Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1029 articles
Browse latest View live

Cari girlfriend yang pandu kereta manual

$
0
0

Betulkan bos? hehe... aku memang nakkan kereta manual. Tak mencabar lansung pandu kereta automatik di Seremban ni. Melainkan kalau aku bekerja di KL/Selangor/Penang/JB yes nak kereta automatik. Boleh cramp kaki tekan clutch.

Chinese New Year In Thailand 2016 | The 4x4 Roadtrip

$
0
0

Chinese New Year In Thailand 2016 | The 4x4 Roadtrip | Assalamualaikum and hello! Maaf ya dah lama tak update blog due to kesibukan dengan hal duniawi that made me emotionally unstable and  stressed. Luckily i received an invitation from Tourism Authority of Thailand untuk explore selatan Thailand bersama 4x4Malaysia.com by road. Ya Allah lega sangat, ingatkan cuti sekolah 9 hari ni kerja aku masak masak masak sampai kembang tangan hahaha.... Nasib baik sempat masak lauk-pauk untuk mereka yang tersayang dalam masa beberapa jam yang ada tu (aku baru sampai dari Kedah masa tu, tak dan nak berbaring meluruskan pinggang lagi).



Call time 7 pagi di KL and someone yang belum aku kenali dalam group ni ajak aku bermalam di rumahnya sebab bimbang aku kelewatan. Aku menolak sebab tengah prepare nak masak, banyak raw food yang aku beli.  Baiknya... aku cakap dalam hati.

Kami berkumpul di BHP Karak hungga 8.30am. Toilet kat sini halahiii.... dah makan minum baru masuk ye. Aku bantai tidur je dalam kereta, letih nau! Besarnya negeri Kelantan tu kan, aku berapa kali tidur bangun tidur bangun tak keluar keluar lagi dari negeri Cik Siti Wan Kembang tu.
 

 
 
Sungai Golok, Narathiwat, Pattani, Hatyai, Krabi, Satun dan beberapa daerah lagi membentuk selatan Thailand yang tidak asing bagi rakyat Malaysia terutama dari Kelantan. Pekan Sungai Golok sangat dekat dengan border Malaysia/Thailand dan mempunyai sejarah panjang dengan Kelantan. Imigresen Su-ngai Kolok tak ambil 'upah' macam yang selalu kita dengar tu, mereka pulangkan semula 'upah' tu semasa serahkan passport. Tak macam border official Cambodia yang openly minta 200 baht dari aku masa nak masuk Aranyaphrathet tahun lepas. Lahabau betul!!
 
Tak Bai dahulunya sebahagian negeri Kelantan tetapi diserahkan British kepada Siam dengan penyerahan Wat Chon Tara Singhe di Narathiwat. Sebenarnya lebih banyak kita berjalan maka lebih seronok mempelajari sejarah negara sendiri. Tak boleh nak harapkan buku teks sekolah saja.
 
Yang menariknya penggunaan Bahasa Melayu Kelantan menjadi bahasa perbualan utama di selatan negara Gajah Putih ini. Kecek Klate jah... Kalau kita berbahasa Inggeris mereka akan tanya, boleh cakap Malai (Malay)? Halal food are aplenty. Jenuh makan weh. Tekak kita dah biasa dengan makanan Thai so semua rasa sedap. Dedulu aku suka masuk Betong untuk makan tomyam sebab tak jauh dari rumah mak mertua. Balik nanti nak try buat tomyam siakap cara asli Thai. Tomyam putih tu.
 
 
KENAPA MELAWAT SELATAN THAILAND?
Thailand berganda besarnya daripada Malaysia jadi sudah pasti lebih banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Biar apa pun jenis pelancongan yang kita minati tak kira bermain golf, shopping, alam semulajadi, pantai dan lautan serta keagamaan, Thailand ada kesemuanya.
 
English bukanlah bahasa utama di sana malah jika kita keluar dari Bangkok sangat sedikit orang yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tetapi Thailand menerima lebih ramai pelancong dari Malaysia. Why?? Yang aku nampaklah kan... selain produk ialah HOSPITALITY. Err... janganlah sampai kita tak nak belajar bahasa inggeris lansung... itu bahasa antarabangsa tetapi belajarlah untuk hidup bukan untuk lulus peperiksaan.
 
Selatan Thailand dengan majoriti penduduk muslim agak sunyi sekarang ini selepas beberapa insiden pengeboman di lokasi BERBEZA. Sebenarnya pelancong bukanlah target pengganas ni tetapi kekadang kita berada di tempat yang salah di masa yang salah. Nak nak lagi bila berita tersebut digembar-gemburkan oleh BBC, CNN dan sebagainya. Mereka mengalami islamifobia. Macamlah di negara diorang tu semua orang baik-baik belaka. Berapa ramai budak sekolah kena tembak di sekolah dan semasa camping oleh bangsa yang  seagama (ada agama ke?) dengan omputeh tu sendiri? Bali dua kali dibom tetapi masih ramai Australian dan pelancong barat lain ke sana kerana majoriti penduduknya bukan islam. Kalaulah betul pengebom tu orang islam, there are NOT practicing the islamic teachings. Beratus juta orang islam di dunia ni takkan perangai busuk yang segelintir tu nak dijadikan benchmark? 

Sambung cerita CNY roadtrip.
 
Kami singgah di Narathat Beach. Best jer lepaking kat sini... yang berjualan pun ramai. Central mosque pun dekat cuma mana entah public toilet. Jujurnya, pantai ini mungkin akan meriah semeriah pantai lain sekiranya tidak berada di selatan Thailand. Industri pelancongan sangat sensitif kepada berita-berita buruk seperti keganasan, bencana alam dan penyakit. Ingat lagi masa isu SARS meletup dulu? Sunyi sepi KLIA. Aku siap boleh naik kat penimbang beg tu nak timbang berat badan sendiri hahhahahaha.... (masa tu aku kena pergi KLIA setiap minggu).
 
Owh... aku baru je tahu di Betong sana ada tempat sejuk bernama Hala-Bala. Masuk wishlist dulu.
 
 
 
 
ITINERARY 6 DAYS 5 NIGHTS ROADTRIP TO SOUTHERN THAILAND /
ATURCARA 6 HARI 5 MALAM PERJALANAN DARAT KE SELATAN THAILAND

Day 1
Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Golok (510km). Check-in at Green Garden Hotel.

Deretan karaoke bar di Sungai Golok. Takdelah best sangat pun pusat hiburan di sini kecuali di dua buah hotel besar. 

 Sila contact Steven if you wish to follow his roadtrip. Jangan tanya fasal kerepek tu pulak.
 
Chao Mae Tomo Shrine at Sungai Golok


 
Sirindhorn Peat Swamp Forest




Koh Yao Fishing Village, Tak Bai, Narathiwat
 




Wat Chon Tara Singhe, Narathiwat
 


Wadi Al Hussein Mosque
 


Day 1
Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Golok (510km)

Day 2
Golok-Narathiwat (70km)

Day 3
Narathiwat-Pattani (120km)

Day 4
Pattani-Pa Phayom (284km)

Day 5
Pa Phayom-Hatyai (240km)

Day 6
Hatyai-Kuala Lumpur (550km)


Between cities/districts taklah jauh sangat kecuali Pattani ke Phayom. Oleh kerana ini trip Chinese New Year jadi rombongan ini melawat tokong dan wat di setiap daerah yang kami singgah. Mereka sembahyang, aku ambil gambar je lah. Sesaja nak masuk temple memang taklah kan? Peluang belajar budaya masyarakat lain gunakan sebaiknya. Semoga kita lebih memahami dan bertoleransi selayaknya. First time masuk klenteng dulu di Semarang.

Yang paling aku kagumi sebuah masjid kayu berusia lebih dari 300 tahun bercirikan rumah tradisional Melayu yang masih utuh di Narathiwat, Masjid Wadi Al Hussein. Ada sebuah al quran bertulisan tangan berusia hampir sama tetapi disimpan oleh bilal kampung tersebut. Kita yang muslim ni kalau buat trip jelajah selatan Thailand sila masukkan dalam itinerary ke masjid bersejarah ini. Ada sawah padi menghijau sepanjang jalan masuk ke masjid berlatarbelakangkan Gunung Budosuhaipadi (betul kot aku eja tu) yang banyak hornbills dan pokok gold leaf yang menjadi produk ikon daerah ini. Elok juga kalau kita dapat melawat dan memberi sedikit bantuan kepada anak-anak yatim. Cuba bayangkan anak kita yang yatim tu, sedih kan?

Orang lain pelihara masjid lama yang kita ni asal ada yang lama je nak dirobohkan buat baru hmmm... Kekadang masjid cantik tapi takde soul. Masjid lama yang dibina dengan penuh kecintaan kepadaNya masih digunajan sehingga sekarang. Sayangnya kami sampai sebelum zohor jadi aku tak dapatlah bersolat di sini.

Kalau nak beli souvenir gold leaf (daun emas) ni carilah di kedai OTOP. Cantik dan murah, siap frame. Makcik pakcik kayo ni beli lah, mereka naik Pajero/Land Rover... aku ni nak menyambung ke Krabi naik bas, tamatlah kuxury semua ni heheh... alhamdulillah.
 
 
Roadtrip with 4x4Malaysia.com
Ini adalah kali pertama aku mengikuti roadtrip bersama Pajero Club. Owner 4x4malaysia.com, Steven, mula melakukan roadtrip sejak tahun 1996 yang pada asalnya untuk pertandingan. Bila semakin ramai yang nak ikut maka dia pun buat pakej dengan bayaran tertentu. Kenderaan kita punyalah (atau pinjam), fuel sendiri. Untuk trip Thailand ni ahli rombongan dapat bayar sendiri makanan dan hotel tetapi untuk perjalanan yang lebih jauh sehingga je Tibet, Siberia, Afrika, London peserta perlu membayar sejumlah wang yang bukan sedikit. Kepuasan tu yang penting. Sebab itulah kebanyakan orang yang menyertai aktiviti macam ni berumur late 40s-60s, kena mengais dulu masa muda. Takpun kena ada bisnes sendiri... bos mana yang nak bagi cuti sampai 65 hari terus-menerus oi!

Banyak perkara baru yang aku belajar seperti cara-cara berkonvoi yang betul, ketepatan masa, kesabaran, cara memberi arahan. Yang paling mahal, menghadapi situasi sedih bila salah seorang peserta meninggal dunia. Perlu berurusan dengan embassy/consulate lagi... Mujur passenger, kalau driver silap haribulan nama aku pulak naik kena drive balik KL... matilanakkkkkk...

Kita tunjuk gambar sesikit dululah ye nanti kita buat entry satu-persatu.

 
**
 
Terbaru, kawan di Satun kata ada ladang bunga matahari 35km dari Satun. Ada pilihan selain Lopburi. Dia ni suka meracuni fikiran tau!
 

Motivasi pagi | Kita Serupa So Please Respect Each Other

$
0
0
Khalid Latif's photo.
A sign making its way through the streets of NYC


***Apa kejadahnya mengejek orang lain makan babi? Rasulullah s.a.w. mengajak orang masuk Islam dengan akhlak baginda yang baik. Mengajak secara hikmah.

Namun begitu pemimpin islam yang beriya-iya bersetuju dengan perancangan membuka ladang penternakan babi yang sangat luas, menekan pegawai untuk meluluskannya, pegawai yang redha untuk meluluskannya dan pihak yang tidak mengambil tindakan keatas ladang haram,  memang perangai khinzir betullah. 'Sapu' selagi ada. Besar hikmahnya bila diserang penyakit berbahaya dulu tu.

Lagi satu, orang yang suka provoke umat islam pun perangai macam khinzir.

Pertahankan agama islam, hormati agama orang lain


Uji Minda Dengan Soalan KBAT

$
0
0

Dah lama sangat bercuti kan.... penuh pusat urutan di Hatyai semalam dengan warga Malaysia.
 
Mari kita refresh minda di pagi Isnin ni dengan soalan KBAT. Jawapan untuk soalan KBAT sepatutnya boleh apa sahaja. Kalau Kementerian Pendidikan Malaysia tetapkan jawapan tertentu tak payahlah buat KBAT.
 


Motivasi Pagi | Meletakkan Had

$
0
0

Meletakkan Had | Belajar untuk mengatakan TIDAK tanpa rasa bersalah. Meletakkan had adalah bagus. Kita kena belajar untuk menghormati dan mengambil berat tentang diri sendiri.



Pernahlah aku attend satu wedding ni beberapa tahun lepas. Pengantin daripada keluarga sederhana tinggal di flat. Untuk keselesaan, mereka mengadakan kenduri kahwin di sebuah pusat komuniti.
 
Semasa dalam proses perancangan sebelum majlis berlansung, ada seorang makcik si pengantin perempuan yang mempunyai pertalian saudara dengan bapanya memohon untuk menumpangkan anaknya bersanding. Si bapa serba salah. Biasalah orang Melayu... ditelan mati emak diluah mati bapa. Konon nak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung pula tak berselerak. 
 
Anak si makcik dah bernikah tetapi tak disandingkan di atas pelamin kerana tak cukup bajet. Pengantin sebenar (kita namakan Che Ta lah ye) tak terkata apa kerana bapanya dah bersetuju.
 
Di hari persandingan, pengantin yang nak menumpang tu dah bersiap dari rumah dan lagi gempakkkk daripada Che Ta. Aku dan Che Ta ingatkan dia nak tumpang bergambar di pelamin saja selepas Che Ta siap bersanding. Si makcik ni yang sama-sama duduk di dalam bilik persiapan tak sudah-sudah menuruh Che Ta cepat bersanding. Masa tu baru pukul 12 dan Che Ta sepatutnya berarak pukul 1.30 tengahari. Dipaksanya suami Che Ta telefin keluarga supaya datang segera. Benganglah mamat tu. Spoil mood betul!
 
Bayangkanlah betapa 'bengkeknya' Che Ta dan suami dia sampai satu tahap mereka keluar dari bilik tu nak sejukkan hati. Majlis diorang tu.... dan modal mereka yang keluarkan. Kalau kena kat aku kecik besar kecik besar je makcik tu aku nampak. Masa tu aku pun geram tapi diam sajalah, takkan nak masuk campur hal keluarga orang. Buat kerja sendiri sudah.
 
Bila Che Ta tak layan permintaan dia, dia anak-beranak balik, merajuk. Padan muka. Agak-agaklah... takkan nak bersanding di majlis orang. Berpada-padalah nak minta tolong orang pun. Mentang-mentang bersaudara janganlah sampai memijak kepala.
 
Pengajarannya, jika sesuatu perkara tu tak sesuai dengan kita tolaklah elok-elok. Jika perlu berikan jawapan yang logik di akal. Perkara serius seperti majlis perkahwinan ni jangan pepandai nak bagi jawapan sendiri, berbincang dahulu dengan keluarga terutama si pengantin (dan mak pengantin). Majlis dia kot? Itu majlis meraikan anak/adik kita kan? Lainlah jika semua bersetuju.
 
 
 

Jangan salahkan Tuhan

$
0
0

Jangan salahkan Tuhan | Aku dan beberapa lagi kawan termasuk dalam golongan obes. Apa yang nak dihairankan Malaysia kan makmur... makan dan makanan sentiasa berlebihan, sedia ada 24 jam.


Aku adalah berusaha sikit-sikit tapi tak istiqamah. Dari Ramadhan sehinggalah pergi Hong Kong-Macau seminggu selepas raya berat badan dah turun 7 kg! Cuba bayangkan betapa gembiranya aku... tapi sekejap je lah lepas tu naik balik 3kg dan terus statik. Semua orang makan takkan aku tak makan pulak kan? haha...

Kawan aku ni tak berusaha lansung, pandai pulak komplen sakit lutut la.. sakit tumit la... berpantang bersalin bukan main lagi, semua tak boleh makan. Bila dicadangkan untuk menurutkan berat badan dia pandai sangat menjawab. Katanya,

alah... kawan dia si polan makan ubat kurus itu ini tak kurus pun.

alah... kawan dia dah cuba diet tapi tak kurus pun.

alah... kawan dia kawan dia...ko tu bila nak diet??

Yang tak boleh blah bila dia jawab, makan je lah.. dah tuhan nak bagi jadi besar!

Bengang pulak aku mendengar jawapan last tu so aku pulak jawab, "dah ko makan 2 pinggan Allah bagilah saiz 2 pinggan! Cuba ko makan suku pinggan je mesti bertukar jadi Neelofa!". (aku balas dalam hati je lah, kang kecik hati pulak hahaa...).

Berusaha-berdoa-bertawakal.

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Sungai Golok

$
0
0

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Sungai Golok | Tak sabar rasanya nak berkongsi pengalaman mengembara berkereta ke selatan Thailand. Pengalaman pertama yang manis namun terselit kisah sedih bila salah seorang peserta kembali kepada sang Pencipta. Sempat berbual dengannya ketika dinner di Narathiwat kerana kami duduk semeja, "She cannot speak English, only Chinese and Malay", kata adiknya. Sekejapnya...


 

Kami berkumpul di BHP Station, Karak. Breakfast dulu di sini sementara menunggu semua berkumpul. Toilet di belakang tu perghhh... siapalah PBT-nya eh? Atau dikira private property? Berbeza sangat dengan tandas di RnR PLUS highway.
 
Boleh dikatakan setiap dua jam Konvoi 4x4 CNY in Thailand 2016 akan berhenti di petrol station tertentu untuk 'pee-stop' hehe... Aku salute dengan semua drivers yang mampu memandu secara terus-menerus. Kalau aku sure mengantuk bila matahari mula naik. Kecikkk je mata. Petronas Macang By-Pass design baru lah, menarik. Tandasnya pun empat pintu siap dengan sinki untuk bersihkan baby. Hairan akak dengan butang flush yang siap ber-grill dan bermangga, tak nak orang guna kaki agaknya. Well, mentaliti 3rd world country tu kan masih ada.
 
Kami berhenti makan tengahari di Hentian Gua Musang. Bagus RnR ni, ada banyak pilihan makanan, kemudahan surau dan tandas yang banyak. Mungkin ramai sangat pengguna serentak yang menyebab tekanan air menjadi rendah. Untunglah berniaga time sesak cuti panjang Chinese New Year... tersenyum lebar tauke kedai.
 
Kami sampai di border Malaysia-Thailand pukul 6.15 petang. CIQ Rantau Panjang dibuka sehingga jam 10 malam setiap hari manakala imigresen Sungai Golok (Su-Ngai Kolok) sehingga pukul 9 malam (waktu Thailand). Negara Siam lewat sejam dari Malaysia so samalah waktu buka/tutupnya.
 
Su-ngai Kolok Boundary Post
 
 Perkampungan muslim di sempadan Malaysia-Thailand
 
Dari CIQ ke bandar Sungai Golok tak jauh, boleh berjalan kaki kalau sanggup. Jika tak sanggup boleh sewa motor taxi berlesen seperti di atas. 
 
 

Syarat-syarat penting membawa kenderaan persendirian masuk ke Thailand:
 
1) Sila bawa geran asal atas nama sendiri.
2) Jika kenderaan milik orang lain, sila dapatkan surat pengesahan beserta geran asal.
3) Beli insurance di pejabat sempadan dalam RM30.
4) PASSPORT
 
 
Dua buah kenderaan kami 'sangkut' disebabkan :
 
1) Geran fotostat
2) Kenderaan di atas nama syarikat. Walaupun syarikat sendiri perlu ada surat pengesahan dan geran asal.
 
Ada orang kata boleh bawa geran fotostat yang disahkan oleh JPJ/polis, ada yang lepas masuk ke Thailand pun... tapi pada pendapat aku kalau kita berada di kampung di Kelantan nun dan sesaja nak masuk Thailand tak apalah boleh cuba try test, tetapi kalau dalam planned trip sebegini lebih baik kita patuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Nasib dua orang peserta tu baik kerana dilepaskan atas budi bicara pihak berkuasa mereka. Kalau tak, kena drive semula ke belakang sejauh 510km!
 
Kami menginap di Garden Hotel di Sungai Golok. Hotel lama tetapi selesa, ada swimming pool. Di Sungai Golok rasanya cuma ada tiga buah hotel yang besar. Hotel Genting yang terbesar dan meriah dengan bunyi-bunyian di waktu malam. Hotel ni tiada kena-mengena dengan Resort World Genting tu ya.
 
 Grand Garden Hotel, Sungai Golok
 
 
Daerah selatan Thailand terkenal di kalangan warga Malaysia terutamanya di Kelantan dan Kedah atas urusan jual beli, hiburan malam dan kahwin sembunyi heheh.... Kan selalu kita dengar orang kawin lari di Sungai Golok dan Narathiwat. Senang katanya, tak payah minta izin isteri pertama. Nak kahwin lebih tapi penakut. Tak payah buat lakilah jantan camtu dik oii.

Entertainment outlet di Sungai Golok biasa saja, tak macam Pattaya pun.
 

 Suasana malam di Sungai Golok. Mungkin agak sepi disebabkan masih di hari kedua sambutan Tahun Baru Cina.
 
 
Restoran Makanan Halal Di Sungai Golok
Bila berada di selatan Thailand anda tak perlu risau bab makanan halal nih, banyak! Malam tu kami makan di salah sebuah restoran muslim yang terkenal iaitu Haji Hussin King Restaurant, Musiapan Road, Sungai Golok. Uols kena cuba tomyam siakap, sedap!
 
Semasa di Pattani barulah ku tahu tomyam putih tu sebenarnya dicampur susu cair. Memula tak percaya juga sebab yang bagi tau tu lelaki... biar betul? heheh... Rencah lainnya biasa je, cili, halia, daun limau purut, daun ketumbar, serai dan daun sup yang dipotong sekerat.
 
Lepas makan ingatkan terus balik ke hotel rupa-rupanya Cikgu Ya yang menjadi pemandu kami di sana bawa minum teh tarik dan makan roti canai pulak... gemuk la ai !
 

 
Kisah Selatan Thai
Selatan Thailand dibahagikan kepada 14 wilayah. Satun, Betong, Sungai Golok, Narathiwat, Pattani, dan Yala antara bandar berada di wilayah selatan ini. Yang ini betul-betul selatan dan empat wilayah yang terakhir tu penduduknya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan selain bahasa Thai manakala Satun dan Betong menggunakan dialek Kedah. Hatyai, Krabi juga di selatan tetapi mereka tidak boleh berbahasa Melayu. Sampai juga aku di Hatyai, memang ramai orang Malaysia melancong ke sana.
 
Malaysia-Thailand dihubungkan oleh Segenting Kra. Ingat lagi tak subjek geografi kita belajar dulu? Terdapat beberapa wilayah yang dulunya milik Kelantan dan Kedah tetapi diserahkan kepada Siam atas beberapa sebab oleh penjajah dan penguasa Melayu. Bab serah menyerah ni dari dulu hingga kini orang yang tandatangannya laku saja yang boleh buat. Kena baca buku-buku sejarah lama kalau nak tahu lebih lanjut.
 
Pantai dan pulau-pulau yang berada di Gulf of Thai dan Laut Andaman memang sudah terkenal cerita keindahannaya di kalangan pelancongan asing hinggakan mek saleh yang satu bot dengan aku cakap, all are tourists, i didn't see locals. Memang pun... hinggakan lunch yang termasuk dalam tour package pun kena ambil kira selera mereka. Punyalah tak rasa Thai food lansung di restoran yang kami singgah tu.

Antara kawasan yang berada di sekitar Andaman Sea ialah Satun, Trang, Krabi, Ranong, Phuket dan Phang Nga. Manakala di Teluk Thai pula ialah Songkhla, Koh Samui, Khanom dan Samila. Pantai-pantai tu semua memang cantik belaka dengan pasir halus memutih, air membiru, batuan yang mengindahkan lagi pemandangan dan pengunjung yang ber-two-pieces belaka hahahaha....


To be continued.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

Thailand | Muslim Friendly Destination

$
0
0

Thailand | Muslim Friendly Destination | Mencari makanan halal dan masjid tidaklah susah ketika berada di Thailand terutamanya di wilayah selatan yang ramai penduduk muslim.


Untuk lebih memudahkan pelancong, Tourism Authority of Thailand telah menyediakan applikasi mobil percuma untuk kemudahan kita semua. Scan saja QR code tu untuk download apps. Nak cari masjid, restoran halal, arah kiblat... semuanya dapat dibantu.

Senang kan?



4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 1

$
0
0

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 1 | Okay, let's continue the journey.

 
Pagi tu kami yang muslim ni breakfast di sebuah restoran yang menghidangkan nasi berlauk yang penuh pelanggan. Bepa Nasi Ayam kot namanya. Popular betullah restoran tu. Kita yang nak jaga kesihatan ni kena request teh tarik kurang manis. Kecek Kelate jah.
 
Seperti yang telah diberitahu sebelum ni, selatan Thai dahulunya dikuasai Kelantan sebelum persempadanan semula oleh British. Sungai Golok pekan Cina, nak kahwin sembunyi pergilah ke Narathiwat nun, cuma 63km daripada sempadan. Keluar daripada imigresen tu drive ke kanan. Eh? hahah..
 
Yang aku perhatikan stesen minyak di kawasan yang berdekatan Malaysia 'mati'. Macam mana nak bernyawa kalau motor kapcai pun boleh seludup 70 liter minyak? Tapi pak menteri janganlah bagi alasan macam orang tak sekolah pulak bila naikkan harga minyak, nak elakkan penyeludupan katanya (sebelum diapungkan mengikut harga minyak dunia). Yang buat kerja jahat tu mungkin 50, mungkin 100 orang... takkan kami yang lagi 30 juta ni nak didenda pulak. We must have certain regulations with strict enforcement to curb the illegal activities.
 
 Macam kampung den jo haa.. lombu lepak tongah jalan
 
 
Bagaimana untuk ke wilayah selatan Thailand?
 
Boleh naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau naik ETS train dari KL Sentral ke Hatyai. Laju! Kalau ada geng boleh konvoi naik kereta atau motor. Di bandar-bandar sana bolehlah disambung perjalanan menggunakan tuk tuk, songteaw atau minibus. Kalau datang dari Bangkok boleh naik bas.
 
Sepanjang perjalanan di wilayah selatan ni kita akan melalui beberapa pos tentera. Perlahankan kenderaan, senyum, angkat tangan dan jalan. Sesetengah orang melihatnya sebagai kawasan yang tidak selamat. Eloklah kita anggap ia sebagai menambah ciri keselamatan. Beginilah, bila kita nampak security guards menjaga taman perumahan, apakah yang terlintas di fikiran kita? Adakah:
 
1) Kawasan tersebut banyak kes jenayah? atau
2) Supaya tidak berlaku jenayah?
 
Ia bergantung bagaimana cara kita berfikir. Bukan hari hari berlaku kes pengeboman. According to TAT official kes keganasan sebelum ini berlaku di kawasan yang jauh dari bandar.
 
 
Aktiviti lawatan hari kedua:
Oleh sebab ini program Chinese New Year in Thailand 2016, bolehlah dikatakan religous trail juga. Kami melawat tokong, kuil, wat dan masjid. First time aku masuk tokong dulu di Semarang. Beriya mak owner Hostel Imam Bonjol mengajak kami ke sana. Kali ni lebih banyak, dapatlah melihat budaya orang.
 
 
Chao Mae Tomo Shrine
Terletak di Soi Puthon, Charoen Khet Road daerah Su-ngai Kolok, wilayah Narathiwat. Para penduduk telah memindahkannya ke lokasi sekarang dari Ban Tomo di Amphoe Su Khirin. Berhala ini sangat dipuja oleh penduduk tempatan serta dari wilayah berdekatan termasuk penganut Budha dari Malaysia.

Setiap tahun diadakan festival pada hari ke-23 dalam kalendar cina (sekitar April) yang melibatkan upacara sembahyang, perarakan singa, seni akrobatik, persembahan gendang dan berjalan di atas arang yang panas membara.

 
 
 
 Seperti kita juga, nak mengajar anak sembahyang kena start dari kecil.
 

  
 
Sirindhorn Peat Swamp Forest Nature Research and Study Centre
Ia merupakan satu-satunya hutan paya gambut seluas 192km persegi yang masih tinggal di Thailand. Meliputi tiga daerah iaitu Tak Bai, Su-ngai Kolok dan Su-ngai Padi, kawasan menghjau dengan flora dan fauna yang masih banyak hanyalah sekitar 80km persegi.

Hutan paya gambut ini terjadi akibat pengumpulan air di dalam jangka waktu yang lama. Tumbuhan dan daun mati menjadikannya tanah organik yang mampu menyerap air dengan baik. Proses yang lama dan berulang-ulang ini ditambah dengan limpahan air laut suatu letika dahulu menjadikannya berlapis-lapis dengan lapisan terbawah dikatakan berusian 6,000-7,000 tahun, manakala lapisan teratas berusia 700-1,000 tahun.

Terdapat lebih daripada 400 spesis tumbuhan dan 200 spesis binatang dalam kawasan hutan yang dipelihara ini. Burung yang dikategorikan sebagai spesis terancam seperti Rufous-tailed Shama yang selalunya dijumpai di Sumatra, Borneo and Malaysia serta Malaysian Verditer Flycatcher hanya ada di Sirindhorn Peat Swamp Forest. Tiada di kawasan lain di Thailand.

Lokasi sebegini adalah sesuai untuk percutian keluarga. Kita dapat belajar sesuatu daripada alam semulajadi dan ia lebih menarik daripada berada di dalam kelas. Waktu paling sesuai untuk lawatan antara Februari dan April kerana kurang hujan. Elok juga dibawa kelengkapan melukis, teropong dan kamera untuk lebih menikmati suasana nyaman dalam kehijauan ini. Buat family photoshoot pun ngam (sila pakai baju berwarna kontras untuk kelihatan lebih outstanding). Hanya 10km dari pekan Sungai Golok, rugi kalau tak ke sini.

 






See.... pakai baju kaler terang okeh?
 


 

Cara untuk ke Sirindhorn Peat Swamp Forest:

1) Jika memandu kenderaan sendiri, sila gunakan Highway No 4057 (Tak bai-Su-ngai Kolok) kira-kira 5 km. Sila ikuti arah ke Chawananan Road dalam 3 km kemudian belok kiri dan memandu 2 km lagi.

2) Jika dari Bangkok lebih mudah dengan menaiki keretapi ke Su-ngai Kolok.

Waktu operasi : 8 pagi - 4 petang
Jangkamasa diperlukan : Minima 45 minit
Tiket masuk : PERCUMA

  
Wat Chon Thara Singhe
Wat ini beralamat di Moo 3, Tambon Chehe, di tebing Sungai Tak Bai. Pada tahun 1873, Phra Khru Ophat Phutthakhun memohon tanah daripada Phraya Kelantan untuk pembinaan kuil ini yang berada di kawasan majoriti muslim di Tak Bai.

Semasa pemerintahan King Rama V (1909) Malaya masih dibawah jajahan British. Kerajaan Siam pada ketika itu menyatakan bahawa oleh sebab ianya kuil Buddha maka ia sepatutnya kekal berada di wilayah Siam. British bersetuju lalu menjadikan Sungai Tak Bai (Klok River) sebagai sempadan. Dengan sebab itu juga kuil ini turut dikenali sebagai "Wat Phithak Phaen Din Thai" yang bermaksud kuil yang mempertahankan kedaulatan Thai.

Kuil ini mempunyai kawasan lapang yang luas siap dengan beberapa 'wakaf' di tebing sungai untuk berehat. Di dalamnya terdapat mural yang dilukis oleh sami Songkhla yang menggambarkan kehidupan Lord Buddha dan masyarakat tempatan di ketika itu. Muzium juga terdapat di sini tetapi kami tak sempat masuk.

 
 





Bagaimana untuk ke Wat Chon Thara Singhe?
Untuk melihat wat yang pernah berada di dalam Malaya ini, dari bandar sila gunakan Highway No 4985 (Narathiwat-Tak Bai) ke Tak bai District Market dan belok kiri dalam 100m ke pintu masuk wat.
 
 
Kami lunch di tepi sungai Tak Bai di pekan Tak Bai yang pernah menjadi kontroversi beberapa tahun dulu. Ingat lagi tak kisah duka di bulan Ramadhan tu?
 
Tenang je makan tepi sungai tu sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa selepas melawat Koh Yao Fishing Village. Kalaulah perkampungan nelayan ini mendapat lebih publisiti mesti ia akan menjadi salah satu tumpuan pelancongan yang menarik di selatan Thai. Very relaxing.
 
Pekan Tak Bai
 
 Jambatan baru menuju ke Koh Yao fishing village

 
 
 Nak cuba panjat pokok kelapa pun boleh.
 

 



 
See you in part 2.
 
 
 
 
 

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 2

$
0
0

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 2 | Sinetron bersambung lagi hehe..

Tambahan cerita Tak Bai. Penduduk Koh Yao fishing village yang cuma seramai 300 orang tu menggunakan bahasa Thai lama. Jarak pekan Tak Bai ke Taba Imigration Check-point cuma 4km. "Kurao salted fish" hanya dihasilkan di Amphoe Tak Bai dan dijual dengan harga setinggi RM1,500 baht sekilogram. Mahal giler ikan masin. Bolehlah hadiahkan kat bos, manalah tahu dapat naik pangkat nanti.
Sepanjang perjalanan setakat ini banyaklah aku nampak orang menjual petrol dan diesel seludup dari Malaysia. Sebut aje nak yang mana... Ron 92/95/97? Botol besar kecil dan bapakkk besar pun ada.
Selepas melawat tiga lokasi dan lunch kami berehat sebentar di Narathat Beach, Narathiwat, sebelum menyambung lawatan ke Shri Ganesha Statue yang bersebelahan dengan tokong dan wat yang dalam pembinaan. Seronok berehat di pantai tu... boleh berehat sambil makan makan, window shopping, mandi-manda atau menunggang ATV.
Aku rasa kawasan peranginan ini bagus cuma kurang popular di kalangan pelancong. Pelancong Malaysia selalunya ke Hatyai, Bangkok dan Chiengmai padahal nak ke Bangkok melalui jalan darat perlu melalui wilayah-wilayah selatan Thailand dulu. Pantai ni berdekatan kampung nelayan dengan bot-bot yang menarik hiasan badannya juga dekat dengan central mosque. Aku tak jumpa public toilet, kembung dah pundi kencing huhuu... tak sanggup pula nak masuk ke tandas yang ditunjukkan peniaga tu, macam tak proper je. Biasanya aku tak risau pun masuk tandas awam di Thailand sebab secara amnya bersih cuma di sesetengah tempat takde water hose. Mereka menggunakan hose yang kena press baru keluar air tu sebab tu takde air meleleh ke lantai. Lagipun BELUM PERNAH lagi aku nampak ada kesan tapak kasut atas toilet seat tu, apalagi air kencing macam kat China sana yukksss!
Perut masih kenyang jadi aku cuma membeli pisang goreng dan ais krim kelapa. Ais krim di sini murah cuma 25 baht, air kelapa 20b. Di Hatyai ais krim tu dijual 50 baht.  
Syok juga lepaking di Narathat Beach ni.




  Ciptakan pengalaman indah bersama anak.

 Perkampungan nelayan sebelum sampai ke Narathat Beach


 Nampak tak corak di badan bot tu? Berseni. Di kedai cenderahati ada dijual replika bot ni.

 Ais krim kelapa yang enak


Kemudian kami ke Shri Ganesha Statue. Yang ini itinerary tambahan.
Sesi berdoa.
 
Lokasi sebelah-menyebelah..




Malam tu kami bermalam di Ao Manao Resort yang berhampiran pantai dan Ao Manao Forest Park. Jika bermalam di sini jangan lajak sampai subuh gajah pulak sebab matahari yang terbit di sini adalah yang pertama di Thai. Kitalah orang pertama yang nampak matahari naik sebelum kawasan lain. Special tu.
Nota:
Sebelum terlupa, orang kata Amazon Coffee yang banyak terdapat di petrol station tu sedap.

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Narathiwat - Pattani 120km

$
0
0

4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Narathiwat - Pattani 120km | Waktu di Thailand berbeza sejam daripada kita. Aku set alarm pukul 5.30 pagi pun senang je nak bangun sebab dah 6.30 pagi waktu Malaysia. Otak kita dah diset macam tu kan. Takkan aku nak bangun pukul 7... dah 8 pagi di Malaysia tu... 

Bersemangat pagi tu nak melihat sunrise tapi mendung, dapatlah tengok cahaya matahari yang malap je. No luck.

Dalam konvoi ni arahannya senang saja, semalam dah diperingatkan, "tomorrow 7, 8, 9". Maksudnya wake-up at 7am, breakfast at 8, 9am check-out. Pukul 9am tu mula bergerak. Nak settle bil hotel silalah lakukan sebelum itu. Arahan diberi sekali sahaja. 
Selepas checked-out kami dibawa ke bandar untuk retail therapy. Gila ko... tiga hari berjalan baru dapat masuk kedai hahah... Kami dibawa ke kedai OTOP - One Tambon One Product - barangan di sini adalah dibawah Royal Project yang dinaungi Puteri Raja Thailand. Barangan yang dijual tidak terlalu banyak jenis tetapi harganya berpatutan. 'Golden leaves' yang siap frame tu rasanya less than RM100. Berebut membeli hinggakan barang yang bukan untuk dijual dan bekas meletak barangan jualan pun dibeli hahaha... krezi !

Golden leaf yang menjadi ikon selatan Thailand



Kemudian kami singgah di :

Phra Buddha Taksin Mingmongkol.
  

Aktiviti semalam agak packed so lawatan ke masjid di tunda ke hari ketiga. Pagi tu kami melawat sebuah masjid yang berusia lebih dari 300 tahun, Wadi Al Husein Mosque. Dianggarkan dibina pada tahun 1634 ketika menghampiri penghujung Kesultanan Pattani. Masjid kayu tertua di Thailand ini masih berfungsi dengan baik kepada komuniti islam yang ramai di kampung tersebut. Masjid (atau masayit oleh masyarakat tempatan) ini juga dipanggil Masjid Sam Roi Pi, Talo Mano, Telok Manok atau Talok Manok.
Diceritakan masjid ini dibina atas usaha Wan Hussein As-Sanawi, seorang guru yang berpindah ke Pattani pada tahun 1624. Sebuah quran bertulisan tangan yang seusia dengan masjid ini juga masih disimpan dengan baik oleh bilal. Muzium yang menyimpan artifak berkaitan islam juga terletak berdekatan kampung ini.
SENIBINA MASJID WADI AL HUSEIN DI TALOMANO, NARATHIWAT
Bangunan masjid ini kelihatan seperti rumah kampung dengan kombinasi senibina Cina, Siam dan Melayu. Keseluruhan bangunan kecuali tangga diperbuat daripada kayu cengal tanpa diikat paku, hanya menggunakan pasak. Bumbung asalnya yang diperbuat daripada daun nipah kini beratap genting.
Masjid ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian depan dimana terletaknya mihrab bersaiz lebih kecil dan mempunyai tiga lapisan bumbung. Di sinilah letaknya menara yang berunsurkan cina. Ruang solat yang lebih besar dipengaruhi senibina Thai manakala keseluruhan dinding adalah kombinasi Cina, Siam dan Melayu.
Di hadapan Masjid Talomano ini berdirinya Budo Su-ngai Padi National Park yang menjadi tempat membiaknya pokok daun emas/golden leaf (Bai Mai Si Thong atau Yan Da-o) dan berkumpulnya hornbill. Kat Pulau Pangkor pun ada banyak hornbill, dah tengok?








 Pasak



Bagaimana untuk ke Masjid Talo Mano?
Masjid ini terletak di Ban Talo Mano, Tambon Lubo Sawo, 25km dari bandar Narathiwat.

Gunakan Highway 42 dan masuk simpang di Ban Bue Ra-ngae.



Kemudian kami ke Chao Mae Lim Ko Niao Chinese Shrine, Pattani.

Terletak di A No Ru road, ia meriah pada bulan ketiga kalendar cina setiap tahun dengan perarakan berwarna-warni membawa patung Chao Mae di beberapa jalan di tengah bandar, berjalan di dalam api dan berenang merentasi sungai berhampiran Jambatan Dechanuchit.
 





Menggambarkan umur tokong ini.


Hari ketiga ni kami checked-in at C.S Pattani Hotel yang sangat selesa. Hotel ini berinspirasikan javanese/Bali dan menyediakan makanan halal. Bilik deluxe aku tu sangat selesa siap dinding kaca di kepala katil. Buku-buku yang menarik juga disediakan untuk mengisi masa.

Berdekatan pasaraya Big C, hotel ini lengkap dengan swimming pool. Beriya aku nak berenang, sekali check beg goggle je ada... baju renang tertinggal. Hmmm... pandang je lah swimming pool yang besar tu huhu..

Berehat di sini dulu.

**C.S. Pattani Hotel juga menyediakan pakaian renang tapi tak sesuai dengan imej muslimah.

Video Orang Hebat

$
0
0
Mari tengok video orang yang berbakat.

Why bother with expensive gear, when you're full of talent?

Klik sini https://www.facebook.com/Blanilla/videos/620165954755973/

Biasa dengar tak 'man behind the camera are more important than the camera itself?'

Orang hebat dicampak ke laut menjadi pulau. Kalau orang politik tak suka dia, dicampak ke pedalaman pun berkembang fahaman politik dia. Gitteww...


**tapi dalam fotografi lens yang baik itu penting (sigh. Belum mampu)




4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Pattani - Pa Phayom 284km... Uniknya Nhan Moddang Resort !

$
0
0

Pattani - Pa Phayom 284km... Uniknya Nhan Moddang Resort ! | Manusia merancang namun tuhan juga mempunyai perancanganNya tersendiri. Hari ini hari yang suram bagi semua peserta konvoi.

Sebelum ni aku dengar je cerita orang tentang kematian ahli rombongan sewaktu melancong ke luar negara, kini aku alaminya sendiri. Salah seorang peserta meninggal dunia selepas mengalami batuk dan sesak nafas singkat malam sebelumnya. Bila berlaku tragedi di negara orang proses pengurusannya bukanlah mudah ya.
Urusan di hospital, melaporkan kepada kedutaan atau pejabat konsulat, penghantaran pulang dan urusan penerimaan jenazah di tanahair. Itu belum lagi masuk isu emosi ahli keluarga yang bersama-sama dalam rombongan. Kematian berlaku di Pattani dan lapangan terbang terdekat untuk penerbangan ke Malaysia ialah Hatyai. Air Asia dikhabarkan tidak memiliki permit membawa jenazah dari Hatyai, nak diangkut dengan Thai Airways tak sure pulak aku apa masalahnya. Bukan senang ooo... prosedur kesihatan perlu dipatuhi. Very strict. Akhirnya jenazah dibawa melalui jalan darat dengan van syarikat pengurusan jenazah terkenal yang mempunyai cawangan di Padang Besar. Bila semua selesai barulah kami bertolak ke destinasi seterusnya.
PENTING: Isi borang dengan ic no and passport no. Nombor passport hanya digunakan di luar negara manakala semua urusan di Malaysia menggunakan no kad pengenalan.

Intro sedih kali ini.

Mari membaca kisah yang seronok pula di sebuah resort 140km dari Hatyai.


APA YANG MENARIKNYA NHAN MODDANG RESORT?
Nhan Moddang Resort terletak di Pa Phayom, Pattalung, terkenal dengan aktiviti rafting. Resort tersebut sendiri sangat menarik dengan bilik-bilik yang berlainan bentuk, suasana seperti di hutan dan gelongsor air yang terus meluncur ke sungai. Awesome!

Pengalaman bekerja di Forestry Department telah memberikan idea kepada tuan punya resort, Mr Yotin, untuk membina kawasan percutian yang menarik ini. Nampak sangat built with love. Diuruskan bersama anaknya Aisan, ia merupakan resort yang pertama dibina di Pattalung. Tujuh tahun dah... tetapi di awal fasa pembinaan dulu ia menjadi bahan tertawa masyarakat setempat. Biasalah, nak jadi trend setter memang banyak cabaran. Kini banyak resort kecil dibuka sepanjang kampung ini. Rugilah sesiapa yang tak mengambil kesempatan, sungai siap berjeram yang sesuai untuk white water rafting stage 2. Okaylah untuk amatur macam aku ni. Seronok sangat! Rasa ketagih nak berkayak selepas berkayak di Kuala Berang dulu.

"Nhan" bermaksud sungai manakala "moddang" ialah semut/kerengga. Tengoklah banyak betul "kerengga gergasi" di resort ni. Aku suka resort ni dan aku percaya orang yang sukakan aktiviti sungai gonna love it too. Trust me.

Nhan Moddang Resort telah memenangi anugerah Outstanding Performance for Domestic Tour Program 2015. Kebanyakan guests adalah pengunjung tempatan. Ramai pelancong asing ke Thailand  tidak mengetahui tentang resort ini mungkin disebabkan oleh kekurangan/ketiadaan promosi dalam Bahasa Inggeris. Lebih baik awak baca segala informasi di blog ni sebab di www.nhanmoddang.com dalam bahasa Thai :-)) Jenuhlah nak baca cangkuk cangkuk semua tu  hehe...

Berkayak di sini memang seronok. Aku memang exited sangatlah... yang mengikuti aktiviti ni semua  seronok tetapi tetap ada rasa takut, cuak, gementar sesikit hahaa... ada yang empat kali jatuh dalam sungai. Ada yang ketakutan, boleh pula dia terjun ke dalam sungai sebelum melalui jeram tu padahal kayak tak terbalik pun hahaha.... kelakar! Tu belum ko tengok muka dia stress lagi hehee.. ala.. 6km je pun. Lengan aku takde rasa sakit pun berkayuh.

Di sini guide yang paddle kayak tu, kita dok depan tapi aku insist nak berkayuh juga. Yang lelain pun sama. Bila dah tersasar ke tebing dan malas nak bersusah payah baru aku minta tolong guide handle.

Kepada yang tak berminat dengan rafting boleh berehat sambil membaca buku di bangku-bangku yang disediakan sambil diteduhi pepohon menghijau rendang atau berurut. Massage kat Thailand ni boleh buat setiap hari...200 baht saja.






PAKEJ YANG DITAWARKAN NHAN MODDANG RESORT
Pakej terbaik yang ditawarkan mereka untuk minima 10 orang. Kalau kita datang tak ramai tetapi nak berkayak juga mungkin kita boleh offer naikkan harga pakej. Apa apa hal pun kowtimlah dengan mereka ya. Aku bagi suggestion aje.

Nak menginap di sini boleh nak buat day trip saja pun boleh. If you come by public transport takkan nak stay sini semalam je kot? Tak berbaloi... nanti menyesal. Jumlah bilik yang disediakan 26 buah dengan the CHEAPEST for two hanya 1500 baht with breakfast dan water slider. Gelongsor air tu naiklah seberapa banyak kali pun selagi larat.

1) Pakej 2 hari 1 malam (min 10 pax) THB1,290
- include breakfast dan dinner
- rafting THB200 (optional)

 2) Day Trip (min 10 pax) THB390
- sight seeing sama ada cave/Buddha/waterfall/hiking to see sunrise
- lunch
- rafting
- slider


HARGA BILIK-BILIK LAIN:
5 pax - 3,000 baht
6 pax - 3,000 baht
7 pax - 3500 baht
14 pax - 7,000 baht

Sangat berpatutan. Untuk mengetahui latest offer sila hubungi mereka.
 
 My awesome room. Lain bilik lain konsep tapi nama bilik ya rabbi payahnya nak sebut.


Bilik ai

 Lenovo S660 ni kan hazab sangat dalam low lights. Ini bilik untuk 7 orang. Transparent ada curtain.

 Meluncur ke sungai oii.. naiklah selagi larat.

Tips Berkayak:
1) Bila nak melalui jeram atau akan melanggar batu/kayu, elok rebahkan badan ke belakang. Ikut shape seat tu. Kalau duduk tegak je kat depan tu risiko untuk jatuh ke dalam sungai memang ada terutama jika badan bersaiz XL. Tak perlu berkayuh lagi waktu ni.. ikut je arus sungai tu.

2) Enjoy!!

Panduan lain boleh baca di sini nanti.
Nak diangkut ke 6km ke hulu sungai. Sumber: Steven Ng

Sumber : Steven Ng

Sumber di sini.

Sumber di sini.
Best giler !! Sumber di sini.
  

BAGAIMANA UNTUK KE NHAN MODDANG RESORT?

Memandu sendiri
Dari bandar Pattalung, sila ikuti Highway 41 ke Pa Phayom sehingga berjumpa stesen minyak PTT kemudian belok kiri ke Highway 4270. Pandu sekitar 9km lagi dengan mengikuti signboard sebelum Huai Nam Sai Reservoir.


Dengan bas
Bila dah sampai Pa Phayom pihak resort akan fetch you di bus station. Bagi tau awal-awal ya jangan dah sampai baru nak suruh jemput pulak.


NHAN MODDANG RESORT
80, Lankoi
Pa Phayom
Phattalung 93110
Thailand
Tel : +66 810820206

Fb : nhanmoddangrafting


Nota:
Di sini ada reservoir juga. Jika kita mengambil jalan ke kanan bila keluar dari resort ni ia akan membawa ke Trang.








4X4 Roadtrip To Southern Thailand | Pa Phayom - Hatyai 140km

$
0
0

4X4 Roadtrip To Southern Thailand | Pa Phayom - Hatyai 140km | Pengembaraan kami menuju penghujungnya. I guess Hatyai adalah tempat yang ditunggu-tunggu kerana ada participants yang menyambung percutian di sini. Pergi Hatyai satu malam mana cukup masa untuk sight-seeing and shopping.

Kami checked-out dari Nhan Moddang Resort lebih kurang pukul 11.30 pagi selepas rafting dan massage segala lalu menuju ke Hatyai pula. Dalam perjalanan tu kami singgah di 'dessert street' di Petkassem Road untuk membeli kudapan. Ya Allah time perut tengah lapar rasa macam nak beli semua cookies... oh my... biskut dengan kekacang tu bukan main sedap lagi. Aku masuk semua kedai tapi yang paling banyak pilihan biskut dan kek kedai di bawah ni. Murah beb. Aku beli tiga jenis baru 125 baht. Nak beli banyak tak boleh sebab aku tak balik Malaysia bersama mereka. Jenuh mengendong nanti... macam makcik makcik sangat khennn...



Kami checked-in di New Season Hotel di tengah bandar Hatyai sebelum ke majlis pelancaran Songkhla Fantastic 2016. Lokasi hotel ni memang stategik di tengah bandar dan boleh berjalan kaki ke Kim Yong Market. Pusat urut dan restoran makanan halal banyak terdapat di sekitarnya.
Ori ni.

 Cantiknya...





 Persembahan brass band sekolah sempena pelancaran Songkhla Fantastic 2016

 Miss fake (kanan) memang selalu over hehe..

 Suara dan lagu yang dinyanyikan sedap didengar. Walaupun lagu Cina tapi music tu universal. Samalah macam lagu Dilwale, sepatah tak faham tapi suka.



NAK TAHU KENAPA RAMAI PELANCONG KE HATYAI?
1) Makanan
2) Urut
3) Hiburan
4) Shopping

Ramai betul orang Malaysia di sana ketika cuti Tahun Baru Cina. Kat pasar malam ada... di pusat urut pun ramai tetapi westerner jarang-jarang berjumpa. Mat saleh ni selalunya menjadikan bandar utama sebagai transit saja. Nak berjumpa mereka nun di pantai peranginan atau hutan. Suka sangat mereka dengan hutan asia ni.

Hatyai yang bertemakan "city of fun" mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang menarik seperti 3D Museum, 4D Museum di Hatyai Municipality Park, Hatyai Wonderland dan Khlonghe Floating Market (8km). Pada tahun 2015 ia telah menerima 8 juta pelancong so this year Kementerian Pelancongan Thailand mesti target lebih tinggi lagi. Selamat bertugaslah ye hehee.. Jaraknya ke airport hanya 11km dan 500m ke railway station.

Selepas majlis pelancaran Songkhla Fantastic 2016 tu kami makan di Restoran Chekkar. Agak jauh juga letaknya tetapi popular di kalangan pelancong Malaysia. Selepas sapedek burppppp semua aku melakukan lawatan tapak di tempat pelancaran tadi. Shopping mall aku tak masuk so please don't ask me best ke tidak. Aku berurut pun di hotel je. Aku nak oil massage, berminyak-minyak sungguhlah dibuatnya. Banyak sangat guna minyak, tak best. Nasib akulah dapat tukang urut yang tak berapa bagus. Service tak best so no tips.




ESOKNYA...

Aku dibawa ke Kim Yong Market menaiki morotsikal. Sukaaaa...! :-))) dahlah senang nak bergerak, tak perlu pakai helmet pula tu. Ada lah beberapa jenis makanan eksotik yang aku jumpa di sini.

Rezeki hari Ahad dapat pula ke pasar minggu yang dipanggil Hatyainai.



 Telur kembar dari Songkhla

 Pulut dalam periuk kera

 Miangkham
 Pasar minggu mesti ada jualan barangan terpakai. Aku tak tengok harga, aku agak mungkin tinggi sikit dari lubuk bundle di Aranyaphrathet.

 Cara mereka mengutip derma

 Inilah moddang. Muslim tak boleh makan telur kerengga ni tau.


Wuuu...churros!

Info tambahan bandar Hatyai:

1) Di kawasan Engsiangsekun ada muslim street food dari petang membawa ke malam.

2) Pasar basah dipanggil taladsod.

3) Yanyong Market - pasar barangan terpakai pada setiap hari Selasa dan Jumaat dari pagi hingga tengahari.

4) Indoor Walking Street di Lee Gardens Plaza Hotel setiap hari Jumaat-Ahad bermula 10.30 pagi hingga 9 malam.

5) Untuk ke airport boleh menaiki songthaew warna biru. Songtheaw lebih besar berbanding Tuk Tuk. Tuk Tuk hanya digunakan di dalam bandar.


Konvoi 4x4worldexplorer.com pulang ke Kuala Lumpur sejauh 550km dengan menggunakan border check point lain. Aku pula menyambung perjalanan ke Krabi dengan menaiki minibus. 10 hari di Thailand kali ni puas hati dapat pergi ke tempat-tempat yang berlainan setiap hari.

Jumpa lagi di Krabi!
(boleh tengok gambar-gambar di Krabi dan Ao Nang di instagram ruggedmom dulu).



Bila handphone masuk air

$
0
0
Kenangan bila handphone husband kena rendam dalam baldi penuh air. Hahaha...

Time flies...



Pelajaran Baru, Pengalaman Terbaru | 10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta

$
0
0


Pelajaran Baru, Pengalaman Terbaru| 10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta:

Assalamualaikum and hello... tamat dah cerita roadtrip hari tu tapi i'll do the hotel review later. Hope dapat membantu ketika merancang perjalanan anda. Ada tempat yang rasa nak repeat, ada juga yang nak dimasukkan jika berpeluang ke sana lagi di masa akan datang.
 
February trip giving me a new knowledge about travelling... cara berkonvoi, cara memberi arahan, idea, spirit and make new friends. Selama ini aku tak amik pot pun kalau orang kata kereta aku tu dah kecil... perlu kereta besar sebab dah lamalah... anak ramailah..bla..bla.. berada di kalangan mereka membuatkan aku rasa nak kembali masuk opis bekerja bersungguh-sungguh dan beli Alphard eh... Exora cukuplah heheh... selesa bawa anak-anak berjalan jauh. Anganan yang sehangat tahi ayam (lebih baik beli rumah).
 
Hari ni aku nak share cerita pengembara tegar melihat bumi ciptaan tuhan dan makhluk yang mendiaminya.
 
 
10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta:
 
1. Untuk membawa kenderaan ke China kita perlu apply permit at least sebulan sebelum travel. Permit tu pula hanya dibenarkan untuk menjelajah satu province sahaja.
 
Di border check-point kita perlu mengikuti kursus keselamatan jalanraya yang dijalankan oleh JPJ mereka. Bahasa pengantara bahasa cina pulak tu.... Mekanik mereka akan check everything, kalau ada leaking kena repair di situ juga.
 
Orang yang berumur melebihi 75 tahun TIDAK DIBENARKAN memandu di China.
 
2. Setakat ini pengalaman di pejabat imigresen Rusia yang paling teruk. Mereka nak ambil gambar pun kena exactly seperti dalam passport. Kalau dalam gambar tu kita tersenyum sikit, gambar terkini yang mereka nak ambil tu pun mesti sama hahaha.... jenuh. Teringat aku buat muka sengal masa ambil gambar untuk tiket masuk ke Angkor Wat tahun lepas hahaa...
 
3. Semasa trip ke Siberia mereka camping selama 25 daripada 65 hari kembara. Tidur dalam khemah semasa temperature dibawah 10C. Hebat!
 
4. Sandstorm sangat menakutkan, ingatkan nak hilang nyawa dah. Waktu itu dirasakan berada di dalam kenderaan adalah lebih selamat daripada duduk dalam khemah. Debu-debu halus itu pula boleh merosakkan kamera sebab sangat halus.
 
5. Untuk shipping kereta ke London akan memakan masa selama 4 minggu. Borang Kastam DiRaja Malaysia dan agensi berkaitan perlu diisi dengan teliti ketika membawa masuk kembali kereta persendirian ke Malaysia. Jika salah isi kereta anda mungkin akan dianggap sebagai kereta import. Terbang beribu RM nanti membayar tax. Jaga-jaga, mereka efisien mengutip cukai.
 
6. Di kawasan high altitude photographic equipment mungkin akan bermasalah sebab suhu terlalu rendah. Kamera tak boleh on macam mana nak ambil gambar? Handphone bolehlah kepit celah ketiak.
 
7. Viagra ada kegunaan lain selain sebagai "ubat pemulihan dot dot dot..." tetapi kenalah mengikut dos tertentu dan TIDAK BOLEH diikuti dengan rokok atau alkohol.
 
8. Untuk perjalanan yang lama organizer akan menyediakan doktor, chef dan mekanik dalam setiap konvoi. Bagi trip kurang dari seminggu seperti ke Thailand ni hanya mekanik disediakan dan dia bertindak sebagai 'sweeper', kena drive belakang sekali. Cerita mereka, hari hari awal di Siberia chef memasak beberapa jenis makanan, meja siap beralas berhias. Lama-kelamaan chef pun semakin tak tahan sejuk, masak yang ringkas aje lagipun api susah nak menyala.
 
9. Jika anda perlu melakukan trekking/hiking silalah berlatih sebelum berangkat pergi.
 
10. Pengembaraan ke negara yang lebih jauh seperti Siberia, Amerika Selatan, Afrika contohnya, ditawarkan dalam bentuk pakej yang meliputi penginapan di lokasi tertentu, tour guide, insurans dan beberapa perkara lagi. Kosnya tinggi tetapi bagi golongan ini passion menjadi keutamaan. Sebab itulah participants berada dalam range umur 40-65 tahun dan established dalam kerjaya atau bisnes.
 
 
Bagaimana Mendapatkan Makanan Halal?
 
Jika ke Thailand tidaklah susah sangat mencari makanan halal terutamanya di wilayah selatan. Mungkin agak sukar di bahagian northeastern. Cuba cari roti di 7Eleven.
 
Di negara lain pula tipsnya carilah masjid. Dimana ada masjid di situlah ramai komuniti muslim. Sesetengah kenderaan ada fridge so bolehlah stock-up apa-apa yang patut. Paling teruk pun makanlah ikan atau sayuran sahaja.
 
Di dalam konvoi kami ni ada yang vegetarian so bolehlah merasa makanan yang mereka bawa. Selama ni aku ingatkan orang yang vegetaian makan sayur semata-mata tetapi sebenarnya ada baaanyakkkk pilihan sehinggakan di atas kapal di Alaska ada berbelas jenis makanan untuk orang yang tidak makan makanan berdarah ni. Masa pergi Terengganu tahun lepas, driver kami tu vegetarian so aku tanyalah, you vegetarian...tapi kenapa badan you lagi besar daripada I? hahah... memang nak balik jalan kaki. 
 
Ada dua jenis snek yang aku rasa, satu tu leper memanjang yang biasa India kacang putih jual tu.. satu lagi chevdo. Aku pernah makan chevdo tapi rasanya tak sama dengan yang 'cooked with love' ni.
 
Chevdo berasal dari Gujarat dan biasa disediakan sewaktu Indian celebrations like Deepavali. Di UK sana dipanggil Bombay Mix. Emping beras, kekacang seperti almond & dhal, ubi kentang, bijan, kismis digoreng berasingan bercampur daun kari sebelum digaulkan dengan chilli powder, garam dan kayu manis. Sedap weh! Kena makan sebalang baru syok.
 
 
 
Kawan Baru
Dapat juga berkenalan dengan June Yap, seorang businesswoman, artis, photographer dan entah apa-apa lagi kerjanya yang sudah mengembara ke banyak negara. June dikatakan seorang yang creative and able to adjust herself in the different form of art. June pernah membuat pameran karya seninya di Balai Seni Visual Negara. Tengoklah sebahagian hasil kerjanya dalam buku Odyssey of Arts yang menunjukkan hasil kerja jemarinya menggunakan oil painting, ink painting, floral arrangements dan semestinya fotografi.
 
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya seninya bolehlah emelkan kepada june.we2@gmail.com
 
 Reflections in Cuba

 Ink paintings


 Ethiopia, Africa
 
Peraturan Berkonvoi
 
Bila berkonvoi kenderaan akan ditampal dengan nombor dan setiap peserta perlu mematuhi convoy procedures at all times seperti:
 
1) Perlu memandu mengikut turutan nombor setiap masa dan tidak boleh memotong kenderaan peserta lain keculai dalam keadaan kecemasan.
 
2) Sentiasa memerhatikan kenderaan di belakang. Sekiranya ia semakin perlahan kenderaan di depannya juga perlu perlahan and allow them to catch up.
 
3) Sebelum memasuki simpang sila pastikan kenderaan di belakang melihat kita. Jika mereka masih jauh kita kena tunggu dulu di simpang tu.
 
4) Membenarkan kenderaan peserta untuk memasuki semula posisi konvoi bila-bila perlu. 
 
 
Patuhi juga convoy order sama ada loose, closed or tight convoy.
 
 
Okay, saya semakin pandai setakuk lagi. Sikit lagi nak capai CGPA 3.85.

MATTA FAIR IS BACK!

$
0
0

MATTA FAIR IS BACK! | Pasti ramai yang tertunggu-tunggu MATTA 2016 ni. Yang kaki travel tu apatah lagi ;-))



Berlansung di lokasi yang sama iaitu PWTC, MATTA Fair kali ini akan diadakan pada 11-13 Mac 2016. I'm pretty sure banyak pakej menarik dijual. Yang teringin ke pulau-pulau indah di Malaysia ni silalah survey harga-harga yang berbaloi. Banyak pulau yang sangat cantik dengan karang yang terpelihara di Johor, Terengganu dan Sabah. Ikan yang berkumpul di karang laut tu pun banyak jenis dan berwarna-warni. Tak pandai dive at least kita buat snorkeling. Rugi jika sekadar lepak di bilik.

Kepada yang minat caving tu try pergi Gunung Mulu National Park. Gerenti puas hati. Beli tiket ke Miri then naik MAS Wings ke Mulu pula.  #dekatJe

Sunway Lagoon, Legoland, Lost World of Tambun mesti ada jualan istimewa juga.

Kebetulan Air Asia pun sedang mempromosikan AIR ASIA FREE SEATS bermula Sabtu lepas... haa dapat grab tak tiket percuma tu? Aku plan nak buat family trip yang perjalanannya sejam dua je dari Seremban tahun ni. Tahun 2013 Langkawi, 2014 Kota Kinabalu, 2015 Penang... tahun 2016 #dekatJe...Melaka ! hehe.. Tapi kena pergi weekdays lah, lemas aku dengan traffic jam kat Melaka tu. 

Yang kaler kuning tu cuti sekolah ye.

Percutian Jimat Saya | Dari Hatyai-Krabi-----> Ao Nang

$
0
0

Percutian Jimat Saya | Dari Hatyai-Krabi-----> Ao Nang | Bila kawan tahu aku nak pergi Krabi respon mereka, Krabi?? best-nya.... . Betul ke syok sangat pergi Krabi ni? Dari pemerhatian di travel forum ramai betul pelancong Malaysia yang dah ke sana. Aku pun beli tiket penerbangan ke Krabi sebab nak menghabiskan bajet percutian tahun lepas je. Plan nak pergi berdua tak menjadi lagi.

Selepas 4x4 roadtrip selama enam hari tamat di Hatyai, mereka memandu pulang ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Aku naik bas berdekatan Hatyainai (pasar minggu Hatyai) ke Krabi pukul 1.00 petang. Perjalanan mengambil masa empat jam dengan berhenti sekali mengambil penumpang di RnR Trang. Best juga RnR tu, ada kedai yang besar siap restoran muslim di belakangnya. Surau pun ada, sempatlah nak solat jamak. Dari sini 140km lagi ke Pattalung dan 170km ke Songkhla.

Tiket bas Hatyai - Krabi 300b. Setahu aku di luar peak hours harganya kurang dari tu.


Bas tu menuju ke Phuket jadi aku diturunkan di pertengahan jalan, tak masuk ke pekan Krabi pun. Nasib baik siang lagi... dahlah hari Ahad. Staf yang menjual tiket tu kata bas berhenti berdekatan pasaraya Big C, dekatlah sangat...
Ada motor taxi yang menawarkan untuk membawa ke hotel dengan kadar 50 baht. Aku rasa tak jauh dah dan 50b tu agak mahal jadi aku menunggu tuk tuk di satu lagi jalan tu yang aku agak menuju ke pekan Krabi. Betul pun. Driver tuk tuk tu pun kemain nak caj aku sampai 50b walhal aku bukannya naik dari airport. Aku bayar 30b aje. Amboiiii macamlah kita datang sana main serbu aje.
Oleh kerana aku tak book hotel lagi aku pun turun di sebuah hotel baru yang dapat high rating tapi penuh jadi aku cari penginapan lain yang dekat dengan pasar malam. 400 baht untuk bilik twin sharing di Blue Guest House. Ada hotel lain yang nampak lagi baru berdekatan 7Eleven yang dekat pasar malam tu. Thai Hotel pun besar. Aku rasa lagi best kalau kita menginap di hotel tepi sungai tu macam NK Hometel di Uttarakij Road, Paknam, Muang Krabi. Kalau tak cukup duit jangan risau boleh je sedut dari CIMB Thai di tengah pekan tu.


Aktiviti Malam di Krabi

Pasar malam Krabi hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Rezeki aku dapat ke pasar malam tu kalau tak bosan jugaklah memalam. Bermacam barangan dijual. Kebanyakan harga t-shirt mengikut saiz bermula 100 baht tapi ada satu gerai tu semua saiz 100 b. Aku biasalah beli fridge magnet aje.

Ada beberapa restoran muslim di pekan Krabi. Roti pisang macam di restoran mamak pun ada. Alaa... banana pancake tu lah. Nak ngeteh teh tarik pun takde masalah.

Krabi Walking Street

Cantik bookmark ni. Nak beli tapi tak tahu nak bagi siapa.

Sight seeing in Krabi / Jalan-jalan di Krabi
Di tengah pekan Krabi ada sebuah wat yang dipanggil Wat Kaew Grovaram. Jika berminat dengan nature boleh menaiki bot ke Khao Khanap Nam sambil melihat mangrove forest. Kalau nak melihat keadaan sekeliling dari ketinggian 500m boleh ke Koa Ngon Nak. Krabi Contemporary Art Museum pun ada tapi aku tak masuklah.

 

Dari Krabi ke Ao Nang sekitar 20km. Ao Nang ke airport 25km, pekan Krabi di tengah. Oleh kerana pukul 2 petang baru boleh check-in jadi aku jenjalan je lah dulu di pekan Krabi tu. Kebetulan semalamnya Valentine's Day dan masih dalam mood Chinese New Year so ada some decorations yang dibuat di tepi sungai.

Krabi juga menjadi transit untuk ke lokasi pelancongan lain. Semasa di riverfront tu ramailah pengusaha bot pelancongan yang cuba menjual service mereka. Takdok mende sangat kat sini.

Untuk ke Ao Nang kita boleh menyewa kereta atau naik songtheaw dengan kadar 50 baht seorang. Tunggu dekat 7Eleven tu.  Kita akan melalui Nopparat Thara Beach sebelum Ao Nang Beach. Banyak resort di NTB tetapi tak semua menghadap pantai.


Ada empat ekor ...



Kedai untuk menempah dan repair barangan kulit.










Selepas checked-in di Ao Nang Bacpackers Hostel aku pun bersantai sajalah sambil mencari pakej ke James Bond Island. Tak berapa baguslah hostel ni, tak ada reading lamp sendiri di katil. Electrical socket pun seorang satu je. Nasib baik mek-mek salih tu semua balik pukul 1 pagi, kalau diorang nak tidur pukul 10pm letih mak. Yang bagusnya bathroom ensuite. Omputihs tu semua mandi kat bilik air luar mungkin sebab shower lagi best selebar pinggan. Syoklah aku guna bathroom dalam dorm tu sensorang.

Location wise, bagus. Nak makan senang, ke pantai dekat, nak sewa motor pun kat depan tu je. Staff tak berapa friendly.


Ao Nang Backpacker Hostel. Female dorm untuk 10 orang tapi kami berempat je waktu ni.

Pakej ke pulau-pulau dijual bermula dari 1500 bath dalam brochures. Please shop around to get the best deal. Harga lain-lain tapi kita menuju ke tempat yang sama. Aku dapat 950b untuk pakej ke Monkey Cave + James Bond Island + lunch di Koh Panyee Muslim Village + Longkai Fruit Garden. Waterfall kita tak pergi sebab musim kemarau. Boleh pilih nak naik longtail boat atau speed bot. Cepat sangat sampai kalau naik speed boat hehe..

 
Kedai lukisan berdekatan Krabi Resort, Ao Nang.




Aktiviti hari ini hanya berjalan dari hujung ke hujung melawat kawasan pantai Ao Nang. Generally Ao Nang lebih tenang daripada Pattaya. Tiada 'tiang' di sini, sesuai untuk berehat bersama keluarga.








Istimewa Malam Minggu | BBQ Dinner Di Klana Resort

$
0
0


Istimewa Malam Minggu | BBQ Dinner Di Klana Resort | Klana Resort Seremban ialah sebuah hotel yang dikategorikan sebagai business-resort styled hotel di kawasan hijau Seremban.

Bertaraf empat bintang hotel ini sering menjadi pilihan syarikat korporat dan badan kerajaan untuk mengadakan kursus dan team building. Kem bina semangat bukan setakat di padang tetapi ada juga aktiviti berkayak di kolam renang. Kolam renangnya boleh tahan besar. Puaslah kami anak-beranak berenang hari tu. Suka stay sini sebab damai dan memberi ketenangan fikiran.

Ketika ini Selera Coffee House di Klana Resort Seremban sedang mengadakan BBQ Dinner pada setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 10.30 malam. Ikan, sotong, udang, ketam, daging, sate, otak-otak, nasi, pizza, kek hmmm... bergasaklah makan uols... esok baru fikir diet semula. Makan sampai lebam. Yang vegetarian pun jangan risau, ada vegetarian bbq.

 


Para tetamu akan dihidangkan dengan 20 jenis sos buatan in-house chef dengan yang teristimewa "bbq coca cola sauce". Banyak betul sos, tuang itu tuang yang ini sampai tak tahu rasa sebenar sos tu hahah...


Makan ikut nafsu heheh..



Makan lagi ikut nafsu... pagi Ahad kita jogginglah sejam buang semula lemak-lemak tu

Dining area mampu menempatkan seramai 264 tetamu serentak tetapi uols tetap kena buat tempahan dulu kerana tak banyak hotel yang offer bbq dinner so selalunya Klana Resort menjadi pilihan. Aku pernah makan di Klana Resort Seremban dan Nilai, sedap masakannya. Yang di Port Dickson rasanya belum pernah cuba lagi. Di sana ada Balai Cerap, sibuklah mereka semalam melayan pengunjung yang nak tengok gerhana matahari.

Harga BBQ Dinner

Harga dewasa : RM75 seorang
Harga warga emas dan kanak-kanak : RM38 seorang.
Book 5 orang dewasa terus untuk mendapatkan diskaun 15% !

Sesekali belanjalah orang rumah, anak, mak ayah, bibik... anak yang baru dapat resul SPM tu...(dua tiga kali lagi bagus)


For enquiries & reservations, please contact :
The Selera CoffeeHouse
Tel : 06-7667888 ext 3222.


Nota:
Klana Resort Seremban bakal menghidangkan kibas panggang Ramadhan nanti. Wuwuwuuuu... orang kata daging kibas lebih sedap daripada kambing sebab tak berbau. Early bird akan dapat harga istimewa. Nanti kita update eh. 
 



Percutian Jimat Saya | Pakej Murah Ke James Bond Island

$
0
0

Pakej Murah Ke James Bond Island | Hari kedua di Ao Nang telah dirancang untuk ke Pulau James Bond. Puas hatilah dapat harga pakej paling rendah 950b sahaja. Ada yang pernah dapat lebih rendah ke? Beritahulah ejen mana.

Jika sebelum ni time nak minta tolong orang shoot je guna handphone, sejak hari pertama di Ao Nang aku mengambil gambar hanya menggunakan Lenovo S660 sebab lens problem. Camera handphone tu dalam keadaan terang cun ler gambarnya, dalam low lights hampeh. Lain kali kalau nak beli handphone kena menyorok bawah meja tutup dengan table cloth untuk test dulu sebelum bayar.

Pukul 8.30 van pick-up di hotel. Masa ni lah baru kita tahu ada banyak resort yang agak besar yang tidak terletak di tepi pantai. Aku pilih naik long tail boat sebab nak bersantai je, kalau nak cepat boleh book speed boat. Yang tak disangkanya naik bot panjang ni boleh lencun habis kena air laut hahaha...

Lokasi pertama yang dilawati selepas 1 jam 20 minit menaiki van ialah Monkey Cave atau Suwankhuha Temple. Aku tengok monyet-monyet tu aje tak masuk pun dalam gua yang ada reclining Buddha tu. Punyalah banyak monyet... cuak jugalah manalah tahu kot dirampasnya sunglass atau kamera macam di Bali tu. Kalau rasa nak feed the monkeys boleh beli kacang, jagung atau pisang yang dijual.
Cuba kira berapa ekor monyet dalam gambar ni.

 Bukan masuk masjid je kena tutup aurat ye... nak masuk rumah ibadat lain pun kena berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat bertamadun. Monyet je tak perlu ikut peraturan.

 Suwankhuha Temple (Monkey Cave)


Kemudian kami naik bot dari Samchong Pier terus ke Panyee Island for lunch. Dah lama sangat teringin ke muslim village ni, kalau boleh nak berlama-lamaan melihat kawasan. Nak tengok bagaimana hebatnya orang dedulu membina kehidupan. Koh Panyee dahulunya diteroka oleh nelayan Indonesia. Mereka berpesan sesama sendiri sesiapa yang berjumpa kawasan banyak ikan, buatlah tanda dan binalah kehidupan. Sekarang ni ada 360 keluarga dengan 1,685 penduduk. Pemandangan di laut tu memmang cantik.

Sebagai seorang yang meminati masakan Thai, makanan di restoran yang kami pergi failed! Yang dihidangkan sup sayur, sup ayam, telur dadar, ayam goreng cicah sos yang anak bongsu aku pun akan kata tak pedas, ada satu lagi lauk yang macam udang tepung tapi liat macam cekodok je hehhe... err udang ada kot dan buah. Buah tu sedap, manis. Kot ye pun tak nak masak yang pedas sebab mat saleh tak tahan hidangkanlah juga tomyam. Itukan trademark Thailand. Maka betullah apa yang aku baca dalam review yang dibuat pelancong sebelum ini. Aku ingatkan mereka kata makanan tak sedap sebab bukan staple food mereka.

Sebenarnya ada banyak restoran di sana tapi tour guide kami bawa ke restoran yang itu.
 Kedai cenderahati di bahagian belakang restoran. Belakang lagi perkampungan air.

Tak tahulah sama ada ini padang bola yang aku nak tengok tu atau ada padang lain. Yang ini depan kelas Panyee School. Lihatlah pemandangan di sekelilingnya, kagum!



 Panyee School. Nampak tak bebudak tadika yang tengah syok tidur dalam kelas tu... kira transit lah kot.

Pernah tengok video pendek mengenai pasukan bolasepak Panyee FC yang merupakan antara pasukan terhebat di selatan Thailand? Dahulunya Panyee FC hanya berlatih di atas 'padang papan' yang dibina di atas permukaan laut. Itulah pertama kali aku dengar mengenai pulau ini and of course videographer tersebut (dan pengarahnya)  memiliki bakat yang sangat hebat. Panyee FC membuktikan kekurangan fasiliti bukanlah alasan untuk tidak menjadi pasukan yang dikagumi. Begitu jugalah SRIAS FC, Sekolah Agama Rakyat ini tanpa padang tetapi memiliki pemain boalasepak cilik yang bagus. Kalau nak berikan bantuan baju ke.. shin pad ke.. minuman ke.. atau sumbangan kewangan boleh hubungi coach mereka ya.

Sayangnya kami diberitahu hanya berhenti 30 minit di sini. Tercungap-cungap aku mencari padang tu... dah bertukar simen. Kalau lama sikit bolehlah solat di masjid kampung air tu.

(Sila tonton video Panyee FC di sini.)

Selepas itu kami 'cuci muka' lagi dalam bot untuk berkayak di Tham Lot Cave, Phang-Nga Bay (aku dengar guide kami tu sebut Thamtaluk... hmm ontahlah jang). Kita jadi penumpang je... ada tekong yang tolong kayuhkan. Tak syok sangatlah sebab tak boleh paddle sendiri. Satu kayak dua penumpang. Elok duduk seat tengah, yang depan kurang selesa sebab bahagian depan kayak kan lebih tinggi daripada bahagian lain so bila kita berlunjur tu agak tak selesalah.




 Kalau haus boleh beli air kelapa kat bot berpayung tu.


Mungkin kita tak dibenarkan berkayuh sendiri disebabkan keadaan berombak bila ramai sangat orang yang menuju ke tempat yang sama. Mencabar jugalah kalau paddle sendiri. Cantik sangat pemandangan dalam gua tu...rugilah siapa yang tak ambil pakej berkayak ni. Pengalaman berkayak keluar masuk gua sangat menarik tetapi sekejap saja. Memang kilang cetak duit betul hahah..

Selepas berkayak kita akan naik semula ke bot besar dan dihidangkan minuman. Time tengah haus tu kan dapat pula air manis nikmatnya... terasa sejuk je lalu di kerongkong. Tak cukup secawan beb.

Next, kami dibawa ke Kao Ping Kan dan James Bond Island. Beribu pelancong asing di situ terutama dari barat. Dapat bergambar sajalah, nak mandi pun terkejar-kejar masa. Nak dapatkan clean background dalam gambar? Payah beb. Ada aje yang akan enterframe.




My name is Bond, James Bond.





 National Park

My name is Khan, Shah Rukh Khan. People in Malaysia awarded me a 'datukship' so please call me Dato Shah Rukh Khan. Takde makna. Ntah apa apa ntah. Cuba namakan tempat shooting filem dia yang terkenal tu sebagai "Kebun Bunga SRK" atau "roundabout Shah Rukh Khan" atau nama lain yang berkaitan mesti bertambah ramai orang ke negara kita semata-mata nak tengok 'tempat shooting filem Shah Rukh Khan'. Rasanya di Pulau Redang je yang famous dengan bangunan yang terlibat dalam sebuah filem Hong Kong; tapi takde pula aku nampak signboard maklumat tu.

Semasa dalam perjalanan balik tu tetiba enjin bot mati. Tak tahulah rosak ke.. kehabisan minyak ke... tetiba James Bond datang to rescue us. Gituh.




Last sekali kami ke Lungkhai Fruits Garden. Ladang buah-buahan tropika yang sama macam di Malaysia ni. Suasana ladang tu best lah, berehat sebentar sambil makan buah. Kalaulah musim durian seronoknya....

Lungkhai Fruit Garden

Konklusinya, dengan harga pakej 950 baht kita akan mendapat:

- Naik van berhawa dingin ke Phang-Nga Bay
- Melawat Suwankhuha Temple (Monkey Cave). Nak masuk temple kena bayar 100b rasanya.
- Melawat Khao Ping Kan dan James Bond Island
- Berkayak di Tham Lot Cave
- Lunch di Koh Panyee muslim village
- Berehat dan mandi-manda di air terjun diluar musim kemarau
- Melawat ladang buah-buahan tropika Lungkhai Fruits Garden


Malam tu aku pergi berurut lagi. Kali ni ambil Thai massage saja... 200 baht. Kita akan dibawa bersedia di atas tilam yang bertirai sementara menunggu tukang urut. Sekali dia sampai... kussss semangat badan dia hahahhaha.... sekali tekan je prappp belakang aku. Sedaplah dia urut cuma mungkin staf baru kot, kejap ke kiri kejap ke kanan. Yang dah pro akan urut mengikut aturan, dah habis sebelah baru buat sebelah badan lagi.


**Sekilas mengenai Panyee Football Club.

TMB bank have launched a new brand vision "Make THE Difference" by making a film to inspire people to start thinking differently. With a hope that they will start to Make THE Difference to their own world. It doesn't have to be big, but a little can create positive changes. This film is based on a true story. In 1986 a football team that lived on a little island in the south of Thailand called "Koh Panyee". It's a floating village in the middle of the sea that has not an inch of soil. The kids that lived there loved to watch football on TV, and really wanted to play for themselve The kids here loved to watch football but had nowhere to play or practice. 


in 1986, a group of young football (soccer) fans in the island fishing village of koh panyee decided to start their own football team. recognizing that their rocky island provided no open space for the sport, the children collected scrap wood and built a floating dock in the middle of the ocean to serve as their field. Their passion and ingenuity, combined with the technical skills they developed through practice on such a small, rough field, were the start of history. the team began to enter competitions on the mainland, and their success turned the Panyee FC into what is today one of southern thailand’s best football clubs, having won the ‘youth champions of southern thailand’ competition for the last seven years.



Viewing all 1029 articles
Browse latest View live