Hari kedua, seperti yang dirancang kami bawa anak-anak jungle trekking di Kinabalu Park. Aku dah bagi tau kawan yang ikut tu, walaupun saya bawa famili kak, itinerary tetap macam saya jalan sensorang. Janganlah risau ikut famili aku ni cuma nak mula bergerak di waktu pagi je ada kesukaran sikit. Sikit je.
Dalam perjalanan ke Kinabalu Park kami singgah sebentar di Rumah Terbalik. Tiketnya berharga RM10 untuk pelancong tempatan. Aku tak masuk sebab dulu dah pernah. Ada renovation di bahagian halaman rumah. Kereta merah tu pun dah alihkan tempatnya. Punyalah ramai orang waktu cuti sekolah ni...
Kami drive sampai ke Timpohon Gate tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, gunung yang berada di Banjaran Crocker dengan ketinggian 4,905.20 meter dari aras laut. Ia merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang terbentuk daripada batu granit. Suhu di kawasan ini pun dah sejuk sampai berasap mulut apatah lagi di atas gunung nun yang boleh mencecah 0 darjah selsius.
Biasanya para pendaki akan bermalam di resort atau hostel di dalam kawasan Kinabalu Park ini juga. Kiranya tempat berkumpullah kerana pendakian akan dimulakan di waktu pagi sehingga sampai ke rumah rehat di ketinggian 11,000 kaki. Kemudian pukul 2 pagi esoknya kembali mendaki hingga ke puncak. Selepas selfie bagai di puncak tu barulah turun semula. Kalau berhajat mendaki silalah buat latihan keras ya dan book tempat setahun sebelum pendakian. Demi keselamatan dan penjagaan alam sekitar jumlah pendaki dihadkan untuk satu satu masa.
Sejak aku dan bos datang sini dulu kami dah berazam hendak membawa anak-anak trekking di tempat yang indah ini. Biar mereka tahu menghargai alam. Dan sememangnya mereka exited sayangnya cuaca tidak mengizinkan menyebabkan kami dapat mendaki sehingga 500m sahaja. Dulu ayahnya boleh pergi sampai 1000m, aku 800m jer. Letih weiii nak tambah 50m lagi pun tak berdayo. Kali ni bawa budak kecik so bila hujan makin deras rintiknya kami pun berpatah balik. Takut juga nak turun dalam hujan lebat...karang tergelincir ke tak ke naya?
Carson Fall
Rekod kehebatan manusia mendaki gunung
Percutian keluarga bersempena wedding anniversary yng ke-17. Alhamdulillah semua happy. Nanti kita sambung ya..banyak lagi tempat kami pergi.