Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live

Pelancaran Passport ASEAN dan "Raya with Friends" oleh Gaya Travel

$
0
0

Pelancaran Passport ASEAN dan "Raya with Friends" oleh Gaya Travel | Selamat hari raya... selamat hari raya... kepada teman dan saudara a a a a... semoga bahagia... - lagu Sudirman.

Lamanya tak update blog. Perkakas untuk 'meghapdet' semua diangkut sekali balik kampung tapi jangankan WiFi line U Mobile tak ada di kedua-dua kampung, macam balik ke zaman 90an pulak dah. Nak balas ucapan Selamat Hari Raya Pojiegraphy dan Supermeng Malaya pun tak dapek.

Since masih dalam mood hari raya kita menjengah open house lah pulak di bulan Syawal ni. Ada program baru uols ... chekidautttt !
 
Sebagai langkah untuk lebih dikenali umum serta berhubung dengan lebih ramai penonton, majalah Gaya Travel Nusantara (lebih dikenali sebagai Gaya Travel) telah melancarkan program televisyen terbaru yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk "Passport Asean". Usaha ini merupakan perkongsian pintar antara Gaya Travel dan RTM selaku penyiar nasional, beserta Air Asia selaku syarikat penerbangan rasmi program tersebut.
 

Majlis pelancaran Passport Asean yang sederhana tetapi meriah. Kelihatan wakil Air Asia dan RTM sedang mengecop passport gergasi sebagai gimik pelancaran program.
 
Orang-orang kuat Passport ASEAN
 
Pengacara Passport ASEAN
 
Selari dengan perlantikan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, 'Passport ASEAN' membawa para penonton Malaysia bersama-sama menjelajah destinasi-destinasi tertentu di sekitar ASEAN. Harus tonton nih, aku belum sampai lagi ke Filipina, Myanmar dan Laos. Selain menampilkan tempat-tempat tarikan pelancongan, ia juga mempoerkenalkan budaya masyarakat setempat dan penginapan di destinasi-destinasi tersebut. Haa... kepada yang suka mencuba hotel-hotel baru dan berbintang jangan lepaskan peluang menonton ya.
 
Hasrat pembikinan program ini ialah untuk mengembangkan minat masyarakat umum untuk melancong dalam rantau ASEAN sebagai satu pasaran besar tanpa batasan. Kalau nak tahu, banyak syarikat penerbangan yang beralih ke rantau ini. Daripada pergi jejauh tak balik modal adalah lebih ekonomik jika dapat mengangkut para pelancong pusing pusing di sekeliling ASEAN aje. Ada beratus tempat kita boleh lawati walaupun berbajet rendah.
 
Diantara penaja-penaja lain yang turut menjayakan program Passport ASEAN adalah:
 
1. Agoda.com (Malaysia & Indonesia)
2. Hotel Quickly (site untuk book hotel one day in advance or the day you want to stay)
3. Hotel Pullman Saigon Centre
4. SelamatBercuti.com
5. Garage51 by Coffee Societe (mochalatte sumpah sedap )
 
Ada 19 penaja keseluruhannya termasuk Air Asia.
 
Selepas pelancaran 'Passport ASEAN, dijalankan pula majlis 'Raya with Friends' sempena Aidilfitri juga di Ruang, Seksyen 16, Shah Alam. Majlis raya santai ini dihadiri oleh lebih 250 tetamu merangkumi wakil media, personaliti berpengaruh, pegawai kerajaan dan pemain industri pelancongan. Agak lama tak jumpa kengkawan, keje bergambar je lah kami kat 'instabooth' tu.  Contact instabooth@gmail.com kalau berhajat nak sewa peralatan mereka di majlis-majlis anda. Aku pun tak sedar diri bergambar hehe.. siap print 2 keping per session lagi.
 
 Kuih muih yang sangat sedap secukup rasa. Tu belum termasuk nasi beriyani, nasi lemak dengan sambal super sedap, mi kari, kambing golek, durian, rambutah ..fuhhh ! Sesia diet sebulan setengah.


 Kemain seronok mawardiyunus.com, letopkeypad.blogspot.com, fatinbella.com dan budakpacak.com. Aku pun terjebak juga hehe...
 
The boys and girls of Gaya Travel magazines
 
Shamsul Bahrine Zainuzzaman's photo.
Gambar dari fb Sharm at Ruang-eventspace.
 
Ingat ya...
 
Hari siaran : Setiap Ahad selama 13 minggu
 
Waktu siaran : 9.30 malam
 
Chanel : TV1
 
Episod pertama : 26 Julai 2015
 
Selain tempat menarik, apa lagi yang best? : Ada kuiz mingguan, ada HADIAH !! Make sure handphone di tangan. Yang paling cepat dan tepat, dia menang! Pemenang episod pertama dapat pakej percutian 3 hari 2 malam di Philea Resort Melaka bernilai RM1,800. Kelas kau!
 
Rajinkan diri melawat www.gayatravel.com.my serta fb, twitter and instagram @gayatravel untuk hebahan terkini.
 
 Selamat Hari Rayaaaaa !!
 
 
 
 

Hotel Review + Family Day di Puteri Resort, Port Dickson

$
0
0

Hotel Review + Family Day di Puteri Resort, Port Dickson | Kita kembali ke Malaysia lah pulak, jenuh dah kot membaca My China Trip Hangzhou-Shanghai tu. Ini kisah percutian dua keluarga besar kami. Dua keluarga saja yang boleh commit with short notice. Aku malas nak plan lelama nanti tak jadi lagi. Siapa free datang.

Masa kami ke sini hampir kesemua hotel penuh disebabkan Raptor Watch. Rancangan asal nak sewa PNB Ilham Resort. Aku suka situ tapi sebagai resort rasmi sah sah la penuh. Puteri Resort ni nama lamanya Permaisuri Resort. Kenapa berpatah balik jadi anak dara pulak eh?
 
Dulu aku pernah menginap di sini. Ya, biliknya luas dan selesa untuk keluarga besar. Kali ni kami sewa dua bilik sahaja sebab dua keluarga kan... lagipun yang bujang seronok tidur dalam khemah di pantai tu. Makan, bermain gitar dan menyanyi. Malam unggun api gituh.
 
Cikgu KEMAS tolong uruskan games, mak mak orang buat brunch, yang bujang bahagian bbq dan hiburan. Sempat juga membawa anak-anak ke Rumah Api Tanjung Tuan. Anak-anak yang dah sekolah menengah muka bosan je sebab dah pernah ke sini hehee... adik-adik seronok sebab dah dihembus ke telinga memasing, "syok tau berjalan kaki ke lighthouse tu...".
  





 Cari gula-gula dalam tepung

 Aku wakil perempuan, merasalah naik dua kali. Puak ni bermain banana boat sampai empat kali. Suspen je bila dia nak jatuhkan kita tu. Berdebar tapi syok! Janganlah bawa budak kecil ya, bahaya.
 
Seronoknya tiup belon..!

Balik dari percutian singkat di Port Dickson ni terus memasing plan untuk next trip. Kalau selepas bulan November insyaallah aku join. Harapnya lebih ramai yang datang seperti di Melaka dulu.


Hotel review
Haaa... ni aku nak bagi ulasan tentang Puteri Resort. Meh baca hotel review aku ni.
 
Walaupun kelihatan laut terbentang luas yang memukau pandangan dengan Grand Lexis which was still under construction besides it, aku nak komenlah resort ni sebab kecewa.
 
Plus point : Apartment luas, bilik selesa, pemandangan awesome.
 
I will opt for a cheap, safe and clean place for my solo trip but for a family day MESTILAH yang selesa dan memuaskan hati. Paling penting pastilah air-cond berfungsi dengan baik dan swimming pool untuk bebudak yang bersih dan sesuai untuk mandi-manda. Tapi cuba ko tengok warna air dalam swimming pool dewasa tu? pool bebudak kecil so kalau pool dewasa cantik membiru bebudak yang pandai berenang ni bolehlah ke sana. haishh... aku bertanya pada staff reception tu, tak dicuci ke kolam tu? Dia kata pagi tadi dah cuci. Ekau bia boto dik? Itu bukan cuci... itu cuma simbah dengan klorin yo. Kalau dicuci takkan hijau airnya. Ontah berapa lamo tak begosok. Jangan nak temberang eh, seminggu dua kali aku pergi public swimming pool jadi aku tahu beza ada maintenance ke tak.
 
Lagi satu, tak ada air mengalir di papan gelunsur tu. Kesian bebudak mengharap. Air yang turun di batu pun tak ada. Mereka datang dengan kenangan tahun 2010 dulu yang sungguh menyeronokkan.

 
 
Di apartment, tiada blinds di sinki yang mengadap ke corridor tu. Gila kau, togel macam tu je. Seram je memalam, maka dikorbankanlah towel siapa entah untuk dibuat langsir. Dahlah rumah sebelah kosong. Saluran air di lantai di dapur tu pula tersumbat di hari kedua. Soba jo lah den.
 
Telefon tiada, bila barang yang kita request tak kunjung tiba kita pun turunlah sekali lagi. Buang masa okay? Sayang lemak yang kukumpulkan ni.
 
Bilik air di master bedroom pun menjadi kolam takungan di hari kedua. Di bilik ketiga air air-cond menitik. Mujur aku bukan jenis suka mencarut dan memaki.
 
WiFi takderrrr... mati kutu, pukul 12 dah tidur hahaa tak dapek nak tidur lewat. Wifi kat lobby je, apparaaaa....

Biliknya luas.

Ini pemandangan di medan ikan bakar MPPD.
 

Lagi satu, breakfast voucher dapat 3 aje untuk satu apartment, apa ke bengong? Apartment tu kan untuk enam dewasa? 2010 dulu dapat enam keping. Makin mundur pulak dengan management baru ni.
 
Hmmm... lokasi elok dah, Puteri Resort Port Dickson.... please improve your service ya! Tak boleh mengharap kepada staf kerajaan yang menginap di situ saja.
 
 
***Komen ini berdasarkan apartment yang aku sewa dengan bayaran penuh. Bilik yang lagi satu aku tak tahu.
 

Bagaimana melancong ke Hong Kong dan Macau dengan hanya HKD300?

$
0
0

Bagaimana melancong ke Hong Kong dan Macau dengan hanya HKD300?



Assalamualaikum.

Geng kaki travel, excited tak nak tahu bagaimana caranya? Hanya HKD300 dan dapat ke Disneyland dan menaiki Peak Tram ke Sky Terrace serta Madamme Tussaud!

Bawa ke sana HKD1620, bawa balik Malaysia HKD1320. Laki aku tanya, eh tak belanja ke...??

Selalu selalulah datang ke sini eh nanti kita cerita ;-))

 

RM2.6 billion dalam akaun saya. Serius!

$
0
0


RM2.6 billion dalam akaun saya. Serius! Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang sudi menderma kepada saya. Besar maknanya duit sebanyak USD700 kepada rakyat seperti saya. Saya berjanji akan berkongsi dengan pihak lain yang memerlukan terutamanya yang melibatkan pendidikan.

 
 
Shafinaz Mohd Saad's photo.
 
Selepas orang-orang penting berikut dan kebetulan-kebetulan yang 'berbau ikan' sangat akhirnya saya tahu duit 2.6 billion ringgit itu didermakan ke akaun saya. Ingatkan ke manlah hilangnya... nervous ai!
 
Pekerja di bawah yang agak berani bersuara dan bakal mengambil tindakan terhadap orang yang terlibat dengan 1MBD telah dibuang kerja:
 
1) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin
2) Peguam Negara, Gani Patail. (dibuang sebab didakwa sakit tapi dia pun tak tahu dia sakit apa huhuu... hari-hari poi kojo)
3) Ketua Pengarah Siasatan Jenayah PDRM
4) Menteri Luar Bandar, Shafie Apdal
5) Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar. Bersara 1 Oktober 2015 tapi 1 Ogos dah diganti. Efisyen!

Apa dan siapa lagi yang boleh diharapkan?
 
Banyak perkara ajaib berlaku di Malaysia sekarang ni. Selepas semua di atas dipecat pejabat siasatan jenayah Bukit Aman di terbakar. Owh kebetulan sangat. Jangan risau, rekod saman-saman korang yang tertunggak tu masih selamat. Bertabahlah membayarnya.
 
Orang-orang kuat PAC pun dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Tutup buku.
 
Dengan lantikan orang-orang baru yang ada diantaranya terpalit rasuah sebagai menteri we can expect more statement bodoh selepas ni. Dah keluar pun kan? Are they testing our intelligence? Ingat IQ kitorang 3.85 juga ke? Inilah akibatnya bila kita tak adil, tak memilih orang yang benar-benar layak untuk berada di tempatnya. Ahli agama pun Dr MAZA je yang lantang. Yang lain??
 
Oh Allah, help me. Help us. We love this country. Anak-anak pun pandai menilai. Kami berbincang hal ini setiap hari. Ini negara kami, ini masa depan kami dan anak-anak kami. Kami membayar hutang orang lain. Hutang sendiri pun dah keliling pinggang, dua kali belit dah.
 
Puas kami menabung sejak kecil, jangankan permata sebesar ibu jari sebesar tahi hidung pun payah nak beli. Tapi bertuahnya saya ada orang menderma sebanyak 2.6 billion ringgit ke akaun saya hari ini. Sekolah seperti di bawah juga memerlukan derma tuan puan untuk meneruskan operasi melahirkan bijak pandai akademik dan agama. Tolonglah mereka juga. Mereka hanya memerlukan tak sampai 0.1 % daripada RM2.6 bilion itu untuk penambahbaikan prasarana sekolah. Yuran pengajian hanya untuk membayar gaji guru yang tak seberapa dan bil-bil wajib. Nak menceriakan sekolah jangan mimpilah tanpa derma daripada pihak luar selain sumbangan ibu bapa.
 
Tolong eh, saya sertakan nombor akaunnya sekali:
 
SRI Assai'diyyah (SRIAS), CIMB 0507-0000375107 
SMA Yayasan Khairiah (SMAYK), BIMB 02048010003180
(sila buka www.cimbclicks/maybank2u/bankislam/hongleong/rhb/asb dot com dot my dan derma sekarang sebelum lupa. Ajak juga kengkawan berkongsi perkara baik ni supaya cepat tercapai jumlah derma yang diperlukan. Bantuan anda sangat dihargai)
 
Saya ni lemah matematik, tak sepandai Ahmad Maslan jadi saya pun tak tahu berapa banyak atau berapa ramai perlu menderma untuk mendapatkan 0.1% daripada RM2.6 bilion tu. Kalau dapat banyak boleh beli tanah yang lebih luas siap padang bola untuk SRIAS tu. Kesian bebudak takde padang.
 
 
***
Aku tak ingin nak tulis benda ni dalam blog aku tapi keadaan memaksa, tak ada tempat lain untuk diluahkan anger and frustration ini. Pemimpin semakin ke laut. Yang bawahan pula dapat BR1M lagi nanti senyaplah memasing. PRU bukan esok- kata Timbalan Menteri tersebut. Eh?

Pemimpin bagi habuan, ambil. Bukan duit dia punnnn.. duit derma katanya TAPI buatlah pilihan bijak untuk masa depan kita dan generasi akan datang. Orang lain dapat makan daging batang pinang kita makan sisa-sisa yang melekat kat tulang. Memang suka sup tulang eh? Syukurlah Malaysia masih aman katanyer...phuiii !!
 
 


Trip sendu Jakarta-Bandung - Part 1

$
0
0

Trip sendu Jakarta-Bandung - Part 1 | Wihuuuu... dah sampai Jakarta! Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Jakarta walaupun dah berulang-kali sampai Bandung. Sampai pun dah petang jadi boleh agaklah keadaan jalanraya waktu tu, macet!

 
Sebenarnya aku nak beli tiket terus ke Bandung tapi dah terlewat, tiket murah dah habis tapi tiket ke Jakarta banyak lagi. Memandangkan belum pernah lagi ke ibu kota Indonesia itu jadi aku rasa inilah masanya. Beg agak berat jugalah dengan kamera yang nak dihantar repair di sana? Jauh betul repair kamera hahah.. itupun tak bawa lagi dua buah kamera lama... takdok pitih.

Dari airport Soekarno Hatta aku naik bas Damri ke Stasiun Kereta Api Gambir. Tunggu kat depan arrival hall tu lorong keempat kalau tak silap, tambangnya IDR40k. Bas ni ada wifi tapi aku tak test pun. Disebabkan hari dah malam jadi aku terus ke kawasan hotel bajet di Jalan Jaksa menaiki ojeg, kena 15k rupiah. Tak booking in advance pun main redah je.. dapatlah single room berkipas with shared bathroom IDR105k. Okay lettew... di depannya ada sebuah masjid kecil dan gerai menjual bebek goreng yang panas dan lembut isinya nyum nyummm... mesti itik dara hehee.. arghh menyesal tak mintak dua ketul terus.

Harga tambang bas dr bandara Soekarno Hatta
 
Esoknya pepagi lagi aku dah ke Tanah Abang. Tak pernah aku sampai ke shopping mall jam 6.45 pagi hehe.. di Indonesia waktunya awal sejam jadi time aku sampai tu takdelah subuh sepie dah. Sementara menunggu Baqi Camera di Plaza Harco Jakarta Pusat buka kita buat acara melawat kawasan dululah. Perghhh... kalau nawaitu nak shopping memang habislah duit kita di sini. Nampak itu hendak, nampak yang ini macam best juga haishhh.. aku frust tak dapat beli skirt jeans yang hanya satu kedai je jual design tu. Kononnya nak cari tempat lain dulu sudahnya tak jumpa kedai tu semula. Handphone pun dah hilang nyawa. Aptb. Kalau nak mencari pakaian sukan boleh ke lantai 2 blok B. Nak cop nama sekali pun boleh. Satu tempat ni je sempat pergi, Mangga Dua lain kalilah.


Original ke tiruan? Kalau berani belilah bawa balik. Kalau setakat dirampas kastam tak apa, buatnya dicaj dibawah Akta Senjata Api nanges!

Kedai borong alat make-up pun ada di Plaza Harco. Aku pun menyibuk gak, nak beli sikat je pun hehe..
 
Selesai repair satu barang aku pun ke stasiun kereta api Gambir untuk ke Bandung. Kamera yang lain tu kononnya nak ambil on the last day tapi tak sempat, terpaksa minta tolong kawan. Harga repair berpatutan. Kamera kompak Samsung aku tu aku tukar lcd-nya RM70 tapi perlukan dua minggu untuk order barang.

 Hai lelaki! Inilah batu-batu cincin korang tu

 Kereta kuda. Ada pelbagai jenis mode of transportation di Jakarta selain kereta api, komuter, bas, bajai, angkot dan ojek.


Sementara menunggu train tiba sempatlah aku ke Masjid yang terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal. Boleh tahan mencungap berjalan kaki ke sana tambah tambah pula mengejar masa. Senang je nak ke masjid tu... Oleh sebab aku dah solat di train station so sekadar ambil gambar sajalah di sini. Memang besar betullah. Aku rasa reka bentuknya bagus sebab berangin. Kalau tak silap arkiteknya ialah Ridwan Kamil, orang sama yang merekabentuk Muzium Tsunami di Banda Aceh.
  

 
 Ruang wuduk wanita di Masjid Istiqlal.

Satu hal yang aku tak berapa berkenan kasut perlu disimpan di rak khas yang dijaga seseorang supaya tak hilang sedangkan sepatutnya masjid adalah tempat yang paling selamat. Pakcik tu berpesan supaya menjaga beg dan kamera. Macam macam jenis orang datang ke masjid, niat tak sama. Elok buat hukum potong tangan je. Walaupun dah diberi amaran "dilarang berniaga di dalam masjid" tapi ada je yang mengambil kesempatan. Aku ingatkan apa hal lah makcik tu dok panggil aku rupanya suruh pilih telekung yang dijual. Macam macam hal.
 
Selain masjid terbesar di Asia Tenggara, Indonesia juga memiliki gereja yang juga dikatakan terbesar yang letaknya bertentangan dengan Masjid Istiqlal.


 
Dah malam, satu benda pun tak nampak sepanjang perjalanan ke Bandung. Cuma yang menariknya dapat berbual dengan Samuel, wartawan Kompas. Baru habis assignment di Singapore katanya.
 
Sesampai di Bandung dah dekat pukul 10 malam, hotel pun tak book juga. Banyak hotel penuh sebab hari Khamis cuti umum so hari Jumaat tu ramai yang menyambung cuti. Carik pasal lagi! hahah... dulu dah kena di Yogyakarta. Aku nak ke hotel yang aku pernah menginap dulu. Aku yakin dekat je dengan Stasiun Bandung tapi dah memalam tu hmmm... sudahnya cari je hotel-hotel di depan stesen tu. Dapatlah Hotel Patradissa... beriya-iya tuan hotel suruh check dulu dan aku pulak beriya-iya setuju selepas tengok bilik. Tengok bilik aje, bilik air tak tengok huhuu... sadisnya air dari bilik air atas menitis ke bawah owhhh... tak sabar nak menunggu pagi, pindah ke Chez Bon pulak. Hasrat hati memang nak stay di Chez Bon dua malam tapi hari Sabtu tu penuh maka terpaksa redha dengan apa yang ada. Bilik macam tu pun boleh sewakan kat orang. Repair lah dulu.

Satu hal penting yang pemberi perkhidmatan di Malaysia kena belajar dengan Indonesia ialah "layanan mesra kepada pelanggan"terutama di Bandung ni. Ko pergilah hotel murah atau mahal di sana dan perhatikan cara mereka menyambut kita. Senyumannya, intonasi suaranya, bantuannya mengangkat barang kita. Biasanya mereka akan membantu kita membawa beg walaupun hanya sebuah. Lihat juga cara peniaga jalanan approach kita, berbudi bahasa sungguh tapi jangan mudah termakan pujuk sebab harga untuk pelancong selalunya lebih tinggi. Perhatikan cara mereka melayan pelanggan. Di Pasar Baru tu, jika harga yang kita hendak mereka tak boleh bagi mereka akan cakap dengan lembut, "belum bisa mbak/ibu/pak". Bila kita dah bayar, 'terima kasih ya bunda.." halahaiii...Salute!

Panjanglah pulak haaa nanti den sambung lagilah. Banyak sangat gambar nak diletakkan dalam satu blogpost. Sabaq naa...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 2

$
0
0

Trip Sendu Jakarta-Bandung - Part 2 | Sebenarnya dalam trip kali ni aku nak ke Kawah Putih dan floating market tapi nak ke Pasar Minggu Monju juga. Pasar minggu tempat wajib pergi sekiranya aku berada di Bandung hari Ahad. Nak sewa van naik sensorang rasa rugi... tanya pakej kat hostel semuanya start pagi hmmm acaner? Next day dah nak balik Malaysia dengan flight dari Jakarta urghhh... postpone lagi! Next time tak nak buat lagi KUL-JKT-BDO-JKT-KUL sebab banyak buang masa dalam perjalanan. Kali ini sekadar mencari pengalaman sahaja. Lain kali akan seperti biasa KUL-BDO-KUL atau KUL-JKT-BDO-KUL atau pulang dari kota lain.


Lepas hantar beg ke Chez Bon Hostel aku terus ke pasar minggu Monju di depan Gedung Sate dan berada di sana hingga peniaga-peniaga balik hehe. Itupun tak habis belek. Tahun depan nak start 'tawaf' pukul 6 pagilah. Aku suka shopping dan window shopping di sini walaupun punyalah ramai manusia berpusu-pusu. Tapak pasar minggu yang dulu dah dibuat kawasan riadah. Eloklah tu...

Salah satu kerja seni di Jalan Braga. Kalau ada tripod sakan aku bergambar di sini.
 
Naik angkot best! Aku suka sebab murah dan banyak

Banguna putih itulah Gedung Sate dan padang ini dulunya tapak pasar minggu tetapi sekarang telah dijadikan kawasan riadah. Seronok betul bebedak tu main bola.
 
Murah giler! Aku siap bawa botol kosong untuk refill di Jakarta. Jimat? Kedekut?


 
Suatu masa dahulu aku adalah peminat beg jeans.


Kasut kulit
 


Surabi Cisangkui. Ramai orang nak membeli, sedap kot.


Dari pasar minggu Monju aku ke Pasar Baru. Pak polisi di sini sentiasa mengingatkan agar menjaga beg, jangan sandang di belakang. Kang kok sandang beg kosong yo... hahah... macam macam dijual di Pasar Baru ni yang tak ada mak ayah jer. Aku mengakulah, agak susah nak mengawal perbelanjaan di Bandung. Aku ingat wang rupiah dah cukup untuk membeli-belah serba sedikit tapi kena tukar lagiiii....susahnya menahan nafsu di sini! Fesyen jubah (dress?) mereka pelbagai design, corak dan warna, banyak betul pilihan. Ada kedai yang taste owner nya bagus betul. Semua design cantik! Patung tu takde lemak tu yang semua nampak molek disarung ke badan. Kalau aku yang pakai belum tentu... tu yang pujuk hati toksah belilah. Aku banyak beli inner tudung cotton. Jika di Malaysia harganya RM5 di sana cuma 5 ribu rupiah. Banyak jimat tu... boleh buat modal beli gelang sampai ke siku hehee..

Dapat jugalah beli kain cotton sepasang tapi harganya lebih mahal dari Ho Chi Minh. Hmmm... kalau nak beli kain kena pergi Saigon juga, Bandung dah naik harga.


Lepas tu pergi gudang dvd pulak yang dekat masjid raya yang tu. Di masjid raya yang mula dibina pada tahun 1810 pun ramai pelancong tempatan. Ramainya orang di Bandung ni... kalau 10% sahaja rakyat Indonesia melancong ke Bandung hotel pun boleh penuh.

Di depan pasaraya berdekatan masjid raya tu ada sekumpulan remaja dengan pets memasing seperti iguana dan ular...erkk.. Ada acara apa ini? Sekadar bersosialisai mbak- katanya. Geli woii nak pegang ular.




Jalan Braga merupakan jalan seni dimana terdapat banyak lukisan berkualiti tinggi dijual. Aku suka hasil seni yang ini but I have to be practical, kek mano nak digantungkan?  Rumah kocik! Nantilah kalau ada rezeki untuk tinggal di rumah yang lebih besar, akan ku sediakan satu ruang khas untuk menggantung ole-ole dari luar negara terutama lukisan dan ukiran yang agak besar. Aku dengan rendah hati nak minta tolong dari semua readers  doakan kami dimurahkan rezeki, dapat membeli dengan harga murah sesuatu yang aku idamkan tu. Aku takde semasa jualan berlansung minggu depan so terpaksa wakilkan si dia. Boleh tolong doakan sekarang? Terima kasih.

Lukisan yang di dalam kedai lagilah hebat.

Aktiviti malam errr... aku bosan sebenarnya jadi ambil teksi ke factory outlet. Teksi Gemah Ripah tu ada bayaran minima 25k rupiah. Dah Bluebird tak lalu naik je lah apa-apa yang ada. Oleh sebab musim cuti sekolah negara kita dah tamat maka tak adalah bergesel bahu dengan orang kita. Adalah terjumpa tapi tak ramai. Sunyi je dah habis sale kot.

Balik dari FO sekadar berjalan-jalan sekitar Braga tu je. Dapatlah bergambar dengan Bapak Jokowi. Senang kat Indonesia ni, semua orang yang kita hormati kita panggil bapak aje. Kat negara kita ada macam-macam, Dato Datuk Dato' Seri Datuk Seri Datuk Amar Tan Sri Puan Sri Tun Toh Puan Yang Mulia Yang Berbahagia Yang Berhormat Yang Amat Berhormat... apa lagi eh? Salah panggil kang ada pula yang marah. Bak kata Sultan Johor kalau baling batu mesti kena kepala salah seorang daripada mereka ni. Kalau batu tu melantun kena pula kepala Dato' lain hahahah... @khairiKJ je takde title. I loikeeee... maintain camtu je lah KJ eh, people still respect u what? (selagi you tak buat statement banganglah).

Aku tak nampak pula gambar Perdana Menteri kesayangan korang, di sebelah sana kot. Aku rasa patung ni dibuat sempena Persidangan Asia Afrika yang baru berlansung.


 Aku hairan gak apekebendelah yang orang dok berkumpul reramai rupa rupanya dok melihat fountain ni. Baru siap agaknya.
 
Dalam kesulitan otak kita akan menjadi lebih kreatif mencari jalan untuk kelansungan hidup. Namun begitu aku tak dapat membuang rasa simpati melihat kanak-kanak bekerja. Aku tanya adik ni...

Kamu bersekolah?
Ga ada biaya bu
Tinggal di mana?
Di sana (sambil menunjukkan ke satu arah
Bersama siapa?
(menunjuk kepada seseorang)
Orang tua kamu?
Sudah tiada bu.

Ini hanyalah perbualan sebelah pihak, tak tahu betul atau tidak ceritanya tapi aku tetap tak bersetuju kanak-kanak berada di luar rumah untuk bekerja di waktu malam. Bersuka-sukaan tanpa pengawasan ibu bapa di malam hari pun tak boleh inikan pula mencari rezeki. Orang dewasa yang banyak tenaga pun letih apatah lagi pula budak. hmmm... setahu aku kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di Indonesia diwajibkan masuk Sekolah Dasar. Di Malaysia pun begitu, sakit je hati tengok bebudak minta derma. Sekolah tahfiz konon... bila kita cuba tolong teruk budak tu dibantainya. 
 
Nak support perniagaan dia kita pun minumlah juga. Ya Allah sedihnya... Hai anak-anakku, masa mak ko tiada di rumah semua makan pakai dah siap. Tinggal nak bangun pergi sekolah je. Tinggal nak panaskan lauk je. Bersyukurlah.


Masalah besar remaja sekarang adalah ketagihan rokok. Kalau yang berniaga ni pun merokok juga habislah... kudrat habis, untung pun hilang.


Banyak cara untuk mencari rezeki yang halal.
 
Bosan dah, jom tengok Chez Bon Hostel! Highly recommended untuk yang mahu bertukar angin atau berbajet kecil. Female room for 16 pax ni luas with attached bathroom. Kasut pun tak boleh bawa masuk. Best giler check in hari Ahad tu, all by myself! hahhaa... dok sensorang jer. Tidur buka lampu iols hari tu.. cuak gak hahhaa... 


Keesokkannya, train balik ke Jakarta pukul 11 pagi. Dah tak tahu nak ke mana so lepas simpan beg di sebelah Stasiun Bandung tu aku pun pergi meronda di sekitar Pasar Baru Trade Centre. Berpagi-pagian bagus... orang baru berniaga kan, barulah dapat harga terbaik.

**Tempat simpan beg tu bayarannya hanya 5k rupiah. Kalau kita mengadap train station tu, kedainya sebelah kiri.

Jika kita berjalan di lorong hadapan Pasar baru tu kita akan berjumpa dengan kilang pembungkusan Aroma Coffee ni. Aku tak kuasa nak beratur so takdelah membeli. Dah lama wujud kilang kopi ni, masih menggunakan ejaan lama di packaging. Baunya harum semerbak.

 
Tengahari aku pulang ke Jakarta menaiki train Argo Parahyangan lagi. Memang trip buang masalah kali ni wehhh.. perjalanan je dah tiga jam. Mujurlah pemandangannya awesome! Kalau boleh pilih seat, belilah seat yang jauh dari kepala keretapi sebab bila membelok kita dapat ambil gambar dengan lebih menarik. Dengan koc air-cond ni tak dapatlah nak hulur kepala atau badan ke luar. Fuhh pemandangan keretapi melalui jambatan tinggi dan sawah padi serta perkampungan sangat cantik!





Lagi best aku duduk di sebelah Bapak Bambang Hidayat! Beliau adalah bekas director Bosscha Observatory Bandung. Ya tuhan, Allah gantikan kebosanan aku tu dengan sesuatu yang berharga. Mudah-mudahan tahun depan dapat berjumpa beliau di rumahnya. Semoga kita sama-sama panjang umur ya Bapak Hidayat. Aku ada paperwork dia tentang bulan bintang. Kalau ada yang berminat nanti aku try tanya boleh tak share. Ada yang nak ke? Kalau minat sila komen eh dan bagi e-meil address.

Bapak Hidayat boleh bercakap dan membaca dalam Bahasa Belanda. Semasa parents lain tidak mementingkan pelajaran di zamannya beliau berasa bertuah kerana almarhum bapanya bersikap sebaliknya. Itulah perbezaan orang yang ;nampak' dan 'tak nampak' kepentingan pendidikan.


Hajat hati nak melawat MONAS tapi tutup hari Isnin.... aptb. Haishhhh....

 
April tahun depan aku akan ke Bandung lagi insyaAllah. Pasti jauh lebih menarik dengan itinerary yang padat dan penat hahah... Ada yang nak follow??







Chez Bon Hostel, Bandung

$
0
0

Chez Bon Hostel, Bandung | Hellooo... Pernah menginap di hostel? atau teringin mencuba? Meh aku buat review the latest hostel that I stayed in May.

 
Sekarang ni memang aku book hostel je bila kemana-mana sebab bersih, selesa, murah dan WiFi berdesup mengalahkan sesetengah hotel 4 bintang. Sungguh, kesemua hostel yang aku pernah menginap talian internetnya sampai ke bilik dan LAJU.

Kenapa aku memilih untuk menginap di Jalan Braga? kerana...
1) ia sebuah jalan seni. Banyak lukisan dipamerkan untuk jualan di sini.
2) kawasan ini tak bising sangat di waktu malam dan selamat. Pusat membeli-belah dan cafe pun ada cuma kurang restoran di sini, kena berjalan sikit.
3) aku nak test hostel yang mendapat rekomendasi ramai. Kalau nak duduk sebilik 2 orang pun boleh.

Kedai lukisan sepanjang Jalan Braga


 
Chez Bon Hostel, Bandung

Chez Bon (baca Se Bong), sebuah hostel yang dimiliki Bondan Winarno, pelopor pelancongan makanan yang juga seorang yang suka melancong.
 
Fasiliti yang ditawarkan:
  • Free Wifi
  • Free Breakfast (sendiri bikin)
  • Laundry
  • AC & Hot Water
  • Bed lamp, plug point and locker for each bed
  • Cable TV in lobby & social space
 Suasana di pagi minggu
 
 Masuk di pintu kiri tu, reception di tingkat 1



Dok reramai pun takde hal sebab bilik luas, blik air pun besar (attached)


Tingkat 2


Tidur sensorang je haaa....

My comment:
5 bintang!!

Ada kesilapan informasi di booking sites. Hostel ini mnegasingkan bilik untuk lelaki dan wanita so boleh book dengan senang hati ya.


Alamat Chez Bonz Hostel

Jl Braga 45, Bandung
Tel : +6222 426-0-600
Emel : frontdesk@chez-bon.com

Lokasinya di atas Kopi Oey. Nak berjalan kaki ke Pasar Baru dan Stasiun Kereta Api Bandung pun boleh.

Bila tenant Bangla buat open house

$
0
0

Bila tenant Bangla buat open house | Assalamualaikum... sorry lah kerana lama tak update blog. Nak mengarang ni bemusin gak dan perlu kesesuaian waktu. Sekarang ni musim malas, payah benar nak menaip guna tab ni ha.

 
Today is my last day in Kuching, dah 5 hari berkampung di sinī sempena Hari Koperasi Negara. Banyak juga tempat kami lawati.. membuka mata aku yang selama ni ingatkan koperasi tu setakat menjual kraftangan dan barangan runcit serta memberi pinjaman saja. Hmmm... banyak betul yang nak kena buat, Hong Kong-Macau tak sentuh pun lagi huhuu..
 
Dalam aku dok sibuk semalam si R my Bangladeshi tenant called jemput datang beraya ke rumah dia. Aku rasa macam nak sorok muka je hahha... tenant kemain buat open house tapi tuan rumah senyapppppp je walau dah betahun orang tu jadi penyewa kita.
 
Aku teringat pesanan seorang tok guru ni. Dia kata dia tak jemput tenant datang ke rumah, setakat hantar kad raya tu adalah. So sebagai anak murid baik walau tak pernah berjumpa pun " i follow".
 
Aku pun segan nak jemput orang ke pondok kecilku sebab bimbang mereka akan merasa hiba melihat tv aku yang dah berumur 24 tahun muahahahahhaha..... mesti dia akan sedih juga bila dua orang je dapat duduk di sofa.. yang lelain kena bersila/bersimpuh/berlunjur atas lantai.
 
***tenant aku tu ada flat screen tv yang gemuk tu, dua buah peti ais, kerusi jati dan serba lengkap katil queen tilam semua. Siap jadi muazin lagi kat surau situ. Aku dah congak, aku rasa pendspatan dia at least rm4,000 sebulan. Aku je yang masih jobless. Please offer aku kerja.

 

Tanah itu bukan milik kami...hiksss

$
0
0

Tanah itu bukan milik kami...hiksss | Ingat tak hari tu aku minta tolong doakan sesuatu? Terima kasih kepada yang telah mendoakan tetapi ianya bukan rezeki kami.



Aku wakilkan my husband untuk je acara lelongan tu sebab aku pergi Kuching selama seminggu. Macam-macamlah aku pesan kat dia sebab all the while aku yang uruskan semuanya. Sampaikan kena redha je lah jalau terpaksa letak nama dia hehee...

Sempatlah kami membuat lawatan tapak pada Ahad lepas. Giler best kawasan tu, atas bukit tepi jalan. Aku dah bercadang nak buat homestay di kiri kanan rumah dan akan menjual pisang goreng, mi kari dan ABC hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sebab jalan depan tu jamm uols during weekends. Jiwa usahawan sangat kan? hehe

Dan, aku nak gantung banner iklankan homestay di pagar rumah sambil menyeru, "jalan sesak? penat? meh singgah solat dulu!". Bawa badan je telekung disediakan. Penggunaan toilet free selagi memasing tahu adab menggunakan tandas. Kalau tak reti aku caj 60 sen seorang gittewww.. Jealous aku tengok jiran sini buat tangga untuk memudahkan bebudak sekolah lalu. Saham akhirat tu...senang-sebang je boleh dapat.

16 orang datang for the bidding tapi hanya tinggal tiga saja yang berlawan selepas harga 40k. Done at 62k! Bertuahlah dia walau tak buat site visit pun. Aku tak beranilah, sedar kemampuan diri. Kita bukan orang kaya yang bank berebut nak bagi loan. Dahlah jobless.. payslip pun tak ado.

Bersabarlah hati... mungkin Allah nak beri rezeki yang lebih baik. Amin.

Tiada yang selamat dalam nahas pesawat Trigana Air

$
0
0

Tiada yang selamat dalam nahas pesawat Trigana Air | Pesawat Indonesia terhempas lagi Ahad lepas. Berita yang membuatkan aku kecut perut.



Sumber di sini

Para petugas penyelamat yang sampai ke tempat kejadian hari ini menjumpai pesawat Trigana Air yang berkecai di hutan tebal dan yakin tiada seorangpun daripada 54 penumpang dan krew terselamat.

Pesawat malang yang hilang dari radar pada Ahad lalu semasa dalam perjalanan dari Jayapura, ibu kota Papua ke Oksibil, sebuah kawasan pedalaman di pergunungan. Ketua pencari dan penyelamat Henry Bambang Soelistyo mengatakan "tiada peluang untuk sesiapapun selamat". Serpihannya ditemui 1200m dari aras laut pukul 2 petang tadi. Sedih. 

Pesawat ATR 42-300 twin-propellor itu membawa 49 penumpang, 5 krew and wang tunai sebanyak 6.5 bilion rupiah (£300,000/US$470,000) yang merupakan bantuan kebajikan untuk diedarkan kepada keluarga miskin di sana.

Mujur kotak hitam dah dijumpai. Cuba bayangkan pula perasaan petugas yang terpaksa mendengar jeritan atau apa-apa sahajalah suara juruterbang semasa siasatan nanti. Industri penerbangan Indonesia agak bermasalah dalam isu keselamatan, dengan kejadian terbaru ni pastilah akan tambah menjejaskan kredibiliti mereka.

Meanwhile, semasa kami ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Kuching Sabtu lalu, hujan lebat sebelum perlahan-lahan reda. Panjang doa aku weh.





12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba!

$
0
0

12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba! | Setiap bangsa dan kaum mempunyai kebudayaan dan makanannya sendiri yang bersesuaian dengan keadaan hidup dan cuaca sesuatu tempat. 


Begitu juga dengan negeri Sarawak. Merangkumi 27 etnik dengan 47 bahasa negeri di kepulauan Borneo ini sudah tentulah mempunyai kepelbagaian hidangan pembuka selera melebihi negeri lain. Kalau suami 'diikat' dengan menjaga perutnya, pelancong juga begitu. Tak kisahlah nilai duit kita naik setinggi mana pun jika layanan tip top dan makanan sedap pasti pelancong akan berusaha untuk datang lagi dan lagi. Makanan enak akan sentiasa terasa-rasa ditekak betul tak?


Berikut adalah senarai 8 Hidangan Istimewa Sarawak yang aku recommend untuk dicuba:

Umai
Umai adalah makanan masyarakat Melanau khususnya yang tinggal di sekitar Daro, Matu, Mukah, Rajang dan Belawai. Ia juga popular di seluruh Sarawak dengan pilihan umai ikan, udang atau obor-obor. Ikan yang biasa digunakan pula ialah ikan empirang tetapi ada juga ikan jenis lain sebagai pilihan.

Cara penyediaannya mudah. Isi ikan diasingkan daripada tulang, disiat-siat lalu dicampurkan dengan hirisan nipis bawang besar, garam dan perahan limau kasturi. Ada juga yang menggemari tambahan sedikit hirisan bunga kantan.

Semua tempat yang menghidangkan umai semasa di Kuching minggu lepas aku cuba. Yang di Sumiran Eco-Camp sedap, yang di Grand Margharita juga enak cuma umai GM agak berair, mungkin telah disediakan beberapa jam awal.



Manok Pansuh
Manok ialah ayam dalam bahasa Melayu Sarawak. Hidangan ini sangat istimewa. Potongan ayam yang telah diperap dengan hirisan halia, bunga kantan, dan bawang besar dimasak di dalam buluh macam lemang tu. Dimasukkan juga pucuk ubi semasa proses memasak. 

Ayam yang sesuai ialah ayam tua atau ayam pencen sebab dagingnya lebih kental. Supnya sedap tapi aku kena makan dengan sambal kicap hehe.. bohlah garam secukup rasa.




Midin Goreng Belacan
Midin termasuk dalam kumpulan paku pakis. Sesetengah kaum memanggilnya 'biling' dan rasanya SANGAT SEDAP digoreng bersama belacan. Mak mertua lalu pun tak perasan weh.


Botok Ikan/Telur Masin
Aku ingatkan orang Johor je makan botok hehe.. nak tulis resipinya panjanglah pulak. Silalah ke blog Che Mat TiffinBiru.com


Mee Kolok @ Mi Kolo
Mi kolok boleh dimakan kering atau berkuah. Menggunakan mi sanggul sebagai bahan utama, Istimewanya kerana penggunaan mee sanggul/mee kering/mee rangkai bersama hirisan ayam atau daging yang direbus. Nak sedap lagi kena makan dengan kicap pedas.

Sumber di sini

Laksa Sarawak
Sesiapa yang pergi Sarawak tapi tak mencuba rasa Laksa Sarawak ibarat belum sampai ke negeri ni. Kalau dilihat bahan-bahan untuk menghasilkan laksa istimewa ni mudah saja... ditambah dengan sambal udang kering untuk rasa yang lebih kawww..!

Nak mudah beli saja pes yang siap dijual. Aku beli pes buatan Hj Manan yang terkenal tu. Cuba yang ini dulu... kalau 'rakyat jelata' suka nanti baru buat sendiri from scratch.


Kek Lapis
Kek lapis warna-warni pelbagai corak memang kepakaran wanita Sarawak. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan halus buatannya kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Orang macam aku ni elok beli je lah. Boleh kematu tumit buat kek ni hahaa..

Untuk menghasilkan kek yang enak mentega jenama tertentu digunakan kerana ia akan menghasilkan tekstur kek yang lembut. Kek yang bercorak di tengahnya memerlukan lebih masa untuk disiapkan sebab bahagian dalamnya perlu di siapkan dulu. Setiap lapisan kek memerlukan masa selama 10-15 minit untuk dibakar dengan menggunakan api atas. Bila masak, keluarkan dan ditekan supaya rata kemudiaan di tambah satu lapisan lagi, bakar dan ulang proses ini sehingga habis adunan. Kalau yang bawah guna sesenduk bancuhan tepung layer kedua dan seterusnya digunakan sama banyak juga. 

Pengusaha kek menggunakan oven gas berwarna hijau yang banyak dijual di Serikin. Gigih aku tawaf Kuching mencari oven tu. Jumpa tapi mahal sangat pulak. Kenapa organizer tak drag programme kami sampai Ahad eh? Boleh shopping kat Serikin, ishhh...

Pengusaha kek lapis yang terkenal di Kuching diantaranya ialah Diwannie di Jalan Satok, Mira Cek House di seberang sungai dan Dayang Salhah, juga di seberang sungai (belakang masjid). Kek yang menggunakan butter biasanya dijual bermula daripada RM20 sepotong. Potongan kek semakin mengecil sekarang.. hmmm

Sumber di sini


Kek Jantung Pisang
Adakah mungkin kek ini pencetus kepada penghasilan kek lapis?

Untuk membuatnya kita perlu menggoreng adunan sesudu demi sesudu dengan sedikit mentega sehingga saiznya semakin membesar barulah ditambah kuantitinya. Goreng sesudu balik-balikkan dan angkat. Masukkan sesudu lagi, letak yang dah siap tadi, balik-balikkan dan angkat. Ulang sampai siap. Buatlah sambil duduk ye hehee..

Untuk menyiapkan sebiji kuih jantung pisang ini memerlukan 2 jam kesabaran hahaha... nak habiskan sekejap je.

Cantikkan lapisan tu


Tebaloi
Tebaloi ialah snek yang diperbuat daripada sagu dan dipopularkan kaum Melanau di Mukah. Tahun lepas semasa trip Mukah Kaul Festival aku dah melihat proses pembuatannya di sebuah kilang. Sejak kecil aku memang sukakan snek ni, sedap dan rangup dengan pelbagai perisa.

Di kilang ianya dijual RM1.00 sebungkus, bila dah sampai Kuching jadi 3-4 bungkus RM10.00. Dah dibungkus dalam kotak kan... lainlah harganya.




Ais Krim Bergula Apong
Gula apong ialah gula Melaka. Terdapat dua orang yang  menjual ais krim sedap ini di bandar Kuching. Yang kami pergi tu di open air hawker centre berhadapan dengan Electra House. Senang je nak ke sini. Dari pintu pagar utama masjid negeri, jalan terus ke depan. Selepas lorong yang pertama tu (kiri) pandang kanan.

Waktu perniagaannya bermula jam 1 petang hingga 5 pagi.


ABC Swee Keng
Bertuahnya aku kawan lama bawa ke sini. Kedai ini terletak berhampiran pasar lama Satok (Pasar Satok sekarang dan dipindahkan ke Kubah Ria).

Selain pelbagai jenis air batu campur makanan seperti mi kolok dan laksa Sarawak juga dijual di sini.



Ikan Terubuk Masin


Sumber di sini


dan... seafood juga!!








'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X

$
0
0

'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X | Air Asia melancarkan menu terbaru dalam pesawat yang bertemakan Asean. Bersandarkan kejayaan Nasi Lemak Pak Nasser, Air Asia ingin mengetengahkan hidangan lain pula yang tidak kurang enaknya. 

The sweet lady, Tony Fernandes and Benyamin Ismail (acting CEO for AAX)


Konsep 'Santan' dipilih kerana ia adalah bahan asas yang tidak asing bagi semua komuniti Asean dan Air Asia sebagai syarikat penerbangan jati Asean akan memperkenalkan beberapa hidangan dari serata rantau Asean bermula dengan Nasi Dagang dalam pusingan menu terkini ini.

Antara hidangan terbaru untuk pembelian dalam pesawat Air Asia (penerbangan AK) ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai; sementara menu pra tempah adalah Nasi Tomato Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.




  
Just to inform you, ai tidak dibayar AA untuk memuji ye tapi roti canai ini memang lebih sedap daripada yang ai makan baru baru ni dalam syarikat penerbangan yang satu lagi. 

Bagi penerbangan Air Asia X (D7), menu pra tempahnya pula ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang dihidang bersama 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan Air Asia X.

Menurut Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, mereka sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik pengalaman penerbangan bagi tetamunya. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi mereka tidak mahu sekadar menjual tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi memperkenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu mereka.

Kita juga boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang termasuk Biskut Karamel Masin dan Kit Kat untuk hanya RM7 bagi melengkapkan hidangan dalam penerbangan Air Asia (AK). Bagi hidangan kanak-kanak pula pra penempahan boleh dibuat untuk Dua Burger Ayam Mini dan Ribena bagi kedua-dua AK dan D7.

Voucher menang contest tu boleh tak guna konsep All-U-Can-Grab Mr Tony? I nak tart nanas tu 20 pcs. Nak makan sampai cemuih.


Sila buat penempahan awal in flight meal selewat-lewatnya 24 jam sebelum penerbangan untuk mendapatkan potongan 20%. Hey...kenapa bayar lebih?? Masuk kat Manage My Booking di asirasia.com untuk menempah berjenis hidangan yang confirm akan ada dalam flight nanti. Kalau kita naik penerbangan tengahari dari luar negara soheh makanan yang sedap sedap habis. Aku lah kan, macam mana sedap pun makanan asing hari keempat mencari staple food juga. Owh.. jangan lupa kopi T&Co daripada biji kopi gred Robusta yang sangat sedap tu.

Nak tahu promosi dan aktiviti terkini Air Asia boleh semak di www.twitter.com/airasia dan www.facebook.com/airasia.

Dah, jom balik!

Nota:
Air Asia telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk tujuh tahun berturut-turut bermula 2009 hingga kini melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax. Air Asia juga menjadi syarikat penerbangan global pertama yang bekerjasama dengan Interpol untuk melaksanakan sistem I-Checkit bagi menyaring passport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu. 


Eh uols, dah ada official announcement ke AAX akan ke Hawaii? Yang pasti ada yang menang contest untuk ke Hawaii. Marilah kita bersama-sama berebut bila tiket dijual nanti. 

Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang

$
0
0

Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang | Inginkan sesuatu yang menarik? Meh akak nak cerita tentang keistimewaan inap desa atau homestay di Sarawak ni.


Di mana letaknya Kampung Melayu Tebakang?
Kampung Melayu Tebakang telah wujud sejak kurun ke-18 lagi yang mana penerokaan tanahnya telah dimulakan oleh Haji Laer yang merupakan seorang ulama dan pedagang berasal dari Bintangor.

Kampung ini berjarak 15 minit pemanduan dari bandar Serian bahagian Kota Samarahan. Kira-kita 60km dari Kuching dan berada diantara Serian dan Tebedu. Selain Tebedu, Serian merupakan benteng pertahanan dari serangan Indonesia semasa konfrontrasi dulu. Ingat lagi tak subjek sejarah dulu..? ke.. masa cikgu mengajar kat depan ko baca majalah Gila-Gila jugak? hahahah...

Rasanya inilah satu-satunya perkampungan Melayu di daerah Serian.


Bagaimana hendak ke sini?
Kita boleh meniki teksi, van (kereta sewa) atau menyewa kereta secara persendirian. Lebih murah dan selesa menyewa kereta.


Apa yang menarik di sini?
Semasa kedatangan kami ke sini, kami disambut dengan kompang dan Silat Gerak Waris oleh anak-anak penduduk. Menariknya, kita perlu melintasi jambatan untuk ke kampung ini. Bagi yang berkereta pula mereka perlu mengikut jalan yang agak jauh sedikit untuk meletak kereta di hadapan rumah.



Terdapat 19 buah homestay yang disertai oleh anggota Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad. Wah... cecantik semua rumah kat sini. Selain rumah yang besar, dicat dengan warna-warna menarik pula tu. Aku agaklah kan berdasarkan saiz rumah, tiada penerima zakat di sini. Aku agaklah.




Kami dibawa menyusuri Sungai Kayan untuk berkelah di sebuah kawasan tebing pasir sebelum dijamu makan tengahari dengan masakan kampung yang sodap amek! Umai wajiblah kan... selain rendang terung pipit, gulai rebung, pucuk ubi yang ditumbuk campur apa entah - kemain sedap- dan lain-lain lagi. Mewah betul lauknya. Selain berkelah, kita juga boleh membuat aktivit lain yang disediakan di sini seperti:

- lawatan ke kampung
- penglibatan dalam aktiviti pertanian
- jungle trekking
- memancing ikan
- menyusuri sungai Batang Kayan
- long boat river safari and picnic



 Di kawasan cetek bot terpaksa ditarik

Sambil berkelah tu penduduk kampung telah mendemontrasikan cara memasak Ayam Pansuh membuat Kek Jantung Pisang yang aku dah poskan resipinya di sini. Dua jam masa yang diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek yang cantik tu. Dua jam ko... hahah... kebas kaki dibuatnya. Kita kongsi beli je lah, sebiji 70 ringgit.



Membakar ayam pansuh

Ayam Pansuh tu memang istimewa, dimasak dalam buluh macam masak lemang. Kena guna ayam pencen yang agak liat isinya, kalau guna ayam Pasar Chow Kit mudah hancur. Rasa ayam yang bercampur serai, bunga kantan dan pucuk ubi tu nyam nyammsss... kalau aku masak nanti aku akan tambah lada hitam bagi pedas sikit. Lauk ayam kalau tak podeh macam orang nak pencenlah, hambar. Eh?! hahah....ampun Mak Lang! hahah...





Berminat untuk menginap di Homestay Kg Melayu Tebakang? Sila hubungi:

Encik Pathe bin Abdul Rahman (penyelaras koperasi)
Tel: +6082-874263 / +6019-834 3182
Fax: +6082-875780


Alamat: Homestay Kampung Melayu Tebakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak

Get Direction


Lawatan ke inap desa (homestay) ini adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine sempena program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak" yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.  

Hari Koperasi Negara yang meriah!

$
0
0

Hari Koperasi Negara yang meriah! | Majlis perasmian Hari Koperasi Negara telah berlansung dengan jayanya di Waterfront, Kuching, Sarawak minggu lalu.


Kuching yang dipilih sebagai destinasi HKN tahun ini oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sangat bebesar hati dengan pemilihan tersebut. Sungguh menarik apabila majlis perasmian turut dimeriahkan dengan penyambut tetamu dengan pakaian tradisional masing-masing. Dengan 47 etnik yang mendiami Sarawak sudah tentulah pakaian mereka pelbagai corak dan warna melambangkan budaya bangsa masing-masing.



Bilakah koperasi dimulakan?

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.
Objektif
Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
 (dari laman web SKM)




Selendang keringkam ni mahal tau



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem

 Orang Melaka pun ada haa... Datuk Seri Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka. Mujur dah jadi mantan, kalau tak kono berjawablah apo pasal bumbung ILP runtuh.


Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri Datin Seri Asmah Ab Rahman. Okay dia memang hensem.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu 



 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Majlis dimulakan dengan koir, bacaan doa diikuti ucapan VIP barulah ucapan VVIP, the Chief Minister pula. Kalau dengar CM berucap sama je macam mendengar Dato' Seri Mohamad Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan berucap, bahasa laymen. Itu yang membuatkan rakyat berasa seperti tiada gap.

Dalam ucapannya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, telah menyebut bahawa koperasi yang pertama ditubuhkan adalah dari Sarawak. Namun begitu, "sik tau ku ada gik kah sik koperasi ya" hahahaa.... beliau pun tak tahu masih wujud ke tidak. Aku pande kelakar Sarawak bah.

Ketua Menteri Sarawak sedang memberikan ucapan.

Bagi tahun terkini Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad mengungguli tempat pertama sebagai koperasi terbaik diikuti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Felcra-Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dan Koperasi Kakitangan Petronas Malaysia Berhad. Itu lima yang teratas. Jumlah yuran dan syer bagi 100 koperasi terbaik Malaysia berjumlah RM13.49 bilion dengan RM116.79 bilion aset. Bahaya tayang duit bilion bilion ni. Eh?

Beratus gerai mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Sambal ikan bilis kering dari Pahang tu sangatlah sedap. Sarawak mempamerkan berpuluh jenis beras. Baru ku tahu banyak betul jenis beras. Selalu beli beras Jalaludin Hassan tu je.

Selain menjaga booth masing-masing, staf koperasi ni juga bergilir-gilir ke seberang sungai membeli kek lapis dan ikan terubuk masin hehee... bergesel dalam kedai uols.. Ceria muka memasing dapat beli kek lapis berkotak-kotak.


Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai. Terima kasih yang tidak terhingga diatas peluang yang diberikan untuk mengikuti program ini.

Sumiran Eco-Camp : Berzumba di Kem Bina Semangat

$
0
0

Sumiran Eco-Camp : Berzumba di Kem Bina Semangat | Dalam banyak-banyak koperasi yang kami lawati di Kuching, yang satu ini berlainan konsepnya, milik keluarga dan paling happening!

 
Terletak di Rantau Panjang Batu Kawa, Sumiran Eco-Camp adalah gabungan hutan hujan dan kem ekologi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Mereka menyediakan perkhemahan asas dan konsep latihan dengan harga yang berpatutan. Kedudukannya yang agak tersorok dari hiruk-pikuk kota menjadikannya kem latihan yang ideal untuk latihan ikhtiar hidup, menguatkan hubungan sesama individu, tempat bertemu kawan baru dan menyerlahkan kegiatan luar di tengah bandar yang pesat membangun.

Hanya 30 minit dari pusat bandar selepas jambatan Batu Kawa, kem latihan ini sangat sesuai bagi kegiatan sekolah dan syarikat untuk aktiviti bina semangat, hari keluarga or even a garden wedding! Kawasan seluas 20 ekar ini siap dengan tasik, sungai dan kehijauan. Sumber elektriknya melalui tenaga solar dan generator oleh sebab itu tiada pendingin hawa. Bekipeh lah kok sesajo nak duduk dalam bilik. Kalau datang musim buah syoklah boleh makan sepuas-puasnya. Kambing dan kuda pun ada.

Kedatangan kami disambut mesra Camp Chief, Encik Sudaryo Osman beserta keluarga dan pekerjanya.  Terasa kemesraannya. Encik Sudaryo is a Commissioner of Boys Scouts in Sarawak. He is very experienced in teambuilding and outdoor activities.  Sambil minum petang kami diterangkan mengenai kem tersebut. Mereka mahukan sesiapa yang memilih kem tersebut pulang dengan tambahan ilmu dan kepuasan.

Latihan pertama yang kami buat ialah latihan otak. Haa...camana tu? Pernah tak buat latihan begini:

Contoh latihan otak 1:

Genggam penumbuk kanan dan luruskan jari kelingking.

Luruskan ibu jari kiri dan telunjuk.

Buat berselang-seli kanan dan kiri dengan pantas. Boleh?


Contoh latihan otak 2:

Genggam penumbuk tangan kanan dan hentak-hentakkannya di peha kanan.

Tangan kiri pula gosok peha kiri. Peha sendiri eh bukan peha orang lain. Haha..

Cuba buat latihan tu berselang-seli bermula perlahan sebelum dinaikkan kepantasannya. Boleh?

Begitulah lebih kurang latihannya. Sebenarnya ada 20 jenis latihan tetapi kami cuma buat empat sahaja. Itupun fail hehe... patutlah selalu melalut saraf-saraf otak tak berhubung rupanya. Elok juga kalau dihantar 'orang-orang popular' di media sekarang ke kem ni. Biar semenggah sikit statement yang dikeluarkan.

Lepas tu kami diajak menari zumba. Mati la nakkkk.. pancit mak!

Senaman Gemu Fa Mi Re.

Putar ke kiri eee, Nona Manis putarlah ke kiri, ke kiri, ke kiri dan ke kiri, ke kiri, ke kiri Manis eee ..
Sekarang kanan eee,
Nona Manis putarlah ke kanan, ke kanan, ke kanan dan ke kanan, ke kanan Manis eee ..

 
Trainer adalah sangat berbakat dan energetik. Happy je sambil bersenamrobik.
 
Futsal berkain batik kemuadiannya.
 
Apalah motif berebut bola dengan pemain import sendiri ni??
 
Kau mampoo?
 



Kemudian aku try flying fox pulak. Ini kali ketiga aku main selain daripada di Kalumpang Resort and Training Centre dan Eksplorasi Gua Tempurung dulu. Yang di Escape Adventureplay Theme Park tak dapat main sebab tak pakai kasut sukan :-(

Oh biasalah, gambar aku yang clear tak ada time terbang tu. Sentap. Kena tengok kat tv je lah itupun kalau ada.

Ini bukan aku.
 
Lepas tu sempat berkayak juga dua round. Adoi la naik dengan budak kecik tu ke tepi ke tengah hahaha... Pengalaman berkayak di Kuala Berang tahun lepas sangat seronok tu yang nak try sekali lagi.


Jungle trekking tak sempat sebab dan senja. Kesemua aktiviti ini memang menyeronokkan disamping mencabar keupayaan diri sendiri dan kumpulan. Ini baru team building @ bina semangat. Ada satu indoor team building yang aku attend satu masa dulu, instructor tu suruh senaraikan keburukan collegue kita. Entah apa bendalah punya kursus sepatutnya suruh kami senaraikan kebaikan kawan-kawan sekerja. Nak cari keburukan orang dua muka surat kertas pun tak cukup, ye tak? Ada yang panas hati sampai baling stapler hahaa...

Bila korang recce tempat untuk outdoor activities sila pastikan tempat dan peralatan adalah dalam keadaan yang baik. Elok juga kita tahu berapa kerap mereka memeriksa kekukuhan tali, pully, keadaan safety vest untuk kegiatan di air, dalam keadaan kecemasan apa tindakan mereka dan sebagainya. Biarlah orang nak kata kita kepohci ke cerewet ke... nyawa anak orang tak boleh diganti ooiii.... ingat ya, walau sehebat mana kita berenang kehidupan kita bukan di dalam air. Safety vest MESTI boleh dizip/klip dan ada satu tali lagi yang kita lalukan di bawah kelengkang untuk diklip ke depan. Safety vest fungsinya untuk meneyelamatkan nyawa.

Perkara buruk kalau dah terjadi tak guna nak menyesal. Aku beritahu ni bukan apa, pernah masa aku naik banana boat dulu, masa kita dijatuhkan ke dalam laut klip vest tu terbuka. Mujur my boys pandai berenang. Kalau lemas nak saman pun tak guna dah. Kalau aku yang lemas? Dapat mak barulah anak-anak aku.

Selepas berehat sebentar dan solat Maghrib maka tibalah barbeque dinner. Makanan sampingannya tak kurang sedap dan semuanya dimasak sendiri kerana salah satu core business mereka adalah catering. Kena rasa umai dan karipap selain laksa Sarawak. Lauk daging mesti sedap sangat sampai licin tak sempat aku merasa.

Kami juga diajar melihat bintang. Ingat lagi buruj? Tak? Samalah hahaha...

Malam unggun api

Sambil makan ada yang berkaraoke. Ada yang feeling Ziana Zain, ada juga lantunan suaranya bertahap professional. Kalau ada penyanyi asal mau menyorok balik pokok dibuatnya hehe.. yang seronoknya sejak aktiviti pertama lagi kami dapat merasakan keakraban keluarga ini.  Bila sesi nyanyian mereka akan menyanyi dengan gembira, bila perlu menari kesemua pakcik makcik adik kakak abang akan menari dengan sepenuh hati. Nampak keilkhlasan disitu. Takdelah macam berniaga semata-mata nakkan duit. Hinggakan kami dah di atas bas pun mereka melambai sambil bergoyang-goyang!

Nyanyian beramai-ramai di akhir sesi karaoke
 
 Peguin dance. Best giler!!


The Adventure is yours... Go Camping + Go Nature + Go Fun !
 
Program yang ditawarkan Sumiran Eco-Camp ialah:
 
* Teambuilding
* Leadership and Prefect Training
* Family Day Reatreat and Birthday
* Outdoor Zumba
* Boot Camp, dengan syarat :
 
* Minima 30 peserta
* Termasuk makan dan minum
* Dengan penginapan
* Termasuk fasilitator/jurulatih


Aktiviti outdoor yang disediakan Sumiran Eco-Camp:

Selain senaman otak kiri dan kanan, zumba dan futsal, kem bina semangat ini juga menyediakan tapak perkhemahan, khemah kalis air yang tak akan disumbat seperti sardin, longhouse hostel, flying fox, adventure trail, mountain bike trail, volleyball court, campfire ground, berkayak, surau, kedai serbaneka, bilik air dan tandas yang banyak serta bersih dan... WIFI ! Mati la nak kalau takde wifi hahah...

Aku yakin para peserta akan enjoy sesangat bila mengadakan apa-apa acara di sini. Kalau kita jenis yang suka aktiviti luar Sumiran Eco Camp adalah tempatnya.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Sudaryo Osman
Camp Chief
Tel : +6012 8811952

SUMIRAN ECO CAMP
Jalan Rantau Panjang
off Jalan Batu Kawa
93400 Kuching
Sarawak

Ground Floor, Lot 10148
Section 64 Ktld
Jalan Kwong Lee Bank
Pending
93450 Kuching
Sarawak
Tel : +6082 330875
Emel : sumiran.ecofarm@gmail.com
fb : Sumiran Eco-Camp
 
 Once discovered, never forgotten.
 
 

#DekatJe | Taiping Heritage Trail

$
0
0



#DekatJe | Taiping Heritage Trail | Dalam bahasa Cina Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai..atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi". Sebelum ditadbir oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880an, daerah ini yang dulunya dipanggil Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar. Pernah menghadapi kekalutan akibat pertelingkahan diantara dua kongsi gelap dari puak Ghee Hin dan Hai San.


 
Dengan melimpah-ruahnya galian bijih timah di daerah ini selain menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 pihak Inggeris membangunkannya dengan banyak kemudahan yang pertama sekali dibina di Tanah Melayu seperti pembinaan Hospital Taiping pada tahun 1880. Hospital Taiping juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Hospital ini malah turut mencatat sejarah menjadi hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan x-ray..

 
#DekatJe | Taiping Heritage Trail
Bandar Taiping yang telah diwartakan sebagai Bandar Warisan pada tahun 1997. Projek Jejak Warisan Taiping pula yang diusahakan bersama oleh Pihak Berkuasa Perlaksaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping meliputi laluan sepanjang 5 km di kawasan bandar Taiping  dan laluan sepanjang 6.5 km sepanjang Taman Tasik Taiping ini merupakan sebahagian daripada usaha NCIA dalam merealisasikan inisiatif Greater Kamunting Conurbation.
 
Projek ini menampilkan 39 tempat bersejarah yang menampilkan keunikan senibina bangunan, budaya dan tarikan sejarah seperti Menara Jam, Stesen Keretapi lama dan Muzium Perak. Warisan sejarah pembentukan bandar Taiping adalah warisan bangsa yang tak ternilai harganya. Karektor tersendiri bandar Taiping sebagai bandar terawal di Tanah Melayu membolehkannya dikategorikan sebagi bandar Warisan.

 
 
Aku juga berpeluang menaiki bas berkuasa elektrik yang masih dalam percubaan untuk kajian kebolehlaksanaan operasinya. Mengikut jadual tahun 2016 baru dilancarkan. Bandar Taiping telah disenarai pendek oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah agensi dibawah kerajaan negara Jepun, sebagai calon untuk perlaksanaan kenderaan elektrik tersebut. Inisiatif ini diusahakan oleh NCIA bersama DreamEdge Sdn Bhd dan Oriental Consultants, Japan. Bagus bas ni senyap je tanpa pencemaran bunyi dan udara. Sama macam di China juga.

Terdapat 8 lokasi perhentian bas iaitu:

1. Zoo Taiping
2. Stesen FMS
3. Menara Jam Lama
4. Pasar Besar
5. Stesen Keretapi
6. First galeria
7. Dataran Warisan
8. Muzium Perak
 
Taiping subur menghijau kerana mendapat taburan hujan yang tertinggi di Malaysia jadi bas ni sangat sesuai dengan suasana Taiping itu sendiri sebab:
 
- Teknologi mesra alam
- Efisien, berspesifikasi tinggi, realible
- Kompetitif
- Sistem yang versetail untuk pelbagai kawasan dan kegunaan 

Owh sebelum lupa, di Taiping ni pokok yang berusia ratusan tahun dipelihara jadi pemandu bas atau lori perlu berhati-hati dengan dahan pokok terutamanya semasa membelok. Seronok berada di dalam kehijauan ni, sejuk mata memandang.
 
Walaupun Taiping sebuah bandar kecil dan sunyi, bagus untuk lari sekejap dari kesibukan kota, ia masih menjadi tempat yang sesuai dan menarik untuk diterokai. Selain melawat bangunan bersejarah, jangan lupa lajak terus makan Mee Ketam Sedap di Jeti Kampung Dew atau Mee Udang power di Kuala Sepetang.

Dengan keadaan nilai Ringgit Malaysia yang jatuh merudum sekarang ni eloklah kita berjalan dekat dekat je. Takkan tak bercuti lansung untuk refresh minda dan badan kan? Apakata bawa keluarga dan rombongan Cik Kiah bercuti di Taiping pulak?
 

Diantara tempat-tempat menarik di Taiping ialah:

1. Taman Tasik Taiping @ Taiping Lake Garden
Tasik ini dahulunya adalah sebuah lombong. Malaysia dedulukan terkenal dengan bijih timah dan bijih besi... Tasik ini sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Terletak berdekatan Bukit Larut (Maxwell Hill), ia dijadikan taman awam pada tahun 1880.

Menurut cerita orang, tasik ini dahulunya dimiliki oleh seorang jutawan Cina. Dikatakan berlaku perebutan harta oleh anak-anaknya maka dihadiahkan tasik ini kepada kerajaan negeri. Kan dah sumo tak ngaso...

Berkeluasan 64 ekar merangkumi 10 buah tasik dan kolam buatan manusia, ia merupakan taman awam pertama di Malaya (nama lama bagi Malaysia). Tasik dan kolam tersebut diberikan nama seperti Alamanda, Island, South Lake, Swan Lake dan berbagai lagi. Kawasan tasik ni sungguh menenangkan. Deretan pokok Angsana yang berusia ratusan tahun dan dahannya memanjang dari jalan ke air, merupakan latar belakang indah di Taiping ni. Masyaallah cantik sungguh! Sejuk nyaman je di sini. Jangan kata dah sampai Taiping kalau tak melawat Taman Tasik Taiping.
 



2. Bukit Larut @ Maxwell Hill
Orang-orang lama masih memanggilnya Maxwell Hill. Bukit ini dijumpai oleh William George Maxwell (hmm.. boleh agak kan mana datangnya nama bukit tu) yang bertugas sebagai Penolong Residen British di Perak pada tahun 1884. Ia merupakan tanah tinggi yang paling lembap dan kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia

Walaupun tiada pembangunan sehebat Cameron Highland tetapi ramai yang sukakan suasana kolonialnya dan ia menjadi tempat kawasan rehat dan riadah di hujung minggu. Untuk sampai ke sini kita perlu trekking sejauh 13km err...matilanakkk.. atau menyewa Land Rover untuk naik ke atas. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan.

Berketinggian 1250 meter di atas paras laut, kawasan ini merupakan tempat tadahan hujan tahunan paling tinggi di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.

Kebanyakan pelancong Inggeris menyamakannya seperti Switzerland.
 Sumber di sini

Maxwell2
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND


Maxwell3
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut yang menjadi tarikan ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benihnya yang diimport dari Belanda disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Jauh aku mencari bunga tulip ni sampai ke Hangzhou dan Shanghai, di negara sendiri pun ada rupanya... Manalah aku tahu negara beriklim Khatulistiwa pun ada tulip.

Sumber di sini.


3. Zoo Taiping  dan Night Safari
Aku dah pernah buat satu blogpost tentang Taiping Night Safari ni beberapa bulan lepas ada gambar yang lebih banyak di sana.

Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina. Zoo ini boleh dikatakan diantara zoo yang paling berjaya dan untung di Malaysia.

 



 4. Taiping War Cemetery/Memorial
Kawasan tanah perkuburan ini dikawalselia oleh Commonwealth War Graves Commission. Dikatakan lebih daripada 850 disemadikan di sini dengan dibahagikan kepada dua bahagian, kubur jenazah yang beragama Kristian di sebelah tenggra jalan manakala yang bukan beragama Kristian bertentangan dengannya.

Cemetery1
Sumber: Anandajoti / Foter / CC BY-SA


5. Kuala Sepetang @ Port Weld 
Kawasan perkampungan nelayan 20 minit perjalanan dari bandar Taiping. Boleh makan mee udang sampai tersandar di sini.


6. Muzium Perak
Muzium yang tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang dimulakan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketika itu pada tahun 1883.

Kurator atau dikenali sebagai penjaga muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  






7. Burmese Pool
Terletak di kaki Bukit Larut, ada chalet untuk disewa di sini.

burmese pool1
Sumber: Youharman / Foter / CC BY



8. Laman Budaya
Terdapat bahan sejarah di sini seperti gambar-gambar lama, peti besi lama dan sebagainya tetapi aku agak kecewa bab labelling and caption. Walaupun ada guide, guide sorang je pun... bila waktu ramai pengunjung kita dapat tengok gambar je lah tapi tak tahu apekebendenye yang dipamerkan.

Di bahagian atas ada dewan yang selesa untuk kapasiti yang agak besar juga.







Peti besi lama
 



9. Stesen Keretapi Taiping

Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882.

Landasan keretapi sepanjang 12 km yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) dibina bermula dari tahun 1882 dan siap dibuka pada tahun 1885 dengan kos pembinaan sebanyak ₤7000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Ia beroperasi selama 58 tahun namun sayangnya landasan itu ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Ia digunakan sebagai medium pengangkutan pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport selain mengangkut buruh yang bekerja di lombong.
 
 

10. Penjara Taiping
 
Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Goal" dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu. Warden Punjabi dibawa masuk pada 1881. Selain itu warden Eropah juga dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara.

Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan. Jepun dulu-dulu memang macam tu semua dimusnahkannya. Jangankan rekod banduan, jambatan, kapal korek pun dibom...punyalah 'cerdik'.

 


11. Bangunan bersejarah
Terdapat kedai dua dan tiga tingkat yang dibina sejak zaman kolonial British lagi. Satu skim khas telah diperkenalkan yang digunakan oleh PBT untuk menggalakkan peniaga atau usahawan menggunakan bangunan lama ini sebagai premis perniagaan demi Jejak Warisan Taping.

Ini contoh bangunan lama yang dah ada sayur-sayuran hehe.. giler lama takde maintenance.

 
 
 
 
  

Inaugural Flight of ALL NIPPON AIRWAYS to Kuala Lumpur

$
0
0

Inaugural Flight of ALL NIPPON AIRWAYS to Kuala Lumpur | ANA flight nak mai KL you..!!


 
Hari Selasa ni 1 September 2015 All Nippon Airways (ANA) akan tiba di sini. ANA adalah syarikat penerbangan yang terbesar dari segi pendapatan dan jumlah penumpang di Jepun. Ini adalah pelancaran sektor baru Tokyo-Kuala Lumpur dan dengan itu rangkaian perjalanannya akan menjadi 74 laluan di 38 bandar dunia!
 
Aku percaya Malaysia Airport Berhad, Tourism Malaysia, our foreign minister dan beberapa pihak lagi bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam keadaan sekarang ni. Diharapkan perkara buruk seperti pengeboman  yang berlaku di Bangkok pada 17 Ogos lalu tidak berlaku di sini. Malaysia selama ini terkenal sebagai a safe country.
 
Sambutan dan sidang akhbar akan dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Untunglah penumpang ANA flights malam tu nanti sebab menteri yang sambut siap dapat souvenir lagi. Kita pun untung juga sebab terdapat lebih syarikat yang akan bersaing memberikan perkhidmatan terbaik. Customer is king kan? (or king kong?)
 
#SyukurMalaysiaMasihAman
#SehatiSejiwa

 **Harap harap masa aku terbang, naik bas atau keretapi tak adalah malaun yang bagi anak berak merata seperti yang berlaku di China baru-baru ni. Bayangkanlah kita sama-sama kena bau taik tu...uwekkk ! Tak nak juga yang meludah dan bukak kasut. Kalau ada memang mintak side kick sangat tu.

 
 
 Sumber di sini.
 

 

Motivasi Pagi

$
0
0
Death is not the biggest disaster in life.

The biggest disaster in life is, when our fear of Allah dies when we are still alive.

Sumber di sini
 

Bersih 4.0 - Nak join ke tak?

$
0
0

Bersih 4.0 - Nak join ke tak? | Semua orang yang ambil peduli faham apa itu Bersih dan apa yang dimahukan mereka.


Apakah Bersih dan apakah yang dituntut?

Ia pada asalnya ialah gabungan beberapa NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) , Women's Development Collective (WDC), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan pertubuhan awam yang mahukan perubahan kepada sistem pilihanraya di Malaysia. Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S. Ambiga, bekas presiden Bar Council manakala Bersih 4.0 diterajui Maria Chin Abdullah daripada WDC.
 
 
5 Perkara Yang Dituntut Bersih 4.0 :

* Pilihanraya yang bersih dan adil
* Kerajaan yang telus
* Kebenaran untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara


Bila dan dimana Bersih 4.0 ?

Bersih 4.0 dijadualkan untuk berlansung serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga tengah malam 30 Ogos.
 
Di Kuala Lumpur lokasi berkumpul di lima tempat iaitu pusat membeli-belah Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara. Tiada kelulusan dikeluarkan oleh pihak polis dan DBKL.

Di Kuching, para pendemo telah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk berhimpun di Song Kheng Hai field. Mengikut perancangan mereka hanya akan berkumpul tanpa perarakan.

 Di Kota Kinabalu pun sama tiada perarakan ke Tanjung Lipat.

 
 
Aku tak akan turut serta sebab bab jogathon dikejar polis ni acik tak mampu.. setakat walkathon bolehlah. Lagipun ada dua kenduri kahwin di berdekatan rumah aku pada hari ini dan esok.
 
Aku nak bagi pandangan pun payah juga cuma aku nak menyampaikan pesanan daripada kawan facebook aku Shamshahrin Shamsudin, seorang photojournalist.
 
 
On being a Photojournalist

Saya seorang photojurnalist. Bagi yang tidak tahu, anda mungkin rasa seronok, mungkin juga bangga jika dapat gunakan title tersebut.... Tetapi bagi seorang photojurnalis (PJ) atau jurufoto kewartawanan, jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan bebanan tersendiri.

Minggu lepas, seorang rakan saya
Wazari Wazir ada menulis perihal  `the downside of being a photojournalist'. Anda boleh membaca di blog beliau lah. Apa yang beliau tulis adalah mungkin 10% dari bebanan sebagai seorang PJ.

Ramai yang tidak tahu bahawasanya PJ terikat dengan etika kerja yang agak ketat. Etika kerja ini dibuat bagi menjaga integriti kerjaya tersebut. Dalam era informasi tiada batas ini, rasanya anda bolehlah google sendiri.

Hujung minggu ini kemungkinan akan berlakunya protes besar-besaran terhadap kepimpinan negara. Ramai juga hobbyist photographer menyatakan keinginan mereka untuk turun merakam peristiwa tersebut.

Di sini saya ingin menasihatkan sahabat-sahabat hobbyist ini supaya berhati-hati dan berfikir semasak-masaknya sebelum anda keluar `outing' ini.

1: Anda hobbyist BUKAN press photogs
Sebagai hobbyist, anda tiada kad perakuan media; maksudnya anda sebenarnya tiada keperluan berada di sana. PJ berada di sana kerana tugasan. Mereka tahu batas-batas sebagai seorang PJ. Saya berharap, sahabat-sahabat hobbyist ini faham tentang batas-batas tersebut sebelum anda mengambil keputusan untuk keluar. Harapan saya agar sahabat-sahabat hobbyist ini tidak melakukan sesuatu yang melanggar etika PJ semasa di sana kerana dikhuatiri ada yang menganggap anda seorang PJ dan seterusnya mencalarkan imej kerjaya yang sangat di hati saya ini.

2: Anda hobbyist photographer BUKAN protester Niat anda sekadar untuk merasai pengalaman mengambil gambar protes dan tiada niat untuk berdemo. Jika anda tertangkap, adakah anda bersedia untuk terima akibatnya?
Jika niat anda adalah utk berdemo, tentunya anda sedia maklum tentang akibat yang mendatang dan tentunya anda telah bersedia. TETAPI jika kita sekadar suka-suka, adakah kita bersedia dengan kemungkinan yang sukar?

3: Faham tugas polis Perlu diingat, tugas polis adalah MENJAGA KETENTERAMAN. Apabila berlaku sesuatu yang menjejaskan ketenteraman awam, polis akan bertindak. Adakalanya KASAR. Kepada hobbyist, saya harap anda jangan sekali-kali argue dengan polis ketika itu. Ikut sahaja. Mereka juga tertekan dengan tugasan. Fahami juga tugas mereka. Saya juga pernah dipukul, pernah ditangkap dan diheret semasa menjalankan tugasan tetapi saya faham masing-masing ada tugas.
 
Kepada sahabat-sahabat hobbyist, jika anda berminat untuk mendalami bidang photojournalism, belajarlah. Bidang ini mmerlukan pengorbanan yang lebih berbanding dengan genre lain.
 
Stay safe my brothers.
 
 
Sila baca yang ini juga.
 
 
BERKORBAN SEBULAN SEBELUM RAYA KORBAN

Saya bakal on call pada 29/8 ini. Kami diarahkan supaya bersedia dan berada di hospital sehari sebelum 29/8 sebagai langkah siapsiaga kerajaan sempena rally Bersih 4.0. Malah cuti kami dibekukan dan ramai diantara kami yang perlu standby untuk dipanggil jika berlaku kecemasan.

Demonstrasi Bersih bukan perkara baru bagi kami warga ibukota. Cuma kali ini getarannya lebih terasa kerana adanya kumpulan anti Bersih. Pastinya lebih banyak kes kecemasan daripada biasa.

Namun kami redha. Ini negara demokrasi. Mana2 kumpulan pun berhak menyuarakan pendapat menurut saluran yang mereka rasakan betul. Kami ini cuma petugas perubatan yang neutral prinsipnya.

Kepada yang Bersih dan yang bukan Bersih, yang berbaju Kuning dan yang berbaju Merah, dan para petugas keselamatan; berhati-hatilah. Jangan sampai cedera atau mencederakan. Kita semua ada kubur untuk dituju dan ada Tuhan untuk dihadapkan kelak. Terlepas di sini tak bermakna akan terlepas di sana.

Jika ada yang menunjuk samseng kemudiannya cedera, siap sedialah untuk kami rawat tanpa bius dan kami gonyoh lukanya dengan berus dawai. Kan samseng katanya!!!


Hana Hadzrami - dia ni doktor le kot. Hahaha... win!! Aku pun nak tumpang tenyeh sekali terutama yang suka provoke, belum apa-apa dah berlagak macam samseng Kampung Dusun!


**LRT service should not be stopped during this rally so that peoples can disperse smoothly. Yang berada sana bukan semuanya nak berdemonstrasi pun, apa perlunya perkhidmatan LRT dan monorel dihentikan seperti sebelum ni?

Kepada yang marah-marah , di setiap masalah ada peluang. Peluang buat duit paling senang time ni ialah jual air mineral.




In photos: Bersih 4.0 rallies around the world

$
0
0

In photos: Bersih 4.0 rallies around the world

Ini berita dari Channel News Asia.

Scores of protesters turned out in full force in various major cities around the world for pro-reform rally Bersih 4.0 on Saturday (Aug 29). The rally is expected to be held in 74 cities across the globe. 

SINGAPORE: Scores of protesters turned out in full force in various major cities around the world on Saturday (Aug 29) for pro-reform rally Bersih 4.0.
 
In years past, Bersih rallies have focused on calls for electoral reform, but this year, demonstrators are specifically calling for the resignation of Prime Minister Najib Razak. Mr Najib has been plagued by allegations of corruption and financial mismanagement. These claims reached fever pitch when reports alleged he was being investigated for misappropriating millions of dollars of public funds via state investment firm 1MDB. Authorities have since said US$700 million deposited into Mr Najib's bank accounts were donations from the Middle East.
 
The rally is expected to be held in 74 cities across the globe, according to organisers. 
 
(Image: Global Bersih/Facebook)
 
 
HONG KONG
Hundreds turned up on Saturday opposite the Malaysian consulate to push for "clean" politics in Malaysia. Chants of "Bersih!" rang out along Gloucestor Road in the Wan Chai area as protesters joined in the pro-reform movement. 
 
Protesters take part in Bersih 4.0 in Hong Kong, opposite the Malaysian consulate. (Photo: Sabrina Chan)
 
 
 
LONDON
Hundreds turned up outside the Malaysian High Commission in London for the Bersih 4 rally, which organisers said would culminate at Trafalgar Square.
 
Malaysians in London take part in Bersih 4.0. (Photo: Sheila David) 
 
Thousands braved the cold to attend Bersih 4 in Melbourne, Australia. (Photo: Stephen Yau) 
 

Gambar menarik di Tanjung Likas, Kota Kinabalu, Sabah dari Cakapmalas.com


 
9.jpg
 

1%2BKOMECITER%2BDOT%2BCOM.jpg
Spiderman siap bawa dry bag hehe..
 
bALI.jpg
 
 
KUALA LUMPUR
Independence Square was a sea of yellow as thousands kicked off the Bersih rally in Malaysia's capital city. With each rally, protesters say they are more emboldened. Many are taking part for the fourth time.

"Bersih" (Clean) supporters gather along Jalan Tun Perak in Kuala Lumpur on August 29, 2015. (Photo: REUTERS/Edgar Su)
 
Different groups at the rally, including anti-Lynas group Himpunan Hijau (Photo: Sumisha Naidu)
 
Maghrib prayers at the rally. (Photo: Melissa Goh) 

Yang ini daripada fb kawan aku.
 
Faris Elazhar's photo.


And watch this awesome video by Kicapi Productions


 


**Kalau dah setiap tahuan ada "Bersih" baik buat produk pelancongan jer kekekeke... 
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live