Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1029 articles
Browse latest View live

Thailand | Chasing Sunset On Kia Ora Catamaran

$
0
0

Thailand | Chasing Sunset On Kia Ora Catamaran | Menaiki bot adalah satu aktiviti yang aku sukai dan belayar di lautan di atas bot mewah mengejar matahari terbenam sudah pastilah satu pengalaman yang takkan dilupakan. Sesekali beb!


Salah satu aturcara yang highly recommended dilakukan di Koh Samui, belayar dengan Kia Ora. Kia Ora Thailand menawarkan beberapa jenis pelayaran menarik seperti:

Private Day Trip - 6 jam
Snorkelling Day Trip - 6 jam
Sunset Cruise - 2 jam
Private Sunset Cruise - 2 jam
Photo Shooting - 3 jam
Dinner di pulau persendirian
Majlis perkahwinan

Petang itu cuaca tak berapa baik dengan awan tebal dan laut berombak kuat. Kami tidak dapat menaiki bot dari jeti sebenar dan beralih ke hadapan Hansar Resort. Dari tepi pantai kami menaiki bot perantara untuk ke Kia Ora.

Oittt.. exited mak! Maaflah ya kali ni banyak pula muka kita. Melayan diri sendiri je dengan monopod.

Untuk pakej Sunset Cruise selama dua jam ni perlukan minima enam peserta tapi rasanya boleh je fit in dengan tourists lain. Mereka akan pick-up kita di hotel pukul 4.30 petang dan dibawa ke jeti yang ditetapkan. Sesampai je atas bot kita akan dihidangkan dengan welcome drinks.

Sementara menanti matahari terbenam kita akan dibawa belayar menikmati suasana petang di Teluk Thai dengan pemandangan pantai yang indah. Best je duduk atas bot sambil dipukul angin, feeling model hijab sekejap hehe... Kalau ada rezeki dapatlah tengok matahari terbenam. Macam kami hari tu matahari nampak tak nampak aje.. so kami just enjoy the great trip sambil minum dan makan snek yang disediakan.

Aku enjoy sangat sampai terlupa nak try bawa bot tu. Asyik drive kereta je kan? Dah dua kali dapat mengemudi bot ikan di Terengganu dulu, teringin juga nak mencuba Catamaran pula. Leka sangat, sampai terlupa haishh...

Pakej ini berharga THB3,200 seorang. Kalau ambil Private Sunset Trip THB28,000 per trip, maksima 10 orang. Lagi jimat kalau ambil private trip ni.

Berlatar belakangkan Hansar Samui Resort. Besar betul swimming pool dia.



Itu dia Kia Ora Catamaran.





Kemain dia bersantai.




Maka nikmat yang mana satukah yang ingin kau dustakan?
Qur'an digital.PNG
Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān 

- Surah Ar-Rahman


14/22 Moo 5, Ban Phai Laem
Bophut, Amphoe Koh Samui
Surat Thani
Thailand.
Tel : +66 77413556
info@kiaorathailand.com
www.kiaorathailand.com








Makanan eksotik di Cambodia

$
0
0
Makanan eksotik di Cambodia | Berada di Asia Tenggara, Cambodia turut menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Nasi biasanya dimakan bersama ikan, sup dan sayur. Bahan-bahan bagi penyediaan lauk dan juadah lain juga tidak banyak berbeza daripada negara-negara di sekitarnya seperti sos ikan, gula kabung, cili, santan, kunyit, serai, halia dan sebagainya.

Makanan di negara Khmer yang pernah dijajah Peranchis ini dipengaruhi banyak negara. Bahagian timur Cambodia kuat dipengaruhi Vietnam manakala baratnya ada campuran citarasa Thailand. Bahagian pesisir pantai biaslah dengan makanan lautnya yang dimasak dengan pelbagai cara. Antara makanan popular yang ai pernah cuba sewaktu di sana ialah Lok Lak (daging goreng dengan sos perang), Nom Ban Chok (mee Khmer) dan Fish Amok (ikan yang dikukus dengan santan).

Selain makanan yang menjadi makanan ruji masyarakat di sana, serangga, siput dan binatang berbisa turut menjadi hidangan kegemaran mereka. Mungkin tiada halangan dalam agama Buddha untuk memakan makanan eksotik tersebut. Serangga yang digoreng cili tu nampak ermm sedap! hahahha... aku tak try pun... cukuplah sekali makan ulat mulung (ulat sagu) goreng masa di Sibu dulu. Tak tahulah bagaimana perasaan kalau aku kunyah ulat sagu yang hidup segar gebu dan montok tu. Menguit-nguit atas lidah agaknya hahahha... 

Jom tengok gambar makanan eksotik ni!



Makanan/gorengan yang dijumpai di Phnom Penh.

Labah-labah goreng.

Siput tumis serai.

Siput goreng pedas.

Anak ular goreng pedas. Mau?

Dalam perjalanan ke Siem Reap dari Phomn Penh, bas berhenti rehat di Kampong Thom Market. Terjumpa yang ini pula. Lipas tu nampak macam kurma pula time tengah puasa ni hahahah...

Lipas. Crispy benar nampaknya heheh..

Pelbagai serangga.



Aku rasa biasa je bila nampak benda-benda ni.. taklah seteruk ternampak anjing panggang di Ho Chi Minh euwww...



Hotel Review | Al's Resort, Koh Samui

$
0
0

Hotel Review | Al's Resort, Koh Samui | Semasa di Koh Samui hari tu kami stay di resort tepi pantai tetapi di lokasi yang berbeza-beza. Ada tempat yang ekslusif dan sunyi, ada juga resort yang tenteram tetapi di tengah bandar. Kesemuanya best sebab ada pantai. Private.


Malam kedua kami menginap di Al's Resort, Chaweng. Duduk di Chaweng ni best, happening memalam. Dari resort tu berjalan kaki keluar dalam 50 meter kot dah sampai ke walking street tu. Kelab kabaret yang ada wanita berhalkum tu pun dekat sangat. Aku tak tengok pun... rasanya cukuplah pengalaman di Pattaya dulu buat sementara ni. Lagipun ada event lain yang I'm more interested in.


Al's Laemson Resort dan Orchid Residence juga dibawah pengurusan yang sama tetapi berada di dalam kategori 4 bintang dan ekonomi. Al's Resort pula 3 bintang. Aku dapat garden view - Courtyard Double. Biliknya sederhana dengan fittings lama. Di Koh Samui ni memang tak disediakan berus gigi dan iron agaknyalah, semua sama je. Kalau perlukan iron kena request. Aku dah iron sesiap dari rumah, setakat kesan lipatan sesikit tu apa ada hal, bukannya nak masuk mesyuarat.

Ada empat lagi jenis penginapan yang juga datang bersama complimentary breakfast iaitu:
Courtyard Studio
Villa Deluxe
Courtyard Suite
Villa Suite

Swimming pool bersaiz sederhana ada dua. Yang best sudah tentulah yang di tepi pantai sebelah kafe. Boleh tengok matahari terbit/terbenam. Sesiapa yang menginap di villa dapatlah pemandangan laut dan sangat dekat dengan swimming pool. Fasiliti lain standardlah.





 Sarapan menghadap laut, best! Breakfast tak banyak pilihan untuk 'kita', cereal pun tak pelbagai tapi okaylah.



Bila resort di tengah bandar maka panjanglah kaki memalam (malam je ada free time). Tak betah mereput di bilik kaki ni nak merayapppp je. Selepas dinner kami pun berpecah. Sementara fire show belum start aku pun 'mengukur jalan' membeli apa yang patut buat kenangan. Aku suka tengok orang melukis, terjumpa pula satu kedai yang menjual lukisan. Ralit.


Passed by je lah Hard Rock Cafe dan Central Festival sebab malam sebelumnya dah buat lawatan. Kawasan pejalan kaki tak sesak mungkin disebabkan bukan malam minggu dan ramai yang dah berkumpul di pantai. Tambahan pula peak season ialah bulan Julai-September. Tapikan, memang western tourists je yang memenuhkan Koh Samui ni, baik di resort atau di bandar. Itu sebab banyak shopping malls agaknya walhal penduduk tempatan ratusan ribu je.

Fire show diadakan setiap malam bermula sekitar jam 9- 9.15. Kata ketua rombongan hanya di Koh Samui dan Phi Phi Island sahaja ada pertunjukan api ni. Syok pula tengok orang main kelapa tua yang dibakar ni. Yang tak puas hatinya time show ni, kita yang dah duduk di tempat yang disediakan (kena order air atau makanan) tak dapat menonton dari tempat duduk sebab ada orang yang tak beretika/faham gasak berdiri depan kita. Punggung mereka je lah nak kena hadap. Sepatutnya duduklah atas pasir tu, dah ko kat depan, bukannya tak boleh ambil gambar dari atas pasir tu. Aku tak duduk setempat, aku beralih mengikut orang yang buat pertunjukan tu. Sebaiknya juga bagilah tips kepada performers tu. Perghh bahaya kerjanya, kalau mereka nak masuk takaful/insurans kena masukkan dalam Kelas 3 di ruang perkerjaan tu.

Show ni dibuat di depan Ark Bar. Tak pastilah di kawasan lain ada ke tidak. Dari Al's Resort kena menyeberang jalan tapi tak jauhlah. Jalan melenggang kangkung sekejap je sampai.



Yang datang menaiki feri dari Surat Thani tu, ni nak bagi tau bahawa www.rajaferryport.com adalah sister company Al's Resort.

Ai recommend hotel ni sebab lokasinya yang strategik di tengah bandar, staf yang accomodating dan ada airport shuttle. At least malam terakhir stay kat sini sebab senang nak shopping habiskan Thai Baht tu 😁 dan senang dapat makanan halal. Kat booking site pun score 7.2 . Baguslah tuu..


Al's Resort
200 Moo 2, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani 84320
Thailand
T: 66-77-300561-2, 231650
F: 66-77 231654, 230756
E: info@alsgroupsamui.com


Tempah hotel/resort anda di Agoda. Cepat dan mudah!

Salam Eidul Fitri 1438H | Beraya di mana tu?

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari raya hari bermaaf-maafan dan berziarah. Pergi je lah ke rumah saudara-mara dan rakan taulan untuk mengeratkan ukhwah. Tak perlu dijemput, hari raya bukan kenduri yang perlukan jemputan.

Betulkan niat.

Sama seperti memenuhi jemputan kenduri, jangan harapkan hidangan lazat, redha sahaja dengan apa yang disediakan. Tuan rumah sudah pasti ingin menghidangkan yang terbaik setakat kemampuannya - kemampuan tenaga, masa dan wang. Kita datang nak berjumpa mereka untuk bermaaf-maafan, kan?

Image result for aidil fitri
Sumber di sini.

Bagi yang dah berkeluarga tu bersikap adillah, penggunaan kuasa veto tidak menghasilkan kegembiraan kepada semua pihak. Aku tegas bab ni sebab memasing ada mak bapak dan adik-beradik. Ini hari raya yang datangnya setahun sekali, bukannya cuti persekolahan. Mood-nya tak sama. Kalau raya di rumah sini dahulu raya kedua mesti balik ke rumah sana pula. Begitulah sebaliknya. Adil kan? Kalau lajak sampai raya ketiga, jaga.... "ada ubi ada batas, (sambung sendiri heheh...)". Nak ke anak menantu buat kita macam tu nanti? 

Ada tengok tak short story pasangan (Umie Aida & Faizal Hussein) yang menghantar empat anak mereka naik bas pulang ke kampung? Mereka pula naik kereta. Begitulah orang anak ramai 😀. Sedihnya pasangan tersebut accident dalam hujan lebat. Kami pun begitu, pos dua orang naik bas dua hari lepas.  

Kami menerima tekanan untuk bertukar ke kenderaan yang lebih besar. Kami fikir begini, nak berjalan reramai ni setahun dua tiga kali je... di waktu lain anak-anak aku yang kecil lebih suka naik kancil makcik dia, yang besar saja naik kereta mak dia. Kalau berjalan beramai-ramai anak yang kekecik tu akan naik kereta atuk mereka. Atuk uwan kan suka melayan.

Masalah yang lebih besar, siapa yang akan menanggung hutang selama 9 tahun tu? Adakah mereka atau kami? Dah bertahun bebas dari hutang rumah dan kereta, tak kuasa nak sakit kepala semula. Mandi tak basah tidur tak lena asyik memikirkan liabiliti sedia ada. Kalau ada yang nak bagi MPV ai terima dengan redha.. 😁😁banyak pahala boleh dikumpul tu oii.. Pinjamkan caravan pun ok juga.

Kesimpulannya gunakan sahajalah apa yang ada. Pandanglah para bapa yang terpaksa membawa anak-anak naik motor berhujan berpanas pasti kita akan merasa betapa bertuahnya diri kita ada bumbung menutup kepala. Alhamdulillah.

Salam Eidul Fitri 1438H. Maaf zahir dan batin.


#AkuYangSempitKoYangPanas


Ramadhan & Syawal Kami Yang Sederhana

$
0
0

Ramadhan & Syawal Kami Yang Sederhana | Ya Allah lamanyalah tak update blog. Terakhir 23 Jun, dua hari sebelum raya. Sebenarnya dalam dilema nak menaip ke... nak baking? Dua dua akan consume time. Kalau dah duduk depan laptop ni memang akan berejam punya. Kalau buat biskut pun lama gak sebab alang alang dah kotorkan mixer jalan terus dua tiga jenis. Buat biskut untuk makan sendiri je (dijual juga sedikit Ramadhan lepas)... jika ada tetamu rezeki dia lah tu.


Syawal seperti yang kita sedia maklum adalah perayaan besar di Malaysia dan seluruh nusantara yang mana agama rasminya Islam. Syawal disambut meriah hingga mengabui Ramadhan yang penuh barakah itu sendiri. Aku rasa Ramadhan aku kali ini lebih berkualiti sebab mampu memaksa diri pergi bertarawikh berbelas hari di surau dan masjid berbanding tahun-tahun lepas yang tak dibuat lansung. Anak kecil bukan alasan sebab anak bongsu dah sedia baik sejak lahir tak tantrum, tak berkejaran terpekik terlolong di masjid. Dia biasa dengan adik-beradik dia je jadi agak takut dengan orang luar. Alasan sebenar adalah MALAS. Alangkah ruginya selama ni. Yang kurang best nya surau kat rumah aku ni lambat nau start solat, ada masanya terlajak hingga 10.15 baru tamat. Haiyooo dah tak khusyuk solat megenangkan "Andainya Takdir" dah start hahahha.... esoknya terus aku gi solat di masjid, 9.45pm dah tamat. Lega. Kah!

Semua anak-anak kecuali yang bongsu berpuasa. Namun begitu aku tetap curiga... aku mak kan, boleh agak siapa yang betul betul berpuasa dengan yang berlakon. Tambahan pula aku ni rajin buat investigation hehee... nasihat sudah cuma aku berdoa dan berserah pada Allah. Kita mampu berusaha je.. hanya Allah sahaja yang Maha Kuasa merubahnya.

Dalam bulan puasa pun duit belanja sekolah tetap diberi tetapi dikurangkan jumlahnya. Kasi chance-lah bebudak ni membeli air kesukaan memasing. Dah air kaler biru hijau merah kuning tu pun muncul setahun sekali je takkan nak ditahan tahan pula kan? Kali ini kami jarang membeli kuih-muih. Beli empat ketul pun tak habis. Kami makan macam dinner biasa seperti bukan di bulan puasa. Berpuasa ni haus je lebih, takdelah lapar sangat. Telan air tiga empat gelas terus hilang separuh rasa lapar tu hahah...


PAKAIAN RAYA
Rezeki anak-anak murah. Pakcik makcik yang masih single dan atuk uwan banyak belikan baju. Maksu mereka siap bawa ke Sogo nun pi shopping. Aku ni nan hadolah nak bawa ke tempat sesak camtu. Memasing dapat baju seorang dua helai, seluar sehelai. Lepas tu uwan belikan baju lagi. Pakcik tambah t-shirt untuk anak-anak yang bujang. Dia beli t-shirt murah kat bazaar Ramadhan tu sampai seplastik hehee... seronok jumpa barang murah agaknya.

Atuk bagi duit untuk si bujang beli kasut. Kasut si kakak maksu belikan. MasyaAllah rezeki. Set B yang kekecik tu tak perlu dibelikan kasut, bukannya nak pakai pun. Baju Melayu pun pakai yang tahun lepas punya. Kami belikan baju kurung kakak, baju Melayu, seluar jeans dan t-shirt untuk si bujang dua orang tu je. Banyak betul jimat tahun ni. Kalau tidak mau empat angka juga belanja raya. Husband aku tak nak beli baju Melayu baru sebab katanya yang lama elok lagi. Yang lama tu dah laaamaaaaa sangat bang! 

Baju aku? Sekadar dua pasang baju kurung yang aku tempah November lepas untuk majlis kahwin anak-anak jiran. Bapak lamalah tailor tu jahit. Kalau komplen karang merajuk pula. Orang kita ni kan sensitif. Bagus jahitannya sedap dipakai tapi itulah, kemain lama bertangguh. Dah siap tak pula call hmmm... 


KUIH RAYA
Seperti tahun lepas, kuih-muih raya aku buat sendiri. Tahun lepas pinjam oven jiran. Jiran-jiran aku ni baik belaka. Ada yang beli periuk Noxxa tak reti guna siap offer suruh aku rasmikan. Ada yang miliki oven tapi guna setahun sekali je... itupun semata-mata buat kek raya. Oleh sebab dah beberapa kali dia offer kat kita, kita pun pinjamlah. Adab meminjam ni takkan nak berlama-lamaan pula kan? Aku pulunlah buat LAPAN jenis dalam masa dua hari... sampai terbaring depan oven hahah... 

Tahun ni guna oven sendiri- oven baru yang 120 liter punya 😁😁. Berbaloi bos belikan sebab setiap minggu buat bergilir almond chocolate chip dan tart nanas. Rajin tak? Rajin sungguh menggemukkan badan hahah.... Tahun ni buat biskut yang dua tu, biskut conflakes, kuih siput, popia nestum dan wonder cheese. Tak boleh berhenti makan wonder cheese ni oih, semalam buat lagi 😁


CERITA RAYA KAMI
Tahun ini kami beraya di Kedah dahulu. Semua adik-beradik suami beraya di rumah mak, meriah! Yang sedih dan sunyi sepi rumah mak di Kuala Pilah. Adik aku yang dah berkahwin tu pun balik ke rumah mertua. Dia memang bergilir betul dengan isterinya. Aku tak kisah nak raya memana dulu, ikut cuti TAPI raya kedua mesti beredar ke rumah pasangan. Minta maaflah, aku tak mahu tolerate nak drag sampai raya ketiga keempat. Perjalanan ke kampung lagi satu pun dah habis sehari. Cuti persekolahahan lain, hari raya lain. Faham sendirilah ya.. memasing ada mak ayah kan?

Keluarga kami besar, dah tak muat satu kereta jadi dua orang anak kami suruh naik bas. Bebudak tu suka je sebab selesa. Cuma bila balik ke KL aku naik bas dengan kakak sebab aku jangkakan akan sampai TBS jam 2.30 pagi. Takkan nak dibiarkan anak-anak sendirian pepagi tu kan? Takkan nak suruh husband temankan mereka dan aku kena drive? oh tidakkkk... aku jadi driver hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu, Ahad dan cuti am aku terus duduk di passenger seat 😁😁😁. Tak kuasa mak.

Segala macam umat ada di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tu. Sesiapa yang biasa berada di TBS waktu awal pagi boleh nampak ramai foreigner tidur di sana. Mereka bukan treveller sebab tak bawa beg besar pun tapi entahlah, tak pula selekeh macam gelandangan di kaki lima bangunan di KL tu. Jumlah mereka SANGAT RAMAI di dalam dan di luar. Di kaki lima tempat bas sampai tu pun penuh.

Seperti tahun sebelumnya mak mertua buat lemang. Dah lama juga tak merasa ketupat palas. Pernah sekali belajar membuat sarung ketupat palas tu tapi selalu jadi yang betina je hok jantan tak mau jadi. Aku ni tak reti dok dapur reramai... potong itu ini sikit, kacau lauk yang bertenggek lepas tu aku blah. Selalunya aku menyapu dan basuh pinggan. Banyak status komplen bab kerja dapur ni aku baca di facebook selepas CW start tapi kan, teamwork ni bukannya buat sesuatu kerja yang sama bersama-sama tetapi menyelesaikan sesuatu tugas bersama-sama. Yang penting end result tercapai. Mak Jemah yang suka sangat komplen tu elok dihantar pergi team building. Aku suka apa yang Khairul Hakimin Muhammad tulis (sila baca di penghujung ceria), setiap orang ada sumbangan. Dua hari sebelum raya kami dah sampai jadi aku memang dah buat kerja memasak. Aku masak rendang Negeri Sembilan petang raya pertama tu. Sedap baq hang! hahah... takde orang nak puji pun walaupun asyik tambah ayam dalam pinggan. Cili api takdo terpaksa guna cili akar je, tak podeh. Semua buat sendiri kecuali kopek dan mesin kelapa. Tak ghoti den nak mengupas sabut kepala tu. 

Malam raya tu pergi ke Bazaar Ramadhan Batu 42 lagi sebab anak buah yang darjah tiga nak berinai. Sudahnya akupun terjebak sama. Dedulunya Bazaar Ramadhan di pekan Baling yang meriah tapi sekarang dah bertukar. Boleh tahan cantik baju kurung fesyen kat situ tapi harganya lebih mahal berbanding Seremban. Mungkin sebab kos transport kot. Ada satu gerai tu jual baju kurung, jubah dan dress dengan harga yang sangat murah tapi aku tak belilah untuk diri sendiri, belikan untuk anak-anak buah perempuan je. Baju kurung dan dress budak sampai umur 10 tahun RM15 je sepasang. Giler murah! Dahlah material bagus. Aku beli jugalah sebab geram tengok hahaha... Nak dibelikan untuk anak sendiri semua boboiboy so belikan untuk anak orang lain je lah.

Di pagi 1 Syawal aku tak pergi solat sunat Eidul Fitri sebab si kecil lambat bangun. Dah bangun nak menyusu dulu sebelum mandi. Bimbang terlepas solat macam tahun lepas (sampai surau solat pun tamat), aku solat sendiri je di rumah. Ofkos tak meriah dan tiada mood raya. Balik je semua orang dari masjid kami pun buat photoshoot raya. Mestilah aku yang jadi official photographer. Sakanlah memasing bergambar. Memula ambil gambar keluarga memasing, anak buah, anak buah perempuan, anak buah lelaki, gambar seorang, gambar mak ayah, gambar reramai, gambar serius, freestyle.. eh memacamlah. Mentang mentang tak pakai filem dah hehe... semua happy nampaknya. Gambar aku je tak lawa 😩. Menyampah!



Rumah mak mertua aku sentiasa dikunjungi ramai orang. Selain lemang, lontong juga dihidangkan pagi tu. Kalau nak tunggu tetamu reda tak bergeraklah kami pagi tu jadi kami yang dah berkeluarga ni pergilah beraya dulu ke rumah saudara. Dapatlah berjumpa 'tauke' yang buat program berkayak di Sungai Baling. Eh murah je... RM10 seorang untuk 5km. Tak pastilah termasuk sewa life jacket ke tidak. Nak berkayak lebih jauh pun boleh. Kalau perlukan guide untuk mendaki Gunung Baling dan Gunung Pulai pun boleh contact mereka.

Esoknya dua keluarga yang akan balik ke selatan ni pergi beraya dulu. Dapatlah beraya di lima buah rumah. Lebih senang nak berjalan dengan budak kecik, hati pun tak sakit suruh bangun bersiap segala. Mujur Chef Wan tu bukan pakcik kau, nak.

Malam kedua aku dan kakak balik ke KL naik bas. Ingatkan bas tu ikut route biasa hanya berhenti di Pengkalan Hulu mengambil penumpang tetapi singgah di Kulim dan mana entah. Pukul empat pagi baru sampai TBS. Elok juga tu sebab taklah lama sangat menanti siang. Kami berdua nak mengejar first train ke Seremban jam 6.11 pagi jadi bila azan Subuh je terus solat dan bergegas ke stesen KTMB tapi macam harem service KTMB ni, 6.04 baru tarik shutter. Orang dahlah ramai, hanya satu kaunter dibuka dan HANYA SATU mesin tiket menerima wang kertas. Yang lagi tiga tu hanya boleh telan duit syiling. Kau rasa?? Confirm terlepaslah kan first train maka usaha kami berpagi-pagian tu menjadi sesia terpaksa menunggu train pukul tujuh pagi pula. Hampeh sungguh KTMB ni. Hampeh! Husband dan anak-anak yang bertolak balik jam 10.30 malam dari Baling tiba di Kuala Pilah 6.30 pagi. syukurlah semuanya selamat. Kami berdua sampai 9.30 pagi. Begitulah kisahnya bila menggunakan public transport di Malaysia ni. Sistem monopoli memang tak bagus.

Happy lah mak abah den bila semua anak cucunya dah sampai. Maka terbongkanglah memasing sampai tengahari huhuu...


DUIT RAYA ANAK-ANAK
Alhamdulillah rezeki budak. Ada yang dapat lebih daripada RM200 dan ada yang kurang sikit. Kali ini selepas dua minggu aku terus masukkan dalam Tabung Haji sebab bimbang terguna. Maklumlah selepas raya poket mak ayah kan kering kontang . Tak nak jadi seperti tahun lepas, kemain susah nak mengganti duit yang dah terpakai tapi taklah kesemuanya disimpan. Aku layankan aje bila mereka nak duit tu untuk beli pistol mainan, repair basikal, belanja petang dan lain-lain. Duit raya yang diterima selepas itu aku biarkan mereka joli katak. Penat oih kayuh basikal pergi beraya sambil kumpul duit raya 😁


Begitulah kisah Eidul Fitri 1438H kami yang serba sederhana. Kos minyak dan tol pergi balik je dah berapa. Makan minum lagi. 3 Julai daftar masuk belajar anak kedua, duit lagi. Tahun depan insyaAllah enam orang sekali jalan belajar. #LapPeluh

Tak mampu dah nak berhutang beli kereta besar hingga sembilan tahun. Nak berjalan beramai-ramai ni setahun berapa kali je... anak-anak kami bukannya seperti anak orang lain yang sudi menurut mak ayahnya ke sana ke mari. Dah remajalah katakan, tak cool lah kononnya mengekor ke mana mak ayah pergi. Bersyukurlah dengan apa yang ada, ikut kata menteri pasola, berjimat.

Cerita raya anda pula macam mana? Mesti lebih menarik kan? Selamat hari raya!


#RayaKanSebulan


***
Oleh: Khairul Hakimin Muhammad
Aku faham kenapa emak aku selalu pesan supaya tak payah tegur mereka yang terbungkang depan tv, kelek anak 24 jam dan sibuk dengan telefon sepanjang masa dari bantu di dapur dan mengemas rumah.


Emak aku nak:

1. Jaga hubungan.

2. Jaga hubungan.

3. Jaga hubungan.

Dan emak aku tahu, ada anak dan menantu dia yang rajin. Jadi tak perlu dia bising dan tak juga dia suruh sesiapa bising.

Nak buat, buat. 
Tak nak buat, tak apa.

Inilah keluarga. Memang ya, tak tolong di dapur, namun ada belikan emak air Coway. Tak tolong kemas rumah, namun dia lah yang beri duit belanja bulan-bulan di rumah emak.

Tak bantu itu ini semasa raya, sibuk bertelefon, namun dia juga yang sediakan bahan, beri duit, beri baju, siapkan langsir untuk rumah emak. Dan kita ini bukanlah tahu semua kan? Ada yang suka bantu diam-diam. Hihi.

Biasalah. Ada lebih kot yang ini, ada lebih kot yang itu. Itu normal.

Sama juga, ada yang kurang kot ini, kurang kot itu, namun adalah melengkapi dari sudut lain.

Paling penting, hubungan anak-anak, menantu beripar duai dan cucu-cucu semuanya baik-baik.

Kheeeen?












MRT Sungai Buloh-Kajang sudah beroperasi! Tambang diskaun 50% !

$
0
0

MRT Sungai Buloh-Kajang sudah beroperasi! Tambang diskaun 50% ! Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan fasa kedua Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang sejauh 30km di Stesen MRT TRX.


Sumber di sini.

Laluan dari Semantan hingga ke Kajang ini akan berhenti di 19 stesen, melengkapkan perjalanan sejauh 51 km bermula dari Sungai Buloh. Keseluruhannya terdapat 31 stesen dengan tujuh daripadanya berada di bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane dan Maluri.

Bermula hari ini tambang akan dikenakan bermula daripada RM1 hingga 6.40. Murah! Berita paling best semalam, pengguna MRT, LRT dan monorel diberikan diskaun tambang sebanyak 50% sehingga 31 Ogos ini. Hah apalagi... waktu ni lah nak berjimat.


Apakah MRT dan mengapa MRT dibina?
MRT ialah singkatan kepada Mass Rapid Transit ialah projek pembinaan pengangkutan awam berlandasan yang menjadi tulang belakang perkembangan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Projek Klang Valley Mass Rapid Transit ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Kerajaan berharap 50% perjalanan di Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dapat dihubungkan dengan pengangkutan awam bersama-sama dengan kemudahan pengangkutan sedia ada iaitu LRT, monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres and KLIA Transit selain bas.

Projek MRT ini telah diluluskan oleh kerajaan pada Disember 2010. Pada asalnya tiga laluan MRT dicadangkan tetapi hanya laluan Sungai Buloh-Kajang yang diluluskan setelah pelbagai kajian dibuat. Laluan berikutnya ialah Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line. Pernah nampak tak 'jambatan tanpa penghubung' di Putrajaya? MRT tu nanti lalu kat situlah kot.


MRT Sungai Buloh-Kajang Line
Fasa pertama bermula dari Sungai Buluh hingga ke Semantan telah memulakan operasi pada 16 Disember 2016 manakala Fasa Kedua Semantan-Kajang bermula semalam, 17 Julai 2017. 

Setiap set keretapi akan menggunakan empat gerabak dengan kapasiti 1,200 orang penumpang. Dijangkakakn 400,000 orang akan menggunakan khidmat MRT setiap hari.


Peta Transit Berintegrasi Lembah Kelang/Klang Valley Intergrated Transit Map
Dari Gemas boleh sampai ke Port Klang dan Tanjung Malim naik keretapi je haa.. pastikan bawa buku dan powerbank 😁




Stesen bawah tanah

Image result for mrt kuala lumpur launch
Kadar Tambang
Kadar tambang sangat berpatutan. Harapnya biarlah kekal bertahun lamanya. Dari hujung ke hujung baru RM6.40 tunai atau RM5.50 dengan kad TnG. Kanak-kanak diberumur dibawah tujuh tahun dapat naik MRT dan feeder bus secara percuma. Kadar yang tepat boleh dibaca di sini.

Always go cashless! Bagi yang menggunakan kad, dah tukar kepada MyRapid TnG? Tempoh penukaran dilanjutkan kepada 31 Julai 2017.  Info lanjut di sini.



Frekuensi Perkhidmatan
Bermula jam 6 pagi dan berakhir 12 tengah malam. Frekuensi terbaik pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu setiap 3.3 minit di waktu puncak pagi dan petang. Boleh semak jadual kekerapan di sini.

Waktu puncak : 
7.00 - 8.00 pagi
5.00 - 7.30 petang


MRT dibina untuk kemudahan semua. Bersama-samalah kita menggunakannya seperti rakyat yang bertamadun. Jika disediakan fasiliti terbaik dunia tetapi masih berperilaku dengan minda kelas ketiga pun tak guna juga. Contohilah negara maju seperti Jepun dimana rakyatnya sentiasa menghormati hak awam.


***
Bilalah MRT ni nak sampai ke Seremban agaknya? Setahu aku Seremban termasuk juga dalam Greater Klang Valley. Terkial-kial KTM Komuter nak sampai ke KL, sejam suku kak ooiii... itupun kalau takde power failure di tengah perjalanan. Pelik sungguhlah, takde traffic lights takde jam pun lambat. Itu belum lagi kisah tak menepati masanya lagi... kekadang tercepat dari jadual kekadang lambat. Keretapi beratus seat tapi tambang naik dari RM6 sehala kepada RM8.70. Naik waktu puncak belum tentu dapat tempat duduk. Maka berdirilah engkau dengan harapan tiada bau ketiak masam di depan muka.

Bas boleh memuatkan 40 penumpang sahaja, confirm dapat tempat duduk tetapi tambang setakat ini maintain RM6 sehala.

Habis tu bising apa lagi, naiklah bas! - kau kata.

Eh, kalau dah tambang naik tak agak agak takkan nak redha je? 


MRT Sungai Buloh - Kajang | Kekerapan Perjalanan, Kadar Tambang & Laluan Feeder Bus

$
0
0

MRT Sungai Buloh - Kajang | Kekerapan Perjalanan, Kadar Tambang & Laluan Feeder Bus | Laluan MRT SBK telah siap sepenuhnya dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada hari Isnin lalu. Ramai yang tertunggu-tunggu sistem pengangkutan awam yang satu ini yang pastinya mempercepatkan perjalanan dan memberi lebih pilihan kepada pengguna. 


Diharapkan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan secaran drastik dan dapat juga mengurangkan masalah meletak kenderaan bagi ramai pengguna selain mengelakkan kadar meletak kenderaan sehingga RM6 sejam di ibu negara. Kita juga mempunyai pilihan untuk tinggal di luar bandaraya Kuala Lumpur memandangkan kadar sewa rumah/bilik dan harga rumah yang melambung tinggi.

Berikut adalah kadar tambang MRT tanpa tunai (kad MyRapid TnG) dan bayaran tunai (penggunaan token). Guna prepaid card lagi bagus sebab dari sekarang hingga 31 Ogos 2017 diberikan diskaun 50% !



Waktu beroperasi:
Isnin - Jumaat: 6 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu - Ahad: 6 pagi hingga 11 malam

Isnin-Jumaat
Hujung Minggu/Cuti Umum
Train Terakhir (SB) ke Semantan
Train Terakhir (NB) ke Sg Buloh
Waktu Penutupan Stesen
Sungai Buloh
11:30 pm
11:00 pm
N/A
N/A
11:25 pm
11:55 pm
Kampung Selamat
11:33 pm
11:03 pm
12:35 am
12:05 am
11:25 pm
11:55 pm
Kwasa Damansara
11:36 pm
11:06 pm
12:32 am
12:02 am
11:25 pm
11:55 pm
Kwasa Sentral
11:39 pm
11:09 pm
12:29am
12:59 am
11:25 pm
11:55 pm
Kota Damansara
11:42 pm
11:12 pm
12:26 am
12:56 am
11:35 pm
11:55 pm
Surian
11:45 pm
11:15 pm
12:23 am
11:53 am
11:35 pm
11:05 pm
Mutiara Damansara
11:48 pm
11:18 pm
12:20 am
11:50 am
11:35 pm
11:05 pm
Bandar Utama
11:51 pm
11:21 pm
12:17 am
11:47 am
11:45 pm
11:15 pm
TTDI
11:54 pm
11:24 pm
12:14 am
11:44 am
11:45 pm
11:15 pm
Phileo Damansara
11:57 pm
11:27 pm
12:11 am
11:41 am
11:45 pm
11:15 pm
Pusat Bandar Damansara
12:00 pm
11:30 pm
12:08 am
11:38 am
11:45 pm
11:15 pm
Semantan
N/A
N/A
12:05 am
11:35 am
12:00 pm
11:30 pm


Masa
Kekerapan (minit)
Isnin-Khamis Thursday
Jumaat
Sabtu
Ahad/Cuti Umum
0600 - 0700
4.3 minit
4.3 minit
8.6 minit
9.2 minit
0700 - 0800
3.3 minit
3.3 minit
6.5 minit
8.6 minit
0800 - 0900
0900 - 1000
6.5 minit
6.5 minit
1000 - 1100
5.8 minit
7.4 minit
1100 - 1200
1200 - 1300
3.3 minit
6.5 minit
1300 - 1400
5.2 minit
4.7 minit
1400 - 1430
6.5 minit
5.8 minit
1430 - 1500
4.3 minit
1500 - 1600
1600 - 1700
1700 - 1800
3.3 minit
3.3 minit
5.2 minit
1800 - 1900
1900 - 1930
5.8 minit
5.8 minit
1930 - 2000
4.7 minit

2000 - 2100
2100 - 2200
7.4 minit
7.4 minit
7.4 minit
8.6 minit
2200 - 2300
2300 - 2400
14.8 minit
14.8 minit
14.8 minit
14.8 minit




Jika tak jelas boleh lihat di sini.


Setiap stesen MRT ada perkhidmatan bas perhubungan (feeder bus) bagi lokasi yang ditetapkan seperti di bawah.
Maklumat Bas Perhubungan (Feeder Bus)
Tambang Biasa
RM 1.00 setiap perjalanan
Tambang Konsesi
RM0.50 setiap perjalanan
Bas Pertama
5.30 pagi
Bas Terakhir
11.30 malam
Kekerapan
10 minit – 15 minit

Maklumat lain berkenaan feeder bus boleh dimuat turun di sini


Rapid KL islah operator untuk MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line. Segala persoalan dan maklum balas mengenai operasi MRT, sila berhubung dengan Rapid KL :

Website : www.myrapid.com.my
Emel : suggest@myrapidkl.com.my
Facebook : @myrapid
Twitter : @myrapidkl | @askrapidkl
Instagram : @myrapidkl

Customer Helpline : 03-7885 2585 (Monday to Friday: 7.00am - 8.30pm, Saturday & Sunday: 8.30am - 5.30pm)
Customer Service Counter :  Kaunter ini terletak berdekatan pintu masuk. Waktu beroperasi biasanya bermula jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam tetapi brlainan bagi setiap stesen.



Kad SIM Yang Boleh Digunakan Di Thailand

$
0
0

Kad SIM Yang Boleh Digunakan Di Thailand | Keluar dari Malaysia takkan larat nak roaming kan? Matilanakkk bila bil sampai ke rumah. Melainkan kalau kita ada bisnes dan perlu sentiasa berhubung dengan staf.


Bila tiba di Bangkok's airport tak kiralah Suvarnabumi ke Don Mueng ke.. atau di negeri lain, jenis yang tak boleh "putus nyawa" tu cecepatlah beli SIM card Thailand. Kekadang tu memang panjang queue. Kalau dapat staf yang kurang fasih berbahasa Inggeris pun taklah susah hendak berurusan. Promosi ada ditunjukkan dalam bahasa Thai dan Inggeris di leaflet dan buntings. Tunjuk tunjuk → bayar → minta tolong dia masukkan dalam telefon (uruskan mesej-mesej) awal tu → selesai. Dah boleh call mak/atah/husband/wife bagi tau dah selamat sampai. Call tau! Risau mereka nanti. Ala.. kalau nak buat sendiri pun bukan susah sangat sebab ada arahan dalam Bahasa Inggeris di kertas pembungkus tu.

Aku selalu nampak simpack daripada tiga syarikat: Dtac, True dan Ais. Harga pakej syarikat ni tak banyak beza pun dan setakat ni semua ok, laju je. Selalunya aku beli yang 3 atau 5 hari, lagi murah lagi bagus sebab most of the time guna wifi hotel je. Nak report dah sampai, hari tu ke mana, dah board flight/delay. Lelain kita gunakan yang percuma. Nak buat live update? ermm.. kalau trip ditaja bolehlah, yang jenis sendiri taja tu tunggu balik rumahlah baru kita show gambar kat orang. Takde keperluan pun nak update on time bila travel sendiri.

Untuk pelancong, ada Tourist Simpack yang menawarkan 7 hari unlimited internet. Dengarnya ada syarikat yang waive pendaftaran tapi ada pula yang lain perlu. Masa di Pattani dulu kena isi borang juga. Mengikut peraturan semasalah kot.

Boleh baca info atau offer Dtacdi sini.

Yang ini TrueMove.



Yang ni Ais kot. Maklumat lanjut di sini.


Ingat pesan akak ni, dah sampai kat Thailand nanti, sila beritahu waris. Elok maklumkan sekali menginap di hotel mana. Kalau malam berikutnya pindah ke hotel lain maklumkan juga nama hotel tu. Lebih elok jika disertakan nombor telefonnya sekali. Manalah tahu ada hal penting kan?




Cukai Pelancongan (Tourism Tax)) Dikuatkuasakan Kepada Pelancong Asing Bermula 1 Ogos 2017

$
0
0

Cukai Pelancongan (Tourism Tax)) Dikuatkuasakan Kepada Pelancong Asing Bermula 1 Ogos 2017 | Walaupun berita tentang Cukai Pelancongan ini telah heboh sejak 12 Jun lalu tapi aku rasa ini satu isu penting yang patut diulang dan diberi pemahaman kepada rakyat terbanyak,.Gemparlah sekejap siap menteri berperang mulut mempertahankan hujah (ke ego?) memasing. Mau tak gempar, jika mengikut perancangan asal terkena poket kita kot? Rakyat Malaysia pun 'kena libas'.


Cukai Pelancongan ini diluluskan pada April 2017 lalu melalui Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz sendiri. Pembentangan itu mendapat undian majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Menurut ahli parlimen Sarawak mereka bersetuju sebab dah mengantuk nau, dah nak Subuh semasa perbahasan tu. Kalau dibantah mau tak balik rumah terus dok berhujah je keje. 

Sewaktu kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan Caj Warisan bukan main gegak-gempita lagi... maklumlah bukan negeri Barisan Nasional. Bila Melaka pun buat, hambar je, redha. Sekarang tambah lagi Cukai Pelancongan. Ya Rabbi...Darul Cukai sungguh Malaysia ni.

Negeri Sarawak membantah lalu bertikam lidah di media. Akhirnya mengisytiharkan keluar dari Tourism Malaysia. Hmm... menang jadi arang, kalah jadi abu. Aku rasa seseorang ni over juga, kenalah berdiplomasi ketika bercakap. Tahulah dah lama di kerusi empuk tu tapi sedarlah selalu pihak berkuasa yang masih berkuasa pun disebabkan dua negeri tu yang dianggap 'safe deposit'. Nak harapkan orang semenanjung ni hmmm... ramai YB yang dah terjun kondo agaknya. 

PENGECUALIAN cukai pelancongan akan diberikan kepada mana - mana agensi pelancongan yang terikat dengan tempahan awal mengikut tempoh kontrak berakhir pada 31 Mac 2018


Tahukah anda apa itu Cukai Pelancongan?
Cukai pelancongan adalah cukai yang dikutip oleh pihak hotel mewakili kerajaan Malaysia. Asalnya ia dibahagikan kepada beberapa kategori dengan kadar terendah RM2.50 semalam dan tertinggi RM30 bergantung kepada takrif bintang setiap hotel. Setelah ramai memberi maklum balas tidak berpuas hati, leceh nak kira bla..bla.. pada 26 Julai lalu Menteri Pelancongan menyatakan bahawa HANYA PELANCONG ASING SAHAJA yang akan dikenakan cukai baharu tersebut secara flat rate RM10 semalam tak kira di mana mereka menginap asalkan premis tersebut menawarkan lebih dari lima bilik.

Image result for cukai pelancongan
Sumber di sini.

Tujuan Perlaksaan Cukai Pelancongan?
Untuk mencantikkan dan menambah baik kawasan tumpuan pelancong.

Kenapa Banyak Pihak Beria Membantah?
1. Risiko kekurangan pelancong. Bila pelancong kurang pendapatan pun kurang, keuntungan apatah lagi. Bila tak untung pembuangan pekerja akan berlaku. Itu belum dikira lagi penjual jajan bertaraf industri kecil dan sederhana yang mengharapkan rezeki Allah dengan kedatangan pelancong. 

2. Pulau Pinang dan Melaka telah mengenakan Cukai Warisan, eh nak kena Cukai Pelancongan pula?

3. Semasa pelaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% alasannya juga sama, untuk negara. Apa yang difahami kutipan GST  digunakan untuk kemajuan negara. Service charge je 10%, jadi kenapa mahu dicaj lagi? Tak ke redundant?

4. CIMB Research dalam laporan pada April 2017 berkata, mereka melihat cukai itu sebagai perkembangan yang negatif kepada sektor perhotelan dan menyebabkan ketidakadilan antara pengendali hotel.

5) Negara kita ni ada pelbagai sumber tapi banyak betul cukai dikenakan. Masih banyak ketirisan berlaku. Rakyat bimbang wang yang bakal dikutip tidak mencapai maksudnya. Hanya 10% akan diberikan kepada negeri-negeri. Satu untuk engkau sembilan untuk aku gituh.

Sumber di sini.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015, dari segi resit pelancongan, ia menurun sebanyak 4 peratus daripada RM72 bilion kepada RM69.1 bilion pada 2015, manakala jumlah ketibaan pelancong merosot sebanyak 6.3 peratus daripada 27.4 juta orang pada 2014 kepada 25.7 juta orang tahun lepas. Kita tunggulah laporan setahun lagi ya, untung ke rugi?

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Cukai Pelancongan silalah bertabah membaca RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PELANCONGAN 2017. Klik kat link tu.


Nota:
Malaysia dan negara serantau merebutkan pelancong yang sama. Walaupun kita meluat dengan perangai sesetengah mereka tetapi mereka datang membawa duit. Pihak Thailand dan Indonesia nampak agresif dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di negara mereka yang sudah tentunya lebih besar dan lebih banyak produk pelancongan. Dimanakah kedudukan kita nanti?

Malaysia telah menjuarai "Pelancongan Muslim" di Asia Tenggara tetapi mampukah kita bertahan? Thailand juga giat mempromosikan "Pelancongan Muslim" dengan menjual produk bersesuaian dengan kemudahan mendapatkan makanan halal di negara non-muslim tersebut. Menangkah kita?



Motivasi | Jauhi Orang Yang Berfikiran Negatif

$
0
0

Motivasi | Jauhi Orang Yang Berfikiran Negatif | Pernah jumpa orang yang sentiasa mencari kesilapan orang lain? Ada saja yang tak kena di mata dia. Mulut orang begini menyakitkan hati dan boleh membawa musibah seperti putusnya silaturrahim. 


Contohnya begini.

Bila orang tak tunjukkan kain yang dibeli dia nak tengok. Bila dah tengok boleh pula dia komen, macam langsir. Kesian si kawan tu. Dia tak sedar kain baju yang dia selalu pakai tu warnanya macam orang dah nak mati. Kusam macam dia jugak.

Bila ada perempuan berbadan besar lalu dia komen, besarnya tetek. Ya Allah kau dah kenapa??? Bukan dia buat sendiri benda tu. Eloklah daripada kau punya tu kak oii... dari dulu, kini dan sampai kecut cup A je. Takde improvement lansung 😔

Orang-orang begini memang anoying. Selalunya bila dia/mereka mula buka mulut mengutuk orang aku akan angkat kaki. Malas nak layan. Tak menguntungkan pun memikirkan masalah orang, masalah sendiri pun dah banyak. Bila dia ditegur sebab mulutnya yang tak reti jaga hati orang tu boleh pula sentap dan bermusuh terus dengan si pemberi nasihat. Pandai pula rasa kecil hati.

Boleh tak kita abaikan sahaja sesuatu yang kita tak boleh kawal dan tak menjejaskan hidup kita? Ambil tahu hal kawan dan kejiranan tapi jangan sampai masuk dalam kain orang. Ngerti?


Saya Nak Ke Surabaya-Bromo-Malang. Gegurl Nak Ikut?

$
0
0

Saya Nak Ke Surabaya-Bromo-Malang. Gegurl Nak Ikut? Surabaya satu lokasi pelancongan yang menarik di Indonesia. Ye lah, Indonesia yang terdiri daripada banyak pulau tu sangat luas jadi satu satu negeri tu sudah tentu ada tarikan tersendiri baik makanan, budaya atau alamnya. 


Tahun 2012 lalu aku sudah ke sana. Rancangan asalnya bersama husband tetapi waktu tu mak dan pak mertua dalam waiting list untuk ke tanah suci Mekah jadi husband tak jadi pergi. Aku pergi dengan seorang kawan tapi tidaklah kami bersama ke semua tempat. Ikut preference memasinglah kan. Oleh kerana waktu tu aku mengandung hampir enam bulan, pergerakan agak terbatas serta tak dibenarkan untuk ke Kawah Bromo. Dalam terbatas tu pun lepas ke Pesantren unik di Malang tu. Habis satu hari naik public transport siap duduk kat tangga bas lagi huhuu...

September nanti, sebulan setengah sahaja lagi, insyaAllah aku akan ke sana. Jadi inginlah aku mempelawa adik/kakak/makcik untuk turut serta. Nak cukupkan satu van saja kalau boleh.

Trip Surabaya-Bromo-Malang ini bukan trip shopping so rest assured you won't be bored menunggu orang menghabiskan rupiah. Tetapi, kita pergi jugalah shopping sesikit.... membeli untuk kenangan. Nak juga membeli sehelai dua baju kan? Eh, handbag ke...


Itinerary 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang
Ini cadangan yang tidak semestinya mengikut turutan. Ia akan diatur kembali mengikut jarak dan kesesuaian masa.

Day 1
Muzium Sampoerna, lumpur panas Sidoarjo, pusat kulit Tunggulangin.
Solat di Masjid Al Akhbar, masjid kedua terbesar di Indonesia selepas Masjid Istiqlal di Jakarta.
Bermalam di Bromo.

Day 2
**Menunggu matahari terbit di Penanjakan, naik ke Kawah Bromo, Savana (optional).
Kemudian bergerak ke ladang epal di Batu.
Bermalam di Batu.

Harga tiket Bromo IDR317,500 (mahal sungguh!) + jip xxx rupiah. Kalau teringin naik kuda tambah 100,000 rupiah lagi. Ada pakej yang ditawarkan di sana.

**boleh sahaja bersantai di hotel jika tidak berminat untuk ke Kawah Bromo. Sejuk weh!

Yang sebelah kanan tu lah puncak Penanjakan. Kalau ambil gambar dari arah sana memang lebih cantik tambah lagi time sunrise.

Day 3
Kampung warna-warni di Malang, pesantren, masjid Cheng Ho.
Balik ke Surabaya dan bermalam di sana. Malam tu nak tengok Jambatan Surabaya.

Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri 'Asali Fadlaailir Rahmah

Day 4
Ada banyak masa lapang hari ini.

Kita boleh pergi massage, boleh shopping di sekitar Masjid Ampel, boleh ke Museum Kesehatan Dr. Adhyatma MPH @ Muzium Santet. Aku bawa nurse ni... dia berminatlah kot melihat alat alat perubatan moden dan tradisional ni.

Kenapa dipanggil santet? jeng jeng jenggggg...!


Gegurl berminat? Janganlah lama nau berfikir... lagi lambat decide bertambah mahal tambang kapal terbang. Meh emel kita kat ruggedmom@gmail.com . Sila sila...





Teringinnnnn nak pergi Jepun

$
0
0

Teringinnnnn nak pergi Jepun | Sewaktu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dulu aku sempat bekerja di kilang Jepun. Saja je mengisi lapang sambil menghindar leteran hahaha.... Sejak itu keinginan ke Jepun sentiasa di hati sehingga pernah belajar Bahasa Jepun di secara part time di ITM Shah Alam. Dapat B ke C, tak ingat dah.


Yang kuang ajaqnya officemate (lelaki) aku cakap, you cakap Bahasa Melayu pun i tak berapa faham inikan pula Bahasa Jepun. Cisss!! Ingat ye kengkawan, pembunuh impian berada di sekeliling kita.

Itu cerita lama. Sekarang ni perkataan asas sajalah yang mampu diingat.

Apa yang kita boleh samakan dengan Jepun?

Respect, art and precision! Sikap menghormati, seni dan ketepatan.

Lihat video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RwzLmojqA8Q&feature=youtu.be

Sumber di sini.

Thailand | 13 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

$
0
0

Thailand | 13 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket | It's Thailand againnnn...! Kali ini pergi untuk Phuket Andaman Halal Tourism 2017. Dua tahun kebelakangan ni Thailand agresif sekali mempromosikan negaranya sebagai negara yang muslim friendly. Mereka sudah ada fully halal hotel atau paling kurang pun halal kitchen.


Negara Thai itu berganda saiznya berbanding Malaysia maka sudah tentulah sebulan dua bulan pun takkan habis kita nak explore. Ai pun baru sampai di bahagian selatan dan tengah aje... itupun banyak lagi bandar yang belum dilawati. Kawasan utara Thai, timur laut, barat laut dan tenggara belum sampai lagi. Setakat ini pi sana time panaih lit lit, time sejuk sampai berasap mulut belum lagi.


Di manakah letaknya Phuket?
Phuket berada di selatan Thai menghadap Teluk Andaman, sama dengan Krabi. Phuket bertentangan dengan Krabi jadi pakej lawatan ke pulau-pulau yang dijual banyak yang sama seperti di Ao Nang, Krabi. Phuket Island dihubungkan ke Phang Nga melalui Thao Thepkrasattri Bridge. 

Sebelum Krabi menjadi popular seperti sekarang, Phuketlah tempat tujuan kebanyakan pelancong sejak 1980an untuk menikmati suasana tepi pantai dengan air laut yang jernih. Pantai yang terkenal dan terdapat banyak penginapan di sini ialah Naithon, Kamala, Kalim, Kata, Karon dan Patong. Banyak lagi sebenarnya tapi yang paling popular dan happening memalam ialah Patong Beach! Macam kat Pattaya beb! Gegak-gempita memalam bersama "budak sekolah di tiang"😅😅😅

Penduduk muslim di pulau ini kurang berbanding Krabi tetapi kehadiran mereka dapat dilihat dimana-mana akibat penghijrahan. Banyak punca rezeki di kawasan sesak dengan pelancong ini.

Di antara Mei hingga Oktober adalah musim hujan, jadi laut agak bergelora di waktu ini. Peak season pula di bulan November hingga Februari. Omputehs dimana-mana, lari dari winter di kampung sendiri agaknya, hinggakan kalau kita ikut pakej island hopping yang include makan tengahari tu pun mengikut selera omputeh tak pedas, tawaq tak sedap baq hang. Hilang terus identiti Thai daripada makanan tu. Bukan ke kalau orang datang ke rumah kita dia kena makan ikut cara kita? hmmm...

Bagaimana untuk ke Phuket?
Naik MAS boleh, Malindo dan Air Asia pun ada. Phuket International Airport besar dan selesa cuma... bawa botol kosong eh untuk ke toilet. Tiada surau di boarding area.

Apa yang menarik di Phuket?
Banyak, tapi ai nak share sebahagian daripadanya sahaja. Nak tau lelebih kena pergi sendiri. Datang dengan poket tebal pasti tak bosan di sini. Makanan pun sedap.

1) Phuket Old Town
Phuket asalnya sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang terkenal. Kemuncaknya pada abad ke-19. Ketika itu pedagang dari Eropah dan pelombong dari China datang beramai-rama ke Phuket untuk bersama meraih nikmat limpahan bijih timah.

Kedatangan mereka membawa sekali budaya asal. Proses asimilasi membawa kepada pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah dibaik pulih dan dicat semula menjadikannya instagrammable. Sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu/hotel.

Di Thalang Road terdapat kedai pakaian yang menjual kebaya Nyonya. Fuhhh... 180 baht untuk sehelai baju. Tak pastilah pula disulam mesin ke tangan.

Lokasi yang meriah bermula jam 6 petang ialah Soi Rommanee. Lorong ini menemukan Thalang Road dengan Dibuk Road. Dengarnya Jazz Show diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan di sini tetapi hanya ketika peak season sahaja, itupun bermula jam 9 malam. Wuuii best gak ni.

Dalam perjalanan ke Metropole Hotel hari tu ada juga ternampak mural tapi tapi tak sempat nak berhenti.

 Hanya pintu yang ini sahaja terbuka so sukahati ai je masuk opis orang hahahha...


2) Siam Niramit.
Bunyinya gini, Saiyaaam Niramit.

Pernah tengok cultural show di The Mud dan Sarawak Cultural Village? Siam Niramit laaagii hebat! Dengan stage/auditorium besar siap ada 'sungai', persembahan pun sangat menarik dengan pemain drum dan penari 'terapung', props dan special effect. Gajah pun berlakon sekali. Perghh hebat! Sayangnya tak boleh merakam gambar sewaktu persembahan.

Foto: DBoy Studio


Sebelum persembahan utama ada pre-show attractions and activities. Ada show muay Thai, tarian, boleh menaiki sampan, masuk ke rumah contoh dari empat wilayah di Thai Village, bergambar dengan kostum tradisional dan lain-lain. Baling abang Sajat sampai jatuh dalam air pun ada 😁. Ai tak main sebab takut kalah dengan bebudak kecik.

Tiket dijual with/without dinner. Perbezaan harga dalam THB200 je rasanya. Tiket boleh dibeli dari penjual di kaki lima kedai di Patong tu, pepandailah survey harga dan bargain.

Maklumat lanjut di www.siamniramit.com .

3) Island Hopping
Pakej yang aku ikuti sama seperti yang di Krabi tahun lepas - James Bond Sea Canoe - cuma lebih masa di Koh Panyee Muslim Village yang terkenal kerana adanya padang bola terapung di atas air. Carilah video Panyee Football team tu, sangat menarik! Kami siap bergambar lagi kat situ.

Cubaan menangkap bola di atas padang terapung.

Kami juga ke masjid tetapi agak sukar untuk mengambil gambar keseluruhan bangunan disebabkan kedudukannya terlalu hampir dengan rumah penduduk. Jika suka dengan kacang gajus pedas tu lebih baik beli di sini sebab di Patong takde dijual, yang kat pusat souvenir tu pepaham je lah kan, dah sewa tapak pun mahal haruslah harganya pun tinggi sikit. Di Panyee Island setengah kg THB300.

Pulau kecil di bawah ini famous selepas shooting filem James Bond di sini. Nampak tak marketing strategy mereka sangat berjaya? Beratus ribu pelancong datang sini, tak payah bagi title Datuk pun... opsss

Inilah James Bond Island. Nampak 'James Bond' tak? Ai letak gambar yang dalam air je lah ye... kalau letak gambar heroin yang kat darat telan air liur pulak kome.

Pulau ni sebenarnya di Phang-Nga, kan selalu kita nampak pakej yang dipromosikan sebagai Phuket-Phang-Nga? 

3) Discover Catamaran
Owh trip ini best! Lebih bagus jika bukan di musim laut bergelora 😂😂😂

@DiscoverCatamaran menawarkan empat pakej. Yang kami pergi hari tu program Racha + Maithon Sunset Cruise. Berkumpul di Kaneang Restaurant di Chalong Pier lalu dibawa ke Racha Island dahulu untuk bersantai di pantai dan snorkelling. Sebelum tu kami turun ke laut menggunakan slider.. bapak best! hahahh... dulu kekecik tak merasa uolsss..

Kalau cuaca baik kita mungkin boleh nampak dolphins berenang di bawah bot.

Kami menggelonsor ke laut dengan slider tu... best!!

Banyak ikan masa ni, boleh tengok di facebook atau instagram tapi tak mau dekat time ambil gambar ni.

4) Trickeye 3D Museum
Ini Muzium 3D pertama di selatan Thailand. Letaknya di bandar Phuket.

5) Menunggang ATV dan Elephant Trekking
Banyak pakej dijual, pilih dan tawar harga.

6) Hanuman World Phuket
Ada yang sukakan sukan ekstrim? Di sinilah tempatnya. Nak ber-zipline ke..skyline...roller zipline.. hah silalah ke sini.

7) Phuket City View Point
Boleh lihat sebahagian besar bandar Phuket dari sini.


8) Berjalan santai di Bangla Road Walking Street
"Bangla Road" tiada kena mengena dengan warga Bangladesh. Jalan ni penuh dengan kedai menjual souvenir, kelab malam, bar, kedai urut. Youngsters yang dok buat breakdance tak payah bawa radio besar, menari je ikut muzik yang berdentam-dentum dari kelab malam tu.

Seperti Pattaya, di sini juga ramai gadis menari di 'tiang'. Tak boleh ambil gambar, takut mak dia nampak kot hehehe.. Bangla Road ni untuk golongan 'straight', yang 'bengkang-bengkok' kat jalan sebelah. 

9) Belajar Surfing di daratan
Ai terjumpa tempat yang cool ni di jalan yang paling hampir dengan Patong Beach. Seronok melihat golongan tua muda belajar surf board dengan jurulatih professional. Kita yang jadi spectators ni oleh duduk sambil minum dan dengar muzik.

First lesson bermula jam 10.30 pagi. Harga walk-in  and member jauh berbeza.

Surf House Boardriders
162/7 Taweewong Road
Patong, Kathu
Phuket, Thailand 83150

10) Belajar Menyelam di Bangla Road Walking Street
Kolam untuk belajar tu kat Bangla Road tu aje.

11) Shopping
Ada tiga tempat membeli-belah yang besar. Di Patong ada Jungceylon shopping mall. Jauh sikit ada Central Festival dan Phuket Premium Outlet. Pasar malam di sebelah Banzaan Fresh Market tu aje.

Nak beli t-shirt boleh cari di Madunan Chehteek. Mereka supply t-shirt berkualiti ke shopping mall tetapi yang dijual di kedai mereka lebih murah dan sangat banyak pilihan. Rasanya t-shirt di sini menggunakan saiz US jadi kita kena beli satu atau dua saiz lebih kecil.

Cenderahati dan makanan banyak di one-stop-centre, Pornthip Phuket, tak jauh dari Madunan Chekteek tetapi di jalan yang bertentangan.

12) Berurut. 
Pergi Thailand haruslah berurut kan? Di sepanjang Pangmuengsai Gor Road (berdekatan Best Western Patong Hotel) kebanyakan Thai massage bermula dengan THB300 which is higher than normal rates. Cari kat jalan lain lebih murah.

Urut badan dan kaki je tau, jangan memacam. Kat pintu tu clearly written NO SEX!

13) Bermain Golf
Terdapat LAPAN golf course di Phuket. Bolehlah bermain sampai lebam. Jangan lupa tinggalkan credit card kat wife untuk dia mengisi masa lapangnya. Mental theraphy tu uols.


Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Phuket. Yang tersenarai ini pun dah boleh penuhkan percutian selama empat lima hari. Nanti ai share lebih banyak gambar dan details ya.

So... bila nak ke Phuket??




17 Tips Memandu Di Thailand. Lesen Memandu Malaysia Laku Ke?

$
0
0

17 Tips Memandu Di Thailand. Lesen Memandu Malaysia Laku Ke? Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai boleh atau tidaknya kita memandu kereta atau menunggang motorsikal di Thailand tanpa menggunakan Lesen Memandu Antarabangsa (IDL). Soalan bertalu-talu melalui emel dan panggilan telefon telah menyebabkan Tourism Authority of Thailand mengambil inisiatif untuk memberikan penjelasan supaya kita mendapat informasi yang tepat.


"Amazing Self Drive To Thailand Briefing" telah diadakan di Cititel Mid Valley dengan membawakan Police Attache of The Royal Thai Embassy, Lt Col Amornpong Sommanawan, Chairman of Malaysia - Thailand Rider club, Sunthorn Noibunma dan perkongsian pengalaman oleh Steven Ng, Secretary General of Motoring Association of Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh HE The Ambassador of Thailand to Malaysia, Damrong Kraikruan. Mereka ini adalah orang yang layak untuk memberikan penjelasan dan pandangan, first hand information.

Sumber di sini.

Thailand itu negara lain, bukannya kampung kita
Menurut Duta Thailand, 3.6 juta rakyat Malaysia ke negara gajah putih tersebut tahun lalu. Di imigresen Bukit Kayu Hitam sahaja purata 1000 kenderaan Malaysia melaluinya setiap hari. Banyaknya... apa yang mereka buat beramai-ramai ke Thailand tu?

Ramai suka memandu ke Siam (nama lamanya) kerana ia dekat dengan Malaysia malah ada diantara kita mempunyai hubungan keluarga dan bisnes di sana. Pemandangan dan lanskap negara tersebut juga membuatkan ramai suka melancong dengan memandu ke sana. Tambahan pula mereka juga memandu sebelah kanan jadi takdelah kita keliru. Dari Baling ke Betong baru 40 minit, itu sebab aku cakap hari tu bila melawat Tempat-tempat Menarik Di Baling bawa passport sekali, boleh lajak terus ke Betong, Thailand. Pergi obersi terus! Kalau suami/isteri lahir di Kedah/Perak/Perlis/Kelantan boleh buat border pass untuk anak-beranak... murah je tak sampai RM50. 

Jalanraya di sana elok tapi tak boleh merempit laju sebab ia melalui kawasan komuniti di sepanjang jalan. Bukan macam kita dibina highway di kebanyakan tempat. Baru gerak dari rumah dah kena tol, hawau. Nasib baik MRR di Seremban ni free. Lebuhraya bertol hanya dikenakan di Bangkok. Satu je rasanya.

Di sesetengah tempat divider jalan lebar dan ditanam pokok. Tujuannya, jika kemalangan kereta dari lorong sini tak terbabas hingga ke lorong bertentangan.

Kata Lt Col Amornpong Sommanawan, pemandu di Malaysia lebih baik sebab pakai helmet. Eh best apa tak pakai helmet kat Krabi/Phuket/Koh Samui😂😂😂 berangin kepala macam dalam filem omputeh tu hahah.. itulah yang best kat Thailand. 


Di mana pintu masuk Malaysia-Thailand?
Ini senarai jalan darat eh, yang ada Pejabat Kastam dan Imigresen. Nak masuk secara haram melalui sungai atau hutan tu pepandai sendirilah, kalau tertangkap dapat makan percuma tiga kali sehari.

Su-Ngai Golok Boundary Post

Terdapat enam pintu masuk ke Thailand:
1) Wang Kelian, Perlis / Wang Prachan, Satun Province
2) Padang Besar, Perlis / Padang Besar, Songkhla Province
3) Bukit Kayu Hitam, Kedah / Ban Dan Nok, Sadao District, Songkhla Province
4) Pengkalan Hulu, Perak (Keroh) / Betong, Yala Province
5) Bukit Bunga, Jeli, Kelantan / Ban Buketa, Waeng District, Narathiwat Province
6) Rantau Panjang, Kelantan / Sungai Kolok District, Narathiwat Province
7) Pengkalan Kubur, Kelantan / Takbai, Narathiwat Province

Menurut Mr Damrong Kraikruan tiada border office yang sebaik sempadan dengan Malaysia ni. Jalanrayanya bagus dan berada berada di tempat rata.


Dokumen yang diperlukan untuk memandu sendiri di Thailand
1) Passport Malaysia yang sah lakunya masih berbaki sekurang-kurangnya ENAM BULAN. Kiralah bila balik ke sini semula masih ada enam bulan lagi ke tidak.

2) Geran kereta yang asli. Mau yang original sahaja eh. 
Walaupun ada yang kata geran fotostat yang disahkan JPJ atau PDRM pun boleh digunakan, on the book nak yang ori saja. Kalau lepas juga mengikut Thai imigration officer's discretion lah tu. 

3) 3rd Party Thai insurance (Porobo)
Insurance pihak ketiga ini boleh dibeli di border, harga berbeza untuk sedan dan pick-up. Insurance pihak ketiga ni coverage tak tinggi.

"CTPL stands for Comprehensive Third-Party Liability and it is the insurance that is legally required for you to drive your car in Thailand according to the motor vehicle injury act of 2535. It acts as the initial cover for all members involved in an accident; from persons in or outside the vehicle, pedestrians, passengers, and drivers.

Because the fees for CTPL range between 645-970 baht, the government can only guarantee coverage for people but not any assets that may have been damaged. Only voluntary policies will cover damage to third party assets." - https://www.frank.co.th/en/car-insurance/ctpl-insurance

Jika anda sering berulang-alik ke sana seeloknya beli Voluntary Insurance yang lebih komprehensif. Hubungi The Office of Insurance Commission di nombor 1186 jika terdapat sebarang pertanyaan.

4) Memiliki Lesen Memandu Malaysia atau Antarabangsa
Untuk makluman, lesen memandu yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah LAKU/VALID digunakan di Thailand dan mana-mana negara Asean kerana ada perjanjian bersama diantara negara.

5) Authorization Letter jika memandu kenderaan orang lain.


17 Tips Memandu di Thailand
Menurut Mr Sunthorn Noibunma (Micky), jalanraya Thai adalah kedua paling bahaya di dunia. Jadi...
1) Ambil gambar kereta kita dan yang unik mengenainya. Simpan dan hantar juga kepada kawan/saudara yang mudah dihubungi. Perkara ini penting dalam kes kecurian kenderaan. Contoh, sun blasting di kiri kanan kereta tingkap tu. Jika hilang lebih mudah untuk proses siasatan sebab sun blasting tiada di kenderaan Thai. Contoh lain, ada tanda tertentu di tempat duduk ke...

Jika kereta hilang, buat laporan polis dan hubungi konsulat Malaysia di sana.

2) Bebawaklah bersabar dan bertoleransi di jalanraya ya. Jangan menunggang motor atau memandu macam syaitonnirrajim. Orang sana tak suka dihon apalagi ditunjukkan jari tengah. Jaga adab masuk 'rumah orang'.

3) Oleh kerana jalanraya melalui kawasan perumahan dan kampung serta hutan, ia dikongsi bersama ayam itik lembu vavi. Kelajuan di kawasan kampung biasanya 50-60kmj manakala di bandar 90-120kmj. Susah jugak nak test speed sampai 180kmj macam kereta Singapura masuk Malaysia.

Lembu ni macam kek kampung den jugak, tak school suka duduk atas jalanraya.

4) Pastikan kita memeriksa kenderaan yang kita sewa sebelum menandatangani surat perjanjian. Check lampu berfungsi ke tidak, side mirror satu ke dua bla bla bla..

5) Di lampu isyarat biasanya kita boleh terus membelok ke kiri jika selamat.

6) Di sana kurang tanda amaran, signboard dan lampu jalan. Sebaiknya elakkan bergerak malam. Manalah tahukan ada dahan pokok atas jalan, bahaya kepada penunggang motorsikal.

7) Jika kita membuat u-turn di fly over, kita akan terus gunakan lane kanan dan bukannya ambil left lane seperti di sini.

8) Jangan terlalu berantung dengan GPS. Masalah nanti di jalanraya bertingkat. 

9) Jika kereta kita perlu ditinggalkan melebihi tempoh insurance yang kita ambil, sila maklumkan kepada polis dan kastam. Jika tidak kita akan dianggap overstay dan didenda 10,000 baht setiap hari sehingga tarikh kereta diambil.

10) Jika berlaku kemalangan, call polis Thai di nombor 191. Cakap perlahan-lahan ye because English is not their main language. Selalu ada masalah bila kemalangan sebab ayam dengan itik yang bercakap. Yang kena langgar cakap begitu yang melanggar tak boleh nak defence.

11) Jika berlaku kemalangan JANGAN LARI. Kita kan dah beli third party insurance. Jika kita masih boleh berjalan turuti orang yang kita langgar itu ke hospital. Tunjukkan kita mengambil berat dan akan bertanggungjawab. Jika kita lari nama kita akan diletakkan dalan "wanted list" dan siaplah kau masuk penjara. Tak dapek nak sembang tepi dah. Dengan adanya insurance tu kita balik Malaysia pun tak apa.

12) Walkie Talkie adalah DILARANG. Ia peralatan sensitif yang dikawal tentera. Jika kita perlu membawanya (biasanya ketika berkonvoi), permohonan lengkap dengan jenis model, warna dan frekeunsi mestilah dihantar kepada Tourism Authority of Thailand. Pihak TAT akan menghantar untuk kelulusan daripada Kementerian Komunikasi/Tentera di Thailand. Pemilikannya perlukan lesen dengan had kekuatan 260-280 Mhz sahaja. Public hanya dibenarkan menggunakan yang berwarna merah sahaja.

Denda THB50,000 jika melanggar peraturan dan hanya boleh dilunaskan di mahkamah. 

13) Bagi yang berkonvoi cuba elakkan menggunakan perkhidmatan police escort. Try to blend in. Kata nak melancong tengok negara orang kannn... kita tak nak local peoples rasa terganggu. Lagipun polis pengiring tu mampu jaga lima kereta di depan je, yang berbelas berpuluh kat belakang tu? Ish.. cikgu pun pening nak jaga murid sekelas oii.

14) Always check updated law.

15) Jenis jalan negeri atau highway dibezakan dengan berapa digit nombor di papan tanda.

16) Borang TM2 mesti diserahkan apabila kita nak keluar dari Thai. Bawa geran sekali. Borang-borang TM2, TM3, TM5 diberikan PERCUMA.

17) PENTING! Simpan nombor kedutaan dan pejabat konsulat.


Apa yang perlu dibuat jika polis insist International Driving License?
Sila ke balai polis untuk membuat penjelasan atau laporan. Polis trafik tiada hak untuk menyimpan kunci kereta/motor kita. Mungkin mereka tak aware dengan perjanjian memandu di negara Asean.


MAKLUMAT PENTING
Memiliki dadah adalah serious offence. Membawa daun ketum sama je macam bawa ganja walaupun ianya digunakan dalam perubatan tradisional. Penjara 20 tahun jika disabit kesalahan.

Mengambil gambar tentera bertugas? Pastikan tidak tertangkap ok. Karang kena 'simpan' dua minggu. 

Rokok elektronik (e-cigarette) adalah DILARANG. Jika disabitkan kesalahan denda THB50 ribu dan penjara lima tahun. Bagi penjual pula denda THB1 juta dan penjara 10 tahun.

Visa on Arrival (VOA) akan ditukar pada 1 Oktober 2015. Kena caj RM2 kita bising padahal memang tertulis. Lepas ni kena RM5 pula atas alasan dah lama tak naikkan caj. Hahahah... padan muka kita.


Ini nasihat Lt Col Amornpong Sommanawan dan Mr Sunthorn Noibunma,

Ya ramai yang gemar menyewa motor bila bercuti di Thailand, aku pun... tetapi motor yang kita sewa tu being passed dari tangan ke tangan jadi kondisinya mungkin tak berapa bagus. Lagipun, kita akan diminta untuk meninggalkan passport kepada syarikat yang menyewakan motor tu. Passport Malaysia bernilai RM50,000 di pasaran gelap! Nyawa tu!

Related image

Thailand | Siam Niramit, Persembahan Kebudayaan Yang Hebat!

$
0
0
Thailand | Siam Niramit, Persembahan Kebudayaan Yang Hebat! | Salah satu aktiviti yang ai highly recommend semasa di Phuket ialah menonton persembahan pentas yang hebat ini. Trust me, pasti puas hati.

Nak tak... tengok persembahan pentas antara yang terbesar di dunia?

Nak tak... menyaksikan persembahan 100 performers dengan 500 kostum yang cantik?

Nak tak... melihat dan mendengar kesan khas menggunakan teknologi canggih?

Nak tak... tengok set pentas yang hebat?

Nak tak... mengetahui sejarah dan budaya Thai?

Sumber di sini.

Jadual persembahan di Siam Niramit.

Pernah menonton teater di Mud KL atau Sarawak Cultural Village? Konsep yang hampir sama tapi di sini berskala besar. Jauh lebih besar!

Show Siam Niramit menceritakan sejarah tujuh kurunnya. Ruang teater ini sangat besar dengan kedudukan kerusi bertingkat. Sayangnya tidak dibenarkan membuat rakaman video atau gambar di dalamnya. Nak tengok kena beli tiket gituh. Persembahan dibahagikan kepada beberapa segmen yang dipadankan dengan lagu-lagu bersesuaian. Muzik Malaysia pun ada... teruja kita wak. Kalau ada omputehs sebelah aku mau aku je aku bagi tau dia lagu tu dari sini tapi takde... sekeliling aku semua yang kaler telur pindang je 😂😂😂 ya ampunnn!!

Persembahan istimewa ini diadakan setiap hari kecuali Selasa. Gate mula dibuka pukul 5.30 petang. Dinner bermula jam 6 petang dan show starts at 8.30pm. Sebelum persembahan utama ada preshow attractions and activities di kawasan lapang depan souvenir shop tu. Jadi bila kita sampai awal pun takdelah mereput menunggu show pukul 8.30 malam tu.

Dinner ada banyak pilihan makanan Thai dan makanan barat. Untuk vegetarian pun ada. Ada juga kaunter nasi ayam. Aku tak makanlah nasi ayam tu... kat Malaysia pun ada heheh... phad Thai pilihan utama. Sedap! Pulut mangga adalah sebesar ibu jari, buat lekat celah gigi. Kami makan di bilik khas sebab beli tiket premium.

Kedai cenderahatinya mengganggu emosi sebab menjual banyak pilihan barangan yang menarik dengan harga berpatutan. 

Ni haa tarikan prapersembahan tu. Menarik, macam-macam ada. Bermula dengan persembahan air dan cahaya, perarakan gajah, tarian, Muay Thai kemudian masuk ke Thai Village. Nak naik gajah pun boleh tapi kena bayarlah sikit.


Hadek hadek ni..


Thai Village pun best. Terdapat empat buah rumah dari empat wilayah. Di sini ada demonstrasi membuat lilitan bunga, makanan tradisional, menenun kain, bergambar memakai pakaian tradisional Thai, bersampan mengelilingi 'tasik' dan games. Games baling bola sampai abang Sajat jatuh dalam air tu paling meriah hehehe... aku tak mainlah sebab takut kalah dengan bebudak. Dahlah 3 biji bola 100b. Mesin duit betul.

Bergambar dengan pakaian tradisional pun menarik. Masa aku lalu tu ada omputehs dok bergambar. Cantiknya lahaiii... 

Naik sampan cuma THB20 seorang. Dalam tempoh menunggu tu sempatkah juga kami buat photoshoot dan videoshoot mempromosikan Siam Niramit. Acah acah pengacara Nona gituh tapi bersangkut-sangkut sebab takde skrip.

Balinglah bola ke tanda kuning tu. Kalau tepat, 'hakak' dalam kurungan tu akan jatuh ke dalam air.

Ni mesti dia ambil gambar sekerat je ni.

Ehem.. Dalam salah satu rumah tradisional Thai.


 

Nak masuk ke teater tu beg kita akan diperiksa. Kamera wajib di simpan di locker. Hebatnya show Siam Niramit ni pelakonnya bukan sekadar di pentas malah ada yang 'diawangan'. Memula main gendang di pentas, lepas tu lampu dipadamkan. Tau tau ada bunyi di atas. Perghhh gempak beb! Sewaktu penutup pun ada aktor yang menabur confetti dari atas sambil bergerak merentasi penonton. 


Dimana untuk membeli tiket Siam Niramit?
Boleh beli online dari Malaysia. Aku ada ternampak di 11Street dengan harga diskaun. Boleh juga dibeli daripada ejen jualan yang banyak di Patong dan Phuket. Pepandailah tawar-menawar. Harga termasuk transfer sekali. If without dinner boleh dikurangkan lagi. 

Any question? Bertanyakah di sini.


Siam Niramit
55/81 Moo 5
Chalermprakiet Rd.
Rassada
Muang, Phuket 83000
Thailand
Phone: +66 76 335 000


Nak tempah hotel di Phuket atau Patong Beach? Klik di sini. Beli kat Agoda senang.







Kuala Lumpur | Jadual Semua Acara Sukan Sea 2017

$
0
0
Jadual Semua Acara Sukan Sea 2017 | We are hosting the Sea Games again! Terujanya..! 

Sabtu ini 19 Ogos akan berlansungnya acara pembukaan rasmi Sukan Sea 2017 . Temasya sukan kali ke-29 ini bermaskotkan RIMAU, yang diinspirasikan oleh kekuatan harimau itu sendiri.

RIMAU bermaksud :
Respect, Integrity, Move, Attitude & Unity. 
Hormat, Integriti, Gerak, Kelakuan dan Kesatuan.

RIMAU
"Rimau" inilah maskot Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur

Bersamalah kita menyokong dan memberi semangat kepada #TeamMalaysia. Para atlit telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Malaysia sehinggakan ada yang tak ke sekolah selama dua bulan terakhir ini sedangkan akan menduduki peperiksaan penting hujung tahun nanti.

Apa yang boleh kita bantu?

Jadi penonton. Jadi penyokong. Jadi tukang sorak. Bawa anak-anak supaya ia menjadi kenangan manis dalam hidup mereka dan kita ibu bapanya. Tak mampu tengok banyak, tengok satu pun okay to inspire them to be the best dalam bidang masing-masing. 

Setakat 17 Ogos kita sudah memiliki 10 pingat dengan EMPAT pingat emas melalui acara akuatik, memanah (2) dan sepak takraw. Alhamdulillah.

Tak boleh pergi? Tengok live streaming. Download di sini.

Okaylah, ini jadual bagi setiap acara Sukan Sea 2017 yang akan dilangsungkan pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini. 38 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan 405 acara. Naik LRT/MRT lah uols ye... karang kalau drive jalan jam ko naik angin pulak terus tak jadi tengok Sukan Sea. Mari tengok Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang di sini.

#KitaJuara

ACARA
TARIKH
VENUE
Akuatik - Terjun
26-30
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
Akuatik - Renang
21-26
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
Akuatik - Renang Berirama
17-20
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
Akuatik - Open Water
18
Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya
Akuatik - Polo Air
15-20
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
Memanah
16-22
Padang Sintetik Majlis Sukan Negara
Olahraga
19-26
Stadium Negara Bukit Jalil
Badminton
22-29
Axiata Arena, Bukit Jalil
Bola Keranjang
20-26
Stadium MABA
Biliard & Snuker
22-27
KLCC Hall 4
Tenpin Boling
20-25
Sunway Pyramid, Petaling Jaya
Tinju
20-24
MiTEC Hall 8
Kriket
17-29
Kinrara Oval
Berbasikal - BMX
26
National BMX Arena, Nilai
Berbasikal - Jalan Raya
21-24
Putrajaya & Nilai
Berbasikal - Trek
27-29
Velodrome National Nilai
Ekuestrian - Dressage
22-24
3Q Equestrian Centre, Rawang
Ekuestrian - Show Jumping
26-28
3Q Equestrian Centre, Rawang
Ekuestrian - Endurance
20
Taman Endurance Antarabangsa Terengganu
Ekuestrian - Polo
22-29
Equestrian Park Putrajaya
Lawan Pedang
21-23
MiTEC Hall 6
Bola Sepak
14-29
Stadium - Shah Alam/Selayang/Negara/Uitm/UM Arena
Futsal
18-27
Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic)
Golf
22-26
The Mines Resort & Golf Club
Gimnastik - Artistik
20-23
MiTEC Hall 9 & 10
Gimnastik - Gimrama
26-28
MiTEC Hall 9 & 10
Hoki Padang
21-29
Stadium Hoki National Bukit Jalil
Hoki Dewan
21-26
MiTEC Hall 4
Hoki Ais
20-24
Empire City, Damansara Perdana
Luncur Ais - Figure Skating
26-27
Empire City, Damansara Perdana
Luncur Ais - Short Track Speed Skating
29-30
Empire City, Damansara Perdana
Judo
26-27
KLCC Hall 5
Karate
22-24
KLCC Hall 1
Boling Padang
22-27
Pusat Boling Padang Nasional
Muay
26-29
MiTEC Hall 8
Bola Jaring
14-20
Stadium Juara Bukit Kiara
Pencak Silat
24-29
KLCC Hall 2
Petanque
21-28
Arena Petanque KL
Rugby 7 Sebelah
19-20
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Pelayaran
21-29
Pusat Pelayaran Nasional Langkawi
Sepak Takraw
16-29
Stadium Tertutup Titiwangsa
Menembak
21-26
Lapang Sasar Menembak Subang
Skuasy
21-29
Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil /The Raintree Club KL
Ping Pong
20-26
MiTEC Hall 7
Taekwondo
26-29
KLCC Hall 1
Tenis
21-26
Kompleks Tenis Jalan Duta
Triatlon
21
Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya
Bola Tampar
21-27
MiTEC Hall 11
Ski Air & Wakeboard
25-29
Kompleks Sukan Air, Presint 6 - Putrajaya
Angkat Berat
28-30
MiTEC Hall 3
Wushu
20-22
KLCC Hall 5

Jadual penuh acara, tarikh dan venue boleh dapatkan disini:
https://www.kualalumpur2017.com.my/schedule.pdf

Info Lanjut Sukan Sea 2017 : 
Website: kualalumpur2017.com.my
Facebook: kualalumpur2017
Twitter: @KL2017
Instagram: @kualalumpur2017

#KitaJuara


Ai minat acara ni haa...

         

      





Sekali terjebak...

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

$
0
0
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

18 OGOS 2017, Semenyih - Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bermesyuarat pada 17 Ogos 2017 telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu semua aktiviti rekreasi dan pelancongan di Bukit Broga bermula hari ini.

Sumber di sini. 

Ini adalah berikutan kerja-kerja mitigasi atau pemulihan tanah yang akan dilaksanakan di Bukit Broga dengan serta-merta oleh Jabatan Kerja Raya akibat daripada aktiviti penerokaan di atas tanah kerajaan Bukit Broga seluas 143 ekar.

“ Langkah penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di Bukit Broga serta mengelakkan sebarang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku akibat daripada penerokaan tanah berkenaan ” kata Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor ketika ditemui di sesi sidang media Penutupan Sementara Bukit Broga hari ini.

Tempoh penutupan sementara ini tertakluk kepada penyiapan kerja-kerja yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Ianya melibatkan kerja-kerja pembinaan longkang tanah bagi pengaliran air hujan supaya tidak menjejaskan cerun secara langsung.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempertimbangkan cadangan menaik taraf rizab jalan sedia ada ke Bukit Broga dan kerja-kerja pengindahan lanskap yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga bersetuju supaya Bukit Broga ini diwartakan sebagai Kawasan Rekreasi di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam masa yang sama, lot tanah Sakai Land Fruit Trees dan Sakai Dusun yang jumlah keseluruhan kawasannya seluas 31 ekar seperti catatan pada Pelan Akui 18083 dikekalkan bagi kegunaan komuniti Orang Asal.

Keputusan penutupan ini diambil setelah mempertimbangkan semua pilihan cadangan yang ada selaras dengan Inisiatif Peduli Rakyat Selangor, dan merupakan solusi terbaik buat semua pihak.


Tourism Selangor
Tourism Selangor adalah agensi pelancongan dibawah naungan kerajaan negeri yang diberikan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Beberapa inisiatif diambil – kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan, roadshow dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ahmad Nazri Tashriq Rahmat                                   Fatimah Husna Razalee
Pengurus Komunikasi Korporat                                    Eksekutif Komunikasi Korporat
No.Tel: 016-207 6951                                                   No.Tel: 016-207 6957
Emel: nazri@tourismselangor.my                                Emel: husna@tourismselangor.my


Thailand | 7 Resort Mewah Di Koh Samui Untuk Percutian Yang Mengasyikkan

$
0
0

Thailand | 7 Resort Mewah Di Koh Samui Untuk Percutian Yang Mengasyikkan | Sudah pasti ramai yang mengidamkan percutian yang hebat seperti digambarkan oleh para selebriti di media sosial. Bilik berhawa dingin yang luas, katil bertiang tinggi, makanan enak hingga ke bilik, personal butler service dan kolam renang peribadi. Dapat pula menginap di award winning resort di tepi pantai.. makaihhh rasa tak nak balik.

Mungkin anda teringin untuk berjalan berdua di tepi pantai dalam suasana romantik sambil mengimbau saat baru menginjak alam perkahwinan dulu sebelum wujudnya waris-waris yang menggangu tidur 😅😡. Atau, sesaja membawa keluarga bercuti bagi mengeratkan lagi kasih sayang. Elok juga suggest kat bos sebagai lokasi untuk buat company's family day.

Tapi lokasi pilihannya di mana? Koh Samui?? Kenapa Koh Samui?

Pulau ini tak berapa besar, jalanraya di pesisir pantai, air lautnya jernih dan mudah untuk mendapatkan makanan halal. 

Koh Samui ialah sebuah pulau di Teluk Thai yang boleh diakses menggunakan jalan laut dan udara. Jika menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur perlu turun di Surat Thani. Lebih mudah menggunakan perkhidmatan Bangkok Airways kerana pesawat mendarat di Samui International Airport yang terletak dalam Koh Samui itu sendiri. Lebih menjimatkan masa.

Di sini ai cadangkan (yang tidak mengikut turutan) beberapa resort yang sangat bagus untuk merehatkan badan dan minda.

1) Fair House Beach Resort & Hotel
Chaweangnoi Beach
124-124/1-2 Moo 3,
Bophut, Koh Samui
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 422 255




Boleh menonton tv sambil berendam dalam bath tub.





2) Pavilion Samui Villas & Resort
124/24 Moo 3, Lamai
Samui, Surathani Thailand
GPS: 9.46803,100.047797
Tel: +66 (0) 77 424 030
Faks: +66 (0) 77 424 029
Email: info@pavilionsamui.com

Ni kat entrance. Cantiknya orkid...





Resort ekslusif dengan hiasan Thai kontemporari di Lamai Beach. Review dan lebih banyak gambar di blog post yang lalu.


3) Al's Resort
200 Moo 2, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani 84320
Thailand
T: 66-77-300561-2, 231650
F: 66-77 231654, 230756
E: info@alsgroupsamui.com



Resort ini lokasinya strategik di tengah bandar, staf yang accomodating dan ada airport shuttle. Walaupun di bandar tapi tak terganggu dengan kebisingan. Nak shopping pun senang. Makanan halal pun mudah didapati.

Review dan lebih banyak gambar di blog post yang lalu.


4) Celes Beachfront Resort
175/3 Moo1 Thaveerat-Pakdee Road
Bophut, Koh Samui, 
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 425 494

Celes Beachfront Resort ialah sebuah resort percutian yang baru sahaja dirasmikan pembukaannya Julai lalu. Ai belum sempat merasa tidur di tilam empuknya lagi. Ia dibawah syarikat yang sama menguruskan Koh Samui Villa tapi yang itu 3 bintang, Celes 5 bintang.

Setiap bilik dan villa lengkap dengan kemudahan terkini seperti sistem hiburan dan wifi untuk keselesaan tetamu. 

Lebih menariknya, ada beachfront outdoor saltwater pool, fitness center, spa dan restoran yang juga menghadap laut. Nak belajar memasak, berkayak atau Muay Thai pun bisa diatur. Ada free kids activites, melukis atas kelapa.

Hanya 15 minit dari lapangan terbang, Celes menawarkan 68 bilik dan empat villa. Biliknya luas beb.


Privacy terjamin!

Tengok tu...ada tempat melepak dalam kolam.


Bilik air menghadap swimming pool. Pool pula tepi laut.


5) The Treasure
118 Moo 2 T.Taling-Ngam
Koh Madsum, A. Koh-Samui
Surathani, 84140, Thailand
Tel : +66 (0) 77 953 009, +66 (0) 81 8955095
rm@thetreasureresorts.com

Resort ini setengah jam menaiki bot dari Koh Samui. Air laut di depannya sangat jernih, banyak karang dan very private. Tiada ATM, restoran makanan segera, kereta, shopping mall dan rumah persendirian. Sesuai sangat untuk honeymoon. Uols bila hornymoon bukan nak jumpa orang sangat kan? 😍😍😛 Katil king size lagi dia bagi.

Setiap 37 di The Treasure are free-standing individual units, setiap satu ada balkoni atau ruang santai dengan lengkapan berkualiti tinggi. Resort ini banyak menggunakan kayu jati dan buluh yang dijadikan pagar pemisah.

The Treasure boleh menguruskan pengangkutan pergi balik ke Samui International Airport menggunakan bot panjang atau speed boat. Ai ada share video resort ini di insta. Di website The Treasure pun ada (bukan video ai lah).

Jom tengok gambar sebahagian villa di The Treasure! 



Bilik yang ini pelik jugalah pada aku sebab bath tub dokek tongah rumah. Tak biaso jumpo camni doh... bilik aku di InterContinental Hua Hin dulu bath tub di belakang katil dan diletakkan penghadang. 




Nak villa yang bagaimana?

Public pool ada dua. Yang ini di depan restoran.

 


6) Chaba Cabana Beach Resort
160 Bophut, Bo Put
Ko Samui District
Surat Thani 84320, Thailand
Phone: +66 77 231 350

Apa daya tarikan utama di resort ini?? Lautnya ! Sangat jernih airnya.





Ada shuttle ke Chaba Samui Resort, a sister resort to Chaba Cabana. ⇓



7) Nora Buri Samui Resort & Spa
111, Moo 5, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani, 84320, Thailand
Phone: +66 77 913 555

Resort ini sangat besar dan menarik, siap ada jalan underground untuk melintas ke villa di beach side. Mereka ada ballroom yang besar untuk berapa ribu eh..er..lupa dah, tapi ramailah boleh masuk. Rasanya yang terbesar di Koh Samui.



Jika membawa kanak-kanak, kita perlu menandatangani "surat pelepasan tanggungjawab" jika menginap di bilik ini sebab ada pool di depan. Hebatnya, aircond akan tertutup secara otomatik sekiranya pintu dibuka. Smart invention untuk menjimatkan tenaga.


Seperti kebanyakan resort lain, dua shower di sediakan di setiap villa. Dalam bilik dan open air.

Dalam banyak banyak resort yang aku pergi rasanya swimming pool Nora Buri lah yang paling best.

Best kan semua resort ni? Bagaimana untuk membuat tempahan? 

Di Agoda lah. Klik sini.

Nak tahu di mana restoran makanan halal di Koh Samui? Jemput baca di sini.


#DekatJe | 10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia Untuk Mengisi Cuti Semester

$
0
0

10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia Untuk Mengisi Cuti Semester | Assalamualaikum and hi! Cuti sekolah kembali lagi and I would love to suggest some places to unwind with your beloved ones. Anak-anak ai pun hendak dibawa mengambil angin terutama yang akan menduduki UPSR dan PT3. Kasihan yang darjah enam tu, dah dua minggu 'dikurung' di sekolah hingga jam 10 malam. 


Mari kita lihat dan rancang percutian bersama-sama ya.

10 Lokasi Percutian Menarik di Malaysia:

1) Taman Burung Kuala Lumpur @ KL Bird Park
920, Jalan Cenderawasih
Perdana Botanical Gardens
50480 Kuala Lumpur
Tel: +60 3-2272 1010
Waktu beroperasi: 9pagi - 6 petang

Tempat ini memang saaaangat bagus untuk kanak-kanak! Burung besar lepas bebas bergerak di dalam 'sangkar' besar. Kita pun berada dalam sangkar itu, the "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary"


Jadual aktiviti di KL Bird Park:

Zone 1
Time : 10.30am
Location : Next to Brahminy Land
Activity : Free Fying Bird Feeding


Time : 2.30pm
Location : Brahminy Land
Activity : Eagle Feeding


Zone 3

Time : 11.30am
Location : Hornbill Park
Activity : Hornbill Feeding


Zone 4
Time : 9.30am / 5.30pm
Location : Photo Booth
Activity : Bird Photography

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : Flightless Birds
Activity : Ostrich Feeding

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : World of Parrots
Activity : Lory Feeding

Time : 12.30pm / 3.30pm
Location : Amphitheatre
Activity : Bird Show

Time : 4.00pm
Location : Waterfall Aviary
Activity : Miky Stork Feeding



KL Bird Park berada di kawasan hijau Kuala Lumpur. Ada beberapa lagi tempat menarik seperti Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tun Abdul Razak dan Memorial Tun Hussein Onn berdekatan. Dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen keretapi Kuala Lumpur boleh je berjalan kaki (positif... bakar lemak!). Lebih banyak gambar di sini.


2) Kuala Lumpur FREE Heritage, Cultural & Nature Guided Walk
Yang ini percuma sahaja. Hanya perlu berkumpul di tempat tertentu pada waktu yang ditetapkan. Bagus ni untuk belajar sejarah negara... memang kena sangatlah masanya menjelang Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini. Berbaur rasa hati, kagum gembira sebak sedih geram semua ada (kalau dah tahu serba sedikit tentang sejarah Tanah Melayu-Malaya-Malaysia lah).

Usaha ini telah dipelopori oleh Tourism Kuala Lumpur yang berada dibawah Biro Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pelancong diberi empat pilihan iaitu:

1) Kuala Lumpur Heritage Trail
2) Old Kl & Nature Walk
3) Jalan-Jalan at Kampong Baru
4) Kuala Lumpur Night Walk



3) Sky Mirror @ Sasaran, Kuala Selangor
Sky Mirror Tour & Travel Sdb Bhd
15, Jalan Yu 1,
45800 Pekan Sasaran,
Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)
Email: skymirrortour@gmail.com
Web: https://www.facebook.com/skymirrortour/

Sangat unik! Fenomena yang berlaku hanya kira-kira 10 hari dalam sebulan di waktu yang berlainan. Tempahan pakej adalah wajib. No walk-in okay. Tips sebelum ke Sky Mirror ada di sini.



4) The Shore Toy Museum
Tingkat 1, The Shore Shopping Gallery
193, Pinggiran Sungai Melaka
Jalan Persisiran Bunga Raya
75100 Melaka
Tel : 06-2829966

Waktu beroperasi:
10.30 pagi hingga 9 malam. Kemasukan terakhir jam 8 malam.

Harga tiket :
Dewasa : RM30 seorang
Kanak-kanak : RM20 seorang


Selain Toy Museum, ada 3D Interactive Park, Oceanarium Melaka, The Sky Tower Melaka, Sky Deli dan River Quay Dining & Lounge. Sebelah Kampung Morten tu aje. Lebih banyak gambar di sini.

Dari Sky Tower tu kita boleh nampak kawasan Bandar Hilir. Jika kita menyewa hotel di kawasan tersebut, tak perlu bawa kereta, berjalan je lah ke semua tempat. Dari A Famosa, istana, Jonker Walk dan lain-lain. Dah penat kita naik Melaka River Cruise.


5) Bandaraya Ipoh
Aku pernah blogkan dulu Tempat-tempat Menarik di Ipoh. Ipoh istimewa dengan tinggalan sejarah dan MAKANANNYA. Tak perlu risau kalau hotel tak include breakfast sebab kita boleh jalan jalan cari makan di sana. Setiap pagi Ahad ada flea market. Nak senang naik ETS je dari KL Sentral. Habis explore Ipoh naik ETS lagi sampai Padang Besar pula heheh..


6) Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng
Minat anak remaja tak sama dengan anak-anak bersekolah rendah. Mereka selalunya lebih sukakan sesuatu yang adventurous. Eloklah kita galakkan supaya mereka menjadi aktif dan belajar menikmati serta menyayangi negara sendiri. Galakkanlah anak-anak lelaki menjadi 'jantan' dengan aktiviti lasak. Bimbang juga kan bila memula mendaftar semester satu di universiti elok je lelaki, masuk semester dua dah meliuk-liuk hmmm...

Selepas flying fox kita sambung tubing di Sungai Kampar. Syok sangat aihh.. ada beberapa pengendali pakej diantaranya Nomad Adventure dan Radak Adventure. Kiranya satu hari tu habis di Gopeng sajalah. Ipoh dan Gopeng lebih kurang sejam je jaraknya.

Ada orang tu kan.. dia kata, "telur saya dah hilang ni kak" hahahahah... dalam debar dan takut dia terpaksa juga buat flying fox ni sebab nak patah balik pun bukan senang. Ya Allah best sangat!

Selain Gua Kandu, Gua Tempurung juga tak kurang menariknya untuk dilawati. Tiket masuk pun murah.


7) Berehat di Pulau-Pulau Terengganu
Negeri Terengganu dianugerahkan pulau-pulau yang sangat cantik dengan air yang jernih dan hidupan laut yang banyak dari pelbagai spesis ikan. Tidak adil untuk mengatakan hanya Pulau Redang sahaja yang indah. Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Kapas, Tenggol, Gemia.. sekadar menyebut yang diketahui. 

Pulau Tenggol terkenal menjadi lokasi penyelam skuba. Begitu juga Pulau Bidong. Jika tak sanggup pergi jauh ke tengah laut berehat sahaja di Pulau Kapas, hanya 15 minit menaiki bot dari jeti Marang. Bulan Oktober hingga Februari pulau-pulau ini akan ditutup akibat angin monsun jadi ambillah peluang cuti sekolah seminggu ini untuk ke sana.

Snorkeling di Taman Marin Pulau Pinang, berhampiran Pulau Redang. 

Gambar sewaktu mencandat sotong di perairan Pulau Redang. Kalau minat memancing boleh sewa bot.

Dah nak pilihanraya ni kan banyak betul rombongan ke Kelantan dan Terengganu tetapi bila ke Terengganu tu balik balik pergi Pasar Payang dan Masjid Kristal. Banyak lagi lokasi pelancongan menarik di negeri yang satu ini... ada Lorong Seni di Kampung Cina, boleh berkayak di Kuala Berang, ada muzium yang terbesar di Asia Tenggara... boleh tengok Batu Bersurat di dalamnya... ada Tasik Kenyir, elephant sanctuary... eh banyak lagilah.


8) Kundasang, Sabah.
Tak perlu diperkenalkan lagi kot? Jika trip anda 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu, ai cadangkan untuk tidur dua malam di Kundasang. Suasananya nyaman dan sejuk serta terlalu banyak tempat yang boleh dilawati. Kalau bebudak ni dah 'tersangkut' di Hot Spring, mereputlah kita menunggu mereka habis mandi. Jangan tak naik pula canopy walk tu. Huh best, berayun-ayun! 😅

Sayuran pun segar dari ladang. Campurkan salad, tomato ceri, stroberi, kismis dengan Thousand Island Sauce je pun kemain sedap. 

Sila baca di sini untuk cadangan percutian anda di Kota Kinabalu - 13 Tempat Percutian Menarik di kota Kinabalu.

Desa Cattle Farm di Kundasang. Macam kat New Zealand uols...


9) Berehat di Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala
Jadikan tempat ini sebagai base untuk melawat berbelas lokasi pelancongan menarik Di Port Dickson. Jika kita ni sejak dulunya tinggal di bandar, tinggal di rumah pangsa/apartment/kondominium... pasti akan terasa betapa nyamannya dikelilingi kehijauan. Bilik dan dorm disediakan, boleh juga pasang khemah dan buat bbq. Lebih banyak maklumat di sini.

**Zaman ini hanya orang kaya sahaja mampu tinggal di celah pokok. Kalau tak percaya pergilah melawat kawasan perumahan elit di bandaraya

Jangan lupa untuk ke perkampungan orang asli Bukit Kepong. Bersih kampungnya dan rumah indah bercat malah pokok orkid hidup segar dan cantik dari spesis yang berlainan. Pepandailah bawa diri bila masuk ke kampung orang ya.



 10) Menonton Kuala Lumpur Sea Games 2017
Tak nak pergi jejauh? Jom kita support our athletes in Sea Games! Bukan selalu dapat tengok temasya sukan kali ke-29 ni kan? As of now we are still leading. Harap harap #KitaJuara !


Cuma nak pesan, atlit tu menteri ke...raja ke... rakyat marhain ke... kita SOKONG je semua. Para atlit dan pegawai tu dah bersusah payah berkorban masa dan tenaga untuk menaikkan nama Malaysia, supaya Malaysia menjadi hebat dalam sukan. They have cracked their head, injured their body so that we can feel great again. Tak payahlah kita berbalah perkara yang tidak perlu di waktu ini. Kita kan rakyat Malaysia? Orang luar tak tahupun kita ni orang Selangor ke.. orang Perak ke... orang Johor ke... yang mereka lihat kita semua ni adalah RAKYAT MALAYSIA. Lainlah kalau dah keluar dari Malaysia. 


Hah apa lagi? Packing lah cepat.


Viewing all 1029 articles
Browse latest View live