua buah van untuk roadshows dan aktiviti bersama pendengar.
 
Sumber Cleffairy
 
Jadi tunggu apa lagi? Dengarlah Matic.fm di telefon!

Dapatkannya dengan memuat turun dari ...
 
google play     apple store


Why we travel?

$
0
0
Why we travel? | Nak cari jodoh pun ya juga.


Nampak tak permainan Air Asia? heheh.... tak perlu hard sell pun. AIR ASIA FREE SEATS telah mula dijual bermula 7-13 September 2015 untuk penerbangan dari Mac hingga 29 Oktober 2016.

Apa lagi? Cepatlah cari tulang rusuk kiri korang ! (sesuai untuk yang bujang saja ya)


10 Tempat Menarik di Sri Lanka

$
0
0

10 Tempat Menarik di Sri Lanka | Sri Lanka ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Hindi. Bersempadan maritim dengan Maldives dan India, ia dipanggil Ceylon semasa dijajah British sehinggalah tahun 1972. Pada 1978 secara rasmi namanya bertukar kepada Democratic Socialist Republic of Sri Lanka.


Sri Lanka dibahagikan kepada sembilan wilayah dan 25 daerah. Bangsa utamanya Sinhala dan Buddha menjadi agama rasmi 70 peratus penduduknya diikuti Hindu dan Muslim. Kebanyakan masyarakat muslim berada di kawasan pesisir pantai. Sebahagian daripada mereka berbangsa Melayu dan dikatakan dibawa oleh British sebagai buruh semasa menguasai Ceylon. Sehingga kini bahan eksport yang menjadi trademark Sri Lanka ialah kayu manis, getah dan Ceylon Tea.

Setelah 30 tahun berlaku peperangan gerila diantara tentera dan Tamil Ellam, 2009 adalah permulaan kedatangan pelancong secara beramai-ramai ke negara tersebut. Pada tahun 2014 seramai 23,000 rakyat Malaysia telah melancong ke sana. Kenapa agak kurang orang bercerita eh? 

 
Why Sri Lanka?
Hanya terdapat beberapa negara di dunia yang mampu menawarkan kombinasi landskap yang hebat, pantai memutih, warisan negara yang terpelihara dan pengalaman unik dalam satu kawasan yang boleh dikatakan kecil. Dengan keluasan 65,610 kilometer persegi, Sri Lanka memiliki 8 UNESCO World Heritage Sites, 1330 km pesisir pantai yang kebanyakannya masih belum tercemar, 15 taman negara yang penuh dengan binatang liar, hampir 500,000 ekar ladang teh dan 250 ekar taman botani. 


10 Tempat-Tempat Menarik di Sri Lanka / 10 Attractions in Sri Lanka:
Actually I'm telling you more than 10.


1. Anuradhapura 
Ia merupakan kota suci bagi penganut Buddha. Terletak di utara Sri Lanka, is pernah menjadi ibu negara kemudian ditinggalkan selepas pencerobohan King Chola Rajaraja I pada tahun 993. Mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site kini istana, biara dan monumen kuno boleh dilawati kembali.

Bodhi Tree Temple (The Sri Maha Bodhiya), Ruwanwelisaya- stupa tertua dan mempunyai ruang yang banyak, The Archaeolgy Museum, Lovamahapaya, Isurumuniya Vihara juga berada di sini.


2. Kandy
This is another UNESCO World Heritage Site, Berketinggian 465m dari aras laut Kandy merupakan pusat pentadbiran dan kebudayaan yang penting, Kandy adalah bandar kedua terbesar selepas Colombo. Temple of the Tooth Relic, salah satu kuil paling suci di dunia bagi penganut Buddha terletak di sini.

Kandy Lake, sebuah tasik buatan yang diciptakan oleh Sri Wickrama Rajasinha pada 1807 mendominasi bandar ini. Selain itu Ceylon Tea Museum, Pinnewala Elephant Orphanage, Millenium Elephant Foundation, The Royal Botanical Garden dan New Ranweli Spice Garden juga terletak di Kandy. 


3. Adam's Peak
Adam's Peak ialah sebuah gunung berbentuk kon berketinggian 2,243m di tengah Sri Lanka. Ia lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Sri Pada yang bermaksud "sacred footprint" atau "Tapak suci".

Sebuah batu berbentuk kesan tapak kaki sepanjang 1.8m berdekatan puncak gunung yang mana penganut Buddha mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Buddha, penganut Hindu menganggapnya kesan Shiva dan penganut Islam mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam. Menurut sejarah setelah Adam diperintah keluar dari syurga kerana memakan buah khuldi yang dilarang Allah, baginda dikatakan dihantar ke Sri Lanka manakala isterinya Hawa ke Jeddah.

Ada 6 laluan ke puncak dengan 5500 anak tangga untuk didaki, sanggup ke?? Ibnu Batuta pun dah sampai jadi aku pun berhasrat mencuba.

4. Galle
Ke mana nak dituju? Kalutara Temple, berjalan dan menunggu matahari terbenam sepanjang Fort's Walls, Galle Light House, Dutch Church, National Maritime Museum, St. Mary's Cathedral, turtle hatcheries along the coast dan pelabuhan semulajadi, .

Galle pernah rosak teruk akibat tsunami di Aceh yang beribu batu jauhnya pada 26 Disember 2004.

Untuk ke Galle boleh naik bas atau keretapi dari Colombo. Dari Kandy pun boleh naik bas tetapi mengambil masa hingga 8 jam.

5. Central Highland
Kawasan tanah tinggi ini meliputi  Wilderness Protected Area, the Horton Plains National Park dan the Knuckles Conservation Forest. Hutan gunung yang berketinggian 2,500 meter dari aras laut ini dianggap kawasan bio-diversiti yang hebat.

 
6. Yala National Park
Hanya dua daripada lima blok Yala National Park @ Ruhunu National Park dibuka kepada umum. Taman negara ini ialah yang paling kerap dilawati pengunjung dan merupakan yang kedua terbesar di Sri Lanka.

Terdapat pelbagai binatang di sini. Taman negara ini penting dalam konservasi gajah Sri Lanka dan burung akuatik. Walaupun terdapat 35 ekor harimau bintang namun peluang untuk melihatnya agak tipis disebabkan keluasan taman ini. Selain itu ada 215 spesis burung, 44 mamalia dan 46 reptilia dengan lima daripadanya endemik.

 
7. Dambulla
Dambulla ialah bandar besar di daerah Matale. Hanya berjarak 148km di timur laut Colombo, ia menjadi hub pengedaran sayur-sayuran di Sri Lanka.

Tarikan di sini termasuk Kompleks Kuil Gua yang terbesar dan terpelihara serta Rangiri Dambulla International Stadium yang siap dalam masa 167 hari sahaja.


8. Menyelam
Ada banyak lokasi yang menarik berdasarkan kedudukannya di Lautan Hindi dan pernah menjadi sebahagian Laluan Sutera (Silk Road) dan laluan perdagangan laut yang lain. Untuk menyelam di Sri Lanka kita perlu memastikan musim angin monsoon. Bulan Oktober hingga Mei waktu yang sesuai untuk aktiviti menyelam di perairan barat dan barat daya manakala bulan Mei hingga Oktober sesuai menyelam di perairan timur laut.

Diantara lokasi penyelaman yang bagus ialah Barracuda Reef, Cargo Wreck, Panadura Wreck, Taprobane Reefs, Goda Gala Diyamba, HMS Hermes, British Sergeant, Boiler Wrecks

9. Stilt Fishing di Kalpitiya Peninsula
Aku teringin sangat melihat sendiri cara memancing yang unik ni.

Sumber di sini


10. Shopping di Colombo dan Kandy
Sri Lanka adalah salah sebuah negara pengeksport pakaian utama dunia. Mereka juga adalah pengeluar batu permata yang berharga, rempah dan teh. Shoba Display Gallery, Odel, Paradise Road adalah nama-nama pusat membeli-belah bagi tekstil, batu permata, ukiran kayu selain kraftangan.


Pernah dikenali sebagai Serendip, Taprobane, the Pearl of the Indian Ocean dan Ceylon. Pulau yang satu ini memiliki magisnya sendiri. Jom kita teroka Sri Lanka!

Restoran Makanan Halal di Hong Kong

$
0
0

Restoran Makanan Halal di Hong Kong | Assalamualaikum. For muslim travellers, ni ai nak tolong mudahkan hidup you. Tak perlu tergagau-gagau mencari restoran halal.


Sebenarnya di Hong Kong tidaklah susah benar mencari makanan halal sebab ramai orang Arab, Pakistan dan Indonesia di sana. As we know mereka ni termasuk dari India pergi memana pun akan membina koloninya sendiri. Terdapat 250,000 penganut Islam di Hong Kong dengan 120,000 daripadanya adalah rakyat Indonesia yang kebanyakannya menjadi pekerja domestik selain penduduk tempatan dan imigran dari Pakistan yang telah lama menetap di Hong Kong. Berjalan je jumpalah mereka ni.

Permintaan untuk halal food sangat tinggi. Ketika ini terdapat 55 restoran halal yang berdaftar secara rasmi dengan Incorporated Trustees of the Islamic of Hong Kong  yang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam dan penduduk muslim. Namun begitu kebanyakan restoran kecil tidak berdaftar tetapi mempamerkan logo halal di premis mereka.

Masa ke Hong Kong selepas Aidilfitri hari tu aku menginap di Chungking Mansion di Tsim Sha Sui, Kowloon. Area ni memng senanglah nak makan. Turun MTR di stesen TST dan keluar mana-mana exit pun berdekatan je kesemua restoran tu dan berdekatan juga dengan Kowloon Islamic Centre. Selain dari sini kawasan Causeway Bay juga ada banyak restoran yang offer halal food. Walaupun bila tukar duit kita akan dapat sekali ganda banyaknya dari MYR tetapi harga barangan dan makanan boleh tahan mahal.


Untuk kemudahan bakal pelancong ke sana aku tolong senaraikan beberapa tempat. 

Chungking Mansion
36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK

Dalam bangunan ni ada beberapa restoran di tingkat bawah dan satu. Roti canai dan teh tarik ada di ground floor. Bosnya boleh bercakap Melayu sikit sikit. 

Aku lebih suka pizza di tingkat satu, Bismillah kot namanaya. Sebiji pizza tu HKD240! matilanakkk....hahah..sekeping HKD20. Sedap! Kebab nampak sedap tapi tak beli sebab 36 ringgit sebiji hehe..

Aku suka makanan Arab tapi harganya agak mahal. Eh, memang mahal! Jadi dua kali je aku makan di restoran Arab selama di Hong Kong. Turkish Kebab Restaurant di ground floor. Semuanya nampak sedap dan membuatkan aku kecur air liur. Nasi dengan kari ayam 60HKD, set nasi dan ikan 68HKD, beef steak 98HKD. Fuhhhh...


Ziafat Arabic Cuisine
6/F, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 23121015 Emel: ziafat@netvigator.com

Kami datang pagi restoran tak buka lagi. Mereka juga ada hotel dengan nama yang sama.


Al-Maidah
13 G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2367 7288 Emel: almaidah@netvigator.com


MR Kebab
6, 2/F, Haiphong mansion, 51-54 & 55 Haiphong Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2324466 (berdekatan MTR TST exit A1 dan Kowloon Islamic Centre)

Dah tahu portion nasi tu besar tapi terlupa juga, pi order seorang sepinggan hahah..amekkau.. jenuh nak perabih. Aku order teh 'o' seteko minum sorang je hehe...lepas gian sebab dah dua hari tak minum teh O. Sedap, dimasukkan daun pudina sekali. Habis RM40 seorang.

Selain daripada itu ada banyak restoran halal lain di Kowloon antaranya Restoran Mughal Club dan Istanbul Kebab (depan Charterhouse Hotel) sekitar Masjid Ammar.


Islamic Centre Canteen(Masjid Ammar juga di sini)
5/F, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wanchai, HK
Tel: (852) 2834 8211 
Breakfast & Lunch: 10am-3pm, Dinner 6pm-9pm (open daily)


Orang kata dim sum di Hong Kong sangat sedap dan kalau teringin nak merasa kenalah cuba di sini kerana halal. Selain dim sum makanan lain di kantin ini dijual dengan harga yag berpatutan. Aku mengada order kue teaw goreng daging hmm.. tak kena dengan tekak tapi paksalah juga makan sampai habis. Kawan sebelah laju je makan dim sum.

Kantin di tingkat 5, tempat berwuduk tingkat 1, tempat solat lelaki di tingkat 2 dan 3 untuk wanita. Nak makan nasi/mee/kue teaw kena pesan, untuk dim sum kena pergi ke meja kaunter dim sum, tunjuk je Dim Sum yang mana yang ingin anda makan. Rasanya tiada tax dikenakan di sini.

Nak ke sini boleh turun di MTR Wanchai atau Causebay Bay. Kalau naik teksi beritahu nak turun di Islamic Centre di Oi Kwan Road, Wanchai. Kalau dia tak tahu cakap nak turun di Morrison Hill Swimming Pool. Lokasinya tak jauh dari situ, boleh bertanya jika tak tahu arah.. mesti ada je orang Indonesia dan Filipina lalu lalang di situ.

Jika dari stesen MTR Wanchai
Keluar di Exit A3 berjalan ke kiri menuju Hennesy Road. Pastikan laluan tram di sebelah kiri dan kita akan melepasi McDonald, Watson dan Starbuck di sebelah kanan. Agak jauh jugalah berjalan dan pastikan tram di sebelah kiri ya. Bila sampai di satu shopping mall ni, CCWU Building, masuk situ dan keluar ikut tangga belakang yang keluar ke Wanchai Road. Berjalan ke kiri 50m dan bila sampai traffic light melintas ke kanan, jalan terus dan belok kiri sehingga berjumpa Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Sila naik ke tingkat 5.

Jika dari stesen MTR Causeway Bay
Keluar di Exit D2 menuju Yee Wo Street lalu menyeberang ke hentian tram di tengah. Naik tram dan turun di hentian yang berada di bawah flyover Canal Road. Sila pastikan DBS Bank di seberangnya. Berjalan ke kiri hingga ke lampu isyarat kemudian belok ke kiri ke Tin Lok Road, berjalan lagi lalu belok ke kanan pula ke Wanchai Road dan akhirnya ke kiri ke Tak Yan Street yang bersambung dengan Oi Kwan Road.

Jika menggunakan feri
Why not try something different? Naik MTR dan teksi memang pantas tetapi naik feri mesti menarik kan? Sesiapa yang menginap sekitar Avenue of Stars seperti Peninsula Hotel bolehlah naik feri dari Star Ferry Pier dan turun di Wanchai.

Kekerapan feri setiap 10 minit dan tempoh perjalanan 15 minit. Jika naik waktu malam feri akan berhenti 5 minit di tengah perjalanan untuk memberi peluang penumpang mengambil gambar Symphony of Lights. Bila dah sampai Wanchai boleh naik teksi atau berjalan kaki 20 minit mengikut map di bawah. Senang jer...

Tambang feri:
Hari bekerja : HKD2.50
Jumaat dan hujung minggu: HKD3.40

MAP


Ebeneezer's (Kebab & Pizza), Ngong Ping Village
Restoran ini untuk si pemakan yang berada di cable car station di Ngong Ping Village. Bagi yang datang dengan cable car restoran ni berada di sebelah kanan. Restoran ni diantara yang depan sekali dalam barisan kedai-kedai.  

Kalau datang dengan bas, lepas turun bas jalan ke arah cable car station. Lintas banyak kedai-kedai. Restoren ni betul-betul dekat dengan cable car station.

Untuk ke Ebeneezer's ada dua pilihan pengangkutan:

Option 1
Naik MTR sampai station Tung Chung. Naik cable car ke Ngong Ping Village dari cable car station sebelah Citigate Outlet.

Option 2
Naik MTR sampai station Tung Chung. Dari cable car station belok ke kanan untuk naik bas ke Ngong Ping Village dengan tambang sehala HKD17.20. Kekerapan setiap 30 minit. 


Disneyland
Ada dua restoran halal iaitu Tahitian Terrace di Adventureland dan Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point. Harganya? wowowoooo.... Senang je nak mencarinya, sila dapatkan map! hahaha.. 


Ocean Park
Sila cari Lakeside Snacks.


Cukuplah tu kot eh? Nak lagi banyak list boleh baca di sini. Ada senarai je tapi cara nak pergi tak ada hehe..


MALAYSIA 101 EDUTOURISM PACKAGES

$
0
0
MALAYSIA 101 EDUTOURISM PACKAGES | Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Tourism Malaysia melangkah setapak lagi ke dalam usahanya memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan melancarkan Malaysia 101 Edutourism Packages sempena Higher Education Week Malaysia (HEWM2015).
 
Kerjasama strategik ini mendayakan Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk menghimpun dan memperkenalkan pakej-pakej pelancongan pendidikan kepada masyarakat umum dan antarabangsa agar lebih terdedah dalam kepelbagaian aspek pendidikan dengan konsep “Bukan Sekadar Segulung Ijazah”, serta memudahkan mereka untuk merancang lawatan sambil belajar di negara ini.
 
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Yang Berbahagia Dato Mary Yap Kain Ching berkata, inisiatif yang julung kalinya diperkenalkan merupakan strategi penting untuk menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan kebudayaan, dan Malaysia 101 Edutourism Packages ini merupakan usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti dan mengumpul produk-produk Edutourism yang terdapat di Universiti Awam.
 
“Universiti merupakan gedung ilmu yang tiada nilainya, penyelidikan bertaraf antarabangsa juga terdapat di universiti kita. Didalam usaha untuk memasyarakatkan universiti, program Edutourism diwujudkan supaya masyarakat dapat menikmati sistem pendidikan dan hasil penyelidikan. Penghasilan pakej ini amat bersesuaian dan bertepatan dengan Tahun Festival Malaysia 2015 ini di mana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mensasarkan 29.4 juta pelancong asing ke Malaysia dengan anggaran pendapatan sebanyak RM89 billion manakala bagi pelancong Domestik pula, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mensasarkan kedatangan pelancong domestik sebanyak 63.7 juta pelancong yang dijangka menghasilkan pendapatan kepada negara sebanyak RM43 billion.”
 
Malaysia 101 Edutourism Packages yang ditawarkan oleh beberapa Universiti Awam iaitu UiTM, UPM, UTM, UMS, UMT, UNiMAP, UKM, UM dan UUM diyakini dapat menaiktaraf pelancongan pendidikan negara. Produk-produk pelancongan pendidikan yang lebih berfokus ini berkeupayaan untuk menggamit kunjungan pelancong dari segenap pelosok dunia.
 
Antara pakej Edutourism yang dilancarkan termasuklah Escape To Nature, Smart Little Professor, Endless Discovery, UiTM Dark Tour, Island Treasure, One Day as a Farmer, Chini Dragon Adventure, Green Cycling @ Rimba Ilmu dan Golf Lessons and Clinic for Beginners. Kesemua pakej ini telah berjaya dibukukan hasil kepakaran Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dalam usaha merangka pembangunan pakej pelancongan pendidikan ini, Tourism Malaysia telah menjalankan lawatan produk ke 9 buah universiti tempatan bersama 20 agensi pelancongan, disamping mengadakan bengkel pembangunan pakej di universiti-universiti terbabit. Hasil dari usaha ini, sebanyak 149 pakej pelancongan telah berjaya dibangunkan dan dibukukan menjadi Malaysia 101 Edutourism Packages.



 

 
 

 

 

Cuti Cuti 1Malaysia.. Dekat Je | Take Me Anywhere

$
0
0

Cuti Cuti 1Malaysia.. Dekat Je | Take Me Anywhere | Dari utara ke selatan, ke Sabah dan Sarawak beratus tempat menarik untuk diterokai.

Nak mendaki gunung? Sabah, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan
Nak menyelam? Sabah, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan
Nak masuk gua? Perak, Sarawak, Kedah
Nak berehat di pulau? Payar, Jerejak, Pangkor, Rawa, Harimau, Aur, Tioman, Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Gemia, Mabul, Kapalai, Layang-Layang, Sipadan fuhhh... itu setakat yang teringat je lah.
Nak honeymoon di tempat sejuk? Kundasang, Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Fraser
Daratan? SELURUH Malaysia!
Silalah gunakan ruang 'search' kat atas tu ya. Kalau tak jumpa juga kenalah google. banyak lagi tempat yang ai belum sampai. Kalau ada yang nak bawa ai jenjalan, nak minta ai tolong promosikan , nak ai jadi tour guide... tempat kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Nuar Al-awwal's photo.
Jom Cuti-Cuti Malaysia.. Dekat Je !

KREN TUMBANG DI MEKAH, 107 MAUT

$
0
0

KREN TUMBANG DI MEKAH, 107 MAUT | Allahu... dugaan besar jemaah haji tahun 1436H. Dengan cuaca panasnya, ribut pasir, angin kencang dan semalam kren jatuh di kawasan saie.

 
Kejadian yang berlaku pada kira-kira 5.24 petang (10.23 malam waktu Malaysia) akibat kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan tawaf di Masjidil Haram mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren menimpa jemaah haji.
 
Menurut tv Al Jazeera kren tersebut jatuh di tingkat tiga bahagian timur masjid selepas hujan lebat dan ribut. Memang dua tiga hari ni Mekah dilanda ribut. Kawasan Masjidil Haram tu masih lagi dalam proses pembesaran untuk menjadikannya seluas 400,00 meter persegi untuk menempatkan 2.2 juta jemaah dalam satu masa.
 
Ribut petir bermula kira-kira jam 4 petang waktu tempatan membawa angin kencang yang mnyebabkan kejatuhan suhu daripada 42 kepada 25 darjah Celcius (107.6 kepada 77 darjah Farenheit), menurut pakar kajicuaca CNN.
 
Foto express
 
Foto voanews
 
Strong wind and rains reportedly uprooted trees and rocked cranes in the area around the Grand Mosque [AP]


 
 
Jika kejadian berlaku sejam selepas itu iaitu waktu solat Asar maka angka kematian dijangka akan lebih ramai lagi.
 
Foto itv
 
Setakat blogpost ini disiarkan, Pertahanan Awam Arab Saudi telah memaklumkan kejadian pada petang Jumaat 11 September 2015 telah menyebabkan 107 orang jemaah terkorban manakala 238 lagi cedera. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, enam jemaah Malaysia yang terdiri daripada empat lelaki dan dua orang wanita cedera dengan seorang patah kaki. Lebih daripada 50 pasukan penyelamat dan 80 ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.
 
Mari sama-sama kita doakan diampunkan dosa jemaah yang meninggal dunia dan yang cedera lekas sembuh supaya mereka dapat melaksanakan rukun wajib haji
 
Ahli keluarga manngsa yang terlibat boleh menghubungi saluran rasmi Tabung Haji di 03-62071919. Untuk mengelakkan kesesakan talian aku rasa elok kita wakilkan seorang sahaja ahli keluarga yang menghubungi talian ini. Kesian staf Tabung Haji yang entah berapa ramai saja tu nak melayan ahli keluarga 23,000 jemaah. Bersabar dan bertabahlah. Jangan dengan khabar angin ya. 
 
 
Nota
Mungkin ada sebahagian daripada kita kecewa tidak terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini walaupun duit di Tabung haji dah cukup. Ingatlah setiap sesuatu itu berlaku ada sebabnya. Mungkin Allah nak elakkan kita terlibat sama dalam tragedi ini. Mungkin sebab badan kita tak mampu menanggung kepanasan bahang matahari di musim haji kali ini. Mungkin, mungkin dan mungkin.
 
Hanya Dia maha mengetahui.
 
 

TERKINI : 4 RAKYAT MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DALAM TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH

$
0
0

TERKINI : 4 RAKYAT MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DALAM TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH |

Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.


Pengesahan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di TH Hotel pada jam 11.50 malam tadi.

"Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta pengenalan jenazah di rumah mayat, " kata Jamil Khir.

Sementara itu, seorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat.

Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti mangsa pertama negara yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam.

Tiga lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

 "Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia.

"Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu," katanya.

 "TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.

"TH juga ingin mengingatkan para jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah," kata Jamil Khir.

 Dalam pada itu, kata Jamil Khir, lima lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing.

"Manakala lima lagi jemaah haji, tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.

"InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 di bawah pemantauan pasukan perubatan," jelasnya.
Sumber Astro Awani

Al fatihah.

Sehari di Tsim Sha Tsui, Hong Kong

$
0
0

Sehari di Tsim Sha Tsui, Hong Kong | Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercerita tentang trip ke Hong Kong dan Macau bulan Julai lalu. Trip ini aku adalah rezeki terpijak, ada hamba Allah minta temankan supposedly her travel buddies sebab si fulan tu cutinya tak approve. Aiyoo sedih betul... dan gembira juga dapat hadiah hari raya macam ni.


Kami mendarat di airport di Macau lalu terus ke Hong Kong. Terminal feri ada dua, yang pertama di Taipa berdekatan airport dan yang kedua Macau Ferry Terminal. Kami pilih MFT sebab nak naik feri Turbo Jet. Nak ke situ senang je... dari airport naik shuttle bus ke Venetian Casino then naik bas lain pula di West Lobby ke MFT. Setiap kasino di Macau ada shuttle bus sendiri. Sampai begitu sekali servis kepada pelanggan. 

Di mana nak naik shuttle bas dari airport?

Keluar je dari airport tu terus ke kanan kemudian jalan jalan jalan.... dekat je.

Tambang feri ke Kowloon adalah sebanyak HKD150 fuhhh mahallah weh... sejam je pun. Masa ni terasa betul feri ke Pulau Langkawi murah hahaha... Yang tak boleh tahannya tu terasa pening dalam feri besar tu. Pergi Langkawi takde pun rasa macam tu. Time balik ke Macau semula kena HKD200 beli daripada ejen sebab di kaunter tiket feri pukul 12.30 tengahari dah habis.

Sesampainya di Hong Kong teruslah membeli kad Octopus dulu untuk kemudahan menaiki subway dan bas. Satu kad dijual HKD150 tapi nilainya HKD100 je yang lagi 50 tu deposit.

Penginapan kami ialah di Reliance Inn, Chungking Mansion jadi disebabkan tak lah jauh sangat maka kami bertiga pun berlenggang-lenggok berjalan. Not far katanya hehehe.... adalah dalam 10-15 minit berjalan kot, dan disepanjang jalan tu banyak betul designer boutique. Ada kisah menyayat hati geram, nak marah semua ada dengan manager Reliance Inn ni. Nantilah aku cerita di lain masa. Sakit jiwo dibuek eh, tak nak hilang mood kami sabar je lah.

Kemudian beli sim card pulak. Kalau membeli di Chungking Mansion elok cari penjual selain yang pertama. Kad aku tu lepas dipasang tak boleh digunakan. Bila tanya kat dia, dia cakap lambat sikit. Dah lebih setengah jam pun sama tapi dia suruh tunggu haishh... yang sebenarnya setting tak betul bukan dia tolong betulkan pun, nak jual barang je. Aku takdelah perlukan sangat kad tu sebab wifi di bilik laju tapi saja ikut orang. Aku tak beli pun yang data tu takde keperluan
 
 
Chungking Mansion ni strategik, kita boleh berjalan kaki ke beberapa tourist attractions seperti Avenue of Stars, Hong Kong Museum of History/Hong Kong Science Museum, Hong Kong Avenue of Comic Stars, 1881 Heritage, Symphony of Lights dan Kowloon Islamic Centre. Stesen MTR Tism Sha Tsui pun di seberang jalan je, keluarlah Exit mana pun semuanya berdekatan. Makanan halal pun senang dapat. Dah baca ke belum Restoran Makanan Halal di Hong Kong? Kalau nak duduk hotel ada juga di sekitar tu tapi yang aku ingat cuma Peninsula Hotel.

Selepas tapau samosa RM7 sebiji (fuh!) kami terus ke Arena of Stars.

***Kawan aku ni perasan yang perempuan di Hong Kong ni tak cukur bulu ketiak, terjulur-julur hahahhaha....Aku pernah terbaca dalam buku Hotel Tales kot, tak mencukur bulu ketiak ini ada kaitan dengan adat dan kepercayaan mereka.


APA YANG MENARIK DI ARENA OF STARS?
Arena of Stars di Tsim Sha Tsui merupakan tempat penyataan penghargaan terhadap para bintang filem Hong Kong dan orang-orang hebat yang terlibat di dalam bidang perfileman. Terdapat bingkai nama, cetakan tapak tangan dan ukiran patung Bruce Lee dan Anita Mui. Peminat filem aksi mana yang tak kenal Bruce Lee? Menurut cerita seorang pengarah, filem terpaksa diperlahankan sebab pergerakannya terlalu pantas. Stail Bruce Lee dan Jackie Chan berbeza, Jackie Chan kelakar.

Seronok juga duduk di petang hari di sini mengambil angin laut sambil menikmati panorama Hong Kong.





 Anita Mui

Patung Bruce Lee



Dapatlah berjumpa dengan tapak tangan Michelle Yeoh. Jadi ler...


APA YANG MENARIKNYA A SYMPHONY OF LIGHTS?
Kami sebenarnya bertunggu tangga di Avenue of Stars sementara menunggu pertunjukan A Symphony of Lights. Best sangat katanyer....

Dikhabarkan acara multimedia ini yang diiktiraf Guinness World Records sebagai pertunjukan cahaya dan bunyi kekal yang terbesar di dunia; yang melibatkan 40 bangunan di kedua-dua belah Victoria Harbour.

Kalau tengok gambar memang kebaboommmm tapi ..... hmmm.. aku rasa cahaya lampu di Shanghai dan Magic of the Nights di Putrajaya lagi cantik cuma takde muzik je. Pemandangan malam di The Bund, Shanghai lagi cantik. Beriyalah menunggu. Adalah sejam kot lepas tu..eh, habis dah? Hehe..




Lepas tu kami ke Ladies Market di Mongkok.


APA YANG ADA DI LADIES MARKET?
Biasa pergi Petaling Street di Kuala Lumpur? Begitulah lebih kurang. Dengan harga yang overprice nak kena haggle ouchh.. malas gue. Untuk ke sini silalah turun di stesen MTR Mongkok.

Sarung belalai ! hahahha.... bentuk gajah pun ada adoiii...
 
Benda yang paling kelakar aku jumpa ialah 'sarung belalai' hahhaa... jenuh gelak. Teringat satu dokumentari tentang orang asli di negara mana entah yang pakai sarung macam ni tapi dibuat daripada bahagian pokok. Idea dari situ la kot ni. Ada berani?? Boleh try kalau terasa nak notti notti dan surprise kan bini muahahahah... tak boleh blah!













 




SEORANG LAGI JENAZAH INSIDEN KREN TUMBANG DI MEKAH DIKENALPASTI

$
0
0

SEORANG LAGI JENAZAH INSIDEN KREN TUMBANG DI MEKAH  DIKENALPASTI  



KELANA JAYA, 14 September 2015: TH mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhan Jemaah yang ditemui seramai enam orang. Lima daripadanya telah kembali ke rahmatullah, manakala seorang Jemaah haji ditemui dalam keadaan sihat dan selamat. 

Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Tanah Suci ialah:

Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh kelima-lima Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.  

Dalam masa yang sama Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya adalah pada hari Selasa 15 September 2015, maka wuquf (9 Zulhijjah)adalah pada hari Rabu, 23 September 2015.    


Senarai jemaah yang hilang dan telah dijumpai. Hanya Abdul Muluk Ishak ditemui masih hidup setakat ini. Sumber Tabung Haji
 
Setakat pagi ini dua lagi jemaah haji belum dijumpai iaitu Abdul Habib Lahman dan Shahidan Saad.
 
 
Al Fatihah untuk semua jemaah yang meninggal dunia dalam perjalanan suci ini.
 


Japan’s Largest Volcano Mt. Aso Erupts, Forces Evacuation of Tourists

$
0
0

Japan’s Largest Volcano Mt. Aso Erupts, Forces Evacuation of Tourists | Mount Aso yang terkenal dengan aktiviti pendakian di kalangan pelancong telah meletus pada 14 September 2015 jam 9.50 pagi waktu tempatan. Berikutan letusan tersebut arahan larangan mendekati gunung berapi terbesar di Jepun itu telah dikeluarkan.

 
Letusan Gunung Aso yang terletak di selatan Pulau Kyushu telah meletakkan Jepun dalam keadan berjaga-jaga. Asap tebal dan debu panas berterbangan dari lokasi kejadian yang berdekatan Kumamoto, bandar ketiga terbesar di Kyushu dengan populasi seramai 730,000 orang. ANA Holdings Inc. telah membatalkan enam penerbangan yang memberikan perkhidmatan ke lapangan terbang Kumamoto manakala Japan Airlines Co. membatalkan empat penerbangan.

Sumber di sini
 
Sumber di sini
 
Agensi Meteorologi Jepun telah meletakkannya pada skala 3 daripada 5 dan memberi amaran kepada pendaki supaya tidak mendekati gunung berapi tersebut. Setakat ini tiada kecederaan dan kematian dilaporkan. Penduduk diingatkan akan bahaya asap gunung berapi dan jatuhan batu panas.
 
Kerajaan tempatan telah menetapkan 4km zon keselamatan di sekeliling gunung tersebut. Gunung Aso setinggi 1,592m telah mula mula aktif sejak Ogos 2014 dan semalam memuntahkan debu setinggi 2km ke udara tanpa tanda-tanda awal hingga menyebabkan sekurang-kuranganya 18 penerbangan dibatalkan. Ia merupakan gunung berapi aktif tetapi menjadi lokasi pendakian yang popular.
 
Jepun terletak di "Lingkaran Api" (Ring of Fire) dan memiliki lebih daripada 100 gunung berapi aktif di lingkaran yang berbentuk ladam kuda. Tahun lalu Jepun menghadapi kejadian letusan gunung berapi yang terbesar dalam 90 tahun yang menyebabkan 63 kematian apabila Mount Ontake meletus tanpa amaran di tengah Jepun.
 
Kyushu Electric Power Co yang memiliki Loji Nuklear Sendai menyatakan letusan tersebut tidak akan memberikan impak kepada loji nuklearnya yang terletak 160km selatan Gunung Aso.
 
 
Nota
Walaupun Malaysia tiada gunung berapi aktif tetapi kita berdekatan Sumatera yang sering menghadapi letusan gunung berapi dan gempa bumi yang sedikit sebanyak memberikan kesan juga kepada bangunan pencakar langit di negara ini, selain banjir dan tanah runtuh. Tak lupa, masalah jerebu yang kita hadapi saban tahun. Untung bebeudak dapat cuti hari ni.
 

THIS IS HOW MEDIA WORKS

$
0
0

THIS IS HOW MEDIA WORKS | It will choose which truth you should know.





Jangan baca Utusan Malaysia sahaja
jangan baca Harakah sahaja
baca kedua-duanya
baca lebih banyak berita
baca di media sosial juga
jangan mudah terpengaruh dengan keyboard warrior juga.

Media memberikan berita mengikut siapa shareholder-nya
mengikut siapa political master-nya
mengikut siapa yang menggajinya
ramai yang lupa lepas kematian ada soal jawab di sana
mereka ingat duit boleh membeli segala

Allah kurniakan kita akal
jika menyokong takkan nak setuju semua
jika membangkang takkan nak bangkang semua

Allah kurniakan kita akal
baca banyak bahan dengan hati terbuka
supaya kita dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya
supaya sokongan kita tidak membawa rebah bersamanya.

Selamat Menyambut Hari Malaysia!


Nota:
 
Jangan mengada nak provoke orang. Let us live in harmony, tak siapa yang untung jika berkelahi.

Tragedi Kren Tumbang di Mekah | Takdir dan Rezeki Yang Tidak Disangka

$
0
0



Tragedi Kren Tumbang di Mekah | Takdir dan Rezeki Yang Tidak Disangka



Sebagai bentuk pertanggungjawaban atas tragedi jatuhnya kren di Masjidil Haram, maka dewan kerajaan Saudi Arabia mengumumkan beberapa keputusan diantaranya:

1. Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR 1 juta (MYR1.14 juta) untuk setiap waris syuhada.

2)  Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR 1 juta (MYR1.14 juta) kepada mangsa yang mengalami kecacatan kekal dalam akibat tragedi tersebut.

3) Pemberian pampasan tunai berjumlah SAR500,000 (MYR573,000) untuk mangsa yang tercedera.


4. Pemerintah memberikan kesempatan menunaikan ibadah haji bagi dua ahli waris setiap syuhada di musim haji yang akan datang.

5) Mangsa yang tidak dapat menyempurnakan ibadah haji tahun ini dengan baik akibat kecederaan juga akan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji di tahun hadapan. Kesemuanya akan menjadi tetamu kehormat Diraja pada musim haji 1437 H akan datang.

6) Pemerintah akan memberikan visa kunjungan KHAS bagi beberapa orang ahli keluarga yang ingin menjaga mangsa selama dalam rawatan di hospital. Mereka akan diberikan pehatian khas sehingga pulang ke tanahair masing-masing.

7) Pemerintah menggantung kontrak kerja Bin Laden Group (pemilik projek dan kren) yang sedang berjalan, menilai semula projek-projek lain yang sedang berjalan, dilarang membida untuk projek akan datang SEHINGGA siasatan lengkap dan hukuman dilaksanakan. Menurut siasatan awal kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.

8) Pemerintah melarang seluruh stakeholder syarikat raksasa tersebut meninggalkan Arab Saudi sebelum proses siasatan selesai.

SEBELUM MUSIBAH. Foto Masjidil Haram ini diambil pada Mei 2015, beberapa bulan sebelum musibah crane jatuh. Foto oleh Ilham Bintang
SEBELUM MUSIBAH. Foto Masjidil Haram ini diambil pada Mei 2015, beberapa bulan sebelum musibah kren tumbang. Foto oleh Ilham Bintang

Sumber: http://www.alriyadh.com/1082991
Madinah 1 Dzulhijjah 1436 H


Catatan:
Memang nyawa tak dapat ditebus dengan duit tetapi nilai tanggungjawab sebagai pemberi perkhidmatan di dua tanah suci sangat patut mendapat penghargaan. Terima kasih Raja Malik Salman telah menjadi contoh bagi yang lain.


Viewing all 1015 articles
Browse latest View live