Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1021 articles
Browse latest View live

Thailand | Maetaeng Elephant Park - tunggang gajah lagi !

$
0
0
Thailand | Maetaeng Elephant Park -  tunggang gajah lagi ! | Selepas menunggang gajah di Namuang Safari Park, Koh Samui tahun lepas hati aku berkata cukuplah, biarlah itu yang pertama dan terakhir, cukuplah sekali merasa terhuyung-hayang di tempat tinggi hingga nak keluarkan handphone pun takut. Taubat mak! 😓😓

Tak taubat nasuha kisahnya.... bila dibawa ke Maetaeng Elephant Park ni teruja pula rasa nak naik gajah sebab gajah-gajah ni akan masuk dalam sungai seperti di Kanchanaburi dulu. Ini kes teringat ingatlah ni.


Di mana letaknya taman gajah ini?
Maetaeng Elephant Park ini terletak di tepi sungai di Maetaman, 50km dari bandar Chiang Mai. Chiang Mai tu nun di utara Thailand sana. Di kawasan ini ada beberapa lagi elephant park dan elephant rehabilitation centre untuk gajah yang pencen bertugas.

Taman gajah ini luas dan memiliki puluhan gajah di bawah kendalian syarikat yang turut memiliki elephant clinic sendiri. Taman ini menerima ramai pengunjung, mungkin disebabkan iklan words of mouth yang mengatakan aktiviti di sini menarik, gajahnya tak nampak stress dan buffet lunch included.

Taman untuk mamalia terbesar di darat ini bermula sejak 1989 lagi bila mana ada pihak rasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu apabila semakin banyak gajah masuk ke bandar akibat pembalakan haram.  Tenaga gajah juga banyak digunakan dalam sektor tersebut. Bila ini berlaku keluarga Chailert yang tiada pengalaman membela gajah mengambil inisiatif membuka taman gajah untuk memberi kehidupan yang selamat untuk gajah-gajah ini disamping sebagai satu tempat pembelajaran mengenai gajah Asia di Thailand. Klinik gajah pula mula dibuka pada tahun 2006 untuk memantau gajah betina yang bunting tapi lelama kena uruskan masalah kesihatan lain juga. Disebabkan kesukaran membawa gajah yang sakit ke Lampang Elephant Hospital yang jauhnya tiga jam dari Maetaman (makin sakitlah gajah tu kalau dibawa naik trak lelama, nak bawa doktor veterinar ke situ pun masalah juga) jadi pada 2009 klinik gajah yang lengkap diadakan dengan bantuan badan kebajikan, sukarelawan dan penderma. So... veterinar dan Mahouts yang pakar dalam elephant behaviour serta herba semulajadi bertugas secara tetap di klinik percuma tersebut.  


Apa tarikan Maetaeng Elephant Park ini?
Banyak!

1) Pertama, sebab boleh naik gajahlah.

2) Dapat melihat elephant show. Gajah-gajah ni boleh bermain bola dan melukis.

3) Lepas naik gajah boleh naik rakit.

4) Kalau tak suka naik rakit boleh cuba zipline. Haishh geram je tengok.

5) Surau disediakan.
Orang dah sediakan tu pepandailah jaga, jangan main lempar je telekung tu. Tisu pun pi buang ke dalam tong sampah. Please lah, takkan tu pun tak tau. Orang Thai pembersih tau.

6) Makanan halal disediakan dan rasanya boleh tahan sedap. Sila ikut seksyen yang dicetak pada tiket. Dapatlah merasa mi daging kat sini.

7) Tandasnya banyak dan bersih.


Aku shoot dari atas gajah ni. Gambar yang ini je semenggah sket.


Pandai dia menyepak.


Bila naik rakit ni kita akan duduk di bangku kecil seperti di atas. Tak basah lansung baju seluar.




Syok oih main flying fox/zipline tu.

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian.

Berakit tengah panas tapi best jugalah. Pilot ni kata dia tak bersekolah tapi dia boleh berbahasa Inggeris at social level. Kalau nak belajar bahasa asing carilah kerja as a front liners seperti ini. Biar grammar ke laut, lama lama pandailah tu. Jack Ma pun dulu begitu.

Kalau haus boleh beli air. Ada beberapa orang yang berniaga di tebing sungai.

Aku tengok elephant show ni dengan group dari Israel. Boleh tahan juga rupa mereka #tetibaofftopic 😁

Eden sorang jo haa...

Harga pakejnya?
Harga pakej BHT1,600 seorang untuk 4 jam yang termasuk:

- pengangkutan pergi balik dari hotel
- elephant trekking
- pertunjukan gajah
- berakit di sungai
- naik kereta lembu
- Halal buffet lunch

Aku tak naik kereta lembu tu. Tak kuasa mak lambat benau hahaa...

Kalau pergi sendiri naik songteaw dari bandar Chiangmai akan dikenakan tambang 500 baht tapi tak sure one way atau return. Mungkin boleh dapat harga yang lebih murah kalau pandai haggle.


Tips menunggang gajah
1) Pakailah pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai skirt atau seluar dari jenis kain licin sebab bila gajah tu bergerak kita akan bergerak juga. Bila time menurun ke sungai atau bukit kita akan laju melorot turun juga, jenuhlah berpaut pada palang besi tu. Berdebar jugalah aku hahahah...

2) Pegang handphone atau kamera anda dengan baik. Kalau jatuh ke dalam sungai tu kira arwah teruslah.


Biasalah di mana-mana tourist attractions di Thailand ni akan ada photographer yang akan mengambil gambar. Tiada paksaan untuk membeli. Yang di elephant park ni jual 200 baht tapi di penghujung selepas kita turun dari rakit tu 160 baht. Ofkoslah aku beli yang 160b tu kan.

Untuk maklumat lanjut sila baca di sini. Banyak ilmu baru kita boleh dapat di seksyen FAQ website ini.


MAETAENG ELEPHANT PARK
99/1 Moo. 2
Kued Chang, MaeTaeng
Chiang Mai 50150
Thailand
Telefon: +66-81-549-1110 / +66-89-755-5451
E-mail: info@maetaengelephantpark.com









The Underrated Myanmar | Kenapa ia patut masuk dalam travel bucketlist?

$
0
0
For those who can't understand Malay languange feel free to use the translator on your right hand side. Thank you.

The Underrated Myanmar | Kenapa ia patut masuk dalam travel bucketlist? | Mingalabar...!!! Alhamdulillah... sampai juga ke Myanmar untuk program Marvelous Myanmar yang dianjurkan oleh kelab travel blogger di sana. Kagum betul bila sebuah kelab kecil mampu menganjurkan sebuah program antarabangsa. Something to be proud of and learn, right? Berjaya juga menjejakkan kaki setelah selalu teragak-agak bila plan mahu ke sana dengan hamparan berita-berita negatif mengenai negara tersebut. 


Dua wartawan dari New Straits Times, seorang dari Bernama dan dua orang travel blogger, @lilyriani_travelholic and me, @ruggedmom yang mewakili media Malaysia tiba di hari Myanmar National Day dan Union Day. Menariknya hampir kesemua lelaki yang kami nampak di Yangon International Airport (selain yang bekerja di sana) memakai kain sarung yang dipanggil longyi dan wanita serta kanak-kanak memakai thanaka (macam bedak sejuk) di muka.

Jarak dari lapangan terbang ke Chatrium Hotel Royal Lake hanyalah 15km tetapi perjalanannya boleh mencapai 42 minit, tetapi disebabkan hari tersebut cuti maka dapatlah kami sampai awal sikit. Hotel tu best dan berhadapan tasik, rasa nyaman je cuma agak jauh dari pusat bandar tak boleh nak berjalan kaki sendiri.

Malam tu ada reception dinner. Aku tertarik melihat penari yang memakai kain berjela joget joget sambil sepak kain dia ke belakang. Tak tersungkur pula eh?

Dari dalam bilik Chatrium Hotel Royal Lake pun boleh nampak Shwedagon Pagoda. Elok pergi melawat petang sebab kita boleh lihat suasana siang dan malam. Malam lagi cantik.


Miss World Myanmar 2017, Ei Kyawt Khaing yang jadi emcee dan bersama kami sepanjang trip. Kulit muka dia flawless nya...


Lelaki dan wanita memakai longyi.

Selama 9 hari 8 malam di tiga wilayah utama Myanmar telah membuka mata bahawa di sebalik masalah politik dan etnik yang tersebar, negara ini sangat cantik dan beragam tarikannya. Kami dibawa melihat kuil dan pagoda terkenal, ke Popa Mountain Resort, kota purba Bagan, pergunungan di Kalaw,  melihat matahari terbit dan terbenam, menyaksikan belon panas terbang dari tempat berbeza dan menyusuri Inle Lake selain lawatan yang kami buat sendiri di masa terluang yang sempit.


Sekilas Myanmar (Burma)
Republic of the Union of Myanmar dikelilingi oleh lima buah negara iaitu India dan Bangladesh di barat, Thailand dan Laos di timurnya, dan People's Republic of China di utara dan timur lautnya.

Berkeluasan 676,578km persegi, setakat 2017 populasinya dikatakan seramai 54 juta orang dengan 135 etnik . Menjadi ahli Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) sejak 1997. Bandar pentadbirannya telah dipindahkan ke Naypyidaw pada November 2005. Naypyidaw ni macam Putrajaya katanya... bandar terancang yang bagus bagus untuk raise the family.

"Burma" (dibunyikan Bama) adalah etnik terbesar yang menetap di tengah Myanmar justeru pihak kolonial British telah menamakan negara tersebut sebegitu tetapi Myanmar lebih diterima pakai kerana ia menggambarkan keseluruhan etnik. Walau bagaimanapun nama Burma yang telah digunakan sejak kurun ke-18 masih digunakan di sesetengah negara luar bila merujuk negara tersebut.

Warganya juga pemakan sirih. Di jalanan boleh nampak tompokan merah merata-rata. High demand untuk sirih membuatkan adanya kiosk menjual sirih siap berkapur pinang. Memula ingatkan kiosk jual top up/rokok 😁

Jangan hairanlah kalau nampak mereka mencuci pinggan, pakaian dan mandi di sungai. Ramai yang masih hidup begitu. Sebelum diperintah dengan sistem sekarang, setiap keluarga hanya boleh membeli lapan liter minyak sehari di kedai yang dikawal kerajaan. Stesen minyak juga hanya ada satu di setiap daerah jadi kalau berjalan jauh dan teringin 'melepaskan hajat' kena masuk dalam semak. Dalam semak pula banyak ular waktu tu hahaha...matik! Sekarang ular dah berkurang sebab ada peraih yang membeli untuk supply ke restoran makanan eksotik.


Myanmar yang tidak popular di hati pelancong
Berdasarkan berita negatif yang sering kita dengar di media massa, aku tak sangka pula Myanmar ni salah satu negara yang selamat untuk dikunjungi. Penduduk di kesemua tempat yang kami kunjungi baik, mesra dan menghormati pengunjung. Kalau kita nak ambil gambar mereka buatlah eye contact, buat gaya nak petik kamera. Jika mereka senyum dan bersetuju terus klik!

Myanmar pernah dijajah British dari tahun 1824 sehingga 1948. Selepas 2012 apabila economic sanction ditangguhkan oleh Perdana Menteri British David Cameroon, keadaan ekonomi negara tersebut semakin baik. Pelancongan juga nampak peningkatannya walaupun di Yangon tu bolehlah dikatakan tourist free. Bila tak ramai pelancong maka takdelah orang yang tarik tangan suruh beli itu ini. Aman. Pelancong asing hanya ramai di tempat tertentu most probably disebabkan oleh negative news dan visanya yang mahal. Terasa jugalah membayar USD50 tu.. dahlah untuk 28 hari je.

Sempatlah juga aku temuramah jemaah di Chulia Muslim Dargah Mosque berhadapan Bogyoke Market tu tentang hubungan antara etnik di sana. Menurut mereka tiada masalah dalam menjalankan rutin agama masing-masing malah azan boleh dilaungkan di luar masjid. Sewaktu ke situ dalam pukul 5.40 petang, ramai juga yang sedang menghafaz quran. Sayangnya aku tak sempat solat di sana sebab mengejar waktu untuk event lain yang telah diaturkan. Ada banyak masjid (dipanggil pelly) di Yangon diantaranya Halfmoon Mosque dan Bengale Sunni Jameh Mosque. Kedua-duanya di tengah bandar. Menariknya kami berbual dalam Bahasa Melayu! Nak makanan halal? Carilah di sekitar masjid-masjid ini. Kedai yang ada no "786" tu milik muslim tetapi nampaknya ada juga yang tidak bernombor.

Jika tujuan utama ke Ho Chi Minh City dahulu untuk melihat Malaysia di tahun 1980an dimana jalanraya dipenuhi dengan motorsikal, Myanmar pula kelihatan seperti di 1970an. Suasana padat pendududk di sesetengah tempat, berdebu walaupun jalanraya bertar dan bangunan lama binaan British yang tidak boleh diubahsuai atau dirobohkan sesuka hati mengimbau keadaan di Malaysia puluhan tahun lalu.

Sebelum 2006 hanya basikal digunakan. Kemudian motorsikal baru diimport dari China manakala yang terpakai dibawa masuk dari Thailand. Begitu juga kereta, kebanyakannya yang terpakai dari Thailand. Yang agak mengelirukan di sini banyak kereta yang dengan steering wheel sebelah kanan (mengikut British) tetapi memandu juga di lorong kanan. Sekarang, kenderaan dengan steering di sebelah kiri pula diimport untuk menyesuaikan dengan pemanduan di jalanraya.

Lokasi yang popular di kalangan pelancong ialah kota purba Bagan (ancient city of Bagan), Inle Lake dan Mandalay. Sesungguhnya jika anda dah pergi ke Bagan pasti akan berkata kenapalah ia tak sepopular tourism spot di negara lain? I recommend you to stay there at least 3 days 2 nights in Bagan.

Inle Lake seluas 116.3 km persegi dengan 33 perkampungan terapung sangat unik dengan kebun terapung, perusahan tenunan kain dan perhiasan perak selain aktiviti perikanan. Tak sangka boleh tanam tomato, timun, kekacang dan bunga di atas air siap dengan batas tersusun cantik. Homestay pun ada di tengah tasik tu. Naik bot menjelajah kampung pepagi satu pengalaman yang menakjubkan. Dahlah sejuk sepanjang hari CANTIK pula pemandangannya. Reflections rumah di atas permukaan air membuat kami tak berhenti memetik kamera. Cantik sangat!

Cara tradisional menangkap ikan di Inle Lake.

Pakaian kebangsaan
Pakaian rasmi mereka longyi (kain sarung) dipakai kemana-mana seperti mana kita memakai baju kurung dan baju Melayu (walaupun dipakai di hari Jumaat sahaja). Kain sarung wanita juga dipanggil longyi. Selain kain buatan tempatan, kain batik Indonesia banyak dijual di sana. Jadi.... jika anda ada saudara-mara yang menjalankan perusahaan batik, bolehlah cuba penetrate market sana. Rakyat Myanmar 54 juta orang, kalau 75% saja pakai kain sarung dah berapa ramai tu kan? $$$$$$ heheh... Nampak cute pula bila anak-anak bujang pakai kain ke hulu ke hilir. Pernah dulu berangan kalau aku dapat ke Myanmar berdua dengan husband kami nak pakai kain batik dan kain pelikat je berjalan-jalan di sana 😁😁. Aku mungkin pergi lagi, ada yang nak sponsor tak?? Lawa kak blouse batik yang ai pakai kat ancient temple tu.... menyerlah warnanya.


Penggunaan matawang dalam urusan jual beli
Matawang Myanmar ialah Kyat (dibunyikan chiat) tetapi USD juga boleh digunakan dalam perniagaan. Begitu juga euro. Di Malaysia tak tahulah mana money changer yang ada simpan Kyat. Jika tiada tukarlah ke USD dulu dan dapatkan matawang Myanmar di lapangan terbang tetapi pastikan duit kertas USD kita tu tak rosak lansung, tak berkedut, tak berlipat.

Mengikut pengalaman sendiri membeli-belah menggunakan Kyat adalah lebih bagus. Masa kami tukar tu kadarnya:

1 USD = 1301.25 MMK
1 MYR = 334 MMK


Kenapa anda harus ke Myanmar?
1) Kalau yang non muslim tu boleh cuba pelbagai makanan. Bagi yang muslim kena cari di sekitar masjid dan kawasan ramai muslim.

Di Yangon ada satu kedai popular menjual mohinga yang bahan utamanya ialah ikan keli. Memula sup tu rasa pelik tetapi selepas ditambah bawang goreng, daun sup dan lemon baru berselera.

2) Masih ada panggung wayang gambar yang besar macam Rex dulu. Ingat tak Rex di Chinatown KL atau yang depan Pertama Complex tu? Tak tau? alaa... mudanya kau dik.

3) Boleh hop on dari masjid ke masjid di Yangon. Macam bulan Ramadhan pula 😁

4) Naik e-bike explore Bagan yang dipenuhi dengan lebih daripada 2500 ancient temples. Dahlah senang nak ditunggang, senyap dan murah pula. Kadar sewanya dalam USD3-5 sehari.

5) Jika berbajet besar boleh naik hot air balloon. Jikat bajet lebih besar lagi boleh naik yang VIP punya. Namun jika tiada bajet, tengok dari jauh pun subhanallah cantiknya...bila belon panas tu lalu di atas kuil purba yang berselerakan di Bagan.

Naik kereta kuda melawat sebahagian old Bagan.

Pemandangan dari Aureum Viewing Tower.

Pemandangan matahari terbit dari Nyaung Leped Kan.

6) Yang adventorous tu boleh trekking dari Kalaw ke Inle Lake, atau trekking dedekat je. Pilihlah nak yang berapa hari. Pergi time winter takdelah merembes sangat peluh.

7) Boleh melawat pagoda yang terkenal seperti Shwedagon di Yangon yang berusia melebihi 2,500 tahun. Bagaimana orang dedulu buat bangunan boleh tahan hingga ke hari ini tetapi kita dengan segala teknologi tangki air sekolah pun boleh runtuh walau baru 10 tahun? #tetibanakmarah

Shwedagon Pagoda

8) Shopping kain ! Berpinar mata bila masuk ke Bogyoke Aungsan Market. Ada tempat lain juga, nanti kita reveal ya. Gigih I pergi dalam masa sejam hari terakhir tu.



Persediaan sebelum ke Myanmar
Kita perlu mohon visa dari Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur (atau di negara masing-masing). Nak mudah dan jimat terus apply e-visa from the comfort of your home. Aku hari tu dapat pada hari yang sama dengan kadar yang quite expensive, USD50. Dah dapat tu silalah cetak dan bawa bila ke sana ya. Masa check-in nanti pegawai bertugas akan tanya.

Sewaktu dalam penerbangan krew kabin akan memberikan kita entrance and departure form. Isi sesiap semua bahagian yang diperlukan.


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yangon
Malindo, Air Asia dan Malaysia Airlines offer direct flights. Perjalanan akan mengambil masa 2 jam 50 minit sahaja. Masa pergi hari tu flight Malindo tu takde entertainment maka aku pun tidur je lah. Bila terjaga makanan dah terhidang. Lepas makan, tidur. Terjaga lagi sekali bekas makanan dah diangkat. Senang kan hidup? heheheh... Time balik ada banyak animation movie je hmmm... cerite lawan lawan ke crime ke yang English ada satu je kot.

Mengikut statistik, kadar tambang bulan Mac hingga Mei murah, mungkin disebabkan orang tak mahu berjalan dalam suasana panas agaknya. Yangon panaslah, kawasan tanah tinggi tetap sejuk.


Pengangkutan dari airport ke bandar Yangon
Teksi/Uber 7000 kyat


Travel Tips
1) Menurut tour guide kami Win Ko, Cuti sekolah 2018 bermula dari 17 Februari hingga 31 Mei. Pastilah ramai yang akan melancong di waktu ini.

2) Non peak season dari May hingga September. Monsoon barat daya bermula Mei dan menjadi jadi dari Julai hingga September.

Suhu bulan Mac hingga Mei boleh mencecah 40C. Panaih berdengung kata mak mertua aku. Bagan dan Mandalay paling panas waktu ni tetapi kawasan tanah tinggi lebih sejuk.

Peak season: dari September ke bulan Mei terutamanya Disember ke Februari jadi kalau nak naik belon panas buatlah tempahan awal.

3) Yangon - Maha Bandoola Garden, Independent Monument of Myanmar, Municipal Council Building, High Court Building, Bangale Sunni Jameh Mosque dan Sule Pagoda adalah berdekatan.

Bogyoke Aung San Market, Chulia Muslim Dargah Mosque, Super One Hyper Market, Junction City Mall dan panggung wayang adalah berdekatan.

4) Bagan - Waktu matahari terbit adalah paling sesuai untuk menaiki belon panas kerana angin tidak terlalu kuat dan pembatalan adalah minimal. Lagipun pemandangan waktu ini sangat menakjubkan dengan ribuan temples di bawah dengan warna keemasan sinaran matahari. MasyaAllah sangat cantik!


Perkara yang kurang seronok di Myanmar:
Bagi aku bab makanan halal di luar Yangon sajalah setakat ini. Ada, tetapi tak banyak.


Myanmar masih 'tersembunyi' dari pandangan umum. Sangat berbaloi melancong ke sini cuma kita kena pastikan kawasan mana yang kita nak lawati dalam masa yang terhad. Surely I'll blog more about it later insyaAllah.

So stay tune for more stories and great pictures (konon) !😁😁




8D 7N in Marvelous Myanmar | Yangon - Mount Popa - Bagan

$
0
0
8D 7N in Marvelous Myanmar | Yangon - Mount Popa - Bagan | Mingalabar! Hello! Assalamualaikum. Harapnya semua dah baca coretan sebelum ini supaya mendapat serba sedikit pengetahuan mengenai Myanmar. 

Sebelum menulis mengenai lawatan di sana secara individu, as usual iols nak bagi tau dulu keseluruhan cerita, baca dulu sinopsisnya yang panjang berjela ni. Seriously, kesemua tempat yang aku pergi ni sangat menarik dan unik dan suhunya nyaman tetapi kalau pergi between March to May panasssss...

Okay, let's start! 

Hari Pertama
Kami naik Malindo Air dari KLIA. Selepas 2 jam 50 minit sampai di Yangon International Airport lalu terus ke Chatrium Hotel Royal Lake.

Lepas check-in kami cari makan tengahari. Hari cuti umum tu banyak restoran tutup tapi adalah satu restoran dekat tasik ni beroperasi. Dapatlah makan fried rice with seafood sepinggan 7000 Kyat (RM21 😭). Nasib baik share berdua. Stem untuk commercial tax siap tampal di resit, pertama kali jumpa ni.

Malamnya kami menghadiri Welcoming Dinner di hotel yang sama. Kami diberikan beg selempang, sepasang pakaian tradisional dan sepasang kasut yang cantik untuk dipakai keesokannya. Allah, susah hati aku mengenangkan baju tu hahahha.... nasib baik bawa inner dan legging. 

Persembahan tarian di Welcoming Dinner.

Hari Kedua
Owh breakfast di hotel Chatrium sangat banyak pilihan terutama bagi mereka yang sukakan continental breakfast. Sementara menunggu sorang sorang turun aku sempat lagi makan. Makan sampai kenyang pulak tu. 

Kami semua yang cantik dan segak dengan longyi (bunyinya longji), dipakaikan pula thanaka di pipi. Thanaka ni seakan-akan bedak sejuk tetapi dibuat dari batang pokok yang disagat ke batu dan dicampurkan sedikit air. Bila dipakai tu rasa berangin dan cekang muka. Terus rasa lawa macam Miss World 😁. Eh Miss World Myanmar 2017 pun turut serta sepanjang trip ni. Licinnya kulit muka dia... siang malam pakai thanaka kot.

Cantik ke idok? Bergambar dengan Miss World Myanmar 2017 membuat aku rasa rendah diri. Dahlah rendah, jiwa pun menjadi rendah bila bergambar dengan orang cantik. Kasut ditaja oleh Nay San Co Ltd, pembekal kasut dan souvenir. I loikeee...

Tempat tujuan pertama pagi itu ke sebuah restoran biasa tetapi terkenal dengan kesedapan "mohinga" sejenis masakan Burma, sup yang diperbuat daripada rice noodle dan sup ikan. Ia dianggap makanan nasional Myanmar. Pertama kali hirup kuah owh peliknya rasa dia. Bila dah dimasukkan daun sup, bawang goreng dan cili baru rasa macam sup yang biasa dimakan. 

Myaung Mya Daw Cho Mohinga dikhabarkan menjual mohinga yang tersedap di bandar Yangon.

Sumber www.travelbynawhtike.com

Kemudian kami dibawa menaiki beca meronda sekejap sebelum naik ke Shwedagon Pagoda yang menjadi simbol pelancongan Myanmar. Satu beca boleh membawa dua penumpang yang berlaga belakang. Tak boleh nak bersembang dengan tukang kayuh sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris. Seronoklah naik beca sambil melihat kehidupan masyarakat pepagi tu.

Di Shwegadon Pagoda pengunjung belum ramai jadi senanglah untuk membuat kerja masing-masing. Orang sini mudah mesra dah tak marah gambar mereka dirakam. Ada juga yang minta monk bergambar dengan mereka. Eh boleh eh?

Tiket masuk ke sini ialah MMK10,000 sekali masuk dan sebarang alas kaki termasuk stokin tidak dibenarkan. Masuk petang dan stay hingga malam pun okay juga sebab boleh tengok kedua-dua suasana. Pemandangan malam lagi cantik. Pakaian pula tak bolehlah yang revealing sangat sampai nampak 'buah-buahan'. Kena berpakaian sopanlah nak masuk rumah ibadah kan? Samalah adabnya di mana-mana pun.
  
Shwedagon Pagoda






Pakaian kebangsaan Myanmar, longyi. Yang berbaju putih di belakang tu bukan tok lebai tau.

Kemudian balik ke hotel lalu check-out lalu lunch di Father's Office. Disebabkan esoknya Valentine's Day ada orang belanja pizza dengan topping coklat dan marshmallow. First time makan ni... manis! Dahlah muka manis. Eh? 😛

Seterusnya kami dibawa ke Bogyoke Aung San Market (Scotts Gavin Market). Aung San tu nama bapa Aung San Su Kyi. 45 minit je masa yang diberi untuk explore pasar ni. Haiyooo....stress gue! Kain lace dengan sutera Thai tu kan...ya Allah, bawa duit bebanyak kak. Aku ni jarang sangat attend majlis yang hebat hebat so macam takde pasal pula nak beli lace tu.. tapi memang banyaklah. Sutera Thai tu satu warna sampai sepuluh tona. Agaknya designer terkenal kat Malaysia beli kain di sini kot eh? Ada je lace yang selalu keluar di majalah dijual di sini. Telan ar liur je lah ai dik non...

Sebelum ke Rangoon Tea House untuk minum petang, kami singgah di Maha Bandoola Park. Di tengahnya berdiri Independence Monument. Jika kita ternampak warga Myanmar di negara kita melepak di taman jangan hairanlah, di tempat sendiri mereka suka begitu. Ramai je yang duduk berehat di taman tu sambil makan jajan. Ada juga yang menjual anak burung untuk dilepaskan. Tempat ramai orang memacam boleh dijual.

Maha Bandoola Park. Bila kita menghadap bangunan Yangon City Hall yang putih tu, ikut kiri akan membawa kita ke Bengali Sunii Jameh Mosque.

Masa minum petang tu aku order "cho seh", strong tea. Saja je nak rasa. Okaylah bila dijodohkan dengan samosa berintikan sayur. Makan sayur je wakkk... Bergerak dari Rangoon Tea House ni lah aku nampak Halfmoon Mosque, di Upper Pansoedan Street.

Kami ke Shwedagon Pagoda semula. Memang cantiklah memalam.

Persediaan untuk memasang 1000 pelita.



Lawatan sebelah petang kami dah tak pakai longyi lagi jadi selesalah duduk dalam bas. Malam tu kami bertolak ke Bagan. Perjalanan sejauh 626km mengambil masa selama 9 jam dan berhenti makan malam di dalam perjalanan ke sana. Oleh kerana agak ramai, 35 orang, jadi dua bas digunakan untuk menjamin keselesaan. Tak jauh bergerak selepas dinner tu bas berhenti di tempat gelap. Apalah yang ditunggu lama sangat agaknya? Lama tau, dahlah sejuk dalam bas tu. Rupa rupanya driver kami menunggu orang hantarkan selimut. Allahu...terharunya. Aku yang dah pakai jaket, stokin dan gloves ni masih terasa sejuk lagi. Sweet nye...

ZZZzzzzZZZzzzzZZZzzzz

Owh lupa nak bagi tau, driver, co-driver dan tour guide kami Win Ko sentiasa memakai longyi semasa bertugas. Cool je pakai kain.


Hari Ketiga
Kami dikejutkan sebelum berhenti di sebuah stesen minyak di Anya region yang kering. Lagi satu yang best, kami diberikan wet tissue dan set berus gigi. Details begini yang kita suka ni.

Stesen minyak ni agak besar dan ada empat buah tandas. Bagusnya di Myanmar ni semua toilet ada hose kecuali di airport. Kenapa entah airport je yang ganjil. Di tepi tandas tu ada sinki. Aku ni biasalah, suka menyiasat hehhee... Bila aku pandang belakang toilet tu rupanya ada men open toilet! Elok je para lelaki tengah melegakan pundi kencing kat bowl tu. Erkk.. tak tahulah tuah ke suwei 😂

Lelaki di wilayah ini dipanggil Anyata, wanitanya Anyatu. Mereka jenis berjimat dan takkan berbelanja sesuka hati sebab duit susah didapati. Dengan keadaan muka bumi dan jauh dari bandar dah tentulah 'punca duit' sangat kurang.  Tapi itu dululah, sekarang tourism banyak membantu peningkatan ekonomi mereka. 

Breakfast kami di Mount Popa Resort yang jauhnya 58km dari Bagan. Jauh baq hang kami breakfast... naik atas gunung nun. Sedap breakfast kat sini. Terfikir gak ada ke orang nak berendam kat swimming pool dalam suhu sejuk tu? Sibuk je aku nak tahu hehehe.. Dari resort tu boleh nampak Taung Kalat Monastery di atas puncak the opposite side. Nak trekking ke sana akan mengambil masa dua jam, jadi kalau nak pergi ke semua lokasi yang aku bakal ceritakan kena plan bebetul. Kena ambil kira keadaan jalan raya dan jarak. Bas persiaran boleh naik sampai ke resort tetapi kita kena naik pick-up truck bila turun. Trak kami best, driver pasang lagu rancak dengan speaker di belakang. Berdengung macam dalam Zouk. Segar bugar kitorang berjoget hahahah...

Taung Kalat monastery yang nampak dari Popa Mountain Resort.

Happy moments sewaktu turun dari Popa Mountain Resort. Berjoget kat sini je lah, masuk Zouk kang mau berjurai air mata kena kecam berjemaah 😓

Di Nyaung U kami check-in di Aureum Palace Hotel & Resort, sebuah hotel lima bintang di tengah Bagan ancient city. Menariknya resort ini sangat berdekatan dengan kuil-kuil purba tu. Paling cantik yang di depan swimming pool. Reflections di permukaan air sangat cantik! Dahlah matahari terbenam pun arah situ.

Lunch kami di Nanda Restaurant & Puppet Show. Sebelum makan tu Nanda Myanmar Marionettes Show dah start. Kagum betullah dengan tok dalang dia sampaikan bulu kering dan punggung puppet pun boleh digerakkan mengikut rentak tukang karut. Talinya melilit di semua jari tok dalang. Hebat! Makanan kami dihidangkan secara individu dalam bekas bulat yang ada pembahagi, alaa... macam bekas kuih raya tu. Nasib baik ada lauk ikan uols hikss...

Acara seterusnya kami dibawa ke Shwe Pi Nan Thanaka Museum. Di sini kami diberikan maklumat mengenai pokok thanaka dari jenisnya, tempat tumbuhnya dan pelbagai lagi. Terdetik juga di fikiran, seperti mana bedak sejuk yang orang kita dah jarang pakai apatah lagi di luar rumah, tidakkah thanaka bakal menerima nasib yang sama? Apa pelan tindakan syarikat ini? Lagipun yang pakai wanita dan kanak-kanak sahaja, lelaki dewasa kurang pakai sebab bimbang dipanggil pondan.

Menurut pengurus import eksport Mr Htet Oo, mereka masih yakin dengan potensi bisnes ini sebab pokok thanaka ini pelbagai guna sama seperti pokok kelapa. Selain dibuat bedak sejuk dan berfungsi seperti natural sunblock, daun dan akarnya berguna dalam perubatan manakala batangnya dibuat manik, sikat, pengayuh dan banyak lagi. Lagipun mereka menguasai 75% pasaran thanaka tempatan.

Keratan batang thanaka.

Thanaka hidup di kawasan panas di tengah Myanmar. Ada yang dijual dalam bentuk asal iaitu potongan batang, ada juga yang sudah siap dibancuh tinggal nak sapu ke muka je. Yang dibuat losyen badan pun ada. Dalam seminggu ni baru tiga kali aku pakai, hmm... aku memang tak istiqamah dalam penjagaan kecantikan ni sebab tu kulit muka tak maunya jadi semulus Neelofa.

Seterusnya ke mana kita??

Tengok sunset di Bagan!!

Kami dibawa pusing sebahagian Bagan melalui kuil lama menaiki kereta kuda. Di kala golden hours tu warna keemasan menghiasi bumi, pemandangan menjadi sangat cantik dan romantik walaupun berdebu. Berderet menaiki kereta kuda memang best terutama ketika membelok menjadikan gambar sangat menarik.

Satu kereta kuda sebenarnya hanya boleh membawa dua orang penumpang sahaja dengan tambang 10,000 Kyat sejam.




Melihat matahari terbenam dari tempat tinggi memang mengujakan. Sangat bertuah rasanya bila masih lagi diberi peluang olehNya melihat pergerakan matahari dan sinaran keemasaannya yang tersebar ke seluruh alam. MasyaAllah cantik! Bagan is so AMAZING ! (Di penghujung 2017 Bagan authorities tidak lagi membenarkan memanjat temples/pagoda  untuk melihat sunset/sunrise. Alternatively four viewing platforms were constructed for these purpose).

You must come here. You must!




 
Malam itu diadakan candle light dinner di laman hotel sempena Valentines Day. Pakaian dan deko romantik habis tapi semua yang di meja kami berborak fasal cerita hantu. Kau rase? %&*@ dusyum dusyummm !


Nanti kita sambung lagi eh. Bye...!


Informasi Bagan (21°10' Utara and 94°52' Timur)

Image result for bagan meta map
Sumber di sini.

- Di kurun ke-11 hingga ke-13 dahulu sewaktu kemuncak pemerintahan Pagan Kingdom lebih 10,00 kuil, pagoda (stupa) dan biara wujud di Bagan sahaja tetapi kini hanya tinggal lebih kurang 2,200. Bagan Archaeological Zone ini menjadi tarikan utama pelancong ke Myanmar.

- Untuk berada di Bagan kita akan dikenakan yuran masuk MMK25,000 yang boleh digunakan selama lima hari. Tiket perlu dibayar di lapangan terbang atau di kiosk tertentu. Nanti ada petugas yang akan memeriksa jadi sila bawa tiket kecil tu kemana-mana sebab mereka akan cop di belakangnya.

- Bagan terbahagi kepada old and new Bagan. Terdapat lebih daripada 2200 ancient temples di sini.

- Untuk menaiki belon panas, tiket boleh dibeli direct daripada website ataupun daripada ejen. Ramai yang kata beli dari ejen lebih murah dan mereka akan pick-up kita dari hotel.

- Untuk pilihan makanan carilah restoran India, vegetarian atau yang hanya menghidangkan seafood.


Bagaimana untuk ke Bagan menggunakan pengangkutan awam?
Cara paling mudah untuk meneroka Bagan ialah dengan mengikuti private tour tetapi menggunakan pengangkutan awam akan memberikan satu pengalaman berbeza. Kata orang travel is not about destination, it's about journey.

1) Pengangkutan udara
Naiki pesawat domestik dari Yangon dan mendarat di Nyaung Airport. Terdapat lima domestic flights ke Bagan. Perjalanannya 1 jam 20 minit.

2) Dari Yangon ke Bagan dengan bas.
Ada beberapa syarikat yang memberikan servis dengan dua jenis bas, VIP atau biasa. Bas VIP 2+1 seater lebih selesa dan ada leg rest yang boleh dinaikkan 45 darjah. Harga tiket bas VIP USD25, bas biasa yang seat 2+2 tu USD21 seorang. Semua bas ada air-cond.

Bas biasanya berlepas jam 8 malam. Perjalanan selama 10 jam dan kebanyakan bas will stop for half an hour at 115 miles on the Yangon-Nay Pyi Taw-Mandalay Expressway (2.5 hours north of Yangon). Kalau tujuannya ke tempat popular ni during peak season elok book sesiap bas yang hendak dinaiki.

Tempat menunggu bas: 
The Aung Mingalar Highway Bus Terminal (also known as Highway Bus Station). Stesen bas ini 7km dari Yangon airport dan 19km dari central Yangon di Sule Pagoda tu. Sejam jugalah dari tengah bandar Yangon tu.

3) Dari Yangon dengan keretapi (perjalanan setiap hari)
Tiket keretapi boleh dibeli online, melalui ejen atau pergi sendiri ke Rangoon Train Station. Kalau nak travel on the same day pun beli di train station.

Kalau nak buat advance booking kena pergi Advance Booking Office di Bogyoke Aung San Road di sebelah selatan trek bertentangan dengan Sakura Tower & 33rd street, and diagonally opposite Traders Hotel . Tiga hari sebelum bertolak dah boleh beli. Sila bawa passport ya. Pejabat jualan dibuka dari pukul 7 pagi hungga 3 petang. Kaunternya paling kiri.

Dari Yangon (nama lamanya, Rangoon) ke Bagan : Train no 61
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 4 petang
Waktu tiba: 9.31 pagi

Dari Bagan ke Yangon : Train no 62
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 5 petang
Waktu tiba: 10.30 pagi

S = upper class sleeping-car (tiada di musim hujan); U = upper class seats (tiada di musim hujan); 2 = 2nd class seats; O = ordinary class seats.

Harga tiket:
Upper class sleeper : MMK16,500 (USD17)
Upper class seat: MMK12,000 (USD12)
Second class seat: MMK6,000 (USD6)
Ordinary class seat: MMK4,500 (USD4)

Kanak-kanak dibawah 3 tahun PERCUMA
Kanak-kanak dibawah 10 tahun SEPARUH HARGA

**Tiada perbezaan harga antara locals and foreigners.









8D 7N in Marvelous Myanmar | Sunrise in Bagan is so A-M-A-Z-I-N-G !

$
0
0
8D 7N in Marvelous Myanmar | Sunrise in Bagan is so A-M-A-Z-I-N-G ! Kami bertolak seawal 5.15 pagi untuk di bawa ke lokasi melihat matahari terbit. Sejuk pepagi di Bagan ni.

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan- satu kumpulan menunggang kuda, satu kumpulan lagi dibawa ke satu platform di Nyaung Leped Kan untuk melihat matahari terbit. Masa tu belum ramai lagi orang yang datang so memasing cari port dulu bimbang pandangan kena block macam di Bromo dulu. Aku kena ikut team media sebab gemuk katanya kuda tokleh angkut 😕😢😢 adeh terasa ai.

Tapi takpelah, bila tengok matahari naik tu kan rasa puas hati sangat. Cantiknya lahaiii... dari kelam ke pink ke oren. Bila warna pink/purple tu naik ingatkan dah tamat rupa rupanya bulat je matahari naik. Mujur tak pergi ke tempat lain.

Meh lah tengok gambar dari jurugambar amatur ni. Nak gambar meletop kena datang sendiri.










Gambar di bawah dari lokasi yang sama tapi berlainan arah.


    



Kalau nak naik kuda seorang satu kena bayar USD100 dari 5.30 - 7.30 pagi. 



Tempat lain yang orang kata best juga untuk melihat sunrise and sunset ialah:

1) Ta Wet Hpaya
2) Thitsarwadi Temple (Dapat lihat belon panas dengan dekat)
3) Shwesandaw Pagoda
4) Law Ka Ou Shaung (Sunrise yang memukau)
5) Pyathetgyi Pagoda (lokasi popular untuk melihat sunset)


Aku ada mention kan kita kena bayar 25,000 kyat untuk berada di Bagan? Haaa... pepagi ni pun ada yang check. Kalau nak tahu bagaimana ke Bagan menggunakan public transport boleh baca di sini.

Bagan menarik, siapkan duit je.














8D 7N in Marvelous Myanmar | Menjelajah kota purba Bagan

$
0
0

8D 7N in Marvelous Myanmar | Menjelajah kota purba Bagan | Nak tahu mengapa aku pernah berimpian ke Myanmar? Salah satu sebabnya ialah mahu melihat ribuan kuil di bandar purba Bagan yang dibina sejak ribuan tahun dulu yang sebahagiannya masih utuh sehinggalah berlakunya gempa bumi 6.8 skala Richter pada 24 Ogos 2016.


Bagan diiktiraf sebagai UNESCO Archeological Zone dan menjadi tarikan utama ke Myanmar. Tiada tempat lain yang sama sepertinya tetapi tidak diiktraf sebagai UNESCO World Heritage Site dikatakan atas beberapa sebab seperti pembinaan padang golf, menara moden dan penggunaan bahan terkini untuk membaiki kerosakan kuil dan pagoda. Yang pastinya pihak berkuasa di sana masih berusaha untuk mendapatkannya untuk bahagian tertentu. Masih banyak lagi artifak asli di atas tanah seluas 13 x 8km ini. Bukan senang untuk mendapatkan dan maintain recognition bila dah diberi. Teknologi melekatkan batu di zaman dahulu menggunakan getah pokok atau putih telur, masalahnya sekarang pokok tu ada lagi ke? Bagaimana pula cara melekatkannya, nak dibiarkan kering dulu 10 minit macam gam kasut atau terus dilekatkan macam gam two second tu? Banyak soalan 4H 1W yang perlu dijawab.

Bagan (ပုဂံ) ialah kota purba yang berada di negeri Mandalay, pernah menjadi ibu negeri Pagan Kingdom pada kurun ke-9 hingga 13. Sewaktu kemasyhuran empayar Pagan ini diantara kurun ke-11 hingga 13, lebih daripada 10,000 kuil, pagoda dan biara di bumi Bagan ini sahaja. Kini hanya kira-kira 2,200 sahaja yang tinggal, masih dikira banyak dalam satu satu tempat.

Aku selalu tertanya, kenapa eh bina temples and stupas bebanyak ni?

Sebenarnya setiap satunya mempunyai rekabentuk serta cerita tersendiri dan kita bebas untuk explore memana yang kita suka. Cuma kena ingat, semenjak November 2017 sesiapapun TIDAK DIBENARKAN memanjat kuil lagi. Adakah sebab preservation atau takut bangunan tersebut runtuh, kita tak dimaklumkan. Yang kita perlu ingat tak boleh lagi naik ke temples untuk melihat sunrise atau sunset.


Melihat matahari terbit tanpa jemu
Sesungguhnya bersyukurlah bila kita masih diizinkanNya untuk menyaksikan terbitnya matahari di keesokan hari. Melihatnya dari lokasi yang indah lagilah kena besar rasa bersyukur tu.

Pagi kedua, aku naik ke Aureum Viewing Tower di Aureum Hotel & Resort Bagan. As an in-house guest dapatlah ke menara tu dengan percuma, outsiders kena bayar USD5. Beberapa orang kengkawan lain sewa e-bike pergi ke satu tempat di tengah Old Bagan. Owh cantik juga gambar mereka berlatar belakangkan belon panas tu. Sebab itulah aku cadangkan stay at least 3 hari 2 malam di Bagan untuk melihat sunrise dan sunset dari lokasi berbeza. Kat tempat kita belon panas ni ada setahun sekali je...itupun diikat dengan tali.


Bila naik je matahari api belon panas pun dihidupkan. Seronok melihat hot air balloon tu naik satu persatu dari dua lokasi berbeza. Dua syarikat pengendali belon panas ni; Balloon Over Bagan dan Oriental Ballooning. Harga pun berbeza, classic service yang 12-16 passenger USD340-360, permium service USD399-470. Book dengan ejenlah murah sikit. Dengarnya boleh dapat diskaun usd50-100 jugalah. 

Kesemua pilot dari kedua-dua syarikat dilatih di luar negara. Mereka ni bukan duduk setempat, bila tamat musim mereka akan beredar ke negara lain. Di Bagan, musim belon panas terbang adalah diantara pertengahan Oktober hingga pertengahan Mac tetapi penerbangan di bulan Oktober chances untuk dibatalkan tu agak tinggi jugalah 50-50 disebabkan cuaca. Yang bagusnya book between December to February. Masa tu anginnya lebih tenang dan udara pun sejuk. Sebelum menempah tiket tu tanya bebetul syarikat refund tak kalau penerbangan cancel disebabkan cuaca?

Waduh waduhhh... indahnya pemandangan! Kalau cerita beriya pun takkan sama dengan melihatnya sendiri 😈😈. Dapat tengok pun dah suka kalau dapat naik laaaagilah kan?

Tak nampak pula bilik iols dekat swimming pool tu ha.... besar biliknya. Harga bilik dari USD105 per night. Boleh book di Agoda.


Balloon Over Bagan ada 15 buah. Semua terbang pada hari tersebut.



Mungkin disebabkan pemandangan berbeza yang ditawarkan kos menaiki belon panas di sini tinggi . Bayangkanlah terbang di atas kota purba ketika cahaya keemasan matahari naik dengan hamparan kabus putih tu... fuhhh...! Kalau dapat shoot video dengan drone masa kita terbang tu lagi best.


Industri "laquerware" di Bagan
Maksud perkataan lacquer ialah melapisi dan mengilatkan dengan laker. Banyak pengusaha lacquerware di Bagan kerana terdapat permintaan yang tinggi. Produk ini dikatakan berasal dari China sebelum dibawa ke Myanmar dan kini memiliki corak dan identiti tersendiri. Bermacam produk dihasilkan dari sekecil-kecil objek yang boleh dibawa tangan, perhiasan meja sehinggalah sebesar perabut dan keranda. 

Bahan asas bagi pembuatan laquerware ialah buluh. Ada juga yang menggunakan rambut kuda yang panjang tu. Buluh yang dibawa dari Chin state itu dijadikan helaian, dilembutkan dan kemudian dibentuk menjadi objek yang dikehendaki. Lapisan lacquer dibuat sehingga lapan kali, memang proses yang tedious. Menengok pun rasa ermm... takdelah aku nak kerja kat sini heheh..

Proses step by step untuk menghasilkan lacquerware ialah: 
1) membentuk objek dengan buluh/rambut kuda
2) lacquering menggunakan jari
3) pengeringan selama seminggu
4) pencucian, kemudian gosok dengan kertas pasir/abu kayu
5) pengilatan
6) mengukir tanpa draf!



Modal insan. They are highly talented carvers. Free hand!



Contoh barangan. Kat galeri ada banyak jenis lai tetapi tak boleh ambil gambar.



Kerja-kerja melapis dengan laker→pengeringan dibuat berkali-kali untuk menghasilkan perhiasan yang berkualiti dan tahan lama. And ohmai, betapa hebatnya pekerja yang sebaya anak remaja aku boleh mengukir free hand aje, takde gambar takde draf terus keluar dari kepala. 

Lacquer tertua dijumpai di pagoda Mingalazedi, pagoda yang dibina di kurun ke-13. Kiranya kumpulan pagoda kuno terakhirlah. 

Mya Thit Sar
Lacquerware Workshop
Myin Ka Pa
Bagan, Myanmar
Emel: kttmyathitsar@gmail.com


Lawatan ke pagoda dan kuil purba Bagan
Lihatlah untuk mengetahui. Lihatlah untuk mempelajari sesuatu.

Shwezigon Pagoda or Shwezigon Paya ialah sebuah kuil Buddha di Nyaung-U yang terdapat padanya sebuah stupa bulat dengan hiasa daun emas dan dikelilingi oleh kuil-kuil kecil. Pagoda ini dibina sewaktu pemerintahan King Anawrahta (1044-77) yang memulakan Dinasti Pagan. Pagoda ini siap dibina pada 1102M ketika pemerintahan anaknya King Kyansittha.

Kerosakan yang dialami oleh pagoda ini akibat gempa bumi beberapa kali telah diperbaiki tetapi bahagian bawah sekali masih dikekalkan keasliannya. 30,000 plat tembaga telah digunakan dalam renovasi terakhirnya.

Di kawasan ini terdapat tiang (pillar) yang bertulis inskripsi dalam bahasa Mon yang didedikasikan oleh King Kyansittha.

Shwezigon Pagoda









Ketua kumpulan kata, "masuk dalam temple dulu...karang baru shopping!" hahaha...memasing pantang jumpa kedai.

Dhammayangyi Temple

Dhammayangyi Temple juga kuil Buddha. Ia merupakan kuil terbesar di Bagan dan dari jauh kita akan nampak ia seperti piramid Mesir.

Ia dibina sewaktu pemerintahan King Narathu (1167-1170). King Narathu ni naik takhta dengan membunuh bapanya Alaungsithu dan abangnya. Cerita zaman berzaman, kuil ini dibina sebagai menebus kesalahannya membunuh ahli keluarga sendiri. Lambat sangat turn nak jadi sultan jadi dia bunuh ayahanda dan Tengku Mahkotanya. People makes mistakes, sometimes BIG one.

Panjang dasarnya hampir 78 meter manakala bahagian tengahnya 25 meter dan dibina enam tingkat yang semakin mengecil ke atas. Empat pintu masuk dengan setiap satunya duduk satu patung Buddha. Pintu masuk utamanya di timur. Sikhara, sebuah struktur seperti menara di atas Dhamayangyi  Temple yang didatangkan dari India dah runtuh. Sekelilingnya dibuat binaan pagar batu dengan pintu gerbang tinggi.

Kuil ini belum siap sepenuhnya sehingga kini. Pelan binaan sama seperti kuil Ananda - yang akan ku ceritakan selepas ini. Sewaktu kuil still under construction King Narathu dibunuh oleh penceroboh Sinhalese.

Orang cerita King Narathu ni 'ganas' jugalah. Pekerja yang sambil lewa akan dipotong tangan atau dibunuh kalau kerja tak precise.

Yang pakai turban tu kaum Pa-o, salah satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar.

Kita promote batik haa... Puas menunggu line clear kat belakang tu. 

Bayang dua pokok tu sangat cantik tetapi malangnya takde tangga yang nak dipanjat untuk shoot dari atas.


Ananda Phaya

Salah satu daripada kuil besar di Bagan yang dibina pada 1105M sewaktu pemerintahan King Kyanzittha (1084-1113M) dari Dinasti Pagan.

Bentuk asasnya macam shape cross dengan beberapa laluan membawa ke pagoda kecil. Atasnya dihias dengan hti sepertimana kebanyakan pagoda di Myanmar. Ada empat Buddha berdiri menghadap utara, selatan, timur dan barat. Digelar "Westminter Abbey of Burma", ia campuran senibina Mon dengan pengaruh India.

Ia telah dibaikpulih sepenuhnya setelah rosak akibat gempa bumi tahun 1975. Ananda Temple dianggap kuil yang paling dihormati (suci) di Bagan.




Bila bola takraw lagi 😀. Semasa di Bogyoke Market hari tu bila ternampak je bola takraw terus teringat kat kata-kata anak. Dia tanya, "boleh tak mama derma bola takraw untuk team sekolah kita?". Yang kat sini dapat 3000 kyat.


Bagan itu sesungguhnya sangat unik! Lepas ni kami ke Inle Lake (row row row your boat!). Jemput baca nanti eh 💖💪😊









Why our Airport Coach is like this aa..?

$
0
0
Why our Airport Coach is like this aa..? | Hari ni ai nak membebel.  Dah lama pendam ni.

Sebagai pengguna regular bas ke/dari KLIA/KLIA2 aku nak tahu mengapa bas dengan interior seperti di bawah digunakan? Nampak tak kekurangannya? Ada beberapa soalan nak ditanya:

1) Mengapa bas sekarang (bukan yang ini saja) tak banyak tempat duduk?
Aku ambil gambar dari bahagian atas. Di seksyen ini rasanya ada 9 atau 11 tempat duduk. Di bawah tu ada 10 dengan seat yang agak sempit. Ambil kiralah rakyat Malaysia ni terobes di Asia Tenggara.


2) Mengapa tempat letak beg tinggi 'atas langit'? 
Tu... di belakang lelaki berbaju hitam. So inconvenient untuk penumpang yang bersaiz comel seperti aku ni ha. Ingat beg dari Bandung/Jakarta/Ho Chi Minh ringan ke? 😂😂 Kalau kita bawa ke tempat duduk mengganggu orang lain pula. 

3) Mengapa tempat duduk di seksyen bawah terlalu rendah?
Cuba perhatikan penumpang bertudung pink tu. Perasan tak paras mata dia kat mana? Samalah macam aku. Kita ni yang dah biasa pun terpaksa panjangkan leher terjenguk-jenguk ke luar. Yang nak turun di KTM Nilai okaylah sebab final stop, bagaimana pula yang mahu turun di taman-taman di pertengahan jalan? Again, inconvenient!

Ini bas ke/dari lapangan terbang ya, rasanya kurang sesuai. Walaupun ramai locals yang menggunakannya but still there are some tourists too. Kurang sesuai.

Selain Airport Coach aku juga kerap menggunakan Airport Express Bus dari/ke Seremban. Aku tak pasti bagaimana sistem penjualan tiket mereka cuma nak tahu...

1) Mengapa ada sekali tu bila ditanya availability tiket ke Seremban di kaunter jualan KLIA2, mereka kata dah habis but soon after bas lalu dan bas tu tak penuh pun. Tak pernah lagi selama aku naik bas penuh. Dahlah basnya dua jam sekali terpaksalah naik bas di ↑↑, turun di Nilai dan naik KTM Komuter pula ke Seremban. Jenuh juga nak balik Seremban ni. 

2) Mengapa di booking site tak mention awal awal FREE SEATING? Takdelah orang suruh kita bangun sebab dia dah book tempat tu. Driver pun suruh duduk memana kita suka walaupun orang yang dah book tak suka. Tahpape.

3) Kenapa tak tag beg yang letak di compartment bawah? 
Bukan semua penumpang turun di Seremban. Cuak jugalah nak tidur bagi yang meneruskan perjalanan ke Johor. 

Pengalaman aku naik BAS BIASA dari Pattaya ke Bangkok, setiap beg ditag. Satu nombor diberi kepada penumpang dan satu lagi digantung pada bag. Bila kita turun pemandu/konduktor akan turun sekali tolong keluarkan bag sambil semak nombor beg kita. Beringat sebelum kena kekdahnya.

4) Kenapa tak bantu penumpang keluarkan beg?
Common sense la... terutama pada golongan yang kurang upaya seperti orang tua dan penumpang yang membawa dua tiga beg. Help them please!


Apa apa pun so far driver bas berhemah semasa menjalankan tugas. Tahniah!


P/s Janganlah suruh aku naik teksi pula ya. Know your rights, jangan tolak masalah ke bawah karpet.



8D 7N in Marvelous Myanmar | Bagan - Kalaw - Inle Lake

$
0
0
8D 7N in Marvelous Myanmar | Bagan - Kalaw - Inle Lake | Selesai di Bagan, kami menuju ke Inle Lake tetapi berhenti untuk makan tengahari di Kalaw.

Dalam perjalanan panjang ini kami berhenti sekali lagi di sebuah stesen minyak besar di Hein. Alaa... yang ada tandas terbuka di belakang tu heheheh.... Kawasan ini di luar Kyauk Pa Daung. Kemain lagi memasing shopping air dan kerepek. Masa first singgah hari tu baru bangun tidur jadi semua menuju ke toilet je.

Di beberapa tempat sedang dijalankan projek pembesaran jalan. Jika di negara kita semua kerja kasar mengorek tanah dan mengeluarkan batu dilakukan jengkaut, di sini banyak yang masih manual. Ya Allah, terasa diri dibawa mengundur ke belakang. Susahnya orang-orang terdahulu bekerja.... bebetul menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki buat keluarga. Tar jalan pun gunakan penapis. Insaf sekejap. Pekerjanya pula lelaki dan wanita tua serta muda yang masih cantik. Bayangkanlah uwan atuk mak ayah kita dulu bekerja begini. Di kawasan tertentu ternampak juga mesin pemecah batu manual untuk dijadikan batu kerikil.

Dari dalam bas kawasan kering dengan lalang berwarna perang, pokok yang meranting, pokok berbunga merah sangat cantik dipandangan mata. Mengembara di negara orang ranting pun nampak cantik 😀. Sungguh! Dengan langit biru tak berawannya... Manakala di kawasan lain pula ada beberapa ladang bunga matahari yang tak berapa besar. Menurut TG kami Win Ko, ada ladang yang lebih luas on the way ke Pindaya.

Di waktu pagi para sami akan berjalan dari satu tempat ke satu tempat untuk menerima sumbangan makanan. In Buddhism, giving of alms is the beginning of one's journey to Nirvana.




Pukul 11.30 pagi kami lalu di pekan sibuk Meiktila. Menurut TG kami before 2010 there was no capital road so mana mana kenderaan yang nak ke selatan negeri Shan seperti Yangon, Inle, Bagan kena melalui persimpangan di Meiktila. No short cut at that time. Kebetulan hari tersebut ialah hari terakhir exam jadi ada lah nampak bebudak yang dah balik dari sekolah. Kebanyakan pelajar berjalan kaki. Tak ramai yang berbasikal apatah lagi dijemput parents. Yang menunggang basikal ke sekolah tu pun nampak macam anak orang have have. Mungkin situasi di Yangon berbeza sebab taraf sosio ekonomi yang berbeza juga.

Di Myanmar sekolah satu sesi bermula jam 9 pagi-3 petang. Yang dua sesi pula samada 7-12 tengahari atau 12.30-5.30 petang. Pertengahan Februari hingga penghujung Mei cuti semester - summer holiday. Faham faham sendirilah cemana ramainya orang di kawasan pelancongan. Rakyatnya 54 juta oih! Tolak yang beratus ribu di Malaysia, masih berpuluh juta lagi tinggal di sana.

Pekan Meiktila.

Mujur anak-anak bujang ai reti pakai kain pelekat. Tiga yang kecil selalu pakai memalam, kekadang pegi makan di luar dan mengaji pun berkain aje. Maknya saja yang jarang berkain batik.

Aku pernah merasa berjalan kaki pergi dan balik sekolah di Kg Haji Baki dulu. Masa tu takde rasa takut, mak ayah pun senang hati lepaskan anak. 

Ada beberapa universiti dan kolej di sini. Student U ramai yang dah diresapi kemodenan, secara amnya rakyat biasa, pekerja kerajaan atau swasta dan pelajar sekolah masih memakai pakaian kebangsaan mereka, longyi. Pelajar sekolah memakai longyi hijau. Nampak seragam je semua. Sebelum revolusi pelajar besar-besaran dulu, di Myanmar hanya ada Yangon University.

Dari Yemape jalan dah mula bengkang-bengkok naik ke kawasan pergunungan. Jalan ini lagi banyak bengkokan berbanding naik ke Mount Popa hari tu. Dulu British buat jalan yang muat satu jip saja melaluinya sebab tiada bas waktu tu. Mereka hendakkan tempat sejuk sebagai lokasi istirehat, tak tahan dengan cuaca yang panaih lit lit di Yangon. Sesungguhnya hendakkan benda cantik, berkualiti atau kawasan yang best seringkali harus menghadapi dugaan dulu. Aku memula tu ada rasa riak sikit. Ala... dulu selalu lalu Bukit Putus ok jer... riak! Lama kelamaan mula rasa loya terus tutup mata hahah..

Kalaw ni 273km dari Bagan dan 50km dari barat Inle Lake. Perjalanan ke sini 7 jam termasuk dua kali "pee stop". Kalaw berada pada kedudukan 1320 dari paras laut di negeri Shan,  Inle dibawahnya digelar "sea of a mountain" kerana turut berada di tempat tinggi. Erghh... Myanmar panas walaupun bukan di musim panas tetapi ada tempat-tempat sejuk yang cantik. Sekarang ni pun suhu tengahari di Kalaw 22C sahaja. Sejuk-nyaman-tenang.

Kalaw masih mengekalkan bangunan kolonial British. Ia lebih dikenali sebagai Myanmar Tekking Mecca di kalangan penggemar outdoor activities. Yang suka trekking dan hiking tu elok try di sini pula. Ada banyak pakej ditawarkan, nak yang sehari atau trek bermalam ke Danu, Danaw, Palaung, Pa-O, Intha, Shan village dan Taung Yo villages.

Tempat yang paling happening di sini ialah Kalaw Market. Banyak restoran, tempat lepak dan hotel bajet di sekitarnya. Ramai Gurkha Nepal dan India yang asalnya dulu bekerja membuat jalan dan landasan keretapi dengan British berada di Kalaw. Samalah di mana-mana negara jajahan British... education and technology wise Britain secara amnya kan kekal lebih maju daripada kita hingga ke hari ini. Dua golongan ini juga ramai yang berniaga makanan, membawa makanan tradisi mereka untuk melengkapkan hidangan Myanmar di sana. Contohnya Everest Nepali Food Center makanan asli Nepal dengan pilihan makanan vegetarian yang banyak. Ya Rabbi sambal bawang dan cili goreng punyalah sedap siap minta tambah 😁😁. Terasa kenyang betul makan nasi tengahari petang tu.


Di hadapan Everest Nepali Food Centre. Banyak syarikat yang mengiklankan aktiviti hiking dan trekking di sini.

Masjid di Kalaw.

Terhenti sekejap sebab ada aktiviti mengebom batu.
Masa nak naik bas baru ternampak ada sebuah masjid berdekatan. Menyesal lepak lelama, kalau tahu awal boleh solat di sana. Bila ada masjid sahlah ramai muslim di sini jadi mendapatkan makanan halal pastinya bukan masalah besar. Bagus bagus...malas aku nak memunggah segala makanan kering dari rumah.

Di penghujung Oktober atau awal November ada Tazaungman Full Moon Festival di Kalaw. Jika berhasrat nak tengok adjust bebetul your travel time.


Bagaimana untuk ke Kalaw dari Bagan?
1) Penerbangan domestik.
Turun di Heho Airport. Kecik je airport ni, 26km dari Kalaw. Perjalanan ke Kalaw akan mengambil masa kira-kira sejam menggunakan teksi dengan tambang 45,000 kyat. Nak murah sikit naik pick-up truck atau bas tetapi kena naik dari pekan Heho, 3km dari Heho Airport. Kalau ada banyak masa I lebih suka yang ini. Selalunya pengalaman yang best kita dapat daripada slow travel.

2) Bas
Ada bas bertolak pukul 7.30 pagi dan tiba di Kalaw jam 3 petang. Perjalanan 10 jam dengan tambang 11,000 kyat. Bas VIP selesa dengan recling seat dan leg rest.

3) Keretapi
I love train ride! (itupun kalau tak lama sangatlah). Naik keretapi memacam dapat dipandang dan dipelajari. Datang awal ke stesen keretapi sebab tiket tak payah beli advance.

Train dari Heho ke Kalaw pukul 9 pagi. Kalau terlepas naik je teksi/bas/trak ke sana.

Train dari Yangon bergerak jam 11 pagi dengan perjalanan selama 26 jam termasuk 5 jam berhenti di Thazi. Train akan bergerak dari Thazi jam 7 pagi dan sampai di Kalaw 1.15 petang. Kalau bercuti dua minggu hanya di Bagan-Inle Lake saja bolehlah buat gini kot. Tambang pun jauh lebih murah, 3550 kyat aje.


Sambung lagi...

Dari Kalaw ke Inle lagi 2 jam menaiki bas. Lama juga maklumlah naik bas... kalau naik kereta lain cerita. Menariknya di sini lapangan terbang dan stesen keretapi di tanah tinggi. Ada landasan di tepi gunung, ada yang perlu melalui jambatan macam laluan Bandung-Jakarta tu.

Masuk je ke Inle Zone setiap pelancong yang berumur lima tahun ke atas dikenakan yuran masuk sebanyak 13,500 kyat, yang mesti dibayar di Inle Zone Entrance Fee Gate di Nyaung Shwe. Tiket yang dikeluarkan boleh digunakan selama lima hari. Samalah macam di Bagan tu. Sepanjang perjalanan ke sini nampak gunung dan tasik tetapi bukan Tasik Inle, dan reflections rumah di permukaan tasik/terusan/longkang besar pula sangat cantik. Sayangnya bas tak boleh berhenti sesuka hati. Kalau naik private van memang kena buat photo stop ni.



Sebelum sampai ke Aureum Palace Resort and Spa, Inle, kami singgah minum petang di A Little Tree House Restaurant. Ahh sedap betul air strawberry + susu segar tu. Aku memang sukalah benda gituh. Selain restaurant on a tree, di sini juga mereka ada spa dan boutique accomodation. Mereka juga menenun kain untuk jualan dan bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri. Restoran baru dua bulan beroperasi. Very relaxing lah, berangin je dengan pemandangan indah gunung dan ladang. Indah sungguh hidup kalau hang tak takut pada ketinggian hehehhe... Di simpang nak masuk ke A Little Tree House Restaurant tu ada satu kiosk. Aku ingatkan jual top-up atau rokok rupa rupanya jual sireh. Bagus betul bisnes sirih berkapur pinang di Myanmar ni.

Duduk bersembang sambil minum air stroberi dengan pipi ditampar angin sepoi sepoi bahasa. 

A Little Tree House Restaurant

Kami tiba di resort awal malam. Sejuknya lahaiiii...5C! Itulah kan, kalau  teringin apa apa mintalah pada tuhan. Macam aku tahun lepas nak sangat pergi ke tempat sejuk sekali Allah bagi tiga bulan berturut- Disember ke Chiang Mai, Januari ke Da Nang, Februari ke Myanmar. Alhamdulillah. Mac? Mereput kat rumah hahahahah... belum mampu main salji lagi. Partner bilik masih dikekalkan. Aku stay dengan @lilyriani , bagus dia ni sentiasa bawa beg Doraemon. Sebut aje nak apa semua ada 😄😉

Perjalanan hari ini sahaja 385km. Tempat baru pengalaman pertama jadi sentiasa rasa exited. Esoknya kami explore Inle Lake. MasyaAllah luas dan cantiknya! Nanti ai cerita lain ya, kang panjang sangat pula blogpost ni.


Bagaimana untuk ke Inle Lake?
Jika mahu ke Inle Lake menaiki keretapi dari Kalaw, sila turun di Shwenyaung. Jauhnya 50km je tapi perjalanannya 3 1/2 jam. Kelas biasa USD1, upper class USD3. Murah kan?

Lepas tu sila naik teksi atau local truck (trak pikap) dan kita akan diturnkan di Nyaungshwe Market. Tambang trak tu 1,000 kyat tai kena tunggu penuh. Teksi caj 10,000 kyat manakala tuktuk tiga roda 3,000 kyat. Kereta kuda untuk membawa barang pun ada.


Jemput baca juga blogpost lain mngenai trip Myanmar ini. Tq. 



















      8D 7N in Marvelous Myanmar | Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 1

      $
      0
      0

      8D 7N in Marvelous Myanmar | Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 1 | Inle Lake di barat negeri Shan terkenal dengan perkampungan dan kebun terapung. Ia sebahagian daripada Shan Hills di Myanmar. Gambar-gambar yang bakal anda lihat nanti akan menguatkan sebab untuk anda merancang percutian ke Inle Lake  😋😈


      Nyaung Shwe digelar "land between the mountain". Inle Lake ialah tasik air tawar di Nyaung Shwe yang dianggarkan berkeluasa 116kmp, tasik kedua terbesar di negara tersebut. Uniknya ia berada 880m dari aras laut. Secara purata kedalamannya hanyalah tujuh kaki dengan yang paling dalam 12 kaki (3.7m) tetapi di musim tengkujuh ia boleh bertambah 1.5m lagi. Berada di sini seperti berada di dunia lain. Nak tengok memacam di Nyaungshwe elok sewa basikal, 1,500 kyat je sehari.

      Ada sembilan spesis ikan dan 20 siput yang tiada di tempat lain tapi hidup subur berkembang-biak di tasik ini. Sedap nau kot air tasik ni hehee... some of the fishes kita boleh tengok di Inle Natural Heritage (Aquarium). Esok esoklah kita tunjuk, yang ni pun dah ada 31 gambar. Dari bulan November-January pula ada burung hijrah. Banyak ooo...20,000 ekor gak. Melancong time ni best sebab sejuk. Sejak 2015 Inle Lake telah diwartakan sebagai World Network of Biosphere Reserves yang pertama di Myanmar.


      Kaum Intha, perkampungan dan kebun terapung
      Tasik yang panjangnya 22km dengan lebar 10km dihuni oleh kaum Intha di 70 perkampungan yang keseluruhan hidupnya berkait dengan air. Makan, minum, mencuci pakaian, berkebun, mencari rezeki... semuanya di persekitaran tasik ini. Pelancongan juga salah satu sumber rezeki mereka. Rumah mereka juga dipacakkan juga dalam air. Hingga sekarang ni aku belum pernah dapat melihat sendiri proses pembinaan rumah air ni walaupun dah pergi ke Kampung Melayu Bako dan Panyee Island. Secara teori tu tahulah tapi still fikir...cemana eh?

      Memang rasa hairan macam manalah mereka bercucuk tanam di atas permukaan air tu. Yang aku nampak pokok kiambang dikumpul dijadikan batas untuk menanam cili, tomato, bunga dan sebagainya. Pokok kekeciklah, untuk jualan. Dah bergenerasi mereka buat sistem pertanian begini yang ada pro dan kontranya. Efek negatifnya lebih kepada kualiti air kerana mereka menggunakan baja dan racun.

      Apa lagi yang menarik mengenai orang Intha ni?

      Cara mereka berdayung sampan dan menangkap ikan! Sangat berbeza tau. Camner eh mereka balance badan dengan sebelah kaki je memijak bendul bot (betul kot eh heheh..) dan sebelah lagi berkayuh. Cramp kaki aku ni kalau buat camtu.


      Boat trip around Inle Lake

      Pakej boat trip kita boleh dapatkan dari hotel je. Tempat berlepasnya pula sekitar jambatan di penghujung barat Yone Gyi Road in Nyaung Shwe.

      Ada banyak yang boleh kita lihat dan pelajari di tasik ini.  Kalau niat kita berkelana tu hendak melihat ciptaan Tuhan kita dapat lihat keindahan tasik, gunung-ganang dan makhluk lain. Jika niat hendak belajar sesuatu...banyak kita boleh nampak. Salah satunya cara pemilik resort mewah menghadkan penggunaan bot berenjin untuk menjaga eko-sistem. 

      Pastikan apa yang kita nak tengok atau minta suggestion dari tekong bot to fully utilize masa yang ada. Area Shwe Inn Tain Pagoda tu je pun dah makan masa, nak explore pasar kat situ lagi... nak bergambar kat bamboo forest tu lagi.. nak melawat Inle Heritage yang ada burmese cat lagi... nak melawat kilang siversmith, kain tenunan, cerut, nak makan bla bla bla... oih banyak! Boat ride itu sendiri pun best, tak puas rasanya.

      Kami naik bot dari Aureum Palace Resort & Spa Inle. Di bawah ni salah seorang tekong bot. Boleh tahan juga kan? :))



      Subhanallah cantiknya..


      Nelayan ni yang kita nak tengok sangat tu. Untuk mendapatkan gambar yang berlainan, selepas kita membelakangkan matahari minta tekong bot beralih ke arah lawan matahari pula.






      Hachuuummmm...!! 😉

      Nampak tak kaki dia sebelah je memijak bot? Lurus je batas tu. Ya Allah indahnya pemandangan pepagi ni.

      Adik tu memakai longyi (kain sarung).


      Kemain rambut ko dik, mentang mentang dah habis exam.


      Di Myanmar ni bukan hanya Bagan tempat melihat stupa kuno malahan di Inle Lake juga. Di belakang restoran kat Indein, juga dieja Inn Thein, terdapat lebih daripada 1,000 stupa yang dibina rapat. Penemuan ini menunjukkan agama dan kehidupan orang Myanmar saling berkait sejak berkurun lama. Ya, manusia mesti hidup beragama supaya tahu batasan.

      Indein Pagoda agak jauh tetapi rasa seronok naik bot pepagi tu. Orang lain tak pastilah tapi aku suka sangat naik bot melalui laluan yang lebih kecil. Aku membayangkan berada di zaman yang lain. Pergi tempat orang ni kan pokok kering pun nampak cantik 😀

      No editing. Cantik kan daun kering tu berlatar belakangkan lagit biru?

      Bebudak remaja lelaki biasanya dah tak pakai thanaka di pipi sebab tak nak kena ejek. Kata orang sana thanaka bagus untuk kesihatan kulit muka dan boleh menghilangkan jeragat.

      Di seberang sana ada pasar.


      Sama kan? Di Shwe Inn Thein pagoda juga ada pelukis jalanan yang sangat berbakat. Ada seorang lagi OKU tapi dia hasil kerjanya lebih kepada lukisan Buddha. Halus kerja dia.


      Lama aku perhatikan budak berdua ni. Yang baju biru tu cerdik betul. Dia pakai dulu seluar yang nak dibawa mandi kemudian tarik keluar seluar biru tu. Yang seluar oren terus je bogel sebelum sarung seluar lain heheh..

      Berkemban je main bola 😁. Indahnya hidup bebudak ni, bebas bermain di sungai. Jika anda pernah mengalami situasi kehidupan yang sama, percayalah ia akan menjadi kenangan manis suatu hari nanti. Bersyukurlah pernah melaluinya. Bebudak sekarang memerap kat rumah dengan handphone je.

      Sebelah kiri tu bamboo forest.




      Bagi pencinta kucing jangan lepaskan peluang melihat dan bermain-main dengan Burmese cat. Siap ada island sendiri lagi tau. Burmese Cat preservation project dijalankan untuk membiakkan binatang comel dan manja ni.


      Bilakan waktu yang sesuai ke Inle Lake?
      Between October to February. Waktu ni cuacanya enak bangat selepas reda musim tengkujuh.

      Jangan lupa apply e-visa sebelum pergi. Cajnya USD50 untuk 28 hari. Bila masuk ke area Nyaungshwe kita wajib bayar 13,500 kyat as an Inle Zone fee.


      Bagaimana untuk ke Inle Lake?
      Kalau naik domestic flight dari Yangon turun di Heho Airport selepas terbang 1 jam 10 minit. Inle Lake 42km dari airport jadi untuk ke sana boleh naik teksi dengan tambang MMK30,000 = RM90. Kalau tong tong empat orang okaylah harga ni. Nak jimat sikit kena arrange dengan hotel in advance. 

      Other options yang lebih murah naik bas atau trak pikap dari pekan Heho yang jauhnya 3km dari airport ke Nyaungshwe, pekan utama di kawasan Inle Lake. Jimatlah kan sebab baik teksi sampai ke pekan Heho je. 

      Kalau naik train kena turun di Shwenyaung kemudian naik teksi atau pick-up truck (mereka panggil local truck) dan turun di Nyaungshwe Market. Local truck tu murah je tambangnya... 1000 kyat tapi kena tunggu penuh. Naik teksi 10,000 kyat, tuktuk roda tiga 3,000 kyat.


      Peginapan pilihan - mewah atau bajet?

      Pemandangan dari kafe Aureum Palace Resort & Spa Inle

      For traveler yang berbajet ciput atau sederhana penginapan di pekan Nyaungshwe lah yang menjadi pilihan sebab resort at the lake shores tu mostly luxury. Aku ada share nama-nama resort tu di fb page: ruggedmom. Follow sekali eh hahah... Jadi bagi pelancong berbajet sederhana yang bercuti dengan keluarga tu bolehlah pilih stay dalam pekan. Ye lah kan.... tak bawa anak kang kena kecam pulak. Macamlah perjalanan hidup dan rezeki memasing sama. Perangai #bawangsangat

      Nanti kita sambung part two sebelum blog post tentang lokasi shopping penduduk tempatan pula. Thank for reading.





      Cara memohon pekerjaan di zaman sekarang

      $
      0
      0
      Cara memohon pekerjaan di zaman sekarang | Aku dapat ni semalam dari seorang FB friends. 

      Sungguh aku tak faham kenapa nak suruh Private Message? Perkara ni selalu juga berlaku bila menjual barang. Dah penjual tu tulis detail apa ke benda yang nak dijual siap dengan harga/warna/saiz dan no telefon, yang dok komen PM PM... tu kenapa? Nak tahu apa lagi? Aku berpendapat kalau orang tu serius nak membeli dia akan terus contact je.

      Kalau yang komen tu tak sekolah tinggi bolehlah kita faham, ni yang ada diploma ijazah pun sama. This happened last year bila ada seorang kawan post nak PA siap sertakan requirement. Dalam emel/mesej ber"sis sis". Alahai dik, minta kerja perkara serius kot? Rasmi. Sila tulis surat/emel rasmi. Alamat emel tu pula janganlah seumpama ruggedmom@gmail.com hahahha.... serius hokay... 

      Contoh alamat emel
      Jika nama hang Zairatul Syazwin binti Muhamad, emel mungkin:
      Zairatul@gmail.com
      Zaisyaz@gmail.com
      Z.Muhamad@gmail.com

      atau yang berkaitanlah dan BUKAN gadiscendol@gmail.com .

      Lagi satu, bila hantar emel tu mesti ada cover letter. Tulislah lebih kurang begini...

      Saya si polan bin si polan ingin memohon jawatan sekian sekian yang diiklankan dalam Facebook. Saya sertakan resume beserta gambar.

      Percayalah, jika tiada cover letter yang beradab HR manager akan terus Ctrl-D. Yang apply kerja tu bukan sahaja yang bijak pandai dengan CGPA tinggi macam hang, yang otai buat kerja tutup sebelah mata boleh siap pun ada. Calon melambak!

      Betul kata si kawan, PM PM... kau ingat syarikat tu lapar nak pekerja ke? hahah...


      Image may contain: 1 person

      Image may contain: 1 person

      Image may contain: 1 person

      Image may contain: 1 person, smiling


      8D 7N in Marvelous Myanmar | Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 2

      $
      0
      0
      Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 2 | Hai.... ini sambungan Part 1. Dah baca ke yang itu?

      Banyak jambatan yang dilepasi untuk keluar dari perkampungan Indein. Nanti kita pos gambar jambatan je eh. Selepas melawat Indein kami ke restoran terapung Inn Thar Lay 2 untuk melihat demonstrasi pembuatan kraftangan dan makanan ringan.

      Seronoknya di Myanmar ni orangnya baik, mesra walaupun ada communication barrier. Seller pula tak too pushy. Cuma di jeti Indein tu ada bebudak remaja lelaki minta duit. Aku tak bagi pun. Rasanya lebih afdal bagi kat bebudak perempuan yang berjualan tu. They work hard to earn money. 






      Nelayan Intha di Inle Lake, Myanmar.



      Snek tradisional Myanmar
      Oleh kerana Myanmar ni juga di Asia maka bahan asas makanannya dan rupa kejadiannya hampir sama seperti makanan yang terdapat di Malaysia. Mungkin cara penyediaannya sedikit berbeza. Contohnya kuih yang diperbuat daripada beras pulut yang dikukus-dibentuk-dijemur-digoreng. Kuih ini banyak dijual di gerai tepi jalan di Melaka. Lagi satu cucur yang warna coklat tu salah satu bahannya ialah gula merah, mak mertua ai panggil cucur Jawa.  Bezanya yang di Malaysia tepinya kerinting (musykil kenapa aku buat tak jadi kerinting). Rasanya? Sama. 

      Pandainya dia duduk bersimpuh...sweet sangat!


      Demonstrasi membuat bakul.


      Mote-Si-Kyaw @ cucur Jawa


      Kout-Nyin-Kwat-Kyaw @ rice cracker

      Satu lagi lokasi wajib kita lawati ialah Inle Heritage. Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka secara individu ataupun syarikat. Di sini beberapa projek diusahakan untuk preserve culture mereka dan melatih modal insan dari kalangan pelajar yang berminat tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan. Oleh kerana Inle Heritage ialah non-profit organization mereka mendapatkan dana daripada penderma selain mengusahakan tanaman, restoran, kelas memasak, kedai cenderahati, penginapan dan sebagainya. Asyik pula melihat kesemuanya kerana ianya berada di atas air.

      Usaha IHF ini membantu menjadikan Inle Lake sebuah kawasan yang menarik untuk dilawati, bekerja dan menjalani kehidupan. Mereka sangat bangga dengan kemajuannya dan berharap generasi akan datang turut sama merasai kepelbagaian kaum, tradisi unik dan kekayaan alam semulajadi di sana.

      Profit dari penjualan produk dan perkhidmatan disalurkan semula untuk projek warisan yang lain. Malah sebahagian pelajar Inle Heritage Hospitality Vocational Training Centre melakukan latihan praktikal di restoran Inle Heritage. Setiap tahun IHF menaja sekitar 40 pelajar muda yang berminat mendalami bidang hospitality.

      Bagusnya IHF ni nisbah keuntungan yang mereka ambil kecil, lebih kepada pembuat. Tujuannya untuk mengekalkan warisan mereka. Ye lahkan, kalau orang tengah ambil untung banyak sangat sedangkan producer untung ciput lama kelamaan pasti si pengeluar akan rasa bosan dan exhausted. Akhirnya industri itu akan mati dengan sendiri.

      Mereka juga ada wastewater management sendiri yang low cost, easy to contruct tanpa menggunakan bahan kimia dan tenaga elektrik. Mereka konsisten check kualiti air di beberapa bahagian tasik.


      Terus terasa rindu Malaysia bila nampak bunga raya ni.. isk...baru seminggu d luar negara.


      Makan tengahari di Inle Herigare Restaurant.




      Nak beli souvenir?


      Kepada peminat kucing pula tolong jangan terlepas melawat Burmese Cat Village, sebuah pulau kucing di IHF.  

      Kucing Burma ni macam batu bersalut bulu sutera. Saiznya besar berbulu pendek tapi gebu gebas yang kebiasannya berwarna coklat gelap; tapi ada juga coklat muda (champagne), platinum (lilac) dan biru. Jarang jumpa kucing berwarna biru, yang bermata biru ada lah.

      Burmese cat dulunya direkodkan sebagai binatang kesayangan diraja dan mungkin telah wujud lebih dari 1000 tahun yang lalu. Ia juga berada di kuil dan biara. Sewaktu King Thibaw kingdom jatuh ke tangan British, raja tersebut dikatakan memelihara 40 kucing ini di istananya.

      Sewaktu penjajahan inilah berlakunya kacukan baka jadi kucing tulen Burma hilang sebelum perang dunia kedua. Pada awal kurun ke-20 sebahagian kucing-kucing ini dibawa kepada breeder di United Kingdom dan Amerika termasuk Wong Mau, keturunan asal kucing American Burmese. Daripada sinilah bermulanya kucing moden Burma termasuk yang berada di Inle Heritage. Sekarang ni purebreed burmese cat dah ada 45 ekor.

      Untunglah jadi kucing.... malas pun nampak cute. Kerjanya makan tidur makan tidur je pun orang tak marah.


      Untunglah merasa dipeluk Miss World.

      Sun bathing.

      Mini akuarium pun ada. Dapatlah tengok sebahagian ikan yang ada dalam Inle Lake. Goreng garing sodap ni.

      Inle Natural Heritage (Aquarium)



      Inle Heritage
      Innpawkhon Village,
      Inle Lake, Shan State, Myanmar.
      +95 (9) 4931 2970
      +95 (9) 528 1035
      contact@inleheritage.org


      Masih di kampung air, lawatan seterusnya ke Inn Paw Khon Village melawat perusahaan tenunan sutera dan teratai. Ini pengalaman baru, tak pernah tahu pun batang teratai boleh dibuat kain. Tak banyak orang perseorangan/syarikat yang masih meneruskan usaha ini. Kalau tak diperturunkan kepada generasi muda habislah...tinggal sejarah je nanti.

      Oleh kerana demand yang semakin tinggi pokok teratai diimport dari daerah/negeri lain di Myanmar. Kebanyakan benang dieksport ke Jepun. Ada juga dibuat skaf dan dijual terus kepada pelancong di sini. 

      Kerja mengeluarkan getah teratai (bebenang/fiber) sangat remeh. Nak dapatkan sekilo fiber pun memakan masa dua bulan sebab tu lah harga kain teratai asli mencecah USD400 sehelai. Barang rare. Sebab tu lah biasanya ia dicampur dengan benang kapas atau sutera untuk mendapatkan kualiti yang berlainan dan boleh dijual to mass market. Kalau dah beli kain harga 1200RM haruslah kita hantar ke Hatta Dolmat ke.. Rizalman ke.. untuk jahit ye tak? Feeling datinlah iols kalau mampu beli.

      Di Inn Paw Khon Village ni yang bertaraf nenek pun masih bekerja membuat benang. Happy je muka mereka. Bosan kot kalau melepak kat rumah je. Kalau nak tahu sekilas bagaimana cara untuk mendapatkan benang teratai sila baca perenggan di bawah. Ai malas nak translate apa yang Wander-Lush dah bagi tau ni:

      Lotus stems are first cut into manageable sections before being scored, twisted and pulled to reveal a web of thin filaments. Barely visible to the naked eye, the filament is laid out on a wooden workbench and kept moist with occasional splashes of water. As the process is repeated with new stems, the artisan rolls the moistened fibres together to create a thicker, stronger thread. With a quick roll of the palm, a new length is soldered onto the last to form one continuous thread. This particular workshop, the Hand Weaving Centre, can produce around 20 metres of thread per day. The finished thread has a variegated colour similar to hemp but with a much softer feel. It is typically left undyed to highlight these natural qualities.

      Image result for lotus silk
      Sumber di sini.



      Petang tu kami tak terus balik ke Aureum Palace Resort & Spa sebaliknya minum petang dan makan malam di Inle Princess. Tak jemu-jemu memetik kamera merakamkan apa yang dirasakan menarik di sekitar tasik tu. Paling suka pastinya gambar nelayan yang berkayuh menggunakan sebelah kaki. Hebat betul!

      Sampai satu tempat tu ada banyak burung terbang berkawan. Asyik betul kami merakam gambar. Bagus tekong bot kami tu...bila mana ada je yang menarik dia akan berhentikan sebentar bot.



      Kira-kira 300 meter dari Princess Inle enjin bot dimatikan. Seorang lelaki naik ke bot dan mula berkayuh. Nampak tak kat mana dia berdiri dan bagaimana dia melilitkan kaki yang satu lagi? Rupa rupanya di kawasan ini gangguan bunyi memang dielakkan. Selain menjamin kedamaian, mereka juga mahu menjaga eko-sistem tasik. Pemilik Princess Inle juga adalah salah seorang orang kuat di sebalik kemajuan Inle Heritage.

      Sambil makan dan membawang berborak tu kami menunggu sunset. Melihat matahari terbenam dari sini memang awesome! Gambar-gambar di sini takkan sama dengan melihatnya with your own eyes. Dengan orang berkayuh sampan tu lagi... allahu cantiknya!






      Boat ride around Inle Lake is a must! Jangan skip yang ni.

      In previous blogpost terlupa nak masukkan harga pakej bot tour Inle Lake. So I put it here:

      Boat tour ni ada dua, satu pagi dan satu lagi sunset tour. Seriously gambar nelayan Intha di kala sunset sangat cantik.

      Pakej bot ni boleh pilih yang biasa atau VIP dan boleh naik maksimum 5 orang. Setiap seat akan dilengkapkan dengan jaket keselamatan, payung dan selimut tebal. Sejuk baq hang pepagi di Inle ni.  Tempat duduk beralas kusyen, selesa sangat. Harga bermula dari 18,000 kyat (RM54) per boat kalau kita naik dari jeti di Nyaungshwe. Nak suruh mereka pick-up kat hotel pun boleh. Aku rasa quite reasonable sebab full day tour bermula 7.30 pagi sampai sunset. Eh, sebenarnya murah sangat sebab dekat 10 jam juga mereka bekerja. Kebanyakan pilot bot are non-English speaker so if you nak penerangan semua silalah hire guide.

      Bagi bot VIP kosnya bermula daripada USD40.


      Owh sedihnya dah last day in Inle Lake 😢. Terbayang betapa cantiknya reflection rumah di permukaan air.

      Keesokannya kami berlepas pulang ke Yangon menaiki KBZ Airlines. Heho Airport tu kecil je wakk... simple sangat. Kat situlah check-in, kat situlah imigresen. Macam airport Mulu je lebih kurang tapi syok sebab kapal terbang berhenti depan kita.


      Myanmar | 5 Lokasi 'shopping' paling mengancam di Yangon!

      $
      0
      0

      Myanmar | 5 Lokasi 'shopping' paling mengancam di Yangon! Aduduuu... cecantiknya kain di sana! Sebelumnya menulis dengan panjang lebar ai nak bagi tips shopping dulu.


      Tips sebelum membeli-belah:
      Silalah makan sampai kenyang dahulu supaya fikiran lebih waras dalam membuat keputusan. Bukan sahaja ketika membeli pakaian tetapi terpakai juga untuk lelain barangan. Usaha ini adalah cubaan untuk menundukkan nafsu berbelanja. Pakar kewangan yang ajar ni.


      Sebenarnya ada banyak juga tempat membeli-belah baru dan lama di Yangon ni tapi kita fokus pada lima sahajalah. Itupun dah boleh buat poket roboh. Okay kita start dengan tiga lokasi yang banyak menjual tekstil dulu ya. 

      1) Bogyoke Aung San Market @ Scott Gavin Market
      Pasar ini paling terkenal di kalangan rakyat tempatan dan pelancong. Tekstil, pakaian, cenderahati , lacquerware dan batu permata dijual di sini. Reka bentuk bangunannya hampir sama dengan Cho Ben Thanh di Ho Chi Minh City cuma yang bagusnya si penjual tak agresif, tak main tarik tangan kita. They're nice.

      Berdepan dengan Bogyoke Market selepas bangunan biru tu ada masjid. Sumber: Asiatrips

      Sumber di sini.


      Ya Allah cantiknya kain lace dan Thai silk kat sini.... tu yang aku nasihatkan makan dulu sampai kenyang sebelum shopping. Lace ada perbagai jenis dan warna. Nak yang glamour macam retis pakai pun ado. Mujurlah akak dah tak kerja pejabat lagi dan selalu pakai baju kurung je gi kenduri dik. Boleh ringan dompet datang sini.

      Ada juga kedai yang menjual kain cotton cecantik tapi aku tak beli because I think I have enough. Tak ingat harganya tapi lebih mahal dari HCM.

      Longyi (kain sarung) juga banyak yang cantik. Tak pastilah ori silk ke bukan. Ada longyi yang dijual sudah siap berjahit. Ada juga kain pasang yang siap dipotong 2 1/2 meter dipadankan dengan kain lain untuk blaus tetapi tidak sampai 2 meter panjangnya sebab baju mereka pendek je. Hari tu aku ada tanya kat satu kedai ni... cantik, corak bunga bersulam dipasangkan dengan baju (kain belum berjahit) block colour. Dia kata bidang 60 inch 4 yards usd19. Aku tak beli sebab nak tengok di kedai lain. 

      Kami cuma diberi masa 45 minit je di pasar tu jadi bila beli di kedai lain aku assume 4 yards jugalah tapi harganya usd16. Sekali bila nak nak tempah panjangnya hanya 2 1/2m bidang 55 inci je, adoilaaa....stress gue. Kalau badan sebesar kelingking boleh juga dibuat sepasang kebaya pendek.

      Thai silk ada banyak warna dan tone. Jenuh pilih. Geram betul melihat kain sutera Thai in different colour tone. Mengancam! Kalau nak merah dari yang pucat hinggalah yang paling garang. Kalau berkenan yang biru, ada biru Keadilan biru BN biru JDT dan sebagainya heheh... cantik oih, itu belum dijahit lagi tu...kalau dah siap? Pergh meletop kau dik di pagi raya nanti. Cantiklah sikit aku raya ni...kah!

      Kalau berminat dengan batu permata seperti jade dan ruby elok beli dari kedai yang ada certificate. Walau bagaimana pun, Bogyoke Aung San Market is very touristy, haggle lah ye.


      Waktu beroperasi: 9 pagi - 5 petang
      TUTUP hari Isnin.

      *Lapan minit berjalan kaki dari Park Royal Hotel, Yangon.


      2)Min Ha Lar Zay (အဆိုပါ Lar-Z ကိုအဘယ်သူသည်) 
      Tulisan ini didapati dari google translate, yang ditulis staf hotel lebih ringkas.


      Local peoples shopping tekstil kat sini. Orang yang berniaga pun ambil bekalan di sini. Bangunan empat tingkat ini menjual pakaian, fabrik, mainan kanak-kanak dan sebagainya. Ada satu kedai tu jual longyi USD13 sehelai, cantik. Kalau tawar menawar boleh dapat kurang lagi kot. 

      Kain batik Indonesia banyak dijual di sini. Pasaran kain sarung sangat meluas di Myanmar jadi kalau ada yang ingin mengeksport ke sana usahakanlah. Semua orang pakai kain.

      Aku sempat ke sini di hari terakhir. Hanya 15 minit naik Uber dari Park Royal Hotel dan dia turunkan kita di Min Ha Lar Zay bus stop. Tak nampak pun bus stop nya cuma ramai orang sedang menunggu di situ dan kita kena berjalan kaki ke depan sikit dan masuk kiri. Ada ternampak restoran beriyani "Malaysia" kat tepi jalan. Tetiba rindu 😄 . Ramai juga muslim kelihatan di kawasan ini jadi aku rasa tak sukar untuk mendapatkan makanan halal selepas shopping. Masa shopping mana terasa lapar ye tak? Hotel pun ada di luar Min Ha Lar Zay ni.

      Pergi ke sana naik Uber 1900 kyat, balik dengan teksi kena 3000 kyat. Memula dia nak 4000 kyat (aku nampak dia tanya teksi sebelah berapa nak caj) pastu aku cakaplah pergi tadi kena 1800 je. So dari 4k turun 3.5k bila dah sampai depan hotel, 3k okay? (dengan senyum manis hehehe...)

      Tak payah datang awal sangat sebab waktu rasmi berniaga jam 9 pagi. Takkan nak tawaf dua tiga kali?


      3) Yu Za Na Plaza (ယုဇ Na ပလာဇာ)
      Banyardala Road, Mingala Taungnyunt Township, Yangon, Myanmar.

      Image result for Yu Za Na Plaza

      Yang ni pun tempat orang tempatan membeli-belah tak jauh dari Mingalar Shopping Mall dan Kandawgyi Lake. Bangunan lima tingkat ini terkenal sebagai pusat membeli-belah di Yangon. Bukan tempat baru tetapi banyak jualan pukal di tingkat bawah.

      Di depannya ada Yuzana Plaza Bus Stop.

      Waktu perniagaan 9 pagi - 5 petang tapi kedai-kedai di tingkat bawah tutup pada hari Isnin.


      4) Taw Win Centre 
      Pyay Road, Yangon (Rangoon), Myanmar.

      Yang ini new shopping mall siap ada 3D cinema dan hotel sekali. Walaupun Myanmar nampak agak ketinggalan dari segi kemajuan prasarana tetapi golongan berpendapatan tinggi ramai. Malah regional prime office rental rates in 2014 menunjukkan Yangon berada di tempat teratas dengan kadar USD88 psf, yang tertinggi di rantau ini. Service apartment occupancy rates tahun lepas pun 87% dengan kadar sewa 1 bedroom apartment bermula daripada USD3,015. 

      Ini menunjukkan ramai orang yang ada purchasing power berkumpul di Yangon. So expect normal price bila membeli-belah di shopping mall di sini.

      Image result for Taw Win Centre


      5) Junction Square
      Yangon town centre, Yangon (Rangoon),Myanmar. (berdekatan dengan Bogyoke Aung San Market)

      Image result for Taw Win Centre
      Sumber di sini.

      Sebelum shopping pergilah dulu ke Bagan dan Inle Lake. Jenuh memunggah barang if you do the the other way round.

      Happy shopping peeps!

      Hotel Review | Horizon Village & Resort, Chiang Mai

      $
      0
      0

      Hotel Review | Horizon Village & Resort, Chiang Mai | Ramai yang tanya, ada apa di Chiang Mai? Err...banyak! Rasanya yang paling best ke Chiang Mai kerana ada musim sejuk. Tak payah pergi jejauh.


      Dulu masa sekolah ada seorang anak DO ni tunjukkan gambar dia sefamili bercuti ke negara gajah putih ni. Aku masa tu rasa kagumlah, ye lah masa tu semua orang kena naik MAS dengan harga tanpa diskaun. Kita anak askar pencen jer... mampu berangan je dulu. Takdelah pula kita kecam kata dia sengaja menunjuk-nunjuk. Kita simpan anganan tu ketat ketat.

      2018 sesunguhnya tahun yang best sebab dapat pergi ke beberapa tempat baru termasuk Chiang Mai yang dah lama ku idamkan. Disebabkan tempat ini hot dikalangan asians, tiket super murah memang susah nak dapat. 


      Resort keluarga
      I know, kita selalu stay di lokasi yang easy access kepada public transport dan dalam shopping district bila melancong tetapi jika membawa anak-anak keperluan fitrah dan kehendak mereka kena juga diambil kira. Kita memang suka keluar masuk kedai tapi kalau bawa lima boys plus bapaknya takkan sukanya dia... kita tak pergi tempat lain ke mama? 😃 Bertabahlah nak. Sesekali mak hang perlukan retail theraphy juga.

      Horizon Resort & Spa berjarak 13km dari pusat bandar. Resort milik seorang bekas menteri Thai ini boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan banquet pun besar. Kiranya kalau nak buat company trip/sales incentive trip sesuailah. Sebuah lagi dewan still under construction masa aku pergi tu. Dibuat untuk accomodate permintaan pelanggan seperti membawa gajah sewaktu upacara perkahwinan. Gah wedding orang have have ni.

      Resort ini luas. Ada playground, zoo mini, maze, muzium, paddle boat dan basikal. Sesuai sangat untuk bebudak release tension. Biaq pi lah depa nak terpekik terlolong kat playground tu. Hot air balloon pun ada tapi terlupa nak tengok. THB8800 per person. Pepagi aku naik basikal pusing satu resort. Syok, sejuk. Di VIP section ada swimming pool sendiri jadi tak perlulah berenang reramai sangat dalam satu kolam. Nak masuk ke area VIP tu pun kena pakai access card. Boleh tengok room tour di insta ruggedmom.

      Bilik aku tu best, menghadap tasik. Bilik pun luas dengan ruang bersiap yang agak terasing dari ruang rehat (tempat tidur). Kekurangannya bilik ini tiada heater untuk memanaskan ruang di musim sejuk. Memang sejuk gilerrrr. Mujur ada bath robe boleh buat balut kaki 😃

      As they say, resort ini santuari kepada sesiapa yang inginkan kedamaian dan keindahan alam. Enjoy 









      Reception counter at VIP section.




      Di sini ada tiga buah "homestay" rumah tradisional Thai untuk disewa. Syok duduk rumah yang open concept begini. 


      Satu pokok dengan pelbagai warna.

      Salah satu lokasi yang educational di sini ialah muzium mini. Di sini tersimpam gambar lama si pemilik dan raja Chiang Mai yang dulu. Raja ini dikatakan seorang yang humble, ada gambarnya memasak dalam salah satu lawatannya.

      Selain itu disimpan juga pinggan mangkuk lama, pedang pelbagai bentuk dan baju 'kebal'. Paling menarik perhatian aku ialah botol berisi minyak senyonyong yang masih bersisa. Minyak senyonyong/pengasih/dagu digunakan untuk memikat gadis idaman yang menolak cinta si lelaki. Kata orang ia disediakan oleh bomoh Siam yang power giler. Kata oranglah. Entah entah guna minyak kelapa sawit je maklumlah Thai pun pengeksport minyak juga. Siapa punyalah tu agaknya eh? Jangan buat uolsss...berdosa.


      Minyak senyonyong/pengasih/dagu.

      I'm very happy with this kind of breakfast tapi ai tambah jugalah fish fillet, baked beans, scramble egg. Breakfast like a king !

      Cara paling best untuk explore resort ini ialah dengan menunggang basikal. Seronok weh dalam dingin winter.

      Kesimpulannya, 
      Bilik *****
      Breakfast ***
      Fasiliti ****

      Resort ini juga short drive away from restoran halal Baan Pi Huen Nong.

      Kalau nak tahu mana aku pergi selama enam hari di Chiang Mai silalah jenguk blog post bermula Disember 2017. Syok pergi Maetaeng Elephant Park.


      Horizon Village & Resort
      200 Moo7 Chengdoi
      Chiangmai-Doisaket HWY.(Route 118)
      Doisaket ,Chiang Mai 50220
      Thailand

      Emel: info@horizonvillage.net
      Tel: +66 53 292381-5, +66 88-290-8868-9
      +66 88-585-7861-2
      Faks Front Office : +66 53 868894
      Sales : +66 53 868891

      Menanti sunset di Promthep Cape

      $
      0
      0

      Menanti sunset di Promthep Cape | Sejak kali pertama menjejakkan kaki di Phuket Ogos lalu, terasa ingin sekali bergambar di titik paling selatan Phuket. Macam satu kepuasan pula bila dapat sampai ke "titik 0/paling utara/paling selatan" memana negara. Tanjung Piai dah, Tanjung Simpang Mengayau dah, Kilometer 0 di Pulau Weh dah.... sayangnya masa tidak mengizinkan. Peluang kedua dua bulan kemudian kita pun apa lagi...sewa motor, jalan!


      Sebenarnya sebelum ke sini kami bertiga nak ke Botanical Garden tapi tak jumpa sebab kurang signboard kot, kami dah lajak masuk ke highway. Kononya nak habiskan masa di situ dulu sementara menunggu matahari terbenam. Sudahnya terus naik ke Promthep Cape.

      Cara mudah untuk ke Promthep Cape atau Laem Promthep sudah tentulah dengan menunggang motorsikal. Sewanya rata rata 200 baht sehari. Check bebetul ya motor tu, bergegar ke terkopak dimana mana ke... and of course the owner will hold your passport. Itu yang bahaya tu, passport Malaysia top six paling berkuasa dalam dunia. 'Nyawa' kita dipegang orang.

      Dari Patong kita akan melalui tujuh pantai dan dua view point sebelum sampai ke sini. Jauhnya 21km jadi perjalanan dalam 40 minit jugalah turun naik bukit. Please wear the helmet, ada je roadblock sepanjang jalan tu. Banyak pula roadblock masa aku pergi tu... masa balik dari zipline pun ada. Suspens aku, polis tu datang jenguk ke dalam dan betulkan seat belt aku hahahha.... aku kepit bawak ketiak seat belt tu sebab kalau pakai dengan betul tali tu lalu kat leher, tak selesa.

      Berhenti sekejap melihat alam. Selalunya nampak dari low angle je kali ni dapat tengok dari atas gunung.

      Rawai Beach

      Kanchanaphisek Lighthouse
      Di atas sana tu ada rumah api dan Buddhist shrine. Terdapat beberapa patung gajah juga. Biasalah tu kan...Thailand. Kat parking area ada kedai-kedai jual souvenir.

      Lighthouse ni 200 meter dari sea level. Ia dibina pada 1996 untuk meraikan jubli emas the late HM King Bhumibol Adulyadej. Dengarnya boleh naik sampai tingkat paling atas. Alahai ruginya tak buat research kalau tak boleh mai lagi awai.

      Di depannya ada kawasan lapang untuk melihat matahari terbenam. Di sini juga dibina nautical museum tapi aku tak sempat masuk sebab dah lebih pukul lima petang. Sebelum penggunaan sistem satelit angkasa lepas rumah api sangat membantu nakhoda kapal dalam pelayaran.

      Menjelang senja je pergh...menderu manusia datang lepas tu sunyi sepi.


      Kanchanaphisek Lighthouse

      Phromthep Cape Viewpoint
      Lokasi sangat terkenal sebagai port untuk melihat sunset. Di pantai lain pun boleh tengok juga tapi dari sini special sket (sekiranya cuaca baik- tak mendung/hujan). Dari parking lot u kita kena naik tangga sikit untuk sampai ke puncak. 

      Dari platform yang disediakan kita boleh nampak jalan yang kita lalu sebelum tu. Umangaii...jauh betul tapi best sebab tak panas, dipenuhi kehijauan. Selain itu kita juga boleh nampak resort lain di sana. Bebetul merehatkan minda kalau duduk kawasan sini.

      Masa aku sampai tu hujan renyai tapi tunggu jugalah. Who knows kan... positif betul nak tengok matahari terbenam. Kemudian dengan kaki sakit sebab luka atas bawah terpijak corals semasa trip ke Phi Phi Island semalamnya aku turun memijak batuan hingga ke laut sana. Mencabar jugalah turun tu dengan kaki yang sakit sebab kita menggunakan laluan semulajadi. Dengan batu besar kecil dan tanah yang uneven... susah juga hati takut terpeleot tapi kalau tak turun pasti akan terasa sangat ralat.

      Memula kat dinding tu ada tangga turun, lepas tu kena lalui denai berbatu dan berpasir. Boleh tahan juga hike sini...berhati-hati dengan pasir tu, licin. Rasa macam satu achievement bila dapat bersama-sama yang lain to the southern most tip of Phuket Island 😁😁


      Nak turun sampai hujung sana, ke titik paling selatan Phuket. Nampak dekat je kan, tapi...




      Aku nampak ada tour boat berhenti di situ sekejap, agaknya pakej melihat rumah api. Ombak memang kuat menghempas. Kalau jatuh ni boleh arwah. Fobia aku dengn kejadian hari semalamnya. Nantilah aku cerita, nak cerita yang baik baik dan best dulu sebab rasa nak mencarut je bila teringatkan mat saleh bingai tu 😦

      Awal tebal kelabu. Arghh...tipis harapan.

      Nampaknya takde harapan untuk menyaksikan matahari terbenam cantik. Takde rezeki... nak suruh datang lagilah tu. Hujan semakin kasar lalu aku pun bergegas naik. Kisah hanyut keseorangan di Phi Phi Island sangat menakutkan aku. Bila orang mula bergerak naik aku pun ikutlah. Takut aku kena tinggal lagi. Mak fobia. Jadi kepada yang turun ke titik paling selatan Phuket itu silalah kembali ke pangkal jalan sebelum gelap.


      Aloloo romatiknya....

      Mencungap nak naik ke atas sana. Yang motivates me ada satu couple in their 60s selamba je hike. Takkan aku nak tunjuk lemah kot? Malulah pada diri sendiri.

      Beginilah keindahannya jika bernasib baik. Gambar ni aku google je.

      Semasa balik ke Patong tu jalan basah sebab baru lepas hujan. Bila menghampiri Kata/Karon Beach ada satu selekoh tajam dalam keadaan menegak. Ohmaiii...aku yang kat atas bukit ni punyalah berdebar dan berdoa supaya van di depan tu cepat membelok. Aduhaiii perlahannya.... aku sempat mengelak tapi tayar belakang 'lari'. Dua kali! Berderau darah aku. Aku terdengar suara perempuan menjerit kat sebelah sana (aku sure lah terjerit gak hahaha). Allahu.. nasib baik tak jatuh. Rasa kurang selamat naik scooter mungkin sebab tayarnya kecik. Kemalangan sangat sangat nak dielakkan bila berada di negara orang. Kalau ada travel insurance pun on claim basis, kena bayar dulu.

      Bila dah selamat dari accident tu kami bertiga berhenti sekejap menikmati sunset di Karon Beach. Nak hilangkan debaran sebenarnya heheh...


      Jika ke Phuket, silalah naik ke Promthep Cape. FOC.

      'Bengkek' di Phi Phi Island

      $
      0
      0
      'Bengkek' di Phi Phi Island | Nak sambung cerita Phuket yang tertangguh. Ok, selepas je check-in di Memory Hotel kami pun keluar survey pelbagai tour package dan dapat harga THB1200 per person untuk one day tour ke Phi Phi Island. Rasa macam dah dapat best price dah tu.

      Sebenarnya jarak Ao Nang (Krabi) ke pulau itu lebih dekat berbanding Phuket sebab tu harga pakej lebih murah tapi masa pergi Krabi dulu ada pula plan lain so dapat ambil pakej ke James Bond Island je. 



      Hanyut di Khai Island
      Sekitar jam 9.15 pagi kami dijemput di hotel. Seperti biasalah lepas sorang...sorang naik. Ada satu famili tu dari Dubai, stay kat hotel yang jauh sikit jadi agak bermasalah untuk mendapatkan makanan halal padahal banyak je di sana. Nanti refer restoran halal kat sini.

      Kami dikumpulkan di satu tempat di tepi pantai dan diberi taklimat. Sambil tu mereka rekemen untuk beli kasut getah supaya kaki tak terluka. Aku tak beli sebab mahal, 200 bath. Kasut Adidas kampung yang dibeli masa nak rafting di Sungai Kampar dulu pun dok terperuk dalam gobok kasut, takan nak beli lagi? Sekali tu je pakai.

      Kami diberikan reben berwarna mengikut kumpulan sebelum menaiki speedboat untuk memulakan aktiviti. Frankly aku rasa tak best naik speed boat. Memanglah laju tapi tak dapat tengok apa apa. Terkepung dalam tu nak ambil gambar pun kena memanjat kerusi. Yang duduk tepi okaylah. Mujur aku tak uwek uwek kali ni. 

      Tempat pertama yang kami tujui ialah Khai Island. Air laut kat sini sangat jernih masyaallah. Cantik sangat, macam air paip jernihnya. Tengoklah gambar ai tak tipu. Kami diberi masa 45 minit - 1  jam rasanya untuk mandi-manda. Serius cantik pulau ni boleh nampak ikan berenang. Pulau ni kecik je tetapi tetaplah ada gerai menjual pakaian/peralatan berenang dan snorkeling serta makanan dan minuman. Nak duduk saja kena bayar 100 baht seorang.




      Nak dijadikan cerita (lihat gambar di bawah dulu) aku apungkan badan sambil muka ke air di sebelah kanan, yang arrow membawa ke laut tu. Asyik sungguh tengok ikan berenang. Di mata ni laut tu tak nampak dalam, masih boleh nampak kaki orang berdiri. Sekali tu aku angkat muka...MAKKKK !! dah jauh sampai ke hujung pulau kecil tu. Ya Allah tuhan je tahu nervous nya aku. Aku pun cuba berenang ke tepi tapi macam tak bergerak lansung. Life jacket tu pun memberatkan pergerakan juga agaknya. Ya Allah ya Allah ya Allah takutnya... pengunjung pun dah tak ramai, semua beransur ke bot. Aku lambaikan tangan pada dua orang perempuan yang berdiri di gigi air, yang seorang tu pandang pastu sambung berborak dengan kawan dia. Aku lambai lagi, sama juga. Kali ketiga aku angkat kedua tangan barulah yang memandang tadi tu bagi tau kawan dia tapi muka dia selamba je. Boleh bayangkan tak ketakutan aku masa tu?? Boleh dia buat tak tahu je bila kita minta tolong. Mestilah ada beza orang melambai cemas dengan orang yang melambai macam Miss World di atas pentas tu kan? haiyooo.... Mujur masa tu juga tour guide datang mencari aku.


      TG tu menjerit suruh aku berenang ke sebalik pulau yang aku tandakan mengarah ke pantai. Dalam cemas dan takut tu aku tak berani lepaskan tangan dari batu. Mesti nak berpaut juga sebab air di situ dalam. Aku dahlah boleh berenang so-so je... selalunya sekadar berenang di swimming pool. Itupun kalau takde life guard atau kawan-kawan aku tak mandi.

      Ya Allah terketar-ketar tangan kaki nak ke sebelah sana. Pijak je segala yang ada asalkan dapat selamatkan diri. Dari sebelah yang satu lagi memang senang berenang ke darat sebab air laut menolak ke pantai. Leganya bila sampai ke darat!


      Bila aku pijakkan kaki ke bot hampir kesemuanya bertepuk tangan. Aku fahamlah kena perli so aku cakap I'm sorry. Di dada ni masih belum hilang debaran lagi. Sekali ada mad sailor (mat saleh) dari Hinglen ni pi jerkah aku sebab kena tunggu 25 minit. Terkejut aku 😠😠. Cilakak betul! Takut tak hilang lagi kena marah pulak.

      Aku ulanglah I'm sorry. Dia balas lagi. Aku cakap I was drowning, dia cakap I DON'T CARE! pum pang pum pang dalam bot tu. Suara dia seorang je memekak. Bingai. Lepas tu adalah seorang back-up aku, she said she was drowning. Tak habis lagi jantan tu membebel. Orang sebelah aku suruh diam je jangan lawan. Jantan tu tinggi aku rendah. Aku dah fikir kalau dia datang dekat aku tendang je telur dia. Sungguh! Heyy aku ingat lagilah basic taekwando tu. Bengang oii... Betullah seperti yang aku selalu baca dalam forum/page sesetengah daripada mereka ni rasa macam bagus sangat. TG pun takde nak calm him down walaupun nampak apa yang terjadi di laut dan dalam bot. Kemudian baru dia terangkan cara guna snorkeling set tu. Si jantan keparat tu dengan kengkawan dia pun diam. Malu kot. Aku bukan tak tahu guna benda tu tapi aku hanyut. HANYUT.

      Masa bot bergerak si mek-mek saleh entah bini si lahanat tu ke bini kawan dia bagi tau TG kaki diorang luka. TG pun siap sapukan ubat. Hek eleh... yang kaki aku ni luka atas bawah sampai jalan terhencut ni tak pula dibagi ubat. Menyampah! Meluat sungguh aku bila Asians kena membongkok kat white people. Padan muka diorang selalu 'kena sembelih' bila beli barang.

      Mood aku dah hilang. Dahlah handphone yang berbungkus plastik pun dimasuki air, suwei hari ni.

      Bot berhenti lagi di satu tempat untuk bagi peluang peserta-peserta mandi. Sure lah aku tak turun, bangun pun tidak. Aku doakan si jantan:

      Lemas lah kau.
      Harap ikan jerung makan kau.
      Harap kau jatuh tertomoih masa turun van karang.
      Harap kau cirit-birit.

      Doa aku masih ON sampai sekarang. I feel humiliated.

      Tu si hamlau yang aku bulatkan tu. Tahu pula dia alihkan muka setiap kali aku angkat kamera.


      Kampung nelayan di Phi Phi Don
      Kami berhenti selama 45 minit untuk lunch di sini. Boleh tahanlah makanannya ada rasa. Kemudian habiskan masa melawat kawasan. Kalau nak stay di sini pun boleh, hotel pun ada.





      Sepintas lalu Viking Cave dan Maya Bay
      Viking Cave di Koh Phi Phi Leh ialah milik persendirian yang menjadi habitat burung. Dinamakan sedemikian sebab ada lukisan viking boat di dalamnya yang dilukis oleh nelayan yang menyelamatkan diri daripada ombak ganas di malam hari. Nak masuk kena bayar 40 baht. Kami cuma berhenti ambil gambar dari jauh je. Kalau dapat masuk lagi best lah kot. 

      Viking Cave

      Maya Bay menjadi lokasi lawatan terakhir. Maya Bay ni kalau kita tengok daripada gambar-gambar orang lain sangat cantik dengan formation batu di sekelilingnya tapi sayangnya kami tak singgah juga. Dari jauh nampak ramai betul orang. Nak singgah sini kena bayar lagi 1000 baht lagi. Tengok betapa jernihnya air laut tu...

      Maya Bay terkenal sejak filem Danny Boyle's, The Beach lakonan Leonardo diCaprio ditayangkan pada tahun 2000. Sejak itu ia menjadi popular dan kini menerima purata 200 bot dengan 4,000 pengunjung sehari. Bayangkanlah ramainya tu. 

      **Menurut berita 30 Mac 2018, Thai authority akan menutup Maya Bay bermula Jun depan selama tiga bulan untuk memulihkan kerosakan dan kekotoran akibat over tourism. Dengan kedatangan 4,000 orang sehari tu hidupan laut seperti karang dan ikan terjejas, laut tercemar dan sampah pun terlalu banyak. Itu belum lagi plastik-plastik yang hanyut di laut.**


      Inilah pengalaman paling pahit sejak mula melancong. Geram tu masih ada sehingga kini yang menambah meluat aku dengan omputeh ni. 

      Moga kau jatuh sampai pecah mulut, tak pun kena scam samai tinggal spender baru padan muka. Sekian.






      Old Phuket Town yang Instagramable!

      $
      0
      0

      Old Phuket yang Instagramable! | Aku purposely nak bermalam di bandar Phuket pada hari terakhir di sana sebab nak melihat apa yang menarik di pasar malam. Ya aku suka ke pasar malam dan pasar pagi di negara orang untuk melihat budaya dan cara hidup mereka selain makanan yang dijual.


      Banyak yang menarik di Phuket, aku pun dah pernah buat senarai perkara menarik di sana tapi aku stay di pekan lama yang lebih bersejarah dan dipenuhi dengan deretan kedai bersenibina menarik.


      Apa yang menarik di Phuket Old Town?

      1) Bangunan rumah kedai bercirikan Sino-Portugis
      Di kemuncak kemasyhuran Phuket sebagai kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, para pelombong dan pedagang dari China dan Eropah datang 'menghurungi' Phuket seperti semut mendatangi gula. Mereka membawa sekali bahasa dan budaya. Percampuran pedagang dari China dan eropah inilah punca pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu/hotel. Bangunan pertama yang ada di sini dikatakan telah dibina ketika pemerintahan King Rama V di antara 1853 and 1910.

      Di Talang Road dan lorong-lorong di sekitarnyalah beradanya bangunan lama yang menarik tu. Di sini juga banyak kedai kopi, bar, kedai kain, guesthouse, kuil Buddha, kedai mainan dan kedai sensei. Kedai ubat tradsional Cina tertua di Phuket terdapat di sini dan mereja juga turut supply produk ke spa-spa di sana. Jalan sepanjang 350m ini dimeriahkan dengan kedai dan pejabat milik peniaga muslim Thai, India dan etnik Baba iaitu keturunan imigran dari China yang datang melombong bijih timah pada awal kurun ke-20 yang berkahwin dengan wanita tempatan. Di malam hari kedai-kedai ini akan 'ditembak' dengan lampu limpah yang bertukar warna dari biru-hijau-magenta.

      The late King Bhumibol yang disayangi rakyatnya.

      Semua sepesen je  kaca kat atas tu.



      Second trip in October 2018 at Talang Road, Phuket.

      Gambar masa first trip bulan Ogos 2018.

      Akhirnya dapat juga bergambar dengan King Bhumibol Adulyadej.

      Belakang rumah orang 😃 Habis segala lorong aku masuk. Tu yang best jalan sensorang.


      Phuket Thai Hua Museum.

      Tempat letak kaki di skuter. Kat Thailand ni kan ada bermacam benda menarik yang made in Thai. 



      2) Mural @ Street Art
      Mural- mural ni aku jumpa di Talang Road. Jalan ke Metropole Hotel pun ada juga.




      3) Pasar malam @ Lardyai
      Phuket Walking Street atau Lardyai ialah pasar malam yang dibuka hanya pada petang Ahad membawa ke jam 10 malam di Talang Road. Bermacamlah yang dijual di sini seperti makanan, cenderahati, passport cover, pakaian dan sebagainya. Tak perlu risau tentang makanan halal, tak muat perut!

      Pintu masuknya di sebelah timur Talang Road yang ada pintu gerbang bertulis LARDYAAI dalam tiga bahasa; Thai, Cina dan English. Untuk tidak merosakkan "ciri-ciri lama" kawasan ini, kabel elektrik di sini ditanam pada tahun 2012. Jadi bila kita berjalan-jalan tu takdelah sakit mata melihat kabel elektrik yang berselirat seperti di tempat lain. Nak ambil gambar pun cantik je.

      Berbagai makanan dan minuman dijual. Ada jugalah try beberapa jenis makanan manis yang kuyakini tiada bahan syubhah. Ada seorang peniaga tu dia jual sambal kering ikan bilis bercampur almong nuts yang macam kat Panyee Island tu. Sedap bag hang! Ratah gitu je. Anak bongsu aku yang lima tahun tu kemain suka walaupun pedas. Di sinilah juga pertama kali minum jus mulberi segar. Sedap, tapi tak berani minum lelebih bimbang perut menjadi lawas benar pagi esok. Nayalah aku time fly balik. 

      Sewaktu aku di sana ada pameran motor besar dan vintage car. Kereta lama macam milik peniaga je... agaknya sebagai tarikan. Lebih menariknya, ada tiga kumpulan membuat persembahan nyanyian denga tiga genre berbeza. Penuh kerusi!




      The famous mango sticky rice (pulut mangga), makanan asli Thai.

      Jarang aku ke pasar di waktu malam. Sesekali dapat juga memerhati bagaimana susahnya manusia lain mencari sesuap nasi.

      Jika anda sukakan bangunan lama seperti yang masih wujud di Melaka dan Pulau Pinang, Old Phuket Town harus menjadi lokasi selanjutnya untuk dilawati dan selfie 😃


      Bagaimana untuk ke Phuket dari Malaysia?
      Naik MAS boleh, Malindo dan Air Asia pun ada. Phuket International Airport besar dan selesa cuma... bawa botol kosong eh untuk ke toilet. Surau juga ada tapi bukan di boarding area.

      Jika masuk melalui jalan darat, jenuh jugalah sebab jauhnya 436km dari Hadyai so kena memandu selauh 6 jam 50 minit di Route 4. Pilihan lain dari Hadyai ialah bas dan keretapi.

      Jika dari Patong Beach pula paling convenient sewa motor untuk ke Phuket Town. Rata rata sewanya 200 baht sehari. Naik bas pun boleh, 30 baht je tambangnya. Naik bas lama, best!

      Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village

      $
      0
      0

      Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village | Satu komuniti harmoni di perkampungan nelayan di selatan Koh Samui menjadi tempat untuk melihat Koh Samui yang asli, tidak terjejas dek pembangunan berlebihan. Ianya hanya sepelaungan dari Hin Ta & Hin Yai 😀 dan utara pusat pelancongan Laem Set yang terkenal dengan Samui Aquarium, Tiger Zoo dan Butterfly Garden.



      Image result for hua thanon fishing village
      Sumber di sini.

      Kampung ini agak laid back. Sepertimana namanya, majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan. Oleh itu pasar basahnya menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan ikan mentah segar yang didaratkan nelayan di sana. Ia juga dirujuk sebagai "Koh Samui muslim village" kerana ramai penduduk beragama Islam berada di sini. Masih banyak rumah kayu di sini.

      Bermula dengan kedatangan warga Pattani sejak 120 tahun lalu, ia juga dihuni oleh penduduk asal Thai beragama Buddha tanpa sebarang prejudis diantara satu sama lain. Kini terdapat kira-kira 600 kaum muslimin dan muslimat di kampung ini. Malah masjid terbesar di Koh Samui, Masjid Nurul Ihsaan, juga di sini.


      Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.


      Pelajar tahfiz dan jemmah masjid sedang berehat di hadapan Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.

      Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Salurkan saham akhirat anda untuk membantu anak yatim di sini ke akaun Gongtunpeardekkampra di Government Savings Bank 0201-1-503896-8.

      Bot-bot nelayan yang dipanggil kolae dengan warna terang kelihatan sangat menarik tersusun di tebing sungai bila nelayan tidak ke laut. Walau bagaimana kuat mereka bekerja, hasil tangkapan hanyalah untuk pasaran tempatan. Ye lah kan, tak terlawan bot besar yang serba lengkap. Ikan-ikan yang didaratkan ada juga yang dikeringkan menjadi ikan masin. Di Tak Bai (juga selatan Thailand) ada sejenis ikan masin yang mahai bukan main yang takde di tempat lain. Harga ikan masin pun mahal macam emas 😡 

      Image result for hua thanon fishing village
      Sumber di sini.

      Ramai yang berniaga makanan halal. Sewa je motor untuk ke sini.





      Di mana restoran makanan laut yang sedap di Hua Thanon tu?

      Salah satunya yang ini,  Malayu Samuiseafood & Resort.


      Malayu Samuiseafood & Resort, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui, Thailand

      Tengoklah saiz udang tu. Paling bawah, kensom.

      Oleh kerana berhampiran penempatan manusia dan menjadi lokasi pendaratan hasilan laut, pantai di sini tidaklah secantik pantai di Chaweng, Lamai dan Bo Phut. Namun tarikan utama ke kampung ini ialah pengalaman melihat Koh Samui yang asal dan kedai makanan halal yang banyak dengan harga murah berbanding di bandar. Kalau sewa motor/kereta pergilah ke sini cari sarapan pagi. Penginapan bajet juga ada di sini.


      Untuk bacaan lain:

      Resort yang best di Koh Samui ada di sini.
      Restoran makanan halal pun banyak. Sila baca di sini.

      20th Century Fox World Studio Store kini dibuka di Resorts World Genting

      $
      0
      0
      21 April tarikh bersejarah bagi bagi 20th Century Fox World diatas pembukaan 20th Century Fox Studio Store yang pertama di Malaysia di Sky Avenue, Resorts World Genting.

      Kedai ini menjual pelbagai barangan istimewa dan edisi terhad dari filem popular keluaran 20th Century Fox yang terkenal dengan karakter kesukaan kanak-kanak seperti Ice Age, Rio, Alien Vs Predator dan Planet of the Apes. Yang pertama dibuka di Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada 20th Century Fox World Theme Park yang dijangka akan dibuka penghujung tahun ini.

      Hari pelancaran dimulakan dengan tarian Samba dari empat penari diiringi alunan muzik secara "live". Kemudian karakter kartun kegemaran kanak-kanak masuk diikuti ucapan ringkas daripada Brian Machamer, timbalan presiden kanan 20th Century Fox World Theme Park merasmikan majlis. Kemuncaknya acara memotong riben sebagai simbol pembukaan rasmi 20th Century Fox World Studio Store. Tidak sampai 10 minit acara pembukaan rasmi pun selesai dan semua media serta orang ramai masuk membuat 'lawatan tapak'. Majlis yang ringkas, pantas dan tidak membuang masa. 



      Brian Machamer, Timbalan Presiden Kanan 20th Century Fox World Theme Park memberi ucapan ringkas merasmikan majlis.

      Jules Vallier, GM of design and construction, Paul Baker, the deputy CEO of RWG dan Brian Machamer, the senior vice-president of the 20th Century Fox World Theme Park.

      Orang kuat di sebalik 20th Century Fox World Studio Store.

      Apa yang dijual di 20th Century Fox World Studio Store?
      T-shirt, topi, mug, fail, poskad, fridge magnet, beg, buku nota dan pelbagai lagi dengan karakter kartun dicetak padanya. Asli tau, bukan cap ayam! Harga t-shirt diantara RM79.90 hingga RM89.90. Harganya berpadanan dengan kualiti.

      Kepada yang sukakan limited edition toys tu boleh jenguk di sini.



      Nak jugak nak jugakkkkkk !
        
      Bos pun beratur nak bayar.

      Some refreshments berkalori tinggi 😂😂

      Cup cakes berjenama 20th Century Fox World.


      Di mana 20th Century Fox World Store di Malaysia?
      Di tingkat dua, SkyAvenue Genting, lokasi hiburan keluarga di Resorts World Genting, Genting Highland. Sebelah Uniqlo tu je.


      Bagaimana untuk ke 20th Century Fox World Studio Store?
      Selain menaiki kenderaan sendiri, bas juga disediakan. Pilihlah naik bas sahaja ke.. atau naik bas dan SkyWay (cable car). To me naik cable car sekali baru best.


      Express Bus & SkyWay

      Express Bus RoutesAdultChild
      Pudu Sentral to Awana Transport HubRM12.60RM11.50
      KL Sentral to Awana Transport HubRM12.30RM11.20
      Terminal PUTRA LRT Gombak to Awana Transport Hub RM11.40RM10.60
      1 Utama to Awana Transport HubRM12.60RM11.50

      Bus Only

      One-WayAdultChild
      Awana Transport Hub* to Pudu SentralRM4.60RM3.50
      Awana Transport Hub* to KL Sentral**RM4.30RM3.20
      Awana Transport Hub* to Terminal PUTRA LRT GombakRM3.40RM2.60
      Awana Transport Hub* to 1 UtamaRM4.60RM3.50
      Terminal Bersepadu Selatan to Awana Transport HubRM5.50RM4.10***
      * Waktu beroperasi dari 8.45 pagi hingga 8.30 malam setiap hari untuk tiket bas ke mana mana stesen bas Go Genting Express.
      ** Bas terakhir bertolak jam 9.30 malam.
      *** Kanak-kanak/ warga emas/ OKU


      Jika ingin merasai pengalaman berbeza, naik Awana SkyWay di Awana. Stesen cable car tu di sebelah Genting Premium Outlet (GPO). Caj parking kenderaan di situ (dan tempat lain) RM3 sejam maksimum RM18 sehari pada hujung minggu.

      Kenderaan juga boleh diparkir di sekitar resorts termasuk First World Hotel, Genting Grand, Maxims, Resort Hotel, dan SkyPlaza.



      Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin

      $
      0
      0

      Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin | Dari Pulau Besar kami ke Pulau Tinggi juga di Mersing, menyambung keasyikan mandi-manda air laut yang jernih seperti keluar dari paip. Pure bliss.


      Bayangkanlah mendarat saja di jeti nampak air jernih kebiruan sambil ikan berenang di bawah jeti. Cantik! Dari 13 pulau (if I'm not mistaken) yang ada di Mersing, Pulau Tinggi merupakan salah satu daripada enam pulau yang dibuka kepada umum dan its cater for moderate and lower budget tourists. Kepulauan Mersing sebenarnya tidak terlalu digembar-gemburkan sebagai lokasi pelancongan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang ke sana tetapi ia dah lama menjadi 'syurga' kepada penyelam. Di tepi pantai tu pun ada banyak corals.

      Bersama @neyrashazeyra

      Saja nak tunjuk corals di bawah tu.


      Waktu paling baik untuk bercuti di Pulau Tinggi ialah selepas musim monsun berakhir bermula Mac hingga September. Masa itu laut dah tenang dan pasir halus memutih di pantai. Bulan Jun dan Julai sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving kerana di waktu itu air sangat jernih. 

      Rasanya perkara paling best di Pulau Tinggi ialah ia menjadi tempat penyu mendarat! Masa kami ke sana takde rezeki nak tengok tetapi di sebelah TAd Marine Resort ada Pusat Taman Laut Pulau Tinggi yang berfungsi sebagai turtle hatchery. Selain itu, ikan lumba lumba (dolphin) juga sering bermain di sini. Jika bernasib baik dugong pun berkeliaran. Biasanya dolphin dan dugong akan bermain dalam kumpulan kecil. Kalau mereka tak muncul, berpuas hati sajalah dengan 'dugong' yang dok berjemur di pantai tu 😁😁😁


      Aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Tinggi

      Selain bersantai di pantai, ada beberapa aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. Diantaranya:

      1. Melawat pusat penetasan penyu.

      2. Island hopping. 
      Kena arrange dengan pihak resort. Bila pergi ke pulau-pulau di Mersing ni kan, mesti kita akan rasa sangat kagum betapa cantiknya negara sendiri.


      3. Jungle trekking ke air terjun Pulau Tinggi.
      Masa ai pergi tu airnya keruh, mungkin disebabkan hujan lebat malam sebelum tu. Boleh tahanlah mendaki tu, boleh dengarlah bunyi nafas sendiri dalam video hahahah... mak pancit nakkk!


      Berbaloi-baloi penat mendaki ke sini.

      4. Mendaki Gunung Semundu.
      Kepada yang lebih aktif dan sukakan cabaran cubalah naik ke gunung ini. Dari atas boleh nampak pulau-pulau lain di sekeliling Pulau Tinggi. Mesti puas hati mendaki tiga jam.

      5. Snorkeling & scuba diving
      Sila berurusan dengan pihak resort untuk dua aktiviti ini. Kita akan dibawa ke satu pulau kecil lain yang sangat banyak ikan. 

      Yang lucunya masa kami pergi tu, dengan seluas-luas lautan boleh kami berasak-asak di satu tempat yang sama hahah... ini kes takut airlah ni. Aku dah tentulah fobia disebabkan kes hanyut di Khai Island Oktober lepas. Dalam video boleh nampak kaki oranglah, punggunglah... siap ada yang tersepak lagi heheh...

      6. Berkayak


      7. Melihat kunang-kunang (fireflies)


      Berjarak 20 batu nautika dari tengara Mersing di Laut China Selatan, pulau ini sangat sesuai untuk short gateaway. Berehat di pantai indah bersama keluarga dengan hembusan bayu laut perghhh...! Ya Allah bahagia betul. Pulau ini agak besar juga. Ada dua resort tiga bintang, penginapan bajet di Tok Mok, enam buah kampung yang masih berpenghuni, masjid dan sekolah. 

      Hanya ada sembilan murid dengan tujuh orang guru di sekolah tersebut. Memang heaven lah cikgu yang mengajar di sana... tapi personally aku rasa ia satu pembaziran. Adalah lebih baik guru-guru tersebut ditempatkan di sekolah yang kekurangan guru. Ada guru sekolah di bandar yang menanggung beban mengajar 45 orang murid dalam satu kelas.


      Bagaimana untuk ke Pulau Tinggi?
      Sila naik feri atau bot dari jeti Tanjung Leman. Perjalanan dengan bot kira-kira 30 minit manakala feri 1 jam 30 minit.

      Jangan lupa bayar jetty fee RM5.30 seorang dan yuran taman laut RM5 dewasa RM2 kanak-kanak.

      Kos satu bot dengan 12 penumpang ialah RM450 sehala tetapi resort di sini dah siap buat pakej. Lebih mudah ikut pakej sebab dah siap makan sekali. Pulau kecil uols, barangan di kedai pun terhad.


      Tips ke Pulau Tinggi
      1. Sila bawa insect repellant jika mahu membuat aktiviti di hutan.
      2. Bawa ubatan, tiada klinik dan hospital di sana.
      3. Bawa jajan. Jenuh juga la berlapar kalau kau jenis tidur lambat.


      Pergilah, Pulau Tinggi memang best!



      Motivasi | Jangan bimbangkan kegagalan

      $
      0
      0
      Kata Jack Ma, pengasas Ali Baba, sewaktu umur di bawah 25 cubalah pelbagai perkara. Jangan takut gagal. 

      Bila jatuh, bangun.

      Jatuh lagi, bangun!

      Buatlah apa apa yang anda inginkan di waktu muda, sewaktu minat membara. Bila dah umur macam hakak ni banyak sangat benda yang nak difikir.

      To parents out there, jika anak-anak minat melakukan hobi atau sukan yang ekstrim berilah sokongan. Kita bagi nasihat supaya patuhi peraturan, berhati-hati dan doakan keselamatan mereka. Jika kita tak minat atau pun takut, jangan ditakut-takutkan mereka pula. Minat manusia berbeza. Biarlah mereka menimba pengalaman dan mencipta kenangan.

      Aku pernah dikongkong and I hate it. 


      Jelajah Negeri Sembilan | Bila ai pun baru tahu banyak tempat menarik di Seremban-Jelebu-Serting

      $
      0
      0

      Jelajah Negeri Sembilan | Bila ai pun baru tahu banyak tempat menarik di Seremban-Jelebu-Serting | Negeri Sembilan ialah negeri di Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Selangor di utara, Pahang di timur dan Melaka serta Johor di Selatan. Negerinya tidak terlalu besar tetapi mendapat limpahan ekonomi dari sektor pembuatan dan pelancongan dibawah pentadbiran cemerlang Menteri Besar,  Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.


      Negeri Adat Perpatih ini termasuk dalam greater Klang Valley. Segalanya ada di sini...termasuk Kuala Lumpur International Airport (KLIA dan KLIA2) yang secara fizikalnya berada di Selangor tetapi amat dekat dengan Negeri Sembilan. Menteri Besar juga secara terbuka menggalakkan orang yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membeli kediaman di Seremban kerana lokasi yang tidak jauh, sistem pengangkutan awam yang boleh diharap dan kehidupan yang lebih relaks di sini. Akibatnya, harga rumah dua tingkat di Seremban 2 mencanak naik kepada RM600 ribu sebuah (lot bumiputera). Matilanakkk... camno la anak-anak den nak boli rumah ni lagi 10 tahun?


      Sistem pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan
      Pasti ramai yang tidak tahu bahawa, Undang Luak di Negeri Sembilan turut menandatangai watikah pengisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 dahulu. Jika negeri-negeri lain mewakilkan seorang sultan, Negeri Sembilan menghantar Yang di-Pertuan Besar (Yamtuan) dan empat Undang Luak menurunkan tanda tangan. Kedudukan Undang Luak yang empat juga dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Lebih menarik lagi untuk dilantik sebagai Undang, keturunan raja bukanlah kemestian. Abah den pun boleh jadi Undang sekiranya layak dan disokong oleh "lembaga". 

      Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negeri Sembilan. Sumber di sini.

      Banyak juga yang aku pelajari selama tiga jam mendengar penerangan En Hanafi yang pakar dalam sistem Adat Perpatih. Rasa bertambah cerdik pulak hahaha.... Yang sebenarnya makin banyak ilmu kita pelajari rasa semakin kecil diri kita ni. Betapa luasnya ilmu itu. Jika berhajat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Adat Perpatih eloklah panggil Encik Hanafi memberi ceramah di tempat anda. Beliau bukan bagi ceramah sekadar dengar-cakap (hearsay) secara turun-temurun tetapi thesis degree and master beliau memang dalam bidang berkaitan. Call beliau di nombor ini 013-2818981.

      "Biar mati anak jangan mati adat?" hmm...jangan ambil ayat sekerat sekerat. Sila belajar lagi. Orang Minangkabau asalnya masyarakat yang patuh kepada agama Islam sehingga melahirkan ramai alim ulama dan umarak seperti Buya Hamka tetapi menjadikan ibu sebagai nasab dari segi adat. Mungkin disebabkan anak lelaki mereka yang digalakkan merantau maka ibu diwariskan harta supaya tidak hidup di bawah jambatan bila kematian suami.


      Ada apa di ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban?
      Seremban ni ibarat usherette, hang datang kami sambut. 

      Berdekatan plaza tol Seremban tu (keluar tol terus ke kiri) terletaknya Muzium Negeri. Di sebelahnya ada contoh rumah dan istana lama Negeri Sembilan. Cantik untuk bergambar.

      Bergambar di hadapan rumah Negeri Sembilan.

      Di hadapannya ada @ChocsValley, pengeluar coklat premium. Sesiapa yang biasa makan coklat Godiva dan Patchi tahulah perbezaannya dengan kebanyakan coklat yang dijual di pasaraya. Sesuai sangat untuk dijadikan cenderahati atau hantaran. Kembang hidung mak mertua kau dik 😋😃. Mereka juga ada outlet di KLIA2.

      Mereka juga membuka kelas mengajar membuat coklat kepada kanak-kanak dan dewasa dengan sedikit bayaran.



      Selain itu Galeri Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) turut berada di sana. Setiap Sabtu bermula jam 10 pagi diadakan Bengkel Muzik Tradisional Caklempong dan Program Belajar Teater selama dua jam secara PERCUMA. Jika teringin bergambar dengan kostum tradisional Melayu silakan berbuat demikian bermula jam 12 sehingga 1 petang setiap Selasa dan Sabtu. Bayarannya hanya RM10 bagi setiap pasang baju. Dah tak payah pergi ke Istana Maimun di Medan atau Bukit Tinggi, kek Seghomban pun ado. #dekatje

      Persembahan tarian tradisi Melayu sempena pelancaran Colours of Negeri Sembilan di Galeri Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Seremban.

      Apa lagi yang menarik di Seremban?

      To those yang berminat dengan sejarah, do come and visit the city.

      Seremban dibangunkan ketika penemuan bijih timah di tahun 1870-an. Seremban juga pernah dijajah Inggeris. Buktinya, bangunan lama seperti bekas balai polis seperti dalam gambar di bawah.

      Related image
      Bangunan perniagaan Ban Joo Lee Sdn Bhd yang pernah menjadi balai polis Seremban. Sumber di sini. Kawasan ni kami panggil Singapore Street.

      Terdapat beberapa bangunan lama di Jalan Dato’ Bandar Tunggal yang dulu dikenali sebagai Birch Road diantaranya Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dulunya pernah digunakan sebagai Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 1920 dan Pejabat Pos Seremban Utara yang masih beroperasi di tapak asal. Masjid Jamek Seremban juga dikatakan antara masjid tertua di Malaysia dibina sekitar 1900. Stesen keretapi juga yang lama cuma dinaik taraf untuk keselesaan penumpang.

      Kami juga ada White House 😁, bekas perpustaakaan negeri di lake garden. Kini ia dibiarkan kosong -tak tahulah kenapa- tetapi menjadi lokasi wedding photoshoot. Kekadang sampai 10 pasangan nak bergambar di situ serentak. Di hadapannya ada tugu pringatan perang dan di seberangnya ada istana hinggap. Tidak jauh dari situ adaGaleri Tuanku Jaafar. Aku dah pernah blogkan tentang GTJ ni dulu. Aku baru tahu ada sebatang pokok getah tertua di Negeri Sembilan di tepi jalan berhampiran GTJ. So far this is the oldest, yang bebetul tua dah arwah demi pembangunan. Biasalah kan...

      Di Seremban juga ada street Art di belakang HSBC bank dan stesen bas Terminal One. But I think its not as interesting as in Georgetown dan Balik Pulau. Kedudukannya agak menyukarkan untuk bergambar kecuali yang di stesen bas tu, hasil 'contengan' Ujang- the famous cartoonist.


      Tempat makan makan di Seremban?
      Di Rahang ada dua kedai yang sedap masakannya iaitu Restoran Nelayan dan Wadi Raudah. Cubalah makan masak lemak cili api ikan sembilang salai. Perghhh...berair hidung. Gulai rusa pun ada. Di Oakland Commercial Park Seremban 2, try makan di Restoran Tradisi Sayang di belakang Hospital Columbia Asia. Makanannya secukup rasa! (Nota: ketia-tiga restoran ini tutup hari Ahad).

      Jika merancang ke Kuala Pilah boleh cuba makan di kedai makan yang telah disenaraikan ni.


      Dari Seremban ke Jelebu. Apa menariknya Jelebu?
      Jelebu ni kan very laid back tetapi terkenal dengan durian. Jalan Seremban-Jelebu tu pukul 9 pagi pun berkabus lagi. Tak banyak aktiviti perekonomian di sini tapi lebih kepada eko-pelancongan. Jika anda sukakan sungai, jeram, memanjat gunung, white water rafting, motor cross... di sinilah tempatnya. Kurang popular kan? Hanya peminatnya sahaja yang tahu tapi akak dah bagi tau ni jadi marilah beramai-ramai ke Jelebu.

      Aku berpeluang camping di Taman Negeri Kenaboi yang dulunya dikenali sebagai Taman Alam Liar. Taman Negeri ini dibawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Ya Allah memang best camping, trekking dan tubing di sini sampai hilanglah handphone aku 😭😭😭 sedih sungguh la... Kawasan perkhemahan luas, ada dewan terbuka, ada dorm, surau, tandas yang disediakan juga bersih. Sesuai sangat untuk dibuat program team building. Nak buat family gathering pun okay. Aku memang sukalah tempat begini... nyaman dan tenang.


      Tapak perkhemahan yang luas.

      Revisited. Misi mencari handphone yang hilang 😭😭 sambil berkelah.

      Set B. Set A membawa haluan masing-masing, tak nak dah ikut mak ayah.

      Paling best kalau dapat pergi ke Jeram Berungut. Kita akan dibawa trekking di hutan selama 10 minit kemudian menyambung di sungai selama 30 minit lagi. Seeloknya aktiviti dimulakan dalam pukul 9 pagi atau selepas Zohor. Jika lewat seperti kami hari tu dah tak boleh sampai ke air terjun sebab dan mula gelap. Aku tak pernah menonton Lord of the Rings tetapi menurut kengkawan tempat tu memang seperti lokasi filem popular tu. Dengan batu condong yang hampir bertemu di atas...cantik sangat. Sayangnya gambar dan footage yang aku shoot telah lenyap bersama handphone ke dalam sungai. Frust sangat! Tapi aku masih berharap kepulangan handphone dalam keadaan yang baik. Segala notes soal jawab aku ada dalam tu. Sedih oihh...Harap harap Huawei boleh sponsor handphone baru 😘

      Aktiviti di Taman Negeri Kenaboi perlukan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Mereka akan sediakan guide untuk membawa kita ke Jeram Berungut. Sumpah best mandi-manda, 'menghanyutkan diri' mengikut arus dan tubing di sana.

      Dari Seremban ke Taman Negeri Kenaboi dalam 80km dan kereta boleh masuk sampai ke situ. Bas besar hanya boleh dipandu sehingga ke pejabat lama Felcra kemudian kita akan diangkut dengan van atau kenderaan 4x4 yang disediakan Jabatan Perhutanan. Selain taman ini, ramai juga yang ke Lata Kijang untuk mandi-manda dan kaki hiking akan ke Gunung Besar Hantu dan Gunung Kecil Hantu. Jangan kau tanya kenapa namanya begitu.

      Sila hubungi pegawai berkaitan untuk memohon permit masuk ke Taman Negeri Kenaboi: (koordinat: 3.176783, 101.985441)

      Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara
      71600 Kuala Klawang
      Jelebu
      Negeri Sembilan
      Tel: 06 6136500
      Faks: 06 6136500

      Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
      Tingkat 4, Blok B
      Wisma Negeri
      Jalan Dato' Abdul Malek
      70503 Seremban
      Negeri Sembilan
      Tel: 06 7659875
      Faks: 7623711


      Dah taun dua ribu lapan boleh ni takkan nak anta snail mail lagi kan, stem pun dah maha...try lah emel kepada Penolong Pengarah Seksyen Hutan Lipur Puan Juliana di juliana.yahaya@ns.gov.my atau Puan Hidayah di hidayah.razif@ns.gov.my


      Dari Jelebu ke farm in the park, Ladang Boden
      Kambing spesis Boer + eden (aku)= BoDen.
      Boer also means "farm" in Dutch so BoDen  equal to MyFarm!

      Sesungguhnya ladang seluas 100 ekar ini sangat educational. Rasanya dokumentari mengenainya pernah disiarkan Majalah3 beberapa tahun lepas.

      Ladang ini dibuka oleh pasangan Datuk Zainal Abdul Ghani dan Datin Fatimah Abdullah di Serting Ilir. Masuk ikut signboard Masjid Tuanku Puan Chik. Dari Jelebu kami melalui Simpang Pertang untuk ke Sering Ilir/Hilir. Jalan ini lebih dekat daripada berpatah balik ke Seremban kemudian ke Kuala Pilah-Batu Kikir. 

      Cita-cita mereka mahu menjadikan pertanian/perladangan secara natural. Selain kambing sebanyak 800 ekor, di ladang ini juga ada tea garden, kolam ikan, stingless bee (kelulut), galeri informasi, plot sayuran dan kiosk jualan. Ladang teh tu bukanlah seperti di Cameron Highland tetapi jenis-jenis herba yang kaya anti-oksidan dan tanpa kafein seperti bunga telang (butterfly pea), roselle dan mulberi. Bunga telang tu yang biasa digunakan dalam penyediaan nasi kerabu.

      What suprised me was, kandang kambing di Ladang Boden sangat bersih. Tiada seekor lalat pun berterbangan. Najis kambing digunakan sebagai baja tanaman. Jadi apa yang ada di ladang ini berpusing-pusing di situ juga, no wastage at all. Dan di sinilah baru ku tahu bahawasanya mata hitam kambing berbentuk segi empat dan kambing betina juga berjanggut. Selama ni aku bagi ajaran sesatlah kat anak-anak...😁 Kita juga akan diberi peluang untuk menyusukan anak kambing. Comelnya lahaiii...

      Tempat kanak-kanak bermain. I wish I have this kind of farm too.


      Segar dari ladang. Beli yang kecil sebagai souvenir.

      They also plan to plant segala pokok lama yang biasa kita dengar dijadikan nama jalan atau tempat seperti pokok ipoh, tampoi, mahang, jelutong (terus teringat the late Karpal Singh) dan lain-lain. Mereka juga menyediakan tempat untuk sebarang acara dan kem bina diri dengan kapasiti 100 orang. Bayangkan kalau uols buat garden wedding or birthday party kat sini, very close and intimate. Ladang ni 100 ekar, takkan ada bau kambing tu semua... janganlah risau. I know what you're thinking.

      Mereka sangat berbesar hati untuk menerima pelajar sekolah membuat lawatan di ladang ini. Murah je uols...kanak-kanak berumur 10-12 tahun kena bayar RM30 sahaja termasuk light meal. Mak pak yang sibuk nak ikut pun dapat harga kanak-kanak. Mak pak tu kawal sikit tangan, jangan nak petik itu ini. No walk-in okeh, kena book in advance kat sini. Dua jam di sini, kalau tak mahu berjalan kaki boleh sewa basikal.

      BoDen Edufarm
      Lot 167, Lorong BoDen
      Off Jalan Menteri Besar
      72100 Serting Ilir, Jempol
      Negeri Sembilan.
      GPS: 2.8256735,102.3613306

      Phone: +603-8948 2171
      Fax: +603-8941 9877
      Mobile: +6012-207 5773
      Email: inquiries@bodenedufarm.com

      Selain Ladang BoDen, Batu Kikir juga ada teratak Zaaba dan inap desa terkenal, Homestay Lonek. Kalau datang time padi menguning lawa beb!

      Marilah pulang ke Seremban!


      Hiking di Gunung Angsi
      Saja nak bagi tau, ai berjaya mendaki Gunung Angsi Sabtu lepas 🙌.... 10 minit je dari rumah but after 20 years living in Seremban baru berjaya naik. 

      I took 2 hours and 15 minutes to reach the summit and two hours back to base. 825 meters not an easy task for a lazy bump like me. Latihan pun sekadar squat dan jumping jack dalam rumah. Aku hike berdua dengan anak lelaki yang darjah empat. Dia menonong je naik. Ko nak bersaing dengan budak bola memang taklah, dia training bola seminggu tiga kali, tiga kali lagi swimming...memang tak terlawan stamina. Nampaklah ciri-ciri penyayang dia tu sabar je tunggu mak dia yang lembs ni haa hehee..


      Minggu ni 4 Mei akan berlansung Malaysian Super League di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi diantara Negeri Sembilan dan JDT. May I suggest, uols bermalamlah di Seremban then the next day try to panjat Gunung Angsi dan diakhiri mandi-manda di Ulu Bendul. Jauhnya hanya 10 minit drive dari Stadium TAR Paroi. Park fee only RM5 per person. Dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan tu nanti boleh minum Kopi Mansur atau makan mi udang di Pakar Paroi. Dedekat je dedua kedai tu, berhampiran Petronas.


      Still thinking Negeri Sembilan takde apa apa? Think again. We don't need a lot of highrise building yang kesudahannya vacant. Fokus pelancongan negeri Sabah dan Sarawak sangat baik untuk dicontohi.

      I'll post more pictures of Taman Negeri Kenaboi, Gunung Angsi and BoDen Edufarm later insyaAllah.
















      Viewing all 1021 articles
      Browse latest View live