Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave

$
0
0

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave | Gunung Mulu merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan keempat di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Trusmadi dan Tambuyukon- ketiga-tiganya di Sabah. Kerajaan Sarawak, Tourism Sarawak dan Sarawak Travel Board telah berjaya menjenamakan negeri mereka sebagai eco-tourism destination sehinggakan pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi tahun lalu.

 
Dengan 80 events sepanjang tahun di seluruh pelusuk daerah, yang dikira sangat aktif, tidak hairanlah mereka berjaya melepasi sasaran 4.5 juta pelancong pada 2014 yang bertumpu kepada percutian dan pelancongan perubatan. Tahun lalu dah dapat 4.8 juta tahun ni mereka sasarkan cuma 5 juta sahaja. Okaylah tu kan, takdelah ambitious sangat walaupun ada banyak produk untuk dijual.
 
Festival kebudayaan dan hiburan tu sebenarnya sampingan jer sebab pelancong yang datang dari jauh seperti Chile, Spain takkan nak duduk seminggu, naik kapal terbang pun 28 jam. Foreigners ni susah kita nak jumpa di tempat tumpuan pelancong Malaysia seperti Serikin, kedai kek lapis dan shopping mall tapi masuklah dalam hutan, ada je diorang ni. Paling dekat di Semenggoh Wildlife Park. Wanita tempatan di pedalaman pun ramai yang berkahwin dengan pelancong asing ni. Tak pergi clubbing pun dapat jugak kahwin dengan omputehs uols.
 
Okaylah, nak tunjukkan gambar gua yang aku pergi hari tu. Gua-gua ini sangat unik dan cantik, berbaloi merembes peluh berjalan kaki berkilometer. Barang baik selalu tersorok kan? Untuk ke sana kenalah naik bot dari Clearwater Cave menuju Park office.




 Jalan jalan jalan jalan jalan....
 


Di Sarawak, highway tidak bertol. Begitu juga di Taman Negara Gunung Mulu. Jadi bila berjalan tu tangan janganlah pegang hand rail takut terpegang these little creatures. Abang kawasan tu...




 Main kilometer je cik Jah ooiiii...
 
Pakej yang biasa diambil pelancong samada 3h 2m atau 4h 3m. Sekiranya kita berhajat nak panjat sampai ke Mulu Summit (Pinnacles) tu kita perlukan sekurang-kurangnya 5h 4m. 24km tu... The Pinnacle tu sangat cantik bila diambil gambar dari atas. Keindahannya setanding Stone Forest di Kunming, China. Tak boleh dibandingkan pun sebenarnya sebab setiap lokasi itu unik.

 Kami tak melepaskan peluang bergambar di pokok yang berusia ratusan tahun.
 
Ini baru gambar intro belum gambar gua lagi heheh..
 
 
Gua Lang (Lang Cave)








Aku selalu tertinggal di belakang sebab banyak kali berhenti untuk  mengambil gambar. Sekali tu kan terdengar diorang ni gelak mengekek-ngekek... apakah??


 
Adam and eve? wakakakak
 
 Adam? Jangan bash aku. Benda ni memang dah ada so anggaplah sebagai educational purposes only. Sex sell anyway.
 

Gua Rusa (Deer Cave)

Lastly kami ke Deer Cave yang tersangat tinggi dan besar. Kelawar pun nampak macam dot dot je sebab tinggi sangat. Pada masa ni bateri kamera memasing dah nyawa-nyawa ikan dah. 4 gua + canopy skywalk beribu gambar diambil. Nasib baik ada handphone.


  Inilah yang dikatakan menyerupai muka Abraham Lincoln.
 


 Nampak tak orang tu?
 
 Dalam gambar ni pun ada orang. Boleh namapk betapa besarnya gua ni?

 
 


Aku ada shoot video bat (kelawar) ni terbang keluar dari Deer Cave bermula jam 5.45 petang tapi tak reti nak tempek kat sini. So kalau korang nak tengok boleh je follow aku kat sini:
 
twitter : @ruggedmom
instagram : ruggedmom2
 
Maka tamatlah lawatan kami ke gua-gua selama dua hari. Ia merupakan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata... kena tengok sendiri baru percaya. Actually we have another program, night river cruise to enjoy lush tropical rainforest on the banks of Melinau River tetapi apakan daya hujan dan kilat membatalkannya. Kang hangus pulak dalam bot. Bermak tiri pulak anak aku nanti.
 
Lepas ni aku share gambar Canopy Skywalk pulak ye. Tak berapa tinggi 30 meter je tapi guide kami yang bawa ke gua tu tak naik, gayat hahahaa.... nampak je macho hahahaha...
 
 
 











SARAWAK, MALAYSIA-BORNEO ~ WHERE ADVENTURE LIVES
 

Jom Mencandat Sotong!

$
0
0

Jom Mencandat Sotong! | Setiap tahun diantara bulan Mac hingga September adalah musim sotong baaaanyakkk di perairan Terengganu. Ini adalah peluang keemasan kepada mereka yang sangat sukakan aktiviti laut untuk mencuba (bagi yang tak pernah) atau meneruskan kegemaran memancing/mencandat sotong.

Sehubungan dengan itu kerajaan Terengganu dan Tourism Terengganu dengan  Gaya Travel Magazine sebagai koordinator media akan mengadakan Squid Jigging Festival pada 2-7 Jun 2015. Tak dapat bercakap Melayu lah iolls seminggu ni.... rasa macam melancong kat oversea sekejap heheh.. takpelah, dapat makan budu dan kupok leko pun boleh menghilangkan rindu.

Kalau nak tahu, sotong tu masa kita baru angkat transparent badannya dan pigmen merah tu blink blink kejap ada kejap takde sangat menakjubkan. Bila dah mati barulah keadaannya seperti yang kita biasa lihat di pasar. Dan sotong segar ni jika terus dimasak atas bot pergghhhhh..... manis! Masukkan bawang besar dan cili jer woiiii.... kemain sedap!

Squid Jigging's photo.
 
Pergi Terengganu takkan nak menyotong je kan? Di siang hari kita buatlah lawatan tapak ke Pasar Payang ke.. Tasik Kenyir ke... di Pulau Kapas/Redang/Perhentian/Lang Tengah ke... berkayak di Kuala Berang ke... macam-macam ada di Terengganu nih. Setiap daerah ada attractions tersendiri. Hotel pun banyak yang ada swimming pool. Kalau nak kolam renang yang berasingan lelaki pompuan pi duduk kat Hotel Tabung Haji nun.
 
Meh pakat-pakat adik abang kakak sewa bot kita mencandat sotong!
 
 
p/s Tourism Terengganu, takkan bagi sejam je untuk tawaf Pasar Payang tu? iskkk...

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest

$
0
0

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest - Dikelilingi hutan hujan tropika yang tebal,  gua dan sungai di hadapannya membuatkan kita berasa sangat tenang dan rileks berada di sini. Ketenangan dan kehijauan menjadi trade mark mereka. 

 
Semasa berada di Mulu kami ditempatkan di Mulu Marriot Resort & Spa yang dulunya dikenali sebagai Royal Mulu Resort. Setelah selesai kerja-kerja menaik taraf keseluruhan resort, kini ia menawarkan 101 bilik diatas tiang setinggi 15 kaki dari tanah dengan ruang pejalan kaki diperbuat daripada kayu keseluruhannya. Bilik-biliknya direka dengan desain etnik yang menggambarkan rumah panjang (longhouses) yang sinonim dengan negeri Sarawak.
 
Terletak hanya 5 minit dari Gunung Mulu National Park yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site, program percutian kita boleh diaturkan dengan bantuan staf-staf berpengalaman dan sopan. It's really a Malaysian hospitality. Mengikut kata Resort Manager, Grant Young, pekerjanya semua orang tempatan yang bermotivasi tinggi. Dari pandangan aku memang betullah tu.
 
Kekadang aku kecewa bila kita stay di hotel atau resort yang dikhabarkan berbintang empat tetapi reception's staff tak angkat muka pun bila kita lalu. Ucapan Selamat Pagi dengan senyum manis pun takde. Itu belum lagi staff f&b dan room service yang kesemuanya orang asing. 
 
 
Fasiliti Yang Ditawarkan
 
- Mandara Spa
- Gymnasium
- Meeting facilities
- Outdoor swimming pool
- Outdoor activites. Kalau nak berkayak, night cruise, berakit, jungle trekking, eksplorasi gua mereka boleh uruskan. Beritahu sahaja dan bayar semuanya akan beres.
 
Seronoklah duduk di lobi ni dan River Bar di hujung sana. Mendengar muzik atau membaca dengan pemandangan Sungai Melinau.


Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut beg tetamu. Unik kan? No air pollution.

Setiap bilik mempunyai balkoni persendirian yang sesuai untuk berehat sambil melihat kehijauan di sekelilingnya serta lengkap dengan kemudahan moden seperti flat screen tv. Kalau baca di ruang feedbacks Tripadvisor semua tetamu memberikan komen positif. Kita yang dah biasa melihat kehijauan Malaysia pun terpegun inikan pula orang yang biasa duduk di hutan batu. Rasa tak hendak kemana-mana!

 

Bilik besar stay sensorang. Tak sangka yang nampak gagah perkasa tidur buka lampu muahahahah... aiyooo buat malu jer

I can see you.... jangan lupa tutup bidai kat bath tub tu kalau tak nak buat tiger show.
 
Balik dari menggua di hari kedua masing-masing pakat berendam dalam air panas di bilik memasing.  Aku berendam sampai merah tapak kaki hehee.. lega rasa urat kaki.


Desain meja yang unik diperbuat daripada keratan melintang batang pokok.

Kolam renang bersaiz sederhana yang aku rasakan kedalamannya 1.2 meter sahaja. Okaylah tu... lifeguard bukannya ada.

Kafe yang dibuka sepanjang hari untuk kemudahan tetamu. Di hujung sana ada private dining room.

Chef Musa Punan showing his skills. Sedap umai yang dibuatnya, ada rasa pedas sikit.

 
Dony order Laksa Sarawak. Saiz makanan yang dihidangkan besar sampai jenuh nak menghabiskan.

Private dining room
 
Sedap betul duduk kat day bed nih
 




The new River Bar

 
Halalkah makanan yang dihidang?
Oleh kerana orang tempatan tidak mampu untuk supply raw material secara konsisten, mereka mendapatkan bekalan dari Miri. Cuma sayur-sayuran sahaja dari Mulu. Daun kari mereka tanam sendiri.
 
Sebagai tetamu yang diraikan, biasanya jika kita datang berkumpulan kita boleh request makanan tertentu dari chef itupun sekiranya ada stoklah. Orang datang sini bukan nak makan sangat. They pay for the ambience and lush green scenery.
 
Yakin ke halal?  Beginilah, bermusafir ada caranya. Kalau kita tak yakin kita makan je lah seafood dan sayur. Lupakan ayam daging yang menjadi makanan ruji buat seketika. Takpun bawa sesiap sambil ikan bilis kacang atau rendang dari rumah, pekkan kecil-kecil. Satu pek untuk sekali makan supaya tak basi. Jangan makanan je nak halal lepas tu mintak orang bawakan ke karaoke yang ada GRO Phillipino. Ngeng sangat. (inilah rungutan seorang Menteri Besar suatu ketika dulu). MMR mendapatkan bekalan bahan mentah halal dari Miri.
 

Bagaimana dengan line internet?
Aku rasa semua menarik di sini kecuali internetnya yang limited. Kalau dah lima orang online hmmm... tak dapatlah. Ko tunggu je lah diorang masuk bilik baru dapat bertenet sambil tidur baring kat area lobi dan open bar ni macam rumah sendiri. Jangan risau, diorang memang tidur cepat sebab dah penat keluar masuk gua hehee... kitorang je macam burung hantu. Lobi itu kami yang punya...!
 
Occupancy rate tinggi bermula Jun hingga September yang kebanyakannya ditempah westerners. Orang German dan Netherland suka ke Mulu. Diorang tu kalau  penuh satu resort pun tak bising, cakap pun berbisik tak mahu mengganggu tetamu lain. Syarikat-syarikat Malaysia pun banyak juga yang mengadakan seminar dan berkursus di sini. Korang jek lah bos mintak buat team building di sini. Lokasinya sesuai untuk percutian keluarga, pasangan, peminat aktiviti lasak, mesyuarat perniagaan dan majlis perkahwinan kecil. Bestttt sangat!
 
 
 Alamat:

Mulu Marriott Resort & Spa
Sungai Melinau PO Box 1145
Mulu
98008 Gunung Mulu National Park
085-42 1121
 
Bagaimana mahu ke Mulu Marriot Resort?
4 pernerbangan MASwings dari/ke Mulu setiap hari. Selain dari Kuching, MASwings juga memberi perkhidmatan Mulu-Miri/Kota Kinabalu. Jadualnya ada di sini.
 

SABAH Menang Flotila Terbaik di Magic of the Nights 2015 @ Putrajaya

$
0
0

SABAH Menang Flotila Terbaik di Magic of the Nights 2015 @ Putrajaya| Seperti yang telah aku war-warkan minggu lepas program Magic of the Nights kali ke-5 telah berlansung dengan jayanya pada 28-30 Mei di Marina Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Nazri Tan Sri Abdul Aziz.

Acara ini mempraktikkan kerjasama strategik awam dan swasta di bawah National Blue Ocean Strategi (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan. Kerajaan nak buek sumo tak dayo... buat partnership begini boleh jimat kos. Marina Putrajaya dan Majalah Gaya Travel yang terlibat secara lansung memastikan kelancaran acara ini turut menganjurkan pertandingan selfie dan fotografi yang bertemakan MOTN2015 yang menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM13,800 bagi menggalakkan kehadiran dan penyertaan pengunjung. 

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan meraikan kepelbagaian serta kekayaan alam, budaya dan tradisi masyarakat majmuk. Ia juga bertujuan untuk menyemai budaya mesra alam, menambah kesedaran dan menghargai keindahan flora dan fauna.
 
Kumpulan Bale Bale dari Selangor memeriahkan majlis dengan persembahan nyanyian yang menarik.
 
The performers...
 
 

Putrajaya International Convention Centre (PICC)
 
Datuk Mahathir Lokman sebagai pengacara majlis
 
Orang kampung haa... Yang Dipertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang
 

Dato' Seri Nazri Aziz melakukan gimik pelancaran





 
 
Dengan tema Endless Celebration, 17 buah bot yang dihias menarik untuk bertanding dalam kategori Flotila Keseluruhan Terbaik, Flotila Paling Kreatif, Flotila Hiasan lampu Terbaik dan Flotila Paling Popular.











  
Selain itu, keunikan yang ditampilkan tahun ini ialah persembahan keharmonian irama pergendangan 1 Malaysia iaitu Seratus Irama Pergendangan MyFest 2015 yang merangkumi kumpulan pergendangan Kompang, pergendangan Cina dan India, Jido dan Bhangra. 
 
MOTAC juga menyediakan juadah ikonik bagi setiap negeri seluruh Malaysia di ruangan Fabulous Food di tapak acara.

 Gerai Kuala Lumpur dengan burger bakarnya

Gerai Kedah dengan mi sup power


Johor dengan otak-otak JB yang popular


Secara rasminya inilah PARA PEMENANG PERTANDINGAN:

Flotila Keseluruhan Terbaik
Johan - Sabah
Kedua - China
Ketiga - Pahang


Flotila Paling Kreatif
Johan - Pulau Pinang
Kedua - Terengganu
Ketiga - Perak


Flotila Hiasan lampu Terbaik
Johan - Perbadanan Putrajaya
Kedua - Kelantan
Ketiga - Selangor


Flotila Paling Popular
Pulau Pinang

Err... macam err...


Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.




 
 

Gunung Mulu National Park, Miri | Canopy Skywalk

$
0
0

Gunung Mulu National Park, Miri | Canopy Skywalk | Adakah jambatan gantung ini yang terpanjang di Malaysia?

Untuk menikmati keindahan hutan hujan tropika beserta flora dan fauna di Mulu dengan lebih jelas kita disarankan untuk menaiki Canopy Skywalk yang terdapat di Taman Negara Mulu. Dengan ketinggian maksimum 30 meter dan panjang 480 meter, berada di pucuk sungguh mengujakan kami yang berani ni ececehh..guide kami Paul, menunggu di bawah kekekee... park ranger yang mengiringi kami.
 
Jambatan gantung ini hanya dibuka bermula jam 7 pagi hingga 2 petang. Hanya 2 orang dibenarkan untuk melaluinya pada satu-satu masa. Kalau hujan tutup. Kalau berangin kuat tutup. Hohohoooo.... bahaya time kilat petir sebab jambatan ni panjangnya hampir setengah kilometer, nak berlari ke depan tak boleh nak mengundur pun payah gak sebab panjang.
 
Aku rasa naik jambatan ini lebih mudah daripada Poring Hotspring tu. Cubalah, seronok sangat! Bergoyang-goyang hahaha...
 
 
 


 
Kepada sesiapa yang beminat untuk ke Mulu National Park bolehlah berurusan dengan pemandu pelancong berlesen di bawah. Aku kenal dia je so aku recommend dia lah sebab puas hati dengan servis yang diberikannya. Selain Taman Negara Mulu dia juga boleh menjadi pemandu pelancong di Kuching, Gua Niah, Lambir dan Loagan Bunut.

Licenced Tour Guide in Mulu:

Paul Victor
Emel : paulvictor5883@gmail.com
            paul_MZV@yahoo.com.my
            paul_MZV@hotmail.com.my

Tel : +6012 8465655 / +60111 8599771


Harga pakej 3h 2m TIDAK TERMASUK tiket kapal terbang bermula daripada :

RM750 - bermalam di Taman Negara atau sekitarnya
RM1,200 - bermalam di Mulu Marriot Resort


Lebih baik buat booking sebelum pergi. Kalau nak plan trip ke.. nak check fees ke... atau info info lain boleh baca di Mulu Park official website.

Meneroka gua sudah, panjat gunung pun sudah. Siapalah nak belanja aku diving agaknya??





 

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

$
0
0

Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 | Mancandat lagiiii...!! I'm so happy to be selected again as part of social media peoples covering this event. Thank you to Tourism Terengganu and Gaya Travel Magazine for this golden opportunity untuk bersama-sama berada di Negeri Cantik, Budaya Menarik. Datang sekali berkali-kali jatuh cinta dengan pasir halus memutih dan air laut yang jernih di negeri pantai timur yang satu ini.

 
Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu (FCSAT)02015 yang baru berakhir telah mendapat tempat sebagai salah satu acara ikon bagi negeri untuk menggalakkan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu. Penganjuran dari 2 hingga 7 Jun 2015 ini telah disertai oleh 120 orang wartawan media cetak dan elektronik termasuk penulis blog dan pengamal media sosial dari 28 buah negara. Kurang peserta berbanding tahun lalu tetapi lebih banyak negara yang akan mempromosikannya. Bijok.... banyak makang ikang nih!

#SquidJigging #gayatravel #tourismterengganu #terengganu #malaysia #mymotac #setiu #kenyir
 
 
Bagaimana cara mencandat sotong?
 
Squid jigging atau candat sotong, merupakan suatu teknik menangkap sotong yang telah dilakukan oleh penduduk negeri Terengganu bergenerasi lamanya. Menggunakan dua buah umpan yang diikat pada tali tangsi, umpan ini akan dicampakkan sehingga mencecah lantai laut. Kemudian kita yang berada di dalam bot tu akan menarik tali tersebut sehingga sekaki jauhnya berulang-kali. Umpan yang agak berat ini mempunyai cangkuk di sekelilingnya dan bila berada di dalam air ia seakan-akan udang yang menjadi makanan sotong. Tipah tertipu gituh.
 
Musim mencandat bermula dari Mac hingga September, dari lewat petang hingga ke subuh esoknya. Lampu akan dinyalakan untuk menarik sotong kepada umpan. Dia ingat bulan le kot.
 
Ada lima jenis sotong yang biasa dijumpai di perairan Terengganu iaitu sotong torak, sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang dan sotong katak. Sotong jarum senang nak kenal.


Pengalaman Mencandat Sotong
 
Kami berpeluang mencandat sebanyak dua kali. Yang pertama bertolak dari Jeti Pulau Redang dengan 10 orang peserta dalam setiap bot. Kudap-kudapan juga disediakan tapi aku tak makan lansung sebab takuuuutttt .... tetiba nak kencing beghok guane? hahaha... that was my main concern.

Taman marin Pulau Pinang tempat kami snorkelling. Jernih sangat air laut ni dengan ikan pelbagai jenis dan saiz.

Air laut masa tu ya rabbi berombak kuat. Mati la orang darat macam kami ni. Yang menariknya, oleh sebab kami berada di Pulau Redang bot-bot nelayan ni tak dibenarkan masuk ke lagun untuk mengelakkan kesesakan jadi kami menggunakan transit boat dulu. Bila dah keluar dari lagun baru naik ke bot memasing. Tempat pertukaran bot ni kan airnya jernih biru sangat. Yang lagi syoknya, dari sini aku yang bawak bot sampai berlabuh di tengah laut. Haaa... ko mampu? Masa pergi kampung emas juga di Terengganu tahun lalu dapat memandu sekejap je.

Kami melabuhkan sauh kira-kira 2 batu nautika ke tengah laut. Tekong bot very understanding, banyak kali dia mengalihkan bot mencari lubuk sotong. Dapatlah 2 ekor... okaylah tu, 2 bot je yang dapat sotong pun.
 
 
Aku takde dalam gambar ni sebab memegang portfolio sebagai pilot bot
 
Begini caranya...
 

 
Bila kena hentam dengan ombak kiri kanan mulalah cari dinding nak menyandar. Tak dayo weh... nak berdiri pun tak larat, pening. Masa ni bulan besar berwarna oren yang sangat cantik muncul. Aku mencandat sambil tidur kat tayar hehee... dapat sekor kau! Puas berdoa nak merasa sotong tu merentap umpan (ke... dipanggil unjam?). Tunggu je lah TV Al Hijrah membahan aku. Seronok korang eh. Tengah shoot video seperti gambar di atas, "weiii aku nak muntah! uwekkk..!". Tercampak sotong tu atas lantai bot.

Daripada 12 bot hanya 2 bot sahaja mendapat hasil. Rough seas causing sea sickness among the participants on the boats. Layan diri memasing je lah. Yang kelakarnya ada peserta bot lain yang mabuk teruk kemain sedap peluk bantal busuk pakcik bot untuk mententeramkan diri wakakakakaa.... bantal tu kalau dihumban ke laut boleh terapung semua sotong hahahha...

Stress weh memikirkan nak ke laut sekali lagi....

Mancandat kali kedua, kami bertolak dari Duyong Marina & Resort yang dulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Resort & Spa. Punyalah besar resort ni boleh cair mekap kalau berjalan kaki ke jeti. Masih berdebar-debar bimbangkan ombak kuat tapi rezeki kami perairan laut kuala tenang pada hari tersebut. Menjerit memasing bila dapat sotong. Seronoknya lahaiii... Laut dah tenang sotong tak sangkut pulak kat umpan aku aiyakkk... jumlah tangkapan bot kami hari tu 10 ekor sotong, 2 ekor ikan.
 
 Di jeti Duyong Marina & Resort
 
Tunduk je susah hati ke..? hehe
 
Kumpulan menang sorak
 
Aku sangat suka suasana ni
 
 
Sekejap je dah dapat!
 
 Nampak tak perbezaan warna semasa sotong baru dinaikkan dengan yang ini?
 
  Bruno dapat 2 ekor!
 
 Ya Allah, sangat indah sunset di laut. Aku post 2 keping aje lah ye
 
 Walau dimana kita berada jangan dilupa Sang Pencipta. Kamera ditala dari semua arah, kesian pakcik lagi sorang tu susah dia nak tukar seluar kikikiii...
 
  Inilah hasil tangkapan kami di hari kedua mencandat
 
Pukul 8.30 malam marshal suruh berpatah balik ke jalan yang lurus jeti. Panggilan pertama dan kedua tu kami buat dek je.. ye lah tengah syok naikkan sotong. Bila marshal kata "tangkapan selepas ini tidak akan dikira..." barulah peh peh peh.... bot bergerak pulang. Baru naik syeh dah kena panggil balik dek marshal. Anti klimaks betul.
 
Pengalaman mencandat sotong ini very enjoyable jika kita melakukannya with family and friends. Kalau ada kengkawan yang poyo kata terer sangat kat laut ko tengok je lah berapa lama dia boleh bertahan. Kami yang makan ubat penahan muntah pun muntah belilah dilambung ombak. Pengalaman yang kami dapat ni priceless walaupun seksa mokcik mencandat kali pertama tu. Dan, pemandangan bot-bot berbondong-bondong ke laut macam nak pergi berperang tu sangat indah ditambah lagi keindahan matahari terbenam. Ya Allah sangat cantik!! Kena alami sendiri baru percaya.
 
 
Aktiviti Sampingan
 
Selain daripada mencandat sotong, kami juga dibawa snorkelling di Taman Marin Pulau Pinang yang berhampiran Pulau Redang. Di sini ada banyak kumpulan ikan yang pelbagai jenis terutama di bawah jeti tu. Kalau tahun lepas aku mengekor je geng yang pandai berenang kali ni aku pergi sendiri. Confident level dah tinggi gituh. Ikan biru, belang-belang, kuning? Semua ada, banyak pulak tu.
 
Kami juga mengambil bahagian dalam permainan tradisional di Festival Kenyir 2015, mengutip kepah di Kampung Mangkok, Setiu, ke Pesta Budaya Setiu, melihat persembahan gajah di Kenyir Elephant Conservation Village, melihat keindahan budaya di Pesta Peranakan Terengganu, melawat Muzium Terengganu, Taman Tamadun Islam serta tempat peghabih duit Pasar Payang. 
 
 
Ingin Mencandat Sotong di Terengganu?
 
Banyak pihak mengaturkan acara mencandat sotong termasuk homestay, resort, tour and travel agency. Tuan bot yang kami naiki tu quote pakej candat sotong RM3,000 sebot untuk 3 hari 2 malam termasuk sewa bot, tekong, 3 awak-awak serta makan-minum. Satu bot boleh memuatkan  8 orang. 
 
Sila hubungi Encik Khalid untuk keterangan lanjut di nombor 014 8186587.
 
Untuk maklumat lanjut boleh juga bertanya dengan:
 
Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : +609 6262020
Faks: +609 6262022
 
 
Menurut Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya di majlis penutup (yang dibacakan oleh Dato' Mohd Jidin Shafee) program Terengganu International Squid Jigging Festival yang dimulakan pada 2014 telah membawa banyak kemajuan dalam taraf hidup masyarakat bukan sahaja kepada nelayan tetapi semua yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada industri ini. Jumlah pelancong yang datang dalam tahun 2014 juga telah meningkat sebanyak 11.9% kepada 4.5 juta orang berbanding tahun sebelumnya.
 
Aset negara yang lain akan lenyap ditelan masa, pelancongan akan terus berkembang selagi kita berusaha untuk mempertahankan keberadaannya dan memperbaiki kelemahan yang ada. Tidak ada sebab pelancong tidak akan datang kembali ke Negeri Cantik, Budaya Menarik ini kerana segalanya ada di sini.
 
 

 

KL Hop-On-Hop-Off City Tour

$
0
0

KL Hop-On-Hop-Off City Tour | Welcome to Kuala Lumpur! Anda bercadang untuk melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur tanpa penat memandu? Ingin menjelajahi suasana kontras dan berwarna-warninya? Inilah pilihan terbaik...!



Naikilah KL Hop-On-Hop-Off bus. Sumber di sini              
 
 
Adakah bas KL Hop-On-Hop-Off City Tour pergi ke semua tempat tarikan pelancongan?
 
Mesti ramai yang nak tahu kan? Jawapannya, ya! Laluan bas ini yang paling komprehensif untuk melihat magis Kuala Lumpur. Selain tempat-tempat menarik bas ini juga berhenti di pusat membeli-belah terkenal di ibu kota seperti KLCC, Bintang Walk, Dataran Merdeka, KL Tower, KL Sentral, Lake Garden, Petaling Street, Masjid Jamek, Sri Mariaman Temple, St Mary's Cathederal dan lain-lain lagi. Melebihi 42 tarikan utama kasemuanya. Berbaloi sangat tau!
 
 
Pemudahcara juga disediakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa utama yang lain. Sejarah dan keunikan sesuatu lokasi itupun akan diberikan penerangan. Para pengguna bas ini boleh naik dan turun di mana sahaja hentian bas yang mempunyai logo "HOHO" seberapa banyak kali yang diinginkan selama mana tiket sah digunakan. Tiketnya laku selama 24 jam so pepandailah adjust time supaya dapat cover banyak tempat.

 KL Tower @ Menara Kuala Lumpur
 
 Petaling Street @ Jalan Petaling. Ada pasar karat setiap pagi.
 
 Side view of Keretapi Tanah Melayu building
 
 Muzium Negara
 
 Little India in Brickfields
 
 Fuhhh... tak sanggup aku kerja macam ni. Gayat!
 
 

 
Istana Negara baru di Jalan Duta.
 
 

 The ever beautiful Petronas Twin Tower @ KLCC
 
 Masjid Negara
 
 Kelab Melayu di Dataran Merdeka
 
 LRT, railway and road. Maju dah transportation system kita tapi perlu dipertingkatkan lagi. Jalan botingket tingkek tapi jam jugak grrr...
 
 Balai Seni Visual Negara
 
 Menara Public Bank di depan KLCC
 
 Kompleks Kraf Jalan Conlay
 
 
 
Adakah bas HOHO melalui hotel-hotel?

Sudah pasti. Bas HOHO melalui 100 hotel di bandaraya Kuala Lumpur.


Dimana tiket bas HOHO boleh dibeli?

Tiket dijual di dalam bas, hotel-hotel terpilih, agensi pelancongan dan pengembaraan atau mana-mana wakil jualan yang mempamerkan logo HOHO. Nak beli in-advance pun boleh, call je 1-800-88-5546 atau emel inquiry@myhoponhopoff.com atau pergi je ke website ni www.myhoponhopoff.com

Untuk informasi lanjut boleh berurusan dengan pejabat di bawah:

Information & Ticketing Counter:
Lot 109, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03 21611651

Opposite Hong Leong Bank
Jalan Sultan Ismail
Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 018 6203447

Plaza Dataran Merdeka
Jalan Raja, Dataran Merdeka
50050 Kuala Lumpur
Tel : 018 3094986

Waktu urusniaga : 9 pagi - 8 malam setiap hari.


 Eat . Travel . Write . Gaya Travel Magazine .
 
 
 

Gempa Bumi di Sabah Akibat Pendaki Bogel?

$
0
0

Gempa Bumi di Sabah 2015 Akibat Pendaki Bogel? | The 2015 Sabah earthquake yang melanda Ranau pada 5 Jun jam 7.15 pagi yang lalu telah berlaku selama 30 saat dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter. Dengan kedalaman hanya 10km tidak hairanlah banyak kerosakan struktur bangunan dilaporkan. Setakat ini gempa bumi inilah yang terkuat sejak 1976 melanda Malaysia.

 
Kebanyakan pendaki pada hari kejadian berasal dari Singapura dan Malaysia. Gempa sederhana itu telah menyebabkan 18 kematian dengan 2 lagi masih dilaporkan hilang. 137 pendaki terlibat tetapi sebahagian besar telah berjaya diselamatkan oleh malim gunung dan pihak berwajib. Bukan senang nak bawa turun dengan keadaan laluan yang rosak teruk. Yang cedera perlu didukung atau diusung sehingga hentian tertentu. Aku naik 1km dulu pun macam nak hilang nyawa penatnya.
 
Selain kawasan Ranau yang terjejas teruk, gegaran juga dapat dirasakan di  Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Inanam, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Beluran, Sandakan, Kunak, Tawau di Sabah dan sejauh Labuan serta Lawas, Limbang dan Miri di Sarawak. Kinabalu Park ditutup sementara selama 3 minggu.
 
Teringat perbualan beberapa bulan lepas dengan kengkawan yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Mereka ni outdoor person yang sangat supportive. Kata-kata seperti...
 
Saya dah naik 5 kali kak.
 
Akak bermula mendaki pun pada ketinggian 1600m, beberapa ribu meter je lagi nak sampai (gulp...positif sangat kau jang, bersemangat suruh aku mendaki)
 
Teringin tapi rasa macam tak mampu. Sekarang Donkey's Ear Peak dah patah. Kalau naik pun takdelah gambar berlatar belakangkan DE. 
 

 Kundasang sentiasa di hati. Balik dari Sabah hujung tahun lepas anak-anak ajak ke sana lagi.

Mungkin Donkey's Ear lebih jelas kelihatan dari Bundu Tuhan

Benarkah gempa bumi di Sabah akibat pendaki bogel?
 
Orang tempatan percaya gempa tersebut disebabkan 'penjaga gunung' marah dengan 10 orang pelancong barat dari Kanada, Jerman, Belanda dan United Kingdom yang bergambar bogel dan kencing merata di puncak Gunung Kinabalu. Para pelancong ni marah bila ditegur oleh malim gunung (mountain guide) dengan mengatakan perkara tu karut, tahyul dan kepercayaan bodoh. Sebagai muslim aku pun tak boleh percaya hal superstitous ni tetapi aku percaya jika kita pergi ke tempat orang we should adhere to and respect local custom. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengucap. Pandai pulak malu bila dibawa ke mahkamah. Berbogellah lagi boleh kita shoot daripada pelbagai angle. Nak sangat kan? Human rights katanya.

Semalam empat daripada mereka telah dijatuhkan hukuman 3 hari penjara dan denda RM5,000 seorang. Kena penjara bermula 9 Jun, untunglah. Denda pun GBP1,000 jer... untung lagi. Sumpit je boobs and balls diorang ni. Dia rasa dia pandai sangat daripada kita, tak tahu adab.
 
Dulu masa orang bertanya kenapa selalu melancong ke Indonesia aku jawab sebab sebahagian Indonesia berada di lingkaran api Pasifik yang agak kerap mengalami gempa bumi. Aku nak melawat tempat-tempat menarik di sana sebelum ia musnah. Sekarang Malaysia sendiri pun terlibat dengan gempa, tak berapa selamat dah kita.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Strange Trumpet Sound in Sabah June 2015

$
0
0

Strange Trumpet Sound in Sabah June 2015 | Bunyian pelik dan kuat yang masih tidak dapat dikesan dari mana selepas kejadian gempa bumi 5.9 skala Richter di Sabah. Semasa berlaku di negara lain pun para saintis mengatakan ia bukan berasal dari bumi.

 
Bunyi apakah? Signalling something? Adakah persamaan dengan sangkakala yang ditiup Israfil?            
 
 
posted earlier by Malaysia Asia









 

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

$
0
0

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya | Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara yang dirancang dengan baik dan dinobatkan sebagai The Wolrd's First Intelligent Garden City. Bangunan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan kawasan terbuka menunjukkan betapa kecanggihan teknologi boleh bergabung secara harmoni dengan alam. Ia juga menempatkan jabatan kerajaan dan swasta yang secara bersama berusaha memajukan negara ini ke suatu tahap yang lebih baik.

 
"Putrajaya - the new Federal Government Administrative Centre, will be a city that reflects the spirit of Malaysia in its fullest sense in the 21st century when it is completed. Putrajaya will symbolises the nation's aspirations"  - Tun Dr Mahathir Mohamed, former Prime Minister of Malaysia. 
 
Penciptaan Putrajaya dilakukan dengan pelbagai objektif; menjadikannya bandar contoh, pusat pentadbiran, tempat tinggal, bekerja dan bersukan yang ideal selain mempunyai daya tarikan pelancongan. Kabel fiberoptik dan menara merupakan personaliti bandar ini begitu juga jambatan moden beserta flora dan faunanya. Dengan keluasan sebenar 4,581 hektar, 40% daripadanya direzabkan untuk alam semulajadi.

Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat, yang terkenal dengan Visi 2020 yang mensasarkan Malaysia sebagai negara maju telah memperkenalkan Putrajaya pada tahun 4 Jun 1999 untuk menunjukkan visi besarnya di masa hadapan.
 
 
Putrajaya Sight Seeing Tour
 
Terdapat satu pakej Putrajaya Sightseeing Tour yang menyasarkan para pelancong yang transit melebihi 6 jam di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh mengikuti pakej lawatan ini yang bermula di :

Tempat                                Tiket Dewasa (RM)          Tiket Kanak-Kanak
                                                                                      2-12 tahun (RM)
KL Sentral                          38.00                                  18.00
Bandar Tasik Selatan          29.60                                  14.00
Salak Tinggi                       25.00                                  12.00
KLIA                                  31.40                                  15.00
KLIA2                                31.40                                  15.00

Para pelancong akan dibawa ke 11 tempat menarik di Putrajaya untuk photo stop 10-15 minit dan visit stop 30-60 minit.

Putrajaya Sightseeing Tour Counter
Putrajaya Sentral
+603 8887 7786 / 8887 7787
www.papsb.com.my


Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya diantaranya:

1) Putra Square
Ia merupakan kawasan lapang di hadapan Masjid Putra dan Perdana Putra.



 2) Perdana Putra - pejabat Perdana Menteri



3) Masjid Putra
- Dibina menggunakan rose tinted granite. Ia mempunyai 9 kubah dan 1 menara dan boleh memuatkan seramai 15,000 jemaah.

 


4) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi.
Dibina menggunakan 70% besi dengan Architectural Wire Mesh.




5) Kompleks Perbadanan Putrajaya



6) Istana Kehakiman




7) Putrajaya International Convention Centre @ PICC


PICC menawarkan dewan dan ruang legar untuk disewa. Persembahan Malaysia Traditional Show yang sangat menarik juga diadakan selama 45 minit setiap hari pada pukul 11.30 pagi dan 2.30 petang. Untuk tempahan dewan atau persembahan tarian sila hubungi :

Tel : +603 8887 6000
Emel : enquiry@picc.com.my
www.ticketonline.my/picc







8) Jambatan Seri Saujana



9) Cruise Tasik Putrajaya
Ini cara yang menarik untuk melihat keindahan Putrajaya. Bot-bot buatan tempatan khas untuk kegunaan di tasik yang diberi nama Belimbing (spesis penyu), Sebarau dan Kelah menggunakan kuasa water jet. Oleh kerana tidak menggunakan kipas bot-bot ini mampu belayar dengan kedalaman tasik hanya 4 kaki.

Bot-bot kecil diberikan nama daun mampu memuatkan 76 orang pelancong dalam satu-satu masa manakala bot-bot besar pula mampu memuatkan 120 orang.

Mengelilingi tasik dengan Cruise Tasik akan mengambil masa selama 45 minit dengan kelajuan purata 8-11 knot.


10) Skyride Festival Park
Ini merupakan tarikan terbaru di Putrajaya yang letaknya hanya bersebelahan Alaf Baru Monumen yang dibuka secara rasminya pada 1 Mei 2015 oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Taman tema yang memfokuskan aktiviti sekeluarga ini merangkumi SkyWarrior Rainforest Challenge, SkyKids, SkyGallery, SkyDemo dan yang paling menarik 'terbang' 120 meter ke udara dengan SkyBalloon yang merupakan Malaysia's 1st Biggest Tethered Balloon Ride.





Opening hours : 10am - 10pm daily

Skyrides Festival Park Putrajaya
Jalan P2M, Precinct 2
62100 Putrajaya
www.skyridesfestivals.com
Twitter/fb : skyridesfestivals


Experience Putrajaya like never before ....


Eat . Travel . Write . Gaya Travel Magazine .





 

Video | Banjir Lumpur di Sabah

$
0
0
Video | Banjir Lumpur di Sabah | Ya Allah, bertimpa-timpa pula musibah di Sabah dalam dua minggu ni.

Bermula dengan gempa bumi 5.9 skala Richter di pagi 5 Jun 2015, bunyian kuat yang mengerikan di udara yang masih misteri puncanya dan semalam banjir lumpur melanda Mesilou di Kundasang, Ranau, serta Kota Belud. Mesti sungai depan Salman Homestay tu menderu kuat. Kasihanilah mereka ya Tuhan. Tabahkan hati mereka menghadapi dugaan ini.

Kawasan Mesilou dah sedia sejuk. Kena pulak hujan yang tak berhenti ni lagilah sejuk.
 

https://www.facebook.com/video.php?v=10153349940172052"> href="https://www.facebook.com/video.php?v=10153349940172052">#ranau LIMPAHAN air lumpur, bongkah batu dan pokok yang patah dari atas Gunung Kinabalu membadai anak sungai Mesilou sehingga menghasilkan dentuman kuat dan mengejutkan kira-kira 200 penduduk Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau, 2 petang tadi.Jumlah mangsa banjir lumpur Kampung Masilau, yang ditempatkan di Dewan Mini Kundasang, Ranau, kini meningkat sebanyak 211 orang membabitkan 47 keluarga: BombaLagi berita: 211 mangsa banjir lumpur http://hmtro.com/1MZ5TVn

Posted
by Harian">https://www.facebook.com/metroonline">Harian Metro * myMetro on Tuesday, June 16, 2015

Pulau Redang, Terengganu | Pulau 'Super Cantik' Untuk Merehatkan Diri & Minda

$
0
0

Pulau Redang, Terengganu | Pulau 'Super Cantik' Untuk Merehatkan Diri & Minda| Terengganu ialah sebuah negeri yang menerima anugerah alam yang tak ternilai harganya. Dengan telaga minyak, gas, balak, pulau-pulau indah, sifat usahawan rakyat tempatan semuanya melengkapkan negeri tersebut untuk menjadi idaman semua pihak. Limpahan hasil buminya jika diurus dengan betul dan amanah sangat menguntung rakyat negeri tersebut berzaman lamanya.

 
Dengan keluasan 13,035km persegi, negeri Terengganu bersempadan dengan Kelantan dan Pahang serta mempunyai jaluran pesisir pantai yang panjang menghadap Laut China Selatan. Ia juga memiliki banyak pulau indah dengan yang terkenal di kalangan pelancong dan penyelam seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Gemia, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang.
 
Dalam program Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 kali kedua baru-baru ini kami diberi peluang untuk bermalam di Pulau Redang selepas mencandat sotong di perairan pulau tersebut. Cuti sekolah ko... resort fully booked. Terpaksalah kami berkongsi empat orang sebilik di Redang Beach Resort. Nak buat macam mana, pelancong dah booked bilik 6 bulan awal. Siapa cepat dia dapatlah kan?

  
 
Berhampiran Pulau Redang terdapat dua bangkai kapal sejarah iaitu The H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di permulaan Perang Dunia kedua. Lokasi tenggelamnya kapal ini menjadi kesukaan penyelam professional untuk mengkaji sejarah dan mengambil gambar.

Pulau cantik ini sangat sesuai untuk snorkelling, menyelam, berenang, jungle trekking dan berkayak. Memancing dalam 3.2km radius dari Pulau Redang, pengambilan batu karang dan hidupan laut lain adalah DILARANG sama sekali kerana Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman marin.

Pulau Redang pernah tersenarai antara pulau yang tercantik di dunia. Kepada peminat sand, sun and sea mereka ni akan masukkan pulau-pulau cantik dalam wishlist untuk dilawati sebab tu lah rancang nak duduk 5 hari jadi 5 minggu. Jatuh cinta gitu. Masa yang terluang sebelum check-out pagi tu sempatlah aku berjalan-jalan di pantai melawat kawasan. Cantiknya pantai dan laut di sini.... pasir halus memutih, air laut membiru jernih. Terus tak pakai selipar sejak sampai sana...dapat duduk seminggu barulah syok. Aku tak sempat explore pantai sebelah belakang dek asyiknya melihat laut.





 
Laut di depan ni kumpulan ikannya yang tak sebanyak di taman marin Pulau Pinang. Haishhh bukan Pulau Pinang yang ada Lim Guan Eng tu.... berdekatan PR ni aje.. 20 minit naik bot. Ya Allah geramnya tengok ikan!





 
To non-swimmers sila pakai life jacket dengan betul sewaktu snorkelling. Kalau air masuk dalam mulut atau goggles jangan panik, angkat muka ke permukaan laut dan renggangkan sikit supaya air keluar. Sedut dan hembus udara dari mulut. Sila bertanya dengan life guard jika terdapat kemusykilan supaya tak lemas. Life jacket tu mampu mengapungkan kita tetapi kalau tak pandai bernafas menggunakan goggle set tu boleh membahayakan nyawa. Kita nak happy ending kan?

Terjun tiruk di Taman Marin Pulau Pinang. Tiada resort di sini.


Bagaimana untuk ke Pulau Redang?
 
Untuk ke Pulau Redang uols boleh menaiki feri di Jeti Syahbandar yang bersebelahan dengan Pasar Payang dan bertentangan Istana Maziah. Setahu aku dulu kita naik feri di Merang tapi sekarang ni kat Merang tu ada speed boat aje. Perjalanan sejauh 45km akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Kalau tak larat memandu jejauh boleh je naik kapal terbang hingga ke Kuala Terengganu kemudian sewa teksi hingga ke Jeti Syahbandar. Atau, nak lagi senang terus naik kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang terus sampai sini. Senang kan?
 
Arghhh.... cantik sangat Pulau redang ni weh!
 

 

Restoran Makanan Halal di Hangzhou, China

$
0
0

Restoran Makanan Halal di Hangzhou, China | Mencari yang halal itu fardhu ke atas umat islam. Justeru sebelum melancong atau mengembara ambillah tahu serba sedikit di mana boleh didapatkan makanan halal supaya tak menggigil kelaparan macam kawan yang pergi Macau tu heheh.

 
Di China yang populasi masyarakat islamnya lebih ramai daripada di Malaysia, tidaklah sesusah mana mencari makanan halal. Yang penting kita makan sebagaimana mereka makan. Nak cari gulai daging salai memang takdolah. 
 
Semasa di Hangzhou, di Stesen Metro Ding'an tepatnya, ada beberapa restoran makanan halal.
 
1) Di belakang Masjid Phoenix (Phoenix Temple)
Keluar dari Ding'an Station tu terus jalan ke depan hingga sampai ke restoran yang pertama. Adalah dalam 100m jauhnya.




 2) Keluar dari restoran tu sila naik escalator ke seberang jalan. Dari atas ni dah nampak ha lam alif lam dibumbung bangunan. Restoran ni nampak ekslusif sikit jadi aku tak masuk, bimbang habis Yuan :-(



3) Turun dari jambatan tu belok ke kiri. Di sini ada tiga buah restoran dan satu kedai runcit islam. Kedai jual daging halal pun ada. Mereka cuba beramah-tamah tapi aku tak faham walau sepatah. Kesudahannya sama-sama tergelak. They're helpful too.
 
 

 
4) Aku tinggal di YMCA International Youth Hostel, Qingnian Road. Sebelum hostel ni ada sebuah restoran muslim.
 
5) Jalan terus ke depan arah ke pasar malam ada sebuah lagi. Kedudukannya betul-betul di persimpangan jalan, restoran besar.. mahal kot. Sate kambing pun ada.
 
6) Berjalan ke kiri dari restoran no 5 ada sebuah lagi. Yang ini nampak macam makanan mampu bayar hahah... tapi pepagi tak buka.
 
 
Itu jelah sebab aku hanya dua malam di Hangzhou. Hari kedua seharian berhabis masa di West Lake. Dari restoran ketiga nak pergi yang keempat dan seterusnya jaraknya dalam 300m kot.
 
Inilah hasil berjalan kaki. Harap membantu sesiapa yang ke sana ;-)

Video | Kempen Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je

$
0
0

Kempen Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je | Setelah berjaya dengan kempen CC1M sebelum ini kini Tourism Malaysia telah melancarkan kempen pelancongan terbaru yang mahu rakyat Malaysia melawat tempat-tempat pelancongan yang berdekatan kediaman.

 
Kempen Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je menggalakkan kita bercuti di hujung minggu tanpa perlu mengambil cuti tambahan. Medical leave lagilah JANGAN. Jangan cari fasal, kalau berlaku musibah sewaktu bercuti sedangkan kita on medical leave kemungkinan besar takaful/insurance tak cover. Mati tengah shopping dalam Idaman Suri, camno? Tak boleh nak cover line.
 
Sebenarnya banyak tempat menarik di dalam Malaysia. Di Kuala Lumpur tu saja dah berapa, belum masuk Perak, Kedah, Terengganu dan lain-lain. Aku ni Perlis je belum sampai lagi melainkan Kuala Perlis hehee.... itu pun sebab nak naik feri ke Langkawi. Sila guna search bar yang disediakan dalam blog ni mudah-mudahan ada tempat yang uols nak pergi.
 
Tak larat memandu boleh naik kapalterbang, lebih pantas. Naik keretapi pun best. Macam aku dua tahun lepas ke Langkawi. Selepas dicongak habis jari tangan kaki, kos naik kapal terbang untuk kami sekeluarga lebih murah daripada memandu ke sana. Jimat RM20 hahaa... jimat jugak tu. Presiden Daewoo kata, potong mana-mana kos yang tak perlu walaupun sedikit. Gittewww...
 

Ini link video terbaru:


Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat JeCuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je - LaunchWe have launched our new Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je campaign where we are inviting all Malaysians to explore our own 'backyard'! Your weekends will never be the same; kan semua tempat #DekatJe #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #MyFest2015 #DekatJe
Posted by Tourism">https://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia">Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia
on Wednesday, June 17, 2015

5 Hostel Popular di Kuala Lumpur

$
0
0

5 Hostel Popular di Kuala Lumpur | Sebagai seorang yang agak kerap berjalan pada masa ini, aku sedaya upaya akan cuba berjimat bab penginapan. Bila berjalan seorang atau berdua dengan si dia hotel berbintang bukanlah faktor utama dalam memilih penginapan. Yang penting selamat dan tandasnya bersih.

 
Di kota kosmopolitan Kuala Lumpur yang menerima pelbagai status pelancong, selain hotel hostel juga menjadi pilihan utama. Bukan sebab semua tetamu hostel itu golongan backpackers yang tak berduit tetapi mereka menyewa hostel kerana pelbagai sebab diantaranya:
 
1) Easy access to public transport seperti LRT, monorel, komuter, bas dan teksi.
2) Berdekatan restoran.
3) Berdekatan tarikan pelancongan, boleh berjalan kaki jer.
4) Mahu bergaul dengan pengembara yang lain dan bertukar pengalaman.
5) Sedang membuat kajian universiti dan perlu tinggal dengan lama.
6) Mahu bergaul dengan masyarakat setempat. To be with them we have to talk to them, eat like them, play with them and live like them.
 
Ada banyak hostel dan guesthouse yang bagus di Kuala Lumpur tetapi kali ini aku nak senaraikan 5 sahaja berdasarkan review daripada booking agents sites dan pengalaman sendiri. Yang lima ini pula berada di Chinatown, Bukit Bintang dan Bangsar di tengah Kuala Lumpur.

Here are 5 popular hostel and guesthouse in Kuala Lumpur: 
 
1) Suzie's KL Guesthouse
179, 1st Floor, Jalan Tun H.S Lee
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 20322821 / 20342281
Emel : suzie_guesthousekl@yahoo.com
www.suziesguesthousekl.com




 
Dubbed as "the backpackers Mecca" Suzie's recorded high occupancy rate all year round. Terletak di Jalan Tun H.S. Lee dan berhampiran Mariamman Temple, guesthouse/hostel ini menerima tetamu dari pelbagai negara melalui recommendation and good review. Malah ada yang tinggal sampai setahun. Aku pun kalau selesa dengan sesuatu tempat tu aku ketepikan sedikit kekurangannya.
 
Jalan Tun H.S. Lee ni dekat sangat dengan LRT Pasar Seni dan Jalan Panggung yang mempunyai bangunan lama tetapi lokasi hostel ini tak sesibuk Petaling Street. Kedai makan pun pukul 10 malam dah tutup.
 
Aku booked female room, agak kecil jugalah untuk 6 orang. Maklumlah yang travel tu sampai 2 minggu... faham sendirilah beg diorang macamana. Aku tak kisah sangat sebab boleh je solat kat luar bilik sebab kasut dah ditinggalkan kat bawah nun, tak boleh digunakan di dalam hostel. Nak dijadikan cerita owner hostel upgrade ke bilik untuk 2 orang. Bagus sangatlah kan, alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari-cari.
 
Hostel ni diset lebih kurang macam study/research hostel so everyone tahu menjaga diri memasing. Tak bising sangat. The best part is, masa aku nak check-out 6.15 pagi tu staf Pakistan tu tengah baca Quran kat tangga. Allahu.... Masa nak ambil barang seminggu selepas tu staf yang lain pula sedang membaca surah-surah suci di situ juga. Hmmm aku senang di sini.

 
2) Raggae Mansion KL
 49-59, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur.
 Tel : +603-2072 6877
 
 
Rooftop bar
 
Hostel dengan rekaan kolonial mengembalikan nostalgia ke zaman itu. Ia disetkan sebagai 'party hostel' bersesuaian dengan sasarannya untuk menarik golongan belia menginap di sana. Ada beberapa cawangan Raggae Mansion di Malaysia untuk menampung permintaan penginapan yang tinggi daripada pengembara dan pelancong berbajet sederhana.
 
Seperti kebanyakan hostel sekarang, setiap katil disediakan dengan 2 power point dan lampu bacaan di setiap katil. Senang nak caj handphone serentak dengan bateri kamera tak perlu bawa extension cable atau share dengan orang lain. Toiletteries, towel, blanket juga disediakan. Astro pun ada di private room.

Ini pesanan mereka:
**We do not accept online bookings from Malaysia, India and middle east countries. Bookings made and paid online by these countries shall not be refundable. We accept walk in check in only for these countries and it is subjected to the room availability.
 
 
3)  The Bodhi Lodge Guesthouse
No. 18A (1st Floor), Jalan Kemuja, Bangsar Utama,Kuala Lumpur
Tel : +60 16-641 6996




Guesthouse ini ada suasana rumah yang sesuai untuk pengembara yang dah lama tak balik rumah. Siapa tak rindu kat rumah sendiri weh. Hosnya yang peramah dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik memudahkan urusan. Harganya sewaannya juga murah dan dihubungkan dengan Star LRT, bas dan lebuhraya.


4) BackHome KL
30, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur
T: +603 2022 0788
E: info@backhome.com.my

http://backhome.com.my/




sumber gambar di sini






 

Hostel ini diklasifikasikan sebagai boutique hostel oleh pemiliknya dengan mengubahsuai enam buah kedai pejabat yang dibina di zaman kolonial untuk menjadi penginapan yang luas, selesa dan dihias secara kontemporari.

Sejak dibuka pada tahun 2009 Hostelworld telah meletakkannya sebagai nombor 1 di Malaysia, Top 3 di Asia dan Top 10 worldwide. Selain basic things yang disediakan, hostel ini juga menyediakan katil yang besar serta ruang legar yang terang dan berangin.

Nak try lah nanti.


5) Sahabat Guesthouse
 41, Jalan Sahabat, Off Tingkat Tong Shin, 50200  Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2142 0689
info@sahabatguesthouse.com

sumber gambar di sini
 
sumber gambar di sini
 
Sahabat Guesthouse menawarkan satu pengalaman baru di tengah kotaraya kosmopolitan Kuala Lumpur. Ia sangat sesuai kepada pengembara yang mahukan kemeriahan warna-warni kota dan ketenangan dalam satu masa.

Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang memudahkan untuk aktiviti membeli-belah dan makan-makan. Bukan sahaja makanan tempatan yang pelbagai malahan selera luar negara.

Pemilik boutique guesthouse ini lebih mementingkan kualiti berbanding kualiti sebab itu hanya menyediakan 14 buah bilik lengkap dengan pendingin hawa dan bilik mandi di dalam. Free WiFi wajib ada lah kan... courtyard pun ada.

Sahabat Guesthouse telah menerima Certificate of Excellence empat tahun berturut-turut sejak 2011 dari Trip Advisor. Keselesaan penginapan dan great hospitality menjadikan guesthouse ini popular walaupun harganya bukanlah yang termurah di pasaran.

 
Notes :
1) Senarai hostel dan guesthouse ini tidak mengikut turutan tetapi berada dalam rating 80% keatas di dalam beberapa booking agents sites.

2) Most of the hostels in KL do not entertain local guest. Why? because.... err.. sorry, kena cari sendiri. But still ada cara untuk you stay di sana :-)

3) Walaupun kita boleh menunjukkan bukti booking hanya melalui handphone, elok juga kalau kita boleh bawa salinan yang bercetak. Manalah tahukan handphone kita kehabisan bateri pula masa tu. At least, simpanlah booking number.


 
 

AirAsia Free Seats! Book now until June 28, 2015 !

$
0
0

AirAsia Free Seats! Book now until June 28, 2015 ! Selamat pagi uolssss.... jangan sarapan pulak pepagi minggu ni ye :D



www.airasia.com
Tempah di www.airasia.com cepat !
 
Aku tak tidur dari semalam ni dek mengejar tiket free. Nak redeem points pun iye jugak. Nak book hotel + flights + free sekeluarga pun iye. Untung jadi BIG members sebab selalu diberi keutamaan dalam membeli tiket. Saya dah ada BIG card, awak bila lagi?
 
Untunglah ada Air Asia yang dah tujuh kali menang syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia daripada badan berprestij, Skytrax. Dapatlah lebih kerap berjalan melihat dunia terutama di Asia ni. Dapatlah merasa mi lamien halal di Guangzhou, bebek goreng di Jakarta, melihat Holy Festival di India. Tambah RM15 sahaja dah dapat nasi beriyani panas dan sedap hingga menjilat jari. Nasi lemak lengkap Pak Nasser tu ada yang kata tak enak? Itu belum termasuk cenderahati comel yang kita buat koleksi lagi. Gigih tau membeli.
 
Ini Festival tahun 2016 yang aku nakkkkkk sangat pergi dengan Air Asia Free Seats!

Japan Cheery Blossom Festival! Meriah berbunga ooiii !!
 
sumber di sini
 
sumber di sini
 
Kena guna gambar orang lain dululah, kalau aku dapat pergi dengan AirAsia Free Seats barulah dapat guna gambar sendiri. Kena bawa berkeping-keping kad memori gayanya ni.
 
 
Nak tahu kenapa aku nak sangat ke Japan Cherry Blossom Festival?
 
1) Festival ini hanya setahun sekali di musim bunga, tentulah menjadi yang ditunggu-tunggu.

2) Hanya orang yang menyukai bunga sahaja tahu perasaan bila dikelilingi bunga-bungaan yang banyak. Baunya? hmmmm.... (sila pejam mata untuk feel ;p).

3) Jepun negara maju yang tidak hilang budaya menghormati orang lain, berdisiplin dan sangat menjaga kebersihan. Pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari dari pengembaraan itu nanti.

4) Aku nak berpiknik, tidur, baring, terlentang sambil mengambil dan diambil gambar hahaa..

5) Nak pergi Jepun mahal. Kalau dapat tiket percuma ibarat pucuk di cita ulam mendatang. Segerabak nak pergi ni.... kalau empat orang dapat tiket percuma berapa dah jimat tu?? hahaa..


Let's grab the AirAsia Free Seats!
 

Kenyir Elephant Village | Pusat Konservasi Gajah Liar

$
0
0

Kenyir Elephant Village | Pusat Konservasi Gajah Liar | Gajah adalah binatang yang semakin pupus akibat kehilangan habitat. Penangkapan haram, pembukaan kawasan baru  dan penggunaan di dalam industri pelancongan juga menyumbang kepada masalah itu. Tapi.... siapa yang tak seronok melihat gajah-gajah jinak ni beraksi seperti manusia?

 
Selain melihat gajah di zoo, aku pernah melihat gajah liar semasa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Baling, Kedah beberapa tahun dulu. Kat Jeli kot masa tu. Waktu tu tengah malam dan gajah yang sangat besar ni berada di tenagh jalan menghalang laluan. Aku terjaga sebab terdengar orang sebut "tutup lampu, tutup lampu!".  Tingginya sampai aku boleh nampak belakang badan dia dari cermin kaca bas tu tanpa berdiri.
 
Untuk pengetahuan semua Kenyir Elephant Village bukanlah terletak di Tasik Kenyir tetapi berhampiran kawasan Tasik Kenyir iaitu di Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Keluasannya 256 hektar dan sebahagian besar hutan dikekalkan untuk mendapatkan suasana habitat asal gajah-gajah tersebut. Tahun lalu kawasan ini nampak sangat baru siapnya tetapi kali ini pokok-pokok pun semakin membesar. Redup je.
 
Gajah-gajah di sini adalah gajah tempatan yang diselamatkan dari keganasan manusia dan ditangkap untuk diberikan kehidupan yang lebih baik. Memanglah ada pros and cons dalam usaha ini tapi mungkin ini yang terbaik buat binatang berkulit tebal ini.
 
 
Waktu Operasi KEV

Isnin - Ahad  
9.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
Jumaat (waktu rehat)   
12.30 tengahari - 2.30 petang. 

Nak bagi tahu awal-awal, anda pasti sihat selepas keluar dari KEV sebab perlu berjalan sejauh 500 meter melalui jambatan gantung dan naik ke menara tinjau sebelum sampai ke 'mini stadium' untuk melihat pertunjukan gajah. Sangat seronok berada di atas jambatan gantung tu... kita dapat melihat kumpulan gajah dari sudut yang berlainan. Jambatan gantung tu kukuh, bukan jenis yang bergoyang-goyang (tapi yang itu lagi best, adventure sikit hahaa...)
 
Surau, kafe, tandas disediakan.






 Comel je datangnya...berderet

 Tunduk hormat
 

 Pandai dia berlakon


 Memakaikan topi

 Naughty boy...! Pandai mengusik si bapak budak heheh

Gajah banyak digunakan dalam pembalakan. Ingat tak tsunami di Aceh dulu? Tenaga gajah terpaksa digunakan untuk mengalihkan kenderaan-kenderaan besar dan bangunan yang tersadai.

 Siapa yang leka dengan handphone masa ni habislah kena sembur ....

 Para penonton diberi peluang beramah mesra dengan si gajah


Aku senang dengan persembahan yang sederhana ni. Lagi kita demand nak naik gajah dan buat persembahan yang bukan bukan macam sarkas tu lagi galak orang menculik anak gajah dari mak ayah dia, diseksa dan dijual untuk kepuasan kita. Sedih woii anak hilang. DI KEV ni ada seekor anak gajah yatim piatu, si Badur.

 
Waktu Gajah Mandi

11.30 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang

Selepas persembahan gajah kita diberi peluang untuk bergambar dengan gajah, memberi makan dan melihat gajah-gajah mandi bersama jurulatih.




Orang Kuat Kenyir Elephant Village

Sesuatu institusi atau syarikat pasti mempunyai orang kuat yang menjadi tulang belakangnya. Kekadang kita tak kenal pun siapa tuan punya syarikat yang duitnya berkepuk-kepuk tu tetapi lebih mengenali pengurus operasi syarikat yang banyak turun padang berurusan dengan ramai orang.
 
Pengurus operasi Kenyir Elephant Village ialah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang veterinar. Encik Azman Ghazali, 60an, kelahiran Melaka dan isterinya, bersama-sama bekerja di KEV mencurahkan pengalaman luas mereka di sini pula.
 
Sebelum KEV, Encik Azman yang fasih berbahasa Siam telah menguruskan sebuah zoo di Bangkok dengan jayanya. Jawatan beliau ketika itu ialah Advisor (animal show) and Breeding Programme di Bangkok Safari World. Menurutnya memelihara dan melatih gajah sama seperti menjaga anak sendiri, berkasih sayang selalu tetapi tegas bila perlu. Bukan senang kerja ni... berurusan dengan binatang kena ada minat dan banyak bersabar.
 
En Azman Ghazali, orang yang bertanggungjawab menguruskan operasi KEV
 
Minatnya terhadap binatang telah membawanya bekerja dengan Zoo Singapura lama dahulu. Kini pengetahuannya dikongsi dan diperturunkan kepada pelatih-pelatih gajah yang sebahagiannya berasal dari Thailand. Jurulatih dari Siam ni rajin melayan gajah, dah biasa agaknya. Lagipun di sana gajah dianggap binatang suci. Semoga usaha mereka memelihara dan menjaga populasi mamalia terbesar di daratan ini berhasil dan menambah ilmu pengetahuan kita tentang binatang istimewa ini.

I believe the the authority of Terengganu dan the investor of KEV are putting the right person at the right place. Semoga bertambahlah gajah selepas ni.





 

Menghadiri Kenduri di Mariamman Temple, Kuala Lumpur

$
0
0

Menghadiri Kenduri di Mariamman Temple, Kuala Lumpur | Sejak beratus tahun lalu Tanah Melayu (kemudian Malaya dan kini Malaysia) sudah terkenal di serata dunia. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi negara ini tersebar luas ke serata dunia sehingga menjadi rebutan beberapa kuasa besar ketika itu bermula dengan Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris.

 
Penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu membawa bersama buruh dari India untuk bekerja di ladang. Ada juga yang datang sendiri dari China, India dan negara sekitar  secara persendirian dengan wang sendiri ataupun berhutang dengan orang tengah. Mereka ini datang membawa budaya dan agama sebagai pegangan hidup di rantau orang. Kesemuanya bersusah payah diawal penghijrahan dan kebanyakannya bertumpu di bandar-bandar besar seperti Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak.
 
Sri Mahamariamman Temple atau lebih dikenali sebagai Mariamman Temple merupakan kuil Hindu yang tertua di Kuala Lumpur. Hingga kini ia masih beroperasi dan terletak di kawasan China Town sejak dibina pada tahun 1873 walaupun dihimpit dengan bangunan yang lebih besar dan tinggi disekelilingnya. Pada tahun 1968 struktur baru dibina dengan 'Raja Gopuram'   dan gaya kesenian kuil di selatan India. Sejak penubuhannya ia menjadi tempat ibadat yang penting kepada pendatang awal India dan kini sebagai warisan kebudayaan negara. Mengikut penganut Hindu yang aku temubual, kuil ini sama pentingnya dengan kuil di Batu Caves. Malah setiap minggu ada saja pengantin yang berkahwin di sini.
 
 
 
 
 
Blessings..
 
Lain agama lain cara ibadatnya. Sebagai umat Islam, wajib kita mempertahankan agama sendiri tetapi hormati kepercayaan orang lain.
 
Sami dan tukang masak di kuil ini berasal dari India tetapi sudah boleh berbahasa Melayu walaupun hanya beberapa tahun bermastautin di sini. So Malaysian, why can't you speak Bahasa Melayu fluently?
 
 

Tarian Klasik yang Asyik
 
Sekarang aku rasa agak susah untuk melihat pertunjukan tarian India. Golongan muda mereka pun lebih gemar menikmati irama muzik terkini mengikut zaman. Justeru majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk para pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan tahun 2014 yang dianjurkan oleh staf Tenaga Nasional Berhad di Mariamman Temple tempohari boleh dianggap usaha untuk mempertahankan tarian tradisi itu supaya tidak lenyap ditelan masa.
 
Setiap gerak tari membawa maksud tertentu. Untuk menarikan tarian klasik India tentunya perlukan latihan yang panjang dan memenatkan. Tambahan pula yang menari tu kanak-kanak sekolah. Mana nak ke sekolah, tuisyen, aktiviti ko-kurikulum... latihan menari lagi.... memang hebatlah bebudak ni. Aku sampai sekarang masih tak dapat nak gerakkan kepala ke kiri kanan macam penari tu. Nak buat macam mana entah, tak ghoti den.







 Live updates uncle? hahaa... akupun ada buat live update kat instagram: ruggedmom2


 
Aku anggap satu peluang keemasan untuk melihat setiap pengunjung yang datang ke rumah ibadat ini dengan sari dan kurta berwarna-warni lengkap dengan hiasan kepala, tangan dan kaki. Bling bling, keceng keceng. Keceriaan di wajah menggambarkan perasaan bangga mereka berada di dalam majlis ini. Bukan senang nak tengok wanita muda berbangsa India bersari, mereka bukan seperti masyarakat Melayu yang berbaju kurung dan kebaya setiap hari bekerja dan kenduri. 
 
Twins yang cute
 
 
This boy surely will become tall, dark and handsome one day. Boleh chop buat menantu hehe..
 

Gen Y
 
 

I'm so happy watching them dancing. Kemakmuran ini mahal harganya. Jangan dirosakkan dengan hal yang entah apa-apa.

 

Kenapa kita perlu DEMAND respect di bulan Ramadhan?

$
0
0

Kenapa kita perlu DEMAND respect di bulan Ramadhan? | Assalamualaikum. Kecohlah sekarang ni kan yang bebudak sekolah kononnya kena minum di tandas dan minum air kencing sendiri. Aku tak nak percaya sangat benda viral ni. Being a mother myself aku faham ada anak yang boleh menyampaikan kata-kata guru dengan tepat dan ada juga hilang terus maksudnya, bergantung kepada umur dan tahap 'penghadaman' seseorang anak itu.



Lagi satu penyebab aku tak kuasa nak percaya ialah.... ingat tak kisah 'pelajar sekolah kena makan di bilik persalinan' yang viral dulu? Siapa yang buat kecoh? Sedangkan cikgu cikgi pun makan di situ buat sementara waktu. Semua hal pun nak di-viralkan. Eleh, aku dulu time rehat makan tepi longkang jek. Happy je kitorang makan bekalan memasing. Kengkawan yang sama-sama makan tepi longkang kat TKS tu ada yang jadi engineer, doktor, ada PHD, tukang jahit tersohor, home manager (ko mampu??). Tapi... kalau cikgu tu memang suruh bebudak minum air kencing elok disunatkan aje cikgu tu.
 
Aku agak orang sekarang stress cari duit. Stress dengan gst bagai. Stress kos hidup yang tinggi hingga hilang sense of humor. Itu satu bab.
 
Satu bab lagi, kenapa pula non muslim perlu menghormati kita di bulan Ramadhan kalau kita sendiri tak hormat agama kita? Nampak lambang salib yang dah berpuluh tahun terpacak pun nak piket. Kalau dia tetiba kata kat pokok di tanah kita ada tuhan dia tu lainlah ceritanya. Atau membuat rumah ibadat di tanah wakaf barulah layak kita berpiket. Kita yang patut pasakkan di hati anak kita islam itu penyuluh hidup. Bukan setakat hantar mengaji dan khatam quran dah rasa anak kita lengkap agamanya.
 
Aku bagi contohlah eh. Dua tahun lepas di bulan Ramadhan aku servis kereta di sebuah workshop milik Cina yang majoriti pekerjanya Cina. Mereka ni takdelah mimum depan kita sambil bekerja tu tapi seorang mekanik Melayu ni siap minum Milo bungkus. Aku tahu dia haus buat kerja berat dengan bahang panas. Tapi kenapa hisap rokok sekali??? dan, minum Milo? kenapa tak air kosong saja?
 
Pernah juga aku berulang-alik ke Hospital Tuanku Jaafar mendapatkan rawatan termasuk di bulan puasa. Appointment aku biasanya jam 9.30 pagi dan disebabkan susah dapat parking aku akan park kereta di bahagian bawah dan kena melalui bilik mayat untuk ke ward tertentu. Pukul 9 pagi lagi segelintir staf lelaki yang muslim yang lepak di situ menjinjing air dan makanan sambil tersengih. Macam takde harga diri. Allah...kitorang perempuan ni pun makan menyorok time period, itupun kalau lapar sangat. Baru pukul 9.00 jang! Buat malu je. Elok disimpan terus dalam kotak mayat tu. Kalau kita menjaga agama sendiri, orang lain pun akan respect dengan kita.
 
Lagi satu anak aku kata, ada airlah dalam bakul posmen tu! Haishh buat malu je dah lah baru pukul 10 pagi. Budak empat tahun pun boleh berpuasa penuh. Bebudak darjah satu pun sanggup berlapar untuk mendapat redha Allah. Bukan kita paksa pun.
 
Masa aku kerja dulu, kami tiada tempat rehat yang selesa dan terlindung dari pandangan pelanggan. Memanglah kita tak makan tapi kita nak rehat. Maybe to take a nap also because we woke up early morning. Tempat yang ada hanyalah di pantry office. So during the lunch time, my chinese officemate nak makan dan dia rasa serba salah sebab aku ada di situ. Eh sorry eh, sorry lah I nak makan, katanya. Aku cakap, makan je lah Jenny... tak heran pun.
 
Kita kena faham kenapa kita berpuasa. Orang makan depan kita ke... slurp slurp minum ke... kita tetap kena berpuasa. Sama-sama kita didik anak kita tujuan berpuasa supaya dia tak mudah digoda dengan cabaran-cabaran di bulan puasa ni. Sebenarnya kita kena ajar anak kita solat dulu. Bila dia istiqomah bersolat bermaksud dia takutkan Allah. Bila tahu Allah tu Maha Berkuasa dia akan rasa takut untuk berbuat jahat. Itu usaha kita.
 
Kita kena hormat agama dan diri kita dahulu. Time solat kita solat. Time puasa kita puasa. Negara bukan islam seperti Singapore tu tak ambil rasuah kenapa negara kita yang islam ni tinggi benar kadar rasuahnya??
 
Pakaian kita kena jaga juga. Yang pi pakai low cut tunjuk cleavage kat orang tu kenapa? Jangankan lelaki akupun asik terpandang je hahaah... Senang je cakap suruh lelaki pandang ke lain. Kalau dah sekeliling semua menunjukkan gunung dan lembah walau berjubah, payahlah.... Kesian lelaki mereka pun nak markah penuh juga. Kita ni senang dapat pahala, senyum kat suami dapat pahala, menyusukan anak dapat pahala, basuh kain dapat pahala. Orang lelaki kena keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga baru dapat pahala. Sekali keluar, naik LRT kena potong 10%, masuk office potong 20% (sebab banyak kali 'tertengok'), pergi pasar Ramadhan potong lagi 20%. Hari-hari kena diskaun penatlah. Setiap umat islam bersaudara, ingat tu. Jadi kenalah tegur-menegur.
 
Terlalu banyak prejudis agama dan bangsa sekarang ini. Nasihat aku, pertahankan agama kita, hormati agama orang lain.
 
 
 
 
 
 
 
 

Buffet Ramadhan Enak di Rymba Haven

$
0
0

Buffet Ramadhan Enak di Rymba Haven | Assalamualaikum. Hari ini dah masuk hari kelapan kita berpuasa. Sekejap je  dah seminggu kan? Cepatnya masa berlalu.

 
Bila masuk bulan Ramadhan boleh dikatakan semua premis menjual makanan termasuk hotel dan restoran tertentu akan menawarkan buffet Ramadhan yang enak dan pelbagai. Ada tu hingga lebih 100 jenis makanan sekali hidang fuhhh..!! Tu belum lagi termasuk majlis iftar yang dijalankan oleh pejabat, NGO, persatuan-persatuan yang membuatkan kita berasa sangat bertuah berada di bumi Malaysia. Mewah makanan!
 
Rymba Haven, penyedia ruang untuk majlis-majlis besar dan kecil di Nilai, Negeri Sembilan turut sama menawarkan buffet Ramadhan sehingga 14 Julai 2015. Lopeh tu takdo dah, sumo nak balik ghayo kek kampung.
 
 
Dimanakah Rymba Haven?
 
Ia terletak di Nilai, berhampiran lokasi tol lama. Sekiranya kita dari tol Nilai sekarang, ambil arah ke bandar Nilai. Bila sampai di traffic light hujung tu ambil kanan hingga berjumpa satu lagi traffic lights kemudian belok kiri. Ada signbord di simpang tu. Jalan terus hingga ke hujung dan nampak tulisan Rymba Haven besar terpampang. Jangan terus, ke syurga ko nanti hahaaa.... belok kiri dan park kereta di dalam kawasan RH.
 
Kalau dari LEKAS, keluar di Tol Pajam belok kiri dan terus hingga sampai ke traffic lights yang ada sighnboard tu tadi. Senang kan?
 
 
 
 
 
Apakah keistimewaan buffet Ramadhan di Rymba Haven?
 
Masak lomak Nogori and lamb BBQ! Ada 150 jenis makanan dihidangkan dengan lauk-pauk utamanya akan bertukar setiap hari. Selain daripada itu ada juga gerai-gerai yang menyediakan makanan barat, mee, kue teow, bubur, ABC dan cendol. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional dan ais krim sebagai pencuci mulut. Jeruk, kacang dan keropok pun ada. Air minuman jangan cakaplah berbagai jenis! Aku yang berpantang ais ni pun tak boleh tahan dengan air warna pink, hijau, kuning.
 
Buffet Ramadhan ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam bidang katering makanan. Otai dah. Pekerjanya pun nampak kemas berpakaian seragam tukang masak.
 
Selain daripada itu diadakan juga persembahan muzik secara lansung di kolam air berkaca. Romantik dan nampak mewahnya lah kalau bersanding di sini.
 
Tengok je lah sebahagian makanan-makanan yang disediakan. Sesekali bawalah WIFE dan mak ayah makan di sini. Penat tau asyik makan masakan sendiri je sampai tak tahu nak masak apa dah. Kami yang jadi tukang masak tetap keluarga ni pun nak juga rasa air tangan chef lain. Not to forget, gulai dan rendang dagingnya semua lembut empuk. Aku kalau dapat sampai dua tiga ketul yang liat kan hmmm.... geram je. Tu yang aku rasa semua jenis daging termasuk kambing. Paneh poghut den hahah..
 
 
 Daging rendang minang warisan


 Tauhu sumbat
 
  Lamb bbq
 
 Rendang Tok
 
 Ikan siakap stim
 
 Gulai lomak daging salai. Kono podeh laie ni.


 Hiasan ais krim - diy
 
 Jangan terpedaya, ini cuma intro hahaa...

 Aku rasa semua jenis daging. Jangan lupa makan sayur, badan kita perlukan banyak air dan serat. Ulam-ulaman dan berbagai jenis sambal pun ada.

 
Apa lagi yang ditawarkan di sini?
 
Selain kedudukannya yang tinggi dan berangin, RH menghadap kawasan hijau milik sendiri. Di ladang tu ditanam pokok limau dan sebagainya untuk dijual buahnya. Memang best pemandangan di sini, selain kehijauan  boleh juga nampak highway PLUS. Macam kat kawasan tanah tinggi pulak cuma tak sejuk je.

Kalau buat wedding reception di sini boleh buat outdoor photography di ladang tu je haa... dalam gambar cantik oooiii..
 
RH juga menyediakan empat dewan untuk disewa dengan maksimum kapasiti keseluruhannya 1000 orang dalam satu-satu masa. Pakej bankuet disediakan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, family day, akikah, team building, meeting, seminar dan annual dinner. Jika kita mahu menggunakan khidmat katerer sendiri pun boleh juga tetapi terms and conditions apply.
 
Ruang solat yang agak luas disediakan dengan ruang solat wanita diasingkan. Tak ada masalah nak berjemaah pun. Ala... melampuh lauk, pergilah solat maghrib sekejap.
 
Eh, bilik pun disediakanlah. Bolehlah buat gathering our big family di sini. Parking pun ada.
 
Yang paling menarik sudah pastinya pool dengan air pancut. Gerenti meletop kalau bersanding di sini. Mana nak cari weh tempat bersanding begini melainkan sanggup berhabis duit di hotel. Suruh wedding planner kita tu pasang kain putih kat tiang-tiang. Bila angin bertiup melambai-lambai je kain tu...perghhh romatik habis! Macam kat resort. Elok juga buat majlis nikah kahwin di sini, takdelah time kita sibuk melihat pengantin berarak orang lain sibuk menyelongkar bilik.
 
 
 
Hari ni 'menuai' dah kan? hahaa.. apakata call je Rymba Haven untuk membuat tempahan berbuka puasa untuk esok atau lusa. Hari-hari pun boleh. Ramadhan Buffet starts from RM65 for adult and RM43 for kids and senior citizens. Belanjalah staff sekali-sekala.
 
Rymba Haven
Lot 2284, Jalan Nilai Perdana 14
Nilai
Negeri Sembilan
Tel : +606 7991314
 
Semak juga page mereka di facebook/twitter/instagram.
 
 
Rymba Haven ensure to handle every operational aspect of the event whilst providing a beautiful and natural setting.
 
 
 
 
 
 
 
 
Viewing all 1015 articles
Browse latest View live