Quantcast
Channel: Ruggedmom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1015

Indonesia | Itinerary 4 Hari 3 Malam Di Medan-Danau Toba-Berastagi

$
0
0

Indonesia |  Itinerary 4 Hari 3 Malam Di Medan-Danau Toba-Berastagi | Indonesia sebuah negara kepulauan yang besar. Sangat besar sebenarnya dengan lebih daripada 17,000 pulau dan kira-kira 250 juta penduduk. Keluasan tanahnya menjadikan Republik Indonesia negara ke-14 terbesar di dunia. Phewww! Pulau-pulau besar yang berhampiran dengan Malaysia ialah Jawa, Sumatera dan berkongsi peta dengan Sabah, Sarawak serta negara yang kaya dengan minyak, Brunei di pulau Borneo.

Mengapa Medan menjadi pilihan?
Bandar Medan di pulau Sumatera hampir dengan Malaysia malah perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 45 minit, dari Pulau Pinang 30 minit. Terancam bisnes feri ke Medan dari Penang. Pernah masa kami ke Medan sekeluarga dulu belum habis isi borang masuk ke Indonesia pramugari tu dah arahkan pakai seat belt semula, dah nak sampai katanya. Haih dekatnya! 

Medan ialah ibu negeri Sumatera Utara dan berdasarkan populasi ia di tempat kelima selepas Jakarta, Surabaya, Bandung dan Bekasi. Sekarang kapal terbang akan landing di Kuala Namu International Airport menggantikan Polonia Airport di tengah bandar Medan dulu. Lapangan terbang baru ni jauh oih... 39km dari pusat bandar.


Bagaimana hendak ke bandar Medan dari Kuala Namu Airport?
Ada bas, teksi dan Airport Railink Services (ARS).

Paling jimat naik bas, silalah gunakan bas Damri yang bertolak ke bandar Medan setiap 15 minit bermula jam 5 pagi hingga 11 malam. Ada dua laluan iaitu airport-Medan Fair (Rp20,000) dan airport-Amplas (Rp15,000). Boleh turun di Masjid Raya, ada banyak hotel bajet di situ. Aku dulu stay kat hotel di belakang masjid tu je... dapat bilik di bangunan baru, selesa dan murah lagipun sedang nak hantar pakaian ke dobi depan tu.

Kalau ada bajet besar sikit boleh naik teksi berstiker khas seperti Puskopau, Blue Bird, Kokapura, Express, Karsa, Matra  and Nice. Cajnya IDR150,000 satu teksi.

Naik ARS lebih mudah dan cepat, 30 minit dah sampai ke Medan Main Station. Tambangnya hanya IDR100,000 .

Sewa kereta/van. Harga bermula IDR400 ribu sehari.


Aturcara 4 Hari 3 Malam Di Medan
So.... nak melancong ke Medan eh? Aku selalunya akan cuba dapatkan tiket awal pagi dan balik lewat petang/malam. Aku akan fully utilized empat hari tu dengan anggapan "tidak akan mengulang tempat yang sama lagi dalam masa terdekat". Kita bukan orang have have yang asal terdetik di hati nak berjalan terus beli tiket. Belum mampu gitu jadi ai akan berjalan sepuasnya bila berpeluang ke tempat baru.

Okay kita mulakan ya.

Hari Pertama
Katalah kita sampai awal pagi dan menggunakan khidmat supir bermula dari menjejakkan kaki di tanah Medan. Dalam perjalanan tu bolehlah berhenti sarapan dulu.

Lawatan pertama ke Masjid Raya Medan. Oleh sebab masih pagi eloklah kita solat Dhuha dulu di masjid indah yang dibina di zaman penjajahan Belanda lagi. Klik kat yang aku highlight tu untuk melihat gambar interior masjid. Aku suka melihat kanak-kanak menggunakan perkarangan masjid untuk bersukan.



Kemudian kita ke Istana Maimun. Jangan malu jangan segan untuk menyewa pakaian tradisional yang disediakan. Murah je... tak perlu buka baju pun dan dapat bergambar dalam istana lama lagi you. Contoh seperti di bawah.


Handsome tak?? Sekarang dia susah nak duduk camni sebab perut berlipat hahah... obes!

Lepas tu kita teruskan perjalanan ke Danau Toba (Lake Toba) . Dua kali dah ke Danau Toba dan dua dua mengambil masa empat jam sahaja tetapi tak tahu kenapa kawan aku kata dia kena dera lapan jam termasuk berhenti makan sejam. Bukan dia aje, ada juga aku terbaca someone yang mengalami perkara yang sama. Kenapa agaknya eh?

Ada juga yang komen jalan ke sana teruk. Mungkin sebab mereka dah biasa di Malaysia ni keluar je dari rumah terus masuk highway. Aku biasa ikut jalan negeri jadi takdelah rasa teruk, hanya di beberapa tempat je jalannya berlekuk dan bertampal.

Kebanyakan pakej melancong akan menjadikan Parapat sebagai lokasi bermalam. Memanglah di situ pun sejuk tapi aku suka enjoy the trip to the fullest so aku akan ke Pulau Samosir yang merupakan tasik gunung berapi yang kedua terbesar di dunia. Di Malaysia bukannya ada tasik natural macam tu.

Nak naik bot penumpang di Pelabuhan Parapat boleh, naik feri macam feri Pulau Pinang tu pun boleh di Pelabuhan Ajibata. Dedekat je kedua-duanya. Bawa van kita sekali senang nak bergerak ke mana-mana di Pulau Samosir nanti. Atas feri tu nanti adalah yang menjerit, "mi goreng mi goreng! Tulurr.. tulurrrrr" hahahah.... suka anak aku dengar.

Rumah Presiden Sukarno menghadap tasik.


Feri besar yang membawa manusia dan kenderaan.

Di Pulau Samosir ada banyak juga resort kecil besar. Nak yang ada swimming pool pun ada juga. Mandi kat tasik tu lagi best. Aku pernah stay di Lekjon Cottages dan Carolina. Dua dua ada keistimewaan sendiri tetapi Carolina lebih lapang kawasan dengan bilik yang lebih selesa. Seronok berehat di pulau ni, pemandangan dan suasananya menakjubkan. Sejukkkk.... Indah sungguh ciptaan Allah.

Lapar? Kedai makanan halal di luar Hotel Carolina tu saja.

Pemandangan dari dalam bilik di Lekjon Cottages. Happy anak-anak berguling atas rumput tu.




Hari Kedua
Wake up! Wake up! Sejuk oih..

Hari ini kita ke perkampungan batak melihat rumah dan bangku batu berusia 300 tahun yang telah dibina oleh kerajaan Raja Siallagan. Selalu ada persepsi negatif dengan orang Batak ni kan? Sebenarnya dahulu kala orang yang membuat kesalahan berat sahaja yang akan dihukum pancung dan dimakan organ dalamannya. Jadi cerita sebaran mulut tak bertanggungjawab tu tak betul.

Lepas tu kalau nak tengok perkuburan Batak berusia ratusan tahun boleh juga. Jika tak berminat, shopping sajalah di Tomok. Lokasi tarikan pelancongan ni pepaham je lah harganya. Jangan lupa tawar-menawar.


Perkampungan Batak.

Lepas check-out kita akan bertolak ke Berastagi. Kenalah kita menyeberang ke Pelabuhan Parapat dulu. Jalan ke tanah tinggi Berastagi agak teruk mungkin disebabkan lori yang keluar masuk mengangkut hasil pertanian.


Dalam perjalanan kita akan singgah di air terjun Si Piso Piso. Kita boleh turun ke kaki air terjun tu dengan menggunakan tangga. Pelik betullah, dari mana datangnya air yang turun mencurah-curah tu?

Selepas lunch kita sambung perjalanan ke Berastagi. Kalau lewat check-out dari Pulau Samosir elok lunch dulu di Parapat sambil meronda di sana sekejap. Tengok pepuas tempat orang.


Air terjun Si Piso Piso

Malam kedua ni kita di Brastagi. Sejuk kat sini.

Apa yang ada di Brastagi?
Kita naik ke Bukit Gundaling. Dari situ boleh nampak gunung berapi aktif Sinabung dan Sibayak. Jangan risau, van kita tu terus memecut sampai ke atas. Tengok sunset pun best juga di sini.

Lepas tu boleh juga menaiki kuda pusing Pasar Buah, Berastagi. Banyak buah-buahan dan bunga dijual di sini. Aku pernah beli anak pokok Harum Sundal Malam seringgit je. Memula elok lepas beberapa bulan kiok. Apa taknya, konsep menanam "ko pepandailah nak hidup" hahhaha....


Hari Ketiga
Hari ketiga ni kita bersantai di Berastagi. Kita boleh ke :

Berendam di Permandian Si Debuk Debuk Hotspring atau...

melawat Taman Alam Lumbini, sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Kawasannya sangat luas dan yang paling aku suka di hadapannya ada ladang carrot. Selalu kita pergi ke ladang teh dan ladang bunga je kan... yang ini lobak merah.

Dalam perjalanan balik ke kota Medan bolehlah singgah di Funland menghilangkan stress anak-anak atau mandi-manda lagi di Air Terjun Dua Warna di Sibolangit.

Sampai di kota mesti dah lewat petang. Selepas check-in bolehlah "tawaf" di shopping complex pula.


Hari Keempat
Shopping day!!

Bagaikan tak sah jika tidak ke Pajak Ikan. Pasar ini tidak menjual ikan ya. Di Pajak Petisah pun banyak kain baju siap. Jangan lupa beli bika ambon. Kedai yang terkenal Kedai Kek Zulaikha tapi cuba jugalah di kedai lain. Kekadang kedai yang kurang popular tak kalah sedapnya.

Kalau tak minat shopping boleh melawat Tjong A Fie's mansion milik jutawan pertama di Sumatera.


Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh jadi sekejap je dah habis empat hari...so ... jom balik!


Tips melancong ke Medan
1) Kota Medan hampir dengan Malaysia jadi harga barangan ada yang lebih mahal daripada yang kita boleh dapat di sini. Harga makanan di restoran yang sering dikunjungi rakyat Malaysia pun boleh tahan lumayan harganya.

2) Jika anda jenis tak tahan sejuk silalah bawa stokin dan sweater. Tempat-tempat yang dicadangkan (di luar kota) sejuk di malam hari.

3) Sila pastikan kenderaan yang ditempah dalam keadaan baik, air-cond berfungsi tip top dan driver mahir dengan jalan di sana. Kekadang bila peak season owner syarikat main ambil je mana mana driver yang available. Nanti jadi macam kawan aku lapan jam baru sampai Parapat. Kebas pungkok. Driver tu pun tak bawa mereka berjalan-jalan. Marah dia bawa balik ke Malaysia wang berjuta. Stress hakak tu tak dapat shopping hahahah.... (lenkali jalan dengan aku).

4) Ada orang tak gemar berpindah hotel. Aku pula tak kisah sebab bukan selalu... Masalah kecil je tu. Susun baju mengikut hari supaya lebih teratur dan memudahkan serta tak berkecah.

5) Kepada kaki shopping, makanlah dulu sebelum membeli-belah supaya fikiran lebih waras heheh... sungguh ni. Beringat time berbelanja tu... ingat balik berapa kilo beli luggage 😃


















Viewing all articles
Browse latest Browse all 1015

Trending Articles